“Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada.” – Narong
Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hasilnya, dia digeruni pada usia yang masih mentah.
Namun… Semua itu tidak kekal lama. Dia dikhianati. Diperguna dalam diam.
Ari lari menyembunyikan diri. Dia perlu kembali kepada tujuan asalnya masuk ke dunia gengster. Kekasihnya Ria yang ditinggalkan dahulu perlu dicari dengan harapan Ria mahu menyambung kisah mereka. Pada masa yang sama, Ari juga diburu dan hanya tunggu masa sahaja untuk dia dihapuskan.
Bertahun-tahun dia hidup seperti orang nomad, serata dunia dijelajah. Berpindah dari satu negara ke satu negara supaya dirinya sukar dikesan. Ari menerima pelbagai kejutan yang memang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh itu. Tentang ibunya. Tentang ayahnya. Tentang dirinya sendiri.
Saat Ari menemui Ria semula, hatinya berbunga. Namun, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kasihnya nyata tidak boleh disambung lagi.
“Masa lalu dah mati. Tak perlu nak diingat lagi.” – Ria
Ari lalu membawa diri. Cuba menerima ketentuan Ilahi. Ari bertemu dengan Afni setelah lama merawat luka dalam hati. Afni cuba untuk didekati. Dalam diam pemburunya semakin menjelmakan diri.
Siapakah Afni yang sebenarnya? Apakah takdir yang menanti Ari pada saat nyawanya berada di hujung tanduk? Adakah masih ada kesempatan untuk Ari melarikan diri? Dan pembunuh ibu kawan baiknya? Adakah akan ditemui?
Tak semua orang mahu jadi baik macam kau. Perlu kau ingat juga, tidak semua orang jahat itu insaf. – Ari
Sebagai peminat novel thriller, saya menyukai Ari. Membaca ada review disini yg kata novel ni tak ada satu benda pun sampai tak difahami dari mula sampai akhir, itu membuatkan saya lebih teruja utk membelinya. Kdg2 review yg negatif merupakan promosi yg baik. Saya tiada masalah membacanya. Senang jer saya faham dan, menghayatinya. Ari sebuah novel noir thriller, ia gelap dan berlapis. Kena masuk dalam2 utk faham. Kalau baca sekadar surface, memang tak jumpa makna. Ada falsafah dan pemikiran kritis yg dimainkan. Ia byk memberitahu saya perkara2 yg saya tak tahu. Ini antara sifat novel yg baik kerana ia buat kita berfikir. Tapi Setiap pembaca ada pendapat sendiri, terpulanglah pada selera masing2.
Ari ialah sebuah novel thriller yang tak disangka sangat best! Fascinating story about Ari. Ari seorang pelarian. Macam-macam benda dia buat. Jadi pelukis, jadi pendaki gunung. Macam-macam juga Ari buat.
Nama penuh Ari ialah Ari Harapan. Sengaja nak beritahu nama penuh Ari sebab kelakar bila penulis describe pasal nama Ari tu. Sampai habis baca buku ni pun teringat-ingat. It was funny or was I just so easily amused?
Ari telah melibatkan diri dalam geng Narong kerana ingin membalas dendam tentang kematian ibu sahabat baiknya, Leon. Cerita mula jadi menarik bila Ari mula melibatkan diri dalam geng ni dan ingin mencari pembunuh sebenar.
Sejujurnya dah lama tak baca thriller so expectation untuk Ari tinggi. Mahizan Husain telah membuktikan bahawa thriller ni memang best. Tak rugi masa baca. Penulisan dan bahasa yang indah ialah salah satu perkara yang penting bagi aku. Walaupun novel ni agak dark tapi banyak ayat-ayat yang membuatkan kita sedar tentang kehidupan. Banyak pengajaran juga dan banyak benda baru yang aku belajar.
Satu persatu persoalan terungkai tapi ada satu perkara yang menjadi tanda tanya, ending cerita ni macam WHAT? What is happening? Are we going to get a sequel? Who is the real Giri?
Novel ni tak sesuai untuk bacaan santai, so don’t pick this book if just want to read something chill. Tahniah Mahizan Husain.
Kisah yang sangat gelap dan berlapis-lapis.. Heronya lelaki jahat tapi memiliki sisi baik yang keras.. Membaca kisah seorang Ari Harapan yang sangat tak punya harapan memang menyakitkan.. Kesudahannya bukanlah bahagia tapi realiti yang berlaku bila melangkah ke dunia kegelapan yang tidak ada cahayanya..
First time aku baca karya penulis ini. Sejujurnya aku takut nak membeli. Hasil membaca review di sini. Aku agak musykil. Apakah jalan cerita ARI ini sebenarnya? Semasa aku membuat keputusan untuk membeli Ari, aku menimbang tara jumlaj bintang yang diberi. Masa tu sengit antara 1 bintang & 5 bintang.
Takut sebenarnya andai ia tidak menepati citarasa aku. Haha. Seleraku agak pelik. Sekarang ni banyak menghadap novel2 aksi thriller ni. Kurangkan romance. Jadi aku gamble untuk membeli. Tak kira dah jika memenuhi citarasa aku atau tidak.
Pada awalnya, aku terasa macam agak rugi membeli novel ini. Serius. Permulaan yang agak bosan. Banyak diceritakan kisah kehidupan Ari Harapan & orang sekelilingnya. Sebab tu pada awal pembacaan aku, aku mengambil masa 2 3 hari untuk membaca 200 pages yang pertama. Nasibla aku tak mudah melatah. Jika aku seorang yang jenis lihat pada awal yang agak bosan n then tutup novel, mungkin aku tak jumpa ayat tamat. But now, aku mampu habiskan hingga ke garisan penamat.
Novel ini mula hidup bila Ari menjebakkan diri ke dalam kumpulan Narong demi membalas dendam di atas kematian ibu sahabatnya, Leon. Menjadi orang yang berbeza daripada hidupnya sebelum ini. Mendidiknya menjadi seorang yang ganas dan tidak gentar membunuh mangsanya. Bila masuk part2 Ari menjadi seorang ketua gangster cerita ini semakin mendebarkan. Aku ingin mencari siapa Giri seperti Ari kerana dikatakan Giri inilah pembunuh ibu sahabatnya.
Dalam dunia gelap ini, aku suka ayat yang dipakai mereka. Jangan terlalu percaya pada orang sekelilingmu. Mungkin hari ini mereka kawan, esok lusa bertukar lawan. Ya dan itulah berlaku kepada Ari.
Ari menjadi pelarian. Dari sebuah negara ke sebuah negara. Menjadi seorang pelukis, pendaki gunung. Perlbagai perkara yang dia lakukan semasa menjadi pelarian. Dan pelbagai persoalan terjawab.
Semua persoalan terjawab melainkan 1, aku ingin tahu lebih terperinci, siapakah Giri yang sebenarnya. Hanya persoalan ini aku masih keliru. Dan apabila Giri muncul. Novel ini berakhir. Adakah akan muncul sambungannya? I dont know. Ia sepertinya sudah habis. Tapi seakan tergantung.
Bagi aku style novel ini sesuatu yang baru bagi aku. Di saat bermula aku menganggap seperti membaca sebuah diari seorang penjenayah. Yang part itulah membuat ak7 sedikit lelah membaca.
Kalau pembaca yang inginkan kelainan digalakkan untuk membaca. Jika tidak lupakan niat untuk membaca novel ini.😄
Saya dah baca ARI. Memang ARI bukan untuk orang yang mahu baca novel2 santai yang di penuhi khayalan2 cinta. ARI untuk pembaca yang berani mencabar diri dan berani melalui pengalaman yang berbeza, juga untuk yang sukakan ilmu dan bahasa yang indah. Rasanya ARI menyamai filem thriller Korea yang banyak saya tonton. Kalau diadaptasikan ke filem memamg sempoi. Tahniah pada penerbit penulisan2u kerana menerbitkan karya rare dan melawan arus seperti ARI. Tahniah Mahizan Husain juga kerana menulis ARI.
Pertama kali baca buku Mahizan Husain ni...Wowww...aku suka...mmg best...bahasa yg di gunakan pun tak berbelit2 mudah utk difahamkan...Tahniah penulis kerana telah membuatkan aku juga nak memburu karya2 anda yg lain...cuma bila nak baca tu mmg kena fahamkan betul2 jalan cerita nya sbb ada byk adengan2 yg flashback kalo x faham mmg keliru....cuma bab endingnya tu ada buat aku geram sikit mcm dah habis macam juga tergantung....entahlah....tapi jujurya aku harap ada ARI2...
Semasa membaca novel berjudul Ari ini, tiada langsung merasa apa-apa. Pada awalnya cerita diceritakan nampak seperti lain daripada yang lain, namun semakin lama semakin hilang arah tuju. Jalan cerita ini semakin lama semakin sesat jalan. Bercelaru sehingga tiada langsung rasa dan jiwa. Melihat tagline yang mengatakan novel ini adalah sebuah novel thriller yang tak akan dilupa, dan ia tidak bagi saya. Saya langsung tak ingat apa yang saya baca ketika saya sampai ke perkataan tamat di dalam novel ini.
Kisah hidup Ari sangat gelap dan berlapis-lapis. Namun ada beberapa bahagian pengalaman Ari yang sangat menarik bagi saya, antaranya ketika Ari di Pusat Konservasi Penyu, sewaktu Ari menjaga Pakcik Samir, semasa Ari mengembara mendaki gunung-gunung sambil menjalin persahabatan dengan ramai sahabat-sahabatnya, juga ketika Pak Harapan berkongsi sejarah kehidupan ibu bapa Ari. Malah kisah Ari bersama kawan-kawannya sebelum Ari terjebak dengan dunia gengster juga saya gemari.
Ya. Perjalanan kehidupan Ari sungguh gelap, dan juga memberi pengajaran bahawa jangan sekali-kali cuba-cuba menjebakkan diri di dalam dunia yang penuh kejahatan dan kegelapan itu.
Apapun, dalam banyak-banyak watak yang ada termasuk puak-puak gengster yang keji dan selayaknya mati, namun saya paling benci dengan watak lobai perasan ahli syurga.
Tiga kali saya ulang baca novel ini, dan saya perasan, agak banyak juga hint / clue yang penulis tabur tentang siapa sebenarnya si Giri celaka itu.
Tajuknya ringkas. Tiga huruf. ARI. Namun, otak harus dikerahkan sehabis mungkin untuk mengenali jiwa seorang Ari Harapan.
Cerita ini bagi saya bagus sebenarnya. Bukan kisah aksi/thriller yang biasa. Namun, terlalu banyak watak yang diwujudkan penulis menjadikan saya seperti hilang arah untuk mengikut gerak cerita. Ditambah lagi dengan babak imbas kembali yang tiada tarikh spesifik menjadikan rasa kekeliruan itu makin menjadi-jadi. Barangkali, penulis mahu pembaca berfikir. Itu bagus, tidak saya nafikan. Namun, untuk novel ini ia menjadikan pembaca makin kabur dengan jalan hidup seorang Ari.
Secara keseluruhannya, novel ini saya rasakan sebuah novel yang kompleks. Untuk dijadikan sebagai bahan bacaan ringan, bukan satu pilihan yang baik. Pembaca harus memilih masa yang serius untuk membacanya. Apa-apapun usaha penulis menghasilkan novel bergenre ini sewajarnya diberi pujian. Tahniah buat penulis!
Tidak dinafikan penggunaan bhs di dlm Ari agak berlainan jika dibandingkan dgn novel2 semasa di pasaran. Juga terdapat kelainan dari segi penceritaan yg berbentuk seolah2 sebuah jurnal. Namun plot cerita yg sering berubah-ubah di samping penggunaan bhs yg jarang didengar, menjadikan saya sukar utk memahami jln cerita yg cuba utk disampaikan.
Mungkin saya selalu dilambakkan dgn bhs2 yg mudah dan agak santai, jadi bila membaca buku ini saya jd blur dan kosong. Tetapi bg yg gemar akn tema sebegini, saya rs buku ini sesuai utk anda.
Utk orang spt saya, mungkin akan mengambil masa utk menerima dan memahami apa yg ingin diutarakan dlm karya ini terutama setiap hari dihidangkan dgn kerja2 yg agak stress di pejabat.
Namun tahniah juga pd penulis kerana usaha dan keberanian anda untuk mengenengahkan karya sebegini dan sekurang2 nya para pembaca di luar sana boleh membuka mata yg bhs kita sememangnya kaya dgn sesuatu kata yg indah.
Buku ni macam jurnal kehidupan seorang Ari. Daripada dia kecil sampai besar. Perjalanan dan kehidupan dia menjadi seorang gangster untuk balas dendam demi ibu angkat dia yang juga merangkap ibu kepada kawan baik dia. Penceritaan buku ni menarik sebab dia membuat kita membaca dari perspektif seorang Ari. Gelap dunianya, menyedihkan juga. Tapi entah kenapa ada part saya tergelak sebab monolog Ari. Bahasa dalam buku ni bagus dan puitis, sesuai dengan kegelapannya. Cerita ini menjadi semakin kompleks apabila masuk part Giri. Kalau baca betul-betul, ada hint daripada mula lagi. Tapi saya pun baru teringat bila dah habis. Suspens sangat. Semua orang saya syak hahahhaha. Ending dia unexpected. Terkedu ya jugak. Banyak watak dapat happy ending, tapi bukan Ari :'(
Ada satu part saya terpaksa berhenti baca sekejap sebab seriau sangat. Part Pitak mati. Nasib baik tak masuk mimpi huhu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Agak terlambat sebenarnya saya kenal penulis ni dan ini adalah karya pertama beliau yang saya baca. Ari - a masterpiece. Panjang kisahnya tapi tak membuatkan saya rasa meleret. Saya suka novel fiction yang sarat dengan ilmu, perkongsian dan juga kisah kisah perjalanan macam ni tapi saya boleh katakan novel ni bukan utk semua orang, kisah yang berat, sarat dengan perasaan dan penuh dengan twist. Im having so much fun finishing this walaupun ambik masa yang agak lama di atas sebab sebab tertentu. Tapi seriously a wow, kalau boleh saya nak bagi seratus bintang!
Aku stress! hahaha. Sebab sampai ke sudah, tak tahu siapa Giri ni. (Kalau aku PM penulis kat Facebook, agak-agak beliau jawab tak soalan aku ni? Ke ada teka-teki lain?) .
Ari Harapan. Namanya je macam tu, tapi hidupnya tiada harapan. Dinamakan sempena nama kawan ayahnya, pelukis terkenal di Paris, Ari Harapan. .
Bermula sebagai tipikal remaja lelaki yang lain. Ada kawan rapat bernama Pitak yang kerdil, Leon yang ibunya baik, tapi bekerja sebagai seorang pelacur, dan Tajul seorang yang suka belajar ilmu agama, tapi kadang-kadang bongkak juga. .
Segalanya berubah bila ibu Leon dicederakan oleh seseorang, sehingga mengakibatkan kematian. Dan suspeknya ialah Giri. Tapi siapa Giri ni? .
So, Ari mula melibatkan diri dengan Narong untuk membalas dendam. Sebabnya Narong ialah bos pusat pelacuran tu. Dan dia tahu siapa Giri. .
Slowly, Ari meraih kepercayaan Narong, sehingga dia menjadi orang kedua selepas Narong. Dan Ari mulai membunuh. .
Tapi, tanpa sedar, Ari cumalah boneka Narong. So, apakah kesudahan misi vendeta ni? .
Buku ni, ceritanya menarik. Tapi, gaya penulisannya memerlukan daya fokus yang tinggi. Aku la tu yang selalu hanyut ke sana sini. Masa permulaan buku, aku rasa buku ni macam diari Ari. Tapi Ari ni lelaki, walaupun gaya tulisannya sangat berbunga-bunga yang membuatkan aku beberapa kali juga tertidur. .
Dan timeline nya agak memeningkan aku. Aku dah tertukar-tukar, mana yang masa sekarang dan mana yang flashback. .
Dan paling penting, apa ni, aku tak tahu siapa Giri? Stresss. hahaha. Tapi aku teka, orangnya ialah Man Gelong. Betul tak? hahaha. (okay, jangan terpengaruh. Ni cuma andaian aku. Kalaulah mampu, aku akan reread buku ni, untuk confirmkan andaian aku tu, tapi sis tak mampu dah)
Actually novel ni dah beli lama...biasalah pending banyak sangat novel2 lain2... Fuhh...berjaya juga membacanya...
Kisah berat dalam dunia kegelapan masyarakat ... Sangat mendalam memaparkan sisi sisi gelap dunia Ari... Mendambakan bahagia namun kegelapan jua yg ditempuh dan diharungi... Cuba mencari kebenaran dan membalas tapi berakhir dengan gelap juga....watak hero jahat namun masih tersimpan perikemanusiaan...
Novel Ari memang lain dari yg lain.'Novel thriller yang tak akan mudah dilupa',aku sokong keterangan tu.Lepas baca rasa macam nak ada sambungan bagi complete jalan cerita.Tak puas hati bila jalan cerita macam tersangkut sekerat jalan.
Harap ii Mahizan Husain akan menerbitkan novel yang ke-2
Tak best langsung buku ni. Sekian. Lagi tak best sebab penulis ni paksa kita baca dari sudut pandang watak utama yang memang useless takde hala tuju dalam hidup melalut sampai semua orang dia nak bunuh.
Jalan cerita yang menarik. Satu bacaan yang berat & bukan sanyai. Watak Ari yang jahat tapi terselit sisi baik. Tapi banyak sangat watak & menyebabkan terpaksa recall balik tiap kali watak disebut @ flashback. Ending cerita ni, agak terkilan. Mungkinkah ada Ari 2?
Betul... Novel ni tidak boleh dibaca secara santai... Saya mengambil masa selama 2 week utk habiskannya. Tapi persoalannya sini... Siapakah pembunuh Ari & Ria? 😩😩😩😩🤣🤣🤣🤣
ARI, salah satu novel yang aku teringin nak baca dulu..ada di library office & habis ✅
Aku tak letak apa² expectation utk novel Ari ni, cuma aku tertarik dengan blurb. Cerita dia fast-paced, agak meleret & dapat imagine macam tengok movie.
Macam mana aku boleh minat kat Draco Malfoy dalam Harry Potter, macam tu jugalah aku terminat kat si Narong yang aku tak tahu nak kategorikan dia kat mana. Mafia muka thai-melayu yang handsome berdarah beku katanya? 😅😂🤔 Nak kata pure evil? Setiap ayat yang dia keluarkan aku tak bau aura jahat, jaga kebajikan anak² buah dia & family, dia ajar Ari macam² (hmm..interesting macam Man Gelong pun ada taw segala benda walaupun watak dia org gila) sampai Ari pulak yg nampak overshadow ketua dia. Dah nak habis cerita baru nampak dark side Narong ni.
Bila dia dah dapat mandat jadi ketua kumpulan gangster lagi over rasa menyampah pulak aku baca sampai ke tahap 'dah² la tu Ari oii, mana pegi Ari Harapan yg baik, yg empathy aku baca awal² tu? Dari A-Z kau sembang kau punya style baju la hobi la apa la, stop it. Focus kat cari Giri je la🙄'
Macam readers lain, aku pun skip sampai beberapa bab akhir sbb tetiba banyak pulak watak aku tak kenal / muncul sekali dua , pakej ending tergantung.
Apapun aku setuju, novel ni walaupun dia dark, tapi banyak benda yg boleh buat kau terfikir.
This entire review has been hidden because of spoilers.