Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Cikgu Tadika

Rate this book
Mula-mula dia langkah masuk, Bariah dah berkerut dahi memandang lelaki berbadan ala-ala model majalah Playboy itu. Muka kacak, badan boleh tahan. Bergaya pula tu. Bibir Bariah automatik mengukir senyuman sinis. Mana taknya... Dia cikgu tadika! Bariah dah ketawa geli hati. Tambah pula disuruh panggil cikgu Mimi.

"Oi, Cik Kak! Saya tahu apa yang awak fikir. Pelik sangat ke orang lelaki jadi cikgu tadika?" - Suhaimi
"Eh, saya tak cakap apa-apa pun." - Bariah
"Sememangnya tak cakap apa-apa. Tapi saya awak tengah mengejek saya dalam hati." - Suhaimi
"Mana Ada. Cuma..." - Bariah
"Cuma apa?" - Suhaimi
"Cuma saya rasa macam kurang sesuai. Tapi kalau jadi cikgu saya memang sesuai sangat. Cikgu hati dan perasan." - Bariah
"Eee... Gedik betul perempuan tu ya. Nanti kau. Aku adukan perangai kau kat kak aku." - Suhaimi

Ayat yang keluar dari bibir Bariah itu akhirnya nyata. Dia memang benar-benar menjadi cikgu di hati Bariah. Siapa suruh cakap? Masin mulut memang jadi.

Pada Suhaimi, walaupun Bariah garang pada luaran, tapi gadis itu ada sekeping hati yang baik. Tingkah Bariah menjaga kanak-kanak itu telah menambat hatinya. Maklumlah dia asyik kena tengking dengan Bariah bila salah buat. Tapi akhirnya, tengkingan Bariah menjadi siulan buatnya.

Teruja bila dia sudah jatuh hati pada Bariah.
Tambah gembira bila dia rasa Bariah juga merasai apa yang dia rasa.
Orang kata bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tapi dia, dia sudah bertepuk dua tangan!

Walaupun dia lelaki, dan dia tak sehebat Bariah sebagai pembantu cikgu tadika, tak bermakna dia tak mampi menjadi cikgu di hati Bariah. Ini Suhaimi aka Cikgu Mimi. Bariah, awak akan menyesal sebab jatuh cinta pada saya kerana bila saya kata saya sayng, saya akan sayang sampai mati. Ini ikrar cikgu tadika!

427 pages, Paperback

First published January 1, 2019

1 person is currently reading
9 people want to read

About the author

Izma Qahiera

13 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (57%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for シティ.
264 reviews
February 17, 2025
Bacaan santai semasa menggunakan kenderaan awam
eBook Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

🤔 Petikan ini buat kita berhenti sekejap dan berfikir tentang apa maksud tanggungjawab seorang wanita. Kata-kata Mak Nab memang menusuk hati:
“Mak faham Yah nak majukan diri. Tapi biarlah berpada-pada. Jadi perempuan ni tak susah. Tapi nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang perempuan tu yang menuntut macam-macam pengorbanan. Boleh faham tak mak cakap?” Mak Nab mencium dahi Bariah sebaik sahaja gadis itu mengangguk.

🤔 Petikan ini menyentuh soal keseimbangan dalam hidup. Kata-kata ini bukan sahaja buat kita tersenyum, tapi juga mengingatkan tentang pentingnya menguruskan masa dan keutamaan dalam hubungan:
“Bukan macam tu, sayang. Awak boleh jadi apa aje yang awak nak. Asalkan awak tahu menguruskan masa. Kita memang perlu bekerja. Tapi jangan sampai jadi hamba kerja. Sampai masa nanti bila kita terlampau sibuk, kita juga yang akan rugi. Contohnya awak dah tengok. Sibuk punya pasal sampai awak tak perasan pun Afnan dah banyak berubah. Itu baru Afnan. Kalau dah kahwin nanti mustahil perubahan yang berlaku pada saya pun awak tak sedar. Tahu-tahu dah ada madu.” Suhaimi terkemam. Terlajak cakap pula.

🤔 Petikan ini menyentuh sisi mulia Suhaimi sebagai seorang cikgu tadika. Keputusannya mungkin pernah dipandang sinis, tapi hakikatnya, dia buktikan betapa besarnya impak yang dia mampu beri kepada anak-anak istimewa seperti Afnan. Cuba hayati petikan ini:"
“Projek penubuhan Pusat Perkembangan Minda Si Cilik perlu dipercepatkan. Dia mahu membantu lebih ramai lagi anak-anak autisme seperti Afnan. Ternyata keputusan Suhaimi untuk menjadi cikgu tadika satu masa dahulu bukanlah keputusan yang salah. Tidak pelik pun seorang lelaki menjadi cikgu tadika sekiranya dia dapat memanfaatkan ilmu yang ada untuk anak-anak bangsa. Malah lebih bermakna lagi apabila anak autisme seperti Afnan dapat dikesan segala kelemahan dan kelebihannya dari peringkat awal.”


📝 Sudut Pandangan 1: Puitis, Dalam, dan Berlapis Makna

Dia Cikgu Tadika oleh Izma Qahiera adalah kisah cinta yang memaparkan kelainan—membawa pembaca ke dunia kanak-kanak yang menjadi pentas percaturan hati dua jiwa dewasa. Bariah dan Suhaimi, walaupun kelihatan seperti dua dunia berbeza, disatukan oleh satu ruang kecil yang penuh warna dan tawa: tadika.

Bariah melambangkan keangkuhan yang muncul dari kelukaan lama, manakala Suhaimi pula seorang lelaki yang menyimpan keberanian untuk merobohkan tembok ego wanita itu. Dialog mereka yang berapi-api adalah simbolik kepada pertembungan dua karakter yang saling mencabar tetapi pada masa sama saling mengisi kekosongan.

Kisah ini bukan sekadar jenaka ringan. Ia adalah sebuah renungan tentang stereotaip—apabila seorang lelaki dipersoalkan kemampuannya sebagai cikgu tadika. Di sebalik perwatakan humor dan kelakar Suhaimi, ada mesej yang lebih dalam: tentang lelaki yang berani memilih jalan hidup yang berbeza.

Izma Qahiera memimpin pembaca menerokai sebuah cinta yang tidak terburu-buru, cinta yang bermula dengan salah faham tetapi bertukar menjadi sesuatu yang jujur. Novel ini seakan-akan membisikkan satu hakikat hidup:

"Kadang-kadang, cinta muncul di tempat yang tidak pernah kita jangka. Dan bila ia datang, hati akan memilih untuk percaya."



📝 Sudut Pandangan 2: Praktikal, Santai, dan Mengajar Nilai Hidup

Dia Cikgu Tadika ialah novel ringan yang menghiburkan tetapi penuh mesej kehidupan. Penulis, Izma Qahiera, menggunakan latar tadika—tempat yang jarang dilihat sebagai medan kisah cinta—untuk menyampaikan mesej yang segar.

Watak Suhaimi, lelaki bergaya yang bekerja sebagai cikgu tadika, adalah simbol keberanian untuk melawan stereotaip. Tidak ramai lelaki yang berani memilih kerjaya seperti itu, tetapi Suhaimi melakukannya dengan yakin. Dalam proses itu, dia bukan sahaja memenangi hati kanak-kanak tetapi juga Bariah, rakan sekerjanya yang pada mulanya meragui kebolehannya.

Hubungan Suhaimi dan Bariah memberikan pengajaran penting tentang komunikasi. Perang mulut mereka yang penuh humor sebenarnya adalah cara kedua-dua watak saling memahami. Melalui watak Bariah yang tegas, pembaca belajar bahawa cinta tidak semestinya bermula dengan keserasian, tetapi boleh tumbuh dari kejujuran dan kesungguhan.

Penulisan Izma Qahiera mudah difahami, dengan dialog santai yang menghidupkan cerita. Humor yang diselitkan di sepanjang novel menjadikannya bacaan yang sesuai untuk mereka yang mencari hiburan ringan tetapi bermakna.

"Kalau anda ingin membaca kisah cinta yang mengajar kita menerima perbezaan, membuang ego, dan mencari bahagia di tempat yang tidak disangka, buku ini sangat sesuai untuk anda."
Profile Image for Sha Mohamed.
2,527 reviews1 follower
March 21, 2023
Suka sangat jalan cerita dia.. Penulis pandai masukkan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berkerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.. Walapun sekadar cerita namun Sha suka isi dia..
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
February 25, 2025
Ahhh best. Suka la novel ni. La lelaki pun insan biasa la boleh je nak jadi cikgu tadika. Jgn la pandang rendah pulak ye. Bagi aku kisah ni comel. Suhaimi aka MIMI 🤣 dan Bariah. Bertemu pertama kali di Tadika kepunyaan kakak Mimi, Syuhada. Terkejut sbb cikgu tadika tu lelaki. Pertemuan pertama yg tak berapa nk cantik sgt. Ada je yg berlaku lps jumpa banyak kali. Mimi tak suka Yah. Bila org tu takde tau pulak rindu ye.

Pandai mimi ambik hati afnan. Nk tau afnan tu sape kena la baca novel ni. Nasib baik happy ending. Hehehe. Baca novel ni aku dpt tau mcm mana kerja cikgu tadika tu. Aku salute la siapa yg mampu jadi cikgu tadika tu. Klu aku mmg tak. Kurang penyabar sikit orgnya 😅.

Penulisan Izma pun ok. Best ayat2 dia. Saya suka.
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
February 25, 2025
Menarik karya ini.

F suka watak Cikgu Mimi. Dah la badan sado tapi penakut heheheh sweet betul panggilan Cikgu Mimi

Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.