Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hey Laura, It's Me

Rate this book
"Orang jahat memang susah nak gelak sebab hati mereka dah hitam. Hitam, hitam, hitam dan hitam!" ~ Laura

Dia bencikan Iskandar. Bagi Laura, sejauh manapun kejahatan menjulang piala, akhirnya piala itu akan jatuh ke tangan kebaikan. Kerana itu dia menunggu kehadiran Iskandar demi sebuah jawapan. Bertahun menunggu, bukan Iskandar yang muncul tetapi Marlo, lelaki kasar, kurang ajar dan sarkastik yang sering mengekorinya. Datangnya Marlo bersama berita kelenyapan Iskandar dari dunia.

Rimos Cafe menemukan Laura dengan Fateh, barista yang kacak, sopan tetapi agak lemah. Mengenali Fateh membuatkan hatinya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memperlihatkan sisi romantisnya. Berada di sisi Fateh seringkali mengingatkan dia pada Iskandar sehingga Laura celaru.

“Pernah tak kita bertemu sebelum ni?” ~ Fateh
“Kita tak pernah kenal sebelum ni. Mungkin bos pernah terserempak dengan perempuan seiras saya. Dalam dunia ni, banyak pelanduk dua serupa….” ~ Laura

Dunia Laura tiba-tiba kucar-kacir apabila dia diburu oleh Tuan Farid. Ketika itu seorang lelaki bernama Zack muncul. Lelaki yang memegang kunci pada semua rahsia yang berlegar di sekitar mereka. Namun, benarkah Zack ada kunci pada segala rahsia sedangkan di atas mereka ada manusia licik yang bijak bermain dengan sebuah kenyataan?

Ada kematian yang berlaku.
Ada kehilangan yang perlu mereka terima.
Ada kenyataan yang harus mereka telan.

480 pages, Paperback

First published January 1, 2019

1 person is currently reading
45 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (34%)
4 stars
12 (24%)
3 stars
17 (34%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 18, 2019
Maaf penulis. Tapi novel ni buat aku keliru yang teramat sangat. Banyak benda buat aku susah sangat nak hadam jalan cerita. Anda ada idea. Tapi susunan cerita agak tidak tersusun. Maafkan sy kalau cik penulis membaca review ini.

Selain tu, terlalu banyak watak. Sampaikn kekadang jadi keliru dia ni siapa sebenarnya. Kalau cik penulis dpt minimize kn watak2 mungkin lebih padat.

Aku suka idea yang dibawakan oleh cik penulis.. Tapi masih perlu diperbaiki. Mungkin ni adalah cubaan daripada cik penulis untuk menulis genre action romance.

Bila terlalu banyak berlakunya pembohongan yang diceritakan, jadi aku mudah confuse dengan hakikat sebenar. Haha..atau adakah aku yang blur sekarang? Tak boleh nak hadam sepenuhnya.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
May 8, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I don't think cerita ini disusun dengan baik because agak susah untuk N nak faham apa kaitan semua nama-nama yang disebut dalam cerita ini.

Di samping itu, bila keluar-masuk flashback sangat mudah untuk keliru sama ada ia masih lagi flashback atau sudah kembali pada masa kini. So if you're planning to read this, you need to read it carefully sebab kalau langkau-langkau, you might missed some important details.

N agak suka dengan genre romantic-suspense but kali ini, N rasa macam part romantic tu tak berapa nak menarik. I don't get the chemistry between Fateh dan Laura, mainly because watak Laura ni macam bengis semacam. The suspense bit, however, was done pretty well.
Profile Image for atep.
11 reviews
March 17, 2022
hey laura , it's me
.
.
actually beli buku ni sbb murah aje tak expect jalan cerita dia best . suka la dengan main character punya nama ISKANDAR ZUL FATEH . but novel ni agak berbelit belit juga sbb kadang ii tak tahu ni past ke present ke future . tapi storyline mmg cunn , plot twistnya okee and dapat faham la kan . paling penting novel ni bukan romance semata yee . 🐰👍
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
January 16, 2023
awal2 baca tu macam eh apa benda ni , siapa dia ni sebenarnya . lepas tu bila satu-satu benda terungkai tetiba ada plot twist lagi saya macam eh eh pastu ada lagi . baca cerita ni tak boleh skip nanti tertinggal train . ending dia buat saya teringat adam si pembancuh kopi dalam coffee , sara 🫣
Profile Image for dina.
40 reviews
December 1, 2021
I selalu confused dgn flashback. Like eh ni yang lepas ke sekarang. Pening dengan susunan ayat tau. And banyak benda yang susah nak difahamkan like kena baca banyak kali baru dapat, itu pun masih confused. Overall, plot dah lawa.
Profile Image for Hn.ssss.
57 reviews1 follower
January 23, 2023
Hey Laura , It's Me - Iesya Sya

Rate : 4/5 ⭐

- " Kertas kosong tetap kertas kosong. Kosong tu akan berubah apabila ada yang mula mencorakkanya."

- "Jika dia biarkan semua berhenti , semuanya akan berhenti. Tak akan ada yang berubah kecuali..dia yang berusaha merubah semuanya. "

Fateh - cute 🙈
Marlo - hm jahat ? Tak kot tapi cute bila jumpa Laura 🙊
Iskandar - misteri tapi special buat Laura 🥰

Dek kerana dendam , habis semuanya musnah.
Dek kerana dendam , hubungan adik beradik hancur , orang terdekat menjadi mangsa , yang tak bersalah dipersalahkan.

Ni pertama kali aku kenal penulis & pertama kali baca karya beliau kalau tak silap aku 🤔 . Jujur aku kagum dengan penulisan beliau tapi entah la rasa macam serabut sikit hal Farid dengan Iskandar-Laura-Sairez. Walaupun dekat pertengahan ada penulis ceritakan semuanya tapi aku rasa macam ...terabur sikit ? Tapi so far , aku boleh paham. Cuma kena fokus betul² la baru dapat tangkap.

And yes , Laura . Aku suka dia. Personaliti dia tak terlalu berat + dia berani. Tak lembik macam setengah watak perempuan kalau jumpa laki macam Marlo , Iskandar atau Fateh. Dan sebagai perempuan , memang perlu sangat belajar seni mempertahankan diri walaupun sikit 🤏 penting ya penting. Watak Laura skandalita ni memang buat aku sedar , tak semestinya kena buru baru kena belajar pertahankan diri kan 😏.

Anyway , banyak pengajaran boleh ambil dari novel ni. Mana yang baik jadikan pengajaran , yang buruk jadikan teladan. ☺️

P/s : tak sangka semuanya berkaitan dengan orang tua tu 😫 hadehhh banyak suspen novel ni😮‍💨
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
November 27, 2021
Cerita ni sangat best. Walaupun watak pada saya ramai yang keluar, tapi setiap watak tu memang main peranan yang bagus melengkapi watak utama.

Bila baca memang kena bagi tumpuan untuk kita berteka-teki apa kaitan orang tu? Dia ni siapa pulak? Confirm orang yang sama ke bukan? Eh.. banyak la benda yang berlegar-legar kat kepala sampai kita rasa susah nak letak buku. Nak selak-selak apa berlaki seterusnya.

Plot twist pun best jugak. Aksi yang digambarkan pun napak natural. Best!

Laura X Iskandar? Laura X Fateh? Laura X Marlo? Kalau tanya, saya lebih suka Laura X Fateh. Suka watak Fateh actually. Boleh nampak gaya-gaya prince charming kat situ.

Apa-apapun tak rugi dapatkan buku action romance ni. Tahniah penulis. Teruskan menulis karya-karya yang best macam ni. 😄
Profile Image for Deeyana.
33 reviews
July 29, 2023
Memang recommend sangat sangat!!!!!!!!!!!!!
Beli rm10 je weyh tak sangka storyline dia gempak..
Nak cerita pun tak tahu sbb ntah la berbelit tau..
Siapa iskandar siapa Zack siapa farid apa yang sairez buat what happened to laura memang speechless weyh lepas tahu...
Romance dlm buku ni ada la dalam 30% ...
Goodjob author ieyasya❤️👍🏻
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
March 3, 2023
Emm sorry author! Dah cuba suka but tak boleh. I don’t think plot disusun dengan baik. Hura hara dan tiba tiba. Pening kepala. I think coffee sara yang hura hara tu jauh lebih better. Ada 3 lagi novel author yang aku tak baca lagi. Beli sebab Terpengaruh dengan reviu reader lain
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.