Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021) #3

Sherlock Holmes: Skandal di Bohemia, Liga Kepala Merah & Misteri Identiti

Rate this book
Skandal di Bohemia
Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima kunjungan daripada seorang lelaki bertopeng yang mahukan kembali gambarnya bersama seorang penyanyi opera yang jelita bernama Irene Adler kerana khuatirkan ugutan wanita itu. Daripada kes yang dianggap mudah, Sherlock Holmes tidak menyangka dia akan dikalahkan oleh seorang wanita!

Liga Kepala Merah
Jabez Wilson yang berambut merah menyala datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk menyiasat tentang pertubuhan Liga Kepala Merah yang baru disertainya. Liga itu mengambilnya bekerja semata-mata kerana rambutnya yang merah, dan kemudian tiba-tiba liga itu dibubarkan begitu sahaja. Biarpun kesnya kedengaran lucu, tetapi Sherlock Holmes dapat mencium satu jenayah besar akan berlaku.

Misteri Identiti
Tanpa pengetahuan bapanya, Mary Sutherland telah bertunangan dengan seorang lelaki misteri bernama Hosmer Angel. Pada pagi sebelum berlangsungnya perkahwinan, Hosmer meminta kesetiaan Mary supaya terus tetap bersamanya biar apa pun yang berlaku. Dalam perjalanan ke gereja untuk upacara perkahwinan, Hosmer Angel didapati hilang. Kereta kuda yang dinaikinya kosong, sedangkan semua mata melihatnya menaiki kereta kuda itu. Mary menemui Sherlock Holmes, tetapi detektif itu cuma ketawa dan mengatakan Hosmer Angel tidak akan dijumpai lagi. Apakah lelaki itu telah diculik?

Skandal di Bohemia (A Scandal in Bohemia), Liga Kepala Merah (The Red-Headed League) dan Misteri Identiti (A Case of Identity) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.

120 pages, Paperback

First published January 15, 2019

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.9k books24.3k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (34%)
4 stars
14 (53%)
3 stars
3 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
May 11, 2019
Penantian setahun lebih menantikan terjemahan klasik Sherlock Holmes selepas dua novel awal iaitu Penyiasatan Benang Berdarah dan 4 Pemburu Harta akhirnya diteruskan dengan cerpennya yang lain. Walaupun saya sebenarnya mengharapkan terjemahan untuk dua novel yang seterusnya; The Hound of Baskervilles dan The Valley of Fear (melengkap koleksi 4 novel utamanya), tetapi dengan adanya terjemahan koleksi cerpen The Adventures of Sherlock Holmes sudah cukup baik daripada tidak ada langsung. Mungkin ada sebab munasabab dari penerbit sendiri.

Skandal di Bohemia, Liga Kepala Merah dan Misteri Identiti merupakan 3 daripada 12 cerpen yang terdapat dalam The Adventures of Sherlock Holmes meneruskan kisah yang dicatat oleh Dr Watson bersama Sherlock Holmes dalam menyelesaikan kes klien di Baker Street. Watak Irene Adler di dalam cerpen Skandal di Bohemia menjadi perhatian pembaca yang dikatakan satu-satunya wanita yang menambat hati Sherlock Holmes dengan kepandaian dan kecantikannya. Sebelumnya, Sherlock diakui sebagai seorang yang agak skeptikal terhadap perempuan. Saya akui saya sebenarnya membaca sambil cuba membayangkan watak TV BBC Sherlock (Benedict Cumberbatch) dan Irene Adler (Lara Pulver) bagi memastikan ‘perasaan’ yang ada pada Sherlock terhadap Irene sampai kepada saya.
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
October 4, 2020
Terdapat 3 cerita penyiasatan pendek. Jalan ceritanya ringkas tapi menarik untuk di baca. Sangat2 recommended untuk beginner/ nak kejar reading goals/ nak light reading.
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
November 30, 2021
Asalnya ada 12 cerpen dalam jilid The Adventure Of Sherlock Holmes tapi penerbit asingkan dan buat 3 cerita dalan 1 buku. Rasa tak berbaloi kalau beli asing² ni, tapi dah terlanjur beli tu kita teruskan jer la🙊

Aku suka baca buku Sherlock sebab bahasa dia tinggi². Ada bahasa melayu yang aku tak pernah dengar pun. Terima kasih pada penterjemah.

SKANDAL DI BOHEMIA :

Okey cerita pertama ni serius lawak sangat² sebab Sherlock jadi bidan terjun untuk Irene Adler (saksi nikah) masa dia tengah menyiasat kes Irene😂

Bagi Sherlock, Irene Adler merupakan wanita paling sempurna di matanya. Selalu sangat dia memuji orang tu. Tapi bukanlah menyimpan perasaan cinta cuma dia adore dengan Irene. Selama ni Sherlock pandang rendah pada perempuan, tapi lepas Irene berjaya perdayakan dia, Sherlock ketawa kagum😂 Bagi dia, Irene perempuan yang bijak.

LIGA KEPALA MERAH :

Kata Sherlock "Semakin aneh sesuatu kes itu, semakin kurang misterinya"

Bermula dari sekecil² kes sehinggalah sebesar² kes. Disebabkan kes kecil ni Sherlock boleh tangkap orang yang dia kehendaki.

Untuk kes kali ini aku boleh ramal terlebih dahulu sebelum Sherlock terangkan. Tapi masih ada yang tak disangka dengan taakulannya yang sangat teliti. Aku setuju dengan kata² Dr Watson "Aku tahu aku agak bijak berbanding kebanyakan orang lain, tetapi aku berasa begitu bodoh kalau ia berhubung dengan Sherlock Holmes"

MISTERI IDENTITI :

Untuk kali ini pun aku boleh ramal siapa misteri identiti cuma tak tahu apa motifnya. Tergamak si sekongkol tu buat macam tu pada Cik Mary Setherland.

P/S Untuk pengetahuan, aku tahu kisah Sherlock dari Detektif Conan😹
Profile Image for Fatimah Manaf.
83 reviews6 followers
March 19, 2021
Terjemahan yang sedap dibaca daripada team Penerbit X. Siri ini menceritakan tentang konflik skandal seorang raja dengan gadis biasa, pemilik pajak gadai berambut merah yang dibayar untuk menyalin ensiklopedia dan gadis patah hati yang berusaha mencari tunangnya yang hilang.

Perwatakan unik Sherlock Holmes dan Dr. Watson yang sentiasa bingung memang gabungan menarik apabila menghadapi misteri membingungkan. Kisah penyiasatan yang sangat baik dan mempunyai falsafah kehidupan tentang sikap kompleks manusia yang penuh muslihat, licik, terdesak dan kejam. Cinta atau gagal menguasainya menyebabkan berlaku peras ugut yang berakhir dengan kenyataan jelas bahawa, Si Gadis benar-benar menyintai putera raja yang tidak cukup berani untuk mempertahankan cinta mereka-ugutan foto menghebahkan hubungan melalui foto mereka, hanya alasan untuk meninggalkan kenangan terhadap putera itu.

Begitu juga dengan pemilik pajak gadai berambut merah yang diupah untuk menyiapkan salinan ensiklopedia di pejabat, sebenarnya untuk memberi peluang kepada para penjenayah menyiapkan terowong di bawah kedainya bagi merompak bank berdekatan. Cerita gadis yang di tinggalkan sebelum berkahwin pula ternyata paling kejam. Tunangnya yang menghilang itu adalah bapa tiri mudanya yang menyamar untuk membuatkan gadis patah hati dan setia dengan cinta kepada Si Tunang supaya dia tidak mencari jodoh lain. Oleh itu, dia akan kekal tinggal bersama keluarganya dan wang yang di perolehinya akan terus menyara keluarga itu.

Banyak pelajaran dan pengetahuan tentang sikap dan fikiran manusia yang dapat didapati daripada karya-karya Sir Arthur Conan Doyle ini.Tidak ketinggalan misteri yang unik dan pelik-pelik yang juga menjana pemikiran kritis dan kritikal. Ini antara sebab aku minat baca berulang-ulang bila teringat, cerita penyiasatan Holmes dan Watson. Aku salute effort terjemahan yang sentiasa dilakukan untuk menggalakkan pembacaan di kalangan pembaca tempatan. Terbaek👍 #fatimahmanaf #timahreviewbuku #malaysiamembaca
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
June 29, 2022
3 cerita dalam satu. Kes pertama ada kemunculan pertama Irene Adler, antara seteru utama Sherlock. Kes kedua yang lebih aneh, tapi menjadi penyebab kepada jenayah besar. Kes yang ketiga itu pula sangat jahat ya. Kes-kes yang disiasat oleh Sherlock kali ini semuanya penuh licik. Sherlock sekali lagi membuktikan dia penyiasat terbaik dari Baker Street.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
December 14, 2021
"Kau melihat, tetapi kau tidak meneliti. Perbezaannya sangat jelas." - Sherlock Holmes, Sir Arthur Conan Doyle

First time baca buku Sherlock Holmes. Saja nak baca dan luaskan lagi pembacaan. Boleh tahan juga jalan cerita buku ni. Mungkin boleh baca siri yang seterusnya(?)
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
April 29, 2019
3 kisah dalam satu buku. Antara ketiga-tiga ini, saya cenderung untuk meminati permulaan misteri Liga Kepala Merah. Tetapi pengakhiran dan penyelesaian skandal raja Bohemia juga sangat mengujakan!
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.