Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sumpahan Legenda

Rate this book
Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan berzaman-zaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah sseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda.

Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut dengan rasmi selepas itu.

Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaanya tamat, dengan satu misi - menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar sebuah sekolah persilatan.

Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya unutk melunaskan dendam mebara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!

Paperback

First published January 1, 2019

7 people are currently reading
95 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books858 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (47%)
4 stars
61 (40%)
3 stars
15 (10%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
September 14, 2020
Sebuah novel bergenre fantasi karya Hilal Asyraf yg best. Novel kali ini adalah novel solo dan tak ada kaitan dengan novel-novelnya sebelum ini. Seperti karya-karyanya yg lain, novel ini turut diselit dengan elemen-elemen dakwah yg sampai ke hati. Penceritaan yg santai dan scene2 pertarungan yg detail membuatkan pembacaan lancar dan tak bosan, sehari jer dah habis baca.

Latar tempat yg digunakan adalah dunia post apocalypse di mana tamadun manusia kembali ke zaman medieval yg dikuasai oleh pendekar-pendekar handalan. pendekar-pendekar tersebut saling bertarung sesama mereka semata-mata untuk merebut gelaran 'Legenda', iaitu gelaran untuk pendekar terhebat yg dijanjikan dengan kuasa dan harta.

Plot utama novel ni mengisahkan tentang Rusyd, seorang anak yatim piatu yg kematian ibu-bapanya akibat dibunuh oleh pendekar dari sebuah sekolah persilatan yg terkenal. Dia akhirnya diselamatkan dan menjadi anak murid kepada Aslim (juga digelar Penjejak Langit), seorang pendekar handalan yg menyepikan diri dari dunia persilatan. Selepas hampir 1 dekat berlatih, Rusyd akhirnya memunculkan diri di dunia persilatan untuk membalas dendam. Demi dendam yg membara di hatinya, dia sanggup membunuh musuh-musuhnya tanpa belas kasihan. Dia juga yakin, dengan kuasa, dia akan memperoleh segala-galanya sekaligus membuatkan dia teringin untuk merebut gelaran 'Legenda'. Tapi betulkah dendam dan kuasa itu penyelesaian untuk segala-galanya? Sedangkan gurunya selalu berpesan, "Dendam itu merosakkan".
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
November 23, 2019
Permulaannya agak perlahan, tengah2nya agak menarik. Terfikir nak bagi 4 bintang. Tapi aku mula start bosan sebab aksi2nya digambarkan macam anime. Setiap kali buat serangan, dijeritkan nama serangan tu. Dan ada satu perkataan tu terlalu kerap kali digunakan, aku rasa "annoyed."
Namun, kucuba gagahi jua habiskan baca, tapi aku hanya mampu sampai bab 11. Sampai bab 12, aku rasa macam kenapa panjang sangat cerita ni? Bila nak habis? Jadi aku selak2 je tengok jalan cerita sampai la habis.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
March 7, 2023
Rusyd diselamatkan oleh Aslim daripada tawanan pedagang manusia. Dia kemudiannya menuntut ilmu dari Aslim dan bertekad untuk membalas dendam atas kematian orang tuanya. Sehabis perguruannya, dia meneruskan hasrat untuk membalas dendam juga meragut tahta Lagenda yang menjadi rebutan para pendekar di dunia persilatan.

Sebuah naskah yang sangat menarik. Jalan cerita dan penulisannya membuatkan SH asyik membaca hingga lupa keadaan sekeliling.

Dendam itu merosakkan. Satu kata yang sering diungkapkan oleh pelbagai watak dalam naskah ini. Dan SH amat bersetuju dengan kata-kata ini. Dendam juga sebuah kitaran yang tiada henti. Bersambung dan terus bersambung andai diri sendiri tidak menoktahkannya.

Walaupun SH rasa geram dengan Rusyd yang sangat degil daripada menerima nasihat tapi itulah realiti seorang manusia. Kita sememangnya sukar untuk menerima teguran walaupun teguran itulah yang membawa kebaikan kepada kita. Tapi sering kali teguran orang lain dianggap remeh dan tak dihiraukan. Lebih-lebih lagi kalau orang itu menganggap dirinya benar.
Profile Image for Nurin Insyirah.
33 reviews
December 25, 2020
(PART ONE)
Sumpahan Legenda • Hilal Asyraf @hilalasyraf
.
Berdasarkan cover dan sinopsis di belakang, Nurin tak sangka buku ini akan berjaya menambat hati Nurin since selama ni Nurin tak berminat sangat baca novel yang mempunyai elemen pertarungan, berlawan-lawan sampai putus kepala😶 Tapi betullah pepatah yang mengatakan 'tak kenal maka tak cinta'.
.
Bagi Nurin, prolog buku ni sangat mendebarkan dan mencemaskan sebab tiba² dah muncul babak Rusyd yang sedang ditawan beramai-ramai. Sebenarnya, Rusyd yang berumur sekitar 10 tahun ini baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa nya. Dia melarikan diri untuk meminta pertolongan tetapi tiba-tiba dia telah diculik atau ditawan oleh sekumpulan pedagang manusia. Tapi jangan risau, Rusyd ni bernasib baik kerana muncul pula seorang pendekar yang telah menyelamatkan semua tawanan. Fuh, time baca babak pendekar ni berlawan dengan semua pedagang manusia dekat situ, Nurin serious tergamam sebab babak tu nampak real and detail sangat. Berbalik kepada cerita tadi, Rusyd merayu untuk menjadi anak murid kepada pendekar tersebut kerana dia mahu membalas dendam terhadap pembunuh ibu bapa nya. Dan bermula dari situ, Rusyd akhirnya membesar menjadi seorang pendekar yang handal hasil didikan gurunya yang bernama Aslim.
.
Dari awal cerita, Nurin dah dapat teka ada satu perkaitan antara Rusyd dan gurunya, Aslim. Nurin memang sangat yakin yang Aslim ada sejarah silam yang akan membuatkan Rusyd mengamuk. At first, Nurin ingatkan yang maybe Rusyd ni akan berlembut hati bila dah dapat tahu tentang sejarah silam Aslim sebab yalah, kalau bukan sebab Aslim yang selamatkan dia dari tawanan maybe dia takkan dapat hidup dan jadi pendekar terhandal sampai hari ini. Tapi jangkaan Nurin meleset, penulis memang sengaja menggarapkan watak Rusyd sebagai anak muda yang pendendam dan sangat keras kepala sebagai pengajaran kepada pembaca. But at the same time, Nurin sangat geram, bengang dan marah bila Rusyd dah tak dapat kawal diri dia daripada perasaan dendam. Hmm, time awal² baca buku ni memang serious Nurin rasa simpati dekat si Rusyd ni sebab dia dah jadi anak yatim piatu pada usia yang sangat muda.
.
(PART TWO)
.
Sambungan review buku 'Sumpahan Legenda' oleh @hilalasyraf
.
Nurin sangat suka idea penulis mewujudkan universe yang agak unik dalam buku ini. Ada empat kerajaan dalam buku ini iaitu Inlectus di Timur, Sanctus di Barat Daya, Imperium di Barat Laut, dan Magnum di bahagian Tenggara.
.
Okay, sekarang ni, apa kaitan tajuk 'Sumpahan Legenda' dengan kisah perjalanan Rusyd untuk melunaskan dendamnya? Sebenarnya, sudah lama wujud satu gelaran iaitu 'Legenda' yang diberikan kepada pendekar yang paling terhandal di dunia ini. Macam mana nak tahu siapa pendekar yang terhandal? Untuk merebut gelaran 'Legenda' ini, seseorang pendekar itu perlulah menumpaskan dengan membunuh penyandang sebelum itu. Fuh, dahsyat betul gelaran ni. Bagi Nurin, walaupun gelaran 'Legenda' ini satu gelaran yang membanggakan, tapi apa gunanya jika penyandang gelaran tersebut akan hidup dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram kerana sentiasa menjadi sasaran pendekar yang lain? Haih.
.
Berbalik kepada kisah Rusyd, bila dia dapat tahu je pasal gelaran ni, dia terus jadi eager nak dapatkan gelaran ni sebab dia rasa ayahanda dan bonda nya (yang telah meninggal dunia) akan jadi bangga dengan Rusyd ni. Lalu, bermulalah perjalanan Rusyd untuk melunaskan dendamnya kepada pembunuh ibu bapa nya dan dalam pada masa yang sama, mendapatkan gelaran 'Legenda' itu. Tapi masalahnya, penyandang gelaran 'Legenda' yang terkini telah menghilangkan diri sejak tiga dekad yang lalu dan secara automatik, masih tiada sesiapa yang dapat merebut gelaran 'Legenda' itu sehingga kini.
.
Bagi Nurin, plot buku ni jadi lebih mendebarkan bila kebenaran sudah terbongkar di hadapan mata Rusyd. Nurin jadi sangat kecewa dengan tindakan Rusyd bila dia dah dapat tahu tentang sejarah silam gurunya iaitu Aslim. Sememangnya perasaan dendam betul-betul menguasai diri Rusyd sampai dia dah tak dapat bezakan baik dan buruk.
.
Nurin tak nak spoil but just nak remind yang dalam buku ni, akan berlaku banyak kematian yang bakal mengharukan hati pembaca. Tak terkecuali diri Nurin sendiri. Nurin sampai menangis teresak-esak bila baca babak watak kegemaran Nurin mati dibunuh oleh watak utama😭😭😭

(PART THREE)
.
"Dendam itu merosakkan."
Ayat yang sering dituturkan oleh Aslim kepada Rusyd. Tapi malangnya, hati Rusyd terlalu keras untuk mendengar dan menghadam nasihat oleh gurunya itu.
.
Dalam buku ini, watak utamanya tidak mempunyai agama. Tetapi, penulis memasukkan watak sampingan lain beragama Islam yang dapat membimbing Rusyd untuk mengenal Tuhan. Pada latar masa dalam buku ini, digambarkan bahawa hanya satu kerajaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi iaitu kerajaan Sanctus di bahagian Barat Daya. Nurin suka dengan personaliti watak Arsalan, yang mempunyai sekolah persilatannya sendiri. Tidak lupa juga dengan watak Lucerna, seorang nenek tua yang telah kehilangan anak kesayangannya tapi tidak membiarkan perasaan dendam menguasai dirinya.😇
.
Pengakhiran buku ini sangat memuaskan hati Nurin walaupun agak tragik dan sadis. Tapi seperti yang pernah dikatakan oleh Aslim "kita perlu menanggung kesan dan akibatnya". Jadi, sememangnya Rusyd layak mendapat balasan yang setimpal asalkan dia sudah menerima hidayah dan bertaubat daripada perbuataannya selama ini.
.
Kesimpulannya, sebuah buku yang sangat terbaik bagi Nurin dan buku ni dah masuk dalam list 'my top fav books of all time'😆😆✨. Buku yang sarat dengan pelbagai emosi, pengajaran, nilai dan moral. I JUST LOVE LOVE LOVE THIS BOOK!😍😍✨ Syabas Tuan Hilal😇
.
9/10 STARS!⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
(how to know that I really love that book: when Nurin sanggup tulis book review sampai tiga part and bagi rating 10/10)
p/s: this is the last part untuk review buku 'Sumpahan Legenda'😆✨
1 review23 followers
July 11, 2019

Sepanjang saya mengembara bersama pendekar muda ini, ada beberapa perkara yang menjentik hati dan akal saya untuk menyelami dengan lebih dalam kisah ini.

1. Pertemuan pertama Rusyd adalah dengan gurunya. Kita hari ini, terus terusan berkejar menuju hasrat hati yang barangkali ianya sebuah impian atau sebuah dendam. Sehinggakan kadangkala kita terlupa untuk mengingati hari-hari terakhir kita sebagai seorang hamba.

Guru Rusyd, Aslim, pada setiap kali kerehatannya, bukanlah di perbaringan yang selesa, tetapi di satu lubang di luar kediamannya, yang digalinya sendiri, berbumbungkan langit. Apabila ditanyakan Rusyd akan hal tersebut, jawabnya, kerana setiap dari kita akan mati.

Seorang Lagenda yang hebat, masih saja hari harinya tidak lupa dari sebuah kematian. Kerana itu, dia mengajarkan kepada kita, untuk kuat percaya, dengan mengingati kematian, setiap langkahan yang dibuka, pasti akan lebih berhati-hati dan selepas fikir yang panjang. Bukan semberono mengikut hendak hati yang tidak ketahuan kesuciannya.

2. Pada saat Rusyd memilih untuk melunaskan hutang darah oleh pembunuh kedua orang tuanya, hari harinya dipenuhi dengan latihan dan pelawanan bersama gurunya, Aslim tanpa mengira lelah. Dalam kala tak sedar, jurus atau gerak silat yang diajarkannya, mengajarkan kepada pembaca, bahawa kita bertanggungjawab atas setiap jalan yang kita pilih.

Lalu mungkin kita akan persoalkan, di mana campur tangan Tuhan dalam urusan kita? Kita perlu sedar yang Tuhan beri kita kuasa untuk putuskan tindakan yang kita lakukan, sementara Tuhan berikan kita petunjuk.

Sama ada baik atau buruk pilihan kita, Tuhan sudah dahulu beri petunjuk, tinggal kita untuk buka mata, pandang dan nilai sekeliling, termasuk yang dalam diri kita bagi membuahkan keputusan yang terbaik.

Profile Image for Najihah Yusoff.
19 reviews1 follower
June 12, 2024
Untuk pertama kalinya aku try baca buku-buku tulisan Hilal Asyraf pula. Hilal Asyraf ni pun salah seorang penulis di Malaysia yang namanya tidak asing lagi di kalangan pembaca di Malaysia ni.

Sumpahan Legenda ni novel aksi. Kalau dalam bahasa aku selalu guna dengan mak, cerita lawan-lawan hahaha. Mak tak gemar tapi saya enjoy ja. Haha. Based on apa yang diberitahu penulis, buku ni inspired by Kung Fu. Gitu uols.

In my humble opinion, Sumpahan Legenda ni buku yang menarik. Aku tak selalu baca novel. So, aku amazed betul dengan penulis novel yang boleh berimaginasi sesuatu yang tak ada depan mata. Haha.

Secara ringkasnya, harap tak bagi spoiler banyak haha, cerita ni tentang Rusyd yang membesar nak balas dendam terhadap kematian mak ayah dia. Dia menuntut ilmu persilatan dengan Aslim. Bila dia dah hebat, dia pun meneruskan misi dia tu walaupun Aslim, tok guru dia dah pesan yang “dendam itu merosakkan.” Tetap juga degil. Rusyd berjaya sandang gelaran Legenda yang hanya layak untuk pendekar paling hebat. Kiranya Rusyd ni sekarang undefeated lah. Nak kekalkan gelaran tu, dia kena menang semua perlawanan. Lawan dia pula kena mati. So, Rusyd ni dah bunuh ramai oranglah.

Rusyd ni punya degil tu sampai ke beranak pinak pun dia tetap rasa apa dia buat tu betul. Yelah member dah jadi Legenda kan. Sampailah dia hilang benda yang dia sayang. Masa ni baru dia nak bertaubat guys. Geram ja aku dengan Rusyd ni ha.

Dalam cerita ni, ada satu tempat yang namanya Sanctus Civitate dan katanya penduduk di sini mengamalkan satu agama yang sudah hampir pupus. Hanya penduduk di sini sahaja yang masih mengamalkannya. Agama tersebut adalah agama Islam.

Aku tahu buku ni hanya fiksyen dan ia cerita semata-mata tapi bila buku ni mention yang hanya orang di Sanctus sahaja yang menganut agama ni dan agama ni hampir pupus, aku cam aih ghisauu. Walaupun hakikatnya agama Islam yang sebenar dalam dunia nyata kita ni takkan pernah menjadi lapuk, malah penganutnya semakin bertambah.

Semoga orang-orang Islam di Sanctus keluar berdakwah dan menanam kefahaman Islam kepada seluruh dunia para pendekar supaya mereka berhenti menggadaikan nyawa untuk perkara yang sia-sia hahaha. Tak seriously, kita yang Islam ni kalau tak faham tujuan hidup sebagai seorang Muslim, memang kita akan habiskan hidup kita buat benda yang sia-sia ja guys. So, find your purpose kayy.

Overall, aku suka. 4/5 haha. Jalan cerita yang ringkas, mudah difahami. Plot yang kemas dan mudah diikuti. Bacaan santai, tak terlalu berat. Mesej yang berguna untuk semua.

Pengajaran yang aku dapat,
1.Jangan sia-siakan hidup dengan benda yang tak berguna.

Pendekar dalam cerita ni sibuk menambah kekuatan fizikal demi nak menyandang gelaran Legenda. Sanggup merisikokan nyawa. Pengakhirannya, gelaran yang disandang hanya sementara.

2.Jangan berdendam guys.

Dendam boleh makan diri. Dendam Rusyd pun memakan diri dia sendiri. Cycle dendam tu berulang kat orang lain. Dia nak bunuh pembunuh parents dia, pastu dia berjaya. Okay fine. Pastu dia bunuh ramai orang, anak-anak mereka pula datang nak balas dendam kat dia. Ha kan terpaksa bunuh ramai orang lagi.

3.Umat Islam hari ni yang faham tuntutan dakwah Islam, keluarlah berdakwah. Haha.

Dunia amat memerlukanmu dai’. Masih ramai manusia di luar sana hidup mensia-siakan baki-baki waktu mereka di dunia dengan melakukan perkara-perkara yang tak menguntungkan akhirat. Mengejar gelaran macam Rusyd ni dan mengejar kekayaan dunia macam Rusyd ni juga.

Akhirnya semua tu Allah boleh tarik balik dalam sekelip mata ja guys. Ramai lagi manusia di luar sana yang perlu sedar akan hakikat ini huhu.

Itu ja ulasanku. Seringkas yang boleh.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
November 2, 2025
Sudah lama tak baca buku-buku tulisan Hilal Asyraf. Yang ini, lain dari cerita-cerita bersiri sebelumnya ya. Watak utama dalam cerita Sumpahan Legenda ini iaitu Rusyd, tak dapat saya nak sokong dari awal lagi semenjak beliau ikut Aslim. Ada sambungan ke?
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
November 5, 2025
dah expected bila Rusyd jadi famous
semua akan cari dia .. nak jadi terhebat
nak jadi hebat takkan jadi aman damai

bak kata Aslim .. dendam itu merosakkan

tapi serius ah kejam ye
pertarungan Rusyd dengan orang yang mencabar dia ...
takde selindung .. memang habis
mati katak gitu ...
9 reviews
December 20, 2021
Perjalanan cerita yang menarik.

Bila baca pertarungan menentang mahaguru di pertengahan buku jadi confuse eh ni bukan ending ke sbb mahaguru tu mcm dah kuat dah ? Ini menambah rasa curiga saya untuk terus membaca 👍🏻

Sambungan plot yang baik sehingga ke penghujung dan tak expect untuk ahli keluarganya juga pergi :’))))))

Bagi saya kalau kekurangan tu mungkin nama nama serangan yang entahla saya baca mcm cringe sikit 😂

Lagi satu lowkey mengharapkan scene latihan bersama Aslim dan bapa Hana dapat diceritakan dengan lbih mendalam sikit lagi ✊🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
September 23, 2021
The starting was a little bit slow but it's get interesting after that. Included a lot of life lessons and a great story. Might be a little irritating at the middle of the book but the ending literally indeed the best
Profile Image for Usaid Asmadi.
27 reviews10 followers
July 10, 2019
Plot twist dia penting. Haha. Tahniah Hilal. Sikit lagi nak nangis. Rasa sebak sikit. Hahaha.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
July 25, 2025
Ini kali pertama saya baca novel standalone Hilal Asyraf.Saya sudah baca Nirnama, Saga Hero dan Hikayat Satria-Satria Sejati, ketiga-tiga siri ini meskipun berbeza latar tempatnya namun template cerita memang seakan sama. Tapi, bagi saya Sumpahan Legenda ni lain sikit. Lain banyak sebenarnya, haha.

Apa yang lain tu? Pertama, kalau diperhatikan watak Rusyd ini sering dipacu oleh emosinya sendiri. Berbeza dengan watak-watak protagonis dari siri yang telah saya sebutkan tadi. Rusyd ini tak mampu mematikan dendam yang telah lama dia simpan — ingin menuntut bela atas kematian kedua orang tuanya.

Adakah Rusyd ni lemah? Kalau daripada fizikal, tentulah dia kuat dan hebat. Tapi, dari segi pengurusan emosi dan rohani, ya dia lemah. Tetapi, adakah watak dia ini tak relevan? Sebenarnya, Rusyd ini mewakili setiap orang daripada kita yang mungkin masih menyimpan kesumat atas tragedi masa lampau.

Keduanya, selalunya kisah Hilal Asyraf akan berakhir dengan bahagia, tetapi dalam Sumpahan Legenda ini saya kira ia merupakan gabungan pengakhiran sedih dan gembira. Sedih — hanya selepas kematian Hana dan Rusydan mampu menyedarkan Rusyd yang dendam itu membelit dirinya semula. Gembira— walaupun dia sudah tak ada apa lagi sekurangnya dia menemui jalan pulang.

Sumpahan Legenda ini sebenarnya mengajak para pembaca untuk refleksi diri akan dosa lampau dan dendam yang mungkin masih membara dalam kehidupan lampau. Dendam itu mungkin menyebabkan kamu dapat mencapai apa yang kamu sudah damba selama ini tetapi api tetaplah api — apabila tiba masanya dia akan membakar mu.

Oh, saya ada baca satu ulasan di bawah. Ada yang mengatakan Hilal Asyraf mengambil inspirasi daripada anime/manga sewaktu pembikinan naskhah ini.Menarik menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
October 12, 2023
Kisah seorang budak lelaki yang penuh dendam didalam hatinya dek kerana sesuatu telah menimpa keluarganya. Ketika dia berlari ingin meminta pertolongan, nasib tidak baik dia telah diculik untuk dijadikan hamba abdi tetapi nasibnya berubah apabila ada seorang pendekar datang menyelematkan dia dan membawanya ke sebuah gunung. Dari situlah bermulanya perjalanan hidup yang baru bagi Rusyd.

"Dendam Itu Merosakkan"

Banyak kali kalimat ini diulang didalam novel ini, ia akan mengingatkan kepada pembaca bahawa sekiranya seseorang mempunyai dendam tiada kebaikan yang dapat bagi seseorang malah kerugian dan akibat dari dendam tersebut. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ini dan sedikit sebanyak akan merubah presepsi seseorang itu tentang kesannya dendam ini.

Watak Rusyd yang terlalu berdendam akhirnya dendam itu memakan diri, permulaan saya menyangka Rusyd ini akan terus menjadi sombong sehingga akhir novel ini tetapi saya salah sangka dimana nasihat daripada Aslim itu telahpun terjadi pada dirinya. Saya agak terkejut malah terkedu apabila membaca dibahagian anak dan isterinya. Terkedu itu membuatkan saya menangis kerana kesombongan Rusyd menyebabkan perkara tersebut berlaku. Andai Rusyd mendengar nasihat isterinya Hana, maka perkara ini tidak berlaku.

Yang terakhir adalah, aksi-aksi yang telah dihuraikan didalam novel ini sangatlah detail sehingga saya tidak mampu imaginasi, saya kena baca 2 kali untuk membayangkan. Saya sangat kagum dengan perkara begitu. Perlawanan demi perlawanan seperti yang dilihat dikaca telivison. Sangat terbaik. Akhir kata, novel ini akan membuat saya membeli nirnama dan buku-buku lain.
Profile Image for Hidayat 08.
14 reviews
May 14, 2024
Sumpahan Legenda, tak seperti novel Nirnama yg saya baca before... Rusyd dlm novel berbeza dgn nirnama walaupun latar belakang mereka sama, anak yatim piatu dan diambil menjadi murid oleh pahlawan teragung pada zaman itu. jika nirnama mampu menghapus kesumat semasa latihan, rusyd masih menyimpan dendam sehingga tamat perguruan dengan Aslim. Jadi bagi saya, kedua-dua novel ini memaparkan perbezaan dan perbandingan yang menarik, dan menyedarkan kita bahawa tak semua watak dan karakter manusia itu baik, mulia semata-mata, tetapi masih ada nistanya.

Ya, apabila sy tahu rusyd tidak berubah fikiran tentang membalas dendam,mungkin masa dia tahu aslim merupakan penjejak langit, sy sudah mampu menjangka, bakal hadir detik penyesalan yang teramat di penghujung cerita.

Namun nasi sudah menjadi bubur, sy nantikan detik penyesalan itu, dan akhirnya tiba jua saat betul2 penghujung.

Cerita ni mungkin x bnyk perihal agama, tapi menunjukkan realiti kepada pembaca, kadang2 kita lupa yang manusia ada lumrahnya, tidak semua baik, tidak semua mampu bertahan menempuh ujian, dan akhirnya tersesat, terpesong jauh drpd landasan kemanusiaan.

Namun betapa besarnya nilai agama yang tuan hilal selitkan dalam cerita ni, ada yang tidak berkesempatan mempelajari, dan ada yang diberi peluang tetapi disia-siakan.. Bagi saya itu salah satu pengajaran yang terbesar.

Semestinya, kalau kita tgk ketebalan buku pun, saya menjangkakan novel ni tidak akan sebesar nirnama dari segi penceritaan dan semestanya, tetapi masih berjaya menyampaikan mesej yang mantap dan alur cerita yang baik.

5/5 ⭐

"Tidak semua warkah berakhir bahagia"-pembaca
Profile Image for XRXNX.
149 reviews11 followers
March 18, 2020
"Manusia bebas memilih, tetapi setiap pilihan punya akibat, ramai inginkan kebebasan memilih, tetapi lupa bertanggungjawab menanggung akibat."

Sumpahan Legenda menceritakan tentang pemuda berusia 20-an, Rusyd yang berazam untuk menuntut bela kematian ibu bapanya angkara pendekar dari sebuah sekolah persilatan. Rusyd menerima latihan silat daripada seorang pendekar dan bertapa di sebuah gunung selama 10 tahun bagi mencapai matlamatnya itu. Dalam pengembaraannya, dia mendapati kematian ibu bapanya berkait dengan misteri gelaran Legenda, yang menjadi rebutan para pendekar.

Sumpahan Legenda merupakan novel Encik Hilal Asyraf pertama yang saya baca, dan ia merupakan kisah yang 'simple' tapi sarat dengan pengajaran tentang dendam, pilihan hidup dan tanggungjawab. Ada sesetengah 'misteri' yang telah saya dapat tangkap dari awal cerita lagi, ada juga 'plot twist' yang tidak dapat saya jangka.

Novel ini juga agak sarat dengan babak aksi ala 'anime', yang bagi saya bosan😅 tetapi tidaklah menjejaskan pembacaan saya😊. Sumpahan Legenda juga mempunyai pengakhiran yang amat tragis buat watak utama yang pada pandangan saya agak 'necessary' untuk impak penceritaan. Peleraiannya pula memberi harapan buat watak utama yang telah melalui macam-macam perkara.

Novel yang santai, dengan pengajaran yang bermakna 👍👍
Profile Image for Iqmal Izzat.
4 reviews
December 24, 2022
SUMPAHAN LEGENDA. Ini merupakan karya kedua daripada Hilal Asyraf yang saya telusuri selepas Tetamu Tuhan 50 Hari.

Dalam karya ini, legenda merupakan gelaran agung dalam dunia pertarungan. Pada pendekar dan pahlawan berzaman-zaman merebutinya. Disebabkan itu, sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya.

Tetapi, pada tiga dekad yang lepas penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri.

Rusyd, seorang pemuda berusia 20-an mulai mengembara setelah habis pertapaannya dengan satu misi untuk menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar sebuah sekolah persilatan.

Cara penceritaan dalam karya ini benar-benar menarik terutama dalam babak pertarungan yang menjadi tunjang utama dalam karya ini. Satu per satu musuh ditumpaskan oleh Rusyd, cumanya niat yang tersemat dalam dirinya sahaja yang tidak betul menjadikan mesej utama yang cuba disampaikan dalam karya ini adalah ‘Dendam itu merosakkan’.
Profile Image for Aira Zira.
95 reviews2 followers
October 8, 2025
Rate : 3.8⭐️

Dendam membawa kerosakkan.
Itulah peringatan yg diabaikan. Hanya dendam kesumat tertanam rapi. Demi menuntut bela nasib si ibu dan ayah.

Kisah kali ini sarat dgn aksi dan mengangkat ilmu persilatan. Bukan silat biasa2 namun bermacam jurus hebat disajikan. Macam tgk kartun anime. Rusyd merupakan anak pendekar yg dibunuh. Dia pula hampir menjadi mangsa perdagangan haram namun diselamatkan oleh seorang lelaki misteri, Aslim.

Selama sedekad dia tinggal dgn Aslim, dia banyak memperkukuhkan diri dgn ilmu silatnya. Kemudian berkelana untuk mencari keadilan. Dalam kelananya dia mengenali Arsalan dan kehidupan di Umbra yg sgt mengagungkan seni silat. Tapi, mereka lebih menggunakan kehebatan untuk mencabar kekuatan masing2. Begitulah juga yg Rusyd ingin lakukan.

Cerita ini tidak sama dgn cerita HA yg lain. Kerana watak Rusyd dijadikan sgt degil dan semangat tinggi. Penuh dendam dan berkobar-kobar untuk menjadi hebat. Ada pahlawan Legenda yg perlu ditewaskan dan mencari kebenaran. Saya perlu beri tabik pada penulis kerana mampu gambarkan setiap pergerakan dan aksi dgn sgt detail. Tak terbayang dek akal tapi saya layankan juga.

Namun pengajaran yg tersirat sgt besar maknanya untuk dihadam. Dendam sgt membinasakan. Jika tidak dihentikan, tiada kebaikan mendatang melainkan hanya keburukkan.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 13, 2021
Macam biasa, novel HA memang menyajikan tarbiah dan bermain dengan emosi. Pelik sikit, menangis bilamana Asyraf datang ingin membawanya berhijrah bukan pada waktu yang sepatutnya air mata patut keluar. Mungkin kerana dalam fikiranku, Rush telah membuat pilihannya sendiri maka dia terpaksa menerima akibat daripada pilihan tersebut. Ataupun kerana saya dapat menjangkakan apa yang akan berlaku? Jadi rasa sedih tu kurang sikit.

Suka susunan plot dia, berganti antara memori bersama tuan gurunya dengan peristiwa sekarang. Juga suka kisah yang menunjukkan Islam pada waktu ianya asing di tempat baru dan jauh dari Kota Sanctus. Tak sangka kota Sanctus rupanya.... hahahahah.

Akhir skali, tak rugi membacanya dan membelinya. Lebih2 lagi kalau kita dapat rasa apa yang penulis mahu sampaikan. Bukan sekadar dendam. Tapi lebih dari itu. Tentang agama kita sendiri.
Profile Image for Seraphina.
31 reviews
October 24, 2025
Buku ni Epic sangat, bermula dengan pengembaraan MC yng ingin menjadi legenda, dia diselamatkan oleh sosok yang tak kenal asal usulnya, duduk bersama lebih 10 tahun, belajar tempur bersama gurunya dan misinya cuma satu, ingin membalas dendam atas kematian ibu bapanya!

Baca la buku ni, memang worth it gila, paling sedih part nak dekat akhir, buku ni ada pengajaran juga. Masa aku baca buku ni, aku macam terimgat kisah pembunuh yang dah bunuh 99 orang tu, penulis memang selalu masukkan unsur Islamic dalam bukunya. Jadi kita baca tu tak kosong tau. Jalan penceritaan senang nak faham, setiap aksi ada gambar, lukisan pun macam biasa cantik (walaupun tak sebagus Nirnama). Buku ni 4.5 ⭐️
Profile Image for bunga.
26 reviews2 followers
May 6, 2020
Okay so far novel ni secara ringkasnya menceritakan tentang seorang pemuda yang berjuang untuk menuntut bela ke atas kematian kedua orang tuanya. Klise tapi as usual novel by Hilal Asyraf ada keistimewaannya yang tersendiri. Firstly, novel ini berdiri sendiri means dia tiada sambungan macam Saga Hero atau Hikayat Satria2 Sejati. Penyusunan cerita bagi aku perfect, kemas dan faham apa yang writer cuba nak sampaikan walaupun tema utama dia kita tahu Rusyd nak balas dendam atas kematian parents dia. Jujur aku cakap, aku tak tahu kenapa ada satu part ni aku emotional and nangis sendirian... I am so weak when read somethng about closed relationship that become not closed anymore. AND! Title cerita memula rasa macam biasa je tapi bila baca I know why the title is SUMPAHAN Lagenda. That SUMPAHAN tu berjaya disampaikan dengan baik sekali. 9/10
Profile Image for Casper Judati.
60 reviews2 followers
July 13, 2024
Ini buku pertama aku baca hasil tulisan dari Hilal Asyraf. Sedap juga bukunya. Gaya penulisan tak kaku dan lancar dibaca.

Jalan cerita berkisar dendam seorang anak untuk menuntut bela kematian ayah dan ibunya. Dari seorang yang tiada apa-apa ilmu, dia menjadi seorang yang handal berlawan. Macam mana dia jadi handal, kau orang kena baca.

Bagi aku jalan cerita dan tema buku ni ada sedikit macam anime + filem kungfu. Cumanya versi silat.

Apapun, aku suka buku ni dan mungkin aku akan cari lagi buku lain tulisan dari penulis Hilal Asyraf.
5 reviews1 follower
May 26, 2022
Memang sesuai untuk peminat komik Hong Kong seperti yang diperkatakan. Untuk jilid tunggal, jalan cerita sememangnya lebih ringkas berbanding novel berdiri yang lain tapi elemen aksi, drama & pengajaran tetap disampaikan dengan baik. Kita boleh agak pengakhiran watak utama namun bila sampai pada babak klimaks, tetap terkesan dengan "cara" pengajaran itu disampaikan menerusi pengalaman yang dilalui oleh watak utama.
6 reviews
August 3, 2023
Antara buku yg saya sangat puas dengan jalan cerita dia. Buku ni memang bagus. Ada banyak pengajaran. Cthnya, dendam itu merosakkan, apa yg kita pilih itulah yg kita dpt, kadang² Allah dah bagi hidayah tapi kita yg tak terima. Scene yg paling membuatkan saya terharu ialah dekat muka surat last² tu, yg Rusyd nak bertaubat tu
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
May 29, 2020
Pertama, novel ini tergantung. Tiada kesudahan.

Kedua, dendam itu merosakkan.

Ketiga, aksi yang ditulis memang menarik. Macam tengah tonton drama/movie/anime aksi.

Keempat, penulis pandai mengolahkan cerita sampai saya rasa geram dan marah dengan Rusyd.
Profile Image for أبو عريق.
30 reviews1 follower
March 7, 2022
Ini merupakan pembacaan pertama saya akan karya novel Hilal Ayhraf. Ini merupakan sebuah novel yang penuh dengan aksi rancak di pertengahan cerita manakala permulaan dan pengakhiran cerita yang agak perlahan. Kepada yang minat cerita naruto ke, dragon ball ke ok la kot. Terima kasih
Profile Image for Hanis Zulkefley.
19 reviews
November 19, 2023
Buku pertama Hilal Asyraf. Recommend by Hilal Asyraf sendiri untuk mengenali cara tulisan beliau. Buku yg best sngat2 bagi yg meminati dunia2 persilatan, Dunia berlawan macam dalam anime 🥰🥰 Dan jugak banyak pengajaran dapat dari buku ni
Profile Image for Edi Rozaidi.
123 reviews
January 28, 2024
Kisah yang agak laju. Sedap dibaca. Tentang membalas dendam, aksi lawan, dan plot twist. Bercampur baur perasaan.

Rusyd ingin membalas dendam atas kematian orang tuanya. Dia berguru dengan seorang pendekar selama 10 tahun.

Profile Image for Amirul Muiz.
1 review
May 23, 2021
Ending dia sedih gila 😭 awal2 rasa mcm slow. Tp bila start action tu dh best. Tp yg kureng sikit banyak nama2 kuasa yg di mention.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
June 23, 2021
Kedegilan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ya, dendam itu merosakkan. Merosakkan diri sendiri, merosakkan orang sekeliling dan merosakkan dunia..
Displaying 1 - 30 of 43 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.