Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin “strongman”, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.
Apa yang berlaku kepada globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang digempar-gempurkan pada tiga dekad kebelakangan ini? Adakah orde dunia baharu yang akan lahir ini lebih baik daripada orde lama, atau sebaliknya?
Dengan menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik, yakni KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI, buku ini akan merungkai persoalan-persoalan besar tentang hubungan antarabangsa masa kini.
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Baru2 ni pengasas The Patriots Encik Helmi Effendy ada berkongsi dimukabukunya tentang kritikan seorang lelaki silam yang berbunyi "TP kena tulis buku pakai format akademik sebenar, pakai nota kaki, ayat kena skema semua tu. Please, jangan nak rosakkan ilmu sangat!".
Kalau buku DTT2 ni guna ayat2 skema atau melayu aras tinggi. InsyaAllah aku berani jamin akan betapa tak lakunya buku ini dek kerna ketidaksampaian dan ketidakfahaman pembaca kepada isu2 geopolitik.
Terima kasih The Patriots dan Tuan Ayman Rasydan Wong kerna memudahkan geopolitik untuk rakyat marhaen!
p/s: jangan dok layan ARW je dalam bab geopolitik ni, luaskan lagi sebab lagi tokoh2 geopolitik di seluruh dunia yang kita boleh ikuti seperti Dr. Mukhriz Mat Rus, Abdul Muein Abadi, Andrew Small (http://www.andrewsmall.org/) dan banyak lagi. (tapi rasanya A.R.W paling mesra alam haha)
Tiada kekurangan daripada Ayman. Memang terbaik hujah dan idea yang disampaikan. Cuma sedikit ralat dengan beberapa kesilapan typo dan kekemasan editorial yang tidak begitu memuaskan. Harap editor dapat menjalankan kerja dengan lebih teliti di masa hadapan.
This took longer for me to finish compared to the first one. I for one prefer the second book as it was written in a proper Bahasa instead of rojak style. The topics are also arranged systematically according to country regions. Hence, it felt much neater your mind don't wander aimlessly between the various continents of the world. Definitely prefer this than the first one.
Aku suka pendekatan ARW dalam buku DTT kedua ini berbanding yang pertama. 3 kata kunci kuasa, georgrafi dan identiti diulas dengan baik dalam buku ini dan setiap bab pasti akan berkait dengan salah satu daripada kata kunci ini. Namun, satu persamaan dengan siri pertama, pembaca tetap berasa seperti 'sedang mengelilingi dunia', cuma kali ini lebih teratur perjalanannya.
Aku suka bab terakhir, ia tidak mengulas keadaan di Malaysia, namun memberi sebuah kesimpulan tuntas tentang bagaimana kita seharusnya melihat keadaan di sekeliling sebelum menentukan arah kita.
Aku membaca buku ini tanpa menyinggung edisi yang pertama dan sejujurnya tiada ralat di sana: penyusunan tajuk yang tersusun bermula dengan sejarah konfrontasi AS - Soviet/Rusia diikuti dengan konflik ideologi Demokrasi Liberal vs Komunisme/Sosialism lewat pertentangan blok NATO/Eropah/AS vs Rusia/China, seterusnya diikuti dengan konflik tanpa noktah di Timur Tengah sebelum wacana diakhirkan di benua Asia dan ASEAN; buku ini mampu mandiri dengan sendiri.
Lewat huraian tersebut banyak juga topik kontemporari yang disinggung dengan jayanya oleh penulis tanpa kelihatan 'try-hard' seperti fenomena populisme, kebangkitan semula 'strongman' di lanskap terkini politik antarabangsa seperti Trump Putin dan Duterte, serta skandal pembunuhan jurnalis Saudi Kashoggi di Istanbul. Peristiwa itu walau disebut sambil lalu, berjaya disulam oleh penulis lewat analisis beliau terhadap kegagalan neoliberalisme dalam menjanjikan pembangunan ekonomi yang adil dan saksama antara negara-negara, keterleraian (dissolution) Orde Dunia Baru yang digagaskan Bush Sr dan impaknya pada politik antarabangsa. Pendek kata susunan huraian yang sekaligus tematik dan kronologik menguatkan ikatan idea antara topik-topik yang pada permukaannya dilihat terasing dan ini menjadikan pengalaman membaca buku ini menjadi lumayan. Aku belum membaca edisi I dan III buku Dunia Tanpa Tembok tetapi aku syak penggunaan tajuk Dunia Tanpa Tembok edisi II untuk buku i j tidak lebih daripada percubaan penerbit untuk menunggang kelarisan buku edisi pertama.
Pendekatan penulis perlu diulas di sini: Analisis Ayman adalah ideologikal pada akarnya dan huraiannya berkiblatkan mazhab politik realisme. Ayman tidak apologetik dalam hal itu. Walau Huntington dan idea pertentangan peradaban "Clash of Civilization" disebut barang sekali sahaja tetapi kecenderungan penulis terhadap menganalisis setiap isu politik antarabang lewa tesis tersebut terlalu jelas. Ini menyebabkan bagi aku hasil analisisnya terlalu fatalis, pesimistik dan miskin imajinasi. Hegemoni neoliberalisme yang dibawa Tamadun Barat dari aspek pengaruh politik antarabangsa diakui kini dilambung ombak dengan kebangkitan state capitalism China dsb tetapi impak budaya dan program falsafah yang mendasari demokrasi liberal sudahpun diimani oleh segenap masyarakat antarabangsa - samada baik atau buruk itu cerita lain.
Justeru apakah tiada ruang untuk kewujudan masyarakat multikultural yang stabil dari segi politik? Bagaimanapula dengan kemajuan mapan teknologi komunikasi yang memungkinkan dialog tanpa sempadan? Apakah masyarakat antarabangsa yang disimpulkan Huntington kepada hanya Barat-Ortodoks-Latin Amerika-China-Islam selamanya akan berinteraksi dengan prospek pertelingkahan? Tentunya dengan pergerakan migrasi antara benua yang dialami oleh komuniti-komuniti tersebut sepanjang abad ke 19 dan 20 telah sedikit sebanyak meleburkan garis-garis pemisah antara kebudayaan dan peradaban berbeza tersebut. Nada penulisan yang santai dan pop oleh penulis dalam buku tidak memungkinkan untuk kritikan-kritikan sebegini disinggung tetapi hakikat bahawa ia mampu menimbulkan persoalan sebegini adalah isyarat jelas keberjayaan buku ini.
Bila baca bab 23 dan kehadapan, negara kecil hanya dijadikan ‘pawn’ pieces oleh kuasa besar. Sedih, melihatkan negara berantakkan akibat manipulasi kepentingan kuasa luar dan dalam negara. Pemimpin terpaksa membuat keputusan sukar demi kepentingan negara.
Ternyata pemikiran penulis , jauh ke hadapan. Di bab akhir buku, ada sedikit interview, di mana penulis highlight ahli politik yang di pilih rakyat bercirikan ‘keayahan’.
Perkembangan politik dunia setempoh ribuan tahun disorot dalam buku ini. Politik bagaimanapun takkan dapat dipisahkan daripada konsep reruang atau geo, lantas muncul konsep geopolitik yang merangkumi elemen kuasa, geografi dan identiti.
Skema pertembungan peradaban oleh Huntington cuba menjelaskan klasifikasi geopolitik akhir abad ke-20. Namun sebelum itu, Katolik-Protestan di dunia Eropah (abad ke-16), Kapitalis-Komunis-Berkecuali (era Perang Dingin).
Dunia unipolar atau Order Dunia Baharu muncul selepas era Perang Dingin (1947-1991) dan AS bagai menjadi juara dalam pertembungan peradaban. NATO dan EEC antara lain ditubuhkan demi melestarikan dominasi AS dan sekutu.
Namun kini ia tidak benar-benar unipolar (1 kutub) atau tunggal apabila muncul Perang Dingin II. China dan Rusia nampak makin dominan menerusi BRICS misalnya manakala dominasi China menyerlah dengan projek OBOR dan Rusia dengan idea Heartland.
Di Timur tengah, muncul keadaan 3 subkutub; Saudi, Turki dan Iraq. Saudi bersama Mesir, Turki bersama Qatar manakala Iran bersama Iraq. Pun begitu, peranan kuasa besar AS dan Rusia tetap ada. Bagaimanapun, Yaman jauh lebih 'hero' dan berani mendokong Palestin.
Kenaikan suhu dunia dan pencairan glasier bagai menjadi 'rahmat' buat Rusia dan China menerusi Jalan Sutera Kutub Utara dan Pelabuhan Air Suam.
Sebaliknya, keadaan di atas mengancam pelabuhan dan aktiviti perdagangan di tanahair yang banyak menguasai Selat Melaka, laluan Barat-Timur.
Demi melestarikan peradaban, Malaysia perlu perkukuhkan pelbagai bentuk kekuatan; politik dan ekonomi. Selain itu, identiti bangsa yang berasaskan Melayu dan Islam perlu diperkasa sebagaimana AS, Rusia, Turki, China dan Jepun berusaha kembalikan identiti asal.
Buku ini penuh fakta dan tak mudah dihabiskan dengan cepat. Dalam memahami geopolitik anda bukan sekadar perlu membaca teks bahkan perlu 'membaca' peta dengan baik, memahami sempadan dan sama ada ia pro kepada mana-mana pihak tertentu.
Nasib geopolitik Palestin yang robek tidak diulas dengan panjang lebar di sini, barangkali dalam buku penulis yang lain. Akhir kalam, sungguhpun asas geopolitik itu ada 3, bagi saya pendorongnya tetap 2 iaitu ekonomi dan kuasa (buat masa ini).
Dunia tanpa tembok II tanpa gagal telah memukau pambaca dengan penulisan berintipati dan rasional tentang ilmu hubungan antarabangsa. Bagi seorang seorang ‘layman’ dalam bidang IR tema bacaan ini adalah sesuatu yg sarat. Namun saya tidak merasakan sebegitu apabila membaca penulisan Ayman Rashdan Wong. Akhirnya saya telah temui seorang penulis yg menghuraikan isu dunia dengan tenang dan berlandaskan ilmu.
Mengandungi 50 artikel yg mengupas tentang isu semasa.Part yg paling menarik sgt minat sy adalah tentang perubahan orde dunia. Dari era sebelum perang dunia membawa kepada globalisasi dan bagaimana dunia sekarang berubah kearah kebangkitan populis dan semangat nasionalisme.
Namun semua ini tidak lari dari asas hubungan antarabangsa iaiti kuasa,geografi dan identiti. Kalau kita faham ini maka kita akan faham kenapa konflik dalam sesebuah negara itu tercetus, kenapa seorang pemimpin dunia itu mengambil tindakan tertentu dan apa rasional di sebalik setiap satu keputusan yg di buat oleh sesebuah negara.
Overall,buku ini sebenarnya membantu pembaca memahami ‘the gist of international relationship’. Di akhir pembacaan sy membuat konklusi ‘It sums up everything that happened around us and it finally make a perfect sense’.
Perghh bagi aku buku ni memang a must read la untuk semua orang. Tulang belakang buku ni mengenai geopolitik, jadi idea, perbincangan dan juga penerangan daripada penulis akan bermula daripada geopolitik kemudian berkembang.
Aku suka buku ni sebab walaupun ni buku non-fiksyen dan obviously banyak fakta, kepala aku tak pening sangat bila baca dan mudah hadam. Hal ni aku rasa mungkin disebabkan gaya penulisan penulis yang begitu engaging (memang padu bila buku non-fiksyen boleh jadi engaging). Selalunya bila aku baca buku macam ni aku risau aku cuma akan dapat vibes wikipedea, tapi buku ni takde vibes mendap macam tu.
Dan bagi aku buku ni mudah untuk dibaca oleh orang ramai sebab setiap penulisan tu ditulis sebagai bab2 pendek. Bila buat bab2 pendek ni kau takkan hilang fokus.
Sesiapa yang minat politik, buku ni memang untuk kau la. Tapi kau takkan rasa benda ni sebagai sebuah buku yang cuba menyebarkan ideologi sebab dia lebih kepada penerangan apa hal2 geopolitik seluruh dunia, dan penerangan tersebut terasa neutral gitewh.
Siri kedua ini banyak membincangkan tindakan US(Trump) dan china abad ini. Dan kebanyakan tindakan yang dilakukan demi menjaga kuasa hegemoni US di dunia. Negara yang berada di titik tengah antara kuasa besar seringkali menjadi rebutan, seperti Yaman yang mungkin tidak akan aman.
Malaysia juga sekarang diintai Filipina yang mahu berebut Sabah untuk geopolitiknya, jika Sabah tu tiada apa², tak mahu nak dipandangnya. Dengan keadaan politik di negeri Sabah pun tidak stabil, boleh menjurus kepada kekacauan jika ada api dalam sekam.
Buku kedua menceritakan isu geopolitik yang berlaku pada tahun 2018. Pertembungan antara kuasa, geografi dan identiti. Masing-masing dengan agenda tersendiri.
'Politik antarabangsa mengingatkan kita tentang hakikat hubungan antara negara dengan manusia. Kita akan dapat melihat bahawa hanya negara yang memiliki kuasa sahaja yang boleh bertahan dalam dunia yang anarki dan kompetitif.'
Dunia Tanpa Tembok II merupakan sambungan kepada buku Dunia Tanpa Tembok yang diterbitkan pada tahun 2017. Buku yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Buku Negara ini, memuatkan 50 bab yang menceritakan secara sistematik tentang geopolitik dunia serta kronologi peristiwa politik antarabangsa yang berlaku sepanjang tahun 2018.
Sebagai seorang pembaca yang kurang pendedahan terutamanya dalam aspek politik dan geopolitik, buku ini sangat membantu dalam memberi informasi yang padat dengan fakta peristiwa beserta sejarah sekali gus mengetengahkan pandangan penulis tentang hubungan antarabangsa dengan merungkai persoalan dari aspek kuasa, geografi dan identiti negara yang terlibat.
Menerusi buku ini, penulis sedikit sebanyak mengajak pembaca mengenal pasti dan merungkai asbab, persoalan dan kesan di sebalik peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di peringkat antarabangsa pada tahun 2018 seperti perlantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, penembakan pesawat MH17 oleh Ukraine, pembunuhan Jamal Khashoggi di Turki, kejatuhan matawang Lira dan banyak lagi. Selain itu, penulis juga menerangkan tentang isu rantau Timur Tengah yang sukar mencapai keamanan dan perpecahan di antara Korea Utara dan Korea Selatan demi kelangsungan kuasa masing-masing.
Kesimpulannya, buku ini memecahkan tembok dunia menerusi penulisan yang sarat dengan fakta dan sejarah politik antarabangsa yang merangkumi rantau Eropah, Timur Tengah dan juga Asia Tenggara. Geopolitik antarabangsa membuktikan bahawa tindak-tanduk setiap negara tidak seharusnya dilihat dari sudut hitam atau putih sahaja tetapi berdasarkan kemampuan geografi dan kuasa negara dalam berhadapan dengan konflik dunia.
Buku kedua ini bertemakan kepada keruntuhan orde antarabangsa liberal ciptaan Amerika Syarikat semenjak tahun 1945. Secara kasarnya, orde antarabangsa liberal ini merupakan sistem yang diguna pakai oleh kebanyakan negara di dunia yang berdasarkan kepada demokrasi liberal, ekonomi pasaran bebas dan hak asasi manusia. Kebangkitan pemimpin-pemimpin yang digelar sebagai populis dan strongman seperti Donald Trump dan Erdogan telah mengganggu gugat orde ciptaan Amerika Syarikat ini yang telah sekian lama menjadi ikutan.
Bagi aku buku kedua ini lebih besar skop ulasannya daripada buku pertama. Saudara Ayman juga mengulas dengan lebih terperinci berkenaan tiga kunci ilmu geopolitik iaitu kuasa, geografi dan identiti. Tajuk yang paling menarik perhatian aku ialah Bab 32 iaitu berkenaan penciptaan negara-negara Timur Tengah moden melalui perjanjian Sykes-Picot selepas Perang Dunia Pertama.
🔖This book is literally one of the best ones i ever read and managed to get me out of my reading slump. Totally in loved with everything. The phrases and words used are easy to understand and complex ones such as “collective security” are explained first before further clarified into the issues. . Some of the mind blowing facts written was :
⛏Russia and the Ottoman Empire have been in a war for 11 times in the span around 300 years ( really long period)
⛏In 24 million of Arabs in Iraq, 15 million is Syia’ while 9 million is Sunni.
⛏Obama wanting to free America from “oil addiction” to the Middle East by building up “shale oil” as an alternative. ( so who would next wants the Middle East oil?)
⛏The Kurds is the third largest ethnic in the Middle East with 30 million of population after Arabs and Persians ( but do you know who are the Kurds?) . . 🔮 The best part of reading this book is how wide the topics covered. Starting from America as the world superpower, Pax Americana, Eurasia Issues, One Belt One Road, Arctic Silk Road, the EU, the Yemen War, ASEAN, Malaysia and so many more. This is a really good read to know the very basics on how international relations across these nations work, the organisations they join and the stance they hold. . I swear its really helpful to understand the ongoing issues in our daily life too. Rather than just reading threads and what other write on the media daily, here’s something i would opt to so i could have better understanding and not simply judging. If you decide to read this too, i would encourage you to read the first book then this one. In that way, you could see whether you find it interesting or not and also to understand the principles in the following ones 🗃. . Quoting here, Whatever a nation does, it would always be for their own good. The enemy in politics are not permanent, that’s how things work, they differ based on their needs. So don’t be surprised when some Presidents known to be enemies suddenly become allies. . Would i go for the third? Absolutely.
Kesinambungan kepada buku yang pertama i.e Dunia Tanpa Tembok, buku ni meneruskan perbincangan geopolitik berkisar 3 kunci ilmu geopolitik i.e KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI. Seperti biasa juga, penulis mengupas isu-isu berkaitan termasuklah isu terbaru dan juga peristiwa yang pernah berlaku dalam catatan sejarah. So, for those yang minat topik sejarah / politik/ geopolitik, inilah buku yang korang mesti baca.
After 2 books, sangat jelas pada saya yang geopolitik ni sangat fleksibel. Musuh harini boleh jadi kawan pada hari esok. Musuh kepada musuh kita ialah kawan kita etc.. Bonus, penulis ada bentangkan action plan yang negara kita boleh lakukan in the midst of perkembangan geopolitik semasa. Buku ni menekankan perkembangan yang terjadi pada tahun 2018 (ada disediakan timeline ringkas peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2018 di bahagian belakang buku). Nice recap, nice addition to the book. Should maintain this dalam buku ke 3 nanti.
Untuk buku yang membawa topik yang agak teknikal dan ‘berat’ seperti buku ini, saya sangat syorkan korang untuk membaca perlahan-lahan. Really takes time to digest. Not only to understand better but also untuk membolehkan kita relate dengan konsep2 dan idea2 yang penulis luahkan dengan apa yang terjadi pada hari ini. We will learn better that way. Tak perlu risau jika kita berbeza pendapat, itu juga ruang untuk kita belajar selagi mana kita open untuk mendengar dan juga menerima.
Sepanjang pembacaan, korang akan setuju yang mana kekuatan buku ni ialah pada pengetahuan luas dan juga pemikiran kritis penulis. Penulis bijak untuk relate isu geopolitik dengan sejarah yang pernah berlaku, dan juga how it interprets dengan pendekatan politik dunia pada harini…semuanya dengan bahasa yang mudah untuk difahami. To be fair, bahasa itu mudah tapi isinya tak begitu mudah. Jadi, sekali lagi saya syorkan - take time to read this book. Still totally worth it.
Finish✅. 4.5/5. Apa yg aku suka pasal buku ni, of course la penulisan ARW yg sgt santai & mudah difahami. Selain tu, ARW selalu akan ulang basic IR bef dia selam dgn lebih dlm isu yg dia nak bahaskan, jadi bagi aku yg noobies IR ni akan refresh baliklah apa yg dah baca drpd DTT1. Bkn semua tajuk dlm buku ni baru. Ada jgk tajuk yg hampir sama dgn DTT1 tp dia ulas dgn lebih dalam lagi. Byk point yg kita boleh belajar drpd buku ni, tp 1 point yg aku rasa maint point drpd buku ni is the kompleksiti of hubungan diplomatik (HD)antara negara. HD ni takkan jadi hitam putih. Dalam masa ko ingat yg negara A bermusug dgn negara B, dia boleh jadi rakan jgk. Sampai tahap kdg2 aku pon pening bila baca sebab HD ni terlalu fleksibel. Antara sebab HD ni sgt fleksibel berdasarkan kefahaman aku is ada 2 sebab utama. (1) Pertukaran pemimpin. Mcm kita tau skrg ni most negara pakai sistem demokrasi. So pertukaran pemimpin tu lebih senang berlaku. And bila bertukar pemimpin, the view of the country pon also akan tukar. Like AS. Waktu zaman Obama, pro to ASEAN and a bit cold to Israel. Tp, sebaliknya bila Trump naik, it change 360°.
(2) Keperluan sesebuah negara. Yg ni akan mempengaruhi HD tu x kiralah siapa pon yg memerintah. Melainkan kalau pemimpin tu keras kepala sgt la kot. Sebab dlm zaman globalisasi ni especially, a country tu takkan boleh survive alone. Dia akan sentiasa perlukan alliance. Even Korea Utara yg agak tertutup pon ada HD dgn negara lain. Sbg contoh, most of the country sblm ni berkiblatkan AS only, as the adikuasa. Tp, skrg ni bila AS dah makin lemah, the kiblat is not only 1.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pembacaan yang menarik tentang isu antarabangsa dan permulaan yang baik untuk memahami geopolitik.
Pengenalan tentang orde baru dunia pasca-Trump, liberal vs populis, ciri-ciri geopolitik diceritakan dengan teratur dan mudah difahami dalam bab-bab yang pertama.
Isu-isu yang diketengahkan juga adalah isu semasa yang berlaku sepanjang tahun 2018. Penceritaan dari satu topik ke satu topik, satu negara ke satu negara sangat menarik seolah-olah mengelilingi dunia untuk meninjau isu di setiap ceruk benua. Isu Timur Tengah antara yang paling menarik. Rasanya hantaran penulis Facebook yang pertama saya baca ialah tentang Bani Hasyim dan Bani Saud yang menjadi pemerintah Jordan dan Arab Saudi; turut diceritakan dalam buku ini.
“Geography is destiny”. Negara yang bijak menerima takdir geografi, kemudian memanfaat dan mengubahnya akan berjaya. Setuju dengan pendapat penulis Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pemain utama geopolitik antarabangsa namun tidak dimanfaatkan dengan baik.
Buku ini dimulakan dengan Ayman memperkenalkan pembaca kepada istilah seperti Strongman, Populisme, Kuasa, Geografi dan Identiti.
Kemudian Ayman membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat lagi benua Amerika dan seterusnya ke China, Jepun, Rusia dan Timur Tengah.
Secara peribadi aku lebih minat untuk mengetahui tentang Timur Tengah tetapi hakikatnya setiap yang berlaku berkait rapat sesama sendiri. Contohnya campur tangan Rusia di Syria ada kena mengena dengan kepentingan ekonomi Rusia.
Di akhir-akhir bab Ayman menulis tentang negara ASEAN seperti Vietnam dan Filipina. Buku ini diakhiri dengan persoalan apakah tindakan yang perlu Malaysia lakukan untuk menghadapi cabaran akan datang. Pemimpin kita kena pandai dalam mengatur strategi agar Malaysia tidak ditindas oleh kuasa-kuasa besar seperti AS dan China, dan setiap strategi yang dibuat haruslah memberi keuntungan kepada negara. Dan untuk melahirkan pemimpin yang baik, tak lain tak bukan perlu disandarkan pada bahu para pendidik.
Keruntuhan orde antarabangsa liberal. Keseluruhan isi buku ini menggambarkan situsai semasa geopolitik antarabangsa ekoran beberapa isu terjadi sepanjang 2018. Perkaitan dan persembahan yang mudah difahami, dan tidak keterlaluan untuk mengatakan sebagai platform awal untuk mengetahui sejarah penguasaan bangsa-bangsa dan kedudukan geografi yang mempengaruhi tindakan-tindakan sesebuah kerajaan.
Penyampaian berdasarkan 3 kunci ilmu geopolitik iaitu KUASA, GEOPOLITIK, dan IDENTITI. Kesinambungan di setiap bab amat membuka minda bagi orang awam yang ingin mengatahui dan memahami langkah-langkah diambil disetiap pentadbiran sesebuah kerajaan.
Seusai selesai menghabiskan pembacaan buku ini, timbul keinginan untuk ketahui sejarah latar belakang kuasa-kuasa besar, dan faktor geografi yang membuatkan sesebuah kerajaan itu mempunyai kepentingan tertentu.
Kemudian, aku akan terus menunggu untuk penulisan keseterusnya daripada tuan penulis ARW.
Baca buku ni memang 'confirm' akan terngiang-ngiang waktu belajar kelas subjek History zaman UIA dulu. Tapi bila masuk alam pekerjaan lebih tertarik dengan bab yang ada kaitan dengan kewangan. Perjanjian Bretton Woods, Presiden Richard Nixon, Emas dan USD, Petrodollars. Ini antara topik yang membugarkan mata.
Satu lagi bahagian yang best, apabila penulis menyentuh tentang Timur Tengah dan Asia. Kita akan faham dari sudut pandang yang lebih luas tentang politik dunia. Bagaimana percaturan dibuat, sebab dan akibat, kenapa dan mengapa. . Dan kita akan mula faham kenapa dan sebab utama, Timur Tengah sehingga kini masih dalam kucar-kacir. Selain dari sudut pandang agama dan teori konspirasi (haha) buku ini menyajikan sebab dari sudut pandang geopolitik. . Dan baru kita faham, "Diktator bagi negara-negara Timur Tengah ialah kejahatan yang perlu (necessary evil)." . #Letsاقرأ #syawalbookreview
Fuh! What a journey throughout 2018 in a political world.
ARW cuba untuk menerangkan tiga kunci utama kepada dasar perluasan pengaruh dalam kalangan negara-negara iaitu kuasa, geografi dan identiti.
Kuasa lebih kepada pertarungan ekonomi (AS-Rusia, AS-China) , geography is destiny sering disebut-sebut terutamanya dalam bab kebelakang yang menceritakan tentang perebutan kuasa di Timur Tengah yang tak sudah. Identiti lebih menarik dan luas diceritakan, dari zaman Empayar Rom dan Parsi, konsep "semua di bawah langit" China, konsep perbezaan identiti yang menjadi punca masalah di Timur Tengah, dan negara-negara yang claim mempunyai identiti dan sejarah yang hebat untuk meningkatkan imej dan maruah.
Walaupun diceritakan secara ringkas namun padat, ARW telah memandu kombinasi cerita dengan agak baik dari DTT 1 hingga 2. Terdapat rentetan sejarah dari DTT 1 menyebabkan bab-bab yang dibaca mudah untuk dikaitkan pembaca.
Jika nak dibandingkan dengan DTT I, buku lebih kepada analisa penulis tentang geopolitik dunia. Bermula dengan penceritaan tentang kepentingan kuasa-kuasa besar seperti USA, China dan Rusia yang ingin berkuasa samaada untuk menjadi "hegemoni" atau melindungi negara dengan membentuk pakatan atau tipu helah bagi melindungi kepentingan masing-masing. Seterusnya penulis menceritakan tentang konflik-konflik yang berlaku di timur tengah bermula dengan Perjanjian Sykes-Picot sehingga isu Israel dan Palestin. Penulis juga menulis beberapa isu politik yang berlaku di negara-negara Asia.
Penulis mengemukakan tiga perkara asas ilmu geopolitik dalam buku ini iaitu KUASA,GEOGRAFI dan IDENTITI yang menjadi panduan dalam mengkaji isu geopolitik dunia.
Menampilkan kelainan daripada buku yang pertama. Merupakan ulasan untuk perkara-perkara yang terjadi di dunia pada tahun 2018 yang dibincangkan dari segi geopolitik. Menerangkan mengapa sesuatu negara atau seseorang pemimpin itu membuat sesuatu keputusan berdasarkan manfaat atau mudarat yang diperoleh mereka dengan negara atau pemimpin lain. Diselitkan juga dengan sejarah mereka-mereka ini yang menjadi salah satu faktor mengapa mereka bertindak sedemikian. Kupasan pada bahagian awal buku ini berkenaan tiga kunci geopolitik iaitu kuasa, geografi dan identiti memudahkan lagi untuk menyelami isu-isu yang dibincangkan oleh penulis.
Tak banyak nak cakap sebab penulisan ARW sentiasa senang nak faham untuk orang yang baru nak berjinak faham dunia politik. Cuma diri sendiri la kena ambil masa hadam bab tertentu sebab tak biasa.
Tapi The Patriots, always always always ada masalah typo sana sini. Sangat tak patut untuk bacaan macam ni, bukan fiksyen. Fakta ada tersilap sikit "Kim Jung Un cucu Kim Jung Il", sepatutnya anak, "Jepun sebagai pisau tajam ke arah Jepun...", sepatutnya Korea pisau. Benda macam ni editor patut tumpukan perhatian. Typo jangan cakaplah memang banyak bukan 2/3 je. Eloklah kalau The Patriots mula ambil serius hal editor/proofreader
Antara buku yang terbaik pernah saya baca. Penulisan yang sangat mudah difahami dan penuh dengan fakta dan analisis yang ringkas, tapi padat. Saya orang biasa yg tidak memahami dunia geopolitik, tapi buku ni betul2 membuka minda saya dan membuatkan saya berminat untuk mempelajari ilmu geopolitik.
Buku ni menjawab banyak persoalan yg tidak dapat diterangkan dalam ilmu teori konspirasi. Untuk peminat teori konspirasi, saya sangat rekomen untuk korang baca buku ni, untuk membuka minda kita terhadap apa yang berlaku dalam dunia politik antarabangsa dari perspektif yg lain. Great book !! 👍👍
ARW again opened up my eyes in understanding how geopolitics affect international relationships. I have a new profound interest in such genre because of this author. He makes me think deeper about our current issues and how history is repeating itself. After reading the first edition, i was surprised to see the second one on the bookshelf so soon. His language and message is simple and concise. Easy for a newbie like me to analyse. The way he unfolds one chapter to the next is also very smooth. Makes it easy to follow through. Highly recommended to fellow Malaysians.
Hands down, this has the best cover out of all 3 books.
This one focuses more on middle east. We've been taught on the rise and fall of the Uthmaniyyah empire in history class but not really what happened after. It sheds some light to it. Not much, but at least you'll know where to go.
Like the previous book, the author wants to fit as much as possible in the limited amount of pages available. This take longer to read because there's a lot of new info to cram into my head. However, this time the topics are arranged by regions, much easier to grasp rather than the last book.