Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suara Hati Dia

Rate this book
“Papa bukan tak suka Abang Shahril tu. Papa suka dia. Cuma...” Ayat Syahiran terhenti di situ. Mata dia bawa memandang aku. Liurnya ditelan. Tengok dia macam tu, rasa tak sabar pulak nak tahu jawapan apa yang akan dia berikan di hadapan Raisya. Kalau ikutkan, memang dia tak berapa sebulu dengan Shahril sebab mimpi dia dulu tu. Tapi takkanlah dia nak cakap alasan yang sama depan Raisya?

“Cuma papa tak sukalah dia tu rapat-rapat dengan mama. Lepas tu buat-buat cool...” Aku membeliakkan biji mata memandang Syahiran. Aku pula yang dikaitkan? Raisya yang sudah berhenti menangis, menoleh kepalanya sekejap pada aku, sekejap pada Syahiran pula. Pasti dia tak faham apa yang Syahiran katakan tadi. Umi pula hanya tersengih-sengih dari tadi. Awal-awal dia dah angkat tangan tanda tak nak masuk campur.

“Papa tak sukalah tengok ada orang mengurat mama,” tambah Syahiran lagi. Raisya mencebikkan bibirnya.

“Mana ada Abang Aril mengurat mama!” marah Raisya. Suaranya tinggi seraya menjeling Syahiran. Aku dan Syahiran sama-sama terkedu sebelum aku tergelak.

Paperback

First published December 1, 2018

4 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Kay Omena

19 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (41%)
4 stars
11 (22%)
3 stars
11 (22%)
2 stars
2 (4%)
1 star
4 (8%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
July 19, 2019
Hmmm... Ok, pandangan jujur, mula-mula aku tak berkenan langsung dgn perangai hero dan heroin.

Syahiran dgn perangai krg ajarnya. Awal bab 2 dah tunjuk perangai krg ajar, weh.🙄 Lepas tu Nia dgn perangai lembik terima jer caci maki org kat dia, sikit pun tak melawan utk pertahankan diri.😑

Ya-ya, aku memang tak hingin dah nk bg buku ni 5 bintang awalnya sbb perangai 2 org manusia tu.

Tambah pulak lepas Syahiran dan Nia dah kahwin, makin aku menyampah dgn perangai cemburu buta Syahiran. Selalu nk buruk sangka kat Nia.😒

Last sekali cerai sbb kes fitnah. Tp yg buat aku lg bengang, perangai Syahiran yg tak nak dgr penjelasan Nia tu laa buat aku rasa si Syahiran sememangnya... lelaki tak berguna.💆‍♀️

So memang padan pun dia derita terseksa selama 4 tahun tu. Yalah kan... Salah dia jgk, siapa suruh tak cerdik sgt masa buat keputusan ceraikan Nia tanpa dgr penjelasan apa-apa. Sudahnya dia menyesal sgt-sgt.

Sampailah... Diorang nikah semula, aku nampak perubahan pada watak Syahiran. Takde dah perangai krg ajar dia. Nia pun tak lembik sgt dah, dah reti pertahankan diri dia.

Maka bermulalah episod sweet-sweet antara diorang. Okeylah, tak melebih sgt diorang punya sweet tu. Cumanya itulah... Mulut Syahiran selalu sgt tak bertapis, memang tak reti malu langsung ckp hal-hal dlm bilik tidur. Sungguhlah sengal mamat ni.🤦‍♀️

Then masa Nia mengandung kali kedua, masa ni boleh tahan lawak jugak.😂 Mcm-mcm benda mengarut Nia ajak Syahiran buat. Ajak main congkak laa, main badminton pukul 4 pagi laa.😂 Syahiran pun nak tak nak terpaksa melayan🤣.

Biasanya aku menyampah sikit watak heroin yg terlebih mengada-ngada dan selalu menangis masa mengandung ni, tp entah kenapa utk cerita ni, aku tak rasa meluat dgn perangai Nia tu. Rasa lawak pulak😂.

Overall, citer ni best laa. Even mula-mula baca sakit hati, tp lama-lama baca terus jd sweet gilerrr. Walaupun ni buku pertama yg aku baca dr Kay Omena, tp apa aku boleh katakan gaya olahan penulis ni sgt bagus. Langsung tak kaku dan bosan. Nampak jgk kat FB ada buku terbaru Kay Omena tajuk Suami Untuk Aku baru keluar. Mungkin lepas ni aku akn cari bukunya yg itu pula.😉👌
Profile Image for a i n c e r a.
137 reviews14 followers
June 2, 2024
Untuk permulaan, saya nak mintak maaf kerana bagi rating yang rendah. Isunya bukan pada penulis, tapi pada penceritaan bukunya.

Jujurnya, dah banyak kali saya hold buku ni. Bukan tak nak dnf tapi pembacaan dah nak sampai kepada penghujungnya. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan terus then bury it seolah-olah saya tak pernah membacanya. Pada akhirnya, saya pilih untuk skimming je.

Saya rasa penulis bertindak kejam dengan mencipta karektor wanita yang bisu, yatim-piatu, malahan dibenci oleh abang angkat dan mak longnya (kalau tak silap saya). Belum ditambah lagi dugaan selepas perkahwinan. Ya, awalnya saya bersimpati dan menangis untuk Rania sebab kehidupannya yang sangat teruji. Saya bukan against dengan karektor sebegini tapi kebangkitan yang saya harapkan daripada Rania terlalu mild untuk saya. Terlampau cepat menerima kemaafan just like finger flick. Itu yang buat saya kurang berpuas hati. Saya nak hati dia sedikit keras untuk tunjukkan nilai dia bukan pada hujung kaki sahaja. Tak selayaknya diperlakukan sebegitu especially bila konflik tu melibatkan misunderstanding issue.

Saya mengesan yang buku ni tiada plot yang solid. Ikut pemahaman saya, cerita ni sepatutnya berakhir bila Rania dan Syahiran berkahwin semula. Macam yang saya katakan, lepas sahaja penyatuan semula, there's no plot. Sekadar filter yang saya rasa mungkin untuk memenuhi syarat-syarat minimum/maksimum patah perkataan. Saya tak pasti macam mana editor atau proofreader menilai satu-satu karya tu dipilih.

Profile Image for sooa.
69 reviews6 followers
January 19, 2025
rasa macam nak baling je buku ni sumpah baran dengan plot ceritanya yang tahpape, dengan watak ml nya redflag namampos, pelik macam mana cerita ni boleh terbit jadi buku?? under big publisher pulak tu?

benci gila dengan syahiran bego ni minta maap cakap la ek. jantan ni tak habis habis duk cakap benda lucah/hal dalam kain dengan tak bertapisnya. taktau apa yang ada dalam otak penulis create watak utama bodo piang sebegini?

yang aku nampak syahiran ni pervert, cemburu buta, laki taguna sebab pukul perempuan, sentuh sentuh anak dara orang suka hati, dah bercerai dengan ex wife pun duk peluk peluk lagi wtf? dah la fl pernah kena sexual harrasment dengan si bangang ni. and aku tak nampak langsung character dev dia even penulis buat dia dah berubah sekalipun, joke double meaning jantan ni sumpah aku rasa nak lempang

watak rania pulak terlampau baik dan sama bego. si syahiran tu buat la jahat tara mana pun sampai naik tangan pun, duk terima lagi jantan bodo ni konon sebab dah tersuka sangat ya allah haku stresss. siss ko orait tak orait??? penat la haku😭

part lepas dah bercerai baru la rasa best sikit sebab rania dah keras hati and sumpah gigih habiskan pun sebab mengharapkan diorang tak rujuk balik sampai ending tapi dedua sama bodoh rupanya. dah teruk kena cerai sebab fitnah, lahhh maafkan gitu je si punca buat fitnah. pastu konon sebab cinta mati, senang sangat cair dan terima balik ex laki pervert dia tu. tah la rasa macam buang masa je baca buku ni. what a garbage lol

actually aku sangat adore dengan writing penulis dan selalu jugak baca karya kay omena yang lain sebelum ni but this one was unexpected cuz wth is dis?? im sorry but im really disappointed
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
March 7, 2021
[BOOK 20]

Suara Hati Dia by Kay Omena.
.

Ini buku pertama penulis yang aku baca.
.

Nia dan Syahiran.
.

Nia ni dah lama sukakan Syahiran. Tapi Syahiran tak suka dia sebab baginya, Nia ni dah bolot semua kasih sayang mak Syahiran. gitulah. Tapi akhirnya dorang kahwin. Suka sama suka la.
.

Haaa...dan mula dari sini lah, aku benci Syahiran ni. Dia ni dahlah baran, cemburu buta. Dulu beria tak sukakan Nia, dan dan ajak kahwin. Lepas tu, tak habis-habis ngan ayat 18sx nak anak 11 orang la. hahah. so aku tak nampak cintanya tu di mana.
.

Lepas tu, jenis cemburu buta. Bila Hafiz datang tegur Nia, dah kenapa kau gi marah Nia je. Nia tu bisu. Nak melayan apanya. Kenapa ngan Hafiz kau tak marah pulak?
.

Hafiz pun aku bengang jugak. Ya Allah, bini orang tu, yang kau duk kacau lagi dah kenapa.
.

Nia pulak jenis lembut hati. Lembik pun ada. haihhh.
.

Momentum naik bila lepas dorang cerai je. Itu pun aku pulak yang rimas bila Syahiran duk menyendeng minta maaf.
.

fuh...penat la emosi ni. hahahaha.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
September 28, 2021
rania. bisu. bukan sebab cacat tapi sebab kemalangan yang menyebabkan dia trauma. ayah dan ibunya terkorban dalam kemalangan itu. diberi pilihan sama ada mak cik nor atau umi, rania pilih umi.

umi ni bekerja sebagai pembantu di rumahnya ada seorang anak bernama syahiran. syahiran memang benci pada rania. dia hanya anggap rania pembawa masalah tambah bila umi cukup sayangkan rania. mereka bergaduh hingga menyebabkan rania ke rumah emak saudaranya itu.

gila punya dahsyat perangai mak cik nor ni. anaknya wani pun sama menggila membuli dan mendera rania. dan perkara yang paling tak dijangka berlaku. syahiran datang jenguk rania!

malasla akak nak story lebih part lepas tu. yang pasti mereka kahwin.

tapi kan... tapi... sebab hafiz, mereka bermasalah. mereka bergaduh dan... mereka bercerai!

sakit hati tau. sakit sangat hati bila baca seorang suami yang mudah percaya pada orang lain. walaupun pada pandangan mata salah, tapi syahiran langsung tak nak selidik. tambah menyedihkan bila umi, satu-satunya yang nia anggap sayangkan dia juga mencurigainya. kesat mata akak bila baca surat yang rania tulis. sebak sangat tau penulis Kay Omena . huwaaa!!

walaupun penulis takdelah nak cerita kesusahan dan kepayahan yang rania lalui selama empat tahun selepas dia bercerai dan membesarkan raisya seorang diri, tapi pembaca dapat merasai setiap kepedihan. rania bernasib baik dalam pada dugaan hebat menimpa, tiba-tiba muncul azilia. seorang sahabat yang sangat banyak membantu, menyokong agar dia tak rebah.

kisah lepas tu? hafiz muncul, umi sua muka dan syahiran datang semula. adakah mudah untuk rania menerima mereka semula terutama syahiran yang sangat teruk marah, tampar, hina, caci dan maki dia?

sebab cinta, kadang-kadang manusia ni memang hilang kewarasan. cinta itu benci dan benci itu cinta. pelik, kan?

lumrah.

hati punya angkara. suara hati ni, macam gula. terlalu tawar, jadi kurang rasa. terlalu manis, berbahaya. nak sukat cukup seadanya itulah bergantung pada bijak akal untuk memikirkannya...
Profile Image for HoneyGee.
150 reviews7 followers
June 3, 2024
Kenapalah Nia tu senang je lembut hati dengan si Syahiran kejadah ni?? Laki tu hina dan buang dia kut, pastu marah-marah sikit, terus cool down dan terima semula. Balas lah balik! Syahiran tu pulak, bukan berubah jadi makin baik, berubah jadi makin miang keladi pulak. Belum remarried dah cerita hal laki bini dan peggang-peggang tangan Nia.

Saya tak suka Umi. Umi macam tak nampak langsung silap diri dia dan anak dia pada Nia. Nia terseksa empat tahun tau. Berjalan dalam hujan, balik ke kampung, nasib tak temui ajal je. Dia boleh senang-sennag nak anak dia bahagia semula.

Yes. Another IK book, another joke laki bini. Set aside.

Bolehlah.. Cerita ni buat orang sakit hati je dengan Syahiran. Sampai ke sudah saya tak sokong Syahiran, walaupun dia Male Lead.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
January 9, 2022
(BUKU 4 | 2022) 3.5/5 ⭐️
Hero membawa watak yang saya tak berapa berkenan. Dan isu fitnah yang berlaku macam tak berapa jelas diselesaikan. Nak tahu macam mana si hero rasa bersalah. How? Macam mana kebenaran terbukti. Overall, bacaan yang boleh dikatakan santai sahaja bagi saya.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 31, 2019
Lagi suka novel first and second kay omena yang sayangku tu..
Profile Image for Cik.
215 reviews5 followers
March 31, 2023
Sikit pun takde rasa suka dengan watak hero 😑
Profile Image for Nour.
28 reviews1 follower
January 26, 2019
kay oMeNa. tahNiah! novel paliNg best sy baca bulaN jaNuari 2019. sangat menjiwai. sedih sgt menitis airmata start baca sehingga Nia bercerai dgn syaH. Mudahnya Nia memaafkan Hafiz. Papepon xsabar tunggu Novel baru awak Kay oMeNa.
Profile Image for Cutie_pie28.
484 reviews10 followers
April 8, 2025
Nia dan Syahiran.. permualaan cerita mmg Syahiran tk suke ngn Nia.. sbb Nia rapat ngn satu² nye mak die.. Nia ni ank yatim piatu..tp mase ni Nia tk bole berckp sbb accident ngn parents die.. kotak suara die luka..

Tak lame lepas tu, dorg kahwin.. mmg Syahiran nie kuat cemburu n suka buruk sangka..

Nnt dorg cerai di sbb kn slh phm / fitnah dri lelaki yg suke sgt ngn Nia tu.. sbb tk dpt Nia, die sanggup buat fitnah tu.. time tu Nia mengandung..

Lepas 4thn dorg jumpe.. mmg Syahiran pujuk mcm² cara utk Nia kembali kt die..

Bile dorg nikah balik, nmpk perubahan kt Syahiran yg lebih matang..

Kire die lebih ber komunikasi ngn Nia.. Nia ni pulakk nnt mcm² hal pulakkk.. ajak main badminton kol 3-4pgi.. adoii.. org tgh sedapp tido ajk main badminton pulakk.. 🤦🏻‍♀️

Overall cite nie okay jee baca.. ending yg happy utk smue watak.. susah nk dpt kwn mcm Azilia tu.. eh tk igt laaa nama die.. lebih kurang kott.. Azalia or Azilia.. tp die yg tlg Nia nnt bile die susah..
Profile Image for Mslvoe.
2,194 reviews218 followers
June 25, 2025
F rasa watak Nia ni menyedihkan. Kahwin dengan Syahiran yang selalu menghina dia

Bila Nia balik kampung kena dera dengan MakcikNor, Syahiran datang jemput Nia balik.

Dapat tahu Hafiz nak meminang Nia terus Syah suh kahwinkan dia dengan Nia.

Diaorang kahwin tapi sebab fitnah Hafiz, Nia diceraikan malah siap hina lagi.

Selapas 4 tahun diaorang berjumpa dan rujuk.
Profile Image for NSA19.
2 reviews
February 24, 2019
Good job. Sedih perjalanan hidup Rania. Taktau knp kslhn Shahiran nmpk lg besar bila terang2 si Hafiz tu yg b'salah? Sng2 ja kslhn Hafiz dilupakan. 1st novel dari penulis yg sy baca. Still good job
Displaying 1 - 15 of 15 reviews