Jump to ratings and reviews
Rate this book

Engkaulah Bidadari; Suamiku Tauke Pisang

Rate this book
Engkaulah Bidadari

Lutfi dan Aisyah, adik-beradik angkat yang terpaksa bernikah akibat desakan bapanya kerana bimbang fitnah orang. Ironisnya, mereka berdua saling cinta dalam diam. Namun kerana saling memendam, mereka jadi tidak serasi.

5 tahun Aisyah melarikan diri daripada Lutfi kerana menyangka cintanya tidak berbalas. Setelah pulang dari UK, hubungan mereka terus getir akibat salah sangka. Kehadiran Hisyam dalam hidup Aisyah menambah dendam di hati Lutfi yang selama ini dalam diam sudah banyak berkorban demi Aisyah.

Terburu-buru! Kerana cemburu buta dan tidak mahu mendengar, Lutfi menghukum Aisyah kerana Hisyam. Dalam keadaan hati sudah begitu lama berharap, hati Aisyah mula menjadi tawar dengan sikap Lutfi. Mereka semakin tidak serasi. Sudahnya cerai menjadi jalan keluarnya.

5 tahun berlalu, alah bisa tegal biasa, Aisyah hidup dalam buangan keluarga yang berat sebelah layanannya. Lutfi kembali ke Malaysia untuk menagih kasih Aisyah. Pulang setelah dia mengerti apa yang Aisyah mahukan daripadanya sebagai suami.

Apakah sebenarnya yang kurang antrara mereka? Engkaulah Bidadari kisah tentang dua manusia saling cinta. Tetapi cinta saja tidak memadai jika tiada pemahaman jiwa. Begitulah mereka berdua. Biar sejauh mana mereka berpisah, hati terus terikat menjadi satu. Tetapi tiada makna jika jiwa terus merasa sengsara.

Suamiku Tauke Pisang

Panglima mencari isteri. Lalu ditawar anak daranya oleh Tok Kenanga. Adinda...gadis kampung yang mabuk nak ke kota. Terpaksa pula menjadi isteri Panglima. Lelaki sengal yang dia tidak minat langsung!

Tetapi dah bersuamikan Panglima, barulah dia sedar betapa istimewanya lelaki seperti Panglima buat dirinya. Lelaki itu miskin harta tetapi kaya jiwanya dengan kasih sayang.

Rahsia pusaka terbongkar setelah Panglima dihalau oleh bapa saudaranya dari rumah pusaka. Apakah rahsia itu? Suamiku Tauke Pisang akan memberikan jawapannya.

480 pages, Paperback

4 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Adnil Zaff

65 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (27%)
4 stars
19 (51%)
3 stars
7 (18%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
February 20, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM27. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Dua cerita yang berbeza warnanya. Mujur juga kerana novel ini bermula dengan cerita Engkaulah Bidadari yang sangat stressful kala dibaca. N rasa stressful sebab N tak tahu nak marah pada siapa - Lutfi yang seperti tiada suara, atau pun dengan Aisyah yang ada kalanya bagai terlalu memaksa. N kesian dengan Lutfi apabila pengorbanan dia untuk Aisyah terbongkar. Pada N, scene itu agak 'bergegar' lar jugak.

Mujurlah ada cerita Suamiku Tauke Pisang yang simple dan sengal. Tergelak-gelak N baca one-liner Panglima. Nama punyalah macho, tapi innocent and sengal yang teramat. Walaupun Panglima bukan orang yang senang, tapi seorang yang bertanggungjawab dan tidak takut hidup susah.

Between these two, N lebih suka Suamiku Tauke Pisang. But pendek sangat ceritanya, and rasa tak cukup. I need more Panglima!
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
February 23, 2019
Am an avid fan of AZ. But crite Bidadari mcm tak cukup feel dia.. Rasa mcm repetition.. Mula2 Aishah merajok then Lutfi pulak yg merajok.. Lelah jugak baca.. Si Lutfi ni pon berat sgt mulut, biarkan Aishah come to her own conclusions bout his feelings on their marriage. Bapak si Aishah ni lagi satu.. Lebihkan Lutfi in all aspect. Sampai anak sendiri kena pukul ngan Lutfi pon dia masih nak backing si Lutfi ni. Nasib baik ade mak Aisyah.

Tauke Pisang is superb.. am so glad that it was the 2nd story as it picks up the mood after reading Bidadari..
Panglima ni tauke pisang yg hidup sgt sederhana. Kawin ngan adinda yg actually quite opposite of him. But pelan2 dia change Adinda ni to accept their life as it is. Adinda ni bukan nye keras kepala sgt pon.. senang nak dilentur oleh Panglima.. part dorang kawin dah klakar.. time nak sebut nama adinda and doorgift kasi pisang 2 batang ikat reben.. part si dinda kena tinggal kat umah tu touching lah Berkat kesabaran dorang, rezeki dorang melimpah ruah..
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
April 16, 2019
2 cerita satu persamaan,
Lelaki yg gatal...hahaaaaaaaaa...

Yg 1st agak meleret...hurmm..hero yg cm xde perasaan.... Bini nya jauh hati pun boleh buat dek jer..blh tahan skit hati dgn hero gini..🙄🙄🙄🙄

Yg 2nd cerita, simple sweet and cukup jer....

Tahniah writer...👍👍👍
Profile Image for Nik Natia.
62 reviews3 followers
July 30, 2025
xtau nak review mcm mane
1st Cerita - rasa sakit hati dgn Lutfi, berdiam diri mcm patung..Kalau sayang cinta tunjuk buat luah.. Sabarnya Aisyah dgn Lutfi ni.. walaupun dia orang adik beradik angkat yg berkahwin sebab ayah yg suruh utk mengelakkan Aisyah pergi belajar luar negara..tp Aisyah putus harapan dgn Lutfi akhirnya Aisyah merantau jauh pergi belajar..balik² dr habis belajar dan bekerja pun still Lutfi dgn perangai mcm tu..last² Aisyah dah tawar hati..padam muka kau Lutfi..

2nd Cerita - Panglima dgn Adinda.. Panglima aka Taufik tauke pisang.. 😂😂 lawaknya Panglima ni..semua menu berasaskan pisang memang pishang lah hidup Adinda dgn Panglima ni..dgn perangai sengal Panglima tu...Citer Panglima dgn Adinda ni pendek je..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
March 12, 2019
1) ENGKAULAH BIDADARI

ada manusia ni, memang jenis berat mulut. susah nak dengar dia bercakap. kadang-kadang sampai tak tau dia ni ada atau tak. ada juga manusia, jenis menurut saja. tak tau nak buat keputusan sendiri dan lebih selesa ikut telunjuk orang lain. ada manusia suka buat andaian dan suka mengandaikan. tak nak bertanya.

bila tiga-tiga perkara ni terhimpun pada satu watak manusia, bayangkan betapa sukarnya aisyah nak harungi kehidupan. bak kata dia, bagus lagi tembok batu dari seorang lutfi. kena kahwin paksa pun ikut je. aisyah bawa diri sambung belajar, sebab tak tahan dengan sikap lutfi tu pun ya jugak. lima tahun dia kembali, lutfi masih sama begitu.

kalau dah cinta, beritahu saja. bila dah berumah tangga, komunikasi tu penting. walaupun kasih ada, tapi hanya sebelah pihak yang menanggung sengsara tak guna juga...

.
2) SUAMIKU TAUKE PISANG

aduhai... senak perut akak asyik tergelak baca kisah adinda dan panglima ni. macam-macam hal, ada je kerenah. naik motor ekzos tercabutlah, menikah tapi nama bakal isteri sampai jadi naga saktilah, dok mengendap bini sampai langgar pintulah, motor jadi lembu... serius, memang sangat menghiburkan!

adinda ni nakal. kena hukum sebab kesalahannya sendiri oleh ayahnya tok kenanga. memang kena paksa kawin dengan panglima yang rajin bekerja walaupun tak pandai. ada kebun pisang. tiap-tiap hati ada je menu pisang. walaupun adinda garang dan banyak songeh tapi panglima layan isterinya tu sangat baik. sengal dan adakala lurus tiang kayu jugak dia.

pak longnya buat onar. tapi, bila manusia ni jujur, rajin dan tak banyak olah, akan ada saja kebaikan yang dia dapat. isteri pun, bila sama berganding bahu dengan suami untuk sama-sama tempuh onak dan ranjau dalam rumah tangga, bahagialah buat mereka.

.
KESELURUHAN, dua buah kisah oleh penulis Fazlyn Ridz yang tak rugi untuk dihayati. olahan santai buat pembaca sangat terhibur sepanjang pembacaan. tak gitu pun, penulis memang sentiasa bijak beri peringatan dalam hasil karyanya. bukan kisah cinta kosong semata, perjalanan dalam kehidupan manusia ni memang tak dapat nak dijangka, tapi selagi berbuat baik dan turut pada perintah-Nya, InsyaAllah kita manusia takkan mudah kecewa dan putus asa...
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
September 27, 2021
Kisahnya, aku beli buku ni preloved dari Shopee. Dalam gambar, elok je. Sampai-sampai serupa belacan dah. Mula tu, pejam mata je asalkan boleh baca tiba-tiba sampai kisah Dinda dengan Panglima, ada page terskip. Huwaa! Merana!

Review:

•Engkaulah Bidadariku, aku faham perasaan Aisyah yang dapat suami berat mulut macam ni. Kadang-kadang kita takda salah pun rasa dipersalahkan dengan sikap acuh tak acuh dia. Kesian Aisyah, dia kena pukul pun tetap di'basuh' supaya sabar...sabar..sabar... Sampai akhirnya jiwa dia tak ada rasa dah. Tahniah Lutfi sedar dari kesilapan dan bersungguh nak betulkan semuanya.

•Suamiku Tauke Pisang, cerita ni aku tak baca habis lagi. Frust betul! Tengah sedap-sedap layan lawak Panglima dengan Dinda. Buat spoil je pages takda. Nanti aku review balik bila buku baru dah sampai.

:)
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
November 5, 2024
4.5

Cerita 1 (Engkaulah bidadariku)

Geram dan stress betul dengan lutfi ni… banyak mendiamkan diri, assume orang boleh faham dan boleh baca apa yang dia fikirkan.

Cerita 2 ( Suamiku taukeh pisang)

Walaupun ceritanya pendek tapi saya terhibur dengan panglima yang sengal tu..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
July 25, 2020
[BOOK 40]

Engkaulah Bidadari & Suamiku Tauke Pisang by Adnil Zaff.
.

Best!
.

Ada 2 cerita dalam buku ni.
.

Pertama, Engkaulah Bidadari. Kisah Lutfi dan Aisyah. Mereka membesar bersama sebagai adik beradik angkat. Lutfi kesayangan si ayah. Lutfi yang pendiam. Tapi berjaya menggugat hati Aisyah. Sehinggalah mereka terpaksa dikahwinkan. Tapi yang buat Aisyah terluka ialah bila, Lutfi cakap, dia anggap Aisyah sebagai kakak je.
.

Beberapa tahun berlalu, keadaan mereka tetap sama. Bila Aisyah cuba memberi peluang, sikap beku Lutfi memburukkan keadaan. Tambahan pula, parents Aisyah sentiasa melebihkan Lutfi. Kesian Aisyah sampaikan Aisyah dah tawar hati.
.

Dulu-dulu, aku pernah baca cerita ni kat FB penulis, tapi different version la. Yang versi buku lebih detailed.
.

Kedua, Suamiku Tauke Pisang. Kisah tentang Adinda dan Panglima. Hahaha..ni cerita kelakar. Bengong betul si Panglima ni. Tapi dia seorang lelaki yang berwawasan. Untunglah kalau dapat laki cam ni.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 17, 2024
Engkaulah Bidadari ** stars
Cerita pertama berkisar tentang perjalanan hidup Aisyah dan Lutfi dari mereka berumur 19 tahun sehinggalah mereka meningkat ke usia 42 tahun.
Penceritaan yang agak perlahan dan ada bahagian meleret-leret agak membosankan. Beberapa bab tergantung sepi.
Bagaimana Lutfi boleh tiba-tiba kenal dan jumpa datuknya, Tan Sri Robert?
Saya hairan Lutfi boleh berbahasa Mandarin sedangkan dia dan Aisyah bersekolah di kampung dari kecil lagi.
Bagaimana Pak Naim jumpa Lutfi dan jadikan Lutfi anak angkat pun tidak diceritakan.

Suamiku Tauke Pisang **** stars
Cerita kedua sangat best kisah Adinda Kesuma yang dipaksa kahwin dengan Panglima yang tak punya harta tapi sangat rajin bekerja.
Kelakar dan sangat lucu dialog antara Adinda dan Panglima yang asyik bertengkar saja.
Kisah dilanjutkan dengan Adinda dan Panglima yang hidup susah tapi mereka bahagia.
Bagaimanapun, ketulan emas yang mereka jumpa dalam bantal kekabu lama milik arwah datuk Panglima merubah segalanya.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 7, 2019
Engkaulah Bidadari
Cita biasa je, tak berapa menambat hati, geram dengan Lutfi yang bahlul sangat, tak boleh ke bercakap dengan Aisyah tu, ini diam je, tak pandai komunikasi langsung. Tapi kagum dengan Aisyah, memang sorang perempuan yang tabah je dengan Lutfi.

Suamiku Tauke Pisang
Tajuk je dah kelakar. Cita pon kelakar jugak. Sebabnya si Panglima tu sangat lar sengal, lurus pon ada kadang2. Tapi lembut je bercakap dengan si Adinda tu, itu yang buat Dinda terpaut tu. Okay lar for short story, tak meleret2 sangat citanya.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
September 24, 2021
Engkaulah bidadariku, jenuh nak habiskan sebab duk main tarik tali.

Suamiku tauke pisang, yang ni memang layannnn.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.