[BOOK 128]
Kirimkan Rindu by Hani Fazuha.
.
Okay, disebabkan sekarang ni aku masih dalam fasa terkejut dan cuak menggelabah semua lah, so, mood nak baca novel tu memang dah tenggelam terus la sebenarnya. So, aku sengaja pilih novel HF ni sebabnya aku yakin, aku mampu habiskan in one sitting je.
.
Dan jujurnya, aku rasa dalam banyak-banyak novel HF, ni antara yang paling best kot. Lagipun, rating kat Goodreads pun agak tinggi untuk novel ni jika dibandingkan dengan her previous books.
.
Kan dalam Jangan Simpan Semuanya, Khayra dipaksa kahwin dengan Tuan Assad lepas Khayra dirompak di Jakarta. Kiranya pertunangan Khayra dan Hadi ni dah putus la walaupun Hadi masih gila talak gitu.
.
So, dalam KR ni, kisah sambungan kemanisan hubungan Assad (TA) dan Khayra (K). Dan perkahwinan mereka perlu dirahsiakan, bak kat TA. So, K ni mudahlah berprasangka bila ada desas desus bahawa TA ada isteri dan anak di Sabah. Dahlah TA ni mulut macam simpan emas. Orang tanya berpuluh patah, sepatah pun dia susah nak jawab. Tapi dia ada aura yang buatkan ku rasa ususku bergetar gitu. Hahaha
.
Pada masa yang sama, Hadi tak habis-habis duk mengacau K ni. Padahal dulu dia dan maknya menghina kerja K. Dan Hadi ni yang mula minta putus. Tapi dalam hal ni, ada la sikit rasa geram dengan mak K. Kenapalah dia lebih pentingkan keluarga Hadi berbanding anaknya sendiri?
.
Dan Zaem pun masih tak jemu memikat K. Pada masa yang sama, dia sampaikan rahsia tentang TA. Apakah motif sebenar TA paksa K kahwin dengannya? Dan kenapa perkahwinan mereka perlu dirahsiakan?
.
Ya. Macam biasa. Kalau sukakan cerita manis dan memang peminat setia HF, memang wajib baca la cerita ni. (Tapi, adik-adik bawah umur, tak perlu baca yer. Hehe..sebab manis sangat)
.
Oh ya, buku ni ada sambungannya. Zine Kirimkan Rindu 2. Versi POV TA.