Cinta tidak pernah memihak kepada Ali walau bagaimana pun dia mencuba. Dia bagaikan terkena sumpahan. Ali kini mengetahui silapnya. Bukan karma, sial atau saka keturunan yang menempel di tubuhnya. Ali menyedari dirinya terlalu baik untuk gadis. Bermula malam tahun baru, pada detik yang menghimpunkan segala kedukaan setelah ditinggalkan kekasihnya, Anita (Instafemes sendu suam-suam kuku), Ali berazam untuk menjadi lelaki baru yang bangkit dari abu. Ali mahu jadi bad boy. Menjadi lelaki paling liar dan fantastik yang merobohkan hati gadis yang pernah menolak cintanya dahulu.
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
Cover sendiri. Fuh cun! Boleh la pakai macam gadis muka hadapan ni untuk next cosplay!
Buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ali yang baru putus cinta. Lepas girlfriend Ali minta clash atas sebab yang “cliche” terus Ali berazam untuk berubah. Ali nak jadi bad boy. Tapi sejauh mana dapat Ali berubah? Betul betul jadi lelaki paling liar ke tak? Nak tahu kenalah baca.
Pendapat saya tentang Fantastik semestinya Fantastik! Yang paling saya suka ialah humor dalam tu lah of course. But one thing I feel like this book is kind of heavy to me. Tapi masa baca sebab banyak jokes kan so tak rasa sangat berat tu.
Semua karakter dalam buku ni semua saya suka. Terutamanya Mak Minah dan Alma. Satu je saya tak suka iaitu Anita. Entah kenapa, sebab macam gedik kot.
Jalan cerita ni memang sangat menarik lebih-lebih lagi part bila Ali dah start jadi bad boy. Macam-macam benda terjadi dan cara penulis susun cerita ni sangat konsisten. Power!
Gaya bahasa yang digunakan pun sangat okay. Lebih-lebih lagi bila menggunakan panggilan Aku untuk first point of view. Bila baca pun seronok. Tapi ada ayat-ayat yang kurang sesuai atau kurang menyenangkan untuk pembaca bawah umur. Nasib baik dekat cover buku dah awal-awal tulis untuk pembaca matang.
Penulis ni ada daya imaginasi yang tinggi sampai boleh imagine benda yang pelik tapi seronok bila baca sebab saya pun turut membayangkan semua benda yang terjadi (sambil ketawa). Tak silap pengalaman saya dalam membayangkan situasi dalam bacaan kali ni lebih kurang dengan previous book yang saya baca.
Lagi satu perkara penting yang diketengahkan ialah tentang LGBT dan mengapa kita tak perlu takut dengan golongan mereka kerana mereka juga adalah manusia. “Kau tak perlu takut dengan golongan songsang ni. Mereka sama seperti kau. Dosa mereka sama seperti dosa-dosa manusia yang lain. Neraka mereka adalah sama dan syurga mereka juga adalah sama.” Baca lah quote ni. Paling saya suka quote ni. Baca satu perenggan tu sampai habis. Ianya sangat bermanfaat dan ingatlah wahai manusia, apa kita buat, baik atau buruk kita yang tentukan tapi yang judge kita hanyalah Tuhan.
Dan pengakhiran cerita.. you gotta read this book guys.
Akhir sekali, walaupun nampak seperti cerita yang simple tapi sebenarnya agak heavy. Semoga Hasrul Rizwan dapat terus menghasilkan karya-karya sebegini. Walaupun banyak humor tapi bermanfaat. Highly recommended!
Kisah kali ini membawa kita menyelurusi perjalanan Ali dalam satu malam, Ali berazam untuk menjadi lelaki baru yang bangkit dari abu . Ali mahu menjadi "bad boy" adakalanya saya rasa Ali ni macam melebih-lebih pula tapi unsur-unsur humor penulis berjaya memadam rasa meluat itu. Adoi!!
Bermula dari kisah ditinggalkan kekasih di malam tahun baru,terserempak dgn orang bunian, menyelamatkan seorang gadis di lorong gelap dan akhirnya jadi mangsa keadaan. Sadis, boleh tahan stress juga lah nak hadam. Penulis memang selalu berjaya buat perasaan pembaca berkecamuk. Nak pilih antara realiti atau fantasi. Terima kasih untuk plot twist yang berjaya buat saya gembira. Cuma babak lari2 di malam gelap dengan wang 2juta tu buat saya teringat novel JAHANAM. Saya suka ada cameo Jasuli walaupun pelik eh mamat ni bukan dah berhijrah jadi penternak kambing ke, tak sangka sepandai-pandai tupai melompat kamu ada kat sini juga ya.
"saya cuma akan katakan benda yang mudah untuk awak. Awak terlalu selesa... faham? Awak hanya tahu pergi ke tempat yang sama dan berulang setiap hari. Dari satu titik ke satu titik. Dari titik A ke titik B. dan ia berulang-ulang-ulang dan berulang lagi melalui garisan sama. Tanpa awak sedari ada titik yang lain di luar dari garisan itu" Alma page 131
Extra Credit untuk penulis, sebab kurang perkataan-perkataan mencarut, dan juga peringgatan tentang golongan LGBT tu buat saya terpukul, seolah-olah ayat tu kena dengan diri saya sendiri.
Mat Gorn kaya dengan humornya dari Murtad lagi. Kebanyakkan novelnya mempunyai humor yang tinggi kecuali Bercakap Dengan Jun.
Kisah cinta-komedi ini boleh dikatakan antara yang terbaik pernah Mat Gorn hasilkan selepas trilogi Murtad. Tapi kalau hendak dibandingkan dengan Jahanam, Fantastik di belakangnya.
Unsur kelakar separuh novel ini sahaja, Mat Gorn berjaya menawan pembaca dengan membawakan unsur ini sehingga separuh novel ini dan disambung dengan aksi ringan dan saspen. Penulis berjaya membawa pembaca ‘nak baca lagi’ sehingga habis sebab cara penceritaannya yang bersahaja tetapi jelas dan tak meleret-leret.
Part kelakar tu, memang berdekah jugaklah time aku baca. Dari mana la idea dia datang nak tulis macam tu.
Walaupun novel ini spesis ‘light’, tapi di akhir novel ini disimpulkan kemas dengan beberapa point yang menarik. Mat Gorn ada potensi untuk menulis genre melankolia dan sebenarnya ramai peminat tak kisah sangat buku baru dari beliau tetapi ambil port pasal sequel Bercakap Dengan Jun.
Blurb buku dan cover depannya tak memainkan peranan besar dalam penceritaan novel ni. Makin lama Fixi makin ‘bermain’ dengan pembaca.
Okey, separuh buku ni dipenuhi lawak2 yg betul2 lawak yg berjaya buat aku gelak dgn sungguh2. 😂
Separuh lagi pula ada mcm2 hal terjadi, dari lawak beralih ke aksi dan pengembaraan yg... Memang WOW!
Dan menuju pula ke bahagian penamat yg hampir2 berjaya nak buat aku menitis air mata (tapi tak jadi, hehe).
**p/s : Hasrul Rizwan kalau tulis scene sedih, memang sedih sungguh2. Aku ingat lagi, Bercakap Dengan Jun berjaya buat air mata aku merembes-rembes keluar. 😭
Akhir kata, buku2 Hasrul Rizwan memang jarang mengecewakan aku!
Hidup hg stress? Penuh dengan masalah? Terasa hidup begitu menghambarkan? Aku cadangkan hg baca buku ni. Aku rasa ramai yg tahu akan kehebatan HR dalam mencipta cerita lawak, tapi sebelum ni aku agak kecewa dengan trilogi Murtad. Untuk Fantastik, AKU RASA ORANG INGAT AKU GILA BILA AKU GELAK SORANG² 😂😂😂
Flow cerita ni cantik ja, disusun kemas tanpa memeningkan kepala hg. Bahasa dia pun nice ja (TAPI JANGAN BAGI BUDAK² BELUM AKIL BALIGH BACA BUKU NI SEBAB WELL ADA BEBERAPA PERKATAAN YG TAK SESUAI UNTUK DIORANG).
Character dia pun masuk air teroks, contohnya Alma. Watak utama dalam ni Ali, dia tak masuk air sangat tapi aku imagine dia sebagai seorang yg lurus dan tu yg menyebabkan lawak² Ali lain sikit 😂😂😂
Tapi walaupun nampak je macam cerita lagha, sesungguhnya cerita ni tetap ada pengajaran yer adik².
Nasib baik aku ada masa terluang (menunggu untuk renew passport) so dapat jugak satu waktu kosong yang boleh diisi dengan membaca buku. Kalau tak..berhabuk je buku kat almari.
Buku menceritakan tentang Ali dan kehidupan nya dalam 3 hari i guess. Macam movie yang selalu kita tengok kat wayang, innocent events that leads to one another, akhirnya jadi satu konklusi yang puas hati. Boleh buat movie ni.
Let’s review tentang watak watak dalam ni. Pengenalan Ali yang bagus. Ada rutin. Normal guy. Baik, naif dan seorang lelaki yang hanya nak teruskan kehidupan dia dengan ada sedikit wang dan dicintai. Tapi lepas clash, terus Ali berazam nak jadi lelaki bad boy, sebab kononnya bad boys get the girls.
Menarik jugak kronologi Ali ni sebab one thing after another terjadi. Cuma lepas dia kena kejar dengan polis aku rasa bila nak klimaks cerita ni. Lambat pengenalan Alma yang akhirnya baru rasa cerita bergerak lgi seronok. Cuma aku rasa Khalis tu macam tak berapa nak ada function. Just as a cameo. Macam adam n sape lagi sorang nama kembar dia tu? Aku baru baca Murtad xbaca lagi trilogi dia.
Anywayyy. Okay tak baca? Okay sangat. Menarik. Tapi kalau nak tanya recommend tak, aku bagi 50-50. Cerita menghiburkan cuma aku prefer Misteri Kem Motivasi la untuk light reader. Heavy reader boleh sangat baca confirm habis 1 hari.
Fantastik. Cerita tentang Ali, seorang lelaki yang biasa biasa dan sedikit naif yang mahu menjadi ‘bad boy’ setelah ditinggalkan kekasihnya pada malam tahun baru. Santapan yang penuh cemas, penuh humor dan ada sikit kelainan berbanding penulisan beliau yang lain.
”Awak terlalu selesa, faham? Awak hanya tahu pergi ke tempat yang sama dan berulang setiap hari. Dari satu titik ke satu titik. Dari titik A ke titik B. Dan ia berulang-ulang-ulang dan berulang lagi melalui garisan sama. Tanpa awak sedari ada titik yang lain di luar dari garisan itu,”
Macam biasa, penulisan Mat Gorn tak pernah buat saya tak terhibur. Banyak kali buat saya terlepas gelak dengan kuat. One of his best charms, I think. Suka dengan perkembangan watak Ali dalam kisah ini, dari seorang yang selesa dengan kehidupan monotonik beliau ke seorang yang semakin ‘selesa’ dengan titik titik luar dari garis hidupnya.
Kisah ini bagi saya mungkin kisah yang paling deep yang Mat Gorn pernah sajikan - tentang Ali dan masa lampau beliau, tentang siapa sebenarnya Alma, tentang homoseksualiti dan tentang apa yang terjadi, watak-watak yang bermula dengan huruf A - semuanya saya rasa bertitik tolak dari siapa Ali sebenarnya dan identiti beliau. Identiti yang masih mencari-cari ataupun terkeliru, atau barangkali identiti yang pemikirannya terlah ‘distorted’ kerana masa lampau beliau.
Dan saya lebih menghargai karya ini sebab Mat Gorn tak menjawab semua persoalan yang bermain-main di pikiran pembaca-pembaca beliau, which in a way, gives the liberty to the readers to decide what actually happened in this story - Ali’s story and Alma’s (saya ada teori saya sendiri). One of his best works, atleast, for me. Tahniah, Mat Gorn. Teruskan menulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Fantastik punya vibe aksi-komedi yang aku bayangkan amat sesuai untuk dijadikan filem yang menghiburkan. Blurbnya mudah sahaja, si Ali ingin menjadi bad boy setelah putus hubungan dengan kekasihnya Anita—namun plot yang dikembangkan daripada rumusan yang mudah ini menjadikan Fantastik sebuah karya yang penuh dengan kejutan dan humor rawak.
Aku suka humor dalam buku ini. It's really my type of humour.
Biarpun Alma hanya muncul setelah satu-pertiga cerita, Alma merupakan seorang watak yang dicipta dengan jayanya oleh bro Mat Gorn. Karakter beliau yang rawak, berani dan menarik membawa keasyikan kepada pembaca. Rawak si Alma membuatkan jalan cerita ini sukar diramal, penuh dengan plot twists—fuh, macam Endgame—dan bab-bab akhir buku ini adalah antara yang paling menyeronokkan.
Penulis juga menyelit isu seksualiti dan kemanusiaan tanpa sedar, dari kelab malam The Brokeback hinggalah ke lima sekawan yang you know what I mean, what you, I want to, you know. Tak nak hurai, takut spoiler.
Laras bahasa yang digunakan dalam buku ini best—penggunaan kosa kata lebih bervariasi namun masih mudah hadam. Antara buku yang akan aku conteng sebagai rujukan dari segi laras bahasa dan teknik penceritaan babak-babak aksi.
Oh ya, aku kagum sebab ceritanya tak bergantung banyak pada dialog untuk menggerakkan cerita. Kebanyakkannya monolog dan aksi. Bukan mudah nak bikin buku yang banyak monolog dan aksi, tetapi tetap lucu dan menghiburkan!
seorang lelaki bernama Ali ingin menjadi bad boy, sampai ke penjara bad boy nya haha! yang nak fresh, dramatik, berdebar debar, sila baca buku ni ok! love ~
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Wanita boleh mencintai lelaki sesaat apabila dia merenung ke dalam mata kita. Dan dalam sesaat itu juga, pada pandangan yg sama, dia boleh membunuh lelaki tanpa rasa belas kasihan." ❤❤❤
Hehehehhe... Ngengnyaaa cite nehh masa awal awal pembacaan.. Tetiba cerita bertukar sirius dan akhirnya aku harap tu benar benar terjadi dan bukan khayalan Ali semata mata.
In honesty, I've lost of words. The writer is stupendous. He weaved wits in almost every pages of the novel. I failed to retreat myself from laughing out loud barely in two pages at a time. Fantastik may not the greatest satire ever crafted by him as I'm still immersed in the resolution of experience depicted in Budak Hostel Otaknya Sewel but, Fantastik is utterly mindblowing.
The novel written in Ali's random, innocent, null and naive point of view, making it looks nicely like his very own diary. The emergence of Alma, literally helps him in redefining the way reality works and broadening his perspective to think further. They say, go big or go home. The stretched chapters in the novel reminds me on Mandatori by Ramlee Awang Murshid and sometimes I'm disturbed with the lengthiness of chapters, not because the plots were draggy but this is just a personal matter; Long chapters make me hard to stop as I never stop at the middle of chapters. I only pause after certain episodes are over. Can I say that this case is distracting my focus to get some quality reading as well? Again, it's personal.
Alongside the process of penetrating Ali's personal point of view, slowly I'm falling in love with Alma. Am I the only one experiencing this?
The brilliance of how the characters being built, prepared and unveiled capped off with a fantabulous, madly ridiculous climax. You can't always have this much weight of fun reading a novel unless it is helmed by Hasrul Rizwan. Fantastik reminds me of several scenes in movies; police chasing in Taxi 2, Main Agar Kahoon in Om Shanti Om and Phir Milenge Chalte Chalte in Rab Ne Bana Di Jodi. I love this setting, a lot. Especially on how the writer shaped Alma as a dream girl of everyone in the novel, sending me to the brink of sinking in love.
When we're in the grasp of our beloved ones, we'll feel safe and secure may whatever disaster or obstacle surges in between. The tranquility of being with our beloved one is irreplaceable, invaluable.
Mindfuck, as usual, as always. This is a double-edged sword climax and conclusion to yet another magnificent and well delivered fable. The grief only arrives at the ending moment of being in both; relationship and friendship. I felt that deep until the song Kaise Mujhe from Ghajini played acoustically in my mind. I'm shooketh. Oh my goodness not a time can I escape from my feeling being played again and again. Hasrul Rizwan brilliantly weaved consecutive scenes that cunningly betrayed my mind for so many times until I started singing Detik Kematian from Inteam and Paradise by Maher Zain. But hell yeah, nothing such absurd exists as bad ending. Everything ends with a good note, if it isn't good then it's not the end just yet.
Sit down and enjoy reading until the very last of alphabets, and you'll end up being blown away. What a glorious story.
"Di dalam kegelapan, cahaya akan senang terlihat."
Apabila nama Hasrul Rizwan terpapar sebagai penulis buku, anda tidak perlu membelek belakang buku untuk membaca sinopsis kerana isi dalamnya lebih mengkhayalkan dan menarik kita ke dunia yang direka beliau dalam bentuk tulisan. Disarankan ambil dan terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Awal cerita kita disajikan dengan banyak humor sebagai pembuka selera sebelum dihidangkan babak yang agak bersimpang siur. Tapi sebagai pembaca setia penulis saya sudah biasa dengan hidangan Mat Gorn (Hasrul Rizwan) jadi ianya seperti yang saya jangka.
Apabila membaca karakter Ali mengingatkan saya dengan filem Kungfu Hustle lakonan Stephen Chow yang saling tak tumpah berusaha untuk menjadi bad boy namun hakikat dirinya semberono dan telah ditakdirkan menjadi baik serta sering terjadi benda kelakar disekelilingnya.
Beberapa watak dari naskah terdahulu penulis membuat cameo dalam beberapa babak bertemu Ali dan memandangkan watak Jasuli (dari naskah Jahanam) turut ada membuatkan saya terkenangkan jalan cerita Jahanam yang bagi saya boleh dikatakan "Fantastik" juga jika dibandingkan dengan naskah ini. (Pembaca yang masih belum baca novel Jahanam disarankan beli).
Secara keseluruhannya macam biasa, terbaik dari Hasrul Rizwan meskipun naskah ini tak setebal mana tapi cukup memuaskan hati pembaca dengan adunan humor+aksi+plot twist.
Satu karya yang ringan daripada Hasrul Rizwan mengisahkan seorang pemuda kerja periksa tiket wayang bernama Ali yang dirundung malang dan bercita-cita nak jadi budak jahat.
Seperti biasa, novel Hasrul Rizwan jarang tak kelakar. Separuh yang pertama pembacaan diisi dengan babak-babak yang lucu. Ada yang boleh buatkan pembaca terbahak juga.
Kemudian di pertengahan cerita macam ada menurun sedikit graf cerita ni especially babak di banglo bunian tu. Aku rasa babak yang ada orang bunian macam tak perlu ada pun sebab tidak mencacatkan cerita. Tapi tak pastilah, di akhir novel macam penulis nak kaitkan sesuatu tentang bunian ni sama ada betul-betul real atau sekadar imaginasi si Ali.
Plot cerita menaik kembali selepas babak di banglo bunian tu dan semakin sedap hingga ke akhir.
Dalam novel ni juga penulis ada selitkan cameo si kembar Adam dan Akhil daripada Trilogi Murtad dan di penghujung cerita pula cameo Jasuli, watak dalam novel Jahanam.
Cover novel pun lawa. Dan yang penting sebenarnya ada sesuatu yang penulis hendak sampaikan kepada pembaca. Kena baca sampai habis kisah si Ali ni.
Kisah Ali yang berazam ingin nenjadi bad boy setelah putus cinta telah membawa dia menempuh satu pengalaman yang sangat fantastik. Bermula dengan tersalah masuk kelab gay, terserempak dengan bunian, dilarikan duit simpanan, dituduh membunuh sehinggalah Ali bertemu dengan Alma.
Pertemuan dengan Alma melahirkan seorang Ali yang baru. Seorang Ali berani mati. Diselit jugak humor yang buatkan aku dekah sorang-sorang bila baca. Jenuh cover kalau baca kat tempat awam..huhu
Pengakhiran kisah ni membuatkan aku tertanya-tanya apakah benar adventure Ali selama ni? Ali sangat membenci golongan LGBT tetapi dia punya sebab kenapa dia membenci mereka. So kena baca sampai habis untuk faham keseluruhan cerita disebalik seorang Ali.
Buku ini saya kategorikan sebagai sebuah cerita aksi komedi. Saya belum pernah membaca mana-mana karya daripada penulis, jadi agak makan masa juga untuk sesuaikan diri dengan baris-baris komedi yang muncul dalam hampir tiap ayat.
Penceritaannya mudah, umpama sebuah filem komedi. Amat santai dan ringan, di samping selitan sedikit mesej berhubung kehidupan dan masyarakat sekitar di pengakhirannya. Bagi peminat komedi ini sebuah bacaan yang menghiburkan, dengan watak Ali yang unik. Hidupnya tragik tapi komedik. Dan kita tahu hidup selalunya begitu.
Aku habis membaca Fantastik dalam tempoh dua hari. Permulaan buku, ringan dan memang kau akan gelak berdekah sebab kelakar. Penggunaan ayat yang ringan dan mudah difahami, namun paling fantastiknya apabila setiap babak boleh aku imagine dalam kepala otak dengan kemas. Plot power, as always. Ada babak dalam babak, membuatkan aku ‘ohhhhhh...ohhhhh’. Aku suka sebab ada cameo Adam dan Akhil, dan Jasuli! 😍
Bacalah woi buku ni. Takkan mengecewakan! Atta boi, Mat Gorn!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Menceritakan kisah Ali yang ingin menjadi seorang lelaki Bad Boy. Yang mematahkan hati gadis-gadis. Tapi, dia malang betul.
Dari kisah kena tinggal, ke kisah fantasi, kisah kena rompak, ke kisah merompak, ke kisah menjahanamkan satu KL. Semuanya Ali lalui dalam masa yang singkat.
Dia punya adventure tu buat aku terfikir, bapak jauh dia lalu. Plot twist habis. Yang aku paling tak boleh terima plot twist pasal Anita. Haraaaaaaaaaaam!! Aku rasa ditipu 🤣🤣
Apapun, jadilah lelaki yang baik ya semua. Kerana perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Betul betul fantastik. Aku suka part aksi sebab rasa intense. Compared dengan karya Hasrul Rizwan yang lain, karya ini agak berat tapi penuh moral. Plot twist menarik. Dan aku tertanya tanya sama ada Alma betul wujud atau sekadar fantasi Ali.
Tentang Ali yang mencari identiti diri, mencari haluan yang berbeza sangat memotivasikan aku. Overall, tulisan Hasrul Rizwan memang ada charm yang kita tak boleh nafikan. :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Akan ada keretakan di setiap kegelapan. Di situlah cahaya akan muncul."
Fantastik. Tajuk buku ni aje dah menggambarkan jalan cerita dan kisah hidup Ali. Bermula daripada seorang lelaki penjaga tiket wayang yang biasa-biasa, sehingga bertransformasi menjadi seorang bad boy.
Sejujurnya, gaya bahasa dan penulisan Hasrul Rizwan memang konsisten dan 'deep'. Banyak analogi yang digunakan untuk mendeskripsikan sesuatu kejadian. Ada yang logik, ada yang boleh buat gelak.
Kalau baca buku Hasrul Rizwan ni, tak sahlah kalau tak gelak kan? Hatta buku ini agak berat sebab genrenya adalah adventure and action, tetap ada selingan yang buatkan pembaca tak kering gusi.
Paling penting, di sebalik pengembaraan seorang Ali selepas putus cinta dengan Anita kemudian bertemu dengan seorang gadis bernama Alma, ada pengajaran dan mesej yang disampaikan. Mesejnya pendek tetapi sarat.
Jadi, buku ini adalah a must-read untuk kalian semua yang suka baca genre adventure, action dan comedy ni.
Novel ni pasal apa? Genre dia aksi, komedi, fiksyen dan romance. Novel ni dia pasal Ali, putus cinta, lalu dia berazam jadi bad boy. Pastu, sepanjang pengembaraan dia nak jadi bad boy tu macam2 yg terjadi. Dari tersilap masuk kelab gay, terjumpa orang bunian, wang dicuri gadis cantik, dikejar polis kerana dituduh membunuh jiran, terjumpa Alma yg nk bunuh diri, bakar rumah, ceroboh rumah bunian, pastu g merompak wang ayah tiri Alma. Sehinggalah akhirnya...
Apa yg aku menarik: 1. Ada beberapa punch line. Ada yg kena dan ada yg try n error. ( Disebalik punch line demi punch line, aku paling suka kat pistol mainan bunyi lagu cina tu.) 2. Penulisan HR sedap dibaca satu demi satu perkataan yg digunakan. 3. Dalam keadaan yg seakan-akan dah merepek, penulis sempat selitkan mesej moral dan falsafah hidup. 4. Mostly watak dia mula dengan huruf A. 5. Kalau difilemkan, Zizan razak sesuai kot watak Ali ni. 6. Walaupun banyak part yg kelakar2, tapi part aksi kejar mengejar tu memang ditulis dengan teliti dan terperinci.
Apa yg kureng: 1. Ada moment melilau-lilau terawangan meleret-leret. 2. Kena nikmati bait-bait perkataan satu demi satu. Kalau baca laju2 nanti terlepas kenikmatan tu.
Novel ni rekemen utk: 1. Peminat aksi komedi ala-ala stephen chow. Amboi. 2. Yg baru kena reject dengan ex. 3. Mencari identiti diri. 4. Buat bacaan santai di masa lapang.
Aku sejenis yang tidak begitu teknikal dalam pembacaan novel. Kiranya aku punya review bukanlah seperti editor style. Tu je nak cakap.
Untuk buku ni, aku tak tahu apa jenis barang yang dihisap Mat Gorn masa mengarang. Humornya jelas sekali elemen utama yang menarik aku menyelak halaman seterusnya (walaupun aku ambil masa lama nak habiskan dek sibuk dengan urusan kerja). Punchlinenya yang kuban-kuban saja. Berdekah weh!
Twist yang dimasukkan juga aku tak jangka (dah nama pun twist!), watak Ali ni aku bayangkan Farid Kamil dan Alma pula Diana Danielle (tak salah kan?) sangat menarik.
Endingnya pulak buat aku hampir saja melemparkan buku ni ke dinding saat membaca bab 18. Nasib baik bab akhir tu menyelamatkan keadaan. Ni yang aku suka!
Kisah Ali ni walaupun penuh humor, menyembunyikan realiti gelap yang beliau alami sedari kecil. Itu aku tabik pada Mat Gorn. Cameo yang ada pun nice je dia masukkan. Cuma yang tak best tiada penutup pada watak Khalis dan aweknya tu (sebab tak penting kot?).
Akhir kata, Fantastik memang sangat fantastik! Aku sangat menyukainya. Lain dari yang lain.
Aku ada lagi satu novel Mat Gorn yang belum baca, Misteri Kem Motivasi. Hajatnya nak baca balik Budak Hostel Otaknya Sewel lagi sekali sebelum baca sekuel dia. Harapnya ada masa.
Apapun hang memang terbaik!
P/S: Masa jumpa Mat Gorn di PBS 2023 haritu, dia ada kata akan terbit balik Misteri Kem Motivasi sama macam Budak Hostel. Tunggu jelah ya.