What do you think?

JEJAK
Namaku Abdul Wahid bin Abdullah. Nama ibuku seperti yang tercatat dalam surat beranak adalah Mastura binti Jusuh. Siapa Abdullah, aku tak tahu. Sejak lahir lagi aku sudah dicampakkan ke rumah anak yatim. Aku tiada identiti lain selain namaku dan nama ibu.
Aku tak tahu apa yang akan aku hadapi, tetapi ini misi jejak yang paling penting dalam hidupku. Siapa aku, siapa ibu bapaku dan kenapa aku dibuang.
Ini kisah aku. Dengar baik-baik.

- GenresMystery Thriller
292 pages, Paperback
Published March 29, 2019
About the author
Rozlan Mohd Noor
15 books59 followersRozlan Mohd Noor served as a police officer in the Royal Malaysia Police for 11 years as a crime investigator and court prosecutor before joining the private sector. He has published several crime/thriller novels. Six of them feature Inspector Mislan as the main protagonist, with Posthumous Child (2022) being the latest. The Inspector Mislan novels are now published internationally by Arcade CrimeWise, New York, starting with 21 Immortals in 2020 and DUKE in 2021. In 2022, the Inspector Mislan books were optioned as a mini-series by UK-based production company Envision Entertainment.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
November 12, 2019
Gila. Aku tak expect aku akan nangis baca buku ni.
Sebab sepanjang pembacaan, dari awal sampailah Wahid tahu siapa sebenar bapa dia, memang macam-macam perasaan aku rasakan — geram, marah, kecewa, simpati, empati... tapi akhirnya tiba saja part Kamelia menangis atas apa yang diucapkan Wahid, dengan aku sekali tak mampu tahan air mata. Sebak.
"Siapa yang masih ingin terus hidup setelah melalui apa yang saya telah lalui? Saya mati pada hari saya dilahirkan. Yang belum dilakukan adalah kebumikan saya. Saya kini menunggu waktu untuk dikebumikan."
Tentang Wahid... Mastura... Kisah yang terlalu sedih dan sadis bagi aku. Nasib mereka terlalu malang, akibat perbuatan syaitan bertopengkan manusia. Sungguh... Kalau aku di tempat Wahid atau Mastura, mungkin aku lakukan perkara yang sama. Seperti kata Wahid, siapa saja yang masih ingin teruskan hidup setelah apa yang dilalui?
"Misi jejak ini bermula sejak saya masih tinggal di rumah anak yatim. Dari hari ke hari, misi itu seperti mempunyai nyawa sendiri, mengambil alih kehidupan saya. Sampai satu ketika, kehidupan saya tidak lagi wujud. Saya hidup kerana jejak. Bila jejak berakhir maka saya juga berakhir. "
Buku ini ada tahap sedihnya tersendiri. Kadang-kadang rasa sayu... kosong... tapi di akhir cerita, aku betul-betul rasa semuanya telah selesai dan tiada apa lagi yang tinggal. Misi jejak telah tamat. Semuanya dah berakhir untuk seorang Wahid. Dan kerana itu, hadirnya rasa sedih dan sebak secara tiba-tiba, tanpa langsung diundang air mata bergenang. Sebab kita tahu, pengakhirannya seperti apa... tanpa perlu lagi dijelaskan.
"Macam bila kita menonton wayang, bagaimana cerita itu tamat, kita terima. Mungkin kita tidak suka cara cerita itu berakhir tetapi kita terima."

April 8, 2019
Bila tengok Rozlan Mohd Noor ada novel baru terus rasa nak baca sebab tahu genre pilihan penulis mesti berkaitan jenayah dan kepolisian-- genre kegemaran aku. Sebelum ini pernah baca dua buku dari siri Inspektor Mislan karya penulis tapi JEJAK bawa aku ke satu fragmen yang agak berlainan-- ia pandangan dari sudut seorang penjenayah.
Bahasa kemas dan teratur-- walau adegan panik dan rushing, naratif masih bergerak bersahaja. Dari awal Wahid sudah dapat simpati daripada aku. Perkembangan karakter Wahid dan Kamelia, juga Halim sangat bagus. Aku suka gaya cerita penulis dan cara dia letak emosi pada karakter dan juga penceritaan beliau. Ia satu kisah penyiasatan tapi berlatar keluarga dan dendam, mungkin juga kerana obsesi (ini yang aku nampak tentang Wahid pada awalnya). Tapi kesimpulan daripada Kamelia pada akhirnya buat aku faham apa yang sebenarnya dicari Wahid. Setiap kisah yang keluar daripada Wahid berhasil bagi aku bermacam perasaan-- sedih, marah, kasihan, kecewa (dan kepuasan walaupun aku rasa macam kejam pulak bila puas dengan tindakan yang diambil Wahid). Sisipan kisah lain dalam misi jejak Wahid itu aku andaikan perencah yang diisi secukupnya pada naratif terutama hal berkaitan Zu yang diisi sekadarnya dan tidak terlebih sehingga lewah. Karakter-karakter sampingan yang mengisi slot seadanya juga banyak membantu-- kesemuanya nampak ada keperluan pada jalan cerita.
Aku baca in one sitting sebab kagum dengan cara penceritaan dan idea, rasa tak sabar nak cepat habis baca. Suka dengan ending JEJAK sebab aku rasa itulah yang sebaiknya.
"Saya mati pada hari saya dilahirkan. Yang belum dilakukan adalah kebumikan saya. Saya kini menunggu waktu untuk dikebumikan."

May 15, 2019
JEJAK
Penulis: Rozlan Mohd Noor
Perunding: Shaz Johar dan Hani Suraya
Terbitan: FIXI
-------
“Jangan buang masa kejar hantu masa lalu,” tegas Sarjan Zaiton
Heran sungguh dengan orang Melayu yang gila filem Hindustan siap hafal lagu bukan fahampun, sedih berjoget, mati menyanyi...
Buku yang begitu JANTAN sekali. Tegang namun sederhana. Begitulah indahnya garapan penulis kondang fixi yang tidak lokek (sharing realities) berkongsi hal hal kepolisan dalam novel ini.
Berkisah tentang Wahid yang hidupnya bergolak resah sepanjang kedewasaan, akhirnya membawa ke laluan u membongkar kisah gelap tentang kehadiran diri.
Babak seks yang bercitarasa dipapar dengan bersih, nakal dan realistik. Menarik dan dewasa tanpa berlebihan. Penulis sempat bersinis pada ruang hidup dan manusia di sekelilingnya dengan tepat, dalam luahan yang tidak berbentuk ceramah.
Bolak balik antara kenangan lama, kamar soal siasat bersama dengan 2 peguam digambarkan dengan aman, begitu juga suasana daif jaring besi penjara. (bolak balik berada di sepanjang penceritaan). Sesekali watak utama berdengus dalam teks teks condong – menarik sekali.
Rozlan Mohd Noor penulis yang merupakan bekas pegawai polis di PDRM menjawat tugas pegawai penyiasat selama 11 tahun di kota Kuala Lumpur sudah menghasil 8 buku solo dan beberapa antologi gabungan. Penulis fixi yang menulis secara dwi-bahasa dalam naskah naskah sebelum ini.
JEJAK memaparkan kematangan beliau bercerita. Peka pada dialog, lokasi, budaya hidup bangsa dan rentet masa menjadikan naskah ini sangatlah menarik dan berbunyi tidak dipaksa paksa. Kemampuan penulis untuk mengaitkan isu semasa yang tabu terhadap institusi keluarga orang Melayu amat menyentuh hati. Pembahagian emosi dilakukan secara seimbang dalam keseluruhan naskah yang bermukasurat 291.
VERDICT: Kepuasan dan mesti dibaca oleh semua golongan pembaca.

September 24, 2019
Terbaikkkkkk jalan cerita dr salah seorg penulis novel yg paling aku minat. mmg x menghampakan.
October 5, 2020
Menerusi blurb, novel ini menceritakan tentang Abdul Wahid bin Abdullah yang telah diletakkan di rumah anak yatim semenjak bayi lagi. Melalui surat beranak, dia cuma mengetahui nama ibunya, tetapi tiada informasi tentang bapa kandungnya. Dia menjejaki sejarah hidupnya, siapa sebenarnya kedua ibu bapanya itu dan kenapakah dia dibuang. Menerusi namanya sahaja kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa kemungkinan besar dia seorang anak hasil hubungan luar nikah. Namun kisah ini tidaklah semudah dia-anak-luar-nikah-jadi-sebab-itulah-dia-kena-buang. Ada kisah lain yang lebih menyakitkan di sebalik kelahirannya.
Saya tidak memerlukan masa yang banyak untuk menyelesaikan naskhah ini. Jalan cerita pantas yang menarik membuatkan saya teruja untuk membacanya terus-menerus.
Apa mungkin novel ini berdasarkan kisah benar seseorang? Saya tidak nafikan, saya ada terfikirkan kemungkinan itu memandangkan penulis pernah bekerja sebagai polis sebelum ini, mungkinkah kisah ini diilhamkan daripada kejadian yang benar-benar pernah berlaku?
Buku ini termasuk dalam kategori buku yang aku-tak-berkenan pengakhirannya-begitu-tapi-aku-terima. Namun saya semacam sedikit terkilan kerana walaupun peran utama macam sedang menunggu mati, dia semacam tidak kisah dan tidak ada perasaan insaf dan mahu bertaubat pun. Ah, mungkin saya tergolong dalam umat konservatif yang berfikir bahawa penulis harus mempunyai tanggungjawab sosial — meletakkan sisi moral yang baik-baik dalam karya mereka. Sedangkan realitinya memang wujud orang sebegitu.
Dan oh, rasanya FIXI perlu lebih peka dan lebih cakna tentang tatabahasa, ejaan dan tanda baca. Seriously.
4/5

May 29, 2020
Sebagai embaca, novel yang bagus ialah novel yang boleh buat aku 'melekat' untuk terus membaca dari kulit ke kulit. "Read in one sitting". Aku suka kritik sosial yang diketengahkan dalam novel ini. Ia adalah perkara tabu, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Melayu. Yang akhirnya, kerana budaya 'tutup aib' dalam masyarakat melayu ini telah mengorbankan jiwa-jiwa mangsa yang dinafikan keadilan buat mereka.
Terima kasih penulis, kerana telah menulis karya seperti ini. Aku akan cadangkan kepada segenap lapisan masyarakat dewasa untuk membaca novel ini.

April 14, 2019
Sumpah cerita ni best. Kisah tentang seorang manusia yang mencari jejak asal kewujudan dia yang ditinggalkan di rumah anak Yatim sejak lahir. Cerita ini dinaratifkan oleh si penjejak, Wahid, seorang peguam bela, Kamelia dan seorang peguam cum penulis novel, Halim. Ibaratnya novel ini ibarat penulisan Halim juga.
Aku suka gila cara penceritaan dia yang restrospective (tinjauan kembali) dan convergent (tertumpu) menuju ke arah peleraian cerita. Cerita ni boleh dikatakan "breaking the fourth wall" dan ada elemen-elemen realism yang mengkritik tentang kepincangan dalam masyarakat (terutamanya Melayu).
Hampir juga rasa sebak bila cerita ni habis sebab buku ini sendiri melambangkan sesuatu yang penting tentang watak utama.

August 20, 2026
"Macam bila kita menonton wayang, bagaimana cerita itu tamat, kita terima. Mungkin kita tidak suka cara cerita itu berakhir tapi kita terima."
An excellent story. Pada awalnya saya meletakkan ekspektasi rendah sahaja kerana premis cerita ini melalui sinopsis bukanlah sesuatu yang baru. Tapi cara penyampaian dan bahasa penulis memberikan nyawa kepada watak-watak di dalam buku ini justeru mengolah cerita jejak seorang anak buangan dengan gaya penulis yang tersendiri. Pemilihan penulis untuk menjadikan naratif cerita daripada teknik imbas kembali juga sesuatu yang bijak. Lebih-lebih lagi apabila pembaca mengikuti kisah Wahid yang memilih karier polis tapi didedahkan di bab pertama sebagai banduan, memang pilihan tepat untuk terus mencuri tumpuan dan sifat ingin tahu pembaca.
Bagi saya, plot twist di akhir buku ini daripada awal mudah untuk ditebak. Tapi poin cerita ini bukanlah untuk pembaca mencari satu individual yang jahat. Buku ini mengutarakan isu yang penting dalam masyarakat kita, di bandar mahu pun di desa. Tanggungjawab untuk menjaga maruah acapkali diingatkan orang-orang tua kepada perempuan. "jangan berpakaian seperti itu ini" "jangan melembutkan suara seperti itu ini", seolah-olah kecelakaan yang dilakukan keatas wanita itu sesuatu yang diminta. Kesalahan akan dituding kepada kedua-dua pelaku dan mangsa, menjadikan berat kesalahan pelaku itu kurang, kerana dikongsi kepada mangsa yang "mengundang melalui pemakaian dan aksi".
Di sini ada dua perkara yang terkesan kepada saya. Pertama, tanggungjawab menjaga maruah adalah sesuatu yang berasaskan komuniti . Bagaimana kita boleh beranggapan bahawa wanita secara kolektif mesti dan perlu menjaga maruah mereka, sedangkan masyarakat secara kolektif tiada pun usaha untuk menolong, mencegah atau menangani? Apabila kita mempunyai satu ekspektasi kepada sesuatu kumpulan, fikirkan dahulu, apakah yang kita sumbangkan kepada komuniti untuk realisasikan ekspektasi kita? Peribahasa Melayu ada mengatakan, tepuk dada tanya selera. Dalam buku ini, Mas telah dikecewakan dan diabaikan oleh semua orang yang berdekatan dengannya. Masyarakat konservatif mahukan perempuan yang suci dan dara tapi tiada siapa yang mengawasi, ambil berat atau senang cerita, menyibuk dan risau dengan lelaki sebagaimana dengan perempuan.
Keduanya, isu tunggangan agama untuk meneruskan penderitaan fizikal dan mental mangsa wanita demi menyelesaikan masalah berakar umbi . Berbalik kepada keadaan di mana mangsa berkongsi salah dengan pelaku keatas rogol/cabul, kesalahan pelaku akan diambil enteng, maka bermula naratif yang menghalalkan, "tak apalah, mereka boleh sahaja bernikah." Buku Jejak mencabar naratif ini dengan bertanya "tapi bagaimana jika pelaku seorang ahli keluarga yang tidak boleh dikahwini?". Isu sumbang mahram atau gangguan seksual dilakukan oleh ahli keluarga di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dan sensasi. Tanya sahaja kepada mana-mana wanita, pasti akan ada pengalaman disentuh sepupu atau pakcik di kampung, dilihat dengan pandangan bernafsu yang mencurigakan oleh atuk dan sebagainya. Semuanya tidak dilaporkan. Pada tahun 2025, gangguan seksual mencatatkan peningkatan sebanyak 31.7% dan pada lima bulan pertama tahun ini sahaja hampir 400 kes gangguan seksual dilaporkan. Bayangkan berapa banyak lagi kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan? But I digress.
"Apa yang saya inginkan adalah masyarakat memahami kenapa saya lakukan apa yang saya lakukan. Saya tidak nafikan yang saya telah mengambil satu nyawa, tapi nyawa binatang yang menyerupai manusia. Binatang yang telah meragut nyawa emak saya, membunuh emak saya sedikit demi sedikit dengan perbuatan kejinya itu sehinggalah emak saya mengambil nyawanya sendiri. Emak saya derita, terseksa fizikal dan mental berbulan-bulan, siang dan malam, sebelum meninggal. Binatang itu bernasib baik, merasa sakit beberapa minit sahaja."
Akhir kata, kisah ini memang memberi impak kepada diri saya walaupun saya tidak pernah menghadapi keperitan seperti Mas dan Wahid. Jujur saya katakan, ada air mata yang menitis. Babak yang paling saya ingat ketika Encik Halim berkata kepada Wahid bahawa dia memahami perasaan Wahid, tapi dibidas dengan soalan,
"Encik Halim pun anak haram ke?"
"No!"
"Kalau bukan, macam mana Encik Halim kata encik faham perasaan saya? Takde sesiapa yang faham perasaan anak haram buangan kecualilah kalau dia pun anak haram buangan.".
Dialog kemas yang digarap dengan intentionality. Tahniah kepada penulis untuk karya yang baik dan saya harap dapat berjumpa lagi dalam karya-karya lain pada masa hadapan.

March 10, 2022
Macam biasa, Rozlan selalu mengaitkan cerita tentang dengan dunia kepolisian. Untuk buku kali ini, dikaitkan dengan hidup sebelum menjadi seorang konstable. Banyak adegan 18sx dalam cerita ini. Ceritanya mengasyikkan dan kadang mengkhayalkan, buat pembaca untuk terus baca dan baca sehingga habis. Bagi aku ceritanya berpusing dengan tak disangka di tengah tengah dan selepas itu agak boleh dijangka di hujung. Tapi masih sangat menyeronokkan untuk dibaca. Tak pernah mengecewakan.
June 16, 2022
Epic..!!!!
Aku tak tahu macam mana nak tulis review mengenai karya ini. Rasanya untuk beberapa hari yang akan datang aku masih terkesan dengan karya ini.
Kisah Si Wahid, watak utama dia dalam cerita ini dimulakan kisahnya di penjara. Peliknya, dia adalah seorang anggota polis yang mahu mencari siapa dirinya di zaman kecil nya. Jalan di lalu tersasar di jalan kegelapan. Ditambah pula dengan pemikiran yang sebegitu.
Jalan penceritaan, gaya bahasa yang di tulis oleh penulis begitu bersahaja, pandai menulis dan berfakta membuatkan aku mahu terus membaca. Memang page turner juga karya ini. Banyak perkara-perkara berkaitan dengan polis yang kita boleh tahu. Ilmu baru itu kan? 😂
Emosi bagi aku untuk karya ini ada. Aku boleh mengambarkan macam-macam seperti mana yang penulis menulis nya. Aku puas hati bila Wahid jerit “Anak kau!”
Fuhhh.. aku memang puas hati gila. Memang sampai lah dekat benak hati aku ini. Dan bab-bab yang terakhir itu, hampir membuatkan aku menangis.
Antara buku yang terbaik yang pernah aku baca tahun ini. Terima kasih buat Rozlan Mohd Noor.

June 13, 2019
Cuma perlukan sehari untuk habiskan buku ini. Mengisahkan Wahid yang mencari identitinya dan pengakhirannya, saya dah boleh agak sebegitu. Ini novelnya yang paling saya layan selain siri Inspektor Mislan.
April 16, 2019
Terbaik. Tragik. Insaf. Tiga perkataan selayaknya buat Jejak.
Berkisarkan seorang anak yatim yang ingin menyiasat tentang latar belakang diri, Jejak sebuah karya FIXI yang saya rasakan antara paling terbaik untuk keluaran PBAKL2019 yang lepas. Kisah yang lancar, namun pada pertengahan cerita ada sedikit kekeliruan tidak membantutkan saya untuk membaca sehingga ke penamat cerita. Penulis sangat pandai mengadun cerita. Watak Ah Beng juga sangat menarik bagi saya. Syabas! Saya menantikan karya penulis yang seterusnya! Kisah Wahid mencari kebenaran dan keadilan buat arwah ibunya Mastura sememangnya unggul. Syabas buat team FIXI!

May 12, 2020
Susah nak stop baca buku ni. Bermula dari watak utama, menceritakan kisahnya kepada seorang peguam dari dalam penjara sehingga dia berjumpa bapaknya. Macam mana dia menjejak bapanya dan apa terjadi selepas itu sungguh mendebarkan. Must read
April 3, 2019
Susunan bahasa dalam buku ni lebih kemas. Secara tak langsung, otak aku lancar je tayangkan jalan cerita seperti di skrin televisyen.
May 29, 2020
Wahid yang sedari kecil hidup di rumah anak yatim, bertekad untuk menjejaki latar belakang kehidupannya selepas dia menduduki peperiksaan SPM; dia ingin tahu bagaimana dia boleh berada di rumah anak yatim, siapa kedua-dua orang tuanya yang bernama Mastura dan Abdullah seperti yang tercatat dalam surat kelahirannya itu.
Setelah Wahid meninggalkan rumah anak yatim tempat dia membesar, dia bekerja sementara menanti keputusan SPM keluar. Dan dengan keputusan SPM yang memberangsangkan Wahid telah memohon untuk menyertai pekhidmatan Polis, yang merupakan salah satu jalan untuk pelan jejaknya. Jawatan konstabel yang Wahid pegang dan dengan bantuan beberapa pegawai di tempat dia bertugas, sedikit sebanyak telah membantu misi pencariannya.
Jejak Wahid menemukan dia dengan terlalu banyak kemungkinan yang dia wujudkan setelah mengetahui tentang kematian ibunya Mastura. Perasaannya juga berbaur apakala mengetahui dia adalah keturunan yang seperti apa -- bagaimana terlahirnya dia berbinkan Abdullah. Wahid sedar kematian ibunya bukan lah titik akhir kepada jejaknya kerana dia tahu tentang bagaimana cara kehidupannya -- yakni dia harus punya ayah untuk lahir ke dunia ini.
______
Jejak; plot berjalan dengan naratif POV pertama Wahid yang menceritakan semula peristiwa yang telah berlaku -- seawal memulakan misi jejak nya sehingga dia berada di dalam penjara -- kepada dua orang peguam. Penceritaan lancar dan dengan kronologi yang tersusun tanpa terlalu bermain dengan twist dan turn namun masih mewujudkan unsur saspen dan rasa ingin tahu saya sepanjang pembacaan. Namun tidaklah begitu mengejutkan kerana saya sudah mampu menduga siapa dan apa -- hanya bagaimana penulis melaksanakan penceritaan tersebut yang menimbulkan rasa ingin tahu saya itu.
Watak-watak di dalam cerita ini juga pada saya berkembang sama tara, tiada yang terlalu menonjol. Jadi saya memang fokus pada Wahid sepenuhnya dan juga jalan cerita serta konflik yang diwujudkan. Penulis membawakan isu yang banyak kita dengar kala ini, gejala yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.
Penggunaan bahasa yang tidak lah begitu santai tapi tidak juga terlalu baku dan kompleks sehingga pembacaan jadi rumit atau bosan -- secara ringkas penggunaan bahasa yang memang saya lebih suka.
Saya sempat menangis juga bila Wahid dah sampai ke akhir kisah jejaknya. Yang mana akhirnya Wahid mungkin sudah menemukan penutup kepada misi hidupnya selama ini.

August 29, 2020
Penyampaian yang sangat berkesan dari penulis.. Berjaya membuatkan Sha mengalirkan air mata.. Penyampaian yang sangat teratur membuatkan kita turut melalui apa yang dirasakan Abdul Wahid.. Jejak berjaya menyampaikan teguran pada apa yang selalu berlaku dalam masyarakat kita.. Betapa perlakuan itu selalu tak diendahkan malah menyebabkan mangsa mengambil keputusan yang salah..
June 1, 2023
4.5/5 ⭐️
one of the heartbreakings books I have ever read 😭 seriously, I was so shocked and surprised with the plot twist. The storyline is really good. Probably this is the best one yet written by Rozlan Mohd Noor. I couldn't stop reading it. I want to know what happened every chapter. It takes you to the POV of a criminal (from a good man and turns into a bad one and he has a reason why). And please I don't think the s*x scenes are neccessary. Making me so uncomfortable. It's a bit disturbing too so TW to readers. But I still can cope with that. I also learned more about police and how the police and law system work. A lot of educating especially about SA (r*pe). I cried. It's really good guys 🥲

July 8, 2020
Sesuai bagi otak bodoh yang kata, orang yang merogol tak patut di persalahkan. Yihh, kalau jenis yang haruan makan anak pula? Nak cakap macam mana tu?
"Saya faham perasaan awak." - Halim
Aku paling benci dengar ayat tu. Ayat untuk mrnyedapkan hati padahal biasanya yang menuturkan itu tak peduli langsung perasaan orang di hadapannya.
"Kalau bukan, macam mana Encik Halim kata encik faham perasaan saya? Tak ada sesiapa yang faham perasaan anak haram buangan kecualilah kalau dia pun anak haram buangan."

Read
April 9, 2020Sebuah kisah jejak kasih yang penuh dendam. Plot kemas dan kaedah penceritaan flashback dan setting masa kini disusun cantik. Penghujungnya agak senang diramal, tapi tidak terlampau meleret. Kisah hidup watak utama bekerja sebagai polis juga seronok dibaca kerana penulis sendiri mempunyai latar belakang meyakinkan untuk menulis sebegitu.
December 25, 2023
sedih.asyik.menarik.
dalam masa satu hari saja aq berjaya habiskan novel ni. cerita yang sangat catchy dan buat kau tak lepas tangan daripada membacanya. cerita ni sedih weh. serius. walaupun kita dah boleh agak siapa penjahat dalam cerita ni tapi still rasa ingin tahu.
penulis memang terbaik!

August 29, 2026
Saya baca buku ini dalam sehari. Telah baca hampir kesemua buku RMN, hampir semua bagi saya deserve 5 star, Jejak bagi saya paling mengesankan.
Buku untuk pembaca matang yang matang cara penceritaannya, matang watak utamanya biarpun umur baru belasan tahun, matang pengakhirannya. It makes a lot of sense what Wahid did.
Mungkin sama macam Kamelia, saya juga tidak berpuas hati, mengapa Wahid tidak mahu teruskan dengan rayuan. Fikir balik, Wahid sudah lelah, tidak mahu lagi memanjangkan perit bila diari derita ibunya, dan dia juga mendapat pelbagai comment masyarakat, yang bukan semuanya boleh berfikir dengan hati. Wahid juga mungkin mahu menyelamatkan masa depan Umi dan abangnya. Justice is cruel, justice is kind - depending from which perspective you see it.

December 29, 2023
Another great work from my favourite local thriller author. The unique take of this book has me seated from beginning until the end!
August 2, 2026
agak emosi time baca… tapi puas hati betul sebab manusia yang macam binatang tu tumpas di tangan anak dan cucu sendiri HAHAHAHA. geram betul 🫤 ending dia betul2 5 ⭐️
June 15, 2021
Selepas Bayu, my favorite, Jejak adalah buku kedua daripada Rozlan Mohd Noor. Tempo: fast-paced, tak bosan baca, plot tak meleret. Kurang sehari baca buku ni.
Klimaks agak boleh dijangka. Tapi saya masih berpuas hati dengan keseluruhan cerita.

January 4, 2021
3.7 bintang.
July 8, 2019
Mmg thorbaik! 👍👍👍👍👍
March 20, 2020
Ambil masa sehari sahaja untuk habiskan. Plot yang smooth dan tak meleret2 walaupun aku kurang gemar babak2 erotik dlm buku ni.🤭Tapi sebagai pembaca matang (lol) aku abaikan saja.
Overall, aku suka cerita ni. Kalau ditelefilemkan pun menarik juga. Syabas kepada penulisnya.

November 8, 2024
Kita rasa ujian yang kita lalui dalam hidup ni paling berat berbanding ujian orang lain.
Bila baca novel ni, mengetahui kisah Wahid, buat aku terfikir. Bagaimana kalau aku di tempat Wahid? Mampukah aku teruskan hidup?
En Rozlan, anda telah menerima satu lagi peminat penulisan anda.

September 2, 2022
🔞 Ada perkataan dan ayat yang bagi aku tak sesuai dibaca oleh kanak kanak ribena.
Jejak secara ringkas mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Abdul Wahid. Dia merupakan anak yatim dan sejak kecil dia tinggal di rumah anak yatim. Dalam kepala Wahid penuh dengan persoalan tentang dirinya sendiri. Siapakah dia - sejarah keluarganya - kenapa dia dibuang. Jadi, dia mengambil keputusan untuk keluar dari tempat tersebut (rumah anak yatim) dan mulakan misinya untuk mencari identiti diri dan menjejak keluarganya. Bermulalah perjalanan dia untuk mencari kerja, tempat tinggal, kawan serta kehidupan baru.
Mujurlah Tuhan permudahkan urusan si Wahid ni. Kes 20 tahun lalu. Mesti susah nak jejak orang-orang yang terlibat.
Tapi itulah. Tuhan nak bantu. Smooth juga la misi dia tu.
Jika baca di ruangan bio penulis. Kita tahu yang penulis berpengalaman dalam selok belok dunia polis. Ini membuatkan Jejak ini bertambah menarik. Tak sangka aku akan suka dengan gaya penulisan penulis walaupun ini kali pertama aku baca karyanya. POV 1 yang digunakan tidak nampak kekok dan syok sendiri. Aku suka baca monolog dalaman watak Wahid. Macam-macam hal yang dia fikirkan. Kadang tak seiring dengan perbuatan. Mengutuk orang bukan main tapi kadang aku terhibur dengan apa yang dia cakap.
Aku simpati dengan watak Wahid terutamanya. Bukan dia minta untuk dilahirkan sebegitu rupa. Itu sudah menjadi bahagian dia dalam dunia ini. Tidak senang juga untuk terima hakikat yang dia merupakan anak hasil dari perbuatan terkutuk seseorang. Aku tak sangka begitu juga pengakhiran bagi Wahid. Aku suka Wahid mengambil keputusan untuk buat semua ni demi diri dia dan juga mendapat keadilan buat arwah ibu dia. Maigad sedih eh em
Puas hati aku bila Wahid belasah cukup-cukup orang tu. Alasan bodoh yang tak masuk akal. Betul la kata orang. Kita pada hari ini lebih banyak kesian dekat si pelaku dari mangsa. Katanya oh si pelaku kan sudah banyak berkorban tenaga membesarkan kau dan sebagainya. Kita kena maafkan la perbuatan dia. Tapi bagi aku siapa yang cakap macamni mungkin tak kena dkt batang hidung sendiri. Bodoh ya. Salah tetap salah. Jangan cuba nak halalkan perkara haram.
Isu anak luar nikah hasil perbuatan sumbang mahram ni dah macam isu biasa. Satu dunia pun hadap masalah macamni.

December 15, 2023
[eBOOK 171]
Jejak by Rozlan Mohd Noor.
.
Best!
.
Tapi, bacaan MATANG ya sebab ada scene dan perkataan 18SX.
.
Rozlan Mohd Noor ialah seorang penulis yang aku looking forward untuk baca karyanya, sebab beliau ialah pegawai polis dan menulis buku penyiasatan. Dan baru sekarang, aku berkesempatan baca.
.
Kisahnya, Wahid dibesarkan di rumah anak yatim. Dari kecil, dia tertanya identiti dirinya. Dan bila dia tanya, takde orang nak layan. Dan dia akhirnya diam dan menyendiri. Menunggu sehingga habis SPM, untuk menjalankan rancangannya.
.
Bila lepas SPM, dia keluar dari rumah tersebut dan diberikan sijil lahirnya. Dari situ, dia tahu ibunya Mastura dan ayahnya Abdullah. Sejak itu, dia tahu yang dia anak luar nikah. Tapi dia nak cari ibunya.
.
Apa yang dia buat ialah, apply jadi polis. Dia tahu, dengan adanya kuasa, dia boleh dapatkan maklumat. Tapi jawatannya ialah Konstabel. Konstabel ni, maksudnya masih belum ada kuasa. So, apa yang dia buat ialah, dia berbaik dengan golongan AIO (Assistant Investigating Officer).
.
Sambil-sambil itu, dia mula cari maklumat tentang ibunya berpandukan alamat dalam sijil lahir dan juga alamat rumah anak yatimnya.
.
Aku suka sebab dengan aku sekali, rasa berdebar, rasa curious nak tahu siapa bapanya. Ada part yang beremosi jugak, yang buat aku rasa nak mencarut. Memang dasar tak guna. Memang itulah hukuman yang selayaknya untuk dia.
.
Tidak mudah menjadi Wahid. Aku setuju dengan ayatnya, dia sudah mati sebaik sahaja dilahirkan. Bagaimana dia mampu hidup dengan status dirinya. Dan setelah semua yang dilakukan untuk mendapat keadilan, dia puas, walaupun dia harus mati. Wahid hanya hidup, untuk tahu tentang identiti dirinya.