Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jalan Sehala

Rate this book
"Tahukah wahai diri, ke mana engkau sedang memandu?"

Tanpa mengira cara dan cuaca, pemandun kehidupan kita sentiasa bergerak ke hadapan. Kita perlu cekap menggunakan cermin kanan, kiri, belakang dan hadapan agar kita selamat menuju destinasi.

Jalan sehala merupakan nukilan kritis penulis terhadap pemanduan hidup seseorang manusia. Sepanjang pemanduan, mata dan akal haruslah bekerjasama untuk mensyukuri pemandangan indah di cermin kanan, menginsafi mehnah dari arah cermin kiri, menilai jauhnya perjalanan mrllui cermin belakang, dan fokus kepada tujuan di cermin hadapan. Hakikatnya, kita semua memandu di atas jalan sehala yang sama.

380 pages, Paperback

Published February 1, 2019

23 people are currently reading
168 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

24 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
94 (51%)
4 stars
71 (39%)
3 stars
15 (8%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
August 6, 2019
Aku dah start jatuh cinta dengan gaya penulisan penulis bermula daripada segmen mukadimah lagi. Keterangan mengenai 4 bab dalam buku ini iaitu cermin kanan, cermin kiri, cermin belakang dan cermin hadapan yang masing-masing membawa erti berlainan.

Banyak benda aku belajar dalam buku ini. Aku suka dengan sudut pandangan penulis mengenai pelbagai aspek kehidupan. Cara penerangan yang digunakan adalah ringkas dan mudah difahami. Sambil membaca buku ni, aku tidak henti berfikir yang bahawasanya orang bijak dan banyak ilmu seperti penulis perlu menyebarkan ilmu yang ada padanya kepada orang lain. Dan kita sebagai makhluk yang belajar dan berfikir perlu membaca untuk mendapatkan ilmu tersebut. Seiringan dengan perintah pertama dalam agama kita iaitu baca.

Antara topik yang aku suka adalah Rendah Akhlak kerana Rendah Fikiran, Beragama dengan Akal yang Sakit, Apabila Ada Jawapan untuk Semua Soalan, dan Belajar Bahasa dan Berbahasa.

Kesimpulannya, Jalan Sehala merupakan buku yang sangat bagus untuk dibaca. Aku sangat rekomen buku ni 👍🏻 . Terima kasih penulis 👍🏻

Rating: 4.5/5 ✨

P/s: ada share beberapa kata-kata menarik yang membuka minda daripada buku ini di bookstagram acc @siriusiqa
Profile Image for  Mr Chu.
6 reviews1 follower
April 14, 2020
"The Book Of Thougths"

Buku ini cukup sarat dengan beberapa pandangan peribadi Saudara Hasrizal mengenai apa yang terjadi dengan manusia zaman kini. Mengambil contoh peristiwa2 bersejarah yg ikonik untuk dijadikan rujukan pada permasalahan kini.

Bagi saya, peristiwa2 silam dan sejarah tetap akan berulang, cumanya yg mencetuskannya adalah drpda olahan kesilapan yg berbeza tetapi datangnya dari rangka yang sama.

Buku ini cukup menjentik akal kerana setiap perbincangan yg Saudara Hasrizal ketengahkan membuatkan para pembaca "berfikir dan bertaakul". Bagi saya ini adalah objektif utama buku ini. Buku yang membuat kita berfikir.

Antara intipati utama yang saya boleh ringkaskan mengenai pengisian buku ini adalah:

*Akal yg sihat bermula dengan memahami sesuatu perjuangan.

*Keraguan terhadap kebenaran itu tidak salah. Carilah ilmu agar Keraguan itu bertukar menjadi keyakinan.

*Bertaubat kerana Allah SWT, bukan kerana manusia

*Pemerintah hebat sudah pastinya ada kelemahan. Jangan sampai mengagungkannya sehingga menidakkan kritikan terhadapnya.

Dan banyak lagi...

Buku ini bukan sekadar buku.

Buku ini adalah satu perjalanan akal dengan menyingkap sejarah silam sebagai pedoman hidup di atas Jalan Sehala menuju ke destinasi yg dirahmati Allah SWT.

❤️

-Mr Chu

#CabaranBukuDWB #BookChallenge #StayAtHome #MalaysiaMembaca
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
October 30, 2020
Bagi pembaca yang akrab dengan penulisan penulis, pembaca pasti mendapati bahawa buku ini (hampir keseluruhan penulisannya) merupakan himpunan artikel yang dikarang penulis beberapa tahun lepas. Isu dan inti yang dikupas meliputi isu Salaf-Khalaf, Gerakan Islam, Romantisisme Sejarah, Pendidikan Sepanjang Hayat, Pedofilia dan SunnatulLah-Syari‘atulLah.

Wacana dan mesej yang dibawa oleh penulis cuba dibumikan dengan cukup baik dan seseorang pembaca boleh membaca sepintas lalu isu-isu yang berlegar dalam dunia Islam dan cara menanggapinya dengan kritis. Adapun, kupasan secara lebih lumat lagi mendalam, boleh diperoleh melalui buku-buku spesifik berkenaan topik itu sendiri seperti buku Reforming Education oleh Adler untuk pendidikan sepanjang hayat, Wajah Peradaban Barat oleh Adian Husaini dan Islam and Secularism oleh al-Attas untuk wacana Timur-Barat, What is History oleh E.H. Carr dan The Idea of History oleh Collingwood untuk falsafah sejarah dan al-Insāf fī Bayān Asbāb al-Ikhtilāf oleh al-Dahlawi untuk wacana Salaf-Khalaf.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
September 29, 2021
Buku yang sesuai untuk membuka minta terutama anak muda masa kini dari segi sosial,budaya,agama dan pendidikan. Semuanya ibarat terangkum dalam satu buku.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 21, 2020
Persoalan mengenai umat Islam kini yang perlukan Era Pencerahan Eropah sedikit sebanyak wujud kebenarannya. Namun apa yang penting, jangan dibiarkan keraguan mengundang resah. Takatnya dimana untuk keraguan itu?

Melihat keadaan umat islam yang terlampau wala pada "ulama" mereka, seolahnya takde ruang langsung boleh dipersoalkan, mana akal fikiranmu
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
February 21, 2021
Sebuah buku yang amat bermanfaat untuk kita baca, faham dan muhasabah kembali apa yang kita lakukan dalam perjalanan hidup ini.

Setiap topik dikaitan dengan peristiwa yang berlaku, jadi memberikan fahaman yang lebih baik.

Akhirnya, perjalanan hidup kita adalah jalan sehala, tidak mungkin boleh diulang kembali. Apa yang perlu dilakukan adalah perbaiki diri dan terus belajar untuk jadi seorang muslim yang lebih baik.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 17, 2021
- Dari penulisan beliau, dpt disimpulkan penulis sememangnya seorang yang berminda luas (memandangkan ini kali pertama saya membaca karya beliau).

- Penulis membawa pembaca kpd pelbagai sudut cermin kehidupan (iaitu cermin kanan, kiri, hadapan, belakang). Penulisan yg membawa pembaca untuk merentasi dimensi masa tersebut.

- Agak sukar utk saya cerna dan hadam penulisan penulis pd bahagian cermin belakang mungkin kerana minda yg kurang kefahaman dan kurang pengetahuan. Tetapi saya tetap cuba utk habiskan sebaiknya.

** 3.8/5 bintang
Profile Image for Faiz • فائز.
360 reviews3 followers
September 2, 2025
Bingkisan pengalaman dan pandangan Ustaz Hasrizal berkenaan kehidupan. Persis buku-buku beliau yang lain—seruan untuk membaca, menggunakan akal, tidak bertaklid buta dalam beragama, mengutamakan pendidikan; diulangsebut banyak kali dalam buku ini.

Saya paling gemar pada bahagian awal buku apabila beliau mengingatkan pembaca perihal pemilihan perkataan apabila berbicara. Sebagai seseorang yang agak teliti dalam penggunaan sesuatu perkataan, sama ada dalam penulisan atau pertuturan, peringatan ini sangat baik sekali. Terkadang, satu kalimat sahaja boleh mengubah keseluruhan perbicaraan.

Selain itu, saya juga maklum dengan kekaguman beliau terhadap Imam Birgivi (hidup pada abad ke-16 Daulah Uthamniyyah). Cuma, baru kali ini hati tergerak untuk mendalami riwayat beliau. Bakal dilakukan pembacaan kelak.

Persis dengan saranan beliau juga, saya tidak bertaklid buta dan berusaha menggunakan akal. Rentetan itu, ada beberapa hal yang saya kurang, bahkan tidak bersetuju sama sekali.

Misalnya, pernyataan ini: "Manakala golongan kedua pula, golongan ahli sains dan profesional. Mereka ini mudah untuk menerima seruan manhaj Salafi kerana ia bersesuaian dengan kerangka pemikiran saintifik. Mereka dididik dengan ilmu Sains, sama ada ilmu kejuruteraan, perubatan, sains politik, sejarah atau antropologi yang mengajar bahawa kesahihan sesuatu teori mestilah dengan justifikasi dalil dan sebab" (h. 292).

Lanjutnya lagi, "Mungkin inilah punca, mengapa keterbukaan untuk menerima manhaj Salafi ini lebih mudah berlaku dalam kalangan orang sains berbanding dengan orang agama. Malah orang agama pula yang bertindak menjadi penghalang kepada gerakan pemurnian ini."

Saya tidak pasti sama ada beliau mengemukakan hujah ini berdasarkan dalil atau tidak. Sekiranya berdalil, maka perlu dinyatakan data dengan bentuk angka atau statistik bahawa memang benar bahawa ramai orang sains bermanhaj Salafi. Selain itu, perlu juga ditunjukkan pembuktian terhadap pernyataan "manhaj Salafi... bersesuaian dengan kerangka pemikiran saintifik." Tapi, melihat kepada bentuk kandungan buku ini yang ringan sifatnya, berlebih pula tuntutan saya.

Ada juga hal-hal lain lagi yang saya kurang bersetuju, cuma bahagian inilah yang paling mengganggu saya. Namun, selain daripada itu, banyak hal-hal baik yang boleh diperoleh daripada buku ini, terutamanya berkenaan komunikasi-hubungan dan pendidikan.
October 29, 2019

Jalan Sehala merupakan satu buku yang wajib dibaca oleh anak muda kerana ia mengandungi pelbagai buah fikiran yang menjadikan kita lebih berlapang dada ketika menimba ilmu.
.
Menariknya penulis ini mampu membawa para pembaca untuk bersama-sama berfikir sejenak setelah membaca penulisannya di dalam buku ini.
.
4 bab utama yang dimuatkan di dalam buku ini cukup menyedarkan saya untuk keluar dari “kelompok yang biasa” dan keluar untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin.
.
Kerana risau sekiranya kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu dan akhirnya memakan diri kita sendiri terutama ketika berhadapan dengan musuh.
.
Dan risau kita mudah menghukum orang lain disebabkan kejahilan diri kita sendiri.
.
Kata penulis, semakin kita menjahilkan diri terhadap musuh, semakin terserlah kebodohan kita.
.
Moga dengan bantuan cermin kiri, kanan, belakang dan hadapan kita mampu menuju ke destinasi kita yang hakiki.
.
Menggunakan jalan sehala.
.
Iaitu jalan yang diredhai oleh Allah ☺️.
Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
June 25, 2025
Rasa sedih membelenggu diri tatkala sampai ke muka surat terakhir buku ini. Ibarat berpisah dengan sahabat lama yg tidak akan bersua muka kembali.

Jalan Sehala, buku yang sarat dengan pelbagai nasihat dan pedoman buat diri sendiri, pendidik dan juga pemimpin. Lengkap dalam satu buku.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
November 6, 2020
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, alhamdulillah, sebuah lagi buku saya berjaya habiskan pada tahun ini. Saya mula mendapat momentum untuk membaca beberapa bulan ini kerana saya ingin menyibukkan diri dengan aktiviti - aktiviti yag lebih sihat dan bermanfaat sepanjang PKPB ini. Sebelum ini mungkin saya banyak menghabiskan masa dengan melayan kdrama , atau beriadah, mendaki bukit, gunung dan air terjun , namun selepas PKPB , saya menghadkan pergerakan saya ke luar kerana dibimbangi menjangkiti atau di jangkiti Covid 19, memandangkan saya bekerja di hospital.

Karya Ustaz Hasrizal tidak pernah mengecewakan, kerana karya beliau sentiasa diselitkan dengan fakta dan rujukan daripada bahan rujukan yang beliau baca. Karya kali ini menyelami emosi saya dari pelbagai sudut. Adakalanya saya marah, keliru, gembira, sedih , pelik dan sebagainya. Sentiasa membuatkan saya berfikir lebih jauh dan mendalam tentang apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Bercakap mengenai fakta dan sejarah, mengingkap kembali sejarah daripada Zaman Uthmaniyah, masuk ke zaman Eropah ( zaman kegemilangan ) dan diselitkan juga dengan zaman kegelapan. Gerakan Islah, gerakan Islam di Eropah dan di Malaysia, Islam Liberalisi, Islam di Eropah , perbezaan pemahaman tentang Islam oleh ulama- ulama yang menuntut ilmu di Jordan dan golongan ulama professional yang mendapat pendidikan di negara Barat, Tajdid, Taklik, kemudian membawa saya melayari kisah - kisah Imam Birgivi yang pernah dikongsi pada karya sebelum ini. Al - Fatih yang memimpin secara autokratik selepas berjaya menawan konstantinopel yang tidak pernah diceritakan oleh mana - mana kitab atau buku turut membuka mata saya memahami dan melatih saya daripada bersikap tidak berat sebelah tentang sejarah.

Di penghujung muka Jalan Sehala, beliau mengingatkan kita untuk tentang bersikap tidak terlalu cenderung sesuatu kefahaman, atau denga erti kata lain menjadi ekstrimis atau terlalu melampau.

"Pemisah antara puasa kita dengan puasa ahli Kitab adalah makan sahur"( Hadis Riwayat Muslim (1096)

"Agama kita akan teguh nyata selama mana orang ramai menyegeraka berbuka puasa kerana sesungguhnya orang -orang Yahudi dan Nasrani itu melewatkannya "

Dan diakhiri dengan

"Sesungguhnya akan tiba tahun - tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya ( yang seakan - akan bijak dan benar ) . "Para sahabat ebrtanay , 'Siapakah Ruwaibidhah itu? "baginda mejawab, ' Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.'" ( Hadis Riwayat Ahmad 15/37-38 degan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasa dan matannya sahih )


Terima kasih Ustaz , teruskan menulis

Sekian.

Yang masih belajar mendalami Islam.
Profile Image for Nurul Nadhira Idris.
27 reviews
June 11, 2020
Konsep muhasabah menggunakan cermin kanan, kiri, depan, dan belakang ni menarik. Membuatkan saya terfikir, seberapa banyakkah pelajaran yang sudah saya ambil dari pengalaman hidup saya. Sudah cukupkah pelajaran diambil. Adakah saya memilih-milih pengalaman. Sebab saya cenderung untuk mengabaikan pengalaman yang tak seronok.

By the way, seperti bukunya yang lain, tulisan Ustaz Hasrizal sememangnya enak dibaca sebab membantu menghuraikan sesuatu. Topik yang sepertinya rumit di fikiran, menjadi mudah bila dapat dihuraikan oleh seseorang dengan tepat.

Terima kasih.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 13, 2020
Ini adalah buku kedua ustaz Hasrizal yang saya baca selepas Seni berfikir yang hilang.

Buku ini merupakan analisis mendalam penulis mengenai pemanduan kehidupan kita. Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu cermin kanan, kiri, depan dan belakang yang sangat simbolik dengan perjalanan hidup kita.

Daripada pengenalan lagi saya sudah jatuh cinta dengan buku ini. Penulis banyak membuka mata pembaca dengan membincangkan sesuatu realiti dari perspektif berbeza dan mengajak pembaca berfikir dengan lebih luas. Terdapat juga beberapa ayat Al Quran dibincangkan yang membuatkan saya begitu kagum. Nyata sekali masih kurang ilmu diri ini dan masih banyak perlu dipelajari.

Buku ini agak berat bagi saya tetapi bagus untuk mengasah minda berfikiran lebih kritis. Saya kongsikan petikan kegemaran saya;

"Berkata-kata pada zaman ini bukan lagi natijah fikiran, sebaliknya lebih kepada kurangnya berfikir sebelum menukil perkataan"

Secara keseluruhannya, buku yang sangat baik dan in shaa Allah saya akan ulang baca lagi selepas ini☺
12 reviews
June 10, 2020
Perkongsian kisah hidup penulis dan membawa pembaca berfikir tentang isu yang dibawa.

Disamping menceritakan tentang pengalaman penulis, penulis membawakan fakta-fakta Yang menarik yg membuatkan pembaca menilai isu yang dibawakan.
5 reviews
Read
June 8, 2020
Best! Sangat informatif, banyak yang saya tak tahu terus jadi tahu. Konten padat walaupun mesejnya disampaikan dengan santai, recommend untuk orang yang nak baru nak baca buku agama! Suka sangat highlight kata-kata ustaz dalam ni!
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 7, 2022
Mukadimah yang sangat menarik untuk memulakan pembacaan, cukup untuk memberi gambaran tentang keseluruhan isi buku.

Secara umumnya, topik-topik yang dikemukakan sangat sesuai dengan situasi semasa terutamanya dalam bidang pendidikan. Terdapat banyak kritikan tentang sistem pendidikan yang boleh diambil berat.

Bagi saya, ‘Cermin Belakang’ agak berat untuk saya hadam. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa saya akan mengulang baca buku ini dalam beberapa tahun lagi. Mungkin perspektif saya boleh berubah. Siapa tahu.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
March 5, 2022
Kupasan yang sangat menarik dan membuka minda kita sebagai orang islam bagaimana dengan jalan kehidupan kita berdasarkan cermin kiri, kanan, depan dan belakang. Semua itu mempengaruhi kehidupan kita sebagai manusia.

Saya paling suka kupasan tentang istiqamah, mungkin kena dengan situasi saya yang sedang mencari bagaimana cara untuk menjadi seorang yang istiqamah dalam rutin seharian. Istiqamah perlukan pengorbanan yang besar kerana ia melibatkan pengorbanan hati yang sering berbolak-balik sifatnya. Rasulullah SAW juga berfikir secara serius tentang makna dan fizikal yang terkesan dengan Surah Hud sehingga menjadi salah satu punca pencetus uban Baginda.

Surah Hud memperkatakan tentang istiqamah, setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
August 29, 2020
penulis melontarkan pandangan-pandangan yg bernas dalam isu-isu yang diutarakan.Banyak yg boleh difikirkan dan diambil manfaat dari buku in.Tahniah kepada penulis yg menulis berdasarkan ilmu dan pengalaman yang luas
Profile Image for budu kicap.
48 reviews
March 14, 2021
Jalan Sehala buku yg mengajak kita berfikir tentang diri kita dan apa yg berlaku disekeliling kita. Ada persoalan2 yg ditimbulkan penulis, yg sangat memberi kesan kepada pembaca untuk kita refleksi diri utk ke arah kebaikan dan menjadi semakin baik drp sebelumnya.
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews4 followers
August 30, 2023
Buku Jalan Sehala ini, rasanya tak pernah baca sebelum ini tetapi bila dah mula baca tu, seakan-akan pernah terbaca pula. Mungkin memang pernah baca, tapi tak habiskan. Permulaan yang baik dan ‘smooth’ tetapi bila dah hampir ½ baca, isu yang dikupas jadi makin ‘berat’ dan perlukan fokus. Maka dari itu, ambil masa yang agak lama untuk habiskan buku ini. Ada bahagian yang kena ulang-ulang baca untuk difahamkan.

Penulis, Ustaz Hasrizal membahagikan penulisan kali ini kepada empat bahagian; Cermin Kanan, Cermin Kiri, Cermin Belakang dan Cermin Hadapan.

Cermin Kanan mewakili hal-hal positif yang hadir dalam hidup penulis. Cermin Kiri pula mengingatkan penulis mengenai peristiwa atau kejadian kontroversi, pengalaman pahit yang menjadi ujian kehidupan.

“Cermin kiri itu jangan terlalu banyak dipandang hingga hilang upaya optimis. Jangan sampai putus asa dengan kehidupan.Ujian demi ujian, ingatlah semua itu hanya sementara, di dunia yang sementara ini, dan kita masih bergerak ke hadapan.”

Cermin Belakang pula menampakkan pengalaman silam yang mengandungi pelbagai iktibar dan amaran. Cermin Hadapan pula mesti dipastikan sentiasa jernih, jelas dan tidak kabur bagi membolehkan kita menempuh perjalanan sebenar dengan selamat.

Ada satu petikan dari buku ini pernah kami (adik-beradik) turut sama bincangkan suatu masa dulu, iaitu mengenai tuntutan mengubah sesuatu kemungkaran.

“Apabila kita melihat kemungkaran, tuntutan sunnah bukan “mencegahnya” seperti yang sedia tahu dalam terjemahan Bahasa Melayu kita. Sebaliknya perintah Nabi Sallallahualaihiwasallam ialah “mengubahnya”. Menukar serangan dan ancaman kepada peluang.

Kerap kali kita menegur seseorang yang melakukan kemungkaran dengan mencegah dan menghalangnya tanpa berikan solusi sehinggakan orang yang ditegur rasa mereka dalam situasi win-loss situation. Orang yang menegur (win), manakala yang ditegur (loss). Cuba kita bagi solusi supaya masing-masing rasa selesa dengan win-win situation. Boleh baca lebih lanjut pada halaman 125.

Satu lagi racun dalam masyarakat kita, suka menegur dengan bahasa menyindir. Boleh baca dengan lebih lanjut pada muka surat 127.
Mula dari bab Cermin Belakang, perlukan fokus dan bacaan yang berulang-ulang kali untuk memahami sesuatu isu.

Ada banyak juga buku-buku yang penulis cadangkan. Nanti akan datang, mungkin Dija boleh senaraikan buku-buku tersebut. Kesimpulannya, banyak isu-isu dalam buku ini kita boleh relate dengan kehidupan seharian. Moga kalian pun beroleh sesuatu untuk dimanfaatkan.
Profile Image for Amirah Mardhiah.
38 reviews5 followers
July 10, 2021
Ini merupakan karya @iamhasrizal yang pertama saya baca. Subhanallah. Saya sangat suka apabila Ustaz Hasrizal bijak menyusun setiap kata dan mengajak pembaca untuk turut berfikir sama, bukan sekadar menerima input daripada penulisan beliau semata-mata. Setiap kali habis satu bab, saya akan mengangkat kepala saya dari buku dan termenung. Merenung apa yang telah saya baca. Tidak keterlaluan untuk saya kata, pada awal saya membaca buku ini, telah terlintas dalam hati saya, “beratnya buku ni.” Walhal, saya yang jarang berfikir secara kritis dengan bahan bacaan saya.

Tahniah Ustaz Hasrizal kerana berjaya bawa saya keluar dari zon selesa saya. Dan perkara yang saya paling suka, terlalu banyak jawapan kepada persoalan2 saya yang telah lama terbuku di hati dalam buku ini. Terima kasih Ustaz.

Saya sarankan kepada anak muda untuk membaca Jalan Sehala ini kerana ianya sangat membantu dalam memandu pemikiran kita dalam dunia yang berselirat dengan pemikiran yang tidak betul tetapi bersadur dengan kebaikan pada luarannya. Ianya sangat membantu untuk kita berfikir dengan baik, berlapang dada ketika menuntut ilmu. Tapi syaratnya, anda harus membaca karya ini dengan hati yang terbuka.

Buku ini mempunyai 4 bahagian yang saya rasa sangat menarik, apabila Ustaz Hasrizal menggunakan istilah cermin kanan, kiri, depan dan belakang untuk mengajak pembaca muhasabah tentang perjalanan kehidupan masing-masing. Ada satu bahagian dalam buku ini yang menyentuh soal keraguan tentang Al-Quran. Betulkah sebagai seorang Muslim, kita tidak patut ada keraguan langung tentang Al-Quran? Kalau dengar dek sesetengah orang, dah mudah-mudah dapat label yang tak menyenangkan bukan, jadi kebanyakan daripada kita yang mempunyai persoalan sebegini, akhirnya memilih untuk berdiam diri tanpa mencari jawapan. Saya sangat suka apabila Ustaz Hasrizal mengupas perkara ini, kata beliau, dengan keraguan tersebut lah sepatutnya kita cari jawapan supaya keraguan itu bertukar menjadi suatu keyakinan hakiki. Bukan sekadar yakin ikut-ikutan.

Semoga dengan cermin kanan, kiri, hadapan dan belakang ini, kita dapat memandu perjalanan kehidupan kita dengan baik.
Profile Image for Hasnidar.
35 reviews1 follower
August 22, 2021
'Carilah ilmu agar menyukai dan membenci, bukan sekadar ikut ikutan.' 

'Hai anak muda, apabila engkau ada jawapan untuk semua soalan, engkau tidak cukup syarat untuk menjadi penuntut ilmu. Engkau tidak cukup telinga untuk mendengar sebelum berkata. Tanda dunia ini dibelenggu kebodohan, apabila hidup kita dibingitkan oleh pendapat dan komensemua orang dalam semua perkara.'

'Tidak minat bukan alasan untuk tidak lulus dan cemerlang. Segalanya berbalik kepada soal disiplin atau bersabar melakukan perkara yang kita tidak suka untuk akhirnya mendapat peluang melakukan perkara yang kita suka nanti.'

'Bersabarlah apabila dimarahi, dilabel, dikecam dan dipulaukan. Bukan semua penyebar kebenaran suka kebenaran dipersoalkan. Adakalanya mereka cuba menjadikan kebenaran itu milik mereka, sedangkan kebenaran sentiasa hak ekslusif antara setiap insan dengan Tuhannya.'

'Berlaku adil pada kawan dan lawan adalah prinsip tinggi dalam islam.' 

'Jika membenci jangan sampai menzalimi. 

Jika mencintai jangan sampai hilang pertimbangan. 

Kesetiaan kita bukan pada individu, aliran, dan pemikiran. 

Kesetiaan kita adalah pada kebenaran. 

Kebenaran yang mendekatkan kita pada Al-Haq, Tuhan yang Esa, pemilik agama ini.'

'Jangan melampau dalam beragama. Dalam amalan, juga dalam prinsip, pemikiran dan perasaan.'

----

Naskah ini wajib dibaca oleh semua kader. Supaya tidak bermudah-mudah menjatuhkan hukum sesama petugas. Saya suka pendirian ustaz, tidak beremosi, dan tidak meromantiskan sesuatu perkara. Segala tindakan, keputusan, dan pemikiran ada sandarannya. 

Kesetiaan bukan pada individu, bukan juga pada aliran atau pemikiran. Tapi kesetiaan yang melahirkan jalan sehala adalah pada jalan kebenaran. 

"Jika kamu menjadi seorang yang berpandangan, maka jadilah orang yang berpendirian. Sesungguhnya kerosakan pandangan itu, adalah apabila kamu berbelah bagi." -Al Mutanabbi. 
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
August 15, 2019
Penulis mengajak kita berfikir dengan pemikiran kritis dan berlapang dada. Sesuai untuk dihayati bersama.
Profile Image for Nadirah Shamsuddin.
5 reviews
September 24, 2019
Membaca nasihat dari Ustaz Hasrizal dari buku ni, merasakan beliau seolah olah dekat. Dari segi susunan ayat dan juga bahasanya.

Jalan Sehala mengajarkan kita untuk melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Iaitu dari kaca pandangan cermin kanan, cermin kiri, cermin belakang dan juga cermin hadapan. Cermin ini yang akan membantu kita sepanjang pemanduan hidup.

Hidup adalah sebuah perjalanan yang panjang. begitu juga dengan pendidikan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Safwan Hazeman.
36 reviews1 follower
January 25, 2020
Buku ini membuatkan kita banyak muhasabah diri dan berfikir. Sebagai orang muda yang masih menongkah arus kehidupan atau yang dewasa yang mahu mengubah sejarah hitam silam, saya rasa perlu pendedahan buku. Cuma ada sebahagian saja kandungan buku ini diulang semula daripada buku 'setia dengan kebenaran'.
Profile Image for Nabilah Pazmi.
5 reviews
August 7, 2019
A must have book

Berkongsi tentang pengalaman penulis yg relate dengan sejarah.

“Bila sebut pengalaman, dia menggambarkan prinsip seseorang terhadap apa yang dia fahami.”

Tapi ada beberapa persoalan yang memerlukan kepada pendirian penulis terhadap orientalis dan lain-lain.

2 reviews
November 23, 2021
Banyak hikmah-hikmah (ilmu) terkandung dalam sumber-sumber primer berbahasa Arab dan English. Walaupun minat, tapi kekangan untuk hadam tulisan berat dalam bahasa asing menjadi kekangan utama. Buku-buku ustaz Hasrizal jadi pilihan sebab idea-idea berat dari sumber asli diolah dengan bahasa laymen, mudah untuk kita faham.

'Jalan Sehala' berjaya betulkan persepsi dan sikap saya yang 'anti' kepada segala dari dunia Barat. Penulis ulas topik 'Western Views of Islam in The Middle Age' ketika era kejahilan (Age of Ignorance). Sikap bangsa Eropah yang bebal dan enggan memahami 'Muslim' membuatkan mereka tidak berkembang. Bagi mereka, Muslim adalah ancaman kepada Kristianiti, lantas idea-ideanya tidak perlu didalami. Sikap menjahilkan diri terhadap musuh inilah yang penulis cuba ajak kita renungkan.
Profile Image for Amira Nadhirah.
46 reviews1 follower
August 13, 2021
Sangat menarik dan bermanfaat. Cuma bagi saya, ada beberapa tajuk yang berkaitan dengan fakta, sejarah atau perbezaan mazhab itu perlu diringankan lagi gaya penulisan atau perlu lebih detail penjelasannya, supaya pembaca yang tiada asas pengetahuan tentangnya juga dapat pendedahan dan dapat mendalami cerita trsebut dengan baik. Saya sendiri mengalaminya juga.

Namun bagi pembaca yang sudah arif dan faham dengan istilah2 atau asas2 ilmu yang berkaitan, saya rasa ini buku yang agak baik untuk mereka baca.

Tajuk yang paling saya suka dalam buku ini ialah “beragama dengan akal yang sakit” dan “belajar berbahasa dan berbahasa”



“Sebuah keraguan itu tidak salah, namun carilah ilmu dan tukarkan keraguan itu menjadi keyakinan “
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
December 24, 2024
Bacaan kali kedua yg lebih tenang selepas 4tahun.
Mungkinkah ini kompilasi blog yg ditulis penulis berdasarkan isu semasa pada tahun² tersebut?
Saya suka bila mana penulis mengupas sesuatu isu secara kritikal dan memaksa saya untuk berfikir.

Teguran buat saya juga untuk menekuni isu sekeliling dan take part sambil cermin diri. Ke arah mana saya menghala perjalanan yang berbaki ini?
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.