Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sang Pewaris

Rate this book
Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

610 pages, Paperback

First published January 1, 2019

9 people are currently reading
144 people want to read

About the author

Fizziany

38 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (45%)
4 stars
13 (37%)
3 stars
6 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
October 22, 2020
novel berinfo seperti ini seharusnya tidak dipandang sepi. selain dari kisah yang santai tapi sangat menarik, maklumat berguna turut banyak diselitkan. nyatanya, puan penulis Fizziany Ahmad bukan semberono menulis satu kisah cinta tapi juga menerapkan banyak ilmu dan nilai positif dalam novel terbarunya ini. dalam ni, tak de kisah berebut harta ya, jangan risau.

pertamanya tentang watak tunku ameer. watak ini suram, sepi. dalam kesibukan dia melalui kehidupan harian, tapi dia sepi. walaupun dia punya tunang, zara tapi hatinya tidak pernah terbuai dengan rasa cinta. yang hanya ada dalam fikirannya ialah bondanya, tunku kamariah. tunku kamariah yang sakit, yang pernah disahkan gila setelah kematian suami dan kehilangan anak iaitu kembar pada tunku ameer.

di sinilah bermulanya sebenar watak ali atau tunku ali ataupun kudin. haa... hambik. tiga nama sekaligus watak ni sapu. hehe.. tunku ali ialah kembar tunku ameer yang diculik sewaktu masih bayi. ali pula, watak seorang jejaka yang bekerja kilang, anak pada mak bedah dan pak samad dan kudin... hehehe.... si tukang kebun yang selalu menghuru harakan keadaan dan kehidupan zara.
dalam pada ali ni berjanji untuk berjumpa dengan tuan haji mahmud untuk diperkenalkan dengan keluarga sebenar, dia boleh bantai pi pusing tang lain. dari perancangan awal untuk terus jumpa dengan ahli keluarga, ali memohon jawatan tukang kebun untuk kenal dan lebih tahu siapa tunku kamariah dan tunku ameer serta yang lain. tapi fokus terlebih pula pada zara, tunang tunku ameer. zara bertanggungjawab menjaga tunku kamariah, kerana tunku kamariah tidak percaya pada sesiapa pun setelah kehilangan. itu yang masuk babak lucu antara kudin dan zara. dok hayun buai sampai terjerungkang, dok mengendap sampai terjirus zara dan paling sadis bila pokok bunga kesayangan zara, bunga petunia habis dikitai dek kudin yang konon gubah jadi karangan bunga sebab nak hadiahkan pada zara sebagai tanda mohon maaf. tak pasal-pasal berkejaran sebab zara nak hempuk kudin!

terselit berkenaan dengan ubat-ubatan. ubat ni, kalau terlebih dan tersalah makan, mampu jadi racun. nak ambik vitamin pun seeloknya atas saranan doktor. cuma jangan tersalah jumpa doktor. itu yang muncul watak doktor mahfuz. suka juga dengan maklumat berkenaan dengan keturunan raja-raja, spesifiknya tentang keturunan pembesar di negeri sembilan dan adat pepatih yang diamalkan. good info beb!

apa yang berlaku dalam kehidupan, lihat pada sisi positif walaupun impak pada diri kadang-kadang sangat pedih. bila melihat sesuatu itu dari sudut positif, nescaya hati akan lebih mudah jadi lembut dan redha pada semua yang telah tersurat. siapa kita mahu menidakkan segala yang telah direncanakan dalam kehidupan kita?
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
June 12, 2023
Novel ni kisahnya santai. Saya ingatkan ada unsur thriller atau seram atau yang seumpamanya. Saya tak tengok versi adaptasi drama tapi saya tahu siapa pelakonnya. Juga tak ada drama yang ntah apa-apa.

Saya suka kan kesemua watak-watak yang ada. Meskipun setiap daripada mereka tak terlepas dari membuat kesalahan, masing-masing sedar diri dan berani untuk berhadapan dengan kesannya. Ali sangat berbeza dengan Tunku Ameer. Ye lah sebab mereka dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Tunku Ameer sangat kasihan. Hidupnya sunyi. Dia yang jadi saksi akan kesusahan bonda meratapi kehilangan Tunku Ali. Hidupnya adalah untuk ibunya. Dia juga menjadi mangsa dendam seorang manusia yang tidak ingin melihat keluarga itu bahagia.

3/4 kisah ini lebih kepada nak tahu siapa dalang penculikan Tunku Ali. Tapi disebabkan seketul Ali yang hatinya lembut dan bersifat terbuka maka dimaafkan sahaja apa yang telah berlaku.

"Memang mustahil untuk mengubah masa silam. Kesilapan tetap satu kesilapan. Tapi, langsung tak ada ruangkah untuk semua kesilapan itu dimaafkan dan diperbetulkan?"

Zara, anak kepada Tuan Haji Mahmud. Obses dengan bunga. Kasihan juga pada gadis seorang ini. Kewujudan Zara dalam rumah tu adalah di atas kepentingan orang lain. Dari kecil dia dah dimanjakan oleh Tunku Kamariah.

Selepas itu kehidupan Ali berubah. Banyak benda yang perlu dipelajarinya. Termasuk lah belajar tentang salasilah keluarganya (adat dan salasilah keluarga di Negeri Sembilan). Kehidupannya yang dahulu sudah tidak sama.

Akhir sekali, perasaan sebenar Ali pada Zara. Bagaimana dengan Zara? Dia malu sebenarnya sebab dia sendiri ada niat jahat terhadap keluarga tersebut. Sikit sangat lah bahagian mereka berdua ni. Tak puas tau.

Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
March 27, 2019
I want to have more sweet antara hero n heroin...

Overall, buku ni pasl kisah keluarga...anak yg terpisah...and how dorang perbaiki balik hubungan keluarga yg lama terpisah..

Tebal buku ni..sila bertabah bila nk habiskan yer....😆😆😆

2.9/5

Gooodluck writer.😘😘
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
January 27, 2019
KakChik seperti hilang paksi dalam menelaah karya Cik Puan Penulis kali ini. Mungkin kerana KakChik sudah letakkan standard yang tinggi, berdasarkan karya beliau sebelum ini Tomboy Berkebaya Merah.

Idea dan info yang dikongsi agak menarik terutama berkenaan salasilah keturunan Diraja Negeri Sembilan. Cuma ada beberapa isu yang buat KakChik rasa macam hilang arah panduan:

1. Kisah Doktor Mahfuz menutupnya hanya di situ sahaja.

2. Jalan penyelesaian untuk rentetan kes penculikan berakhir dengan hanya kata maaf. Rasanya kalau dalam realiti, mesti pegawai penyiasat akan menyiasat juga berkenaan isu ini.

3. Penamat yang tergesa-gesa diletakkan titik akhir. (Mungkin ianya lebih baik begitu)

Namun kesilapan ejaan yang minima menjadi kredit untuk karya cetak sendiri oleh Cik Puan Penulis.

Tahniah Fizz, jangan berhenti berkarya ye.


#4/30
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
February 20, 2019
Sang Pewaris merupakan novel santai yg byk memuatkan ilmu tentang ubat2an dan salasiah keturunan raja2 melayu especially keturunan diraja N Sembilan. Novel ini juga mengutarakan tentang kasih sayang di antara ibu, anak dan adik beradik.

Sang Pawaris mengisahkan tentang Tunku Ali yg diculik sejak kecil dr kediaman bondanya kembali hidup bersama keluarga kandungnya setelah ditemui oleh pengurus keluarga diraja itu. Tunku Ali kembali sbg Kudin yg menyamar sbg tkg kebun utk melihat sendiri penerimaan keluarganya. Dalam masa penyamaran itulah pelbagai rahsia terbongkar.

Kehidupan Tunku Ali kemudiannya mula berubah bila dia mula belajar ttg adat istiadat diraja dan urusan business keluarga. Namun cinta yg br berputik dipendamkan kerana Zara milik Tunku Ameer pd ms tersebut.

Pengakhirannya walaupun happy ending, namun saya rasakan ianya sedikit hambar dan agak tergesa2. Rasa tak puas membaca part cinta di antara Ali dan Zara yg bg saya terlalu sedikit. Mungkin penulis mahu fokus ttg hubungan keluarga dan adat istiadat diraja di antara Tunku Kamariah, Tunku Ameer dan Tunku Ali. Semasa Tunku Ali belajar ttg salasiah keluarganya, jangan kata Ali yg pening, saya yg membaca pon turut pening. Haha. Nampak sgt saya dan sejarah susah nk ngam😂😂😂. Anyway tq juga pd penulis kerana jika tidak kerana info2 ini, mmg tidaklah saya rajin utk membuka buku sejarah melayu ini.
Profile Image for Lucyana.
24 reviews3 followers
April 11, 2025
"Zara membesar di rumah ini, hanya dia saja yang tahu luar dan dalam tentang keluarga ini."

Kehilangan Tengku Ali sewaktu bayi telah membuatkan bonda dan kekandanya hidup dalam sebush harapan dan tomahan kaum kerabat Diraja yang lain. Tungku Kamariah masih percaya adik kembar Tungku Amer masih hidup walaupun kepercayaannya mengundang tanggapan yang dia sudah tidak waras.

Tungku Amer juga tidak pernah berputus asa untuk mencari keberadaan adindanya selama 25 tahun dia membesar. Sepanjang dia hidup, tujuannya cuma satu mahu nencari Tungku Ali dan kembalikan keharmonian keluarganya. Sehingga dia mengabaikan perasaan tunang sendiri.

Zara, sejak kecil dia terperangkap di dalam rumah agam milik keluarga Tungku Amer. Bahkan, ditunangkan dengan lelaki itu tanpa rasa cinta walaupun sudah mencuba untuk menyemai rasa. Sedari kecil, dia perlu merasa makanan yang dihidangkan di dalam rumah itu sebelum keluarga itu menjamahnya. Dek kerana trauma dan takut diracuni pihak musuh yang ingin melihat keluarga Tungku Kamariah binasa buat selama-lamanya.

Kepercayaan yang dibina terhadap orang sekeliling, ternyata satu demi satu mempunyai niat jahat. Bahkan paling tragis, ada duri dalam daging yang begitu busuk hatinya mahu melihat keluarga Tungku Kamariah hancur selama-lamanya. Dendam kesumat? Mungkin ya!

Berjayakah mereka menemui Tungku Ali untuk meneruskan legasi Sang Pewaris Tungku Kamariah? Dan benarkah hubungan yang tiada rasa dapat berkekalan selamanya?

✨ My Review ✨

+ Awal-awal sewaktu baca novel ni, rasa macam slow sangatlah nak habiskan. Tak silap saya, bacaan dimulai pada Januari 2025. Eh tahu-tahu sekarang dah April 2025. Lama betullah nak habiskan. Maklum, kita ni slow reader.

+ Cerita ni menarik sebab ada fakta dan sejarah yang boleh kita ambil sebagai input pengetahuan. Terutama bab keturunan diraja dan ubat-ubatan. Bahaya juga kalau main telan je ubat tapi tak tahu ubat tu sebenarnya untuk apa.

+ Walaupun awal-awal agak kurang menarik, tapi sampai part di mana Zara dengan Kudin cuba jadi penyiasat tak berbayar tu dah mula menarik. Dengan kita-kita sekali rasa nak tahu apa akan jadi lepas ni? Macam mana rahsia Kudin si Tukang Kebun terbongkar? Dan apa kesudahan serta keputusan penyiasatan mereka?

+ Bukan sebuah cerita cinta berpasangan, tapi lebih kepada cinta kekeluargaan. Selain penyiasatan Zara dengan Kudin. Ada juga babak sedih. Menitik-nitik air mata ni sewaktu membaca, ada babak lawak dan lucu. Boleh dikatakan semua rasa bercampur dan digaul sehingga sebati. Perfecto, gitu!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
October 23, 2025
Puas hati dapat juga baca novel Sang Pewaris ni, lama juga dia ada di rak buku. Tengok ketebalan buku, memang kena nasihat kat hati siap siap, bila ada banyak masa dan otak kurang tenang baru sesuai baca. Marathon terus. Tahu dah, buku-buku Fizziany memang best, tak kira tebal mana.

Sang Pewaris mengisahkan adventure perangai gila-gila keras kepala, emosi tenang positif sentiasa dan kerenah Ali. Semuanya bermula apabila Ali yang sedang sibuk mengerjakan kereta di kilang di Melaka diambush oleh Tuan Haji Mahmud. Bila diceritakan kekecohan orang kampung Pak Samad dan Mak Bedah di kedai runcit, tangga rumah Akak tukang jahit mulut internet.... seakan terbayang becok mulut orang kampungku. Mulut becok, hati baik tau. Perangai tak semongah tu, sama macam di mana pun, tak kira di kampung atau di kota besar, ada yang baik ada yang tidak. Kadang tu, kita tak boleh judge dari luaran saja. Macam kes Tunku Ameer, nampak muka ketat dan langsung tidak mesra, tapi bila Ali baca diary rahsia Tunku Ameer yang agaknya ada banyak jilid tu, faham dah. Hati dan perasaan Tunku Ameer luas dengan kasih, tidak seketat riak wajahnya.


Saya dah selesai baca buku Sang Pewaris. Nak jual semula harga buku terpakai kepada siapa yang mahu.
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
February 3, 2023
𝙕𝙖𝙧𝙖.. 𝙃𝙖𝙩𝙞𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜𝙜𝙞𝙡 𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙕𝙖𝙧𝙖. "𝙄 𝙖𝙢 𝙖𝙫𝙖𝙞𝙡𝙖𝙗𝙡𝙚 𝙖𝙣𝙮𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙮𝙤𝙪, 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙕𝙖𝙧𝙖. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖, 𝙕𝙖𝙧𝙖”

𝐒𝐔𝐒𝐏𝐄𝐍𝐒𝐄 & 𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄 & 𝐑𝐎𝐘𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘
_____________________________
🏷️ 𝐊𝐀𝐑𝐀𝐊𝐓𝐄𝐑

𝐀𝐋𝐈 - Suka btl dgn watak utama Ali ni, tak pernah kering gusi setiap kali scene dia, kelakar dan ada aje otak dia tu dgn suka puji diri sendiri, dh lah comel terkebil2 kena marah dgn Zara, dan suka sgt bg bunga ♥️💐 Ali bukan 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿 suka buat lawak bodoh 𝗰𝗼𝗺𝗲𝗱𝘆 tu tapi more to 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗯𝘂𝗿

𝐙𝐀𝐑𝐀 - Zara ni garang tapi baik. Haha, but seriously, garang, takut Ali dibuatnya 😂 something is going on in her head tau masa awal2 baca tu. Baca lah, something shady about her 😏

𝐀𝐌𝐄𝐄𝐑 - I CANNOT EXPRESS HOW MUCH I LOVE THIS COLD MYSTERIOUS GUY 😭☝️♥️ dan sy kesian sgt dkt Ameer, dia lah tunjang keluarga. Tanggung everything dari usia yg muda sejak Ali diculik. But no one saw his effort 🥲

𝐃𝐑 𝐌𝐀𝐇𝐅𝐔𝐙 𝐇𝐉 𝐌𝐀𝐇𝐌𝐔𝐃 - I cannot say much without spoiling but something shady about these two ✌🏻
_____________________________

🏷️ 𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 - sy bercucuran air mata even chapter menangis tu tak panjang, punya lah hebat nya author ni bermain dengan perasaan sy. Dari awal gelak memanjang, ending dia memang sedih sgt.

Please prepare your tissue, maybe sebab buku ni tebal even font dia sgt besar jd rasa terikat sgt dgn karakter2 dlm ni. Bukan percintaan tu sedih tp apa yg terjadi dlm buku ni, i cannot 😭 benda yg melibatkan kematian org yg tersyg ni memang menggugat hati 💔
_____________________________

🏷️ 𝐏𝐋𝐎𝐓 - Sy akui author sgt bijak bermain dgn perasaan dan karakter betul2 hidup, realistic and tulisan penuh dgn ilmu. Even ada sedikit sejarah dan medical ditulis dlm ni,cara penyampaian nya mudah dan senang paham.

Cuma diakui ada plot yg pd pendapat sy agak repetitive dan berpanjangan dan klu takde pn takpe. Tapi yg tu sikit je, kebanyakan isi buku ni memang best 👍🏻

agak ragu2 nak baca buku ni sebab tkt wattpad or ‘tiru omputih’ but not at all. Mungkin dari segi plot bagi sy, biasa2 shj tp dari segi emosi blushing gelak sedih nangis memang author pandai 👍🏻 macam terfikir juga nak bagi 3 ke 4 ⭐️ ni?

Tapi bila buku tu dh buat sy nangis bengkak mata, ketawa non stop from the beginning and jatuh cinta pd semua karakter, I decided to rate this 4 ⭐️
_____________________________

🏷️ 𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄 - romance dlm buku ni not consistent sebab fokus pd Ali dan warisan keluarga nya, bukan yg jenis hangpa dok blushing squealing 24/7 tak tentu arah tau 😂☝️ tp romance dlm buku ni ✨ 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗥𝗢𝗠𝗔𝗡𝗧𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 ✨ sgt natural dan terhibur kerana ia nya dtg dari Ali 🥰♥️

𝘼𝙡𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙪𝙡. 𝘽𝙞𝙗𝙞𝙧 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙚𝙣𝙪𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙜𝙞. 𝙃𝙖𝙩𝙞 𝙣𝙖𝙠𝙖𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙞𝙠! 𝙏𝙖𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙧 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙞𝙣 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙠𝙪 𝙗𝙪𝙩 𝙖𝙠𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙞𝙡𝙖𝙩 𝙗𝙞𝙗𝙞𝙧 𝙩𝙪. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙖 𝙥𝙪𝙡𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙪𝙖𝙩! 𝙏𝙖𝙠 𝙖𝙥𝙖... 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙝 𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜. 𝘽𝙞𝙗𝙞𝙧 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞!
Profile Image for Nadhirah Idris.
30 reviews
June 19, 2025
First of all, tahniah menjadikan saya fast reader. I start mula baca bersekang mata sampai 300+ m/s. Kalau bukan sebab kerja esok hari maybe dah habis dalam satu hari. Cerita ni tidaklah romantik jer memanjang dan bukan berkisar tentang cinta sahaja. Lebih kepada kekeluargaan, kasih sayang yang hilang. Apa yang membuatkan saya teruskan membaca sebab ada unsur misteri, suprise itu yang hooked sangat tu. But sedih la tengku ameer meninggal la pula dek angkara doktor family. Eyy geram betul. Tengku ameer adalah satu watak yang i sendiri want to know him more- sumpah sedih, kesunyian yang di alami seolah tak cukup dicoretkan dalam novel ni, wish i can read his diary, confirm meleleh.

Dan tengku ali saya sukakan keterbukaan untuk dia sampaikan perasaan dia pada zara, tidak berbelit or kias berkias terus jer shoot itu yang hanya 1 bab last jer i jadi blushing baca. Kalau jadi drama ni, not bad juga ya. Even kita baca ni pun dah ada certain pelakon yang kita imagine kan. Okk 5 bintang !
Author 6 books27 followers
October 29, 2020
Ini buku keempat yang aku baca daripada kak Fizz selepas Trilogi Epik Cinta. Best. Tak membosankan. Cukup rencah. Berinformasi dari sudut kedoktoran dan sejarah susur galur keturunan raja Negeri Sembilan.

Paling-paling aku berkenan dalam novel setebal kamus ni ialah watak Kudin aka Tunku Ali. Buat perangai betul dia tu. Haha serius terhibur lagi-lagi bila dia tanpa sengaja tercari pasal dengan Zara😂

Sepanjang pembacaan, setiap watak yang ada dalam ni secara automatiknya aku terbayangkan wajah-wajah pelakon yang akan memegang watak drama ni nanti. Tak sabar nak tonton. Moga memuaskan sama macam novelnya🤗
1 review
December 3, 2020
its so funnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.