Mengamalkan Sunnah Nabi SAW merupakan antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada seorang Muslim. Oleh itu, ulama silam sanggup mengembara jauh semata-mata mahu mencari sepotong hadis.
Buku ini menghimpunkan 40 amalan mudah berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Penulis menghimpunkan amalan-amalan harian yang mudah untuk diamalkan agar kita dapat mengamalkan Sunnah setiap hari dalam kehidupan.
Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu'tah, Jordan. Bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Telah menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008 seterusnya menyambung pengajian peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 di bawah tajaan UPS dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015 dan tahun 2019 telah dilantik menjadi Profesor Madya di universiti yang sama. Beliau sekarang ditugaskan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Bacaan ringan dan sesuai untuk orang awam. Disiplin dalam penulisan tetap dijaga dengan disertakan rujukan di nota kaki. Banyak amalan mudah dalam buku ini adalah bersangkutan adab yang diajarkan Nabi.
Mengagumkan apabila ditengah-tengah masyarakat yang jahil, kasar dan tak bertamadun semasa munculnya Islam, Nabi muncul dan terlebih dahulu bawa satu bentuk kehidupan yang santun, beradab serta halus; semuanya terakam dalam sunnah Baginda dan diterima sebagai etika hidup.
Mudah sebenarnya untuk mengamalkan sunnah. Semudah melafaz Bismillah sebelum makan, mendoakan orang yang buat kebaikan kepada kita walau hanya dengan lafaz Jazaakallah, doa ringkas ketika hujan turun, mengucap salam kepada orang yang kita temui dll.
Amalan-amalan di atas dan lebih 30 amalan mudah yang lain diterangkan oleh penulis di dalam buku ini, berserta dalil dan huraian ringkas.
Penyampaian yang mudah difahami dan senarai sunnah yang mudah diikuti.