Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selendang Merah Balukhali

Rate this book
‘SELENDANG MERAH BALUKHALI’ menceritakan tentang perjalanan seorang pendatang tanpa izin yang berasal dari Rakhine, Myanmar bernama Omar mencari ahli keluarganya di kem pelarian Balukhali di Cox’s Bazar, Bangladesh setelah 3 tahun dia bekerja secara haram di Malaysia. Omar akhirnya bertemu semula dengan adik perempuannya Sherezad di Balukhali. Namun begitu, Omar dan Sherezad kehilangan ibu dan bapa mereka yang terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Tula Toli, Maungdaw. Akibat kebakaran yang hampir meragut nyawanya itu, Sherezad telah menjadi buta. Selama Sherezad sebatang kara di kem pelarian Balukhali , dia telah dijaga oleh seorang staf pelatih UNHCR dari Malaysia yang bernama Lo Yu Ting. Apabila Omar dan Sherezad bertemu semula, Lo Yu Ting telah melepaskan penjagaan budak perempuan itu kepada Omar.

Rasa bersalah Omar terhadap kematian ibu bapa mereka dan kecacatan Sherezad di tangan kekejaman tentera Myanmar menjadikan dia merasa terdesak untuk mendapatkan rawatan untuk memulihkan penglihatan Sherezad. Di waktu itu, Omar didatangi oleh Uwais, pelarian Rohingya yang tiba lebih awal di Balukhali. Uwais menjanjikan yang dia akan memperkenalkan Omar dengan seseorang yang boleh menyelesaikan masalah Omar yang inginkan jalan keluar dari kem pelarian dan mendapatkan rawatan pakar untuk adiknya. Malangnya, orang yang dimaksudkan oleh Uwais itu adalah Tuan Al-Ahmadi yang merupakan ketua kumpulan pengganas yang mengambil kesempatan terhadap keterdesakan pelarian-pelarian Rohingya. Lo Yu Ting cuba menasihati Omar supaya bersabar menjalani kehidupan di Balukhali dan menunggu sehingga bantuan tiba dan tidak terjebak dengan kegiatan pengganas. Apabila Omar menyedari yang dia telah membuat keputusan yang salah, Al-Ahmadi sudahpun bertekad untuk mendapatkan Omar yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa, membaca dan menulis untuk bekerja di dalam organisasinya.

Omar terpaksa membuat tindakan muktamad untuk menyelamatkan adiknya yang menjadi tebusan organisasi Al-Ahmadi untuk mendapatkan kesetiaannya.

163 pages, Paperback

First published February 27, 2019

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Sri Rahayu Mohd Yusop

23 books260 followers
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Hasil kerja yang telah diterbitkan:

1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.
2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.
4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.
6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.
7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.
8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013.
10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015.
12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.
13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara.
14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.
15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (45%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
4 (20%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
January 4, 2020
Sebuah lagi novel best karya Sri Rahayu. Novel ini telah memenangi hadiah utama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. Gaya bahasa yang digunakan indah, dan ternyata penulis melakukan banyak kajian dalam usaha menyiapkan novel ni. Jadi tak pelik bila novel ni menang HSKU 2017. Novel ni mengangkat tema kemanusiaan - tentang perang, pelarian, keluarga, dan pilihan dalam hidup. Bila baca novel ni, macam boleh rasai penderitaan watak utama novel ni.

Mengisahkan tentang Omar, seorang pemuda Rohingya yang pada mulanya berkerja secara tidak sah di Malaysia. Setelah mendapat berita bahawa tanah airnya di Rakhine diserang oleh tentera junta Myanmar, dia mengambil keputusan untuk mencari Keluarganya di Cox’s Bazar, Bangladesh yg menjadi tempat berkumpulnya para pelarian. Di Kem Pelarian Balukhali, dia bertemu semula dengan adik perempuannya, Sherezad yang kini telah buta akibat kecederaan yg dialaminya. Untuk mendapatkan rawatan buat adiknya itu, Omar terpaksa membuat beberapa pilihan yg bakal mengubah hidupnya.

* Lepas batch 2017 ni, mungkin dah xde Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, satu pertandingan yg menghasilkan karya2 sastera yg bermutu tinggi sejak tahun 1988...
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
March 2, 2019
Novel tipis ini menampilkan watak remaja, Omar yang cekal dan tabah dengan nasib malang yang menimpanya. Dengan ciri2 peribadi yang unggul dan mempunyai kesedaran tanggungjawab maka tidak hairanlah novel ini menang hadiah utama HSKU 33. Selain itu tema pelarian dan krisis Rohingya sangat relevan pada waktu ini. Saya sukakan saiz novel ini dan kavernya yang sederhana, menjadi dalah satu faktor penarik untuk dibaca.

Tetapi, saya tidak selesa dengan gaya bahasanya. Macam novel2 teks Komsas, ia terlalu formal dan kaku. Latar tempat dan watak2nya juga tidak terasa hidup. Apapun cubalah korang baca. Kot2 sesuai dengan minat.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
June 6, 2024
Sedap ceritanya. Banyak ilmu baru dapat. Penulis memang buat kajian sebelum menulis. Cuma ceritanya macam fast paced la sikit. Tahu-tahu dah habis.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
March 4, 2019
Novel favourite saya dalam HSKU-33, kerana saya suka membaca kisah-kisah berkaitan kemanusiaan. Saya sendiri menulis subjek Perang Bosnia dalam novel HSKU pertama saya - Lili Putih Srebrenica.

Kak Sri bijak memilih topik penderitaan orang-orang Rohingya, menjadikan buku ini paling menonjol. Jalan ceritanya kemas, watak utamanya memiliki ciri-ciri unggul seperti tabah, ringan tulang dan mengambil berat perihal orang lain, serta suasana di Cox's Bazar itu boleh dibayangkan dalam kepala.

Kekuatan Kak Sri dalam setiap novelnya adalah watak utamanya yang mempunyai jiwa. Bab 1 adalah bab kesukaan saya. Saya merasai setiap kesakitan dan kepedihan Omar, malah turut berdoa agar Omar selamat sampai ke destinasi dan tidak ditindas lagi.

Cuma pengakhiran novel ini terlalu mudah, saya syak kerana Kak Sri kesuntukan masa. Alangkah bagusnya kalau watak dalam novel ini boleh dikembangkan lagi. Saya teringin nak tahu kisah Omar dari kampung sehinggalah dia mula bertapak di Malaysia. Mungkin untuk novel seterusnya? (hint, hint)
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
June 29, 2019
Kisah mengenai hubungan keluarga adik-abang di kem pelarian. Saya rasa novel ini kurang mengujakan berbanding novel-novel penulis yang pernah saya baca sebelum ni. Mungkin hanya tanggapan saya seorang
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
May 28, 2025
Kisah tentang Omar yang diburu rasa bersalah atas 'kesilapannya' pada masa lampau; dia berhijrah ke Malaysia mencari kerja dan ketika itu kampungnya di Rakhine diserang oleh tentera Myanmar. Dalam serangan itu, kedua ibu bapa Omar meninggal dunia dan adiknya mengalami kecederaan sehingga buta. Omar bertekad untuk mencari adiknya di Cox's Bazar setelah dia berhenti kerja demi menebus kesilapannya.

Selendang Merah Balukhali mengetengahkan isu pelarian Rohingya dan realiti kehidupan di pusat pelarian. Sesak, padat dan melelahkan. Tetapi bagi orang yang harus memilih nyawa atau keselesaan, tentulah mereka akan memilih Cox's Bazar daripada kampung halaman yang telah diranapkan oleh tentera Myanmar.

Kalau tak silap saya, Omar ni belum pun mencecah usia dewasa. Dalam kisah ini, Omar digambarkan terlalu terdesak untuk memastikan kehidupan adiknya terjamin pada masa depan sehingga dia hampir terpedaya dengan jenayah Tuan Al-Ahmadi. Tak boleh nak salahkan Omar yang mengikut emosinya,dia membesar bukan macam orang biasa. Keadaan hidup yang memaksanya untuk dewasa.

Saya suka dengan Yu Ting, dia tak mudah berputus asa.Dalam cerita ini, sebelum Yu Ting menjadi sukarelawan di Cox's Bazar, ayahnya ada menghadiahkan buku panduan sukarelawan di pusat pelarian. Tapi, Cox's Bazar bukanlah seperti pelarian yang digambarkan dalam buku panduan tu. Cox's Bazar cumalah sekadar tempat untuk lari daripada kematian. Jadi, bagaimana Yu Ting menyelesaikan krisis itu? Bacalah. Anda akan kagum kepada ketabahan gadis ini.

Pendek kata,Selendang Merah Balukhali membawa anda menziarahi satu sudut kehidupan yang mungkin anda tak pernah alami. Syabas kepada penulis atas naskhah yang menjunjung nilai kemanusiaan!
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
March 30, 2019
Kisah Omar, seorang pelarian dari Rakhine, Myanmar. Dia mencari keluarganya di kem pelarian Balukhali setelah 3 tahun bekerja secara haram di Malaysia.

Kisah Omar adalah satu kisah hidup yang penuh ranjau dan liku. Dia ditipu dan ditindas. Namun, Omar percaya setiap apa yang terjadi adalah ujian kepadanya.

Ini adalah sebuah kisah kemanusiaan, watak Omar yang begitu daif. Dia hanya memikirkan bagaimana untuk bertemu semula dengan keluarganya. Bila dia berjaya bertemu adiknya Sherezad, fokusnya beralih untuk keluar dari kem pelarian ini bersama adiknya. Dia inginkan hidup yang lebih baik dan mendapatkan rawatan untuk adiknya yang buta.

Kem pelarian ini bukanlah tempat yang selesa. Dihuni hampir 600,000 ribu orang pelarian. Tidak dapat digambarkan keadaan yang kucar kacir dan serba kekurangan.

Watak Lo Yu Ting, seorang sukarelawan dari Malaysia. Apa yang dia pernah lalui sebelum ini, menjadi sukarelawan untuk mangsa banjir, mengagihkan bungkusan makanan kepada gelandangan adalah sangat berbeza dengan menguruskan sebuah kem pelarian. Balukhali adalah kem pelarian paling besar pernah wujud dalam sejarah.

Kesengsaraan yang dicoretkan dalam naskah ini amat pedih sekali. Kem ini tidak mampu menampung jumlah pelarian yang terlalu ramai. Mereka kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan tenaga kerja. Pelarian seperti Omar perlu berusaha untuk kelangsungan hidup.

Sebuah naskah yang perlu dibaca dan difahami. Walaupun kisah ini pendek, namun apa yang ingin dipaparkan sangat berkesan di hati.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.