Jump to ratings and reviews
Rate this book

NIKINA

Rate this book
“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”
Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...
Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?

248 pages, Paperback

Published March 29, 2019

38 people are currently reading
462 people want to read

About the author

Nadia Khan

31 books520 followers
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
306 (38%)
4 stars
334 (41%)
3 stars
126 (15%)
2 stars
21 (2%)
1 star
9 (1%)
Displaying 1 - 30 of 194 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
January 11, 2020
4.5 bintang

1. Pacing dia memang laju gila. Dah start tak boleh berhenti. Unputdownable, literally.

2. Finished in one sitting. Dah lama tak jumpa buku yang boleh engaged saya macam ni. Last time buku siri Jalanan Teme kot.

3. Nadia Khan, what else to say? Plot lines dia memang sukar nak ditebak. Every chapter bring us to somewhere yang berbeza dari apa yang kita jangkakan. Bermula dari sesuatu yang simple, it became bigger and bigger until I ceased to second guess the plot (admit it, memang out of my standard).

4. Budak bandar memang macam tu ehh? Umur 18 tapi teramat matang. The only complaint from me. Kalau peristiwa tu terjadi lepas habis universiti, umur dalam 23-25, it's more believable to me. Tapi ya la, nak kena matched dengan timeline Sara pulak kan? And all those flawless English!

5. Not everyone can pull out this kind of weirdness. But NK did it well every time.

6. Blurb tu memang menipu ehh? Ada tak dalam cerita? Tak perasan pulak saya kat bahagian mana. Dan langsung tak menggambarkan isi cerita!
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
March 21, 2022
“It’s Nik and Kina. Time and space are irrelevant - diorang akan selalu rapat.”

Ah, Nadia Khan did it again. NIKINA merupakan sebuah kisah ‘coming of age’, percintaan antara Nik dan Kina, dan hal-hal yang berkisar perhubungan mereka - keluarga, perkahwinan, komitmen & kehadiran orang ketiga. Seperti biasa, kekuatan Nadia Khan ialah dialog & monolog antara watak watak di dalamnya - flawless & soul stirring.

Bacaan yang santai dan ringan, walaupun banyak refleksi & kritikan halus tentang bermacam macam hal yang nampak kecil tapi berlaku dalam sehari hari hidup kita, seperti isu kursus kahwin, tanggungjawab suami dan isteri, hal-hal sekufu dan yang paling buat saya terkesan sekali ialah: mesej yang mengajar saya bahawa ‘an individual is her/his own person’ - no one can own you, not even your spouse or your parents.

“She is beautiful.”‬
“Macam mama dia la,”
“Nah, she’s her own person,”


I also loved the build up suspense & the mystery that surrounded the characters, on what actually happened to Nik & Kina. Sesak nafas saya dibuatnya. Boleh kata di setiap pengakhiran bab akan ada satu demi satu revelation yang akan terungkai dengan sedikit petunjuk yang menemani, tapi saya masih tak dapat teka apa sebenarnya yang terjadi - till the big revelation.

The only issue I have with this book is how underdeveloped it was - both the story and the characters. Dan setiap kali ada sesuatu yang terjadi, hanya permukaannya saja yang disentuh. There could have been so much more depth and story to each of the characters (BUT I LOVED KINA SHE IS DAMN STRONG). Overall, it was a good read, I cried & I loved but I just wished that there were more. Rating sebenar: 3.7/5 bintang.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
May 24, 2019
Aku rasa laa, kan... Dlm byk2 novel dr Nadia Khan, NIKINA lah yg kisahnya plg krg melekat kat hati aku lepas habis baca. No, bkn aku tak suka (kalau tak suka, takdelah pulak aku bg rating 5* kan?), cuma bg aku kisah Nikina biasa2 saja. Sekadar love story. Tak mcm novel2 Nadia Khan yg lain (cthnya Gantung yg kisahnya still melekat kat hati aku, buat aku nangis & murung lepas baca).

Aku akn katakan yg kekuatan plot Nikina cuma di bhgian watak Sara diperkenalkan dan mula diceritakan. Tentang istimewanya seorg Sara berbanding manusia2 lain.

Yes, hanya tentang Sara yg menarik dlm buku ini. Selebihnya tentang cinta antara Nik dan Kina. Tp disbbkan yg tulis novel ini ialah Nadia Khan, benda yg biasa pun jd luar dr biasa. Sbbnya Nadia Khan pandai susun plot jdkan kisah Nikina sesuatu yg misteri dan buat aku tertanya2 apa yg jd sebenarnya antara Nik, Kina dan Sara.

Dan aku boleh katakan karya Nadia Khan kali ini punya happy ending (yg agak buat aku rasa mcm... err seriously happy ending? Rasa mcm tak percaya). Tp walaupun happy ending, still Nadia Khan suka tinggalkan tanda tanya kpd pembaca di bhgian ending novelnya. Nampaknya pembaca sendirilah yer kena fikir and buat kesimpulannya.

So, aku rasa result yg tertulis dlm surat itu ialah...
.
.
.
😏🤫🤭
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews326 followers
September 20, 2025
Susahnya nak habiskan Nikina. Terkena reading slump for a few times baca buku ni. Rasa macam, awkward dari awal sampai akhir naratif, bahagian mana yang awkwardnya? Susah pula aku nak point out. Senang cite, macam bukan Nadia Khan yang tulis. Hmm.

I’m not saying Nikina is not good, tapi aku rasa overhyped and overrated as compared to naskah Neddo yang lain, especially Gantung trilogy. Gaya penulisan yang sama, signature Neddo - sempoi, santai dan impactful, oh ya ada kalanya penggunaakan dialog bahasa English yang overused pada pendapat aku but gaya bahasanya still Neddo, you’ll be able to tell.

Aku rasa maybe sebab watak dalam Nikina ni tak ada 1 pun yg aku suka. Maybe. Menyebabkan terbantutnya penghayatan aku terhadap Nikina.

Dino - I am so annoyed with him. Seorang desperado yang obsessed dgn Kina, overacted and over confident all the time. Dia menggunakan masa yang sangat lama untuk sedar yang cinta dia takkan berbalas, baru dia move on. Satu kaum kerabat Kina dikacaunya, aku rasa memang wujud species ni real life. But, ada but dengan Dini, and that you have to find out yourself. (Spoiler)

Kemudian Nik, our hero dalam Nikina. Tugas dia hanyalah seorang ex yang sayangkan Kina. Tapi character development dia langsung tak ada, and Nik sebagai watak utama sangat mengelirukan aku. Sekejab nerd, sekejab playful, sekejab defensive, sekejab easy going, sekejab introvert, sekejab extrovert. Senang cerita inconsistent. Inconsistency itu yang menyebabkan aku rasa dia ni is just another average Joe around us.

I have a feeling that ramai yang akan tak setuju when I say Kina is a weak and short minded women, as oppose to kebanyakan review yang portray dia as a strong mother. But think again, how would you say that she is a strong women kalau dia tend to sorok si Sara, anak OKU dia? Sorok dari pengetahuan orang, sorok dari society and keep her as a pet at home, kononnya to protect her? No…

Dari segi plot, ia agak mendatar to be honest - antara flash back and now, flash back and now yang tak ada perkara yang penting sangat, selain menjelaskan what actually happened, when it comes to now, you might be expecting that to happen, nothing special, tak suspend and kurang menarik pada aku.

Part hujung cerita, aku tertarik dengan sejenis penyakit yang dihidap ex girl fiend Nik yang bernama Chrissy, penyakit ni ada satu kecendurangan untuk cinta atau menjalinkan hubungan cinta dengan lebih dari seorang dalam satu masa. Bukan tak setia tau, tapi kencederungan seseorang yang ada Polyamorous ni memang akan suka pada yang majmuk. A good approach untuk memperkenalkan nama scientific bagi Al*ff Az*z type of person, you know.

Senang cite, ini sebuah novel Cinta. Kalau bukan sebab Neddo, I won’t even buy this book sebab genre romance ni seriously is not my cup of tea. Afterall, it is still a good story. 3.5 / 5 stars for Nikita.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
April 18, 2019
Masa saya cakap pada kak Neddo, macam mana saya nak bahagikan rasa cinta saya pada Kelabu, Gantung, Pakar, dan sekarang Nikina?

Kak Neddo balas "Berpoligami untuk buku itu diharuskan"

Maka saya pun rasa yang sebenarnya seperti Chrissy. Saya seorang Polyamorous. Saya mampu untuk sayang 4 buku (Ya, dalam universe saya, saya mencintai 4 buah buku dan tolong jangan persoalkan tentang itu) dan kali ini NIKINA buatkan saya terus mencurangai buku-bukunya yang sebelum ini.

Sebuah naskhah romantis antara Nik dan Kina dengan plot yang menarik. Plot twist di pertengahan cerita membuatkan akal saya berperangai nakal dengan muncul sangka-sangka yang liar apabila watak Sara diperkenalkan. Imej-imej dari karya Gantung mula meluncur tapi saya tetap teruskan pembacaan sehinggalah sampai di satu babak saya menjerit "unholy shit i'm shook!"

Jalan ceritanya pantas dan saya masih belum puas mengenali watak Sara. Sara sangat special. Saya, awak, dia dan kita semua pasti juga tidak puas mengenali Sara. Saya cuma harap karya Nikina ini akan ada sekuel di masa akan datang. Insyaallah.

Buat Kak Neddo, terima kasih kak. 5 bintang dari saya.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
April 22, 2019
NIKINA. Kisah Nik dan Kina. Bercinta dari muda remaja, berkahwin dan ada satu perkara yang menyebabkan mereka berpisah. Selepas 5 tahun, mereka bertemu kembali dalam situasi yang berbeza malah mereka lebih bersedia untuk berbincang mengenai perkara itu.

Bacaan yang ringan dan menarik. Perjalanan cerita dari awal teratur sehingga ke akhir. Aku suka bila baca buku yang menggunakan konsep POV. Mudah pembacaan aku. Setiap bab diakhiri dengan perasaan ingin tahu dan menyebabkan aku terus membacanya tanpa jemu. Aku memang suka akan karya Nadia Khan yang terkenal dengan penulisan bersahaja dan plot twistnya. Plot twist terbaik 👍🏻👍🏻 Aku rasa bersalah menuduh Nik tanpa usul periksa. Hihi.

Ada beberapa life lessons daripada buku ini yang boleh diambil dan dijadikan #selfreminder. Berfikir sewajarnya sebelum buat keputusan paling penting dalam hidup. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kehidupan dan sekaligus memberi kehidupan yang lebih baik pada keluarga. Berbincang dan lafazkan apa saja yang ada dalam diri. Benda boleh bawak berbincang, buat apa nak pendam sorang-sorang 🤭 Dan akhir sekali, perancangan Allah yang paling terbaik. Kesedihan yang dialami sekarang dan pasti ada hikmah yang kita tak nampak pada ketika itu.

Walaupun aku suka sangat buku ni, hihi, aku masih merasakan yang buku ni sangat ringkas jika dibandingkan dengan buku Nadia Khan sebelum ini. Senang cerita, aku tak puas baca buku ni. Nak lebih lagi daripada Nadia Khan! 😌

Rating: 4.5 🌟
Profile Image for Elvina Zafril.
709 reviews104 followers
June 15, 2019
Sebuah novel romantik yang menambat hati. Namun sepertinya tidak puas kerana jalan ceritanya agak singkat.

Jalan cerita yang menarik mengetengahkan tentang hubungan percintaan, kekeluargaan, persahabatan dan lain-lain. Isu-isu yang diketengahkan sedikit sebanyak membuat aku sedar bahawa dalam kehidupan ni, tak semua yang kita mahukan, kita dapat. Kena terima hakikat yang hidup ini dah diaturkan. Jika inginkan sesuatu, usaha untuk dapatkannya. Dan satu hal lagi, setiap masalah yang timbul atau setiap apa yang terjadi ada sebabnya tersendiri. Ianya sama ada akan menjadikan kita kuat ataupun lemah. Semoga kita kuat dan tabah menghadapinya.

Karakter yang paling digemari ialah Kina sebab dia seorang yang sangat kuat dan tabah. I adore her.

Seperti biasa aku memang tertarik dengan hasil penulisan dari Nadia Khan, sepertinya aku faham dengan apa yang dilalui Nik dan Kina.

Plot twist yang mengejutkan dan tidak disangka. Wow! Sedih dan gembira bercampur baur.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
January 16, 2020
Sebuah novel bergenre 'slice of life' + romance yg best, dengan idea yg unik dan plot twist yg tak terjangka. Diceritakan dengan gaya penulisan yg santai. Novel ni diceritakan dari view 3 watak utama iaitu Nik, Kina, dan Dini (rakan kongsi bisnes Kina yg sukakan Kina).

Mengisahkan tentang kisah cinta Nikina (Nik dan Kina). Kisah cinta mereka ketika zaman persekolahan, kisah mereka kahwin lari selepas tamat sekolah, dan kisah perpisahan mereka atas sebab yg tidak diketahui. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu semula. Penceritaan kemudiannya diselang-selikan dengan flashback kisah ketika mereka masih bersama, juga tentang misteri seorang gadis bernama Sara.
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
June 17, 2019
Actual rating: 2.5/5 star

Nervous sebab antara salah satu yang kurang gemar novel ni. Semua dok cakap best ah, but tu la banyak pula flaws yang saya jumpa. Saya dah karang review di blog saya and ada spoiler sebab post tu adalah diskusi secara terperinci buku Nikina.

Kalau berminat, boleh layari link ni: https://jessicabooksblog.wordpress.co...

Profile Image for SA.
302 reviews32 followers
April 23, 2023
Due to my previous experience reading a Fixi book, I didn't have much expectation with Nikina.

But this? I WAS PROVEN WRONG. I was surprised that I actually loved this.

I enjoyed the fast-paced, laid-back writing (sans the excessive monologue), and not to mention the plot twists?? Just wow.

There aren't much characters involved, and I really appreciate that. Less is more, yes.

Definitely will reread this in the future.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
March 6, 2024
Pukul 1 pagi aku habiskan bacaan. Ni pertama kali aku baca karya Nadia Khan. Buku ni nipis dan fast pace. Aku memang tak ada expectation langsung pasal buku ni.

Wow! 🤯 Perjalanan plot dan plot twist dalam cerita ni buatkan aku tergamam bila baca cerita Nik dan Kina ni. Pandai penulis susun baris ayat dan flashback cerita ni. Aku jadi attached dengan character Nik dan Kina lagi-lagi watak Dini. Sebab aku pun sama curious dengan Dini nak tahu siapa Nik dan Kina yang sebenarnya dan apa yang jadi kepada hubungan Nik dan Kina ni.

Suka dengan cerita ni sebab lain daripada yang lain. Bukan cerita yang klishe dan idea cerita ni sangat unik. Tak boleh explain betapa unik cerita ni takut terbagi spoiler pulak.😀

Minus satu bintang sebab bagi aku ending boleh dikatakan sebagai open ending. Walaupun ada yang cakap novel nikina ni happy ending.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
May 2, 2019
Buku PBAKL pertama yang habis. selain dari nipis, baca dulu sebab buku Neddo koott.
dan dah lama sangat tak baca buku terbitan Fixi.

seperti selalu, aku akan selalu jatuh cinta dengan olahan neddo. fresh dan best. walaupun plot awal seperti kisah cinta cliche yang lain, tapi macam biasa buku neddo ada plot twist dan aku dah bersedia untuk itu. hahhaa. (so tak kena tipu sangatlah dan macam boleh teka sikit2). overall, aku suka segalanya tentang novel ni cuma klimaks dia macam cepat nak habis aje dan ending dia still buat orang tertanya-tanya. (walaupun agak kuciwa sedikit dgan nik.)

1 masalah lagi, aku lebih sukakan watak diniii (2nd lead dalam cerita ni) berbanding nik. dan tak dilupa penasihat cinta dia si sup bunjut tu.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
May 10, 2019
NIKINA
PENULIS: Nadia Khan
Perunding: Shaz Johar & Hani Suraya
REVIU TANPA SPOILER

Sebagai pembaca berusia, Nikina mahu saya anggap sebagai karya sastera fiksyen cinta URBAN yang sangat memikat dan menangkap. Bolak balik bermula dengan prolog dan plot tersusun rapi dan tidak menjengkelkan. Nadia Khan setelah terlibat menulis beberapa lakon layar semakin hemat cermat ketika melontarkan dialog yang mewakili 3 watak utama yang jadi tunggak penceritaan Nikina tentang 2 jiwa yang yakin, saling bergantung, muda (dianggap mentah) yang berani demi menampung ruang semasa yang lohong serta kemahuan peribadi.

Suasana urban dari gen X sehingga milleneals dipilih dengan santai bersahaja tanpa berlebih lebih. Penulis bijak mencuri peluang untuk bersinis tentang suasana sekeliling masyarakat, melakar suasana ekonomi yang kontra sambil sambil dibungakan naskah dengan gerak rumah penerbitan. Memilih watak Dini untuk jadi jambatan demi bercerita sangatlah dipuji (kerana ia memberi peluang naskah ini untuk tidak melibatkan bab bab klise ulangan – POV1). Sekali lagi penulis sudah menghidangkan teknik susunan novel yang istimewa yang lari dari novel cinta konvensyenal).
Dialog dalam Bahasa Inggeris yang tepat sedap (bukan untuk tampil mengada ngada), disulam dengan dua tiga bahasa jalanan (sesuai zaman) yang muncul sekali sekali, menjadikan Nikina berbunyi realistik. Ketika membaca naskah ini saya tidak pasti samada peminat novel cinta Melayu yang tipikal akan suka atau tidak. Taraf halal untuk hal hal dewasa juga ingin dipuji – dilakukan secara lewa tanpa mencuba berat, begitu juga hubungan intim yang digambarkan menggunakan frasa bijak tanpa memualkan pembaca langsung. (bercitarasa).

Suspen cinta, konflik dalam perhubungan digarap dengan baik dari bab ke bab tanpa mampu dijangka oleh pembaca. (sangka jahat dan sangka baik akan bergulir di sisi pembaca)

Nikina bukan kisah cinta ringan seronok seronok. Paling tidak naskah ini menuntut pembaca muda sepanjang pembacaan berfikir dan menghakim dalam diam , kembali menilai kenapa gerak Nik begini, kenapa tingkah Kina begitu. Penulis berjaya mencantumkan cebisan cebisan Nikkina melalui watak watak pembantu, kata hati watak yang sengaja dicondongkan juga mampu menimbulkan mood bacaan yang menarik.

Maaf saya tidak mahu menyertakan sebarang dialog menarik atau sinopsis cuplikan naskah ini, kerana ia harus dialami oleh pembaca sendiri.

Secara peribadi sastera cinta moden ini saya simpulkan menarik, cermat plot, tidak ada bab lohong serta digarap dengan penuh hati hati.

Syabas!
A MUST READ.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
October 13, 2019
Annoyed. Tu feeling yang aku rasa lepas habis baca. Like annoyingnya!!

Okay let me explain. Beware, my review has a bit spoiler in it. Here goes...

Antara kenapa aku suka buku ni
1. Transisi antara 3 watak yang boleh tahan smooth. Between flashback pun, boleh faham jalan cerita. Sebab kalau kau nak main tukar POV ni, eloknya kau jangan letak banyak watak dan make each characteristic clear. Kita dapat 4: Nik, Kina, Dini, Huda. Walaupun sebenarnya 3 pov sebab xde dari Huda, tapi Huda agak penting.

2. Plot membongkar misteri ada stages. Waktu mula petik nama Sara, readers akan terbayang musician Sarah tu yg diorg nak threesome tu tapi tak. Which is good tapi Sara is....something else.

Everything about Sarah is not medically right. Look I'm not a doctor but I am a reader. I can search in website dan Sarah tak sepatutnya begitu. She should be big headed, Benjamin Button-like (masa dia baby) which is kedut2 dan bukan like woah comel. Ala bila dah satu sisi tak berapa nak betul ni mula la aku jadi annoyed skit.. Dan rasa annoying tu makin bertambah bila Sarah kena tegur comel la, datang period la.. Shes not supposed to live beyond 13 eh... Takpela emosi pulak cerita je kan?

I expect a well establish writer macam Nadia Khan would do a better job researching something like this yang aku 2 minit je boleh tengok kat webMD.

Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 2, 2020
Pace cerita bagi aku sgt laju, sbb aku berjaya habiskan cerita ni in one seating je. Sedar2 dah pukul 2 pagi.

Seperti tajuknya, mmg cerita ni berkisar pada Nik & Kina. Sbb tu kot rasa pace cerita ni laju. Plot twist mmg 🤯🤯🤯👍👍 Kina is really a strong woman.

Pemikiran Nik & Kina matang sgt tak mcm org habis SPM, rase mcm dh umur 20+ gitu. The way their thinking is heavily influenced by the life with their parents. Beza tapi serupa? Jauh beza betul aku dgn Kina ni. Aku lps SPM still tak boleh nak decide sendiri nak amik matrik or asasi😅😂
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
May 31, 2025
Enjoy jer baca dan malas nak komen pasal bahasa dah memang itu gayanya. Cerita anak muda umur 18 tahun nak kahwin sebab rasa terabai dengan mak ayah. Hmmmm..macam mak ayah Nik itu saya faham jer anok ramai, ayah pula sibuk bekerja. Entahlah cerita ni macam nak blame mak ayah pun ada juga, tak ada nak buat pembaca faham..keadaan ekonomi, masalah kenaikan gaji yadayadayada dan yelah orang miskin jangan beranak ramai. Boleh tak fikir kenapa orang miskin, asyik beranak? Yang kelakar, dia setahun kahwin pun dah beranak sebab "tak tahan" tak nak pakai kondom. Sorry lah yer saya terus terang aje. Lepastu paling jijik letak nama anak "Sara" dari perempuan yg buat dia & bini turn on.

Apa benda yang romantik pun saya tak tau. Ceritanya mmg ada mengundang erti-erti positif tapi dengan alasan janji baik macam Nik, janji strong macam Kina..like really? In this reality? In this world? Takpe umur 18 tahun nak kahwin kat Siam janji bersatu hidup teguh, we against the world..ughhh.

Junk story beginilah, memang sedap dibaca, memang enjoy, memang hit the dopamine lepas baca..tapi lepastu apa khasiat dapat? Makan junk food ada khasiat ke idok? Gitulah...
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
August 8, 2023
Laju gila baca buku ni. Start 4.30 petang (tak tipu), 7.23 malam settle (tak tipu juga)

"Dia lipatnya aku kang, naya gak"
"Sedap gila, kurang ajar betul. Dia letak ganja ke apa?"

HAHAHSHQHA adoi lawak la

Lepas satu, satu plot twist dia bagi. WEH SABAQ SAT TAKDAN NAK LIGAN NI

Part perkenalkan Sara tu, ya tuhan saya dah fikir macam macam. NASIB BAIK BUKAN ya. Nasib baik

"It’s our lives to live, our mistakes to make, our mess to fix.”
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
November 2, 2019
Kisah Nik dan Kina; percintaan dari zaman sekolah menengah membuatkan kedua-duanya nekad dengan keputusan untuk menyatukan hubungan mereka dalam satu ikatan perkahwinan dalam usia yang muda usai tamat pengajian sekolah menengah -- sekaligus menjadikan mereka seorang dewasa yang memilih untuk keluar daripada kehidupan keluarga masing-masing -- dan memulai kehidupan keluarga mereka sendiri, yang Nik dan Kina berjanji tak akan pernah serupa dengan bagaimana kehidupan keluarga mereka. Tapi siapa saja yang dapat menjangka apa yang menanti di masa hadapan, yang pada akhirnya membawa kepada 'terpisahnya' Nik dan Kina -- atau lebih tepat memilih dan merelakan sebuah perpisahan.

Hubungan Nik dan Kina ialah satu keadaan dimana usia bukanlah satu asas untuk menetapkan sesuatu tindakan dapat dibuat atau tidak; suatu contoh yang mana usia bukan kayu ukur kematangan seseorang dalam mengambil dan menjalankan tanggungjawab. Mungkin perbuatan kahwin lari ialah satu stigma dalam masyarakat (dan pada saya tiada satu sebab yang kukuh secara realitinya akan mampu untuk justifikiasi tindakan ni) bila mana ia membelakangkan keluarga -- tapi dalam kes Nik dan Kina, bila tiada siapa (keluarga) yang pernah kisah akan kehidupan mereka yang kini, maka adalah untuk mereka sendiri yang mengambil tindakan menentukan kehidupan mereka untuk masa yang nanti. Kerana jelas pada Nik dan Kina, risiko dan masalah yang mereka telah bersedia untuk tanggung sendiri.

Aspek institusi kekeluargaan yang ditunjukkan dalam hubungan Nik dan Kina dengan keluarga masing-masing adalah satu keadaan yang menunjukkan bahkan air yang dicincang tidak akan putus itu andai dibiar beku akan dapat sahaja dihancur-kecaikan.
______

Pengalaman saya membaca buku-buku Nadia Khan, satu benda yang saya dapati ialah bagaimana mudahnya perasaan saya diganggu dengan kisah yang ditulis; dan Nikina turut memberikan rasa yang serupa -- dari awal sehingga ke akhirnya -- I had my emotion on rollercoster that's somehow only going up and never down.

Dengan Nikina; Nadia Khan buat saya tak senang duduk dengan my own speculations and questions; every twist and turn -- nothing that I could really have expected.

Watak-watak Nik dan Kina, (for me) show high emotional maturity and I love them frigging so much, how they dare to take action and responsibility on their lives. They aren't just lover but they are definitely soulmates; they are NIKINA.

Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 2, 2019
Walaupun penulis dah nyatakan ni kisah romantik tapi tak sama dengan yang saya jangka. Nak kata kecewa tak. Puas pun tidak.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
December 12, 2022
Setelah sekian lama mereka tak bertemu, akhirnya selepas beberapa tahun mereka bertentang mata. Pertemuan semula antara Nik dan Kina telah menimbulkan satu perasaan yang sudah tenggelam lama.

Masing-masing menyimpan rasa tentang kejadian itu tapi tak mampu bersuara. Nik dengan perasaan tertanya dan Kina dengan serba salahnya.

Apa kejadian yang telah pisahkan dua hati ini? Apa sebabnya? Apa rahsia yang disembunyikan oleh mereka? Hadirnya Dini sebagai majikan Kina dalam masa yang sama perasaan suka itu timbul makin merumitkan keadaan.

Salah faham yang semakin timbul fitnah, mampukah rahsia yang disimpan lama itu terlerai jua?

📚

“𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘥𝘰𝘯’𝘵? 𝘞𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘧 𝘐 𝘥𝘰𝘯’𝘵? 𝘔𝘢𝘤𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬? 𝘞𝘩𝘢𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘯?”

”𝘒𝘪𝘯𝘢, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘬𝘴𝘢 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬. 𝘋𝘰𝘯’𝘵 𝘸𝘰𝘳𝘳𝘺. 𝘞𝘦’𝘭𝘭 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘧𝘪𝘨𝘶𝘳𝘦 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘶𝘵, 𝘰𝘬𝘢𝘺?”

“𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘯𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩, 𝘕𝘪𝘬.”

“𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩, 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘶𝘴, 𝘪𝘵’𝘴 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘦𝘵𝘵𝘦𝘳. 𝘐 𝘱𝘳𝘰𝘮𝘪𝘴𝘦.”

📚

Dah sekian lama zu tak baca buku fixi, and yes akhirnya. So zu pilih Nikina untuk baca sebab blurpnya menarik. Tapi unik betul eh jalan cerita ni. Dekat blurp tu dalam storyline tak ada pun 🤣 tapi yang dah baca mesti boleh tahu apa kaitannya.

Zu tak buat research pasal ni tapi curious about this main plot of from this book. Is it real? Kes macam ni pernah terjadi ke? Waktu zu dapat tahu tu, memang terkejut nohhh 😨 patutlah ada yang salah faham pasal kejadian tu.

But overall best ya buku ni. Nik sangat lah soft spoken 🥹🥹 saya suka saya sukaaaa. Except for the part where Nik dekat luar negara and dia pernah erm… yang tu zu macam 🏃‍♀️ haa kenapa? you guys kena baca 🤣

Makin tertarik pula nak baca buku fixi lagi lepasni
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
June 23, 2020
Hubungan Nik dan Kina memang sweet. Mereka lebih matang berbanding usia. Saya enjoy journey mereka. Tak pasti kalau kekurangan babak bersama Sara adalah disengajakan atau tak. Kalau watak ini dikembangkan & banyak masa bersama pembaca, pasti endingnya lebih umph.

Saya rasa ramai yang meletakkan harapan tinggi pada naskah ini. Menjadikan GANTUNG dan KELABU sebagai benchmark mungkin akan buat anda kecewa. Tetapi kalau anda peminat Nadia Khan, novel ini masih perlu dimiliki dan dibaca.

Ada satu babak bersama yang buat saya impress. Bukan sebab meragui kebolehan penulis (pernah menang Hadiah Sastera Utusan) menggambarkannya tanpa keterlaluan, tapi sebab pernah jumpa adegan lebih explicit dari naskah yang lebih Islamik. Kudos buat penulis & FIXI.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
November 20, 2020
Itu buku Nadia Khan. Memang kena beli lah. Wajib.

Dan ada dua timeline ya. Aku ingatkan cerita mengenai “meninggalkan dan ditinggalkan” rupanya bukan. Ingatkan cerita mengenai ada orang ketiga dalam perhubungan mereka rupanya bukan. Teringat film lakonan Brat Pitt lah. Plot twist demi plot twist. Rasanya karya ini, penulis tak menekan emosi sangat. Dia just bagitahu saja tapi tak gambarkan macam mana. Tak macam buku-buku sebelum ini. Mungkin ada yang berubah. Dan kenapa nipis sangat ini.


I ❤️ you, Nadia Khan. Memang penulisan dan jalan cerita dia turn pager lah. Aku baca lambat-lambat sebab Nadia Khan. 😂
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
April 4, 2019
"...kita rasa yang kita rapat dengan diorang, tapi kita tak ada dalam hidup diorang bila diorang betul-betul tempuh hidup sama-sama." Orang lain tak akan tahu kesusahan masalah yang kita hadapi. Asal kita bahagia ❤❤❤
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
April 23, 2020
Pertama kali baca buku genre romance dari Fixi & pertama kali baca buku dari Nadia Khan (lambatnya aku).

Patutlah orang gilakan buku dari Neddo. She's amazing.
Nik amazing, Kina amazing, Dini amazing, Sara...Magical.

Semua watak utama dalam buku ni menyenangkan hati.

Nik dan Kina dengan kisah tersendiri...Sara dalam hidup mereka. Hehehe my otak kuning ingat Sara tu.....ehem...kekeke.

Dini deserves happy ending too. He's a nice friend. And kelakar...

Nik dan Kina...banyak buat aku terfikir pasal hubungan sendiri. Cinta monyet memang mampu berevolusi jadi cinta manusia...bila dua orang itu bukan couple biasa, tapi soulmate. 🥰

Happylah baca buku ni!
Profile Image for Dibah✨.
13 reviews1 follower
February 1, 2023
Bila dah start baca confirm payah nak berhenti😂 if stop baca, banyak sangat persoalan yang tak terjawab. Aku dapat bayangkan if ada drama or movie adaptasi dari novel ni. Confirm gempak !

Jalan cerita yang smooth. Meninggalkan byk tanda tanya apa yang berlaku pada Nik dan Kina ni. Tak tau mcm mna nk describe lagi. Totally best 💯
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
November 15, 2020
Rating - 3/5

Tbh, I love Nadia Khan’s works. Antara buku2 beliau yang pernah saya baca; Kelabu, Pakar, Gantung & Gantung 2. Cumanya... erm ada beberapa perkara yang tak berapa saya gemar dengan buku ni.

1. Saya perasan penulis sangat gemar menggunakan monolog dalaman dalam penulisannya. Terutama dalam buku Kelabu & buku Nikina ni. Cuma saya rasa kadang2 ianya terlampau kerap & membuatkan rasa agak menjengkelkan. Plus it’s confusing, sometimes monolog dalaman tu dalam bracket, sometimes in italic word. Sometimes, dua2 sekali pon ada, aaaaarghh 😅😅 but anyway kalau dah itu cara penulisan penulis, tak apa la. Maybe saya je yang tak berapa minat.

2. Bagi saya watak2 dan jalan cerita Nikina ni sangatlah tidak berkembang. Pusing2 semua watak tu berjumpa tempat sama je, sama ada di cafe, office, rumah, hotel. Pusing2 la ke mana pon, watak2 dalam cerita ni semua berjumpa kat tempat2 tu je la 😭 orang tu pergi berjumpa org ni, org ni pergi berjumpa org tu. Saya faham, penulis lebih nak fokuskan cerita pasal apa yang terjadi pada masa silam Nik & Kina, cumanya cerita masa sekarang tu agak terabai & tak berkembang. Sama juga dengan watak2 yang ada. Ada beberapa watak yang boleh kata entah mana2 muncul entah mana2 hilang macam tu je, just cukup syarat utk ada dalam cerita & connect kan cerita2 tentang Nik & Kina. Contohnya, Bun, pakcik Kina (Alang), Kak Normah, Chrissy, parents Nik & Kina. Bagi saya mereka2 tu cuma watak cukup syarat untuk ada je. Dan last2 terabai dan terbiar macam tu je la 😭

3. Konflik2 dalam cerita ni yang bagi saya tersangat cepat muncul & tersangat cepat juga la settle. Rasa macam eh dah settle dah konflik tu? Oh la senangnya.. Atau maybe saya boleh katakan, konflik2 yang ada tak diceritakan secara detail & tak sempat pon nak rasa saspens & thrill ketika membaca.

But apa2 pon, saya yakin kalau Nadia Khan masih keluarkan buku2 baru di masa akan datang, saya tetap akan menjadi salah seorang pembaca buku Nadia Khan. All the best & semoga dipermudahkan urusan penulis & team untuk menghasilkan Gantung The Movie. 😊
Profile Image for Lila.
43 reviews14 followers
May 30, 2021
Best!!!

Nadia Khan dan surprise dalam setiap karyanya memang sentiasa dinantikan. Tersentuh bila tahu kisah hidup ‘sebenar’ Nik, Kina dan Sara. Kategori tak boleh letak. Habis baca dalam 1 malam. Recommended
Displaying 1 - 30 of 194 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.