Seronoknya membaca Samurai Melayu!
Jujur saya katakan, saya bukanlah peminat novel genre aksi, tapi karya Tuan Hilal antara pengecualian, mungkin sebab gaya penulisannya.
Dalam novel ini, Mus'ab atau Ryujin banyak berdepan sesi pertarungan dengan musuh-musuh. Jadi, setiap kali pertarungan itu jugalah jantung saya berdebar-debar.
"Boleh ke menang ni? Mesti boleh ni, dia kan Ryujin HAHA" itu yang selalu terdetik dalam hati saya.
Dalam Pentalogi Saga Hero ini, selain Samurai Melayu, saya cuma pernah baca Hero, tapi saya tabik kepada penulis, meskipun saya tidak membaca mengikut urutan lengkap, saya dapat nikmati pembacaan dengan baik. Ada beberapa kisah oleh watak utama novel-novel sebelum ini yang dimasukkan ke dalam Samurai Melayu, jadi pembaca itu dapat idea mengenai apa yang berlaku.
Selain itu, seperti kebiasaan, novel Tuan Hilal pasti akan menyelit unsur keagamaan sebagai panduan hidup.Saya suka apabila dakwah disampaikan secara halus begini, membuatkan saya tidak berasa bosan membacanya malah dapat ambil iktibar.
Oh ya, saya tak sangka pula novel ini sedih.Saya nangis teruk pada 2 bab terakhir, kalau nak tahu saya nangis sebab apa, kenalah baca HAHA. Novel ini lengkap dengan pelbagai rasa.
Akhir sekali, syabas Tuan Hilal! Epilog dia membuatkan jantung saya berdegup kencang, tak sabar nak membaca Membunuh Muhammad pula!