Jump to ratings and reviews
Rate this book

MANUSIA

Rate this book
MANUSIA mempertemukan Sheila dengan Salma, seorang wanita pintar dan tabah. Bersama Salma, dia mula merungkai krisis keyakinan dirinya serta mula mempelajari apa maksudnya menjadi manusia dalam erti kata sebenar.

MANUSIA juga merupakan catatan perjalanan luar jasad seorang penulis selepas meneliti sebuah manuskrip lama yang ditemukan secara tidak sengaja. Sebuah perjalanan yang bakal mengajar beliau bahawa pengakhiran sebuah perjalanan itu tidak sepenting makna yang bakal ditemukan sepanjang melaluinya.

401 pages, Paperback

Published February 28, 2019

5 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Regina Ibrahim

22 books112 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (18%)
4 stars
36 (45%)
3 stars
22 (27%)
2 stars
5 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
December 31, 2019
Cerita Fahmi lebih menarik berbanding Regina. Tetapi bahasa Regina lebih lancar dan memikat berbanding Fahmi.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
April 12, 2019
Kombinasi penulisan yang menyenangkan. Fahmi bagaikan pemutar skru2 teknikal fiksyen,yang mengetat dan melonggarkan sementara Regina sepertia biasa, naratifnya bagai terjunan air dingin yang mengairi sungai cerita dan mengusung anyaman kata-kata membawa pembaca menemui penghujungnya.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
September 8, 2022
Gabungan dua penulis. Kunci utama di dalam karya ini ialah Salma. Jelmaan apa pun itu membuatkan aku menjadi tanda tanya di dalam karya ini. Sungguh indah perjalanan riwayat hidup mu, wahai Salma. Aku ingatkan Salma hanya di tulisan Regina sahaja tetapi meleret hingga ke penulisan Fahmi juga.

Seperti biasa tulisan Regina sungguh menyenangkan jiwa dan raga. Seolah-olah sentuhan yang menpesonakan. Ditulis dengan indah, bait-bait kata yang penuh dengan fakta dan sejarah. Di dalam karya Regina, kita di datangi oleh Sheila, seorang yang hilang keyakinan diri. Di saat semua sempurna buat dia. Segala nya ada untuk nya. Tetapi manusia tidak ada ada yang sempurna. Itu lah, Sheila.

Aku suka perkembangan watak dan perwatakan Sheila yang digarap oleh Regina. Seolah-olah aku melihat pokok bunga dari tunas berkembang menjadi bunga yang indah dan bahagia. Aku suka saat Sheila berada di Bandung, ketika dia dan Eddie bertemu dengan Mbok Rodiah.

Fahmi pulak, kalau kau sudah lali dengan kedua-dua buku nya di penerbitan Fixi. Kau pasti takkan pelik lagi. Kalau Regina fakta nya indah, tetapi Fahmi fakta nya boleh merosakkan jiwa mu. 🤣 Di dalam penulisan kali ini, Fahmi menjadi diri nya sendiri sebagai watak utama di dalam penulisan kali ini.

Membawa tema kehilangan dan kematian serta di selit dengan kisah Salma menjadikan penulisan Fahmi sesuatu yang berat untuk dihabiskan. 😂 Aku rasa Fahmi juga masukkan watak dari novel Amsterdam juga. Kalau tak silap aku lah. Terima kasih juga kerana menulis kenapa dia mahu tinggal di Butterworth.

Apa pun aku puas dapat membaca lagi karya Fahmi Mustaffa.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
July 29, 2019
Ada 2 bahagian buku ni.. bahagian pertama oleh Mama Regina dan bahagian kedua daripada Fahmi. Kedua-dua cerita ada perkaitan sebab watak-watak bahagian depan juga dikisahkan di bahagian belakang. Bahagian Mama Regina senang difahami, mengisahkan seorang anak orang kaya bernama Sheila yang berkulit gelap dan tidak disenangi ibunya sendiri yang merupakan bekas ratu cantik. Walau bagaimanapun, Sheila seorang yang berkeyakinan kerana dikelilingi orang-orang yang sentiasa menyokongnya, terutama sekali apabila dia selalu didatangi roh Salma yang menjadi inspirasinya. Bahagian kedua pula seolah-olah menyelami pemikiran Fahmi sendiri dan banyak mengisahkan perjalanan hidup Fahmi, tetapi watak Salma dan sebagainya juga mendatangi Fahmi di alam mimpinya. Rasa-rasanya karya ini campuran antara realiti dan fixi... atau sebenarnya, segalanya realiti?
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,549 reviews41 followers
November 9, 2025
Cerita Regina lebih mudah untuk saya hadam dan faham. Satu perkara disebut sepintas bagai angin lalu, iaitu bila Salma bercerita bahawa zaman kanak-kanaknya tidak indah, dia dizalimi, pakciknya (yang bersifat binatang - ini saya tambah), membenamkan kepala di celah peha Salma waktu dia kecil. Satu lagi yang saya nak tanya, selain tidak berkulit putih, part mana tentang wajah Sheila hodoh seperti yang dilihat dari kaca mata emaknya? Suka watak Salma yang sentiasa tenang dan senang.

Cerita Fahmi, berbelit tetapi tidak susah nak faham kerana penjelasan beliau jelas bagi saya. Juga, saya suka kerana ada lebih banyak self reflection prompts. Lebih banyak buat kita berfikir. Beliau kata Harun Yahya 'kencing' pembaca buku-bukunya? Ahh biar betul. Saya ada 2 buah buku tulisan Harun Yahya yang belum dibaca. Andy dan Ingrid mati atas sebab yang sama kah? Pegawai dan pembantu di bahagian Pengurusan Manusia, lucu tapi menarik. Bagaimana sebenarnya Andy mati?
=====
Selesai baca buku kelima yang saya pinjam dari perpustakaan daerah Hulu Langat Bangi. Ada sebuah lagi belum baca - 1984 edisi terjemahan. Harap dapat siap baca dalam 2-3 hari ni sebab nak ke Bangi return the books and borrow buku Pengembaraan Ibnu Butatta.

Buku Manusia ini tentang apa? Sulit nak saya terangkan. Regina malah beberapa orang lagi penulis di bawah Buku Fixi terang-tenang tulis novel yang tidak menjatuhkan golongan elGeeBeeTea. Saya baca untuk tahu. Judging itu hak pembaca pada pendapat saya. Cuma untuk canang kepada umum, sama ada saya nak kompang atau saya nak tembak bang-bang-bang, terpulang pada saya juga. Pada pendapat saya yang "hmmmmm" ni, kebanyakan novel karya mereka menarik.

Dalam cerita tulisan Fahmi dalam buku Manusia ni, banyak persoalan berat tentang Tuhan, seksualiti pilihan makhluk, kudrat manusia mengikut dan melawan takdir, ambil nyawa sendiri sebab tertekan dengan kezaliman manusia lain, dan macam-macam lagi, yang dibahas secara santai tanpa mendesak sesiapa untuk jadi pengikut, nada bercerita.

Cumanya kan, saya macam tak puas hati Fami bang Harun Yahya. Betapa tak siuman pun watak Family, hujung sekali dia masih ingin menyerah dan kembali ke pangkuan Penciptanya dengan tenang. Itu kan fitrah manusia. Kalau orang baik alim ni asyik pakat nak judge dan bomb mereka saja, agaknya apa jadi. Melawan dan memberontak itu pun fitrah manusia juga.

Salma yang mula diberi nafas dan diakhiri nafas sebagai manusia oleh Regina dalam cerita pertama, dan kemudian disambung oleh Fahmi, adalah watak yang intriguing. Sheila juga. Staff Bahagian Pengurusan Manusia, iaitu mereka yang proses kemasukan manusia ke dunia selepas mati, lucu. Yang pasti, orang yang sok suci berkemungkinan rasa kejang dengan geli geleman.
Profile Image for amireadbooks._.
48 reviews3 followers
May 17, 2022
🌟🌟🌟⭐⭐ (3/5)

tags : insecurities, self-esteem , self-love, confidence

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian 1 oleh Regina Ibrahim, menceritakan tentang Sheila, anak kepada seorang bekas ratu cantik yang dilahirkan 'miskin rupa' dan sejak kecil menjadi cacian masyarakat dan juga ibunya sendiri. Sheila perlahan-lahan membina tembok dan 'trust issue' terhadap orang sekeliling. Dia menjadi tidak percaya diri dan sangat berhati-hati dalam berteman. Sehinggalah dia bertemu dengan Eddie dan Salma yang membantu dia mengenal apa itu 'self love'.

Bahagian 2 oleh Fahmi Mustaffa menceritakan tentang penemuan sebuah manuskrip lama yang membawa kepada terbitnya buku ini. Sepanjang proses menulis, banyak penulis belajar dan mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan. Cerita di bahagian ini saling berkait dengan Bahagian 1.

Aku lebih sukakan cerita B1 kerana penyampaiannya yang 'straightforward' dan banyak pengajaran yang kau boleh dapat secara terus, sementara B2 ceritanya sedikit berbelit dan penggunaan bahasanya yang sangat puitis dan menyimpan makna yang tersirat. Untuk peminat cerita yang berbelit dan puitis, this one is literally for you.

Tapi bagusnya, buku ni buat aku guna otak aku yang tepu ni untuk berfikir jauh. Manusia memaparkan banyak mesej-mesej penting untuk kita typical Asian yang selalu takut dengan kemampuan diri dan terlalu timid. Bila baca buku ni, rasa macam "mine is not the worst life experience ever, someone's are". I felt grateful that at least, I got to undergo my childhood and aku masih mampu keluar rumah normally. Cuma bila dah besar tu, kita takkan boleh lari dari insecurities sebab kita rasa ada orang yang serba-serbi lebih bagus dari kita.
112 reviews3 followers
January 11, 2020
Baca bermula 2019, berakhir 2020. Hmmh 😌 Sebagaimana ia merentas masa, buku ni banyak menemani aku berpergian saat berurusan. Tapi bacanya tetap lambat habis 😆

Sengaja sebenarnya. 1/5 bahagian awal buku ni memberi gambaran cukup jelas tentang isinya. Santai. Menenangkan. Maka ia jadi pilihan untuk mengapit Profesor yang dibaca di tengah-tengah tempoh.

Bagi aku, ia mengangkat elemen perjuangan yang sama tapi dengan nafas dan tempo berbeza dengan Profesor yang jauh lebih agresif, mengasak, naskah ni memang pilihan yang tepat. Ibarat burger, Profesor itu daging, Manusia pula rotinya. Gabung keduanya, ia jadi hidangan yang luar biasa lazat 🤤

Meskipun ditulis oleh gabungan 2 penulis dari top 5 penulis tempatan feveret aku, aku tetap kedekut bintang. Maka 4. Hehe. Dah tentulah ada yang tak beres di pandangan aku. Tp aku anggap itu mungkin kegagalan aku sendiri utk memahami dengan cepat bentuk olahan sebegini.

Apapun, ini naskah yang patut dibaca oleh semua. Kalau nak komen yang baik-baik, ada banyak sangat. Seeloknya baca sendiri dan hadam.

ps: Ada agak banyak typo. Kalau nak reprint, harap dpt kurangkan typo tu.
Profile Image for smlq.
24 reviews
January 17, 2022
MANUSIA.
regina ibrahim
1. the topics highlighted in this story : self esteem, self worth, confidence, beauty and past trauma.
2. sheila and salma- both have dark brown coloured skin and that’s what makes them endure some challenges in life. salma w prejudice and sheila w her self esteem– she thinks she’s not beautiful.
3. how the writer depicted the journey of sheila and the plot itself. interesting and intimidating.
4. the mature of the writer about issues. her knowledge and the sentences she drew.
5. if you have “kulit sawo matang” and somehow it makes you insecure and questioned your self worth— this book is for you.
fahmi mustaffa
1. pening siott hahaha but a good pening. cerita dia buat aku overthinking banyak kali untuk cuba fahamkan dan kaitkan semuanya.
2. sesetengah character dalam cerita ni sama dgn cerita regina — mereka berkait.
3. banyak cerita pasal kewujudan,ketuhanan dan persoalan2 yang kau pun pernah terfikir tapi masih mencari jawapan.
4. suka dengan idea tapi makin lama makin slow dan buat aku makin tak faham.

- overall manusia is a really good story and I really like regina’s version better.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
June 9, 2021
Buku yang banyak mengajar apa tu erti sebenar kehidupan. Buku yang mengajar bahawa dunia ni sangat luas untuk kita explore. Buku yang membuatkan kita berfikir bahawa hidup ni lebih daripada apa yang kita fikir, apa yang kita ada sekarang.

Satu ja, jangan pernah give up dalam hidup ni. Jangan sampai ada fikiran nak bunuh diri tu semua. Kalau penat, rehat. Ambillah berapa banyak masa untuk recover balik, yang penting jangan give up. Kita manusia biasa. Fikiran, emosi, hati semua perlukan rehat. Bangun awal setiap pagi untuk jalani hari-hari kita. Kita tak tahu bila kita akan mati. In fact, kematian tu dekat sangat dengan kita. Lagi satu, kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Jadi berdiri, teruskan berjalan walau sesusah mana pun ujian yang kau hadapi. Carilah makna kehidupan. Just don't give up yaa🤗❤️
Profile Image for Anem Arnamee.
Author 2 books1 follower
September 7, 2021
"Proses mencari jawapan itulah jawapan sebenar-benarnya." - Novel #Manusia.

Membaca novel ini bukan sahaja membuatkan kita terfikir tentang perjalanan diri namun keyakinan untuk menjadi diri sendiri. Perjalanannya tidak mudah. Namun, di mana ada mahu, di situ ada jalan.

Antara petikan yang menangkap perhatian saya adalah, "mendakap diri is self embracing. Self embracing is crucial so that we as an individual will respect, share and value own abilities to the maximum."

Sebelum terlalu jauh mencari, belajarlah menyayangi diri.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
September 23, 2020
"Demi Tuhan yang tidak berjantina, mak kita adalah syurga yang diberi dekat kita. Syurga aku menua bersama pengalaman dan kegagahan. Di antara dua itu, ada kejayaan dan kegagalan." - salma ; manusia

Hanya dengan bercerita,sesuatu itu menjadi hidup.

"Tugasmu bukanlah untuk memahami semua benda, tetapi untuk menerima kenyataan itu, bahawa tidak semua benda harus sifahami, dan datang bersama jawapan." - fahmi ; manusia
Profile Image for Wierna.
37 reviews
September 8, 2021
Fahmi punya cerita yang lebih indah berbanding Regina tetapi tenggelam di dasar bait-bait kata. Seolah-olah otaknya terlalu pantas meluahkan sehingga tak terkejar jari-jemarinya.

Asalnya mahu memberi 4 bintang setelah selesai membaca bahagian pertama. Akhirnya, hanya 3 bintang diberi kerana bahagian seterusnya terlalu berserabut dan punya kesilapan tatabahasa yang menganggu kedamaian yang diperlukan untuk menghadam segala persoalan dan filosofi.
1 review
November 30, 2024
Didn't even finish the book. I dropped the moment the character was sooo casual with having sex. Like??? I don't think it is necessary for that, and not to mention the mc in story one is a muslim she also spend a night in a hotel with a guy? I would close one eye when the mc didn't wear hijab but the sex part overstepped the boundary.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for intan.
30 reviews
February 17, 2021
First bab, saya terhibur kerana stail penulisan Mama senang dibaca dan juga dihadam. Tetapi setelah masuk ke bab2, fikiran saya mula bercelaru dan ia menyebabkan saya agak pening dan pembacaan saya tergantung sebegitu sahaja.

Akan menyambungnya semula.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 15, 2020
Dibahagi kepada dua, Mama: Bahagian 1, dan Fami: Bahagian 2. Bahagian 1 membawa aku ke dunia Sheila dan Salma, manusia dan kecantikkan. Bahagian 2 membawa aku ke dunia lain, antara realiti dan fixi.
Profile Image for Syahirah Saufi.
2 reviews
January 2, 2021
Penulisan Fahmi Mustaffa seperti menambah pengertian yang lebih mendalam. Aliran cerita yang serba sedikit menempah falsafah hidup dalam diri seseorang.
Profile Image for Ain Farhani.
6 reviews2 followers
April 11, 2022
A bit boring but I enjoyed it. Took two month to finish it 😂
Profile Image for Farah Nisa.
111 reviews1 follower
September 21, 2022
Bahagian I: 4⭐ sangat besttt
Bahagian 2: Masih stuck tak boleh nak habiskan baca
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
April 26, 2020
Pengalaman pembacaan yang memenatkan. Nothing fun. Dissapointed.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.