Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kuasa Usul Fiqh

Rate this book
Usul fiqh ialah pintu kepada ilmu fatwa dan tarjih atau ijtihad. Ia juga medan yang sangat mencabar kerana berkaitan dengan hukum Allah yang berhajat kepada amanah dan kelayakan untuk menjadi rujukan orang ramai dalam mengeluarkan hukum-hakam. Buku ini mengandungi soal jawab usul fiqh, daripada mukadimah usul fiqh sehinggalah bab ijtihad. Kemudian, diikuti dengan perbahasan takhril, seterusnya ditutup dengan adaptasi kitab yang agung, iaitu al-Waraqat oleh Imam al-Haramain.

146 pages, Paperback

First published January 1, 2019

3 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Fauwaz Fadzil

14 books9 followers
Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil ialah seorang sarjana Islam di Malaysia. Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Beliau juga menulis beberapa buah buku dan rencana dan mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam.

Fauwaz ialah anak kepada tokoh negarawan Malaysia, Dato' Fadzil Mohd Noor dan Datin Khatijah Ibrahim. Beliau memegang ijazah sarjana muda Syariah dari Universiti Al-Azhar dan sarjana syariah dari Universiti Malaya.

Selain itu, beliau memperoleh sijil penasihat dan juruaudit syariah dari Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), serta memperoleh Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta Mesir pada 2008.

Beliau telah dilantik sebagai anggota jawatankuasa syariah Alliance Islamic Bank Berhad pada 1 April 2018. Beliau turut berkhidmat sebagai Perunding Syariah di syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn Bhd, dan menjadi anggota jawatankuasa syariah bagi FWD Takaful Berhad.

Fauwaz juga mengendalikan latihan kepada pegawai syariah dari pelbagai institusi kewangan Islam termasuklah dari badan penguat kuasa agama negeri-negeri. Beliau juga sering memberikan syarahan mengenai syariah dan perundangan Islam di radio dan televisyen tempatan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (66%)
4 stars
3 (25%)
3 stars
1 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
August 10, 2019
Bagus untuk pemula yang sudah ada kefahaman asas tentang istilah-istilah Usul Fiqh.!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.