Umurnya hampir mencecah 30 tahun tetapi Maya, seorang gadis perasa, masih belum tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya. Untuk mencari dirinya, dia menerima tawaran kerja sebagai seorang pelayan di atas sebuah kapal persiaran. Di sana dia bertemu dengan Kanompang si dada melon, Oleksii dengan totem bersaiz Eropah, dan Maroje, kekasih pertamanya yang mungkin adalah putera raja dari Croatia. Namun pengembaraan Maya tidak berakhir di tengah lautan. Dia berangkat ke London dan bekerja sebagai seseorang yang kalian tidak pernah bayangkan sebelumnya!
Nuril is an Indonesian writer. He writes tragicomedy in form of autofiction, bildungsroman, and offbeat stories. His characters range from being very lonely, to queer and subtly eccentric. His works have been translated into English, French, and Malay.
Nuril was awarded a grant by the National Book Committee of Indonesia to complete a residency in the U.K. in 2017, then received a grant from Robert Bosch Foundation and The Literarisches Colloquium Berlin to conduct research for a novel in Germany. He is also the scholarship recipient to the AIR Litteratur program held by the Vastra Gotaland region to write his novel in Sweden in 2022
Aku suka sekali dengan buku ini! Ia santai dan penuh humor, aku terhibur. Aku suka dan benci dengan watak Maya-- dia banyak menguji kesabaran aku. Suka sekali gaya penceritaan penulis dan tutur plot yang bersahaja, penuh tarikan dan lucu.
Maya si gadis 30an yang sedang 'mengasihani' diri. Mahu jelajah dunia kerana habis kesal dengan aturan hidup, bekerja sebagai pelayan di sebuah kapal persiaran dan susur kehidupan barunya bermula. Pelbagai cabaran-- dibenci, dimarahi, menemui cinta dan kembali single. London, pub dan sauna gay, bertemu malang dan orang-orang baru. Kagumnya aku dengan si ibu yang dalam risau masih mengerti kemahuan di anak. Ia merangkum segala emosi dan celaka tanpa ampun. "Aku kuat seperti Xena," kata Maya-- tapi dia juga yang terperuk di tepi sudut menangis semahunya.
Ini tentang mencari diri-- kepuasan, pencapaian dan impian (atau sebenarnya lari dari realiti?). Ia tentang pengalaman dan dongeng-dongeng, that one time in my life that I will fucking remember. Naratif yang sangat bagus, setiap babaknya membawa aku ke satu fragmen pengajaran kehidupan, dialog-dialognya tidak janggal, malah perangai-perangai karakternya diekspresikan dengan bagus.
Sehingga akhirnya walau sedikit lelah dengan nasib, Maya masih bagi aku that one excitement feeling-- dip in your toe, semuanya harus dimulakan dengan langkah pertama! Aku baca buku ini in one sitting dan ia rasmi buku kegemaran aku daripada Nuril Basri setakat ini.
Penulis: Nuril Basri Terjemahan: Julie Ann Terbitan: Fixi 2019 -------------------------------------
Sekiranya dalam ENAK kamu dijamu dengan gelagat si gendut manja Ratu. Kali ini lebih parah, novel RASA memperkenalkan pula pembaca pada si polos kurus kering bernama Maya.
Rasa antara 9 novel baharu yang diperkenalkan oleh Fixi Malaysia sempena PABKL 2019. Naskah dibaca sebaik sahaja menanti ETS mahu pulang ke utara tanah air hingga sampai. Tidak mampu diletakkan setelah mula membaca. Sesekali tertawa sendirian pada jenaka kering sang penulis yang sangat bersahaja melalui frasa frasa pilihan dan situasi yang tercipta dalam perjalanan si Maya mempersembahkan dirinya pada dunia baharu. Banyak bahagian yang akan membuatkan kamu tidak kering gusi.
Maya si polos kurus kering ditampilkan sebagai protoganis yang tidak berdaya dalam banyak aspek namun punya pertimbangan di kelilingi oleh manusia manusia yang aduhai. Berpura pura bagaikan gadis metropolitan yang tampak sibuk, lincah, bijak dan merasa cantik di Bandara mengetik laptop sedangkan hanya membaca naskah panas di wattpad. Pembaca dibawa menjelajahi rasa hati Maya dalam POV1 makanya terdengarlah rungutan rungutan kecil yang serius bernada lucu.
Sisipan peranti peranti moden bagai mewakili zaman digunakan sebagai jambatan cerita. SMS, Whatsapp, Facebook, Skype digambarkan dengan baik dan lucu. Begitu juga bentuk hubungan dan tanggungjawab Maya terhadap keluarganya yang tidak dipamirkan secara sedih serius, tetapi mampu membuat pembaca membentuk pemikiran terhadap harapan dan hati kecil dalam jiwa manusia bernama Maya.
Titik asas yang dipilih adalah melalui karier yang bermula sebagai awak awak kapal air dan permasalahan menangani kerja melayan tetamu kapal, tercari kekasih kerana usia dirasakan sudah lewat. Identiti diri yang goyah disentuh dengan begitu santai sekali oleh si penulis. Pembaca akan tertawa dalam setiap bab dengan sifat watak watak yang dipilih. Bermula dengan penyelia Utpal dan Kanompang si jelita dari Thailand sebagai titik bagi mempercerahkan sifat Maya dan rupa paras.
Sesekali penulis membawa pembaca melawat negeri negeri yang disinggah oleh kapal pelancongan.
Selain dari membawa pembaca pada dunia kuliner dan sistem urusan kerja dalam kapal pelancong, penulis kali ini lebih berani menjelajah daerah nakal yakni deria seksualiti si 30an yang sepi, hampir putus asa pada harapan dan petemanan. Bagaimana Maya terasa perlunya pengalaman seks, dildo unggu bagaikan ular milik Linda-Nor, debar melihat penis benar dan keberanian pemeran utama untuk menjelajahi London. Maya tidak boleh kalah dalam kegalauan tersebut walaupun… Sudah tentu pembaca akan didengarkan keluhan dalaman watak terhadap kecurangan, survival, nasib, ketakutan dan daya menemukan diri.
Cerita penuh dibahagikan kepada 5 tajuk tajuk kecil yakni Kapal, Rumah, London, flat dan Kuburan. Naskah 346 mukasurat ini sedang rancak dijual sempena pesta PABKL 2019 yang berlangsung di PWTC.
Penulis bijak melakarkan situasi debar/tegang/pilu/desah hati dalam skala sederhana. Sesekali hanya dalam sebarisan ayat sahaja bagi menggambarkan perasaan watak utama Maya.
- Trumpet Turki - Babak pura pura jadi warga Thailand - KFC yang mengundang lucu. Syurga. Peha ayam paling enak!
Sesekali diwujudkan rasa pilu yang keliru lucu: dua tiga kali mahu menghantar pesanan pada ibu dan tidak jadi. Sebagai pembaca saya fikir inilah gambaran yang kita mahukan, meski ringkas kita belajar membayangkan.
Rasa mempamirkan kematangan dan keberanian Nuril Basri setelah melalui sendiri residensi penulisan yang pelbagai di eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gerapan karyanya sejak Dosa, Romantis, Sunyi dan Enak anehnya bermula di Malaysia sehingga beliau fasih benar pada proses bolak balik terjemahan, memastikan intipati cerita tidak hilang dan mampu dinikmati. Pemikat sebenar karyanya adalah sifat yang tidak narsisitik apabila merangka galur watak utama ketika berhubung dengan kisah, nasib, cabaran, harapan dan sedikit khayalan yang berpada. Itu sebenarnya kekuatan si penulis Nuril Basri.
RASA tidak akan mengecewakan para pembaca dan seperti biasa 4.5 bintang dihulurkan pada naskah ini. Mana lagi baki 0.5? Anggaplah itu sebagai rasa cemburu yang diam diam tersemat dalam hati saya sebagai pembaca naskah yang hampir sempurna ini.
Tidak ada unsur unsur syok sendiri dalam novel ini! A MUST READ. A MUST BUY.
Satu lagi buku yang berjaya aku habiskan kurang dari tempoh 24 jam. Nuril Basri merupakan satu-satunya penulis Indonesia kegemaran aku setakat ini, dan karya-karyanya wajib aku beli. Dan seperti biasa, karya terbaru Nuril yang bertajuk RASA ini juga layak aku hadiahkan 5 bintang. Sebenarnya, aku sangkakan RASA ini tak mungkin akan dapat 5 bintang daripada aku memandangkan 3 karyanya sebelum ini (DOSA, ENAK, SUNYI) kesemuanya dapat 5 bintang penuh daripada aku.
Gila, entah apa jampi Nuril pakai sampaikan semua buku-bukunya jadi favourite aku.
Tapi di sini, aku tetap mahu buat sedikit perbandingan. Antara DOSA , ENAK , SUNYI dan RASA , mungkin RASA kedudukannya terbawah berbanding yang tiga itu. Sebenarnya memang nyaris-nyaris saja aku mahu bagi 4*, namun yang menjadi penyelamat cerita ini watak Jonathan dan Maroje itu sendiri.
Aku kurang suka dengan permulaan buku ini. Aku rasa segan dengan beberapa babak mengandungi unsur kedewasaan (untuk itu, aku menyumpah watak Maya di dalam hati kerana berkemahuan yang bukan-bukan). Tapi jalan ceritanya jadi semakin menarik sejak watak Maroje dan Jonathan diperkenalkan.
Aku rasa aku pernah menyebut perkara ini di review yang lepas, tapi tetap aku mahu sebut sekali lagi ;
Yang bahawa Nuril Basri ini ada satu kuasa yang mampu membuatkan aku jadi jatuh cinta pada watak-watak rekaannya.
Untuk RASA, aku suka watak Jonathan dan Maroje. Tapi aku agak kecewa, kenapa akhirnya Maroje jadi sekejam itu? Sedikit sebanyak aku jadi salahkan Maya, hahahaha.
Aku tak benci watak Maya, tapi kadang-kadang dia terlalu naif dan kurang bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Tapi dia punya keberanian dan semangat itu yang buat aku kagum dan tabik dengannya. Dia mempunyai semangat untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya, dan dia berani mencuba sesuatu yang baru termasuklah sesuatu yang benar-benar gila untuk seorang perempuan sepertinya. Itu yang buat aku kagum.
Dan akhir sekali, aku menyukai watak Jonathan. Dia baik sekali sudi membantu Maya dan ada pada waktu-waktu Maya memerlukan. Namun, kerana dirinya yang tidak lagi mempercayai cinta dan mempunyai hubungan dengan ramai orang di mana-mana sahaja membuatkan Maya tidak menaruh hati terlalu dalam terhadap Jonathan walhal perasaan suka itu sememangnya wujud antara mereka.
Walaupun akhirnya Jonathan membuat pengakuan;
"Aku perlu jujur, aku sangat menyukaimu."
Malangnya, setelah bermacam-macam dugaan yang menimpa Maya dan memberi pengajaran kepada Maya, membuatkan Maya tidak lagi yakin dengan pengakuan itu. Atau mungkin benar juga kata-kata Maya;
"You like me because I'm the one who is here. Available. Near to you."
"Dan walaupun benar kamu menyukaiku, aku bukan seseorang yang penting untukmu."
Sebaik sahaja tamat membaca buku ini, perasaan saya bercampur baur sedih dan kosong di dalam jiwa. Timbul rasa hampa dan semahu-mahunya menangisi kehilangan semua peluang baik yang pernah hadir tanpa disedari. Sekuat mana teriakan pada lautan, belum tentu menghilangkan kekesalan yang ada dalam diri bahawa semua peluang terbaik yang pernah datang telah dibiarkan berlalu pergi.
Bersesuaian dengan judul buku ini, RASA – karya Nuril Basri yang telah diterbitkan pada tahun 2019 oleh penerbit BUKU FIXI sarat dengan pelbagai rasa perasaan. Penyusunan jalan ceritanya yang sangat menarik berlatarbelakangkan sebuah pengembaraan seorang wanita yang tercari-cari matlamat kehidupan, pengisian perasaan dan rasa kebahagiaan. Kerana bosan dan tidak mencapai kepuasan diri terhadap kehidupan asalnya dan; kerana desakan usia, beliau nekad mencari haluan hidup yang baharu. Bermula dengan kembaranya di lautan sehingga terbawa haluannya ke Kota London, hidupnya penuh dengan dugaan yang menghimpit perasaan. Tidak kurang juga keseronokkan yang dialaminya bersama orang asing ketika dia sedang mengembara.
Pada pendapat saya, buku ini mudah dibaca, santai dan menghiburkan. Penuh dengan rencah-rencah kehidupan. Penggunaan bahasanya mudah dan jalan ceritanya lancar. Apa yang menarik perhatian saya untuk penceritaannya kali ini, kisah ini banyak menggunakan elemen emosi dan perasaan. Jujur saya akui, saya turut didera perasaan ketika membacanya. Kembali kepada penakrifan tajuk buku – RASA.
Membaca fiksyen adalah cara termudah untuk berkenalan dengan ramai manusia dan menyelami kehidupan mereka.
Watak protagonis, Maya dalam ‘Rasa’ membawa saya ‘merasa’ ke pelbagai emosi. Semestinya ada satu tahap dalam hidup, kita merasakan seperti mana yang Maya alami – mahu melarikan diri. Jadi, Maya keluar dari Jakarta, bekerja di sebuah kapal dan kemudian seorang diri ke London dengan pengalaman lebih mencabar.
Seperti novel-novel Nuril yang lain, watak utamanya digambarkan sebagai seorang yang punya kehidupan penuh tragik. Begitu juga dengan Maya. Ada beberapa perkara lucu yang berlaku kepada Maya... dan Maya sendiri sebenarnya seorang yang lucu walaupun dia mungkin tak menyedarinya. Begitulah kehidupan... penuh tragik dan komedi.
Sepanjang membaca ‘Rasa’, saya merasakan sangat rapat dengan Maya. Maya wanita yang kuat dan terpaksa berpura-pura kuat demi kelangsungan hidup. Dia mungkin merasakan dirinya ‘loser’ tetapi dia tak pernah mengalah.
Membaca novel-novel Nuril Basri, menjadikan saya tidak rasa keseorangan. Watak-wataknya memberitahu kita, walau apa pun yang berlaku, semuanya pasti akan baik-baik sahaja. Lagipun, dunia memang medan perjuangan – emosi, fizikal, rohani. Terima dan hadapilah.
Kalaulah watak Maya ini benar-benar wujud, saya mahu memeluknya kuat-kuat dan bisik kepadanya; “Mungkin ada beberapa perkara yang aku tak setuju dengan kau, tapi terima kasih banyak-banyak.”
‘The heart breaks so they may grow larger. And you never truly know who you are until your heart has been broken. Heart, is meant to be broken anyway’. ~ Rasa (Nuril Basri).
Ini karya dari penulis indonesia, yang menarik perhatian penulis kegemaran aku, iaitu Regina Ibrahim. Bila Regina kata karya ini hampir sempurna, 4.5 bintang diberi, 0.5 dicuri kerana rasa iri pada kesempurnaan karya ini. Buatkan aku tak fikir panjang untuk mula membacanya.
Watak utama, Maya gadis jakarta yang tak pernah ada kekasih, berbadan kurus, dan hidup sederhana. Tapi dalam buku ni, digambarkan turun naik hidup Maya, bersama rakan sekerja dari serata dunia, ketika sama sama berkerja di dalam kapal cruise kelas sederhana. Maya mula kenal ramai orang termasuk pelancong, kesempatan melancong disaat kapal berlayar sekitar negara Eropah.
Kemudian kisah Maya di London yang lebih susah dari dinegara asalnya. Maya malu sama orang serumpunnya yang bergaya mewah di London, sedangkan dia cuma tukang bersih yang bercatu makan pakai demi kelansungan hidup.
Diceritakan beberapa kenalan lelaki yang mewarnai hidup Maya, dari yang baik hingga yang jelek. Kisah pekerjaan Maya yang pelbagai demi kelansungan duit poket. Sampai satu saat Maya yang agak dramatik orangnya, berputus asa dengan hidupnya sendiri.
Karya ini agak open penulisannya, mungkin kau akan malu sendiri, tergeleng kepala kalau kau terbayangkan situasinya, tercuit hati, jatuh kasihan pada nasib Maya, terluah kata gila laaa buku ni punya detail dia tulis, pesan aku, baca saja dan move on. Memang kalau kenal gaya penulisan Nuril Basri, dia memang santai menulis tentang emosi, nasib dan keluh kesah, dan dialog yang ringkas tapi padu.
Bagi aku, 4.5 🌟 untuk karya ini sebab aku tak boleh go dengan endingnya. Tapi aku sukakan cara penulis menulis emosi Maya dalam karya ini.
Sesuai dengan tajuknya, macam macam rasa kalian akan dapat dalam cerita ni. Rasa rendah diri, rasa kena tipu, rasa asyiknya bercinta, rasa penat. You got all the flavor like in Baskin Robbins!
5 bintang diberikan. Worth every ringgit, time and energy you spend for this book.
Beberapa tahun lalu, aku pernah membaca “Halo, Aku dalam Novel” milik Nuril Basri. Jadi melihat nama penulis di buku diskonan seharga Dahlia Teh Keraton yang versi plastik gantung, tentu saja kutertarik. Rasa bercerita tentang Maya, gadis 29 tahun yang tidak ingin merayakan ulang tahunnya ke-30 di rumah dengan biasa-biasa saja. Maya juga merasa hilang arah dan kehilangan diri (?), hingga secara impulsif memutuskan untuk jadi pelayan di kapal pesiar. Tentu saja pekerjaan itu tidak benar-benar menyenangkan, karena kita akan ‘mendengar’ segala keluhan dan gerutu Maya di sini. Selepas bekerja di kapal pesiar, Maya pun kembali impulsif terbang ke London, ditipu, dan menjalani hidup yang… tidak biasa. Menarik membaca jungkir balik dunia Maya di sini. Aku tak tahu mengapa diberi judul Rasa, tetapi novel ini memang memberikan rasa manis, asam, asin, ramai rasanya.
Aku suka perjalanan cerita dalam novel ini. Cerita seorang marhaen yang berhempas pulas mencari pengalaman dan juga wang dari industri yang lumayan.
Realistiknya terasa bila membaca suka duka kehidupan Maya di perantauan. Dan mutiara kata ibunya di hujung cerita menyentuh perasaanku. Juga, ungkapan "heart is meant to be broken" itu ada benarnya. Kebenaran yang pahit. Tapi itulah kehidupan....
I am going to give 5 stars...!! Buat pertama kali saya baca sebuah novel tanpa henti dan tidak rasa apa-apa sampailah ke muka surat yang terakhir... it's a real page turner!! Syabas Mas Nuril buat karya ini! Selain page turner jalan ceritanya seolah-olah sebuah filem romantik dan lucu kayak gitu... something very very Indonesian (I have watched a few Indonesian movies dan emangnya feel-nya kayak gini).
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan berumur 30 tahun yang bernama Maya, yang membuat keputusan untuk meninggalkan kerjanya di Jakarta dan menjadi pelayan restoran di dalam sebuah kapal. Penulis memang hebat dalam menceritakan kehidupan Maya dan orang-orang yang ditemuinya dalam kehidupannya, it feels so real seolah-olah sayalah Maya dan seolah-olah sedang menonton sebuah filem, seperti yang saya sebut tadi. I can give the whole summary but saya tak mahu kerana cerita ini mudah difahami dan harap anda yang membaca komentar ini boleh mengalami perjalanan hidup Maya dengan membaca karya ini sendiri. :)
Cuma segalanya nampak senang dan sweet (terutamanya detik-detik dengan Jonathan) sampailah bahagian Maroje mendera Maya kerana perasaan cemburu yang membuak-buak (dan Maroje pula menghilang selepas itu) dan berlakunya serangan pengganas di London :( masa itu mulai saya rasa berat membaca buku ini but well sudah sampai penghujungnya.
Overall I really love the chemistry between the characters; and the whole story was going on extremely smoothly from my reading experience. I like those bitchy2 sentences and random things that happened I just can't stop laughing while reading these parts.
'Heart is meant to be broken anyway.' But saya masih berharap Maya akan bersama dengan Jonathan... entah bila, tapi dalam hati saya berharap sangat-sangat bahawa mereka akan bersama, suatu hari nanti :)
P/S: Harap2 ada part 2 dan I seriously think that karya ini bisa dibikin menjadi sebuah film.
(3.5 ☆) I was just a paragraph into this that I could see how this book would comfort me with life lessons. That we all struggle to seek something that could fill the hole in our hearts. Time will tell. Experience will guide. "Aku sebuah bola besar yang menggelinding kebingungan." Your own and others' expectations are deadly loads on your back. Aside from constant anxiety and insecurity, those give you confusion about how you want to live your life. On top of that, do not ever get surprised when life treats you like shit (or more). Do not ever get tired of that. Life bears no mercy. In her lane of following what her heart had always wanted, Maya was trampled over and over by every unwanted and unexpected result of her life choice. Maya left Jakarta to work as a waitress on a cruise ship, inception to self-discovery with love and friendship experiences. She got to know and be in a relationship with Maroje, a too-timid ship crew. She got close to Linda, a promising passenger who later would pull her into living her dream life in London. Tan, an interesting and caring stranger in London who happened to be Indonesian, saved her from her lowest (not yet). Moments and incidents later and Maya was still wondering her purpose. "Aku bingung apa yang harus kulakukan selanjutnya," said Maya. And, here is the part I have a soft spot for, her friend answered with "memangnya apa yang harus kamu lakukan selanjutnya?" Yeah, what is it that we MUST do? No idea. Life just goes on. As for writing style, it made me enjoy the story a lot though I was more into reading this frequently in a short session (rather than absorbed in a non-stop one).
Maya, gadis Indonesia yang dah menjejak umur 30 tahun dan masih tidak tahu tentang keinginannya dalam hidup atas muka bumi ini. Disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk bekerja diatas sebuah kapal persiaran sebagai seorang pelayan. Dari sana dia bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan memulakan perjalanannya untuk mengembara ke seluruh pelosok dunia. Dan ceritanya bermula dari sini.
Aku dah habis baca buku ni tiga hari lepas. Sejak itu, aku masih tak ada semangat untuk mulakan pembacaan buku yang baru. Kadang-kadang duduk dalam bilik dan teringatkan kisah Maya ini. Buku ini bagi satu kesan yang mendalam. Aku tak tahu kenapa tapi expectation aku buku ini akan memberikan satu cerita yang ada vibes filem Istanbul Aku Datang (2012). Ya, buku ini menghidangkan vibes filem itu tapi cuma untuk 20%-30% sahaja. Selebihnya? Buku ini bagi vibes Pisau Cukur (2009), Manisnya Cinta Di Cappadocia (2014) & Lagenda Budak Setan (2010). Persamaan semua filem ni, ada Lisa Surihani.
Permulaan buku, seperti buku FIXI yang lain, buku ini pun ada menyentuh hal-hal “matang”. Bagi aku part awal ni kau kena sabar sikit sebab cerita cuma berputar pada hal di dalam kapal persiaran saja. Bila masuk pertengahan, pembacaan dah mula rancak sikit dan semakin kau dekat dengan penutup, kau akan rasa sayang untuk habiskannya. Kau akan habiskan buku ni dengan seribu satu rasa. Sesuai dengan tajuknya. Kau akan tertanya-tanya, bagaimana nasib perjalanan hidup Maya, dan bagaimana pula perjalanan hidup kita pada akhirnya. Buku ini menyajikan satu kisah perjalanan yang panjang, tapi terasa sangat pendek.
“Aku tahu padamu aku ini cuma Indomie… Makanan ringan yang hanya akan kau cari saat kau lapar dan tiada pilihan lain. Kalau ada makanan yang lebih baik dan lebih enak, kau tak akan mempedulikanku.”
We all have our likes and expectations, one reviewer on Nalini Singh's forum was quoted to have said recently on one of the thread I read. To add to that nugget, I believe there is a time when you're meant to read a book. It took me ages to pick up Norwegian Wood, to pick up where I left off. I digress...for Rasa, the book was read when it was meant to be read (after reading two shitty contemporary romance shorts with zero romance 😑).
I enjoyed Rasa by Nuril Basri, going through Maya's jalan cerita. Unexpected twists and turns, some incidents I could totally see coming from a mile away while others, left me surprised. Surprised and chuckling and wondering what will happen next?
The humour, I was extremely glad for it. Indeed according to many people, Asian KFC is the best. I appreciated reading about a character in service industry (kind of)... Her trying to survive overseas on meagre funds as a brown Southeast Asian when she's not a student, not some highly paid individual with a stable job.
There is no grand revelation, no prince and by the end of the book, our Maya ends up where she began at the beginning of the book. That's life...
Warning: There is a scene towards the end of the book which may be unappealing to some people's sensibilities. A bit of intimate partner violence of the physical nature (not sexual) which left me shocked and concerned for how Maya would pull through.
Semua tentang perjalanan hidup. Sang tokoh utama, Maya, merasa jadi bola yang menggelundung tak tahu arah karena hidupnya yang baginya, tidak jelas tanpa adanya impian. Pada akhirnya, dia melanglang buana berkeliling dunia, bertemu berbagai manusia yang modelannya banyak sekali sebagai pengalaman hidupnya atas apa yang diambilnya.
Beneran. Saya kira temanya perjalanan soal apa, ternyata soal pencarian jati diri. Dimulai dari perempuan asal Indonesia yang naif ngga ketulungan sampai jadi perempuan yang punya pikiran yang amat sangat dewasa, kita diajak menelusuri semua kejadian hidup yang berpengaruh di hidup Maya. Pertemuannya di kapal, London, dan negara lain beserta kota yang punya sisi cerita untuk Maya, semuanya memanjakan mata dan bagi saya, cukup realistis. Cara menerima masalah hubungan yang tidak sehat, meredam rasa tertinggal karena yang lainnya sudah lari jauh, saya belajar banyak dari novel ini.
Mungkin yang paling bikin kaget adalah akhirnya dengan Maroje—yang saya tak menduga-duga. Tapi, bagi saya, penulis sudah dapat menyampaikan pesannya kepada saya lewat tulisannya.
Semoga, semua orang memiliki pengalaman hidupnya masing-masing yang berharga. Berkesan dengan bahasa yang ciamik dan lugas🌟
“Buku ini saya dedikasikan untuk orang-orang yang pernah atau masih merasakan hampa, terkatung-katung atau kosong dalam hidupnya.”
Hahaha! Akulah tu yang tergolong dalam team hampa 😂
Bagus sangat buku ni. Rasa nak menitis airmata sebab macam dah lama tak baca naskah sebaik ini. Prakata penulis sahajapun dah beri rasa semacam dekat dengan konten buku. Relatable to the core. Gituhh!
Bahasa, plot, pengisian semuanya di tahap yang sangat memuaskan. Tersenyum-senyum aku baca. Mungkin aku suka naskah ni sebab level realis dia dan juga level relatable dia samaada dengan diri sendiri atau orang-orang di sekeliling aku.
Naskah ni dah tentu akan jadi salah satu naskah kesayangan aku. Aku dah beli semua buku penulis yang diterbit oleh Fixi sejak bertahun-tahun lalu tapi yang PBAKL2019 ni jugak yang aku baca dulu. Haih 😓
Sebabnya buku ni ada tandatangan penulisnya dan kalau aku nak balut cepat demi menjaga kecantikan dan keelokan buku aku, maka kenalah baca cepat 😁
"Jonathan.. Aku tahu, padamu aku ini cuma Indomie." "Ya, Indomie. Makanan ringan yang hanya akan kau cari saat kau lapar dan tiada pilihan lain. Kalau ada makanan yang lebih baik dan lebih enak, kau tak akan mempedulikanku."
Maya. Pengembaraan Maya tidak akan berakhir di tengah lautan. Berangkat ke London, malang juga menimpa.
"Maya, semua orang memiliki sebuah rongga dalam diri mereka yang selalu ingin mereka isi. Isinya tidak sama untuk tiap orang..." - ma
Rasa merupakan novel pertama Kak Nuril Basri yang kubaca dan jujur aku cukup terhibur dengan cerita yang disajikan. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Cerita tentang perdebatan batin seorang perempuan di awal usia 30 yang diangkat ke dalam novel ini, kalau boleh aku bilang sebenarnya banyak yang ngalamin juga lo. Jujur ya ini banyak terjadi di negara kita Indonesia apalagi kalau udah berusia 30 tapi belum berpasangan, pasti banyak yang nyinyir. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Perjalanan dan perjuangan Maya di kapal pesiar maupun di London awalnya sebagai upaya melarikan diri dari semua lingkungannya yang berasa mendesaknya.
Perubahan sikap dan cara berpikir Maya terlihat sekali di novel ini, sepertinya memang kak Nuril menginginkan ini. Kadang kita hanya berdebat dengan jalan pikiran sendiri tanpa melihat sekeliling, menimpulkan sesuatu sendiri yang kadang salah dan membuat kita semakin tersesat. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Dari novel ini aku jadi tau pekerjaan mewah yang ternyata tidak semewah perkiraan. Pekerjaan yang tidak pernah terbayangkan dan ternyata ada. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Walaupun cerita diawal sedikit membosankan tapi semakin lanjut semakin menguras emosi apalagi ditutup dengan perdamaian yang manis. Mungkin penulis memang ingin mengeluarkan semua rasa yang ada. Sebenarnya aku masih mengharapkan cerita berakhir dengan Maya sampai di Indonesia dan apa yang akan dilakukan berikutnya, atau cerita dia bertemu dengan Oleksii. Tapi pengakhiran ceritanya aku suka banget...
Ceritanya simple tentang Rasa dalam hidup seorang Maya yang menginjak usia 30. Bertubuh kecil, berambut pendek seperti lelaki, tetapi Maya ampuh sekali menjalani hidup. Bekerja di kapal persiaran dan menikmati perjalanan di laut atau daratan. Mendatangi London untuk hal-hal kehidupan. Romantisnya luar biasa. Juga ada perkara yang membuat kalian membuka Mata saat membaca tulisan di buku ini. Bertemu banyak orang, keseruan itu adakala mendatangkan kesedihan/kekeliruan pada dirinya. Disimpulkan dalam satu rasa yang pada akhirnya kita sendiri yang memilih. Baca buku INI, dan anda akan menikmati hidup seorang Maya! :) enjoy!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel ni pasal apa? Dia pasal kisah suka duka, pahit manis, dan jatuh bangun si Maya, 30 tahun, single, Indonesian, sepanjang merantau cari rezeki kat luar negara.
Apa yg best pasal novel ni. 1. Pace cerita dia laju jugak. Adrenaline rasa excited nak tahu apa jadi pada bab seterusnya. 2. Ada unsur komedi yg at least bole buat ko senyum. Ada je yg aq gelak kuat2. 3. Ada unsur nasihat utk org2 yg merantau. Sesetengah isu, terkena kat batang hidung sendiri. Bole relatable. 4. Penulis pandai susun bila nak pembaca rasa kelakar, sedih, nervous, geram, sweet, serious, dan lain2. 5. Gaya bahasa sedap dibaca. 6. Setiap bab ditulis pendek2. Senang utk pembaca berhenti berehat dan sambung baca semula. 7. Teknik penceritaan dari point of view watak utama, buat dekat dihati pbaca.
Apa yg sy rasa kurang. 1. Part terrorist dtg tu saspen, tapi lg best kalau dapat dikembangkan banyak bab lagi. 2. Relationship macam tergantung. 3. Ada part tak logik, Maya dh tdo sebilik kot. Takkan la tak... 4. Watak Maya macam 'boy' but still acceptable la.
Novel ni Rekemen utk: 1. Yg sedang patah hati! 2. Anak2 yg di perantauan mencari rezeki. 3. Mereka2 yg ada plan nak melancong ke luar negara/kapal laut. 4. Peminat genre romantik-komedi. 5. Followers penulis, Nuril Basri.
Berapa bintang? 4.5/5.0 bintang! Rekemen.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jalan penceritaan dia sangat2 smooth. Aku sangat suka dgn karakter Maya. Dia ni seorang yang sangat berani, dia pandai jaga diri dia, dia pandai survived sendiri walaupun tiada siapa2 disisi dia. And of course, Maya is a really badass girl! Not girl, but a woman.
Buku ni banyak memberi pengajaran. Banyak mengajar tentang erti kehidupan. Dan bagi aku, buku ni dapat membuka mata kita yang betapa luasnya dunia ni untuk kita explore. Buku ni juga mengajar aku yang rezeki tu ada dimana2 selagi kita berusaha. It's a really good motivation for me!
"Maya, semua orang memiliki sebuah rongga dalam diri mereka yang selalu ingin mereka isi. Isinya tidak sama untuk tiap orang. Ada yang menemuinya dalam kerjaya, pasangan hidup, hobi dan sebagainya. Semua yang membuat mereka merasa complete. Itu memang tugas manusia, mencari apa yang boleh mengisi rongga itu. Ada yang menemuinya dengan mudah, ada yang memerlukan sedikit waktu, ada yang tak menemukan langsung. Sebelum menemuinya, kebanyakan orang akan rasa hidup mereka tak bermakna. Jadi jangan berhenti sebelum kamu menemuinya".
Nuril Basri tidak asing lagi dengan penulisan yang begitu santai. Pada awalnya, plot bagiku sedikit mendatar. Mengisahkan Maya yang berumur 30 yang tiada perancangan hidup dalam jangka masa yang panjang tetapi ingin hidup bebas. Cerita bermula Maya yang ingin bekerja sebagai pelayan di sebuah kapal persiaran. Namun, nasib tidak menyebelahinya dia di berhenti dan pulang kembali ke tanah air beberapa bulan kemudian. Kemudian Maya ingin bekerja di London tetapi sikap Maya yang tidak 'proper planning' ini kadangkala membuatkan aku sangat geram! Kadangkala, sikapnya yang tidak berfikir panjang ini menyebabkan dia sering dilanda musibah namun "there's always a silver lining". Di London, banyak pekerjaan aneh yang Maya lakukan demi mendapatkan wang untuk survive dan dia seorang yang cekal dalam apa jua situasi. My perception changed when the sorry reached towards the end. Aku rasa begitu puas dengan pengakhirannya. Dan aku akhiri review aku dengan satu lagi quote yang aku gemari:
"The heart breaks so they may grow larger. And you never truly know who you are until your heart has been broken." Heart is meant to be broken anyway.
Berawal dari iseng jalan jalan sendirian ke toko buku dengan niat mencari bacaan baru. Berkeliling kurang lebih satu jam, berpindah dari rak buku ke rak buku yang lain, berlabuhlah pada sebuah buku karya Nuril Basri. Katanya karya karya beliau ini sudah terbit di Malaysia, Singapore, United Kingdom dan tentu saja Indonesia. Dengan design cover yang lucu juga ukuran buku yang bisa masuk ke tas jinjing. Buku ini akhirnya mendarat di list bacaan saya.
Benar saja. Saya tamat membaca buku setebal 366 halaman ini dengan waktu 3 hari saja. Bisa dibayangkan betapa asyiknya waktu yang saya luangkan dengan buku ini.
Menceritakan seorang perempuan yang pergi melarikan diri di umur 29 tahunnya. Dia meninggalkan kotanya. Beratus barus kilo meter jauh dari rumah. Berbagai kota di duniapun berhasil menjadi tempat ia merasakan suka dan duka. Mulai dari London, St. Petersburg dan Copenhagen.
Novel ini akan membuatmu merasakan berbagai rasa. Humor dan tragis dijadikan satu. Kamu akan bertanya-tanya dengan apa yang akan terjadi di halaman selanjutnya. Bagi penyuka novel petualangan, kesialan dan kisah perumpuan berumur 29 tahun ini akan membuatmu terkagum juga penasaran dengan novel lain yang ditulis oleh Nuril Basri.
Pada beberapa bab awal sempat hampir menyerah karena seperti akan jadi cerita yang biasa. Tapi kemudian ingat, Nuril Basri selalu memiliki sesuatu di balik ceritanya. Dan benar, semakin dibaca semakin tak bisa dihentikan, sambil berharap buku ini nggak pernah berakhir. Karakter tokoh utamanya kuat, baik secara metaforis maupun sebagai unsur cerita. Tapi, entah kenapa merasa si tokoh Maya ini agak terlalu maskulin.
Rating 4.5
Sesuai dedikasi penulisnya, buku ini cocok bagi siapapun yang pernah atau sedang merasa kosong, juga barangkali, yang merasa jadi makhluk tersial di dunia. Ingatlah kamu tidak akan jadi yang ter-, karena di atas kesialan masih ada kesialan, dan di atasnya lagi masih ada Maya.
Somehow merasa ditemani oleh buku ini, semacam teman yang mengerti, teman yang ngajak bercermin.
Kehidupan itu kadang-kadang aneh dan melucukan. Ketika Kita fikir segalanya baik-baik saja, tiba-tiba akan ada kejadian yang tidak diduga berlaku. Atau ketika kita fikir segalanya sudah sangat buruk, tiba-tiba ada sesuatu yang baik berlaku. Kehidupan memang begitu.
The heart breaks so they may grow larger. And you never truly know who you are until your heart has been broken.
Comprei este livro no aeroporto na Indonésia, depois de três semanas de viagem. Queria levar como que uma recordação e tinha curiosidade em ler um autor deste país. Gostei imenso de ler este livro, tanto por sentir que ainda estava a viajar como pela história trágico-cómica que conta. Somos todos Maya nesta vida, sempre a procura de algo mais.
BEST BEST BESTT !! ⭐⭐⭐⭐⭐ suka, benci, marah, terkejut ; semua feelings ada dalam buku ni. even ada beberapa scene yang aku tidak beberapa gemar tapii tolak tapi la eh hahahahahha and buku ni beradvanture 👍 apa yang aku boleh katakan , tak semua orang akan berjaya melalui apa yang "maya" ni hadapi. kalau aku, first atas kapal tu, aku dah mintak resign HAHAHAHHA
This entire review has been hidden because of spoilers.
Nuril Basri, my favourite penulis dari seberang! Aku memang tak teragak untuk beli buku di #pbkl2019. Buku ini semacam aku, masih mencari erti kehidupan di dunia ini.
Buku ini bagi aku agak perlahan.
Enak, masih menjadi favourite bagi Nuril Basri untuk aku ya.