Jump to ratings and reviews
Rate this book

Musafir Kota Haramain

Rate this book
Tidak pernah di sangka, selama 43 tahun menanti, akhirnya namaku di ‘seru’ kembali untuk menjadi tetamu-Nya buat kali yang kedua. Peluang untuk bermusafir ke Kota Haramain ini bagiku adalah satu jemputan yang tidak boleh ditolak. Walaupun pernah mengerjakan haji diusia yang muda, namun perasaan kali ini sungguh berbeza.

Bukan semua orang berpeluang dan mampu menjadi tetamu Allah. Kadang-kadang ada diantara mereka yang sudah puas mengembara mengelilingi dunia, tetapi hatinya belum tergerak untuk mengelilingi Baitullah. Dan kadang-kadang ada juga yang sanggup menghabiskan masa dan wang untuk berjumpa kekasih hatinya yang duduk berjauhan, tetapi hatinya belum terdetik untuk bertemu cinta agung di tanah suci. Sungguh, seruan mengerjakan haji ini adalah jemputan cinta daripada tuhan. Tidak semua memiliki keistimewaan ini.

Paperback

First published January 1, 2019

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Mahmood Zuhdi Abdul Majid

21 books4 followers
Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abd. Majid, is an Associate Research Fellow at the University of Malaya. He has also been appointed as Chairman of the National Preaching Council. He has several degrees related to Shariah from Malaysia and abroad, namely, Bachelor of Shariah from Nilam Puri, Master of Shariah from Al-Azhar University, Master of Philosophy from Kent University and Doctor of Philosophy from Universiti Malaya.

He also has a Diploma in Education from Ain Shams in Egypt. He became the Dean of the Faculty of Syariah at the University of Malaya from 1985 to 1990 and then served as the director at the Academy of Islamic Studies at the University of Malaya from 1995 to 2003. His field covers three branches, namely, the History of Islamic Law, Principles of Islamic Studies and Legal Administration Islamic Criminal Law.


Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abd. Majid is a talented writer, having published several sharia books over the years including ' Towards Realizing Islamic Law' in Malaysia (1998), Islamic Family Law: Its Concept and Implementation in Malaysia (1992), Criminal Law Islam: The Concept and Basis of its Implementation (1992), Introduction to Islamic Law in Malaysia (1997), Dynamism of Sharia Studies (1997), History of the Construction of Islamic Law (1998), Administration of Malaysian Islamic Criminal Law (1999), Waqf and Its Implementation in Malaysia (2000),Zakat Administration (2003), Zakat Management (2003) and Ulama Penggugat Zaman (2004). Among several articles written by Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi includes Fiqh Malaysia: Concepts and Challenges (2000), The Role of Zakat in Ummah Development (2002) and Islamic Political Theory: Understanding Syariah Syariah (2003). Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi is the recipient of the Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) gifted by His Majesty the Sultan of Kelantan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (27%)
4 stars
4 (36%)
3 stars
4 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Hani~.
143 reviews3 followers
June 6, 2025
Setiap kali tiba musim haji, saya akan menekuni bacaan dengan tema yang berkaitan tidak kira ia fiksyen atau bukan fiksyen. Musafir Kota Haramain adalah pilihan saya untuk tahun ini.

Penulis berkongsi pengalaman beliau bersama 3 ahli keluarga (isteri, anak & menantu) melaksanakan ibadah haji pada tahun 2015. Bermula sejak persediaan di tanah air, sehingga pulang.

Menariknya, ini merupakan perjalanan haji kedua penulis dan isteri. Kali pertama adalah pada tahun 1971, lebih 40 tahun dahulu. Sudah pasti banyak perubahan telah berlaku sama ada dari segi infrastruktur mahu pun jumlah jemaah haji itu sendiri. Penulis merakamkan perbezaan haji dua zaman ini dengan panjang lebar di dalam buku ini.

Selain itu, tahun tersebut juga berlaku tragedi runtuhan kren yang meragut nyawa ramai jemaah haji termasuk dari Malaysia. Beliau ada berhampiran lokasi kejadian kerana sedang mengerjakan tawaf.

Banyak lagi pengalaman yang dikongsi. Sebuah bacaan yang menarik walaupun kadangkala ada juga bahagian yang saya rasa "susah nak relate" kerana penulis merupakan seorang berprofil tinggi/VIP yang sudah kerap ke tanah suci.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
December 20, 2024
Banyak sebenarnya buku yang ditulis tentang ibadah umrah dan haji.

Tetapi buku yang satu ini agak menarik sebab ianya ditulis secara santai.

Membaca travelog ini seolah-olah kita berada sama di tempat yang diceritakan.

Penulis membandingkan pelaksanaan ibadah haji yang beliau buat pada 1971 dan 2015.

Ada banyak perbezaan terutamanya daripada segi kemudahan yang dibincangkan di dalam buku ini.

Buku ini menekankan tentang kualiti ibadah yang dilaksanakan.

Apa yang paling penting adalah keikhlasan membuat ibadah.

Beliau juga memberikan nasihat dan tips tentang perkara yang perlu dipersiapkan daripada segi fizikal, mental dan emosi untuk melaksanakan ibadah haji.

Kalau den tidak silap, dalam buku ini la ada dinasihatkan untuk memperbanyakkan mengganti solat apabila berkelapangan di Masjid Nabawi.

Beliau juga menasihatkan untuk berusaha melaksanakan tawaf sunat kerana ibadah tawaf hanya boleh dilaksanakan di Mekah.

Buku yang memberikan banyak panduan dan nasihat.

Sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk menunaikan umrah atau haji.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
May 26, 2025
Buku ini perlu dibaca dengan bertenang kerana mempunyai banyak informasi dan butiran yang ditulis. Saya juga kagum macam mana penulis boleh menulis dengan sangat terperinci apa yang berlaku.
Buku ini adalah pengalaman dan pendapat peribadi penulis untuk perjalanan ke kota Mekah untuk menunaikan haji. Bagus untuk mereka yang pertama kali akan ke tanah suci untuk dapat gambaran.
Namun, ada beberapa perkara yang saya kurang setuju untuk diberitahu kepada umum, seperti pendapat peribadi Tuan iaitu "umat Islam ini tiada disiplin, kerana majoriti dari negara kelas ketiga". Maaf jika saya salah quote. Saya faham, buku ini menulis setiap perasaan Tuan ketika kejadian-kejadian itu berlaku. Tetapi, ada yang kedengarannya sedikit tidak elok. Lagi-lagi mengenai perjalanan haji di mana semua orang patutnya taraf yang sama.
Profile Image for Mohd Taufiq.
15 reviews
June 14, 2025
Buku ini penuh inspirasi dan menarik, memberi rasa cinta dan keinginan tentang jemputan cinta daripada tuhan penuh istimewa
28 reviews
July 17, 2025
Buku Musafir Kota Haramain membuka ruang buat penulis berkongsi pengalaman berharga sepanjang berada di Tanah Suci. Menariknya, penulis yang pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 1971, membuat perbandingan dengan suasana haji yang dilalui semula pada tahun 2015. Perbandingan dua zaman dalam tempoh 45 tahun itu memperlihatkan perubahan yang cukup ketara dari segi suasana, sistem, dan pengurusan jemaah.

Allahyarham Dato’ Dr Mahmood Zuhdi menjelaskan asal-usul istilah muassasah, iaitu satu konsortium yang dibentuk oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menggantikan sistem lama yang dikendalikan oleh para syeikh. Langkah ini merupakan tindakan bijak dalam usaha mengelakkan sebarang bentuk eksploitasi terhadap jemaah.

Penulis turut berkongsi pemerhatiannya terhadap perubahan penampilan selepas menunaikan haji. Seorang lelaki sebelum haji mungkin berpakaian singkat hingga paras lutut, tetapi selepas pulang dari haji, mereka cenderung mengenakan pakaian labuh hingga ke buku lali dan berkopiah putih. Bagi wanita pula, sebelum haji, ada yang hanya menutup kepala separuh dengan kain lepas, namun selepas haji, mula mengenakan tudung labuh ‘tudung haji’ yang menutup aurat dengan sempurna.

Tidak ketinggalan, perubahan gelaran turut diperhatikan. Sebelum menunaikan haji, seseorang mungkin dikenali sebagai ‘Awang’ atau ‘Mek’, namun setelah kembali dari Tanah Suci, mereka dihormati dengan panggilan ‘Awang Haji’ dan ‘Mek Haji’. Sebagai pembaca yang membaca buku ini pada tahun 2025, saya seolah-olah dapat merasai sendiri kebenaran kata-kata Prof, antaranya berkenaan masa depan Arafah. Prof menyatakan bahawa satu hari nanti, Arafah akan dibangunkan dengan pelbagai jenis pusat penginapan mengikut kelas dan kedudukan jemaah seperti jemaah muassasah, VIP dan VVIP. Jangkaan itu kini menjadi nyata.

Terima kasih diucapkan kepada Allahyarham Dato’ Dr Mahmood Zuhdi atas penulisan yang begitu menyentuh hati ini. Ia bukan sekadar catatan perjalanan, tetapi satu bentuk dakwah yang membangkitkan semangat dan kerinduan untuk menunaikan haji, khususnya dalam kalangan anak muda seperti kami. Sesungguhnya, haji adalah jemputan Allah yang tidak ternilai, dan dapat menunaikannya di usia muda adalah satu jemputan yang sangat eksklusif. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan menjadikan karya ini asbab pahala yang terus mengalir, inshaAllah.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.