Jump to ratings and reviews
Rate this book

Psikik

Rate this book
Di Institut Cahaya, semua pelajar termasuk Elina didoktrin bahawa lelaki merupakan punca kemusnahan dan penderitaan yang dialami kaum wanita. Selepas Presiden Karina bergelar pemimpin, semua lelaki ditangkap dan dipisahkan dari masyarakat. Kanak-kanak lelaki dipisahkan dari ibu mereka dan dilatih untuk menjadi sekadar Pembantu.

Kematian Ilham, seorang gadis kecil yang bijak, seakan membuka mata Elina. Ada sesuatu yang tidak beres dalam hidupnya selama ini. Dia rasa seperti hidupnya mempunyai tujuan yang lebih besar dari sekadar menurut telunjuk Presiden Karina. Pertemuan dengan Zed dan Auntie Wan membuka lembaran baru dalam hidupnya, dan memperkenalkan Elina dengan kuasa istimewanya, kuasa PSIKIK.

265 pages, Paperback

First published February 28, 2019

5 people are currently reading
140 people want to read

About the author

Husna Rosli

3 books261 followers
Penulis Husna Rosli merupakan seorang story lover. Dia gemar berkongsi minatnya terhadap buku dan cerita melalui reviewnya di media sosial. Dia juga dikenali sebagai seorang ‘Booktuber’ (YouTuber yang berbicara tentang buku) di channel YouTube ‘Husna Reads’.

HUSNA READS YOUTUBE CHANNEL

Setakat ini dia telah berjaya menghasilkan dua buah buku iaitu ‘Psikik’ yang diterbitkan oleh penerbit FIXI pada tahun 2019, dan ‘K-POP Girl: Army Yang Bertuah’ untuk tahun 2020.

Sebagai pembaca, dia menggemari buku bergenre urban fantasy, thriller, misteri dan paranormal. Penulisannya juga banyak mempunyai pengaruh genre berkenaan. Selain membaca, dia juga sukakan segalanya yang bersifat seni terutamanya yang boleh dianalisa seperti muzik, lirik dan filem. Husna juga boleh dikenali di media sosial dengan nama yang sama: Husna Reads

Husna mempunyai harapan yang besar untuk kariernya. Dia berharap imaginasinya serta cerita yang selama ini disimpan dapat disampaikan kepada pembaca. Sekarang, dia sedang cuba menghasilkan lebih banyak cerita ‘Young Adult’ dalam genre fantasi urban, thriller, seram dan paranormal. Dia berharap cerita-ceritanya mampu memeriahkan dunia buku Malaysia kelak.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (29%)
4 stars
91 (43%)
3 stars
48 (23%)
2 stars
6 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 70 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 5, 2019
Bab pertama mengingatkan aku kepada babak execution dalam filem The Hunger Games. Dari situ aku dah tahu dah yang novel ini bergenre dystopia sebab aku tak suka baca outline plot sebelum baca novel kerna bagi aku plot or sinopsis adalah spoiler, aku beli novel ni pun sebab rakan goodreads yang tulis, support2 hehe.

Mesej yang disampaikan dalam novel ni memang sangat besar manfaatnya dan memang kena dengan keadaan sosiology masyarakat global masa kini, dengan isu feminismenya, liberalismenya, "hidden totalitarian"nya (hehe).

Sesiapa yang suka novel2 dystopia mat salleh pasti dan pasti akan turut menyukai novel ini. Layan....

p/s: novel fixi paling islamik setakat aku baca setelah AJAIB.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
May 19, 2019
Hmmm jadi macam ni lah perasaannya bila baca buku sendiri...
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
December 29, 2020
My rating 3.75. Memang ada vibe The Hunger Games dan novel-novel young adult dystopian yang seumpama dengannya.

Satu percubaan yang amat baik daripada penulis dalam genre ini yang digarap menggunakan mesej isu semasa (feminisme) dan dikaitkan dengan keagamaan.

Ada beberapa bahagian yang tidak kena plotnya, ada dialog kurang harmoni dan neutral, namun secara keseluruhan plotnya pantas (fast-paced) sesuai dengan genre.

Ada satu elemen kejutan yang berjaya, yang membuatkan saya sendiri berasa sedih dan terkilan. Ish geram pula bila fikir hat tu. Haha.

Buku ini membuktikan dunia penulisan kita tidak ketandusan idea kreatif dalam genre sebegini.
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books550 followers
October 7, 2019
Saya peminat tegar cerita2 apocalypse, post-apocalyptic, dystopia. Peminat tegar The hunger games. Teringin nak tulis genre begini tapi disebabkan market untuk buku sebegini sangat sedikit maka saya hold idea yg ada. Bila tahu penulis tulis genre ini, laju saya dapatkan.
Jadi, pujian harus diberikan kerana berani mencuba genre yang saya sendiri belum berani nak tulis... hehe.
Ada premis.
Ada something yang nak disampaikan. Bukan buku kosong semata. Ada prinsip, ada ideology.
Memang ada kelemahan sana-sini, tapi saya faham. Tak ada novel yang sempurna.
Ada twist yang menarik dibahagian hujungnya.
Apapun,
Untuk novel pertama, pujian harus diberi.
Tahniah penulis kerana berani menulis genre ini!
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
May 17, 2019
Masa mula-mula baca buku ni, aku rasa “eh best la“. Buku ni jelas dengan hala tujunya sebagai buku dystopia dan mesej nak disampaikan. Idea feminisme ni aku memang minat habis, best. Persoalan seperti apa akan jadi kalau lelaki pula ditindas bermain di minda sepanjang masa aku baca buku ni. Mungkin sesetengah orang akan persoalkan macam bermasalah je buku ni, tapi sebenarnya buku ni jauh lebih dari just nak cakap perempuan hebat juga. Buku ini mengentengahkan kesamarataan hak antara dua jantina lelaki dan perempuan, bukannya hendak menindas mana-mana jantina tetapi untuk mengajar lelaki menghormati hak wanita dan sebaliknya. Buku ini juga ada mengajar tentang sejarah dan unsur keagamaan, which is again, aku kagum dengan cara penulis memasukkan tema-tema dan nilai-nilai murni dalam kisah Psikik.

Next, aku sangat suka dengan world building buku ni. Sangat detail penjelasan terhadap dunia Kaizer yang dicipta. Aku juga minat dengan pemilihan latar tempat, masa dan sememangnya buku dystopia ni tick all the boxes. Apabila world building solid, semua benda yang berlaku pun aku memang senang nak percaya dan memang aku masuk gila dengan cerita ni. Cuma aku ada persoalan tentang Institusi Lelaki, lepas dia orang dah dipilih, dia orang tinggal dengan tuan dia orang ke macam mana? Benda macam simple tapi disebabkan aspek lain dijelaskan dengan detail, aku jadi tertanya-tanya tentang hat ni. (Btw, sis memang minat habis juga lah dengan loghat yang digunakan dalam dialog Zed haha, interesting really!)

Untuk pembinaan plot, aku start enjoy plot dia bermula muka surat 50 sampailah ke muka surat 200-ish. Bagi aku, kesemua perkara yang berlaku antara muka surat 50-200 makes so much sense dan plot dia dikembangkan dengan sangat cantik, pacing pun nice. Dalam 50 muka surat yang pertama, aku rasa part yang dia tiba-tiba join geng Divalicious tu aku macam, “aikk? Seriously? Gitu je alasannya?” Even though scene ni nak menuju ke kemunculan watak baru yang kemudiannya penting untuk pembinaan plot seterusnya, aku rasa mungkin penjelasan kepada perubahan attitude yang mendadak ni boleh dijelaskan dengan lebih baik kot? Ending dia okay tau, tapi satu plot twist ni aku tak dapat nak fefeeling sedih, padahal aku nangis kot kat scene gini in the previous book that I read. Benda sama berlaku, tapi untuk buku ni aku tak nangis. Mungkin penjelasan plot twist bagi aku macam tak cukup sedih haha. Mungkinlahhh

Watak semua, bagi aku, sangat okay. Semua ada peranan masing-masing dalam perkembangan plot. Menarik. Aku tak sangka watak Fara surprisingly penting gak eh. Aku suka nilai persahabatan yang dimasukkan dengan kawan-kawan Elina yang sering bertukar ganti. Kat sini, bolehlah aku nampak, kawan baik tu macam mana, kawan tak guna tu macam mana. Okay, bila kita sentuh pasal romeo buku Psikik ni, Syafiq, aku rasa pada awalnya aku ship tau dia dengan Elina. Tapi lama-kelamaan, aku jadi cringe dengan dialog dia. Mungkin it’s just me and aku juga rasa kedua-dua watak ni macam kurang chemistry. Sebab kadang-kadang, tak semua perkara perlu diperjelaskan satu persatu, boleh je pembaca tahu mereka ni dilamun cinta, cukup hanya melalui perbuatan dan dialog.

Kenapa Psikik? Nak tahu ke? Visit this link ;) https://jessicabooksblog.wordpress.co...
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
April 12, 2020
3.85 bintang

1. Kebanyakan rating tentang buku ni memberi 5 bintang dan review yang mengujakan. Saya risau haha.

2. Risau kerana ini akan membuatkan saya mempunyai high expectation terhadap naskhah ini. Apabila saya mempunyai jangkaan yang tinggi, maka standard yang saya set juga secara automatik adalah tinggi dan penilaian saya lebih ketat. Maaf (walaupun saya tahu ini adalah karya pertama penulis yang diterbitkan).

3. Okay, secara keseluruhannya, penulis mempunyai idea yang bagus. Ada misi dan visi yang cuba disampaikan. Karya yang ada hala tuju, bukan penulisan semata-mata. Tahniah! 👏👏

4. Saya bahagikan buku ini kepada dua bahagian (dan turning point tu memang betul2 separuh2). Bahagian pertama perkenalan dan world-building. Bahagian kedua execution / tindakan.

5. Maaf, bahagian pertama ni sangat-sangat cringe pembacaan saya. Dengan ayat rojak bercampur-baur. Sangat-sangat bbnu. Dan banyak adegan-adegan filler yang tak membantu langsung. Contohnya Divalicious. Takkan fungsinya sekadar untuk mempertemukan Elina dengan Zed? Saya ambil masa yang sangat lama untuk habiskan bahagian ni. Makan bulan (hampir setahun kot) angkat letak angkat letak.

6. Masuk bahagian kedua, nampak seperti gaya penulisan berubah. Mungkin sebab kurang dialog dan lebih ditumpukan pada tindakan. Bagi saya, penulisan di sini lebih meyakinkan pembaca untuk menganggap ini adalah bacaan yang lebih baik dari yang lain.

7. Pujian harus diberikan, ending yang tidak cliche tapi rasanya penulis juga tak perlu terlalu keras terhadap Elina. Bagilah dia sikit kebahagiaan setelah apa yang perlu dia hadapi selama ni.

8. Sebagai peminat siri fantasi (saya lebih suka high-fantasy yang ada pedang dan kuda 😉), tak dapat tidak saya dapat mengesan pengaruh siri 'The Hunger Games'.

9. World-building yang agak loose. Banyak pernyataan yang menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan seperti yang sepatutnya.

10. Politik dan kuasa memang tidak pernah boleh dikuasai. Tindakan yang perlu diambil kadang-kala nampak memaksa, tetapi harus untuk kesejahteraan semua. Dan harapan yang nampak ideal di atas kertas, tak semestinya tindakan terbaik yang mesti dilaksanakan.

Tahniah, Husna! Semoga terus dikurniakan ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
April 30, 2019
“No forgiveness, no fear”. Istilah yang digunakan oleh Presiden Karina. Kemusnahan negara Kaizer dan kekejaman yang berlaku pada wanita dan kanak-kanak membuatkan Presiden Karina tekat untuk mengubah Kaizer. Lelaki dianggap sebagai punca kemusnahan dan penderitaan pada mereka. Maka, lelaki mesti dihukum dengan niat untuk menghapuskan penderitaan dan mengangkat martabat wanita. Jadi, tertubuhlah Institut Cahaya.

Elina adalah salah seorang pelajar terbaik Institut Cahaya. Elina ada kuasa psikik yang membolehkan Elina bermimpi atau terimbas kenangan lalu. Elina juga merupakan perintis untuk mengubah cara pemerintahan Presiden Karina yang tidak berperikemanusiaan.

Bahagian awal buku ini mengingatkan aku kepada filem The Hunger Games. Lantas aku baru tahu yang buku ini dikategorikan dalam genre dystopia. Plot cerita dikembangkan dengan baik. Plot twist hingga ke final battle. Tak nak cerita lebih, nanti boleh jadi spoiler. Hii. Ending juga ditutup dengan kemas. Simple dan tidak berlarutan.

Watak Ilham, si kecil yang bijak pandai, membuatkan aku berfikir mengenai satu perkara. Semua keputusan yang aku buat berdasarkan perasaan atau akal fikiran? Logik yang dikemukakan oleh Ilham sangat menarik minat aku. Bagi aku, kita akan menggunakan perasaan dan akal fikiran untuk membuat keputusan cuma kita biasanya akan ikut dasar mana yang lebih dominan ketika keputusan dibuat. Keputusan dalam masa singkat akan membuatkan kita memilih perasaan sebagai dasar manakala keputusan dalam masa yang panjang, akan membuatkan kita memilih akal fikiran. Biasanya yang menggunakan akal fikiran buat kita tak akan menyesal di kemudian hari. In my case, yes 😬

Buku ini juga mengingatkan aku bahawa semua manusia dilahirkan dengan fitrah untuk menjadi baik. Cuma pilihan setiap orang itu berbeza. Disebabkan itu, kita tidak boleh menuding jari kepada jantina semata. Sesungguhnya, lelaki dan wanita, masing-masing ada sifat untuk melengkapi antara satu sama lain. Kita perlu sesama kita. Jadi, jaga tingkah laku dan janganlah bermusuhan.

“Mati itu rahsia Tuhan, El. Setiap orang yang datang pasti pergi. Yang ada pastinya tiada. Kalau tak, “ada” itu tidak akan wujud. Ia satu putaran dunia. Tak ada yang awal, tak ada yang akhir. Cuma satu yang kita boleh buat, hargai apa yang masih ada. Hargai keindahan yang Tuhan beri. Macam langit ni. Udara. Alam. Nyawa kita. Kita sentiasa ada alasan untuk kekal tersenyum. Sentiasa ada..” ❤️

Akhir kata, Psikik merupakan buku fixi paling Islamik yang mengunakan bahasa yang cantik, baik dan tidak kasar. Aku rekomen Psikik kepada mereka yang nak cuba baca #bukufixi tapi tak nak baca buku yang ada ayat kasar. Psikik menjadi pilihan yang tepat 👍🏻 Tahniah Husna atas kelahiran karya sulung ini. Teruskan berkarya. I’ll support you, always ❤️👍🏻

p/s: first time, tak muat nak letak review kat bahagian caption di Instagram. Mujur kat Goodreads, takde limit words 🤭
Profile Image for cutesyreader ツ.
123 reviews57 followers
May 23, 2019
Permulaan novel ni aku rasakan sangat slow dan agak confused jugak. Mungkin kerana penulis tengah nak describe satu-satu supaya pembaca dapat faham. Pembacaan aku teruskan juga sebab cerita mengenai perempuan menguasai dunia dan lelaki pulak jadi hamba atau dalam novel ni dipanggil "Pendamping" & "Pembantu" sangat menarik minat aku. Tambahan pula dgn diri yg agak bersifat feminisme ni. Hehe..

Kemunculan Ilham menjadikan penceritaan semakin menarik, dan point2 yg diutarakan oleh Ilham mengenai sistem pentadbiran Kaizer tu aku rasa sangat bijak bagi budak seusia Ilham. Then, watak Syafiq yg mana aku duk terbayangkan wajah Syafiq Kyle tiap kali watak ni muncul. Dah lah ada lesung pipit jugak! Hahahaa... Watak Zed menambah elemen kelakar dalam novel ni. Serious lawak dowhh kalau baca dialog si Zed ni. Sampai tergelak-gelak aku.

Hampir di penghujung novel, aku siap imagine macam mana kalau novel ni dijadikan movie? Watak Syafiq wajib amik Syafiq Kyle lah. Hahahahaa~

Plot twist dalam citer ni ada yg aku dapat jangka dan ada juga yg tak. Berkenaan sahabat Elina, si Fara tuu.... Hehe.. Mungkin juga sebab banyak sangat baca buku or layan movie. Pasal Bots tu aku dah rasa macam citer Zootopia, dan sistem di Institut Cahaya macam citer Divergent. Kekeke~

Tapi penulis bijak mengubah elemen dengan hanya 10% je yg sama. Jalan cerita semua memang berbeza dan idea penulis sendiri. Gaya penulisan mantop! Isu yg diketengahkan berkenaan keseimbangan kehidupan pun bagus. Memang menarik dan best sangat! Nak bagi full stars kalau boleh tapi starting dia yg slow dan agak confused tu buat aku terpaksa tolak 1 bintang.

Actual Rating:
4.4 stars
Profile Image for Ain S..
10 reviews
April 7, 2019
Akibat dendam terhadap seorang lelaki, Presiden Karina menjadikan negaranya sebuah negara yang hanya diterajui oleh wanita dan kaum lelaki hanya dilihat sebagai penjenayah dan pemusnah kaum wanita.. Layaknya lelaki hanya sebagai pembantu/pendamping dan bukannya sebagai ekosistem dalam masyrakat. Elina yang merupakan anak angkat Presiden Karina dulunya sangat mengidolakan beliau sebagai pemimpin wanita pertama di Kaizer. Pertemuan Elina dengan Zed dan Auntie Wan merubah segala ideologi yang dipegang oleh Elina selama ini. Slogan "No Forgiveness, No Fear" yang diperkenalkan oleh Presiden Karina tidak lagi relevan pada diri Elina. Kedatangan Syafiq sebagai Pendamping mencambahkan rasa cinta, sedangkan segala kasih sayang dan fitrah cinta antara dua gender telah lama dinafikan oleh Presiden Karina. Konflik berlaku apabila Elina sendiri cuba menentang Presiden Karina, yang merupakan ibu yang telah menjaganya sejak kecil..

Cerita Psikik membawa saya ke sebuah dunia yang realistik bersandarkan kepada sains dan dalam masa yang sama memberikan beberapa input baru kepada saya. Jalan ceritanya menarik, penceritaannya lancar dan teratur memudahkan kita memahami keseluruhan jalan cerita. Sangat sangat menarik. Penggunaan Bots sebagai agen pemusnah dan menyebabkan semua lelaki dipandang serong pada saya sangat genius. Dan yang paling penting, tanpa ayat ayat kasar yang caca marba, tanpa kata kata lucah seperti kebanyakan buku Fixi, buku ni ternyata memberitahu kita yang buku yang 'clean' sebegini juga mampu menjadi hebat dan menarik. Tahniah kepada penulis, Husna Rosli.. Teruskan berkarya.. Saya sangat teruja membacanya.
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
December 16, 2019
Cerita ni mengisahkan seorang pelajar, Elina yang ingin mengubah sistem Institut Cahaya kerana dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan sistemnya. Sistem tersebut yang mana kaum lelaki ini dilayan seperti hamba binatang. Yang sering melakukan kesalahan biarpun kecil akan dibunuh.

Sistem ini telah direka oleh Presiden Karina. Elina telah diasuh olehnya disebabkan ibunya dibunuh bapanya. Bapanya pula dibunuh oleh polis selepas kejadian. Kemudian elina tidak teringat akan kejadian itu sepenuhnya. Elina tidak tahu bahawa dia memiliki kuasa psikik yang mana merupakan *spoiler* warisan ibunya.

Dlm prtghn cerita, ada dua watak yang brtentangan iaitu Presiden Karina Aunty Wan. Kat sini korang decide, Elina patut geng Karina /Wan. Semasa kat sini, aku just folo the flow dan tak memikirkan pon.

Semasa klimaks, memang aku rsa geram sgt sbb pnceritaan mcm drama melayu yang mana ada unsur khianat. Watak utama pon naif bodoh trlalu percaya. Paling aku geram time ada yang selamatkan Elina tu. Berkali2 aku baca sambil ckap ape mende lah penulis ni tulis. Tulis je la nama baru fhm.

Endingnya, penulis brjaya perangkap aku. Dia sengaja tulis mcm tu sbb nak huraikan prkara tu di belakang cerita. Daripada aku nak bg rating 3.05 naik trus 3.95. 4* la kiranya. Bagus. Gaya penulisan yang bersahaja santai. Tak memerlukan otak memikirkan sedalam2nya. Nice one. Aku recommend.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
September 11, 2022
Satu penceritaan yang tidak dapat disangka. Bagi saya yang agak baru dalam penceritaan yang sebegini, agak mengagumkan. Pengolahan cerita yang agak baik dan jalan cerita yang tidak disangka. Isu yang diketengahkan oleh penulis yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Psikik. Isu-isu yang berkait rapat dengan wanita dan sistem pendidikan. Bagi saya idea yang agak bernas.

Pemikiran Elina telah ditanamkan bahawa lelaki adalah punca kemusnahan dan penderitaan wanita. Ditambah pula, ibunya (Hanim) meninggal didepan mata akibat penderaan yang dilakukan oleh bapanya sendiri. Selepas kematiaan ibu, El diasuh oleh Presiden Karina sehingga dewasa.

Manusia terlihat sempurna kehidupannya, hakikat disebaliknya hanya dia sahaja yang tahu. Walau dirinya disanjung tinggi tetapi kehilangan demi kehilangan telah diragut dari diri. Tanpa kita sedar, kehilangan itu mengajar sesuatu dalam hidup kita malah ia menghadirkan sesuatu yang lebih berharga.

Selain itu, penulis mengajar bahawa apabila kita mengharap hanya pada manusia yang lumrahnya akan mati pada bila-bila masa, maka harapan kita juga akan mati tatkala manusia itu mati. Letaklah pengharapan yang tinggi pada Allah kerana hanya Dia yang kekal abadi selamanya.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
July 1, 2020
Kisah bergenre fantasi, cinta dan aksi ini menceritakan perjalanan hidup Elina pada era negara diperintah oleh seorang perdana menteri wanita, Presiden Karina.

Presiden ni pula punyai satu fahaman yang kurang baik tentang golongan lelaki. Baginya, lelaki adalah pemusnah hidup wanita serta kemajuan negara. Fahaman ini melekat kuat dalam kepala dan hati hinggakan dia berjaya mengubah negara mengikut aliran fahaman tersebut sekaligus menaikkan martabat dan harga diri wanita. Wanita diberikan pendidikan terbaik serta diletakkan di barisan hadapan dalam apa jua situasi dan lelaki pula sebaliknya. Malah, golongan lelaki dijadikan sebagai pembantu wanita dan maruah mereka direndah-rendahkan.

Ada sejarah kenapa Presiden Karina menjadi begitu. Dan ada rentetan plot twist di sebaliknya juga.

Satu per satu pertemuan dan perkara yang terjadi dalam hidup Elina menjadikannya sedikit demi sedikit cuba melawan sistem yang telah dikemudi oleh Presiden Karina. Elina berjaya menemukan kebenaran yang menyayat hatinya sendiri. Dan, dia juga punyai satu kuasa psikik yang dia sendiri tidak mengetahuinya. Dengan kuasa itu jugalah dia merungkaikan semua misteri yang ada.

Kisah ni agak laju penceritaannya tetapi smooth je. Ada banyak scene lompat sana sini terutamanya apabila Elina menggunakan kuasanya, tapi ia diceritakan dengan baik, menyebabkan aku tak keliru dengan jalan cerita atau dengan apa yang sedang terjadi. haha. Smooth.

Isu yang diketengahkan dalam novel ini mungkin agak berat bagi sesetengah pihak kerana ia melibatkan isu gender (lelaki dan perempuan), tapi bagi aku, penyelesaian bagi isu ini dikupaskan dengan baik juga. Ada logiknya di situ. Ada kebenarannya. Bukan itu sahaja, diterapkan juga nilai kekeluargaan, persabahatan dan kepercayaan.

Wujudnya watak Syafiq memberikan keseimbangan pada novel ini. Dia membawa nilai-nilai serta unsur kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu. Jelas, kekuatan diri datangnya dari kekuatan rohani yang benar-benar percaya pada Tuhannya.

Overall, aku suka dengan cerita ni. Tahniah Husna! Tak nyesal baca. Banyak input yang boleh diambil. Plot twist nya pun merata. Geram kite.

"Paling penting, aku belajar kenal Tuhan. Dari Dia aku peroleh kekuatan. Tak mungkin aku kuat kalau bukan kerana Dia. Aku hidup sekarang pun kerana Dia. Allah. Aku belajar untuk letak harapan hanya untuk dia. Sebab Dia saja yang kekal. Yang selalu ada untuk aku. Manusia semuanya lemah. Andai aku masih harapkan manusia yang menemani, aku akan mati bila dia orang mati. Lalu aku pilih untuk hidup, kerana Ilahi." - Elina, Psikik-
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
May 24, 2019
Somethings not right.

Kalau sistem ini bertujuan untuk mengelakkan kekejaman tapi yang memperkenalkan sistem ini juga turut melakukannya secara kejam? - akan jadi soalan yang bermain diminda sepanjang membaca.

The first chapters macam penulis nak bagitahu pasal character ni develop macamana, but then suddenly x jadi and cepat betul character ni move on to the next phase. The only things that matter ialah kehadiran Zed yang 'selamatkan' dia dari devilicious 😂

Tapi lepas tu perkara tentang devilicious ni lesap, tak tahu apa signifikan dia dalam cerita. And then baru lah the real story begin. Suprise pula macamana cara dia discover kuasa psikik ni sebab even before macam tak ada ciri-ciri dia psikik. Masa baca part el nak sertai devilicious tu, saya ingatkan buku ni tentang chick lit 😂.

And the story goes on, I must say the author doing a nice job tinggalkan beberapa hole dalam cerita, the phase that did not quite fit sebab the truth had been conceal. Leaving the best for the last right?

Plot twist ada. But I wont tell you. Sebab im a bit suprise juga, how far can a person go to achieve their happiness?

What I like the best about PSIKIK

- Plot yang pausible, means pembaca boleh main dengan imaginasi sendiri, predicting what will comes after that etc.
- Plot twist 👍 jarang juga sebenarnya baca novel melayu ada plot twist ni.

Buku ni rekomen to :
- Fixi lover? Hehe
- Everyone that know Husna (booktuber terkenal abad ini)
- Everyone yang inginkan kelainan dalam mencari tujuan hidup especially muslim.

And last, saranan kepada penulis (of course optional seja, tak semua betul, hehe)

129 reviews3 followers
February 7, 2019
Memang best buku ini, jalan cerita sangat bernas dan menarik aku rasa tak banyak cerita macam ini di pasaran sekarang. Jadi tahniah aku ucapkan kepada Husna Rosli atas penulisan yang mantap. Untuk sesiapa yang belum baca or nak baca sekali lagi, silalah tekan link ini untuk membaca dengan sedikit kelainan :- https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 12, 2024
Feminism turned brutal and wrong. Good concept, even the ideas were not that fresh. But still an enjoyable read. Loving the plot twists, plus the religious element in this story really made a different.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
February 17, 2019
Culture shock jap ada ayat suci al-Quran dalam buku fixi muehehehe.

A blend of fantasy, action, romance, AND ISLAMIC.

Nanti reviu penuh di twitter lelakiseksi@_bacabuku
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
February 23, 2019
Wow. Pada awalnya saya fikir buku ini benar-benar fiksyen yang keseluruhannya tiada persamaan dengan sekarang tapi ternyata ia seperti membawa minda kita ke sudut pandang yang berbeza. Kira berfikir bagaimana kalau ini jadi begini? Amankah dunia?

Nak bagi ulasan lebih, saya baru menyelesaikannya dan dalam proses menghadam lagi.

Btw, syabas penulis atas penulisan ini. Saya seronok membacanya 😉
Profile Image for Azrina Ahmad.
4 reviews
April 8, 2020
First of all, saya ingin mengucapkan setingggi tinggi tahniah kepada penulis Husna Rosli kerana berjaya melahirkan buku Psikik. Semestinya buku ini sangat menarik dan best untuk dibaca.

Institusi Cahaya yang terletak di negara Kaizer merupakan sebuah institusi yang dipelopori oleh golongan wanita dan kanak-kanak perempuan sahaja tanpa kewujudan kaum lelaki. Ianya digambarkan sebuah negara yang canggih, maju dan pesat. Saya selalu bayangkan negara Kaizer seperti Cyberaya dalam cerita Ejen Ali. Manakala Institusi Cahaya pula saya bayangkan seperti MATA Academy. Bezanya Institusi Cahaya tidak melatih kanak-kanak untuk menjadi ejen muda sebaliknya mereka diberi ilmu pengetahuan yang mencukupi serta ditanam sifat anti lelaki seawal usia muda lagi.

Seterusnya, saya suka cara penulis memberi gambaran setiap aksi dan babak dalam Psikik seolah-olah saya masuk ke dalam dunia tersebut dan alami pertempuran itu sendiri. Cuma pada pendapat saya, saya lebih prefer jika penulis dapat menjelaskan secara detail jenis senjata yang mereka gunakan untuk berlawan seperti senapang M416, M24, Scar L, pistol revolver dan sebagainya supaya pembaca lebih memahami dan membayangkan jenis-jenis senjata semasa berlawan.

Akhir sekali, saya harap agar penulis dapat menghasilkan lebih banyak cerita-cerita menarik pada masa akan datang dan sentiasa sukses dalam apa jua yang dilakukan :)
Profile Image for Simon Malik.
Author 5 books17 followers
April 14, 2019
Apapun tahniah buat penulis atas karya sulung beliau bersama FIXI! =) =)

Bahagian awal cerita benar-benar mengingatkan aku dengan babak awal Hunger Games. Penggarapan yang kemas dan cerita yang clear-cut. Cuma ada bahagian awal yang saya rasakan tidak berapa membantu sangat dari segi perjalanan cerita. Bila watak utama akhirnya mendapat objektif, barulah cerita ini mendapat rentaknya. Ending macam mana? Pi la baca!

Tak pe la, saya pun BBNU dalam bidang ni! hehe..

3.8 bundar jadi 4!
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
April 6, 2020
1st, congrats buat penulis utk novel debut ni.👏👏👏
Tak reti nk komen pnjg-pnjg, just nk ckp plot cerita smooth, menarik dan boleh dihadam dgn baik walaupun sekadar cerita fiksyen. Byk persoalan yg ditimbulkan yg membuatkan pembaca tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu kesudahannya. So far semua persoalan tsebut berjaya penulis leraikan dan huraikan di akhir cerita. A very worth book utk dibeli, baca dan simpan sebagai sebuah koleksi peribadi. Teruskan menulis buat penulis. Congrats lg skali 😁
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
April 8, 2019
"Gender, lelaki & wanita, masing-masing bersifat saling melengkapi. Lelaki & perempuan hidup atas konsep memberi & menerima. Si lelaki, jagalah hak wanita. Begitulah sebaliknya dengan wanita. Dan kita tak patut rasa terpaksa utk berbuat baik antara satu sama lain..."
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 18, 2020
Dystopian world dan feminism. Fast-paced. Perubahan babak² tidak dilengah-lengahkan. Ada plot twist! Cuma aku kurang berkenan dengan plot Seni. Penggemar Hunger Games & Divergent sangat digalakkan baca buku ni.
1 review
June 9, 2019
Novel yang agak menarik untuk dibaca memang sesuai but not for umum la sbb ada unsur2 ganas sikit ... and the storyboard was amazing ... jalan cerita dia mmg terbaik Ilham was amazing little girls that had a very terrific vision forward
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
May 29, 2020
Pertama, tahu mengenai novel ini sebab instagram. Baru tahu Hana follow penulis ni.

Kedua, tahniah kepada Husna atas jalan cerita yang menarik dan juga menggunakan falsafah.

Ketiga, Hana tak pandai buat review tapi buku ni worth untuk dibaca. Satu hari je dah boleh habis.
Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
July 14, 2019
Novel debut yang cemerlang! Ceritanya berlatarkan dystopia masa hadapan seperti yang popular di kalangan penulis-penulis Barat. Kagum dengan kejayaan penulis mengimaginasi pembentukan suasana sebegitu di negara kita.

Pandangan saya, penulis patut gunakan sahaja nama negara Malaysia, apa salahnya? ..daripada menggunakan nama Kaizer, yang menjadi gelaran raja di Eropah zaman dahulu. Sedangkan latarbelakang bandar, negeri, raja dan sebagainya jelas menunjukkan seolah-olah ia di Malaysia.

Kisah menampilkan konflik di antara feminisme melampau dengan gerakan ke arah kesederhanaan yang sepatutnya menjadi amalan kerana diajar oleh agama kita. Mesej ini baik dan menjadi pengajaran kepada mana-mana pelampauan dalam berideologi yang boleh mengundang bencana.

Banyak "shocking moments" dan "plot twist" sepanjang novel. Bagi saya, elemen-elemen ini berjaya mengikat saya sebagai pembaca untuk mengikuti perkembangan cerita dengan terperinci. Teknik tidak menamakan orang pada scene tertentu (seperti scene di kilang atau pengorbanan terakhir) begitu menjadi untuk buat pembaca berteka-teka dan "menanda" (dalam minda) scene tersebut, kerana tahu pasti akan ada twist atau maklumat lanjut di babak seterusnya.

Berkenaan kuasa psikik protagonis, saya rasa penulis boleh explore dengan lebih dalam dan lebih kreatif lagi penggunaan kuasanya, asal usulnya, manipulasinya. Saya rasa kuasanya "served its purpose" untuk mengisi plot cerita, tapi boleh cari jalan untuk kembangkan cerita berkenaan kelebihan itu; contohnya kembangkan asal usulnya dan bagaimana Maknya atau orang lain sebelumnya yang dikurnia kuasa psikik menggunakan kuasa itu, beri lebih banyak keadaan menunjukkan kesusahan dia mengawal kuasa itu dalam aktiviti hariannya, atau bagaimana dia manfaatkan kuasa itu disaat conflict scene memuncak atau dalam final battle.

Mula-mula, saya tertanya-tanya juga, bila "twist" berkaitan kuasa psikik akan muncul (high expectation; maklumlah pembaca moden). Rupa-rupanya, ia disimpan utk akhir cerita. Dengan penutupan cerita yang baik, ia berjaya buat saya rasa amat berbaloi membaca novel ini per kata.

Tahniah buat penulis!
Profile Image for XRXNX.
149 reviews11 followers
March 28, 2020
"Semua manusia lahir dengan fitrah untuk jadi baik. Laki dan perempuan, sama saja sebab dua-dua pun manusia. Cuma pilihan dia orang untuk jadi jahat tu yang membezakan." - Husna Rosli, Psikik .

Psikik merupakan novel FIXI pertama yang saya baca, dan ia sedikit sebanyak telah mengubah persepsi saya bahawa novel FIXI ni semuanya pelik-pelik belaka. Plot nya menarik, jalan cerita tidak mendatar dan penuh dengan elemen yang membuat saya tertanya-tanya apa yang bakal berlaku seterusnya. Ada plot twist yang dapat saya jangka, dan ada plot twist yang menyayat hati hingga saya pun agak sukar untuk menerimanya pada awalnya.

Kematian-kematian dan tragedi-tragedi yang berlaku reflect bertapa real dan serius nya situasi yang berlaku, showing the stakes are high. Saya juga suka bagaimana sejarah Kaizer diperkenalkan kepada pembaca.
Profile Image for Hanis Alysa.
19 reviews1 follower
June 16, 2020
Unexpected. Unpredictable. Exciting.

Pernah bayangkan hidup tanpa lelaki? Hidup aman tanpa penindasan, penderaan, dan kes jenayah yang melibatkan mereka? Agaknya macam mana bila wanita mula mendominasi semua perkara dan lelaki pula dianggap punca penderitaan yang dialami kaum wanita?

Saya pernah bayangkan. Dan bila baca novel ini, gambaran itu lebih jelas. Sebenarnya ketiadaan lelaki tidak menjadikan hidup lebih baik macam yang kita sangka. Dengan menyekat hak kebebasan lelaki tidak membuatkan kadar jenayah berkurang atau memudahkan kehidupan wanita. Mungkin ya, tetapi lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Sebab itu wujudnya dua jantina, saling memerlukan dan melengkapi dalam urusan dunia. Kadang kala sesuatu masalah yang berlaku, adalah kerana diri kita sendiri. Kita yang kurang kesedaran, kurang ilmu dan kurang perikemanusiaan. Tak patut kita salahkan satu pihak saja yang bertanggungjawab ke atas masalah tersebut.

Contohnya, lelaki bersalah dalam kes jenayah jadi semua lelaki jahat, pasti setiap lelaki akan lakukan jenayah. Habis pukul rata semua lelaki sama. Tapi bila ada lelaki yang bersuara menyalahkan cara wanita berpakaian menyebabkan lelaki ambil kesempatan, terus wanita sedunia bangkit nenafikan. Kedua-dua jantina tak boleh terima mereka disalahkan dalam sesuatu perkara, sedangkan salah itu adalah salah diri sendiri. Daripada saling tunduk jari, sebaiknya muhasabah salah sendiri dan buat perubahan.

Tahniah kepada penulis sebab berjaya buat emosi saya naik turun macam roller coaster. Ada banyak part saya macam

"why why why"
"apa benda ni"
"serius lah!"

Plot twist menjadi dan tak disangka. Emosi betul saya, hampir nak menangis bila sampai di pengakhiran cerita. Watak-watak seolah hidup. Saya rasa seperti berada di tempat Elina, seorang gadis yang mencari kebenaran disebalik kematian orang-orang yang dia sayang. Saya tak suka akan perpisahan. Jadi setiap kali ada babak perpisahan disebabkan kematian contohnya, mulalah emosi tak tentu hala.

Banyak lagi isu yang boleh diketengahkan dari novel ini. Bacalah, serius tak akan menyesal! Kalian yang minat filem The Hunger Games, lagilah wajib baca. Novel ini macam The Hunger Games versi islamik hehe.

Dengan ini, Cik Husna Rosli sudah termasuk antara penulis kegemaran saya. Tak sabar nak baca penulisan yang akan datang. Terima kasih! :)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 8, 2019
Memang ohsemlah.. Buku Fixi pertama yang Sha betul-betul suka dan cadangkan untuk dibaca.. Untuk Pembaca matang sebab buku ini ada sedikit keganasan.. Jadi kurnag sesuai untuk bacaan budak-budak.. Yang lain memang tip toplah.. Bahasa, jalan cerita, watak dan plot dalam ini memang terbaik.. Tahniah buat penulis..
Profile Image for Hanis.
62 reviews
May 2, 2019
Psikik – sejujurnya, ini merupakan buku Fixi pertama saya. Saya tidak pernah membeli dan membaca buku Fixi selama ini, mungkin kerana saya tidak begitu berminat terhadap genre yang diutamakan sebelum ini.

Namun, saya rasa, buku ini telah mengubah persepsi saya.

Psikik merupakan sebuah novel yang membawa pembaca ke alam feminis, di mana golongan lelaki yang dianggap sering mengambil kesempatan ke atas golongan wanita, dikawal di bawah pemerintahan yang tegas. Silakan baca sinopsis untuk penjelasan yang lebih lanjut, ya. Saya akan mulakan review saya dan membahagikannya kepada beberapa bahagian.

Pertama sekali, plot cerita. Tidak dinafikan, saya begitu kagum dengan plot cerita ini. Sesuai dengan remaja seperti saya, untuk membuka mata dan minda agar lebih memberi tumpuan kepada keadaan sekeliling dan apa yang berlaku di dunia kita pada hari ini. Dengan elemen-elemen yang unik, membuatkan plot ceritanya hamper menggambarkan atau memberi gambaran dunia The Hunger Games kepada para pembaca. (jika ada yang belum baca siri The Hunger Games, sila berbuat demikian!) Plotnya cukup dengan pelbagai aspek yang jitu dalam menjadikan sesebuah novel itu sempurna – ada plot twist, ada persahabatan, ada romance sikit, dan sebagainya. Lengkap, dan bersih. Plotnya juga tidak melampaui batas, sehingga tidak menjadikan cerita ini dragging. Plotnya penuh drama, penuh misteri. Saya, sememangnya, sukakan plot novel ini! Well done, Kak Husna!

Keduanya, watak-watak novel ini. Setiap watak dalam novel ini mempunyai perwatakan dan personaliti yang berbeza, dan mereka menggambarkan watak-watak yang menarik dengan gaya dan cara mereka yang tersendiri. Sememangnya, ada peningkatan bagi setiap character growth, terutamanya watak utama novel ini sendiri. Tidak ada yang boleh terus dikatakan baik, dan tidak ada yang boleh terus dikatakan jahat. Personaliti watak-watak dirangka dengan kemas.

Ketiga, gaya penulisan novel. Sememangnya, gaya penulisan novel ini bersih dan teratur. Gaya bahasanya begitu kemas! Saya mungkin tidak boleh berkata lebih, namun saya sendiri suka dengan gaya penulisan Kak Husna, mungkin kerana saya sendiri tidak dapat menulis seperti beliau, haha! Walaubagaimanapun, saya hanya perlu memberi sedikit teguran terhadap penggunaan bahasa Inggeris. Mungkin ada tersilap grammar yang dapat dikesan. Namun demikian, ianya tidak memberi impak yang besar. Konklusinya, gaya penulisan novel ini memuaskan, dan agak santai.

Sekian sahaja review saya untuk novel ini. Syabas kepada Kak Husna atas kelahiran hasil penulisannya yang pertama. Teruskan menulis!

Rating saya ialah 5 bintang. Silakan baca!
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
September 12, 2020
Sejujurnya, first time aku beli buku Fixi.. jadi kat sini tolong sesiapa suggest kan buku Fixi kat sini yang best eh lepas ni untuk dibeli ^_^
Macam biasa, aku tak rajin nak uodate kat goodreads sebab biasanya aku update kat IG sahaja...tapi tetiba mood rajin datang..
[Sekian bebelan aku, masuk review yang sebenar]
.
Psikik ni plot twistnya memang best.. aku minat sangat-sangat.. cerita pasal pemimpin perempuan (Presiden Karina) yang menguasai tempat tu.. aku pun macam bila perempuan ni jadi pemimpin, dia wujudkan satu sistem di mana lelaki baru lahir tanpa mengenali ibu bapa mereka akan terus dihantar ke Institut Latihan Lelaki untuk dilantik menjadi pendamping.. yang lemah atau cuba lari keluar akan dibunuh.. kedengaran kejam, bukan? Elina pula main character ni dia pilih Syafiq jadi pendampingnya..
.
Aku sangat² suka buku ni sebab tiada ayat-ayat kesat.. kira bersih bagi aku.. aku pernah baca buku Fixi juga sebelum ni pinjam kawan, tapi bahasa dia memang tak boleh bawa bincang dah..
.
Sepanjang cerita ni buat aku terfikir, macam dunia akhir zaman pun ada bila perempuan dilantik jadi pemimpin..dan paling penting, ending dia unexpected bagi aku.. serius, luruh air mata aku..aku terduduk kat tepi dekat setengah jam nak terima ending tu😭🤧 tapi aku bersyukur lah kan sebab pengakhiran mereka semua hidup tenang kembali..para lelaki dapat bersama ibu bapa mereka..sendu baca..
Aku tak pasti aku boleh ulang semula ke tak, sebab best tapi kena sediakan emosi lah..
Displaying 1 - 30 of 70 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.