Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pintu Pengadang

Rate this book
Ia menyusup masuk dari celah pintu pagar. Pada saat itu, aku betul-betul sangkakan ia jelmaan syaitan. "Miau ..." kucing putih itu menegurku. Bunyinya manja sekali dan hatiku turut melembut.

Aku sering berdiri di atas bangku kecil di belakang pintu pengadang sambil melihat orang yang lau-lalang. Bianbian berdiri di belakang pintu pengadang.

Kehadiran Bianbian di sini mirip diriku sewaktu kecil. Tujuh tahun, aku masuk dan keluar dari pintu pengadang ini dengan masa berlalu setiap kali ia terbuka dan tertutup. Kini, aku sudah dewasa dan akan pergi dari sini...

280 pages, Paperback

Published January 1, 2018

1 person is currently reading
3 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
5 (83%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 12, 2021
Saya suka buku sebegini. Buku yang menceritakan kehidupan di suatu daerah yang jauh dari kebiasaan saya. Saya dapat kenal adat budaya setempat melalui cerita-cerita sebegini. Tak kisahlah penceritaannya dari sudut pandang kanak-kanak, perempuan, lelaki.

Buku seumpama ini memang menjadi koleksi saya. Seperti buku tulisan Khaled Hoseini, A Fuadi (Kota 5 Menara), Andrea Hirata. Kita dibawa ke dalam kehidupan mereka di satu daerah yang tak pernah kita lihat.

Pintu Penghadang membawa kisah Shaji yang dihantar tinggal bersama Nenek Yun, atas desakan kehidupan ibu bapanya yang terpaksa mencari kerja di tempat jauh.

Bermulalah perkenalan Shaji dengan orang-orang sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan anak kecil ini. Abang Air yang bisu, Qingliu yang pandai menyanyi, abang dan Qiaoqiao, Tongluo yang hilang dan kakak Weilin yang kesedihan, serta BianBian yang comel.

Mereka ini hanya cebisan kenangan kepada Shaji, dan kenangan itu terhenti selepas Shaji pulang kembali bersama ibu bapa di bandar.

Terjemahan buku ini baik dan ayat tersusun cantik.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
June 27, 2019
Ini kisah mengenai pengembaraan hidup kanak-kanak autistik berusia 6 tahun bernama Shaji atau nama sebenarnya Sha sha.

Jika diteliti, novel ini bukan sahaja memaparkan secebis pengalaman seorang kanak-kanak yang mendewasa bersama-sama peristiwa yang dialaminya sepanjang tempoh itu, namun nilai-nilai yang diselitkan begitu besar dalam membentuk peribadi seseorang.

Nenek Yun yang penyayang dan begitu mengambil berat soal pendidikan dan adab Shaji, tapi akhirnya masih kekal sebagai manusia biasa apabila terbongkar rahsia hidupnya yang memilukan. Abang Air yang mendorong Shaji berusaha mencari rezeki. Qingliu yang sumbing, dihadirkan sebagai kawan yang mengajar Shaji tentang bakat dan keberanian menghadapi situasi. ‘Abang’ yang menjentik perasaan sayang dan ingin disayangi dalam jiwa kecil Shaji. Dan banyak lagi.

Setiap peristiwa dihadirkan dan diceritakan dengan teliti dan diselesaikan dengan baik sehingga akhirnya Shaji meninggalkan ‘pintu pengadang’ Nenek Yun yang memberi erti besar kepadanya.
Paparan latar tempat dan masa juga mengasyikkan. Bagaimana sebuah pekan kecil yang kelihatan purba menjadi sebuah pekan yang maju dengan segala perkembangannya. Juga gambaran keindahan sekeliling yang membentuk kedewasaan Shaji sehingga dia berjaya menjalani kehidupannya dengan sewajarnya.

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja, terutama ibu bapa dan remaja yang inginkan sebuah cerita kembara yang sederhana tetapi penuh menakjubkan. Belajar kebudayaan asing di ceruk dunia yang kita tidak pernah jejaki tapi kisahnya sangat dekat dengan diri. Ilustrasinya juga sangat cantik dan membantu membina imaginasi pembaca – tentang bentuk dan keunikan pintu pengadang yang menjadi simbolisme aturan sosial, kecantikan kanak-kanak di Pekan Fenghuang, upacara kematian, pakaian, adat dan banyak lagi.

Ini sebuah kisah yang sederhana tetapi mengujakan dari sebuah pekan bersejarah yang meriah dengan peristiwa suka dukanya. Terima kasih Shaji yang membawa pembaca ke daerah asing yang menakjubkan.

Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.