Selepas 10 tahun menghilang, Danial kembali untuk mengutip sisa yang telah lama aku kumam. Pelbagai soalan mula muncul ketika mahu membuat keputusan. Berapa lamakah jangka hayat sebenar untuk kita melupakan cinta pertama? Dapatkah aku terus jalani hidup dengan bahagia jika memilih untuk tidak lagi menyimpan rahsia daripada semua? 40s, single and lonely. Sejauh manakah kita mampu berlari jika tua makin mengejar kita?
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).
AKU Penulis: Shaz Johar Terbitan: Fixi 2019 Aku ini binatang jalang Dari kumpulannya terbuang – Chariel Anwar ---------------------- NO SPOILER ALERT. Aku yang asalnya bertajuk LARUT, membawa pengkisahan yang tidak konvensional orang Melayu, penulisan serta penceritaan yang tidak mungkin ditemui di tahun tahun terdahulu dari mana mana penulis di Malaysia. Buku yang bertemakan persoalan ‘Menilai Diri’ @self evaluation ini agak lucu dalam pilu. Penceritaan bermula apabila Danial ditembak oleh Haji Shuib… dan Ghazi yang sedang berak. Watak utama Ghazi boleh sahaja mewakili abang, pakcik, adik atau sesiapa sahaja warga lelaki yang selama ini pernah melintas di benak pembaca, sambil pembaca berselirat dengan pertanyaan pertanyaan sensitif kenapa dia tidak sama seperti lelaki lain yang berbeza sifat kelakiannya. Galur kehidupan Ghazi tanpa sedar dipamerkan oleh penulis dengan begitu sederhana tetapi intens sekali wewakili cara hidup orang biasa biasa. Berkerja, menikah, berkeluarga, ada teman baik, ada anak remaja, resah pada tahap kesihatan diri dan segala ini menjadi tingkat pada jalan cerita yang sangat sedap. Ghazi sesekali terpuruk dalam nostalgia pada kehidupan sebelum ini sambil menangani hidup sedia ada. Penulis bijak melewati babak babak keluarga, pertemanan, bolak balik opini dan percubaan mencari pemahaman. Semua paparan dilakukan dengan lancar tanpa sifat cuba bersastera secara keterlaluan. Diperkenalkan pada pembaca akan sifat sifat Daniel bila dia kembali dalam hidup Ghazi dan penceritaan jadi semakin menarik ketika pembaca mula merangka tindakan dalam kepala dan terus membaca langkah langkah Ghazi akibat kerinduannya pada masa lalu. Kejadian kejadian sehingga membawa Ghazi menuju ke kampung halaman mencari Daniel setelah hilang lagi, sangatlah menarik (perhatikan dialog makcik kampung dengan Ghazi). Penulis mampu mewakili watak watak terpilih termasuk Anna, BFF pada Ghazi seorang wanita perokok dan kacau bilau hidupnya. Watak watak sampingan pilihan penulis juga digarap dengan baik dan tidak tampil semata mata memeriahkan buku. Jarang ditemui buku bergenre sosial begini dalam sejarah penulisan Melayu. Kisah kelelahan sosok lelaki yang tercari cari makna kasih sayang, cinta dan hidup. Apa yang menarik penulis mampu membina layar di kepala pembaca sewaktu menikmati naskah tulisannya yang ke 10. Membawa pembaca untuk ikut beremosi sebenarnya. Penulis juga tidak berminat untuk memberikan kamu HAPPY ENDING. AKU terbitan fixi ini saya hulurkan 5 bintang.
Super bizarre baca kisah cinta sepasang gay yang penuh masalah dan emosi. Aku tak ada masalah dengan karakter utama yang begini tapi tahap dramatiknya kadang memenatkan. Kronologi kehidupan Ghaz seawal 14 tahun hingga ke usia 40an berlatar persahabatan, kisah cinta terlarang dan hal seksualiti. Agak awkward baca kisah cinta Ghaz dan Danial pada awalnya sebab rasa peliknya dua lelaki berusia memadu kasih sampai kadang aku lupa usia sebenar Ghaz dan Danial ini. Plot berpusing-pusing antara imbas semula dan realiti. Agak sukar nak adapt naratif dan sela masa yang bertukar setiap kali, jadi harus baca dengan berhati-hati. Satu hal aku suka tentang Shaz Johar adalah gaya penulisan dan pemilihan bahasa beliau yang bagus. Suka juga dengan kepelbagaian perangai/personaliti pada setiap karakter. Olahan jalan cerita walau agak draggy kadangnya, tapi masih santai dan struktur naratif menampung keseluruhan isi kisah diperihalkan dengan jelas-- drama dan konfliknya walau bukan sejenis yang mencabar minda nak fikir tapi masih bagi sensasi tarikan kepada bacaan. Ada beberapa insiden hidup Ghaz yang bagi pengajaran dan nasihat tersirat. Pemikiran dan penerimaan, kefahaman, hal kekeluargaan, sosial dan budaya diberi perhatian dalam setiap bab dan ia buat aku lebih faham pandangan dan kehidupan golongan lgbt begini. Tak semua orang boleh terima kita seadaanya, tapi tak salah kalau sekurang-kurang belajar memahami kelainan perasaan dan sifat orang lain.
ps: ini antara novel FIXI paling cantik muka hadapannya bagi aku!
Rasanya tak banyak novel yang cerita pasal midlife crisis yang mcm ni. Aku boleh rasa krisis jiwa watak utama novel ni. Kadang-kadang funny juga bila baca pasal orang yang umur pertengahan ni perangai tak jauh beza dengan remaja. Kawan boleh putus sebab benda remeh and so on... Banyak dah orang review pasal side gay dalam novel ni tapi aku lagi suka point of view pasal midlife crisis ni. Point ni yang jadikan novel ni unik. And for those yang ada family member mcm Ghazi ni, just accept the fact, jangan nak paksa diorang kahwin. Tu je.
Entah nak review apa, sebab lepas jer aku habis baca AKU, aku gelak dan tersengih-sengih tak sudah. Sebab endingnya... aku tak expect Ghazi dgn 'dia'. Siap ajak jumpa parents lagi. Maaf, part tu aku rasa kelakar. 😂😂
So, aku kira itu sbg happy ending laa, kan? Walaupun watak yg seorg lg tu kesudahannya sedih, tp bagi aku ckuplah sekadar Ghazi yg dpt happy ending, kesian sgt aku dgn watak Ghazi yg tak sudah2 kena tinggal dari awal cerita. 🤣
Okey... Aku berani bagi 5 bintang utk buku ni, walaupun buku ni berkisahkan cinta terlarang antara dua orang lelaki. Bagi aku, buku ni best. Dari segi watak dan jln cerita, aku terhibur tanpa ada rasa bosan pun ketika baca buku ni. So takde sebab utk aku tak bagi 5 bintang, kan?
Macam aku kata tadi, aku terhibur. Terhibur dgn karakter Ghazi yg terang2 dah lanjut usia tp kadang2 perangai masih mcm bdk remaja dilamun cinta. Sumpah, aku rasa lawak. 😂
Tp dalam2 aku terhibur tu, aku kesian sebenarnya kat dia. Yalah, dah kena tinggal acap kali pun, still duk harapkan lagi si Danial tu. Hmm...
Danial tu pulak, entahlah. Tak faham aku, yg dia tu sebenarnya serius ke tak dgn Ghazi. Nampak Ghazi jer beria-ia nak kat dia.
Apa2 pun, aku puas hati dgn AKU. Dan rasanya aku lebih enjoy layan AKU berbanding SALAFI. Sebabnya AKU kisahnya lebih beremosi dan berperasaan. So yeah... I like it.
Waktu aku nak pilih novel ni, aku dilema sebenarnya, antara nak pilih Aku atau Nikina. Ada la beberapa point yang aku tengok sebelum, aku pilih Aku. Walaupun aku tak dek la baca banyak sangat buku fixi, tapi aku pernah la juga baca Shaz Johar punya novel macam mental dan cerpen, aku boleh predict la sikit-sikit gaya penulisan Shaz Johar. so end up aku pilih Aku dan bila kau baca fixi, kau akan tahu tak akan ada cerita yang direct atau straight.
'Aku' ni buatkan perasaan aku bercampur baur. Ada kelakar, ada simpati dan ada yang menyentuh perasaan. Penulis mewah dengan deskripsi cerita ya. Setiap satu hal, kalau boleh di perincikan, dia akan perincikan. Membaca Aku ni dia ibarat aku ada 'love-hate relationship' tau. Ada beberapa ketika buatkan aku nak stop, tapi bila mata aku baca next paragraph, aku 'terperangkap'. Mesti ada je elemen yang buatkan aku nak tahu. What next eh?
Selain tema yang diketengahkan, aku suka juga bila penulis memberi fokus kepada 'konflik diri' & ada beberapa scenes yang menunjukkan Ghazi melalui self- introspection & self-reflection tanpa new action. Apa yang berlaku, apa yang dilalui lebih kuat berbanding apa yang perlu diubah.
Tak boleh nak dinafikan sekiranya ada yang berpewatakan seperti Ghazi, mencari tetap mencari walaupun kebenaran sudah terbentang. Ada perkara-perkara yang kita hanya mahu dengar apa yang kita nak dengar bukan dengar apa yang kita sepatutnya atau perlu dengar. Dan pilihan memang terletak di tangan masing-masing.
Overall aku rasa Aku ni sesuai untuk orang-orang yang matang yang boleh melihat the whole strory dengan view yang berbeza dari nilai asal yang dipegang. Kalau korang rasa, nak baca korang boleh dapatkan dekat buku fixi ok?
***
Terima kasih buku buku fixi hadiahkan novel Aku. Korang boleh dapatkan Aku di buku fixi. okay?
Comment on va commencer? Well, this story at the best is the narrative. Tak serabut and you know how to connect the dots between main plots and subplots. And also, cerita Shaz Johar, waima sebesar zarah pun watak dalam cerita ni, you still have to do something with the story. Pay attention to every character mentioned. What next? Well, the continuation. So smooth. Tak jumpy and tak ada part yang kita rasa too draggy. Proves that the author memang selesa dan tak rushing bercerita dengan kita. The plot, what could be better? Sentuh pasal isu tabu di negara kita, it must be hard to tell it in a literary form. But well, Shaz nailed it too good to be true! Ada vibe Call Me By Your Name sikit masa baca especially time flashback tu.
But, few flaws yang detected is this book lack of emotional sense. Unlike previous books, kita boleh deep into the character's emotion but not in this one. Maybe because me myself read this book just in a two sitting so mungkin sendiri tak deep into emotion. But that's thatlah.
All in all, this is one of the best gay themed book I ever read. If in Malay, including in Wattpad, Aku can be in the same level with Budiman by Regina Ibrahim. Also if you are a crybaby, don't read this without tissue okay?
This is my review of Shaz's Aku, which I think is my first read book featuring a gay, Malay and Muslim man's life. It is dialogue-opening, insightful and courageous to write such story. I hope it maintains under protection of bibliophilism and didn't get banned by KPDNKK and damn JAKIM.
Putting aside the synopsis, I want to highlight the upbringing of Ghazi, the said gay, Malay Muslim main character of this novel. I really like the character of Ghazi, who was born with homosexuality as part of his essence (and of course portrayal of his other parts). What Ghazi went through during his childhood and adolescents portray the ugly truth of our Malay Muslim "Islamist" Community (not to be confused with Muslim Conservatism, i.e. Conservatives did not hate gay, while Islamists fully detest). These are shown after the pivotal moment of caught red-handed sodomy between Ghazi and Danial. How the immediate society (Ghazi's Mom, Danial's family and their neighbors) react and evict Danial and beat the shit out of Ghazi is a clear description of the total eviction and exclusion of the idea of "gay" and "Muslim" in our society. Gay Malay Muslim simply do not have place on the Earth of the heavenly and the pious. This very reaction, with the occasional 'postcards' (appearance and disappearance of Danial) is what shaped the loneliness within Ghazi's heart, pure isolation and non-belongingness. This loneliness, I believe, exists in all living gay Muslims and all of those who are marginalised and oppressed. Deny all you want, but all sorts of people just exist.
And I really like the supporting character of Ghazi's grandmother, who noticed of his effeminacy, and still unconditionally chose to love him with all her heart. What we need is more of this grandma spirit, with a benevolent, forgiving and unapologetic attitude. Bravo to Anna and consequently his daughter, Sari, for always being by his side till the end.
I really like Shaz's use of language. Safe-for-work but also do enough justice to the imaginative mind of readers... This book is a good start and a safe place for any of you who want to better understand the next person to you who happened to be gay.
(to be continued)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Gaya penulisan terlalu simple bagi aku. Dan perwatakan Ghazi yang selalu ditinggalkan ini membuatkan aku rasa geram. Atau mungkin semua manusia merasakan benda yang sama. Tapi rasa ditinggalkan tanpa “Selamat Tinggal” ini memang celaka.
Persahabatan, kekeluargaan, tinggal dan ditinggalkan tema untuk buku ini. Tapi aku tak rasa macam berdarah pun membaca buku ini. Seolah-olah terlalu simple bagi aku. Bukan macam buku yang sebelum ini yang aku baca dari penulis sendiri.
First of all, the writing style really caught my attention. It’s different from the previous Fixi books that I have read. The author loves to describe everything, his voice sounds almost very formal, not too lay back like most of the books I read under this publication and I like it. The descriptions sometimes are quite humorous and it really helps the reader to picture the characters and the actions in this book. But at certain parts, it could be a little bit unnecessary, some details are just serving no purpose. All in all, I respect his writing style and I quite enjoyed it. Oh, also, this book is written in the first POV and I like that too!
Next, this book centers around a 45 year old man, Ghazi, who’s gay and he has a daughter and a long lost lover. Bear in mind, that the lover, Danial, might be in his 50’s? Definitely older than the main character. I have read so many books center around this theme and I always find it cute. But reading it in Malay, the words spoken by the characters and their behaviour somehow carry a different feeling and vibe. I was uncomfortable when there are like a bit steamy scenes popped up in the first 100 pages. Then, I realised, I gotta read this book and treat it like any other English book that I have read to be fair to it. However, I just didn’t get any more of 18+ scenes after that. Uh… Yea. Another thing is THEIR VOICES, especially Ghazi’s voice. These two adult men are speaking as if they are what, 15? It was so cringey when they are not acting their age. I tried to accept that, but somehow it just didn’t work for me.
This review doesn't end here, I even wrote a Malay version that nobody asks for but kalau nak baca ulasan buku BM, silakan check out this link: https://jessicabooksblog.wordpress.co...
Ini kisah PLU. Ada ups and downs. Dari usia remaja sampailah 40s. Kadang2 kesian dan kadang2 geram dgn si Ghazi ni. Apa pun rintangan/masalah/kisah sedih yg kita tempuhi, satu saja solutionnya iaitu life must go on. Jgn dok pandai2 pendekkan usia kita, ok?
Diam tak diam dah separuh buku tulisan SJ saya baca. Antara penulis yang saya rasa berbaloi dibaca tulisannya.
Gangguan emosi Aku sebenarnya bermula sejak kecil - psikologi, biologi, sosial. Itu mempengaruhi depresi menjelang pertengahan umur. Cuma monolog kadang-kadang macam tak sematang usia. Ke memang macam tu? Banyak bab jungkir balik tapi tak mengelirukan. Watak pembantu macam Anna, Julia dan Shi menarik, layak jadi watak utama dalam buku lain kalau dikembangkan.
At first memang takda niat lansung nak baca buku Aku ni. Sebab saya tahu isu yang akan diketengahkan dalam ni oleh penulis. Selepas Seronok saya rasa ini buku kedua yang saya cuba untuk jadi open minded dan tak muntah hijau masa baca. Betul. Buku ni tak boleh dibaca oleh pembaca yang tidak open minded, budak-budak & yang sudah mempunyai kecenderungan perasaan berlawanan jantina. Get it?
Berbalik pada Aku. Saya simpati dengan kesemua watak dalam ini. Dari watak utama sehinggalah sekecil-kecil watak. Saya bengkek la dengan watak utama si Ghazi. Betul kata orang cinta itu memang boleh buat seseorang lupa akan semuanya. Meskipun sudah mendirikan rumahtangga, mempunyai isteri dan anak. Namun dia masih tidak mampu untuk melupakan kekasih gelap dan kekasih lama. Malah makin menjadi-jadi walaupun sudah berusia. Geli geleman dan kelakar juga mengenangkan dia masih memburu cinta sejati walaupun sudah beruban haha. Geli mak nyah. Ghazi berkahwin hanya untuk menutup aib sendiri. Memang tidak patut. Kasihan Julia.
Danial - Ini patutnya mati kena tembak dah. Haha. Dia pencetus yang membuatkan si Ghazi makin berombak omabak jiwa dan nafsu yang sonsang tu. Perbuatan dia meninggalkan Ghazi sesuka hati dia tu memang tak patut dimaafkan. Layan orang cam sampah~. Bila suka datang, bila nak chow. Centu je chow. Dan semoga kau dapat hukuman setimpal sebab seksa binatang. Ayam pun boleh ya 🤣 Memang pakai sauk je la. Apa ke gila punya nafsu.
Anna- Dia ni memang pendengar setia si Ghazi. Kalau takda Anna ni rasanya Ghazi dah lama overdose ubat. Tah tah dah bunuh diri dah sebab takda tempat untuk mengadu domba. Okay la. Watak yang boleh dikatakan watak tambahan yang membantu boost up watak utama bila down.
Overall, suka je dengan gaya penulisan penulis. Kalau tak. Takkan boleh habis punya. Rasa macam santai je. Tetengok dah habis. Shaz Johar kalau tak tulis something yang aneh tak sah la. Ini pun kena berlapang otak nak baca. Sebab at the end of the day. Banyak juga pengajaran yang boleh diambil. Pandai-pandai la nak keluarkan pengajaran sendiri. Ending yang boleh dikatakan happy ending la kan untuk Ghazi. After so long memendam rasa ditinggalkan. Hm
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ia okay-okay saja rasanya sebab saya rasa sedikit slow dan agak geram bagaimana cerita ini bergerak pada awalnya; memenatkan. Tapi, saya suka konfliknya bergerak macam mana. Bab-bab terakhir pula nampak terlalu tiba-tiba; macam mana Ghazi boleh kuat pula imaginasinya terutama ketika duduk di hadapan kolam, terjumpa dengan Danial dan "Selamat tinggal, Ghazi."
Perwatakan Danial yang sangat berahsia bagi saya bekerja dengan sebaiknya. Anna nampak sangat perempuannya dan kelelakiannya dalam masa yang sama. Ghazi nampak sangat tua, beruban dan perlahan-perlahan menunggu mati. Saya juga boleh bayang Kaisar macam mana. Dalam kesemua watak dalam novel ini, rasanya Shi saja yang saya tak berapa dapat gambarannya tapi, Sari nampak macam mana dia hidup.
Kadang-kadang penulisan Shaz Johar sedikit berbunga-bunga dan kadang-kadang, ia direct terus. Tak pasti ia baik atau tak tapi, kalau ikut pandangan peribadi, ia tak okay. Macam tak konsisten dan ini hal yang saya takutkan bila menulis sesebuah cerita; takut penulisan saya berubah-ubah.
Muka depan AKU menarik terutama pemilihan warnanya. Saya suka!
Krisis Ghazi sejak usia muda sehingga pertengahan usia. Danial menjadikan dunia sebagai tempat berkongsi kasih sayang dengan cara yang salah. Ghazi tak pernah cuba berhenti walaupun dia tahu, ujian yang datang bertimpa-timpa. Sari kehilangan kasih seorang Ibu, Julia dan kasih seorang seperti Shi ditagih setelah dia sendiri tidak rapat dengan Ghazi, papanya kerana rahsia yang disimpan. Danial,Ghazi dan Mior memperlihatkan bahawa hidup songsang tak mudah kerna bukan jalan yang sebenar. Anna dan percintaannya yang tidak pernah serik. Menunjukkan bahawa hidup dengan rokok sudah membahagiakan. Novel ini membawakan isu realiti yang sangat berat dan tabu. Sisi gelap seseorang yang memilih untuk terus hidup bergelumang dalam dunianya. Menjadi songsang bukan pilihan tapi satu kesalahan. Berubah jika masih mampu. -xoxo-
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita luar biasa yang kali pertama aku baca daripada penulisnya. Jalan ceritanya cantik tersusun seindah rasa cinta Ghazi pada Danial.
Mungkin kisah novel ini seakan menyokong perasaan kasih sayang sesama gender tapi untuk kali ini tolak rasa benci anda ketepi dan cuba baca dengan mata hati.
Walaupun temanya pada aku begitu kontrovetsi, tapi penulisannya aku puji. Padat dan tepat. Suka atau tidak, memang tidak dinafikan Ghazi, Danial, Mior, Anna, Jules, Shi dan Sari wujud dikalangan kita.
Kebelakangan ni rajin pulak aku baca novel2 macam ni. 😆 Citarasa setiap orang akan berubah ikut umur kot. Tapi buku fakta dan kewangan masih ada baca, tapi tak selaju novel. . Petikan yang agak terkesan dalam buku ni...
"Dunia tidak jauh berubah. Orang je yang baru, mentalitinya tetap sama."
Naskah ni secara peribadinya aku anggap sangat baik walaupun bukan dari jenis yang memenuhi citarasa aku. Citarasa aku, isi yang ganas tapi memang tak patutlah aku berharap semua buku yang aku baca ada unsur ni kan?
Tenang-tenang je kisah ni. Jalan ceritanya kemas dan bergerak. Bagi aku, tak memeningkan meski latar waktu berbeza dan berselang-seli. Mungkin sebab suasana turut sama berbeza, senang nak faham.
Bahasanya indah, ringkas dan mudah. Aku yang rasa agak terkejut. Tak sangka benda yang berat boleh disampaikan dengan aneka lapis 😆
Intipati cerita memang best. Emosi, ria, takut dan macam-macam lagi bercampur-baur. Aku paling suka momen Ghazi bersama Sari. Mengesankan. Relatable.
Aku tak senang dengan penamatnya. Mungkin sebab aku simpati kepada Danial. Aku tak harap penyudah berlainan tapi sekurang-kurangnya, kalau aku la, aku tak akan renyuk-renyukkan poskad tu 😝
Apa-apapun, good job kepada penulis. Aku suka naskah ni. Betul-betul suka ☺️
'Aku' merupakan judul kedua FIXI yang bertemakan perhubungan homosexual antara lelaki yang pernah saya baca setakat ini, selepas 'Budiman' karya Regina Ibrahim. Secara keseluruhannya, saya suka akan cara penulisan penulis. Flow jalan cerita juga agak lancar dan memudahkan pembacaan saya (terutamanya bahagian-bahagian flashbacknya menggunakan tajuk 'Aku: x tahun). Penulis juga berjaya menonjolkan ciri-ciri yang dihadapi oleh golongan ini di Malaysia, dan kebanyakannya sememangnya tertutup dan closeted kerana bertentangan dengan hukum agama gitu.
(Spoiler mulai bahagian ini.) Cerita ini mengisahkan Ghazi, seorang lelaki gay (atau bi?) yang telah kehilangan isterinya, Julia, dalam sebuah kemalangan setelah mengetahui perhubungan suaminya dengan seorang jejaka bernama Mior (yang juga tamatkan perhubungannya dengan Ghazi kerana ingin 'hidup seperti lelaki biasa'). Ghazi dan Julia mempunyai seorang anak perempuan bernama Sari (yang didapati menjalani hubungan lesbian dengan rakan sekolahnya, Sia, yang mempunyai seorang bapa yang bengis). Perhubungan Sari dengan Ghazi tidak begitu rapat, terutamanya setelah kematian Julia, sehinggalah setelah Ghazi menerima perhubungan Sia dengan Sari. Walaupun telah berkahwin kerana desakan maknya, Ghazi masih tidak melupai Danial, seorang lelaki yang dicintainya sejak zaman persekolahan, tetapi telah beberapa kali hilang dan wujud dalam kehidupannya. Danial muncul kembali selepas kematian isterinya, dan meminta Ghazi untuk hidup bersamanya di Paris (kat tengah-tengah tu ada lah dramanya ya), tetapi tiba-tiba menghilangkan diri sehinggalah Ghazi mendapat berita bahawa Danial telah meninggal dunia di hospital.
Saya tidak pasti bahawa penulis sengaja membuat begini atau tidak, tetapi banyak persoalan tertimbul sejak Danial kehilangan diri sehinggalah dia meninggal dunia. Ghazi berasa buntu dan sangat sedih atas kehilangan Danial dari hidupnya itu sekali lagi, tanpa sebarang berita, sehinggakan dia mengalami masalah depresi dan tertelan kelebihan dos ubat tidur. Tapi kenapa Danial hilangkan diri (last spotted kat stesen minyak kan?)? Sehinggalah bab terakhir Ghazi menerima poskad yang sarat dengan kata-kata terakhir Danial sebelum meninggal dunia, yang direnyukkannya (ISHHH) apabila teman lelaki barunya, Kaisar, memasuki bilik (damn I can imagine this waiter guy is a really hot stuff). Kaisar tu adalah seorang pelayan atau waiter yang bekerja di restoran yang tiba-tiba menjadi boypren Ghazi pada akhir-akhir cerita setelah Ghazi minta telefonnya secara rawak pada suatu hari. Ceritanya diakhiri dengan Kaisar dan hasratnya untuk membawa Ghazi berjumpa dengan ibu bapanya (means he is serious with this relationship gitu).
Well rasanya, tak kira apa-apa pun sebab kehilangan dan kematian Danial, yang penting Ghazi akhirnya telah berjumpa dengan seorang yang serius terhadapnya (iaitu Kaisar), dan dia tidak perlu risau lagi kepergian seseorang yang dicintainya, seperti yang dibuat oleh Danial terhadapnya untuk berkali-kali dalam hidupnya.
Novel ni citer pasal apa? - Citer dia pasal hubungan songsang di antara watak utama, Ghazi dengan Danial. Danial ni jenis suka hilangkan diri. Pastu, tiba2 muncul balik. Pastu hilang lagi. Ghazi mcm sedih la. Tak bole nk move on. Ditinggalkan bf. Bergolak perasaan. Selain tu, ada juga konflik Ghazi dengan kwn, anak, isteri, keluarga & masyarakat. - watak2 lain seperti Anna (kwn baik Ghazi), Sari(anak Ghazi), Julie( wife Ghazi), Shi (bf Sari), Hashim Mustapha (bapak Shi), Mior (anak ikan), Kaisar (waiter), dll.
Apa yg sy suka pasal novel ni? 1. konflik dia pelbagai. LGBT generate persepsi msykt, kecaman keluarga, dilema perasaan, urusan harian, depression, krisis golongan pertengahan umur. 2. Penulis ajak kita memahami, selami jiwa golongan ni, apa faktor2 dalaman dan luaran yg cause diorang jadi camni. 3. Mula2, aku rasa apesal citer ni asik citer pasal Ghazi susah nak move on je selepas ditinggalkan Danial tu. Tapi, lama2 aq baca, ada jugak isu2 dan konflik lain yg penulis bawa. 4. Ada elemen kejutan dan twist dalam beberapa bab yg buat pembaca excited nk teruskan bacaan. 5. Ada elemen kekeluargaan yg sedih, hubungan anak dengan ayah. 6. Teknik penceritaan dan imbas kembali dia guna timeline Ghazi umur 16 tahun dan Ghazi umur 46 (masa skrg). 7. Pace cerita dia mula bergerak cepat pada pertengahan cerita. 8. Penulis berani bawa isu ni. Tak semua orang berani tulis pasal dilema golongan ni. 9. Simple story. Watak2 dia tak ramai dan pembaca senang utk ingat.
Apa yg kurang? 1. Geram dengan watak Ghazi yg susah nak move on dgn Danial. Haha. Hakikatnya mmg susah nk move on bg sesetengah individu 2. Ada beberapa persoalan tak terjawab. 3. Ada beberapa huraian panjang yg mcm nak penuh2kan ruang. Hehe. 4. Kadang2 rasa berat jugak nk hadam topik dibawa ni. Konflik dalaman jiwa org gay + org disaat pertengahan umur.
Rekemen kat siapa? 1. Buat mereka2 yg terbuka untuk meraikan perbezaan. 2. Sesiapa yg suka novel genre hubungan-kekeluargaan-sosial. 3. Kpd peminat novel Shaz Johar, ini 1 lg karya yg mesti dibaca.
untuk membaca naskah 'aku', saya perlu mengulangi bacaan pada mukasurat awal untuk lebih pemahaman di muksurat seterusnya. pernah tiga empat kali saya abaikan ketidakfahaman saya dan membiarkan diri saya menelaah 'aku' sejauh mungkin, sehingga akhirnya saya terpaksa mencari mukasurat awal semula. saya seolah - olah bergelut dengan umur Ghazi.
'aku' mengisahkan seorang bapa berumur 40an yang saya kira masih menagih kasih dari dua lelaki berbeza. penulisan dalam 'aku' banyak bermain - main dengan masa sehingga saya sendiri pusing untuk memahami sekarang saya berada dimana. 'aku' merupakan olahan watak dari sisi seorang lelaki yang saya kira wujud pada masa sekarang.
berkahwin atas dasar apa entah, dan masih punya perasaan pada sejenisnya. ini mungkin melawan hukum alam, tapi siapalah manusia untuk menidakkan perasaan manusia itu sendiri dan saya tidak berhak bercakap soal dosa.
saya cuma kisahkan, adakah sebuah perkahwinan lelaki dan perempuan adalah jalan terbaik untuk membutakan mata masyarakat tentang diri sebenar dan perasaan manusia yang melanggar hukum alam?
walaupun 'aku' merupakan buku ke tujuh saya dari penulisan shaz johar, ini mungkin penulisan paling 'ringan' dan ringkas pernah saya baca kalau hendak dibandingkan dengan mental, nota 1, nota 2, nota 3, kaugar, dan tabu.
Bila aku mulakan bacaan buku ini, aku tau ni buku pasal gay, tapi aku tak jangkakan ini kisah Ghazi, lelaki gay pertengahan usia. Jadi kisahnya jadi menarik, didalam middle age life, ada kisah cinta, keluarga dan karier, kesihatan, krisis hidup, berlegar sekitar hidup Ghazi, terlihat kejam di sana sini, tapi inilah kehidupan.
Cerita bergerak ke depan ke belakang menceritakan tentang kisah cinta Ghazi, dari zaman remaja hingga 46 tahun, berkasih dengan Danial, Julia, Mior dan Kaisar, beberapa watak berbeza yang saling berkait. Oh ya, Ghazi ada isteri dan anak, jadi kisah ni lagi menarik bila penulis mengolah sisi rahsia si isteri(Julia) sebelum kematiannya, yang cuba merahsiakan rahsia besar Ghazi. Anak Ghazi, Sari pun ada rahsia yang disimpan kemas namun terungkai juga akhirnya.
Kalau kau nak baca buku ni, be neutral, sebab ni bukan kisah cinta biasa macam dalam tv tu, baca je dan kalau kau jelek sekalipun, lupakan yang kau tak suka tu, dan raikan karya penulis ni,sebab tak banyak karya macam ni bagi aku.
Kisah yang dekat dengan diri. Shaz Johar pandai bermain dengan garis masa dalam penceritaannya. Flash back. Current situation. Plots and subplots. Semua diolah dengan baik. Watak dan karakter pun diceritakan dengan baik. Cumanya, orang-orang tua ni bersembang dan texting macam budak sekolah menengah. Part tu macam hmm? seriously org tua sembang macam tu gaya bahasanya? They are 40-50 years old adults kot. But not a big deal pun, cuma cringe sikit je la.
Somehow macam boleh expect ending dia macam mana. Haha Tapi tak sangka sampai jumpa parents? Wow! Knowing how LGBT life is, I wonder herlok sangat ke Ghazi ni eh? Kalau real life ni agak-agak macam siapa lah ye rupanya?
Aku suka watak Anna. Kawan yang baik walaupun kadang-kadang feeling diva. Tapi she's a good friend. Kawan baik memang mulut lancang sikit kan kadang-kadang but deep down kita tahu dia sayangkan kita. Mana nak cari kawan macam ni?
Ghazi pulak macam terlalu lemah. Senang-senang ditinggalkan, marah sekejap lepastu rindu lepastu maafkan Danial tu as if nothing happen. The cycle continues. Maybe betul la Paul Rudd kata dalam The Perks of Being A Wallflower-- "We accept the love we think we deserve." Dan macam satu tamparan juga buat aku sebab it pretty much sums up my life. Haha. Maybe kesunyian membuat kita lupakan keburukan seseorang because we long for their presence and companionship. Idk.
All in all, Shaz Johar jarang menghampakan. Love love love xx
Aku by @shazjohar adalah buku yg bergenre LGBT. Kisah about Ghazi a married man yang ada anak bini and dalam masa yang sama ada boyfriend. Ada macam macam konflik.
Memang ada orang seperti Ghazi disekeliling kita. Nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku aku at @kedaifixi
Buku ni pasal kisah hidup seorang LGBT, lebih tepat seorang gay. Perkataan gay tu sendiri unik, sebab setahu aku masyarakat Inggeris dahulu menyamakan maksud gay sebagai happy. Entah.
Berbalik pada cerita buku ni, ini buku seumpamanya di Malaysia, selain buku buku tulisan Mama Regina Ibrahim. Aku suka. Lari daripada kebiasaan. The road not taken.
Aku tulis ni bukan pasal sinopsis buku ni, yang tu kalian boleh baca review orang lain. Cuma bagi aku kalian kena berfikiran terbuka dan jangan terus jatuhkan hukum semata mata dia berbeza.. .sebelum baca buku ni. Atau kalian takkan habiskan pembacaan. Tu je.