Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Baby Boo

Rate this book
BOO, gadis cantik dan digilai ramai namun serik untuk memberi 'setia'nya pada makhluk bernama lelaki, Ditinggalkan setelah memberi seluruh cinta dan setia, membuatkan Boo merasa bodoh, hina dan sia-sia.

Bagi Boo, semua lelaki yang mencuba mendekatinya pasto punya niat buruk. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu mempermainkannya. Lelaki-lelaki itu suatu hari nanti pasti akan meninggakannya dan pergi bersama perempuan lain. Lelaki-lelaki itu pasti hnya mahu menikmati kecantikan luaran miliknya. Setelah bosan dan puas Boo pasti ditinggalkan.

Berbeza bagi BARD, lelaki yang tak serik-serik mencurahkan setia kepada insan yang tak penah menghargai. Berkali-kali dicurangai, ditinggalkan dan dipermainkan, tidak menggoyahkan setia milik Bard. Lelaki itu tetap menunggu, tetap memafkan, tetap memberi ruang dan peluang.

Sehinggalah takdir menemukan kedua-duanya. Bard si pencinta setia. Dan Boo si penagih sebuah kesetiannya. Dua hati yang cukup sempurna dan saling melengkapi.

Namun laluan untuk bersama tak semudah yang disangka apabila kedua-duanya terjarat dalam hubungan cinta yang salah. Dengan yang orang salah.

Mampukah kedua-duanya melepaskan diri dari jerat itu dan bersatu? Sedang hati sungguh-sungguh yakin, inilah pemilik 'setia' milik mereka

371 pages, Paperback

First published December 1, 2018

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Suci Hidayat

17 books232 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (43%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
4 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (6%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
May 20, 2020
mengenali puan penulis Suci Hidayat, akak pujuk diri akak supaya jangan cepat mengagak cerita hanya melalui kulit dan tajuk. dah kira macam periuk api. salah pijak, memang habis.

kenapa? bila pandang tajuk, cepat je buat kesimpulan, wah mesti cerita sweet, ada romantik-romantik. rentikanlah. korang ingat watak boo dalam ni dapat bercinta macam tu? sorry.

bercinta dengan bern tiga tahun tapi dia ditipu. bern bermukah dengan kawan baiknya, dilla. padan muka bern sebab anak lesung melayang kena hidung. padan muka dilla sebab periuk melayang kena hempuk. kesian boo. dalam pada dia menjaga keharmonian perhubungan dan tak mahu ikutkan nafsu, dia ditipu. yang menipu pula, konon alim sangat, tapi... malas nak cerita.

emaknya tak faham kenapa hubungan terkandas. lebih fikirkan mulut saudara mara yang mengutuk dia tak bertemu jodoh. manusia macam ni memang merata. macamlah jodoh tu boleh ditolak, ditarik. boleh beli kat shopee. order je, sampai. kasihan lagi boo...

watak bard. lelaki yang sangat penyabar. teman wanitanya, zuzu, berkali-kali curang. tapi entah kenapa, dia masih memaafkan walaupun tahu hubungan zuzu melepasi batasan dengan lelaki-lelaki itu semua. cuma bila maruah emaknya mula disentuh, dia angkat tangan. cukup.

boo dan bard rupanya teman lama. bila bertemu kembali, dalam keadaan yang lebih harmoni, jadi lagi mesra.

tapi tatkala mereka mula mahu meluah rasa, zuzu kembali mengganggu bard dan zakwan mula mengepung boo.

lelaki seperti zakwan, memang harus baling dalam lombong. boo mahu menutup aurat, dia tegah. boo lambat sikit, dia jerkah. makin teruk, setiap langkah boo dikawal, suka tuduh bukan-bukan dan kemuncak bila dia mula naik tangan sehingga lebam birat. boo hanya tunang dia. bila boo putuskan pertunangan, zakwan jadi lagi gila. gila hingga sanggup... aduhai...

serius. kasihan boo. dia mahu tutup aib orang. tapi dia terpaksa tanggung sorang-sorang.

bila manusia tak tahu erti redha, itulah dia. buat tindakan melulu. bila nafsu meraja, habis semua.

sukarkah untuk memahami erti setia?

payahkah untuk menjaga hati setia?

susahkah untuk menjadi pencinta setia?

hati sendiri.

tanyalah.

diri sendiri.

sedarlah.
Profile Image for Ajoilynn Fadlina.
37 reviews2 followers
July 17, 2019
My Baby Boo
Suci Hidayat Enterprise / 371 mukasurat
Suci Hidayat
#bookslovers
#novelcinta
#bukusedap

Ini adalah salah satu karya penulis muda cik puan Suci Hidayat kita. Diterbitkan dibawah rumah penerbitan miliknya sendiri. Dan masih lagi mengekalkan genre cinta dalam karyanya kali ini.

Ianya mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Boo dan Bard.

Boo yang terlalu mencintai Bern. Sudah lama mereka menyemai kasih namun kini semuanya sia-sia belaka. Bern tak setia dalam bercinta. Lagi menambah luka dihati Boo sanggup Bern memadu kasih dengan Dilla sahabat baik Boo sendiri.

Berlawanan pula kisahnya dengan Bard. Setianya tak kena tempat. Terlalu berlembut hati walaupun telah berkali-kali dibohongi dan dicurangi Zuzu. Bard sentiasa memaafkan dan sudi menerimanya kembali. Dia seolah-olah tak pernal kenal erti serik dengan apa yang telah terjadi.

Mainan takdir telah mempertemukan Boo dan Bard disaat mereka sama-sama saling memerlukan antara satu sama lain. Dulunya mereka sama-sama pernah merasai peritnya dikhianati, sama-sama pernah merasai sakitnya dicurangi oleh insan yang sangat mereka cintai. Benar, dipertemuan kali ini ada hikmahnya dan telah memutikkan rasa cinta dihati namun apa yang terpaksa mereka hadapi tak seperti apa yang mereka harapkan.

Zuzu merayu Bard untuk kembali ke pangkuannya semula untuk sekian kalinya. Manakala Boo pula lantaran turutkan rasa kecewa terhadap Bard yang memilih untuk kembali bersama Zuzu mengambil keputusan untuk menerima saja pinangan dari keluarga Zakwan meskipun tiada langsung rasa cinta dihatinya untuk lelaki itu.

Kini mereka sama-sama terjerat dan terikat dalam satu perhubungan yang salah dengan orang yang bukan sepatutnya mereka cintai. Persoalannya sampai bila dan mampukah mereka terus membohongi perasaan sendiri semata-mata untuk insan lain? Apakah kesudahannya nanti atau akan beginikah selamanya?

My Baby Boo adalah sebuah kisah cinta yang sarat dengan konflik. Boo dan Bard tak henti-henti diduga. Agak beremosi saya sepanjang membaca naskah ini. Terutamanya tentang perjalanan hidup Boo. Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Mengasihani. Tak kan selamanya kita akan berada dibawah. Dan sebagai hamba-Nya kita juga wajib percaya yang Allah tak akan menguji hambanya diluar batas kemampuannya. Dia lah Yang Maha Mengetahui yang mana paling terbaik buat kita.

Done
Profile Image for Imelda AJ.
4 reviews
Read
August 31, 2020
Tak perlu nak cerita masalah kpd sesiapa. Sesetengahnya akan ketawakan kita. Sesetengah lain akan tak peduli pun. Sesetengah lainnya, sedih bersama, tapi sekejap sahaja.hanya sekelumit yang akan benar2 di sisi kita, memberi sokongan, membantu mencari penyelesaian, menahan kalau kita rebah, menghulur tangan kalau kita jatuh
Displaying 1 - 3 of 3 reviews