“Saya takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan wajah awak. Saya akan cari awak dulu, sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia. Saya janji.” ADI FAKHRI.
“Saya akan tunggu awak balik.” NAJIHAH.
Najihah dan Adi Fakhri bertemu ketika mereka masih di bangku sekolah di Langkawi. Perpisahan terjadi apabila keluarga Adi Fakhri terpaksa berpindah ke luar negara. Najihah yang merupakan anak yatim dan tinggal di Rumah Nur terpaksa ditinggalkan Adi Fakhri dengan hanya satu janji.
Masa berlalu… Kekangan hidup mula merekahkan suatu jarak antara Adi Fakhri dan Najihah. Anak-anak Rumah Nur dipisahkan secara paksa dan Najihah dibawa pergi jauh dari pulau itu. Hidupnya kini bergantung kepada ihsan orang lain, namun dia tetap berpegang kepada janji Adi Fakhri. Janji itulah yang membawanya pulang semula ke Langkawi. Semuanya hanya untuk Adi Fakhri. Lapan tahun berlalu, Adi Fakhri tekad mencari Najihah yang menghilang tanpa jejak. Segala usaha Adi Fakhri menemui jalan buntu. Dalam kemelut kepayahan mencari Najihah, hasrat Adi Fakhri untuk menemui cinta hatinya tidak pernah pudar dan akhirnya pencarian itu membawa Adi Fakhri kembali semula ke Langkawi.
Di sela pencariannya, Adi Fakhri bertemu dengan Airin. Seorang gadis garang yang telah ‘merampas’ Rumah Nur daripadanya. Perseteruan yang bermula pada awal perkenalan mereka mula reda malah Airin dan Adi Fakhri semakin hari semakin rapat.
“Hmmm, betul. Orang kalau dah cantik, pakai tudung saji sekalipun tetap juga cantik.” AIRIN
“La, kenapa tak cakap awal-awal?” ADI FAKHRI
“Cakap apa?” AIRIN
“Kalau saya tahu awal-awal, saya beli tudung saji aje bagi awak pakai.” ADI FAKHRI
Najihah? Adakah ada lagi tempat dalam hati Adi Fakhri untuk dirinya yang sekian lama menyepi? Adi Fakhri? Setiakah dia kepada Najihah yang sudah bertahun tidak ditemui? Airin? Mungkinkah dia yang akan menjadi orang ketiga? Mungkinkah Adi Fakhri, Najihah dan Airin akan bertemu muka dan merungkai semula semua janji dan segala rasa hati? Apakah yang masih berbaki? Apakah rasa cinta, kesetiaan atau pencarian sekian lama akan berakhir dengan suatu pengkhianatan?
permulaan kisah yang menarik. najihah, bersama-sama adik beradik angkatnya terpaksa berpisah gara-gara hashim yang tamak. serbamula, kisah najihah yang agak tembun di sekolah. kenal dengan adi fakhri bila adi tersilap menuduh. sikap adi yang ambil berat dan mengaku salah buat mereka rapat. tapi kerana adi fahmi mereka terpisah.
sikit je, rasa macam garis masa ada sedikit terbabas. kot akaklah yang senget tak betul mengira.. hehe.. kepulangan adi fakhri ke malaysia kerana projek syarikat ayahnya dan juga kerana mahu mencari najihah. bertemu pula dengan airin. mereka berebut rumah lama yang pernah menjadi kediaman anak-anak yatim satu ketika dulu.
sangka akak pada awal gangguan yang airin dengar dan lihat sepanjang dia duduk di rumah lama itu adalah angkara adi fakhri yang kecewa bila rumah tersebut terlepas pada airin. tapi rupanya jauh jangkauan akak. adi yang mula sangat annoying mula tunjukkan sifat ambil berat, sama seperti dia di zaman persekolahan.
hampir menuju akhir, pembaca boleh agak sebenarnya siapa watak misteri dalam novel penulis Adry Tihani ini tapi, semua kekerasan dan keganasan yang dilakukan buat pembaca nak tahu seterusnya apa yang akan terjadi pada airin dan apa yang mungkin berlaku pada adi. mungkin sedikit mendatar tapi keseluruhan sebuah kisah yang memang menarik.
obses. akak boleh simpulkan arah tuju kisah ini. itu sebab untuk semua perlakuan dan tindakan, biarlah bersederhana. sebab kelak bila tak terjangkau dalam genggaman mampu memunahkan rasa dalam jiwa, ok?
Jln citer dia ni smooth je dan best. But for me, awal cerita dia ni agak slow... 🦥 So, bnyk page yg Mia skip hihi sorry, I'm more focusing on the part where they're grown up (adaka ini dipanggil 'selek'?).
Najihah ialah seorang gadis yang merupakan anak yatim tinggal di Rumah Nur. Adi dan Najihah bertemu semasa zaman sekolah di Langkawi. Mereka mula rapat apabila kesalah fahaman antara mereka berdua berlaku. Namun, mereka perlu berpisah apabila keluarga Adi terpaksa berpindah ke luar negara. Sebelum Adi berpindah, Adi telah buat perjanjian dengan Najihah.
Satu hari, Hajah Halimah iaitu pemilik Rumah Nur telah meninggal, jadi Najihah dan adik ii dia ni terpaksalah keluar dari Rumah Nur. Part ni agak sedih skit, bagi Mia 🥲
Lapan tahun kemudian, Adi kembali semula ke Langkawi untuk menunaikan janjinya. Di tengah-tengah pencariannya, dia bertemu dengan seorang gadis bernama Airin. Seorang gadis yang garang dan kononya telah 'merampas' Rumah Nur daripadanya. Setiap hari Adi dan Airin ni kalau berjumpa pasti bergaduh punya. Tapi lama-kelamaan perseturuan yang bermula pada awal perjumpaan mereka semakin reda malah Airin dan Adi semakin hari semakin rapat.
Agak-agaknyala kan... Adi akan ada perasaan dekat Airin ke? Adakah Adi akan setia pada Najihah? Tapi knpa Adi nak Rumah Nur tu?
Cerita ni ada plot twist. Plot twist yg tk blh dijngkakn, Rasa-rasa apa plot twist dia? Kenalah baca sendiri. Separuh novel ini adalah romantic dan separuh lagi mystery. So, siape yg minat dngn plot twist ni bolehla baca novel ini!
But don't worry, saya guarantee ending dia memuaskan (eh- ye ke??? 🤔). Tk bole bagi spoiler lebih, ogehh? Hihi 🤭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jalan cerita macam menarik pada mulanya. Hairan juga kenapa hero tak kenal dengan heroin. Bila masuk cerita kemalangan dan muka tersagat jalan sampai perlu buat pembedahan muka terus teringat drama korea missing you. Alamak macam sama.