Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa MEK SIAH. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahankan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya.
Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.
"Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?" - HANUM
Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah.
"Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena 'kerjakan' Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat." - HAJI LAMIN.
Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!
Mek Siah yang sudah terlantar sakit kini dijaga oleh anak menantunya. Namun, Hanum sering kesukaran untuk menguruskan ibu mertuanya yang kelihatan tinggal kulit sahaja namun sangat berat untuk diangkat dan dialihkan. Malahan Zakuan juga turut mengalami kesukaran yang sama. Dalam masa yang sama pelbagai gangguan mula berlaku hingga membuatkan Zakuan menghubungi Haji Lamin bagi mendapatkan bantuan.
Makan hati sungguh Zainab bersuamikan Joned. Tutur kata langsung tiada sopan santunnya. Sesuka hati dia sahaja mengata mak mertua dia itu ini. Dengan Zainab apatah lagi. Ayat yang keluar dari mulut lancar sahaja tanpa memikirkan perasan sang isteri. Puas hati SH bila mulut Joned disumbat terompah. Mulut lebih puaka dari puaka. Itu makannya.
SH suka dengan pesanan Haji Lamin kepada isterinya, 'jangan disebabkan orang yang baru semalam awak kenal, awak bersangka buruk dengan saya'. Sebab kita sebagai manusia kadang-kala terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. Dan di dalam rumah tangga, kepercayaan antara pasangan adalah sangat penting begitu juga dengan komunikasi. Jadi segala teguran, pertanyaan, sesi luah perasaan boleh menjadi kunci kepada keharmonian sesebuah hubungan.
Ada beberapa bab yang merupakan imbas kembali namun tidak ditulis. Walaupun dalam bab yang tersendiri namun SH sudah baca beberapa baris baru ia adalah babak imbas kembali. SH rasa kalau diletakkan imbas kembali tanpa tahun atau jangka masa juga sudah memadai.
SH suka nama-nama watak dalam cerita ini. Pendek dan ringkas. Tidak perlu berbelit otak SH membaca nama sahaja.
Naskah ini juga mengenengahkan isu mandul. Sering kita bila ada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata mesti ada mulut-mulut jahat yang mengatakan mereka mandul. Namun yang selalu menjadi buah mulut mestinya sang isteri. Wanita sering dikatakan mandul namun kebenarannya belum tentu begitu.
Orang yang mengamalkan ilmu hitam ini bagi SH sangat pentingkan diri. Mungkin ada yang berkata ala mereka nak memudahkan kerja, mereka nak melindungi keturunan mereka. Tapi tanpa mereka sedar mereka menjadi punca masalah kepada keturunan mereka sendiri. Contohnya dalam naskah ini anak-anak menjadi sukar untuk menguruskan Mek Siah. Malahan anaknya juga menjadi bahan tohmahan orang kampung.
Kerelaan Zakuan dan Hanum dalam menjaga Mek Siah sememangnya perlu dicontohi. Apatah lagi Hanum sebagai menantu. Tidak ramai anak yang sanggup menjaga orang tua mereka yang terlantar inikan pula mertua. Seperti isterinya Zaidi yang meninggalkannya hanya kerana dia mahu menjaga ayahnya.
Kebesaran hati Haji Lamin dan Hajah Ramizah memaafkan dan melupakan dendam lama juga sangat SH kagumi. Tidak semua orang mampu berlapang dada apabila sudah diperlakukan sebegitu.
Walaupun pengakhiran membuatkan SH rasa geram sebab terlalu tiba-tiba tetapi naskah ini sangat sarat dengan pengajaran. Pembinaan cerita dari awal juga sangat menarik cuma terkandas di penghujung cerita. Andai ia ditutup dengan lebih kemas SH rasa ia akan menjadi sebuah karya yang sangat menarik.
Sebuah cerita seram yang tipikal. Namun masih dapat dirasakan keseramannya ketika membaca novel ini pada waktu malam. Keadaan Mek Siah yang seperti bangkai bernyawa telah dikatakan mempunyai saka dan jasadnya telah dihuni oleh makhluk lain. Tahniah untuk penulis.
Assalamualaikum,hai selamat pagi, hehehe meh baca review saya ,novel mek siah yg dikarang oleh Novelis Izam Nor II.
👻M- Memang best,membaca dari sinopsis kulit belakang pembaca dah boleh buat anggaran kasar kisah ini mengenai mek siah yg mempunyai 'benda' as pendamping.Namun,percayalah kisah ini ada aura tersendiri ,tidak 'cliche' macam anggapan awal saya.ada rahsia yg akan terungkai di akhir perceritaan bahkan saya tertanya² juga apakah rahsia y mek siah simpan sehingga tak sabar nak habiskan pembacaan saya.
👻S- Sememangnya ,mek siah bukan sekadar kisah seram,terselit pengajaran dlm kisah ini,Jangan sesekali menyekutukan Allah dgn sesuatu apa pun, taatilah ibu ayah walau sebagaimanapun perangai atau perbuatan ibu bapa ,berbuat baiklah n berbaktilah pada ibu bapa selagi ada kesempatan, dan banyak lagi nilai murni lain.Jalan perceritaan yg diolah dgn menarik menyebabkan saya tenggelam dalam kisah mek siah ini terasa melihat didepan mata,suka watak haji lamin terubat rindu membaca karya tamar jalis kerana watak haji lamin ni berkebolehan merawat secara tradisional teringat pula masa dulu² baca siri bercakap dgn jin hehehe.
👏👏👏saya bagi 4.9/ 5 bintang pada novel mek siah.tahniah penulis cerita ni mmg best.
Mengisahkan tentang Mek siah yang sakit terlantar selama 3 tahun, sakitnya bukan biasa. Ahli keluarganya sudah cuba merawat dengan cara rawatan dihospital tetapi malangnya doktor memberitahu yang Mek Siah tiada penyakit apa-apa. Dalam masa yang sama ada desas-desus yang telah tersebar di kampung mereka tentang Mek siah tetapi Hanum menantu Mek Siah serta Zakuan tidak ambil peduli tentang mereka sehinggalah sesuatu terjadi.
Novel seram yang paling menyayat hati kerana melibatkan kedua ibu bapa dan ketaatan anak-anak mereka. Jalan cerita yang sangat menarik dan menyentuh hati saya sebagai pembaca tambah menyentuh tentang ketaatan anak. Kagumnya saya dengan Hanum serta Zakuan kerana menjaga emak mereka walaupun banyak perkara telah mereka lalui. Ketaatan mereka membuat saya menitis air mata.
Walaupun jalan penceritaan yang sangat menarik endingnya agak kurang bagi saya sepatutnya ending dia lebih hardcore disebabkan perkara yang dilakukan oleh mek siah itu sangatlah dasyat dan jahat. Joned pula wataknya sangat hidup sampai saya membencinya hingga akhir cerita.
Satu hari aku baca buku ni.. Sebab nk tau sangt pasal mek siah.. tambah pulak kisah mek siah ni sama mcm kisah yg mak aku pernah cerita. Bila hidup x ada peganggan agama, semua ko redah. Mek siah ni ingt hidup ni menongkat langit. Aku kagum dengan menantu dia yg sangup jaga mek siah. Anak lelaki yg still sayangkan mek siah. Walaupun org ckp bermacam2. Mmg menarik kisah mek siah ni. Tak rugi kalau korang beli dan baca. Penulisan dari penulis pun menarik mudah nk faham tak berbelit2 walaupun ada flashback...
No words to describe this book. This is the best book ! Padanla menang award on 2019.
Best weyh. Tolonglah teruskan karya seperti ini.
Penceritaannya sangat dekat dengan amalan khurafat orang Melayu kita. Susunan plot dan setiap character development tersusun kemas from one step to step. Kesalahan seperti typo ada tetapi dalam jumlah yang minima. Masih boleh tolerate
Thank you author ! This kind of book yang bantu industri penulisan Bahasa Melayu meningkat from time to time.
Kisah Mek Siah dalam novel ni memang padu! Admin suka sangat baca novel. Penuh dengan misteri, seram malah penuh dgn pengajaran. Admin bagi 5/5. So, korang boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com/ :))
Novel yg best untuk cerita seram.perjalanan isi ceritanya,penggunaan bahasa yg senang difahami,diajak sekali minda pembaca masuk ke dlm seperti berada ditempat itu sekali.sangat sangat best.thumbs up untuk penulis nya.
Jalan cerita memang mudah untuk di’teka’ sebab ceritanya tipikal cerita hantu Malaysia. Tapi cara penulisan author saya suka. Kemas dan tersusun. Senang untuk di baca dan mudah faham.
Cerita yang berkisar pada amalan-amalan syirik yang tidak asing dikalangan masyarakat. Seram dan menjijikan, namun masih ada pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar.
novel yang banyak pengajaran dan pastinya memberi keinsafan kepada pembaca. agak typical mengenai nasi kangkang dan susuk . tetapi pencritaanya menarik dicampur dgn isu kekeluargaan dan juga persahabatan