[BOOK 92]
Cinta by Ruby Nur Airis.
.
Buku ni pun antara buku paling lama dalam koleksi TBR aku. Sejak 2018. Ni merupakan sekuel kepada novel Mr Killer Smile.
.
Jujurnya, aku dah ingat-ingat lupa tentang MKS tu.
.
Iskandar dan Auni telah mendirikan rumah tangga. Tapi, masih dirahsiakan daripada pengetahuan kawan-kawan mereka.
.
Tak lama pun la. Lepas tu, kantoi je. Dan dorang dapat anak kembar lelaki. Malangnya, salah seorang anak mereka disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan.
.
Mereka redha dan hidup bahagia bertiga, bersama Luth Naufal buah hati mereka.
.
Sehinggalah beberapa tahun kemudian, di taska, Luth berkenalan dengan seorang budak lelaki yang juga memiliki lesung pipit sepertinya.
.
Mulanya, semuanya baik-baik sahaja, sehinggalah mereka diberitahu tentang identiti budak lelaki tersebut. Namun, semuanya sudah terlambat. Mereka sekali lagi terpisah.
.
Apakah sebenarnya punca kepada permasalahan ini?
.
Buku ni, timeline nya panjang. Tapi nipis je bukunya. So, laju je la ceritanya. Ceritanya okay je, cuma disebabkan konflik tersebut sebenarnya agak berat, so, aku mengharapkan olahan yang lebih terperinci. Bukan sekadar surface je. Punca masalah pun tak cukup kuat sangat sebenarnya. But overall, it was a nice reading. Suka dengan bukunya yang floppy. Tak banyak buku floppy yang macam English book pada tahun 2018 ya. haha