HAMKA Permata Tafsir Bumi Nusantara Penulisan Dr Muhammad Yusri Affandy
Haji Abdul Malik b Karim Amrullah Merupakan nama sebenar HAMKA
seorang yang telah mendalami ilmu dan sentiasa mencari rujukan berasas demi melengkap tafsir untuk rujukan yang mampu difahami lebih ramai komuniti khususnya di nusantara
Buku ini menceritakan serba ringkas keperibadian HAMKA yang tegas dan cuba memberikan penjelasan terbaik berlandaskan rujukan yg sahih.
Menggunakan landasan kesusasteraan beliau dalam penulisan, penyampaian tafsir Al-Azhar yang pada asalnya diterbitkan dalam majalah disambung sehingga tamat apabila beliau dipenjarakan oleh pemerintah yang pada waktu itu cuba menyekat pengaruh beliau yang mahir berhujah dan bersenjatakan pena.
Masa dipenjara digunakan sebaiknya menyiapkan tafsir 30juzuk dengan berkali2 khatam membuahkan hasil apabila penulisan ini akhirnya dapat diterbitkan untuk manfaat semua.
Buku tafsiran HAMKA - Al Azhar dipetik dari nama Masjid Al Azhar di mana beliau mula menyampaikan tafsir.
"Hamka: Permata Tafsir Bumi Nusantara" adalah buku yang patut dibaca bagi mereka yang mahu memulakan pengajian tafsir al-Azhar.
Buku ini mengisahkan ketokohan Hamka sebagai ahli tafsir nusantara, sedikit sebanyak menyentuh biografi beliau dan selebihnya adalah sejarah dan intipati tafsir al-Azhar serta tokoh-tokoh tafsir yang mempengaruhi beliau. Juga disentuh adalah methodologi Hamka dalam penulisan tafsir al-Azhar.
Tidak pelik seandainya orang yang membaca Buku Tafsir Al-Azhar mengenal sosok tubuh ini. Namun, amat pelik andainya orang yang membaca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga tidak mengenal sosok tubuh ini.
Beliau merupakan seorang cendekiawan, ulamak, sasterawan dan juga terlibat dalam gerakan Islam. Buku biografi Hamka ini mencakupi segala butiran tentang dirinya dengan harga yang berpatutan.
Penulisan yang ringkas dan padat tentang kerja pentafsiran Quran oleh Hamka. Cuma fontnya tak selesa di mata, ada beberapa typo dan kesalahan tatabahasa. Yang lain2 ok.