- Menghasilkan anak negatif - Merosakkan akhlak anak - Membentuk anak bertuankan ' gajet'
NASKHAH INI MEMBANTU IBU BAPA:
- Memperbaiki cara betul mendidik anak - Mempererat dua hubungan yang semakin dingin - Mengetahui formula mengurus konflik anak - Membentuk diri menjadi ibu bapa penyayang, bukan pemarah - Membantu ibu bapa menjadi best friend terbaik untuk anak
Siapa cakap didik anak itu mudah? Cakap sahaja memang boleh tetapi untuk laksana jika tiada ilmu ibu bapa akan gagal!
Kak Elle tertarik untuk baca buku Bijak Parenting hasil tulisan Ustazah Isfadiah Dasuki ini sebab tagline “Pernahkan tersalah didik dan mahu berpatah balik?” Aduh, Kak Elle sepanjang menjadi Mommy kepada Reis sentiasa tertanya-tanya betul tak cara Kak Elle mendidik anak Kak Elle. Sekarang dengan kehadiran Rizqi pula, Kak Elle jadi lebih risau takut-takut Kak Elle tak mampu mendidik anak-anak Kak Elle sebaik mungkin.
Dan ya Kak Elle tertanya-tanya boleh tak berpatah balik dalam mendidik anak-anak.
Tahu tak uolls, fasa anak berumur 0 bulan sehingga 7 tahun adalah fasa kritikal untuk membentuk jati diri anak kita. Maksudnya Kak Elle ada setahun lebih lagi untuk mendidik Reis sebaik mungkin sebelum Reis berumur 8 tahun.
Alhamdulillah selepas membaca buku ini. Kak Elle belajar beberapa perkara baru. Antara perkara atau isu yang diketengahkan oleh penulis adalah isu penerapan nilai agama dan isu gajet.
📚Buku ini mempunyai 10 bab utama yang merangkumi aspek: 👉🏻Memahami Fitrah Anak-Anak 👉🏻Rahsia Tawan Hati Anak 👉🏻Konsep Asuhan Anak-Anak 👉🏻Ilmu Keibubapaan 👉🏻Peranan Ibu mendidik Anak 👉🏻Peranan Ayah Mendidik Anak 👉🏻Peranan Anak-Anak dalam membina keluarga Harmoni 👉🏻Kesalahan IbuBapa Mendidik Anak-Anak 👉🏻Gajet yang bermanfaat dan merosakkan 👉🏻Pendidikan Seks dalam Islam
📚Penulis menekankan betapa pentingnya Ibubapa mempelajari ilmu keibubapaan sebagai bekalan mendidik anak-anak.
📚Amat penting kerjasama antara ibu dan bapa dalam memastikan didikan anak-anak selari dengan matlamat utama iaitu berjaya dunia akhirat.
📚Setiap anak samada lelaki atau perempuan haruslah dididik mengikut aturan yang telah Allah tetapkan. Kita sebagai ibubapa wajib merujuk Al-Quran dan Sunnah dalam mendidik mereka.
📚Jika kita mahu anak-anak kita menjadi anak yang soleh solehah, kita sebagai ibubapa perlu mendidik diri sendiri terlebih dahulu kerana anak-anak lebih mudah mengikut kita melalui pemerhatian.
📚Tidak kira di usia manapun anak kita, masih belum terlambat untuk kita mendidik mereka selari dengan apa yang telah Allah tetapkan. Jangan berputus asa 💪🏻
Buku yang membincangkan topik keibubapaan yang komprehensif seperti topik Memahami Fitrah Anak-anak, , Ilmu Keibubapaan, Peranan Ibu dan Ayah Mendidik Anak dan lain-lain. Banyak juga peringatan mengenai isu yang selalu kita terlepas pandang.
Suka kepada susunan buku ini yang menerangkan konsep, memberikan contoh, memberikan kesan positif dan negatif serta di akhirnya kesimpulan setiap topik. Untuk mereka yang gemarkan buku keibubapaan yang berstruktur, ini adalah pilihan anda.
Sebuah buku yang membincangkan bermacam topik mengenai keibubapaan. Bermula dari memahami fitrah anak-anak, peranan ayah dan ibu, konsep asuhan anak-anak dalam Islam dan sebagainya.
Turut membincangkan topik seperti kesan positif dan negatif penggunaan gajet oleh anak-anak. Terdapat juga perkongsian tentang "kesalahan" ibu bapa mendidik anak, seperti terlalu garang, terlalu memanjakan, merendahkan kebolehan anak serta jarang berkomunikasi dengan mereka.
Menjadi ibu bapa di kurun 21, perlu serba serbi ambil tahu tentang cara membesarkan anak dengan baik. Bukan mahu menjadi sempurna, kerana ianya mustahil, tetapi sekurang-kurangnya menjadi versi yang terbaik untuk anak-anak yang telah diamanahkan Allah untuk kita didik dan sempurnakan akhlak mereka.
Saya juga percaya yang anak-anak ini lah yang banyak mengajar dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelum jika betul cara kita menghadapi cabaran zaman moden ini dalam mendidik anak. Jadinya, saya memilih untuk membaca bahan bacaan berkaitan parenting dari sumber yang berkualiti dan dipercayai. Tulisan Ustazah dalam buku Bijak Parenting ini banyak menyentuh tips keibu bapaan dari sudut pandang agama. Apa yang seharusnya kita didik anak-anak mestilah selari dengan ajaran Al-Quran dan hadis.
Saya ada baca beberapa buku parenting dari barat, tapi pandangan saya, perlu juga kita titik beratkan, malah menjadi didikan utama buat anak adalah agama. Biar mereka kenal Allah dan Rasulullah dahulu. Menjadi ibu bapa itu tanggungjawab, bukan hanya cukup makan pakai, ye anak akan membesar juga akhirnya. Tanya diri, anak yang bagaimana yang kita mahukan. Semestinya, lebih baik dari kita sendiri. Oleh itu, bagus ya kita lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dari orang dan bacaan yang bermanfaat seperti buku ini.