Aku yang dahulu bukanlah aku yang sekarang. Tidak pernah aku terlintas untuk berhijrah daripada jahil menjadi tahu. Daripada membenci ajaran agama, menjadi pemuja nombor satu. Tapi kini aku sudah kembali. Kembali kepada fitrah. Namun jalannya bukan mudah. Dicaci, dihina, dipulau, dibuang, sampaikan aku jatuh terduduk di titik paling bawah. Noktah. Sehinggakan aku 'ditegur' sesuatu. Kerana 'teguran' itu, aku bingkas bangkit. Kerana 'teguran' itu, aku terus berlari dan tidak berpaling lagi. Baca dan carilah 'teguran' itu. Semoga kalian ketemu.
1. Buku ini bercerita tentang kejadian-kejadian yang dialami penulis dalam kehidupan beliau.
2. Ada juga monolog muhasabah diri.
3. Menariknya cerita beliau seperti banyak juga dialami diri kita sendiri, tetapi ada plot twist pada penghujungnya yang menjentik daya fikir.
4. Bagaimana sesuatu peristiwa yang berlaku, walaupun pahit seperti kopi, akhirnya sedap diminum bila diri sendiri menabur gula. Hanya jika kita mahu menabur gula!
5. Banyak "teguran dari langit" yang berlaku, tetapi kita alpa dan kadang-kadang, pura-pura tak melihat. Ego.
6. Buku yang baik untuk mengingatkan dan motivasi.
7. Lenggok bahasanya baik. Petikan rujukannya juga baik.
Bila kita berbicara tentang naskhah berunsur motivasi dan Islamik, biasanya kita akan lihat sama ada ia benar-benar berjaya menyedarkan pembaca atau tidak?
Untuk buku TDL ini, saya kira kisah-kisah yang diselitkan penulis memang memberi inspirasi dan teguran 'sinis' tentang umat Islam masa kini. Cumanya, saya kira buku ini akan lebih memberi kesan sekiranya bahasa yang digunakan tidak terlalu 'baku'. Ceritanya saya kira boleh jadi santai jika penulis cuba menggunakan paling tidak sedikit ayat-ayat 'anak remaja' masa kini. Paling tidak, pasti buku ini mampu menarik pembaca daripada golongan anak muda.
Walau apapun buku Teguran Dari Langit ini sememangnya antara naskhah terbaik andai kata kita ingin mencari kembali mana jalan pulang kita sebagai seorang Islam. Tahniah buat penulis! Teruskan berkarya!
Separuh pembacaan buku ini, saya mula tertanya-tanya. Teknik penulisannya ringkas sahaja, namun beritma. Seperti membaca beberapa rangkap pantun, namun dalam bentuk perenggan. Nampak seperti biasa saja, tiada apa yang pelik jika anda membaca sekali lalu. Namun tidak pada yang peka.
Nampak seperti penulis suka dengan teknik penulisan sebegitu. Ataupun sememangnya beliau tidak akan senang duduk jika penulisannya tidak seragam.
Nukilan-nukilan pesanan agama yang dinukilkan juga tidak seperti dari sudut pandang orang biasa. Banyak topik & situasi yang diutarakan kelihatan tidak biasa kita jumpa pada penulisan lain. Jarang disentuh. Nampak pelik juga kadang-kala. Penulis tidak segan untuk membogelkan segala khilaf, silap & sejarah silam beliau sendiri demi menjadi pedoman bersama.
Penulis ini bukan biasa-biasa saya rasa. Hanya beliau seorang yang telah kembali kepada fitrah sahaja yang saya maklum sebelum mula membaca buku ini.
Namun biodata penulis di akhir buku mengesahkan telahan saya. Serta beberapa bab di dalam buku ini.
Ternyata penulis ini bukan orang biasa-biasa. Antara insan terpilih di antara yang terpilih. 3 takdir besar berlaku dalam diri satu insan yang ini. 1 dikurniakan sejak beliau lahir, 2 lagi setelah dewasa.
Dan ini yang menjadikan buah tangan sulung dari beliau ini lain dari yang lain. Tidak pelik dengan sambutannya yang menggalakkan. Penulis ini memang istimewa.
Bab satu bab pemula sudah lain macam. Dari bab ini sahaja anda boleh menjangkakan buku ini bakal menjanjikan pengalaman pembacaan yang bukan seperti biasa.
Secara ringkasnya banyak isu yang penulis utarakan relevan untuk dijadikan pengajaran buat kita sebagai seorang Muslim. Relevan sepanjang masa, selamanya. Adab dalam berkawan & berjiran, janganlah tidak menjaga hati kawan. Berhati-hati dalam berbicara & perlakuan. Janganlah demi mengutamakan kebersihan sampai perlu membazir. Perlunya mengikis sifat was-was yang melampau, dalam bab beribadah terutamanya.
Jaga adab dalam bersosial di alam maya. Tidak perlu galak untuk komen semua yang tidak kena. Dalam banyak keadaan, diam & abaikan yang lebih elok.
Perihal bersabar. Bersabar dengan orang sekeliling, dengan kehidupan menumpang, dalam perhubungan. Semua itu ujian dari-Nya.
Perihal mengata duda & janda yang pantas mencari ganti. Perihal dendam. Perihal cemburu buta dengan pasangan.
Dan yang paling utama yang banyak diperkatakan oleh penulis, perihal adab dalam menegur dan ditegur. Bagaimana yang menegur perlu berhikmah dalam cara menegurnya, dan bagaimana yang ditegur perlu berlapang dada untuk itu.
Pernahkah hati kita terjentik atau akal kita berfikir apabila melihat sesuatu? Jika ya, maknanya kita sedang ditegur. Kita sedang diingatkan.
Itulah intipati dari buku "berharga" ini.
Kisah-kisah di dalamnya adalah kisah seharian kehidupan dia dan juga kita semua. Kita orang biasa yang punya rutin kehidupan yang juga biasa-biasa. Namun jika kita sentiasa rasa terdetik mahupun terjentik atas setiap apa yang kita lihat dan rasa maka kita bertuah kerana sedang ditegur dan diingatkan olehNya.
Buku ini membawakan kisah-kisah penulis yang berperang dengan diri yang baru kembali kepada fitrahnya. Baru bergelar seorang muslim, beliau sangat terkesan dengan setiap apa yang berlaku di sekelilingnya. Dikutip setiap ibrah dari kejadian yang berlaku di dalam hidupnya lalu dikongsi untuk kita sama-sama renung dan ambil pengajarannya.
Kisah-kisahnya yang menarik dimulai dengan monolog dan diikuti ceritanya, ditulis dengan bait-bait yang lembut, nyaman dan menyegarkan.
Satu penulisan yang bagus lantas menjadi bahan bacaan yang bagus untuk kita merenung diri, menjentik emosi dan akal agar menjadi lebih dekat dengan Sang Pencipta.
Hijrah. Tidak mudah untuk kita kekalkan penghijrahan jika tidak seiring dengan usaha yang sebetul-betulnya kerana iman itu ada naik turunnya.
Sebuah buku yang sarat dengan pengajaran dan pembelajaran hidup. Jika dibaca dengan hati yang tenang, inshaaAllah kita akan dapat menikmati setiap bait ayat penulis dengan penerimaan yang lapang dan terbuka.
Amar maaruf, nahi mungkar. Hakikatnya, bukan senang untuk kita bebas daripada melakukan dosa hatta hanya sekelumit perasaan yang tidak baik di dalam hati walaupun sebesar zarah. Sebagai contoh dalam bab menegur dari aspek kita sebagai seorang penegur; samada niat ingin menjatuhkan air muka si penerima teguran atau niat ingin membawanya ke arah kebaikan dengan cara yang berhemah.
Saya suka setiap baris ayat yang disampaikan oleh penulis kerana ia sebati dengan jiwa saya; lemah lembut isi penyampaiannya, maka lagi lunturlah jiwa yang keras ini. Cubalah baca dan nikmatinya dalam suasana yang tenang, pasti kita akan banyak termenung dalam mencari peluang untuk muhasabah diri. Bacaan Ramadan yang saya rekemen!
Teguran itu tanda ingatan Maha Pencipta buat MakhlukNya. Walaupun, pengisian nya begitu dekat dengan diri, aku sebenarnya mengharapkan lebih dari ini. Tetapi, ianya masih tidak mengecewakan.
Sebuah buku yang sarat dengan teguran dan kritikan sinis terhadap setiap individu. Pengisian yang menjentik para hati yang membacanya.
Yang sebenarnya, perubahan itu memerlukan anjakan paradigma dari sekecil-kecil hal sehingga ke sebesar-besar masalah. Kadang-kadang hidup ini memerlukan sebuah teguran sebagai jambatan kepada muhasabah diri.
Penulisan yang santai dan mudah dihadamkan. Ibaratnya, setiap bab membuatkan diri terpanah akan kekhilafan diri. Sehingga mendetikkan gerakan hati untuk menjadi lebih baik.
Dakwah santai yang menusuk.. Ibarat kene lempang slowmo.. 🤭 BEST! Dekat sangat dengan kita.. Cerita kita setiap hari sama ada kita sedar ataupun tak.. Allahuakhbar 😍
Buku ni penting untuk kita baca, terutamanya dalam zaman social media semakin berkembang. Banyak kisah-kisah ringkas yang memberi kita pengajaran tentang bagaimana berinteraksi dengan orang lain, dalam apa saja hal, tetapi yang berkaitan agama.
Contohnya, bagaimana bila kita rasa annoyed dengan posting orang lain? Atau, macam mana cara menegur yang sesuai, yang lebih dekat di hati? Banyak juga kisah tentang teguran Tuhan buat kita.
Penulisan sangat santai tapi penuh hikmah. Sarat dengan pengajaran yang boleh kita amalkan sekarang juga. Contohnya; berbaik sangka dengan orang lain.
Topik kegemaran saya dalam buku ini ialah; Kita Perlu Faham. ❤️
buku teguran dari langit ni banyak mengisahkan teguran2 tentang isu yang banyak berlaku dalam kehidupan kita yang kadang2 kita ambil remeh..Hal ini bukan sahaja terjadi kepada penulis yg baru memeluk islam bahkan semua umat Islam seluruhnya...penyampaian bahasa yg santai membuatkan saya tidak mengantuk membaca...cerita yg banyak mengisahkan tentang pengalaman seharian penulis tetapi memang sudah agak normal di masyarakat kita...syabas utk penulis..
I didnt finish this book,only halfway because i decided not to continue.This is due, i got bored.Yes i understand what the author try to deliver and some of the story i felt self reflection in myself. How the author try to deliver,the wording though, are 'bunga2', not straightforward and direct and therefore i kinda dislike it.
Teguran Dari Langit adalah sebuah kompilasi anekdot yang mendidik jiwa. Ditulis dengan penuh rasa, terkadang ada kena tempiasnya.
Teringat penulisan Ustaz Pahroul Joui, ada seakan-akan sama lenggoknya, tapi yang pasti jalan ceritanya berbeza.
Tuhan menegur hamba-Nya dengan pelbagai cara, sama ada kita sedari atau tidak, kalau dihayati dan direnungi setiap perjalanan kehidupan, pasti tidak kurang banyaknya.
Dakwah santai melalui pengalaman dan penceritaan yang bagus untuk kita renungi sebagai hamba Sang Pencipta.
A good book from a mildly autistic individual. With a lot of inspiring perspective on how to accept things that's not going our way. About loving something that seems impossible to love.