RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Kesian Sunan. Tak habis-habis diburu oleh manusia yang taksub kepada kejahatan. .
Kali ini, Sunan ingin pulang ke Tanah Melayu kerana terlalu rindu pada keluarganya. Maka, berangkatlah Sunan ke Tanah Melayu. Tapi sepanjang perjalanannya, dia diburu oleh manusia jahat. .
Dan disinilah rupanya asal-usul Manggala bermula yang akhirnya merebak sehingga abad 21. .
Dan akhirnya Sunan berjaya pulang ke Kg Punggor. Dia diminta untuk hapuskan sihir ke atas Melor, isteri Tun Mutalib. Tapi segalanya dilakukan tanpa pengetahuan Sultan Melaka. (Ye la, dalam Bagaikan Puteri, kan semua orang ingatkan Sunan dah mati setelah dikalahkan oleh Hang Tuah, rupanya hanya untuk mengelirukan Sultan. Lagipun Sultan berdendam dengan Sunan kerana baginda tidak dapat menikahi Haryani) .
Tapi, bila Sultan dah tahu, mulalah Sultan kerahkan supaya Sunan ditangkap. So, Sunan melarikan diri ke sebuah gua. Dan, sejarah Ashabul Kahfi berulang lagi. Sunan dibawa ke abad 21. Haha.. aku punyalah gelak bila Sunan cuba pakai seluar Dani. Sendat. Punyalah susah nak pakai seluar sampaikan Sunan terlentang. .
Dalam buku sebelum ni, Haryani diculik oleh Manggala kan?. Aku punyalah lega bila dia terselamat dan jumpa Dani dan dah nak pulang ke Malaysia dah pun. Tapi, sekali lagi, Haryani diculik. Haaa...masa inilah Sunan diperlukan. .
Setelah semuanya selesai, Haryani melamar Sunan. Dan setelah istikharah, Sunan setuju. Jujurnya, ku tak suka part ni, Ku tak suka Haryani. hahah...sebab ku lebih suka Sunan dan Ratna si Ratu walaupun Ratna sudah tiada. .
'Haryani bagaikan puteri. Namun, Ratna tetap ratu dihatiku' .
Dan, nasib baiklah dorang tak sempat kahwin. Kerana Sunan kembali semula ke zamannya.
Alhamdulillah, tamat sudah trilogi pertama ni. *lap peluh* :P
20-07-2014
Setelah berjaya menumpaskan Maharani Kerajaan Pulau Utara dan juga pemergian Ratna, Saifudin tekad untuk pulang ke Tanah Melayu. Kerinduan terhadap keluarga begitu menggamit. Namun, kejahatan Taghut tidak pernah jemu memburunya. Perjalanan pulang Saifudin melalui jalan darat penuh dengan dugaan dan ujian mendatang. Salah satunya Saifudin bakal berdepan dengan Manggala, manusia serigala. Menariknya Manggala ni asalnya cumalah seorang khunsa yang juga merupakan bekas pengiring Maharaja. Siang hari menjadi lelaki dan ketika malam bertukar menjadi perempuan. Kerana dituduh bermukah dengan gundik Maharaja, Manggala diburu. Perjanjian dengan Taghut mengubah dirinya menjadi Manggala.
Manakala pada abad ke 21, Manggala yang telah ditewaskan oleh Saifudin bakal dibangkitkan oleh pengikutnya yang dahagakan kekayaan. Dalam siri sebelum ini ada dinyatakan yang Manggala masih memerlukan satu lagi korban perawan suci sebelum bangkit semula. Manggala mahukan Haryani sebagai korbannya disebabkan 'keistimewaan' Haryani yang pernah hidup semula selepas kematiannya.
Sementara itu di Tanah Melayu keluarga Tun Mutalib menerima musibah atas perbuatan Melor. Kerinduan terhadap Saifudin menyebabkan Melor menerima tawaran nenek tua yang kononnya mampu membawa Saifudin pulang ke Tanah Melayu. Rupanya nenek tua itu adalah jelmaan Putri Kober Gandring yang ingin menuntut bela atas kematian abangnya (Taming Sari) di tangan Hang Tuah. Kehilangan Hang Tuah tanpa jejak menyebabkan Putri Kober Gandring meminta nyawa Sultan Melaka sebagai galang ganti. Putera Muzafar, anakanda Tun Mutalib dan Melor dijadikan tebusan supaya Tun Mutalib membunuh Sultan Melaka. Berdepan dengan ancaman sebegini membuatkan Tun Mutalib terkenangkan Laksamanan Sunan. Lantas, dengan bantuan Bendahara, Panglima Awang Bagan dan angkatannya dikerah menyusul Saifudin di Aceh.
Kepulangan Saifudin ke Tanah Melayu disambut dengan berita kematian ibunya. Sungguh pun bersedih kerana tak sempat bertemu ibunya, Saifudin redha dengan ketentuan ilahi. Setelah berjaya menumpaskan Putri Kober Gandring, Melor berterus terang dan meminta maaf atas kekhilafannya memfitnah Saifudin dan juga atas perbuatannya bersekongkol dengan Putri Kober Gandring memerangkap ibu Saifudin dalam permainan sihir si Putri.
Berita kepulangan Saifudin kemudiannya tersebar hingga ke pengetahuan Sultan Melaka. Rupanya kemurkaan Sultan masih lagi belum hilang walaupun Saifudin telah berjaya menumpaskan si jahat yang berniat membunuh Sultan. Aduhai, mana rasionalmu wahai Sultan Melaka? Panglima Awang Bagan diperintahkan untuk menangkap Saifudin agar di bawa ke Melaka. Sekali lagi keajaiban berlaku bila Saifudin menyembunyikan diri daripada diburu. Dalam lena Saifudin di bawa pada abad ke 21 dan dipertemukan dengan keluarga Dani. Sungguh pun terasa kekok, Saifudin tetap berusaha menyesuaikan diri dengan bantuan keluarga Dani.
Dani dan Haryani pula sedang bersiap-siap untuk pulang setelah menguruskan dokumen perjalanan mereka di kedutaan. Namun, sekali lagi Haryani diculik oleh Rajikin, pengikut setia Manggala yang tamak haloba. Terpaksa Dani meminta tolong ayahnya untuk menghantar Saifudin ke Medan untuk menyelamatkan Haryani. ;)
Kemunculan Saifudin di abad ke 21 menggembirakan Haryani, lantas hasrat hati diluahkan kepada kedua ibu bapanya untuk menjadi yang halal buat Saifudin. Dapatkah mereka bersatu di abad ke 21? :D (tengok, betapa lebar senyuman saya? Hahah. :P)
Komen saya:
1. Cerita ni memang pantas. Penceritaan relevan dan tak meleret kepada hal yang tidak-tidak.
2. Cuma ada sedikit kemusykilan sebab Manggala ni sudah pun ditewaskan oleh Saifudin awal-awal lagi. Pelik macam mana keturunannya boleh berkembang sedangkan Guntur yang kononnya bakal penerus warisan pun sudah terkorban awal-awal lagi? Mungkin ada yang terlepas pandang di situ atau mungkinkah ada pencerahan dalam siri selepas ini? :)
3. Terkejut dengan nasib Orang Kaya Seman. Tapi memikirkan Bendahara Melaka yang sangat bijak menyembunyikan fakta tu memang tak mustahil Orang Kaya Seman menerima nasib sebegitu selepas apa yang dilakukan terhadap Saifudin. ;)
4. Saya gembira sebab akhirnya Haryani mampu bermuhasabah diri. Ngee. Cinta sesama manusia tak ke mana berbanding cinta kita terhadap Sang Pencipta. :)
"Haryani..bagaikan puteri," kata Saifudin tersenyum sedikit. 'Namun... Ratna tetap ratu dihatiku.' Suara hatinya pula yang berbicara [pg343]
Walau bagaikan puteri, belum tentu dapat menawan sukma sang laksamana. Tahniah sang Ratu! *lompat bintang*
Full review: 07/08/2014
Ambil masa lama untuk habiskan ini. Sajalah, rindu pada Ratna mencengkam sukma... exaggerated! Hahaha
Secara peribadi, aku suka storyline yang ini dalam kesemua siri Sunan. Aku suka cara RAM menyusun jalan ceritanya, teratur dan lebih memudahkan sebenarnya. Agak berlainan dengan siri lain, yang mana kebiasaannya RAM aci redah je campak ke semuanya, sekejap berlatar belakangkan kurun ke-15, sekejap terlontar ke abad 21.
Kali ini, dalam pengembaraan Sunan menegakkan syiar Islam, dia pula yang dihambat ke relung masa. Sunan mengembara ke abad 21. Waaa... don’t like! Walau aku tak boleh menyembunyikan tawaku berkenaan Sunan memakai jeans tapi aku masih tak suka setting di zaman Haryani tu. Haihh... nampak sangat aku bias hahaha
Berbalik pada cerita Sunan, dia dalam perjalanan dari Aceh ke Tanah Melayu akibat kerinduan yang maha hebat pada keluarganya. Apatah lagi dengan mimpi ibu dan isterinya bersama, dia makin tak senang duduk. Apakah itu tanda ibunya sudah tiada?
Tapi perjalanan pulang tak mudah buat sang laksamana. Dia berhadapan pula dengan Manggala [asal usul Manggala diceritakan dalam siri ini], Guntur dan Sari yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara [dalam siri pertama dulu] dan juga kehadiran Putri Kober Gandring yang turut berdendam dengan Melaka. Namun, apa yang lebih menyakitkan hatiku bila membaca momen sang Sultan Melaka. Aduhaiiii... mujur Datuk Bendahara tu orangnya panjang akal.
Dan, ya! Pastinya siri penamat trilogi pertama ini perlu dihalusi betul-betul. Apakah Haryani bisa menjadi puteri di hati Saifudin? *wink*
Kali ini RAM membawa kita mengembara bersama Sunan yang ingin pulang ke kampung halaman untuk berbakti kepada orang tua. Dalam perjalanannya, Sunan bakal berdepan dengan Manggala, manusia serigala, khunsa dari Banjaran Tibet yang bersekutu dengan taghut. Siangnya lelaki dan malamnya menjadi wanita dan pabila bulan penuh dia akan bertukar menjadi serigala. Manakala di abad 21 Manggala yang mati dibunuh Sunan pada abad 15 akan dibangkitkan semula. Mempunyai pengikut yang ditawarkan kemewahan. Bakal memburu Haryani, Dani dan Saliha untuk menghidupkan semula Manggala yang telah menjadi jenglot, kononnya memerlukan 100 darah perawan untuk menghidupkannya. Kejahatan datang dari pelbagai sudut. Guntur dan Sari dua adik-beradik juga muncul mengekori Sunan untuk menuntut bela atas kematian Nyi Burga Kelara. Guntur yang dikatakan pewaris tunggal Manggala juga berjaya dibunuh Sunan menyebabkan Manggala mendendami Sunan.
Dalam masa yang sama, keluarga Tun Muttalib menerima musibah. Isterinya Melor dan anak mereka Putera Muzaffar berdepan dengan sihir Puteri Kober Gandring yang ingin menuntut bela atas kematian abangnya di tangan Hang Tuah yang turut merampas keris Taming Sari. Disebabkan Hang Tuah hilang tanpa jejak, maka nyawa Sultan Melaka dijadikan galang ganti. Melor yang takut rahsia masa lalu berkasih dengan Sunan dan fitnah yang diadakan ayahnya tok penghulu terbongkar, termakan pujuk dengan Putri itu lalu menyebabkan ibu Sunan, kerasukan dan nyawanya menjadi taruhan apabila kehendak Putri tidak ditunaikan. Sunan yang tidak mengetahui tentang ibunya yang meninggal dunia telah mengalami mimpi aneh bertemu ibu bersama Ratna. Tetapi dia masih belum mendapat ilham tentang situasi yang berlaku kepada ibu tercinta. Sekembalinya ke Punggor dengan bantuan orang istana, barulah Sunan mengetahui pemergian ibu. Dia redha walaupun lewat untuk menyelamatkan ibu dari dendam Putri. Nyawa wanita yang mendendami pahlawan terbilang Hang Tuah dan Sultan Melaka akhirnya ditamatkan. Namun nyawa Sunan pula terancam pabila Sultan Melaka mengetahui kepulangan Sunan yang disangkakan mati semasa bertarung dengan Hang Tuah. Marah hajatnya untuk memperisterikan Haryani dihalang Sunan.
Walaupun Sunan mampu untuk menewaskan pahlawan istana, pak Jalis bapa Sunan tetap menyuruh Sunan bersembunyi di gua dan disitu berlaku keajaipan. Sunan dibawa ke kurun 21, bertemu keluarga Dani di Punggor. Agak kelakar Sunan cuba mengadaptasi kehidupan kurun ke 21. Cara pakaian, pertuturan, makanan cuba diikut Sunan secepat mungkin. (Ada tips pasal makan nasi, hoho agaknya lepas ni boleh bertahan tak kalo tak nak makan nasi & daging, ratah ikan ngan ulam ja ;)
Dani dan Haryani masih berada di Aceh menguruskan segala dokumen di kedutaan untuk pulang ke Malaysia. Namun Haryani sekali lagi diculik pengikut Manggala. Sunan pula terpaksa ke Aceh dan dia berdepan semula dengan musuh lama yang cuba bangkit semula.
Kisah percintaan terlalu pantas dan terlalu banyak halangan. Adakah Haryani halal untuk Sunan di abad 21? Awan... Kalau dapat ku capai maka saktilah hamba. Kamu bagaikan puteri, Haryani.
Kalau salah sinopsis, maafin gue, tak berapa ingat kronologi , watak dan lokasi ;)
Buku ketiga ni rasanya x sebest buku pertama dan buku kedua. Tapi tetap jugak boleh dihabiskan dalam sehari, ha3. Seperti buku 1 & 2, buku ke-3 ni masih diisi dengan plot2 aksi, dakwah, pengajaran, cinta, dan drama.
Kali ni, di abad ke-15, Laksamana Sunan yang berduka dengan kematian isterinya (Ratna) mengambil keputusan untuk kembali ke Tanah Melayu untuk berbakti kepada orang tuanya. Dalam penjalanan pulang itu, dia terpaksa berhadapan dengan Manggala, orang suruhan si Thagut. Setelah sampai di melaka pula, dia terpaksa menghadapi Puteri Kober Gandring (yang ingin menghuru-harakan Melaka) dan Sultan Melaka yang gila kuasa. Semasa dalam buruan, dia telah tercampak ke masa hadapan di abad ke-21.
Di abad ke-21, Dani dan Haryani akhirnya bertemu kembali. Sebelum sempat pulang ke Malaysia, Haryani telah diculik oleh orang suruhan Manggala.
Penceritaan yg sedikit berbeza drpd 2 novel yg pertama. Kalau novel sebelum ni, diselang seli cerita antara kurun ke 15 dgn abad 21. Kali ini kisah bermula dgn bahagian pertama pada kurun ke 15 sebelum disambung pd bahagian kedua kisah pd abad 21.
Aku agak lelah utk habiskan bahagian kedua memandangkan aku kurengggggg suka dgn Haryani. okay, pembetulan. Aku tak suka pun dgn Haryani dri first novel lagi. Haha
Beberapa muka surat terakhir buat aku debar giler especially part 'tuttt'... Aku siap jerit "JANGAN!!!"😂😅 Nasib baik tak sempat. Hehe..
Laksamana Sunan terus membanteras kejahatan iaitu Manggala, suruhan Taghut dengan tercampak ke abad-21. Satu je, lega sangat Sunan tk sempat diijabkabulkan dgn Haryani. Lepastu kan, Orang Kaya Seman tu memang tk serik-serik menabur fitnah dn kebencian walaupun dh terkena batang hidung sendiri. Dalam siri ini juga, Sunan sgt berduka lara dgn ujian yg bertimpa-timpa dgn kehilangan sekali lagi insan tersayang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Perjalanan Sunan bagai tidak hapus daripada berhadapan dengan kejahatan, tetapi bagi seorang seperti Saifudin ini semua itu sentiasa dihadapi dengan sangkaan baik pada Allah s.w.t. ketakwaan dan ketawadhu'an yang sangat tinggi dapat menjadi contoh untuk kita sang pembaca.
Tak dapat untuk tidak mencitai Saifudin ni, jadi kita faham akan perasaan Haryani, tetapi Ratu tetap dihati kita laksana sebagaimana kepada seorang Sunan juga.
Sunan dalam buku ke 3 ni dalam galau merindui isteri tercinta yang telah pergi jauh. Namun, tetap perkasa menepis dugaan, ujian dan kejahatan yang memburunya.
Bacaan saya menjadi lebih laju (nak cepat habis) bila Sunan terdampar ke abad terkini dan bertemu Hayati.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tajuk: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri #3) Penulis: Ramlee Awang Murshid Penerbit: Alaf21 Genre: Fantasi/Thriller Bilangan muka surat: 503 muka surat Cetakan: 2012 ISBN: 978-983-124-385-5
Sinopsis: Kesinambungan dari pada siri novel ‘Bagaikan Puteri’ dan ‘Cinta Sang Ratu’ diteruskan dengan pengembaraan Laksamanan Sunan, Haryani dan Dani dalam ‘Hijab Sang Pencinta’. Laksamana Sunan yang dalam perjalanan dari Aceh ingin kembali ke Tanah Melayu menghadapi pelbagai dugaan di sepanjang perjalanannya. Antaranya, menghadapi manusia tunggangan kejahatan Taghut, Manggala yang asalnya manusia khunsa yang berasal dari Negara China. Siangnya menjadi laki-laki, malamnya menjadi perempuan. Kejahatan Manggala jauh lebih jahat berbanding Maharani Pulau Utara dulu. Selain itu, dia turut berjumpa dengan Guntur dan Sari, adik-beradik yang mengetuai gerakan Panji Tengkorak yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara dan Beragas (Jin Berantai). Namun, dengan ilmu yang sarat di dada dan tidak pernah meninggi diri, akhirnya dia Berjaya kembali ke Kampung Punggor. Sesampai di sana, masalah demi masalah pula muncul. Kehadiran Putri Kober Gandring yang mahu membalas dendam atas kematian Taming Sari dan kemurkaan Sultan Melaka terhadapnya dahulu. Di pertengahan cerita, Laksamana Sunan akhirnya terdampar ke abad ke-21 dan ditakdirkan bertemu dengan Haryani, bagaikan puteri dan Dani, Senggara. Bagaimanakah Laksamana Sunan menyesuaikan diri di era moden ini? Apakah pula cabaran yang menantinya? Sama-sama kita selami!
Komen: Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Kesinambungan daripada novel pertama dan kedua nampak selari. Pembaca juga dibawa bersama-sama mengimbau kembali kenangan pada novel pertama dan kedua dengan berkesan sekali. Nama-nama seperti Djailuh, Sadik, Rita, Nyi Burga Kelara, Beragas, Senggara, Sang Ratu, Maharani dan lain-lain diungkap kembali. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang penuh debaran ini bersambung ke siri novel keempat iaitu ‘Cinta Sufi’.
Sekuel Laksamana Sunan ke-3. Banyak cerita Manggala dalam buku ni. Sedih sebab Sunan baru je kematian Ratu.
Cerita mengenai perjalanan Laksamana Sunan untuk kembali ke Kampung Punggor, Tanah Melayu, setelah kematian isterinya, sang Ratu. Sepanjang perjalanan dia, ada lar pelbagai kejahatan yang dia bertembung. Kali ni, Sunan bertemu dengan Manggala. Dalam buku ni diceritakan serba sedikit tentang asal usul Manggala tu. Sampa je Sunan kat kampung dia, dia dapat plak perkhabaran sedih yang mak dia dah meninggal. Kesian Sunan. 2 kali diduga dengan kehilangan orang yang dicintai, isteri dan ibunya. Kemudian, dah tolong Tun Mutalib, Sultan Melaka perintahkan pula Sunan ditangkap dan dibunuh. Maka, bersembunyi lar Sunan dalam gua dan masa ni lar hijab dia terbuka di kurun ke-20. Dalam kurun ke-20 pun Sunan masih membanteras kejahatan. Tapi, yang bestnya, dalam kurun ni, Haryani tak sempat nak bernikah dengan Sunan. Padan muka Haryani (maaf, sis tak suka watak Haryani, haha). Kemudian, Sunan dikembalikan semula ke kurun-15 dan bersambung....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penutup tirai Bagaikan Puteri - watak utama iaitu Haryani menemui penamat. Meski tidak ditakdirkan menjadi isteri bagi Laksamana Sunan, dirinya mengalami penghijrahan. Semakin tinggi tawakalnya kepada Allah, reda terhadap setiap takdir yang menimpa dan yang paling ketara, hijab memelihara mahkota dirinya. Suka melihat perkembangan Haryani di hujung-hujung cerita. Perkembangan watak (walau secara mengejut) tapi bila berpaksi realiti, apakah yang mustahil andai itu kehendak Allah? Hanya kerna bakal suaminya yang warak, dia telah bersedia menjadi seorang isteri yang solehah dan hamba yang taat.
Kejahatan itu tetap mengejar Laksamana Sunan walau di mana dia berada, sama ada di kurun ke-15 atau abad ke-21. Mengalami peralihan masa yang melangkaui ratusan tahun, Saifudin menghadapinya dengan tenang. Perilaku yang berbeza yang ditonjolkan oleh Haryani saat dirinya tercampak ke zaman kesultanan Melayu Melaka. Saifudin tidak lekas melatah, sebaliknya meletakkan pengharapan kepada Allah ﷻ .
Dalam pengisahan ini, Saifudin kehilangan lagi orang yang dicintainya. Sebelum ini isterinya, Ratna Sang Ratu, kemudiannya ibunya yang tercinta. Sedang kepulangannya ke Tanah Melayu demi menyempurnakan rindu di hati. Pelbagai ujian yang dirintanginya demi keluarga tercinta, namun apabila tiba, ibunda tercinta sudah kembali kepada Sang Pencipta. Hati manusia mana yang tidak remuk? Namun Saifudin, berserah diri kepada takdir. Menerimanya dengan ikhlas.
Begitulah Saifudin - Laksamana Sunan yang mengajar kita sebagai pembaca bahawa keikhlasan itu kunci utama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Untuk siri ini, Sunan banyak bertempur dgn kejahatan makhluk purba. Muka surat 300+ baru lah Sunan diserap ke abah 21 - Ashabul Kahfi. Sikit lagi nak jadi suami haryani, malangnya tak kesampaian untuk menjadi suami isteri 😮💨 tak tahu nak lega ke tak, rasa macam tak padanlah pula sunan & haryani 😂 pov for haryani ; you lost diamond while chasing stone. Nasib Dani ada saliha yang setia merindukan Dani & Dani cepat tersedar dengan cinta Saliha padanya. Kalau tak, jadilah cinta 3 segi pula.
Moga lepasni ada jodoh dengan siri Sutera Bidadari. Yang paling akhir ! Tiap siri semua terngantung & ada baca siri Cinta Sufi- last ending dia adalah mengenai Elizabeth si penjaga khazanah- warisan Sunan&Maryam (di zaman portugal) yang masih belum terungkai misteri. Mungkin dalam Sutera Bidadari siri kelima menjadi pelengkap cerita. Will find next !
Lambat nak habiskan buku ni sebab masih terbawa-bawa watak Ratna Sang Ratu. Still tak boleh move on. Bagi saya Hijab Sang Pencinta tak sehebat Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Mungkin sebab saya mengharapkan Haryani memilih Dani yang banyak berkorban untuknya.
Terlalu banyak halangan yang dihadapi oleh Sunan kali ini. Walau di mana pun dia pergi sentiasa ada sahaja musuh yang menanti.
Ada beberapa bahagian yang saya skip terutama ketika Sunan kembali ke zaman sekarang sebab saya rasa agak draggy dan mungkin juga saya bukan team Haryani, so saya hanya nak tahu apa akan berlaku pada kisah mereka berdua.
hebatnya watak Sunan. lebih hebat kuasa Allah yg memberi penulis ilham untuk berkarya :) byk yg dpt dipelajari dr novel ini. keyakinan kpd RABB, tawakal yg tinggi, kesungguhan beribadah, serta m'dekatkn diri kpd ALLAH mampu menjadi benteng pertahanan dr segala unsur jahat di muka bumi. kisah ashabul kahfi yg berulang juga mengujakan...
Sebuah epik cinta berlandaskan keimanan,Ashabul Kahfi,perjuangan menentang musuh2 Islam dan membina peribadi diri yg unggul..Banyak mengajar kita kembali mengingati Allah dalam tiap detik hidup kita..Karya yg lain dari yang lain..memartabatkan cinta dan hakikatnya..sesungguhnya,hidupku,ibadahku,amalanku dan matiku hanya demi allah,tuhan sekalian alam..
Fuh nasib baik la Sunan tak kahwin dengan Haryani... Saya tak berapa berkenan dengan Haryani tu. Lebih suka Sunan dengan Sang Ratu. Menarik cerita ni. Ok sambung the next chapter.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dendam Itu Bara...Marah Itu Api! Itulah tagline untuk novel ketiga dari siri Saga Laksamana Sunan. Berikut adalah sinopsis yang ditulis berdasarkan hasil pembacaan saya:
Selepas Sang Ratu/Ratna meninggal dunia,Laksamana Sunan/Saifudin nekad untuk berbakti kepada ibu-bapa dan keluarganya di Kampung Punggor,Johor. Tambahan pula,kerinduannya kepada keluarga tercinta yang sudah lama ditinggalkan sepanjang dirinya di perantauan,menambahkan lagi keazamannya untuk kembali kepada pangkuan keluarga. Namun,niat murninya ini menghadapi cabaran yang sangat besar. Kejahatan yang terdiri dari kalangan manusia penyembah syaitan tetap memburunya di mana-mana. Taghut dan Manggala,seorang manusia serigala jadian,mahu membunuhnya ketika dalam perjalanan ke Melaka. Bukan itu sahaja,Sultan Melaka yang pendek akalnya masih berdendam kepada Saifudin hanya kerana gagal mengahwini Haryani. Lebih parah,tragedi malang menimpa keluarganya angkara ilmu hitam. Masalah-masalah yang menimpa satu demi satu ini kepadanya memaksa Saifudin menyembunyikan diri di sebuah gua yang berhampiran dengan kampungnya. Peristiwa Ashabul Kahfi berlaku ke atas Saifudin! Dia mengalami pengalaman yang pernah dialami oleh Haryani dan Dani. Tercampak ke masa yang lain. Kali ini melonjak ke masa hadapan,abad 21! Namun demikian,dia tetap tidak aman. Kejahatan tetap mengiringinya di masa hadapan. Selaku seorang pejuang keadilan dan kebaikan,Saifudin perlu menentang ancaman mereka yang menghambakan diri kepada makhluk yang dilaknat-Nya!
Di dalam bahagian 'Tinta Penulis',Ramlee Awang Murshid (RAM) menyatakan bahawa novel yang bertajuk Hijab Sang Pencinta merupakan novel terakhir mengenai Laksamana Sunan/Saifudin. Walau bagaimanapun,perkara ini tidak menjadi kenyataan. Hal ini kerana,terdapat tiga (3) buah lagi novel sambungan ditulis! Belum dikira novel prekuel yang dikhabarkan mengambil waktu sebelum novel Bagaikan Puteri yang akan dihasilkan tidak lama lagi. Boleh jadi perkara ini berlaku kerana RAM mendapat desakan,lebih-lebih lagi dari kalangan para peminat untuk meneruskan penceritaan pengembaraan pahlawan Melayu Islam penegak agama ini.
Berani untuk saya katakan,RAM seolah-olah 'mengitar semula' idea yang digunakan di dalam dua (2) buah novel yang sebelumnya. Iaitu,pengembaraan masa berdasarkan keizinan/kuasa Allah S.W.T. Cuma pada novel kali ini,Saifudin pula yang mengalami peristiwa ganjil tersebut. Cuma bezanya,tidak seperti Haryani dan Dani,kali ini,Saifudin mengembara ke abad 21. Walaupun demikian,jalan dan pengolahan cerita tetap berbeza dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dari sudut pembahagian cerita juga menampilkan kelainan yang tersendiri,walaupun nampak kecil. Dar1 bab 1 sehingga 40,latar belakang ceritanya adalah pada zaman penghujung kurun ke-15. Seterusnya,bab 41 sehingga 64 diperuntukkan kepada latar belakang zaman moden,abad ke-21. Perkara ini istimewa kerana pembahagian jalan dan plot cerita sebegini pertama kali digunakan di dalam Saga Laksamana Sunan. Kebiasaannya,penceritaan yang berselang-seli,yang berbeza latar belakang seperti yang dinyatakan di atas,digunakan.
Tidak banyak yang saya boleh ulas mengenai novel ini. Membaca cerita di dalam novel ini masih berjaya mampu menarik perhatian dan saya amat menyukainya. Terdapat juga babak-babak yang mampu membasahkan gusi kita kerana ketawa. Saya amat sukakan babak di mana Saifudin menegur Khasnan dan Sairah (ibu-bapa Dani) mengenai soal pemakanan (rujuk muka surat 325-326) sehingga membuatkan kedua-duanya tersipu malu. Jika ada orang yang tidak saya kenali,menegur saya sedemikian rupa selepas berbuat baik kepadanya,saya mungkin akan naik angin! Haha...!
Namun demikian,terdapat beberapa kejanggalan saya dapati wujud. Kejanggalan-kejanggalan yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
1) Kejanggalan pertama adalah apabila keluarga Saifudin digambarkan seperti tidak mengetahui nasib yang menimpanya,sama ada masih hidup atau maut di tangan Hang Tuah (sila rujuk muka surat 129). Sedangkan,di dalam novel Bagaikan Puteri,telah dinyatakan bahawa Saifudin terselamat di dalam pertempurannya dengan Hang Tuah. Malah,Saifudin juga telah diberikan restu oleh keluarganya untuk ke Acheh untuk menangani ancaman Sang Ratu/Ratna.
2) Kejanggalan kedua pula adalah bagaimana perkampungan Manggala boleh wujud? Sedangkan hanya Guntur sahaja yang dijadikan 'waris' oleh Manggala,yang akhirnya mati di tangan Saifudin. Manggala juga ditumpaskannya sebelum ditukarkan kepada jenglot oleh Taghut.
3) Kejanggalan yang ketiga mungkin agak mengundang kontroversi dan mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. Saya sebenarnya lebih menyukai jika Ratna terus pergi. Jangan salah faham. Saya sendiri merupakan peminat watak tersebut. Cuma,secara peribadi,saya lebih suka melihat watak Ratna terus meninggal dunia dan dikenang sebagai seorang isteri yang terkorban mempertahankan suaminya daripada bangkit semula menjadi seorang siluman! Saya juga berpandangan,walaupun tanpa bukti yang kukuh,Ratna 'dihidupkan semula' kerana tekanan dan desakan para peminat RAM untuk melihat watak ini kembali wujud (jika tanggapan saya ini salah,sila betulkan saya). Akibatnya,watak Ratna ini terpaksa dihidupkan semula walaupun telah digambarkan telah meninggal dunia. Sila rujuk muka surat 171 di dalam novel ini untuk membuktikan kenyataan saya di atas.
Walaupun demikian,apa yang saya nyatakan di atas,umpama 'menyiram air di atas daun keladi'. Tidak akan mengubah apa-apa. Perkara sudah pun terjadi. Saya cuma meluahkan apa yang saya fikirkan kepada para pembaca ulasan novel ini untuk perkongsian bersama.
Kiranya cukup lah saya baca sampai siri ke 3, boleh dah move on dengan kisah cinta Haryani dgn Sunan. Keseluruhan cerita sangat sangat memuaskan. Sejak baca Bagaikan Puteri, mula suka betul dengan penulisan RAM. Kiranya jika saya habis membaca satu satu karya beliau, banyak betul ilmu2 terselit yang saya pelajari. Terutamanya bab sejarah tanah melayu.
Siri terakhir trilogi epik RAM ini adalah peleraian segala persoalan yang ditinggalkan daripada Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Sesuai dengan tajuknya, segala hijab akhirnya terbuka namun diceritakan mengikut batas logika akal. Dan kali ini musuh utama adalah Manggala, manusia serigala berasal dari Tibet yang diangkat oleh Taghut. Sedikit kelainan pada Hijab Sang Pencinta (HSP), Sunan mengembara bersendirian tanpa teman dan berlatar belakangkan belantara Sumatera. Selain itu, HSP masih sarat dengan pertempuran dan pertembungan antara kebaikan dan kejahatan yang seakan tiada berkesudahan sesuai dengan janji iblis hingga ke hari kiamat. HSP juga membawa kelainan apabila Sunan pula yang hadir ke abad 21 setelah tertidur di dalam gua berdekatan perkuburan bondanya, Sulimah. Hikmahnya, Sunan telah berjaya menyelamatkan Haryani dan Dani daripada bangsa manusia serigala seterusnya menghapuskan baka Manggala, si jenglot daripada hidup semula dengan mencampakkannya ke dalam kawah Gunung Anak Krakatao. Pada pengakhiran HSP, Sunan telah melamar Haryani sebagai isteri namun ditembak oleh Hamid, pengikut setia Ibnu Misad dan ‘menghantarnya’ pulang ke kurun 15. Ketika itu, Portugis telah melanggar Melaka. Meminjam kata ayah Yam, akhirnya setiap cerita pastilah kematian, begitulah jua HSP. Sunan telah meninggal dan sejarah hidupnya yang sering meningkah kebiasaan mungkin menjadi musabab mengapa tiada catatan mengenai Laksamana Sunan di mana-mana. Ah, sebuah penghidupan serupa Laksamana Sunan tidak memerlukan dendangan sejarah, cukuplah rakaman RAM dalam triloginya.
Sebagai penambah perisa, RAM memasukkan watak Gimbaran, Awang Bagan, Putri Kober Gindring dan Saliha. Juga sedikit kisah bagaimana Hang Tuah dapat merampas keris si Taming Sari daripada perajurit tua Majapahit yang sedang mengamuk itu. RAM juga tidak lupa membuat homework mengenai lokasi-lokasi di Sumatera seperti Palembang, Tulang Bawang atau Sai Bumi Ruwa Jurai dan suku bangsa seperti suku Sebatin dan Pepadun. Kesimpulannya, trilogi ini selayaknya diangkat sebagai kerja tangan epik RAM kerana aliran ceritanya ibarat air sungai dari pergunungan. Ada kalanya mengalir deras, ada kalanya merbahaya ketika melalui jeram dan lubuk, ada kalanya tenang dan mendamaikan, namun air itu tidak pernah berhenti mengalir dan terputus. Banyak ranjau yang menghalang aliran ini, namun sungai tetap berjasa kepada kehidupan, walau budinya sering dilupakan. Begitulah ibaratnya Saifudin alias Laksamana Sunan. Andai ada di kalangan penggiat seni yang masih mencari manuskrip kisah pengembaraan untuk diangkat ke layar perak, inilah jawabannya. Kerana trilogi ini setanding Lord of the Ring, bahkan lebih hebat lagi.
Finally I managed all three books! :D This trilogy is truely awesome. I love Laksamana Sunan very much. :) After all, I couldnt feel satisfy when it comes to the ending part of this book. I was kind of fascinated when Saifuddin is going to marry Haryani. But he was killed then and were throwed back to fifteenth century. Anyway,gonna look for another thriller novels by RAM next time :)U guys should try.
lebih logik apabila kali ini Sunan yang ke abad 21 bukan Haryani atau Dani ke kurun ke 15.apatah lagi ditambah dengan hujah Ashabul Kahfi.walaupun tema perjalanan masa banyak digunakan di dalam filem dan novel tapi yang ini mempunyai kelainan diselitkan pula dengan sirah dan hujah naqli.syabas RAM.
Penulis membawa pembaca dalam pengembaraan yang mencabar dan penuh dugaan. Elemen islamiah diolah dengan begitu baik sekali. Kekuatan watak utama adalah tunggak penceritaan ini.
🪴 Kali ini Sunan belayar ke Tanah Melayu untuk berbakti pada orang tuanya tapi terus dihambat kejahatan.Musuh² Sunan 1) bakal tahu siapa Manggala-Manusia Serigala (dlm Cinta Sang Ratu) 2)Gerakan Panji Tengkorak- Guntur&Sari tuntut bela atas kematian Nyi Burga Kelara(dlm Bagaikan Puteri) 3) Puteri Kober Gandring- tuntut bela kematian Taming Sari yang di bunuh Hang Tuah namun sasarannya bertukar untuk bunuh Sultan Melaka. Sunan peranginya kerna Melor dan Putera Muzaffar terkena sihir puteri itu.
🪴Di Abad 21, 1) Sunan kena hapuskan Manggala yang dibangkitkan semula setelah mati di kurun-15, kerna Haryani jadi sasaran sebagai pemujaaan hidupkan Manggala. 2) Kumpulan ajaran sesat Ibn Misad di Selangor. Bagaimana Sunan boleh perangi kebangkitan Manggala di abad 21 dan Ibn Misad?Sunan yg jadi pelarian di buru orang² Istana Melaka dilompatkan ke zaman kini,Abad 21 di tempat Haryani. Mahunya Haryani tak keruan cintanya masih sesegar embun pagi.Adakah SunanxHaryani bersama?🙄
🪴Sunan ditakdirkan terlontar ke ratusan tahun ke depan.Ada humornya,kekok bayang Sunan pakai jeans dengan tali pinggang sampai 'tercekik' dibuatnya. 'Pakaian apa ini?..seksanya pakaian zaman ini. Comel!🤣 Siapa tengok drama 'Rooftop Prince' agak terkait lawaknya👍🏻
🪴Agak kurang senang kisah cinta antara watak² Sunan,Haryani,Dani. Rasa kenapa secepat itu beralih? Berapa kali tercakap² sendiri. Tolonglah, jangan buat benda tu berlaku. Ada babak puaskan aku auto tersenyum sinis! Rasa aku jahat di sini🙃 Aku bias agaknya kerna plot kurun 15 sangat menusuk sukma ku😆
🪴Terpaling aku sedar sebagai penikmat kisah rentas masa.Selitan Kisah Ashabul Khafi.Jika rasa pengarah atau penulis menyumbang cerita sebegini.Allah dahului semua itu melalui kisah 7 pemuda ditidurkan 309 tahun dulu dlm kitab Al-Quran,Subhanallah!😭 Ini benar² bukan sekadar fiksyen tp melakar imaginasi bertunjangkan ingatan buat Pencipta Alam👍🏻
P/s: Susunan masa kali ini terasing. Habis kurun 15 baru masuk abad 21. Jujur, aku sangat suka penamat trilogi Bagaikan Puteri ini.Dah sempurna bagi aku.🎉 - Boleh tarik nafas dulu, sblm teruskan cerita laksamana Sunan pula😉
Kali ini Laksamana Sunan berhadapan dengan ancaman Manggala yang bercita-cita ingin menghabiskan riwayat Laksamana Sunan demi kekuasaan yang dijanjikan oleh Taghut.
Sementara Haryani, Dani dan Saliha yang terselamat dari ancaman Manggala dalam proses untuk pulang ke Malaysia bilamana sekali lagi Haryani diculik demi untuk menghidupkan kembali baka asal Manggala.
Di Punggor, dek kerana rasa hati Melor terhadap Saifudin telah mengheret Sulimah, ibu Saifudin ke kancah ilmu sihir. Kehadiran susuk yang ingin membalas dendam terhadap Hang Tuah dan Sultan Melaka menyebabkan rahsia yang selama ini terbongkar. Demi untuk mempertahankan diri, Laksamana Sunan telah menyembunyikan diri dan saat itu telah membawanya jauh ke masa hadapan.
Masih berbisa tulisan otai genre thriller ini. Tapi saya tak dapat nak menahan rasa bilamana Saifudin tertarik dengan Haryani. Noooooo!!!! Laksamana Sunan hanya untuk Ratu Sulaman dan Saifudin untuk Ratna. Yang lain sila ketepi🤣🤣
Penuh berliku perjalanan seorang laksamana. Till next book la..
This entire review has been hidden because of spoilers.