Selama kau hidup, kau boleh tengok masa depan kau. Apa yang akan jadi kalau kau pilih A. apa akan jadi kalau kau pilih B. jadinya hidup kau akan sentiasa bergerak cantik aje. Tanpa risau.
Tapi apa perasaan kau bila satu hari kau berjumpa dengan seorang ni dan hidup kau berubah. Dalam anak matanya, kau tak Nampak masa depan kau. Perlahan-lahan ability kau hilang. Dan kau terpaksa untuk belajar untuk percaya, belajar apa itu qada dan qadar. Belajar untuk bersabar. Seakan bayi yang baru lahir, kau perlu belajar semua benda sekaligus.
Kekecewaan, kebahagiaan, semuanya kau sendiri perlu tentukan tanpa kebolehan kau. Apa yang kau akan buat? Terus baring dan memencil diri?
Menjadi paranoid? Atau terlebih berani? Salahkan siapa?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Cerita yang sangat menarik tentang seorang wanita yang mempunyai 'kuasa' untuk melihat nasib seseorang tapi 'kuasa' yang dimilikinya hilang selepas bertembung empat mata dengan seorang doktor yang bernama Luth.
Memiliki latar belakang Sains, it makes sense yang Luth tak percaya dengan kuasa yang dimiliki Mareeya. Tapi lamaran Mareeya diterima untuk membuktikan dirinya sudah move on dari Mardiah yang gila.
Awal permulaan ceritanya N macam tak berkenan sangat dengan watak Mareeya seolah-olah taksub dengan kuasanya sampai sanggup ajak Luth berkahwin semata-mata kerana percaya Luth boleh kembalikan kuasanya.
But as the story moves along, dan hubungan Luth dan Mareeya pun semakin rapat, baru lah N rasa cerita ni menarik dan laju sedikit N nak melayan.
Antara ramai-ramai watak villain novel yang N pernah baca, N rasa Mardiah ni among top 10 villain yang menyakitkan hati. Dah berapa kali kena reject pun, still tak sedar diri tahap meroyan sedangkan Luth tu dah jadik adik ipar sendiri pun.
Tpi yang buat N peliknya, dalam pada sakit hati tu, N rasa sebab Mardiah jugaklah yang buat cerita ni menarik sebab macam-macam Mardiah cuba buat untuk dapatkan Luth semalam tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Personally, N tetap rasa Split lebih menarik berbanding Deja Vu, mainly because with Split ada sedikit unsur lucu while Deja Vu is very dramatic dengan kisah silam dan family problems.
Actually ada je part aku kurang berkenan dalam novel ni, tapi disebabkan cerita dia membuatkan aku excited nak tahu apa yang jadi next next, so aku tetap nak bagi 5 star. Hehe. Bestttt!
Deja Vu bkn buku pertama yg saya baca yg berkonsepkan sedikit super natural. Cuma cerita ini jd lebih menarik kerana idea penulis tentang plot yg diutarakan dan juga cara olahan yg baik sehingga kita teruja utk menamatkan pembacaan. Lebih2 lagi ada rahsia yg bakal tersingkap kerana kebolehan luar biasa yg ada pada Mareeya.
Kerana pertemuan di antara Luth dan Mareeya, Mareeya hilang keistimewaan itu dan utk itu dia gigih utk mencari jawapan. Penyelesaiannya dia melamar Luth utk dijadikan suami. Namun perkahwinan mereka tidak mudah kerana sering diganggu oleh Mardiah yg merasakan Luth miliknya walaupun dr awal lg dia sendiri yg meninggalkan Luth. Lebih menambahkan lg masalah bila Mardhiah adalah kakak kandung Mareeya sendiri yg tanpa pengetahuannya sanggup mencari pelbagai cara utk merobohkan rumah tangga mereka.
Saya jatuh cinta dgn watak Luth yg sgt setia dan matang bila berdepan dgn masalah dan konflik. Walau berkahwin bkn atas rs cinta, tetapi Luth cuba utk menyanyangi dan melindungi Mareeya dr kesedihan dan trauma yg dihadapinya semenjak berumur 3 thn. Apa yg pasti insiden yg berlaku semasa Mareeya berumur 3 thn itulah yg menjadi titik tolak hubungannya dgn Luth pd masa kini.
Oh ya satu lg watak yg plg berkesan di hati adalah Kamal. Sgt terkesan apabila dia sanggup melepaskan Mardhiah utk kebahagiaannya dan sanggup mengambil berat dan bertanggungjawab di masa susah dan senang seorang Mardhiah. Aishh bodoh betul si Mardhiah ni. Dah ada lelaki yg setia, masih juga mahu mengejar yg bkn miliknya.
Secara keseluruhan, saya sgt mengemari cerita ini. Pelbagai perasaan yg ada bila kita membacanya. Graf pembacaan pon ada naik turun terutama dgn sikap Mardhiah yg bermuka2. Ohh sgt scary! Cuma saya rs ada beberapa nama dan watak yg tidak penting pon utk dimasukkan dlm cerita ini. Cthnya utk watak Suhaila isteri kepada Malek. Walau perangai dia tu annoying dan boleh buat org menyampah, tetapi saya rs dia x wujud pun x pa kerana jln cerita boleh berdiri dgn baik tanpa watak Suhaila sekalipun.
Tahniah penulis kerana berjaya membawa tema super natural bersama kisah cinta yg sgt sweet. Sweet itu x perlu disebut dlm perkataan. Cukup dr perlakuan shj boleh kita rasai keikhlasannya itu😍
Aku letak high expectations utk novel ni memandangkan karya penulis yg tajuk SPLIT sebelum ni sangat-sangat best.
Tp...
Apa yg aku dpt dr novel ni ialah rasa sakit hati yg tak terhingga.
Serius, permulaan cerita dah rasa annoyed dgn watak Mareeya dan Mardiyah.
Watak Mardiyah tu dr awal cerita sampai ke akhir cerita aku rasa mcm nk lempang-lempang sepak-sepak jer dia tu. Aih, panas hati betul aku setiap kali baca scene dia.
Mareeya tu, lepas dia kahwin dgn Luth baru aku boleh terima watak dia. Kalau sebelum kahwin tu, huh... Sama aje krg ajar mcm kakak dia tu. Sesuai sangatlah adik-beradik.
Aku bagi rating yg masih tinggi utk novel ni pun sbb Luth. Sbb watak Luth memang best sangat. Cuma kadang-kadang ada rasa geram jgk dgn perangai Luth yg terlebih baik sangat melayan Mardiyah.
Cerita ni bkn tentang apa-apa sangat sebenarnya. Sekadar tertumpu kenapa 'vision' Mareeya hilang (which is berkait dgn masa lalu dia dan Luth) dan Mardiyah yg gila meroyan dgn cinta lama.
Selebihnya terselit kisah-kisah watak sampingan. Sebenarnya rasa rimas jgk bila ramai sangat watak sampingan yg 'interframe'. Cthnya, babak Malik dgn isteri dialah, babak Yatt yg tak habis-habis try hard nk berbual dgn Luth lah, babak Hakim dgn Mimi yg takde function pun utk aku ambil tahu, dan byk lagilah.
Satu lagi aku tak puas hati, cerita ni masa mula-mula plotnya bergerak agak cepat, alih-alih... Aik? Dah kahwin? Kenal gitu-gitu jer terus ajak kahwin?
Ok, fine. Aku still boleh terima lagi permulaannya cepat, at least krg sikit bosan, kan? Tp... Aku tak berkenan betul bila ending pun mcm tu juga. Alih-alih, aik dah mengandung? Aik dah nk beranak? Aik habis dah? Tu jer?
Hmm, begitulah.
Overall, cerita ni masih lagi di tahap 'best' bagi aku. Tp disbbkan perkara-perkara aku tak puas hati di atas, aku tak boleh nk bg 5*.
Permulaannya menarik.Sangkaku kisah kuasa dejavu nya akan berlansung lama. Kisah awalnya pantas,kenal,kemudian kahwin.yg meleretnya kisah selepas itu,kisah cinta 3 segi,kisah cemburu. Tapi kisah Luth-Mar sungguh aku suka. Kisah lain yg tempekkan tu macam tak perlu. Lebih-lebih kisah Malek dan isterinya,seakan macam perlu buku lain pula utk kisah mereka. Watak Mardiyah,ternyata watak antagonist yg menyakitkan hati. Kisah Mar yg asyik bergaduh dengan kakaknya,buat aku annoyed jugak,seakan budak remaja bergaduh.
Babak kisah seakan-akan bercampur antara yg realiti dan yg dejavu,hinggakan perlu ulang baca,baru dapat inputnya.Jika diolah sedikit,biar nampak bezanya,pasti lebih menarik.
Overall,kisahnya sweet. Suka watak Luth dan watak romantisnya itu.
Alahai... Dulu baca dah separuh tapi rasa biasa-biasa je buku ni. Bertahun-tahun kemudian, baca balik dari awal dan inilah hasilnya. Full star!!!
Walaupun saya sangat meluat dengan Mardhiah yang tak reti bahasa dan Mareeya, FL kita ni yang bertindak lebih pantas dari akal tetapi semuanya ditutup dengan rasa suka saya pada sikap Luth yang sangat-sangat matang dalam perhubungan mereka.
Mareeya yang diberi kelebihan selepas terlibat dengan satu insiden bertahun dahulu mula hilang bakat yang dia mula rasa sebati dalam hidup dia bila terpandang mata seorang doktor yang tidak lain dan tidak bukan lagi Luth. Namun semuanya jadi tak kena bilamana dia yakin dia akan hidup bahagia dengan pilihan hati tetapi perkahwinan dia dibatalkan secara tiba-tiba. Di situlah bermula kisah Mareeya dan Luth. Diajaknya berkahwin dengan harapan dapat balik kelebihan dia yang boleh melihat masa hadapan. Tetapi masalahnya dia tak sedar, harapan terbesar dia selama ni adalah untuk hidup normal tanpa kelebihan tu juga.
Semuanya jadi kacau bila Mardhiah,kakaknya Mareeya pula duk tergila-gilakan Luth sampai sanggup bercerai dengan suami yang sangat baik dah. Siapa sangka dengan sejarah mereka dahulu. Tetapi Luth ni saya memang salute lah, dia tahu apa dia buat dan dia memang yakin dengan pilihan dia. Bagi saya memang dia berfikiran ke hadapan, tak mengikut emosi. Dengan Mareeya yang kadangkala mendesak dan pelbagai ragam. Adik-beradik ni memang mengharu-birukan hidup Luth. Tetapi itulah yang melengkapkan watak utama kisah ini yang memiliki personaliti yang berbeza. tetapi bila cas berbeza berjumpa, akan attract to one another juga kan.
Geram betul aku dekat kakak fl sampai menangis bukan sbb sedih tapi geram sangat😭😭😭 dia patut masuk hospital tanjung rambutan weh gila punya pompuan shshshs
Luth pulak. Aduhai kita suka laki greenflag tapi awak ni baik sangatlah. Tak tau nak kata gane
personal rating 4🌟 i want fl’s sister to get a proper and DESERVED ending.
Ni buku pertama yang I baca hasil tulisan Nurul Ain Syuhada dan sungguh tidak menghampakan. Tulisan yang tidak membosankan. Apa yang menariknya masa mula2 baca buku ni, sebab plot cerita dia ada kelainan skit. Sebabkan kelainan plot cerita dia tu, buatkan I lebih tertarik nak baca lagi dan lagi sebab tak sabar nak tahu apa yang akan jadi ke penghujungnya. Tapi ending macam disudahkan secara ringkas saja, rasanya klau di panjangkan skit bahagian ending tu mesti lebih menarik. Apa pon, cerita ni memang menarik sangat dan buatkan I senyum dan gelak sorang2. Terbaik!
Sebenarnya tak plan pun nak baca novel ni dalam masa terdekat sebabnya aku plan nak habiskan novel-novel lama dulu. Tapi tetiba rasa nak baca. And the rest is history. Tetiba je dah habis baca. .
Ni cerita tentang Mareeya yang ada superpower boleh nampak masa depan seseorang dengan melihat ke dalam mata orang tersebut. 24 tahun dia hidup dengan kuasa tersebut. Sehinggalah kuasanya tetiba hilang selepas dia menatap anak mata Luth. So, dia nekad untuk kahwin dengan Luth demi mencari sebuah jawapan. .
Aku setuju dengan beberapa komen di Goodreads tentang buku ni. Antaranya ialah banyak watak sampingan yang kalau takde pun tidak menjejaskan jalan cerita ni. Dan ending yang terlalu cepat. Tup tup, Mareeya dah mengandung. Dan, part awal Luth decide untuk kahwin dengan Mareeya. Bagi aku, awal-awal tu, aku tak nampak pun motif kenapa Luth pilih Mareeya. .
Tapi, overall, aku suka buku ni. Walaupun sumpah stress ngan Mardiyah tu. Come on la, kau dah dapat suami yang baik giler kot, gatal minta cerai semata - mata nakkan Luth yang tak nak pun kat kau. Anak dah dua kot. Haihhh. .
Apa yang aku suka pasal buku ni ialah chemistry between Luth and Mareeya. Weh, comel giler dua ketol ni. Walaupun hubungan dorang awal-awal tu macam roommate je. Tapi sumpah comel. Aku pulak yang cair dengan layanan Luth. Dia sangat husband material. Walaupun dia doktor, tak banyak masa kat rumah, dia akan pastikan kebajikan Mareeya terjaga. Dia akan masak untuk Mareeya. Dan bila kisah silam dulu terbongkar, tipu la kalau Luth tak marah. Tapi dia cuba untuk bertenang sebab ini ialah takdir. Love this kind of attitude la. Ya Allah, mana nak cari lelaki single macam ni untuk aku? .
Honestly, aku mengharapkan lebih banyak scene manis mereka towards the ending of the book. Dan aku macam somehow mengharapkan lebih banyak scene superpower tu. .
Oh ya, plus point untuk novel ni ialah gaya penulisannya yang santai. Dan dialog yang sempoi. Haha..macam aku pulak yang masuk dalam novel ni.
what i like about this book - kdrama vibe check!! ringkasnya buku ni pasal Mareeya yang boleh nampak vision future orang melalui mata mereka. dia hidup dengan ability ni dari kecik sejak satu kejadian ni tapi since jumpa Luth Ilyas, vision dia hilang and dia salahkan Luth penyebab dia hilang ability tu and to find out kenapa jadi macam tu dia ajak Luth kahwin. slight of enemy to lover and marriage of convenience trope!! MY MOST FAV TROPE suka gila backstory macam mana Mareeya boleh dapat superpower dia tu kinda give me vibe of While You Were Sleeping🫢
Luth Ilyas!!!! THIS MAN FR ONE OF MY FAV BOOK HUSBAND male wife guy, a biker and A DOCTOR?? dont talk and smile to anyone UNLESS HER?? cold but romantic with his wife??? and his love language is act of service, quality time and physical touch??? SIGN ME IN SIRRRR suka ya cara dia ngorat Mareeya smooth like a butter, matang and comel gila!! I love their movie date the most🥹🦋 and Mareeya pon jenis fl yang lantang bersuara dan tak mudah kena pijak
THEIR CHEMISTRY IS CHEFTKITTHSS🫶🏻🫶🏻 i love both career, sorang doktor sorang lagi interior designer sangat vibing ya saya sukaaaaa
what make me madly mad - THE CONFLICT FOR GOD SAKE GERAM GILA BACA ALLAHU STRESSS😭😭😭😭😭 nak dijadikan cerita Luth ni adalah ex boyfriend Mardiyah which is kakak Mareeya so im sure you can sense how this story will bring you😀 Luth ni walaupon sehijau alam tapi dia terlampau baik dan terlampau nak menjaga hati Mareeya dengan ambil keputusan untuk tak ceritakan apa apa pasal Mardiyah which lead to their misscommunication eiii cukup tak berkenan dengan plot gini huhu
awal cerita sangat laju pace dia menarik sungguh i even couldnt put the book sampaikan dekat conflict dah jadi agak draggy saya jadi penat nak tgok diorang berbalah hanya sebab isu yang sama je and the ending... TERLALU RUSH. it could be better kalau dipanjangkan sedikit lagi. Mardiyah ending just not give me any impact after everything she did to Luth and Mareeya.
but overall still kudos to kak ain berjaya buat cerita yang lain dari lain. i want to give full stars but the conflict make me have love hate relationship with this book😭 still 4.5/5🌟
Kisah yang lain dari yang lain. Digarap dengan sangat menarik. Cuma mengenai mengapa Luth memilih Mareeya kurang diolah membuatkan saya sendiri pada awalnya kurang yakin Luth membuat pilihan itu bukan kerana ingin melarikan diri dari Mardiyah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sepanjang baca novel ini, rasanya saya banyak geram dengan watak Mardiyah. Saya cuba lihat dari sudut dengan ambil iktibar untuk menerima masa lalu kita. Sesal kemudian tiada guna. Namun kita boleh tambah baik diri kita.
Keseluruhan plot berakhir dengan baik. Terima kasih pada Qasaf yang berjaya memujuk ibunya. Saya rasa itu salah satu perkara baik yang saya lihat pada Mardiyah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
i think its cool actually boleh nampak future, so i can prepare for any heartbreak or whatever.
after reading this book, my mind changed. why? somehow Mimi and Luth are right, kalau boleh nampak futre, life is not full of surprise sedangkan life should be full of surprise. emotions? sedih tu sedih juga but they dont feel 'sedih sangat' or 'happy sangat' bcs they know apa yg akan jadi.
somehow, this is a great story. full of moral. full of 'what if'. complicated juga buku ni tapi puas. trust is actually very important in a relay.
INI KALI 3 TIGA AKU REPEAT BACA. TAK PERNAH BOSAN EVEN DAH BACA BANYAK KALI. HANYA TUHAN JE TAHU YANG GARAPAN KAK AIN UNTUK DEJA VU MEMANG 10000/10! ❤️ SEE? SAMPAI CAPSLOCK! BEST GILA GILA!
mana nak cari lelaki serupa luth ilyas ni ? tolong la tolong la nak satu je please. ya Allah kau kurniakanlah jodoh aku macam si luth ilyas ni. nama pun helok, perangai helok, mesti hensem, sangat tabah, sangat tenang, sangat penyabar, sangat SEMUA MAHMUDAH MEMANG SANGAT II MAHMUDAH LA KAT DIA HEEEEE.
mareeya, idky tapi i can understand every little thing that she feels. her reaction apa semua, it was like, walaupun i dont ever experience this kind of moment but her reaction tu i boleh terima. the hilang kepercayaan. saya faham sangat ii. saya jarang setuju kalau fl sampai hilang kepercayaan kat suami sendiri. but mareeya, i understand her (idk maybe my age now can understand her) hahaha.
author, you really did a great job writing about addy part!!!! SANGAT LA SERABUT JIWA RAGA YE SETIAP KALI BACA NAMA DIA. macam nak skip aje asal muncul nama dia tu. tapi takleh nanti tak paham story pulak naya. sumpah rasa macam nak keluarkan segala cekak silat la apa la kat si mardiyah ni. tahap gila kat ex tu masyaAllah, rasa cam ini silap haribulan nabi tak mengaku umat. tapi siapalah kita nak judge HAHAHAHAHA. tapi member sangat tak rilek ye.
everything. i mean E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G in this book is such a NOT WASTE AT ALL. WORTH OF THOUSANDS COPY. tolong la karyaseni print balik. nak beli ni (kita pinjam library je) this book is soooooooo worth to invest ur money for. the plot is everything, the character semua mainkan peranan SUCH A GEMS.
idc about the sudden abrupt of the ending. i mean how other way to conclude all of this crazy story 😂 overall, im good and like the ending. everything falls apart eventually, happy eventually and can enjoy every moment eventually.
i love love lovee this book so much. luth ilyas, im targeting you!
Dejavu mengisahkan tentang Mareeya yang mempunyai kelebihan boleh melihat masa depan melalui anak mata seseorang akan tetapi setelah berjumpa dengan Luth Ilyas kebolehan dia terus lenyap. Disebabkan perkara inilah Mareeya melamar Luth. Apakah punca yang menyebabkan kelebihan Mareeya hilang? Apakah kaitan Luth dengan kuasa Mareeya?
•Review• First impression: Saya ingat buku ni banyak ceritakan tentang kuasa yang ada pada watak utama tetapi jalan cerita lebih kepada konflik antara adik beradik disebabkan seorang lelaki. Diawal cerita saya sakit hati tau dengan perangai Mareeya yang over salahkan orang lain. Marah dan geram dengan perangai dia masa awal-awal cerita. Mungkin sebab dia tak boleh terima kenapa keadaan dia boleh jadi macam tu. Kemudian, perangai dia dah mula okay dan boleh diterima sepanjang pembacaan.
Selepas Mareeya dan Luth kahwin barulah berlakunya konflik antara Mareeya dan Mardiyah. Syukurlah watak lelaki, Luth Ilyas ni green flag sebab dia dah move on tapi si Mardiyah yang tak sedar diri lagi. Setiap kali baca part Mardiyah betul-betul makan sumpah seranah. Buat saya naik darah bila baca tau. Menyakitkan hati kita wak! Si Mareeya emosi tak stabil, Si Mardiyah yang tak move on dan Si Malek, perangai isterinya yang mengada. Tiga beradik ni punca saya sakit kepala, hati dan jiwa ketika membaca novel ini.
Scene romantik antara Luth dan Mareeya sweet walaupun simple je. Bab terakhir kan macam tiba-tiba tau. Si Mareeya mengilai pastu dia rilek je keesokkan paginya padahal Si Luth dah nak tercabut jantungnya. Seriously pukul 1 pagi tau baca. Haha! Secara keseluruhannya, novel ini bagus untuk sesiapa yang nak sama-sama stress seperti saya.
Aku follow work #NurulAinSyuhada ni dari first novel lagi. Walaupun jarang-jarang karyanya tapi bila keluar, memang terbaek. Berbaloi tunggu lama bila subjek dan gayanya fresh, tidak berulang, kreatif dan kemas.
Karya kali ini tentang Heroin yang ada special power, boleh melihat masa depan. Konflik timbul bila first meeting dengan Hero, abilitynya ini lost. Aku fikir ideanya out of the box, digaul gengan baik tanpa kesah aneh sampai pembaca boleh accept logik cerita ini seperti novel Split. Masih sekitar persoalan trauma dan psikologi stuff, writer tak over doing, sederhana saja menjadikan reader tak terasa terlalu cuba diyakinkan oleh writer.
Aku suka cara watak dan perwatakannya dipaparkan. Kompleks dan tanpa judgement, aku selalu rasa ini satu treatment writer yang penting untuk aku tentu kan sama ada dianya serba tahu dan wise atau tidak. Hal ini pada aku mampu memaparkan keintelektualan seseorang writer. Feel juga bagus, macam mana watak-watak ini berkonflik dengan diri mereka, keadaan dan kekangan perhubungan yang wujud dalam kehidupan. Cara individu menangani konflik dan halangan especially ini relationship, jelas melalui rumah tangga ahli family Heroin(dia juga) .Satu bentuk cadangan yang baik dari writer untuk mencelikkan masyarakat. Terima qada dan qadar, belajar bersyukur, berhenti kejar yang kabur, genggam apa yang ada di tangan. Hopefully, writer ni akan terus sukses Dan terus berbakti dalam memanusiakan society melalui karyanya. Sangat-sangat direkomandasi. 😘 #reviewbuku #fatimahmanaf #timahbacaapa #malaysiamembaca
Lawak gila time Mareeya ckp dia ad sakit jantung dekat Mimi😂 fav scene tu!! HAHAHAH
Cerita ni saya rasa bnykk sngt yg sy geramkan.. 1.Geram dekat si Mardiyah gila tu.. dah thu malu lngsung.. haih.. smpai ending dan smpai skarang sy benci Mardiyah.. 2.Geram gila dengn Mareeya ni.. kalau saya, dah lama sy pi tampar Mardiyah tu awal².. gila.. 3.Geram dgn Luth,,, eeeeee tkkan laaa dia tk pasann yg Mardiyah tu ad hati dekat dia.. kakak ipar la konon.. citt.. 4.Geram sngt dgn watak Puan Siti.. ntah laa bgi sy tk sepatutnyaaa dia biarkan si Mardiyah tu mcm tu..
Tapi geram² sy dekat Mareeya ni, sy sngt kagum dengn dia.. diaa boleh tahan segala rasaa dia.. pergh kalau sy, sy tk tahan..😂😂 I like her.. She's so strong.. and funny😂
And geram² sy dekat Luth tu, sy suka dekat watak dia.. sy rasa sy tk perlu tergkan sebb kalau baca buku ni confirm awk thu kenapa.. tpi sy tertanya-tanya, doc ni kenapalaa rajin sngt bacaa bukuuu😂😂😂😂😂 rajinn kebenoo ye.. HAHAHA
Ohh btw, saya suka part last.. yg Mareeya mengilai tuu.. HAHAHAHAHAHAHA terguling sy gelak.. hahaah kalau realiti confirm sy tk gelak.. seramm.. HAHAHAHA
and, kalau laa endingnya dia bgithu kesudahan Mareeya dgn Mardiyah.. mmmm sy kalau boleh nk jugk Mareeyaa tk maafkan kakak dia🤣 kejam tk? eee geram laa..
Mareeya sebelum ini boleh melihat masadepan orang sekelilingnya. Hidupnya mudah. Tetapi sejak bertemu dengan Luth Illyas, tiba-tiba kebolehan itu hilang. Dia hendak tahu sebabnya lalu nekad ingin mengahwini Luth dengan harapan dia dapat balik kebolehan itu. Rahsianya ada disebalik masa lalu mereka. Bila rahsia itu terungkai bolehkah mereka hidup bahagia seperti orang biasa. Bagaimana pula dengan Mardiyah? Siapa yang harus mengundur atau bertahan? Nicely written. Good work!
Nak review tajuk & muka depan buku je sebab daya tarikan buku ni kat situlah...nampaknya tajuk memang penting ya sebab pegang je buku tengok colour muka depan cantik je belum lagi tengok tajuk tapi bila tengok je tajuk terus hushhhhhh mesti best ni buku ni 😆
Kesimpulannya tak mengecewakan tapi bagi aku macam novel ii lain juga keistimewaan dia pada scene ii deja vu tulah
Best sangat-sangat novel ni. Bila dah baca, tak sabar sangat nak tahu ending dia macammana. Geram sangat dengan watak Mardhiyah. Jahat sangat sampai nak runtuhkan rumahtangga adik sendiri. Good job Nurul Ain Syuhada...
Totally fall in love with this novel 😍 good job author 👍. Highly recommended. Jalan penceritaan yg smooth and menarik. Tak pernah rasa bosan semasa baca cerita ni. Look forward to nurul ain upcoming novel
1st time jumpa makluk pelik xleh terima kenyataan lepas sendiri yg tinggalkan Luth. Kalau la wujud Mardiyah di alam nyata ni, mmg patut bagi pelempang.
But agreed that communication is the key in everything.