Jump to ratings and reviews
Rate this book

Karut!

Rate this book
“Buku yang memiliki 14 bab ini membahas sangkaan orang ramai terhadap perkara yang dianggap boleh menjadi penguat keimanan walhal perkara tersebut tidak memiliki sandaran dalam agama,” Dato Dr. Hj. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman.

216 pages, Paperback

First published March 1, 2019

2 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Ahmad Iqram Mohamad Noor

14 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (47%)
4 stars
7 (36%)
3 stars
3 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for أبو عريق.
30 reviews1 follower
June 13, 2021
Buku yang baik untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang kepercayaan orang Melayu yang perlu diperbetulkan.
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
February 25, 2020
Islam dan Iman saling berkait. Kebenaran yang dinilai dengan menggunakan akal dan kebenaran. Bukan bersandar dengan perkara yang menakutkan, ajaib mahupun pelik.

Sebuah buku yang pada saya cukup menarik. Membuatkan kita berfikir secara khusus dalam merenung diri kembali atas setiap sisi hati untuk pembentukan iman dan akidah sebagaimana selayaknya di dalam Islam.

Paling menarik, apabila penulis mengupas tentang ‘pemikiran’ orang melayu/Islam dalam mengetengahkan isu Islam terutamanya bilamana berlakunya peristiwa misteri yang dikatakan kisah mayat mati bertukar jadi hitam, mayat tak dimamah tanah, masjid yang tidak runtuh sewaktu tsunami, tulisan nama Allah yang muncul di langit, pokok dan lain-lain lagi. Malah secara tak langsung, terdapat agama-agama lain juga turut memaparkan peristiwa-peristiwa misteri yang sama sebagai tanda kebenaran agama mereka pula. Jadi, wajarkah hanya dengan berlandaskan kepada kisah misteri ini sudah cukup dijadikan penanda aras keimanan kita?

Fitrah manusia sememangnya sukakan keajaiban sebagaimana kisah kaum terdahulu yang meminta Nabi agar ditunjukkan sesuatu di luar dari kebiasaan sebagai bukti. Namun begitu, perkara kemukjizatan ini hanya berlaku pada zaman dahulu sahaja dan berakhir di saat kewafatan Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, perlu diingat, kesilapan dalam meletakkan keimanan kita di tempat yang tidak sepatutnya boleh menjerumus kepada kesesatan .
Profile Image for Nazri Roslan.
24 reviews1 follower
July 9, 2022
Buku kali ini membincangkan isu kekarutan yang disulami dengan ajaran Islamik dalam kalangan masyarakat yang beragama. Apabila iman sekadar sangkaan menyebabkan seseorang itu mudah sahaja menerima segala doktrin yang datang padanya. Walhal, doktrin itu bukanlah berasal daripada agamanya sendiri.

Buku ini mengandungi sebanyak 14 bab. Antara bab yang diminati saya adalah pada bab 4: Mengapa orang Melayu gemarkan peristiwa pelik dan ajaib? Penulis menyebut bahawa kesukaan kepada perkara yang pelik dan ajaib itu adalah fitrah manusia. Hal ini disokong oleh ayat Al-Quran yang banyak merekodkan peristiwa-peristiwa pelik tetapi benar seperti kehadiran buah-buahan di kamar Saidatina Maryam, pemuda Ashab Al-Kahf tidur selama 300 tahun dan banyak lagi.

Meskipun begitu, kesukaan itu mestilah dipandu berdasarkan sumber yang sahih seperti daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan kitab-kitab ulama' yang tidak diragui kredibilitinya. Adapun, jika kisah-kisah pelik tersebut bercanggah dengan sumber yang sahih, maka tinggalkanlah kisah tersebut walaupun yang bercerita itu seorang yang memakai serban tebal, berjubah dan berjanggut panjang.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.