“Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?” – Thalea Aleesya
“Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat.” – Razin Qayyim
Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak. Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa. Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang.
“Dengan apa yang jadi… aku yakin, selain aku… kau mampu lindungi Thalea. Jadi… aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?” – Hadif Alfian
Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.
“Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu… saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati…” – Razin Qayyim
Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?
Jarang2 nak baca cerita thriller macam ni. Satu je lah nak cakap, PUAS!
Seronok baca, dengan plot tersusun, ayat dan bahasa yang penulis gunakan, chemistry watak utama dan watak sampingan, semua lah. Siap plot twist tak jangka?!!
Ada part yang menangis, ada part tergelak. Betullah pengakhiran seseorang tu terletak pada redha Allah. Jahat mana pun dia, kalau dia bertaubat, InshaAllah syurga buat dia.
Untuk orang2 seperti Karl, semoga Allah pimpin jalan untuk bertemu bahagia.
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni bagi aku serious best. Complete package of action, thriller and romance 🥰
Buku ni agak nipis berbanding novel2 lain, so aku baca sekejap je ya. Dalam sehari macam tu dah habis, satu sebabnya jalan cerita dia menarik dan buatkan aku terus nak tau apa yang jadi, so memang bagi aku takda yg bosan, sbb semuanya padat dan memang sesuai la dgn ketebalan buku ni kan. Overall, buku ni aku rasa agak underrated, sbb buku ni deserves more attention, action scene dia pun nice. Rasa mcm tgk movie pun ada. Cuma satu je, watak fl tu aku kurang berkenan sikit, hahahah, she's kinda like 'damsel in distress' type of person. But, nahh, still ok overall, sbb watak ml (Razin) dan side characters yang lain dah cukup menjadikan buku ni best.
Nak cari lagi novel2 yg genrenya mcm ni 😌 #emptycanvashida
"Kalau kau nak bahagia, kau tak boleh dibayangi masa lalu. Jangan seksa diri kau. Sementara jalan bahagia terbentang luas, kau kena mula melangkah. Jangan kau kekal di jalan yang sama, gelap dan hanya memandang ke arah cahaya. Ingat Allah itu ada".
Novel ini mengisahkan Razin yang pernah bergelumang dengan kejahatan dan berubah ke arah kebaikan. Namun begitu, kisah silam tidak mungkin melepaskannya untuk melangkah ke masa hadapan dengan mudah. Kisah silam akan sentiasa menghantui Razin dan secara tidak langsung, menghantui wanita yang dicintainya, Thalea.
Thalea, anak gadis orang kaya yang angkuh dan lupa di mana letaknya budi bahasa. Keangkuhan Thalea yang akhirnya membawa malu kepada diri sendiri. Barulah nak sedar, orang yang dilihat biasa saja, bukan bererti tiada apa-apa.
Plot cerita kemas dan cerita tak meleret. Konflik pada manusia yang ingin mengganggu hidup Razin walaupun Razin dah cuci tangan. Semuanya kerana dendam. Setiap chapter ditamatkan dengan keinginan untuk tahu dengan lebih lanjut apa yang jadi seterusnya. Ini adalah novel aksi jadi babak cinta tak banyak. Adalah juga babak-babak cinta sweet romantik cuma kejap sangat. Babak paling best adalah babak dimana Raid pertama kali merasa masakan Thalea 🤭
Novel ini mengajar aku bahawa kejahatan tidak perlu dibalas dengan kejahatan dan sifat dendam boleh dihapuskan. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Sikap seseorang juga boleh berubah sekelip mata. Sama ada berubah ke arah kebaikan atau kejahatan. Apa yang kita perlu lihat dan fikir adalah, sebab di sebalik perubahan diri seseorang. Jangan menuding jari dan meletakkan kesalahan di bahu orang lain. Dan paling penting adalah jangan mudah percaya pada orang luar. Lindungilah keluarga kita sebaik mungkin.
Personally, aku suka novel bertema aksi. Ini adalah novel pertama daripada penulis @karra_ryna di bawah penerbitan Love Novel Publishing Sdn Bhd. Terima kasih atas copy buku ini. Looking forward untuk membaca novel kedua Karra Ryna (dah tahu siapa watak utama 🤭). Good luck in your writing, 😍👍🏻 ___ #flatlaysbyiqa #siqahbookreviews @siriusiqa
Phew, this is going to be a long one. And this probably is one of those books yang I wished the romance elements doesn't even exist at all in the story, on top of that, it is one of the story yang for me, ada high potential, tapi macam, it wasn't enough. Read: this review will be FULL of SPOILER, and mostly a long rant about Thalea, the FL lead. Proceed with caution, hehe. Much love.
tw / cw: mental health issues ptsd, ppd; gore depictions of assaults, kidnapping, and abuse; sexual assault; mention of child abuse and manipulation.
This story is about Razin, a former hitman organisation personnel that have move forward from that kind of life after he was betrayed badly by the people he cares about. On the verge of death, he was saved and taken care by a found family and found the love he never felt before. 3 years has passed, just when he is about to reach for that great happiness and move forward from that dark past of his, the people from his past came back to hunt him down again and at the same time, it put everyone he love in a great danger instead.
This is a crime and murder-action-romance-brotherhood past paced story, where it centered a mainly on the action and somehow the large part of the story also touches a lot on the romance (which yes, I'm not really a fan of, but read further onto why is it). The main theme of the story is 'dendam' / 'revenge' as it is what driven many of the things and incidents that happened in the story, and what really make things interesting is probably on the repented former hitman, how things unfolded and how the truth that will unveil for the people around.
• First foremost, this is really that one thing I also do love in the story — the side theme of found family. I love love love the familial part of the story, and even as far as early on, when Mak Long and Pak Long made their first appearance, these traits of care inside of them were shown immediately and could immediately be felt from my reader POV was so nice. The story how they met grasped my heart so so much. The genuinity of their familial love, bond, and care, was written in such in such a spiritual way. It's heartwarming lah after learning about Razin's past and how he was treated at this current time with his little family, I couldn't help but think that he really do deserve the love.
• I also genuinely appreciate how the author depicted PTSD / PPD / trauma, it was so realistic in the story. I myself could actually feel what they're feeling directly based on the writing itself. On top of that, the support from the side characters and their awareness towards the change of mental state and physical condition of a person was so well written too. It was quite heart grasping for me over how much the side characters care about another person how they wouldn't push a person considering their condition. And this makes me truly happy with how well research done and the writing that the author included with these elements regarding mental health and ALSO how to handle them. For instance, during the 'night incident' part, it shows how the smallest gesture could comfort someone in such situation, How Razin stopped Thalea's father and told them to think about her mental state, even me as a reader pun rasa nak nangis aie haha.
• The actions part on the story is so cool in term of how they executed their task, the killing was also really cool and well thought, it really did makes me feel like I'm watching an action film, and on the past hotel scene with the boys, that probably is my most favourite part of the story, their partnership could also been really 'seen'. Again, really cool. But such a let down for me that only a single 'big' scene of the task ajak that was included in the story, the rest were just the short ones or scenes penderaan dan penculikan jak.
• The ending was well written imo, despite how too much the information let out all of the same time (further explanation below), but the entire idea was pretty good. I do love the closure for both Karl and Khalil at the end, that was so nice and I really do enjoyed and glad it went that way. Tapi entahlah, for Razin though, I'm not quite satisfied, nya dudi macam the ending was made so he could live happily ever after due to the reason that he is the MC? Entah lah, I would rather see the ones that did wrong actually face the consequences? Macam unfair jak all the blame being put onto a single person simply like that. Munsik the 'dead' ending also wouldn't be so bad, would've been interesting if everyone learn how cope without him and learn the story of him camya. Idk I'm just not satisfied aie.
//
I could see why people like this story, and I personally think it matches more towards the preference of teens / young adults yang baruk berjinak with this kind of genre. But it really couldn't satisfy my self preferences due to the writing / story progression, the logical aspects, as well as the characterization.
//
So moving onto the cons of the story.
• To my disappointment, as the story progresses, I'm expecting the FL, Thalea to at least have the slightest character development along the story, but, to my frustration, none, none at all. Mungkin ada kot, her cooking improves, other than that, idk she frustrated me. I understand she's spoiled and has that bimbo personality, I get it, tapi I could help but to feel how annoying she is. When her father died and while she's clearly depressed and traumatized while she's grieving pun she's tergedik-gedik mengada-ada when it comes to Razin? When she suddenly claims things which were untrue and extremely selfish about her relationship with Razin, I'm so mad that I threw the book across the room. It's so weird how inconsistent and childish her behaviour is, all I can think about is how she probably is the kind of person that thinks she's the main character (yes, ironically, but you get what I meant) and things should follow her way. Entahlah, I would've slightly liked her if this is a romcom story, slightly lah, maybe what she said and did from time to time would amuses me sikit, tapi nah, her characterization macam she should be that side character yang came to annoy the main lead jak then forgotten immediately right after.
I was simply baffled over how her entire personality basically is just a spoiled adult-baby damsel in distress that's obsessed with the ML. Like, what even does she do? What even does she like and exactly is her ambition (apart from free-flow allowance and pursuing the ML)? And considering how she's the daughter of one of the most important person in the country, wasn't she supposed to be a socialite the very least? I found it a bit ridiculous that she literally only have one friend, like in reality a lot of her type of higher class bimbo girls have this very close / loyal and large group of bff set of friends. Maybe I'm thinking too much about this, but all of these still doesn't make much sense to me for both her characterization and background.
It's as if before Razin, she only existed to be sheltered and spoiled, enabled for her awful behaviour and let her savour the MC syndrome through and through, then her family's only plan is to put her into a marriage with some guy that could take care of her. Even after her father died pun she doesn't even think about taking over / managing the company, I was expecting that something from that incident would've at least stir in her for her to 'adult up', tapi- nadai, sik ada, none. All she did was nak kawen jak dan nak paksa Razin gerek dengan nya huhu. All she does was mengenjet then when everything goes wrong, all she thinks about is "me, me, and me" jak.
Another point, this one is a major spoiler, but during when Thalea found out half of the truth about Razin, I completely understand what she's feeling and it was justified, but she got weeks to think and to sort things out. It genuinely, literally pisses me off how she blames Razin for literally everything, when the reason why they met continuously in the first place is due to her own awful behaviour and terrible life choices. I really do want to throw hands at her not only during that part, but since the very beginning that when someone is kind and nice =/= they're in love and trying to flirt with you, and I found it amusing how she was self aware that she's the one that menggatal / menggedik and forced Razin into the relationship, but still blames Razin for it too. Then she told everyone that Razin is the one that suddenly divorced her then ran away and proceeded to paint him as the bad guy, I don't think she ever explained to the family that it's her choice thus why they openly helped her without menegur her. She's, simply just an awful character ngl. I'm- just mad lol.
Tapi another inconsistent thing about her though, when she found out about Razin's past as a hitman she was absolutely disgusted, but then when she found out the toned down version of the story and the possibility of it being a lie from other people, she accepted it immediately and not longer think badly of him, then when she found out that everything was true, she's suddenly okay jak with him being a bad person? Camya jak? Sebab past is past? Despite how early on she had a different perspective about it although she love him? I don't really understand but I'm assuming it's because she couldn't live without him after a month of seperation and now she's fine with him being a killer, camya kah? I don't get you woman, be consistent for once aie.
• Talking about mengenjet, this one was totally unnecessary, but at one point tho, my stomach literally churned when she said this — "Kahwin lah cepat dengan saya, Tak payah nak tengok dari jauh. Saya selak aje baju awak tu nanti" then she winked at the ML. This is so 'borderline' and so wrong kot. This isn't even a line between a married couple, and it's as bad as if this was spoken by a guy instead of a girl, it's still a sexual innuendo you know. I don't understand because the story was so nice at writing sexual assault and how wrong it was early on the story, then suddenly the FL did 'sexual harassment' to the ML, like- what is this aie.
If you're still reading this long arse rant about Thalea herself, it shows how extremely frustrated I am over her character. With how interesting the story and the everyone else were including the side characters — itheir way of thoughts, their personality, they're just so contrasting with how the FL is, and it sucks because her character took such a big part in the story, and I really wish she was written really differently.
• On another note and in correlation with both the behaviour of Razin and Thalea, the entire romance elements of the story did feel FORCED unfortunately. There's NO chemistry at all between both main characters from the very start, and the change of Razin's feeling towards Thalea macam tiba-tiba jak and quite quick juak considering how it was mentioned that he previously dislikes those kind of girls, and it wasn't as if they connected in some way kah macam ne, nor they have any meaningful conversations exchange at all, I can see why Thalea likes him, but not him with Thalea. And this might be a preference of mine, tapi sik suka lah how the story from early on pushes the idea of marriage jak jak, it feels unnecessary kot, sikit sikit kahwin, berkawan pun belom, terus dan mala jak fikir kahwin, kenak kenen terus suroh kahwin, dan macam benda enteng jak kahwin ya. With how immature Thalea is, I'm quite disbelief that her family pushes the marriage idea towards her as well when I don't think she's ready at all for that when they've seen how irresponsible and selfish she was all before meeting Razin.
• With that I wanted to mention I really do love the side characters, and they've showed how understanding they were on Razin's situation, especially Khalil. Tapi macam, it's absolutely annoying when they technically pushes Razin into marriage life, as if that's the only thing that is able to 'fix' him. He needed a therapist man, not a marriage. And I don't get why Khalil us always angry with Razin's behaviour when he knows about the truth as well as his trauma, he should know moving forward takes time, it's not like he abuses Thalea (when it's the other way around to be frank), he simply needed time. Dah orang baruk cerai kot, rilek lah, tok sorang sorang including the parents trying to set them up and mengatur hidup Razin, I'm so frustrated how mejal they are. And there's Hadif, I honestly despised how he kept on putting his own ideas and narratives on Razin's behaviour, not once, tapi berkali-kali, sukati assume jak what the other person is thinking and feeling, and that what drove his sister jadi mengada-ada, saya angol aie, doesn't mean you're a man you would understand what everyone else is feeling, we are our own individual person, he himself barely knows everything about Razin, tapi bercakap as if he knows so much about him. If you wanted to soothes someone else, don't sugarcoat things and make up things that weren't true bah. Sik faham juak saya dengan thought process of some of these characters.
• Thus with that, instead of too heavy romance centered, I wished the story instead would've centered more the brotherhood between Razin and his 'brothers'. Wish more of Razin's past between his friends-partners and their dynamics were shown more in the story, for instance something like the rain flashback with him and Karl, and of course yes there is one, but if there are more of it not only with Karl, but including his friendship with Andy and Akim (is it? The other guy), I believe that would make me as a reader would feel more attached and invested with their relationship and would as well feel the betrayal too. At the same time, it would make me think more on why Karl changes despite everything that have done together without spoiling the surprise? So it's a bit of a let down for me lah with how things go because only by at the end, dah nak abis cerita baruk I feel the deepest sympathy towards them.
• Well, about characterization again, I do think Razin's obsessiveness and possessiveness towards Thalea feels like it was unexplained and I genuinely doesn't get it, but I could only assume he might've only been really crazy or something, I mean, his past is there right? And there's also a saying, 'Baruk keluar gua baruk tengok dunia' kata orang. Macam only one 'care-ness' shown by Thalea ajak he suddenly likes her, dah lah after that she admitted that she's acting jual mahal. Ya Tuhan. If only he met more ladies out there, instead of an obsessive behaviour shown by Thalea. Until the end I couldn't even feel the relationship between them, then how Thalea inconsistent behaviour lagik, I simply couldn't like the romance aie.
In addition, it taken me aback over how he still goes around and assaulted people and even had thoughts about killing people, then idk why he doesn't think further ahead about his background and security juak before he accepted the nikah. Macam, these are some big things, no? Why on earth he has no thoughts about any of those at all, and why he still acted that way tapi hujung nya tek people simply dismissed him as 'oh he cannot kill' as if he didn't torture people.
• Oh another thing juak about Razin, and it's also a thing I'm a bit clueless for, why Razin was fully loyal with the organisation and his father? I don't think because he love his father as he tried to run before, is it because he simply used to it and being a hitman is in his blood and he was fully manipulated kah? I was expecting revenge or maybe hartered towards his father, tapi at the end of his final mission and before his father died pun nya masih loyal and didn't show and emotional difference. Even Karl pun cakap that Razin's different that he is and he have his own kelemahan. Why stay and have no indifference up to the point of that titik perubahan?
• In term of technically, some plots macam sik dikembangkan gilak, for instance there's the big initial issue with Faris and his gang, that plot tenggelam timbul tenggelam timbul as if it was only used for plot convince to again, reuse the damsel in distress label of the FL. At the end his plot was dropped off macam ya ajak. It's as if Faris only existed to show how dumb Thalea was and how gerun Razin's assault could be? He showed up way too much early on to be something so irrelevant for the rest of the story.
• On top of that, the plots mostly are a series of unfortunate events, on daily basis it feels like. Jadi macam everything went by way too fast with too many things going on, ditambah with how every events happen continuously gilak. Nya macam, there's too may things going on then being dump all at the same time, jadi phasing nya jadi a bit chaotic, and as a reader my mind was jumbled all over various things to think about, dan from the emotional stance sama ada nak nangis kah, nak annoyed dengan Thalea kah (haha), kah nak bingung. The story phasing honestly isn't that nice.
• Then there's the later half of the story though, when everything was unfolded, it's so frustrating that a lot of things that happened centered on Razin running away, but apparently no further plan. I'm expecting so much more, in term of the involvement of the police as well because police did get involved in this story since very beginning until the very end, whether Razin will collab and ask help from police kah, or he will surrender himself kah, tapi sikda lansung. I guess they're mainly there only for Hadif's characterization lah kot, and for suspense juak for Razin's background. Tapi entahlah, same with how Faris and the gang was, they're there, only to be there jak.
//
Sooo, with all those rambling and rants, I did truly enjoyed the story, I get and liked the idea behind it, but simply due to some kelemahan here and there, and the bigger part due to a character(s) behaviour and how they drove the story, I wasn't as satisfied.
I'm truly quite sad because I really wanted to like the story, and maybe due to the fact that I put such high expectations after hearing so many good things about it, it's such a let down for me. Still, good attempt from the author!
Nevertheless, if you wanted to read something fast yet thrilling, and you also enjoyed murder - action - romance - and brotherhood story, (and doesn't mind reading about a gedik character that took up half of the plot of the story) you certainly can try this book!
P/s: If you love to read something a tad bit similar vibe with the book nd dig such genre of a story, please do read Ieya Sya's Aku di Sini! Throughout my reading of this book, I couldn't help but to think how similar the ambience of both books were. The story is certainly different and unique on their own way, but the brotherhood, crime, and the romance is there! It's one of my favourite and it fells into the underrated side, so do check it out if you wanna try something similar!
Silhouette - walaupun bukunya tidak setebal buku aksi yg lain, tetapi bagi saya cerita yg terkandung di dalamnya sgt complete. Bg yg menggemari cerita aksi dan cinta, buku ini sangat berbaloi utk anda. Penceritaan tidak meleret malah berjalan pantas dan kita akan sentiasa teruja utk mengetahui apa yg berlaku seterusnya.
Razin yg asalnya dr dunia yg gelap, mula menjalani kehidupan yg normal bila dia diselamatkan oleh Khalil dan pak longnya. Dari situlah dia bertemu dgn Thalea yg akhirnya membibitkan rasa cinta keduanya walau permulaan perkenalan mereka penuh dgn rasa annoying. Razin sentiasa ada sbg penyelamat dan sekaligus mengeratkan lg hubungan antara dirinya dan Thalea. Bahkan, Hadif sbg abg kandung Thalea yg mengesyorkan agar keduanya disatukan.
Sekali sudah terbabit dlm dunia yg gelap, selamanya kita akan diburu. Begitu juga dgn Razin yg sentiasa diburu oleh Karl atas sifat dendam dan dengki. Pelbagai peristiwa dan aksi yg dilakarkan oleh penulis membuatkan kita turut rasa seolah2 berada di tempat dan situasi yg sama. Tahniah penulis kerana anda berjaya melakarkannya dgn baik sekali.
Walau dirinya berkali2 dilukai dan disakiti oleh Karl, Razin akhirnya mula mengalah utk org2 sekeliling yg sgt disayanginya. Kerana sifat itu, Karl akhirnya mengaku bersalah dan segala kesalahannya diletakkan di bahunya seorang walau permulaan kejahatan mereka dilakukan bersama2.
Walau Khalil bukan watak utama, namun bg saya Khalil byk memainkan peranan dlm perubahan hidup Razin. Khalil yg sentiasa menjadi penasihat dan tulang belakang diri Razin utk menjadi insan yg lebih baik. Dan yg pastinya saya sgt suka dgn keakraban dan gurau senda kasar di antara Razin, Khalil dan Hadif. Gurauan spontan mereka yg membuatkan saya terhibur.
Sekali lg tahniah utk penulis. Walau nama Karra Ryna tidak begitu dikenali, namun saya pasti anda sebenarnya penulis yg telah menapak lama dlm bidang penulisan dgn menggunakan nama pena yg lain. Tak sabar utk menunggu buah tangan anda yg seterusnya👍
Selepas membaca review daripada salah seorang bookstagrammer. Aku terpikat nak membeli novel ini. Sebab genre yang aku suka. Action. Masuk popular, then ku nampak buku ni. Tapi dalam hati cakap next time aku beli..sebab buku yang aku aim nak beli tu ada. Kalau takde..mesti dah beli novel ni. Tapi nak jadikan rezeki aku di bulan Ramadhan, aku dapat free copy from penulisnya. Terima kasih sebab menjadi pilihan.😅
Serius dah lama takda novel yang buat aku bersengkang mata untuk habiskan bacaan in one sitting. Tahun lepas je ada 2 buah buku yang mampu buat aku tidak berganjak daripada membaca. Dan tahun ni, ia kembali lagi.😆 Ku start baca pukul 10 malam tadi. And guess what. Aku sanggup bersengkang mata sampai pukul 4 pagi demi menghabiskan Bacaan novel ni. Fuhh. Itu pon ade stop sekejap untuk uruskan anak. Kalau baca deret tu rasanya lagi awal habis. Bayangkan kalau aku sanggup bersengkang mata tu, tahap apa novel ni. U know the answer.
Kisah Razin Qayyim yang pernah terlibat dalam geng gelap atas paksaan ayahnya sendiri. Dia diasuh untuk menjadi pembunuh bersama 3 orang yang lain, Karl, Andy & Akim. Tapi semuanya berubah apabila ada salah seorang daripada mereka menjadi gelap mata. Dia mengkhianati Razin & ayahnya, Tuan Qaiser. Dia menjadi pembunuh kepada tuannya sendiri kerana sikap cemburu.
Razin ada di 2 persimpangan. Kenangan lampau yang tak mampu dia buang dan kehidupan baru yang menjadikan dia seorang yang berbeza daripada dulu. Dia ada di tengah ; kegelapan & cahaya. Jika menurut tajuknya.
Bagi aku novel ini sempurna garapannya. Tidak ada part yang membuatkan pembacanya bosan. Jalan cerita yang sangat teratur. Pembacaan aku pon smooth je.
Ini novel action romance. Tapi keseluruhannya ia di conquer oleh aksi. Aku suka cerita yang sebegini. Action romance tapi fokus utamanya pada action & bukan pada romance. Ada sesetengah novel bergenre action romance tapi actionnya kurang. Romance yang terlebih. So this memang totally my favourite.
Highly recommended untuk mereka yang sukakan novel aksi.😄
Idea buku ni memang menarik, saya suka betul cerita mafia ke, gangster ke, apa² yang berkaitan action memang my top notch tapi saya harapkan buku ini bagi lebih. Tak cukup rasanya latar belakang cerita pembunuh upahan dalam kisah Raid ni.
Pertama, saya tak suka Thalea. I hate you Thalea 🫠 haha. Halamak perempuan ni, buat sister emosi je. Sebab apa yang dia cakap, tak selari dengan tindakan dia. Katanya terima Razin seadanya bila dah terungkap semua tiba² jadi lain pulak. Kalau Thalea tak cakap dia boleh terima kisah silam Razin saya terima je setiap ketidakwarasan dan ke-emo-an seorang Thalea.
Karakter Razin tu okay, tapi macam tak cukup spicy lah dia punya karakter yang kasar untuk seorang pembunuh upahan. Cepat sungguh dia terjatuh suka dengan Thalea.
Senang cakap, character depth untuk setiap karakter tak disampaikan dengan baik.
Rasa macam ada yang kurang.
Jalan cerita bagi saya okay saja, tapi tulah rasa macam tak cukup 😭 macam ada je benda yang kurang. Saya skimmed bila akhir² novel, baca seimbas lalu saja. Maybe dengan gaya penulisan penulis juga, saya juga sedikit keliru dengan dialog antara watak sebab penulis tak tulis siapa yang sedang bercakap di akhir tanda "".
Susunan plot tu penting, begitu juga dengan karakter dan juga gaya penulisan. Penulis boleh improved lagi di masa akan datang. Tahniah atas kelahiran sulung!
Overall... Laju dan x meleret... One of the factor that i like.... Suka hbgn adik beradik Hadif n Thalea... Suka jgak dgn hbgn suami isteri Razin n Thalea yg ada pasang surutnya... Pling penting is action dlm novel nie... Superb.. Mcm tgh melayari novel english... Well done to the author... And you deserve that 5***** rating that i give u for this book...
PS:actually bca lmbt sbb syg nk hbiskan cpat2... Keke
I'm speechless dengan novel ni. Dah lama ada dalam wishlist dan baru tahun ni dapat beli kat PBAKL dengan harga yang sangat murah.
Kisah mengenai Razin Qayyim aka Raid si pembunuh upahan. Kisah yang menyayat hati. Serius suka betul dengan brotherhood antara Razin dan Khalil. Tak lupa jugak Hadif, Andy, Emir. Memang rasa real. Kisah cinta Thalea dan Razin pun tak rasa canggung walaupun cerita ni bukan lah sepenuhnya kisah cinta. Kasih sayang mak long dan Pak long khalil digambarkan dengan sangat jelas. Sampai terus ke hati.
Termasuklah kisah Karl. Karl jahat. Karl kejam tapi entah kenapa bila diakhir cerita aku rasa seolah kasihan sungguh dengan dia. And plot twist cerita ni gempak bagi aku. Patutlah Karl langsung tak apa-apa kan mereka. Ada rahsia dalam rahsia rupanya.
Apa yang paling aku suka dalam ni adalah watak Razin Qayyim! Dia tegas tapi dalam masa yang sama kelakar. Sama naiklah bila bergabung dengan Khalil dan Hadif😂
Sebuah cerita tentang pembunuh upahan yang kejam.. Raid/Rizan, dua identiti yang dimiliki oleh seorang lelaki.. Hidupnya yang gelap mula berubah bila terjumpa Khalil dan keluarganya.. Namun sejarah lama kembali menghantui bila musuh dapat tahu yang dia masih hidup.. Hidup yang baru mula bercahaya kembali menjadi gelap namun tanpa disedari takdir mereka berselirat..
Alhamdulillah bacaan berjaya dihabiskan. Plot dan olahan patut diberi pujian. Penulis bijak menggunakan 'POV' untuk watak - watak penting.
'Plot twist' yang sangat tak diduga.
Rasanya ini pertama kali dalam sejarah membaca novel Bahasa Melayu, rasa sayu untuk "watak jahat".
Setiap yang terjadi ada hikmahnya, tetapi tidak boleh dinafikan masa lalu seseorang membentuk peribadi masa sekarang. Walaubagaimanapun manusia diberi pilihan.
Razin Qayyim seorang mat despatch yg ada kisah silam yg gelap. Dia berada di dua persimpangan antara kehidupan gelap yg sentiasa memburunya dan kehidupan baru yg memberi cahaya dan byk mengubah hidupnya. Razin berkawan rapat dgn Khalil yg dianggap seperti abang sendiri yg pernah menyelamatkan dia suatu ketika dulu. Mereka berdua sangat disayangi Mak Long dan Pak Long yg byk membantu walaupun mereka tak pernah kenal Razin. Siapa Razin? -- Thalea Aleesya, anak Dato' Mirza yg dibesarkan dgn kemewahan dan sgt angkuh namun sentiasa diawasi abangnya, Inspektor Hadif Alfian. Dia mencintai Faris, anak jutawan yg berpengaruh walau dihalang papa dan abangnya. Tanpa dia sedar, kedegilannya membawa padah. -- Raid, nama yg paling hebat dan bahaya dlm sejarah kumpulan Hunter, tak mampu disangkal walau tanpa senjata, dia tetap hebat bertempur. Raid, Akim, Karl dan Andy sangat akrab dan saling mempercayai namun kepercayaan menjadi penyebab segalanya. Dia dikhianati manusia bernama teman baik yg bukan seorang. Tp dia pula yg dituduh telah khianat kpd Hunter dan bunuh Tuan Qaiser. Dia yg dikhabarkan telah diseksa sebelum dibunuh tiba² kelibatnya dilihat disekitar Kuala Lumpur. Benarkah itu Raid? Benarkah Raid pengkhianat? -- Inspektor Hadif dan Inspektor Emir ditugaskan menyiasat beberapa siri pembunuhan kes berprofile tinggi yg masih belum selesai. Pembunuh hanya tinggalkan kertas huruf 'H' pada mangsanya. Namun, segalanya berubah bila insan kesayangan kini menjadi mangsa. Lumpuh segala semangat yg ada. Dan Hadif telah mengambil keputusan drastik dgn mengorbankan segalanya. -- Pertemuan mereka bermula dgn pertengkaran kecil bila Thalea terlanggar Razin dan tak mahu minta maaf. Kisah mereka tak berakhir di situ bila Razin menyelamatkan Thalea dr kerakusan Faris dan kawan²nya. Ketika menghantar Thalea pulang, dia berkenalan dgn Dato' Mirza dan Hadif. Sejak itu, Thalea yg terjatuh suka cuba mendekatkan diri dgn Razin demi membalas budi. Razin juga disenangi Dato' Mirza dan Hadif. Bukan sekali Razin menyelamatkan Thalea. Adakah semuanya kebetulan atau takdir? -- Kebahagiaan yg dikecapi hanya sementara. Kisah silam sentiasa mengekori dan menghantuinya. Dendam dan dengki penyebab dia dan insan² kesayangan kembali diburu. Kali ni, jiwanya yg diseksa. Bila kali kedua dia dilukai oleh insan tersayang, sakitnya lebih pedih dari pengkhianatan. Dan bila keikhlasannya diragui, dia pilih utk pergi. Dia tak rela dibenci oleh insan² kesayangannya. Pengakhirannya bila Thalea diculik dan hampir dibunuh. Nyawa Razin sebagai pertaruhan. Apa salah Razin hingga dia dibenci? Dapatkah Thalea diselamatkan? Apa pengakhirannya kisah hidup Razin? -- Pertama kali mengenali hasil tulisan Karra Ryna. Kisah digarap dgn sempurna dan lengkap segala rasa. Penuh emosi dan berdebar² sepanjang pembacaan. Jalan cerita yg padu dan tak meleret, melancarkan pembacaan. Suka dgn hubungan Razin, Khalil dan Hadif. Sangat tak rugi memiliki naskhah ni. Highly recommended. Best sangat.
Masa mula-mula baca novel ni, aku rasa cam dejavu. Mungkin lebih kurang novel aksi lain, permulaan cerita tu cam predictable. Kita boleh agak siapa Razin aka Raid. .
Tapi tak lama kemudian, aku rasa cerita ni dah boleh bergerak sendiri tanpa dibayangi mana-mana scene. .
Rasa sedih bila Razin dikhianati oleh kawannya yang dianggap sebagai adik sendiri. Ayahnya mati dibunuh di depan matanya. Lagi sedih bila isteri sendiri tidak mempercayainya. .
Aku suka dialog dalam novel ni. Semua rasa cam spontan. Boleh nampak bromance antara Razin, Khalil dan Hadif. .
Bila towards the ending, aku rasa makin sedih bila throwback kisah Razin dan Karl. Mereka bersama sejak kecil. Diajar membunuh. Dihukum bila tidak berjaya. Aku sebak bila dorang teringat dulu-dulu, bila kena kurung, tak diberi makan, masa tu la, dorang duk terfikir nak makan tu, makan ni. Bila hujan, Razin akan tadah air hujan untuk Karl. Sedih weh. .
Lagi sedih, bila Razin minta Karl cari bahagia sendiri. Dan aku terharu, bila Karl yang menerima semua hukuman. .
Worth reading. Ada la part romantik, tapi tak banyak. More towards bromance, action.
Permulaan cerita yang agak cliché especially scene antara Razin dan Lea. masuk 2/3 buku, baru terasa blend dengan cerita ni. cerita ni lebih kepada friendship Razin, Khalil, Hadif juga Karl. Razin dan Karl yang dididik sebagai hitman, membesar bersama-sama. Akibat tamak dan dengki, Karl berpaling tadah. Di saat Razin hampir kehilangan nyawa, khalil muncul dan merubah hidup seorang Razin. Khalil menganggap Razin sebagai kiriman untuk gantikan adiknya. Cuma saya rasa lagi best kalau dpt extend scene Razin dgn Lea.hujung2 tu baru nampak sengal & sweet 2 ketul ni. rasa tak cukup 🤣 Towards the end, bila Razin memilih persahabatan berbanding untuk membalas dendam terhadap seorang sahabat, air mataku tak tertahan lagi. Author memang bagi plot twist habis dan saya puas hati dengan ending cerita ni. Highly recommended!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Yeayyyyyyyy dah habis baca. Razin Qayyum a.k.a Raid. Pertembungan dengan minah sombong dan bongkak sewaktu menjadi despatch menjadi titik tolak kejadian yang berentetan. Slps razin menyelamatkan maruah Thalea, gadis itu mula jatuh hati. Razin diekori. Hahahaha . Giler betul. Razin yang kena kejar. Pembunuhan papa Thalea merentap dan merenggut hati sang gadis. Demi memastikan keselamatan Thalea, Razin yang sememangnya sudah mula mencintai Thalea, menikahi si gadis. Hadif berhenti menjadi polis. Dan kemudian, sesuatu terjadi. Hidup Thalea berubah. Nak tahu lebih, baca la novel ni. Besttttttttttt
Membaca novel silhouette karya Karra Ryna, memberi rencah sweet and mildly spicy dalam hari-hari berpuasa di bulan Ramadan. Watak utamanya Razin / Raid, bagi saya cukup menarik.....bermula dari awal cerita, sehingga Carl menculik Pak Long dan Mak Long. Bagi saya, Razin jadi too-soft selepas dia terjaga dari coma. Betul lah, seorang wanita boleh jadi punca kekuatan atau punca kelemahan lelaki.
Ending cerita silhouette bagi saya, kurang. Tidak menyokong permulaan dan perjalanan Razin-Carl yang super duper cruel gangsters.
Apapun, buku silhouette Karra Ryna ini dalam category novel melayu yang menarik, lain dari yang lain.
setiap diksi dlm karya ni tiada 1 pun yg sy tertinggal untuk baca kerana sy terpesona dgn keindahan gaya bahasa penulis. tidak ada bahasa pasar pun digunakan menjadikan karya dilihat sangat berkualiti dan mempunyai nilai estetika bahasa yg tinggi...plot penceritaan yg disusun mudah untuk difahami di samping tema persoalan yg sangat manarik menjadikan karya ini sesuai dijadikan bahan bacaan santai yg menghiburkan...tahniah penulis
Kisah Razin Qayyim yang punyai sejarah silam yang gelap dan hitam. Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk mengubah sisi gelap dan hitam dalam diri kita menjadi sisi putih bersih. Namun, aku mengakui hidayah itu milik Allah.
Sangat puas hati.. Triller , lucu n semua rasa ada. Novel tak tebal tapi padat . Perasaan teruja ketika membaca membuatkan tak sabar nak habiskan naskah ini. Watak semua best👍🏼 Tahniah penulis❤