Rasulullah sebagai manusia juga berumah tangga. Lalu dalam berumah tangga Baginda hadapi asam garamnya. Ada ketika ceria bersama, ada ketika saling bermasam muka.
Ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik. Sungguh setiap saat dalam hidup baginda ada teladan untuk umat. Barulah umat boleh belajar daripada Baginda.
Benarlah, Rasulullah uswah hasanah; teladan terbaik. Buku ini memaparkan babak - babak asam garam rumah tangga Nabi yang mungkin kita tidak tahu selama ini, antaranya: 1. Nabi tersa hati 2. Sebulan Nabi merajuk 3. Isteri intip Nabi 4. Nabi dan isteri kemalangan 5. Isteri berdikari cari nafkah 6. Adakala Nabi pun bergadai 7. Isteri paksa Nabi makan ubat 8. Nabi melayan sahaja isteri cemburu 9. Nabi bercerai! 10. Isteri dituduh curang!
Buku ini membuka mata saya, rumahtangga Rasulullah juga ada ragamnya! Sebulan Nabi merajuk dengan isteri, isteri mengintip Nabi pergi mana waktu malam, isteri memaksa Nabi makan ubat dan konflik isteri Nabi dituduh curang sehingga gundah gulana rumahtangga!
Benarlah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Semua tidak terkecuali, termasuk juga Nabi!
Buku ini menyediakan matan hadis dan ditulis dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga, saya galakkan untuk baca buku ini sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang hidup kelak. Sangat disyorkan!
Alhamdulillah selesai baca pada 6/6/22. Buku ni saya beli hasil rekomendasi oleh Ust Fatimah Syarha. Pada bahagian pengenalan, penulis terlebih dahulu memuatkan profil ringkas para Ummul Mukminin. Penulis menggunakan beberapa hadis dan tafsir berkaitan babak-babak rumah tangga Rasulullah SAW dan para ummul mukminin. Penulis bahagikan setiap babak mengikut tema utama iaitu kerenah, susah senang, berdikari dan krisis. Babak-babak dalam buku ini memfokuskan krisis dan konflik yang berlaku dalam rumah tangga Nabi SAW. Penulis mempertahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa kebanyakan ayat Al Quran merakamkan konflik yang berlaku dalam rumah tangga Baginda SAW untuk dijadikan pengajaran bagi umatnya. Beliau mengeluarkan poin penting daripada setiap ayat berkenaan isu yang ingin diketengahkan. Menurut beliau adalah lumrah terjadinya konflik dalam rumah tangga kerana Baginda SAW juga mengalaminya, yang berbeza ialah cara kita melihat dan mengatasinya. Para suami perlu mencontohi keadilan Rasulullah SAW manakala para isteri perlu mencontohi kesabaran Ummul Mukminin. Pada bahagian akhir buku ini penulis turut memasukkan 'bts' atau di sebalik tabir pembikinan buku ini. Sungguh tak sangka proses menyiapkan buku ini sangat rumit dan memakan masa. Selepas membacanya terbit rasa terharu dengan usaha yang dilakukan penulis. Semoga usaha beliau menyiapkan buku ini menerima ganjaran berganda 😇
Apa yang saya amat suka tentang buku ini ialah cara setiap isi cerita itu diolah bersandarkan pada kisah asal yang tiada tokok tambah serta tiada huraian yang berjela-jela. . . Kebijaksanaan penulis membuat catatan ringkas dan anekdot daripada setiap hadis yang di jadikan rujukan konflik dilakukan dengan cemerlang sekali. . . Pemilihan perkataan juga sangat 'reader friendly' dan bertepatan dengan citarasa pembaca yang membeli buku ini. . . Saya ingin mencadangkan bakal-bakal pengantin, yang baru berumahtangga, yang sudah bertahun berumahtangga, yang sedang dalam konflik rumahtangga, yang sedang bertatih-tatih nak berkenalan dengan kehidupan rumahtangga, yang selalu menjadi pendengar setia masalah rumahtangga kawan-kawan tu...dapatkanlah buku ini. . . Ada pasal cara nak memujuk, ada diceritakan bagaimana untuk berinteraksi, bagaimana berhadapan dengan konflik komunikasi dan emosi, tentang penceraian, tentang poligami, tentang gurau senda, tentang kisah cinta dan rindu...dan baaaanyak lagi. . . Cadangan penambahbaikan: . . Saya rasa buku ini perlu ada 'sequal' kerana saya pasti ada banyak lagi kisah-kisah menarik Nabi sollallahu'alaihi wasallam bersama isteri-isteri beliau yang perlu dikongsikan secara santai dan menarik seperti buku ini. Mungkin juga boleh buat 'sequal' tentang asam garam nabi dan para isterinya menyantuni anak-anak kecil-- sebagai ayah dan ibu. Allahu a'lam.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana diberi keizinan untuk membeli dan memiliki buku ini. Banyak babak-babak menarik yang dikupas dalam buku ini. Tidak rugi untuk membeli dan memilikinya.
Buku terbaik buat suami untuk menjadi terbaik di sisi isteri. Bersabar lah dengan sikap isteri Kita kerana ar rasul pun bersabar apatah Kita, sepatutnya baginda lah contoh buat Kita.
Buku ASAM GARAM RUMAH TANGGA NABI SAW JILID 1 Bilangan halaman : 272 halaman.
Sebuah buku yang menghimpunkan lebih 80 riwayat rumah tangga Nabi SAW yang dibahagikan kepada 4 bab iaitu :
1. Kerenah.
Betapa sabarnya Nabi SAW melayan emosi dan sifat cemburu para isteri Baginda. Saidatina Aisyah merupakan isteri Nabi SAW yang paling kuat cemburu, mungkin kerana usianya yang masih muda. Pernah beliau memecahkan pinggan akibat cemburu dengan madunya di hadapan Nabi SAW tapi Baginda sendiri yang mengutip serpihan pinggan tadi.
Contohilah Nabi SAW yang tidak pernah berkasar dengan para isteri walaupun Saidatina Aisyah pernah meninggi suara terhadap Baginda. Aisyah dan Zainab juga pernah bertekak di hadapan Nabi SAW tetapi Baginda tetap sabar dalam melayan kerenah mereka.
2. Susah Senang.
Nabi SAW sebagai pemimpin negara juga pernah mengalami saat kemelesetan ekonomi. Baginda pernah menggadaikan baju besi kepada Y*hudi untuk mendapatkan gandum demi keperluan ahli keluarganya.
Teladani juga cara Nabi SAW memujuk sekaligus mendidik Saidatina Safiyyah yang menangis kerana Hafsah memanggilnya dengan panggilan 'anak Yah*di. Nabi SAW tidak memujuk Safiyyah dengan cara membalas terhadap pihak yang melukakan hatinya sebaliknya Baginda mengajar menjadi seorang pemaaf dan hargai kebaikan diri sendiri.
3. Berdikari.
Bab ini mengetengahkan kelebihan para Ummul Mukminin, contohnya Saidatina Zainab yang pandai membuat kraf tangan. Hasil jualannya pula disedekahkan kepada golongan miskin.
4. Krisis.
Pernah berlaku krisis dahsyat yang menimpa rumah tangga Nabi SAW hingga hampir tercetusnya peperangan antara kabilah Aus dan Khazraj. Banyak pedoman yang kita dapat gali dari kisah tersebut, contohnya kehebatan akhlak Saidatina Aisyah dan betapa zuhudnya Nabi SAW walaupun memiliki harta yang sangat banyak.
Buat pertama kali aku jumpa buku yang begitu unik, di mana penulis menyertakan Jaringan Hubungan Antara Nabi SAW dan Ummul Mukminin pada kulit buku yang boleh dilipat. Tidak dinafikan ilmu akan lebih mudah difahami & gambarannya lebih luas apabila fakta dirumuskan secara visual.
Buku yang bukan saja sesuai dihadiahkan kepada mereka yang bakal melangsungkan pernikahan tetapi disyorkan sebagai bahan ulang kaji oleh pasangan yang sudah lama membina rumah tangga. Buku ini juga sesuai menjadi modul kuliah atau kursus di masjid, sekolah & jabatan kerajaan.
Secara umum, buku ini perlu ditelaah oleh kita semua sebagai usaha memupuk semangat cintakan Nabi SAW & ahli keluarga Baginda.
Bertaburan mutiara pedoman yang dapat dikutip dari buku ini. Moga Allah limpahkan pahala yang luas buat penulis, Aamiin.
"Mesra bukan bermakna tidak pernah bermasam muka. Romantik bukan bererti tidak pernah berkonflik".
Penulisan yg kemas dan mudah difahami. Sesuai untuk bacaan umum, meski tajuk Rumah Tangga tu yg deter interest. Hehee. Pada setiap kisah/kisah tertentu, penulis beri huraian untuk diaplikasikan pembaca. Hakikatnya pelajaran bab rumah tangga ni terpakai untuk anak-anak, atuk nenek dan cucu cicit juga. Been thinking kalau tajuknya ragam/kisah isteri nabi, mungkin lebih laju menarik minat saya untuk baca. Saya suka buku ni. Moga usaha penulis menjadi asbab kebaikan dunia akhirat buatnya.
Banyak cerita yang dimuatkan xpernah didengari sebelum ni.. Banyak input yg dpt saya ambil pengajaran dari buku ni.. Daripada buku ni dpt dilihat bahawa Nabi SAW dan isteri2nya juga manusia biasa yg ada rasa cemburu dsb..