Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puaka Kafe Hipster

Rate this book
Langkah Aziz mati serta-merta apabila terlihat seorang wanita sedang berdiri di hadapan mesin taip antik di dalam kafe itu. Aziz hairan kerana tiada sesiapa di dalam ruang makan kafe ini sebentar tadi melainkan dirinya seorang sahaja. Dia memandang sekilas ke pintu masuk. Loceng yang ada di pintu itu pasti akan berbunyi setiap kali pintu dibuka. Tetapi, dia tidak mendengar apa-apa pun tadi. “Saya minta maaf, puan. Kafe kami belum buka lagi.” Aziz cuba menegur. Wanita itu diam, tiada sebarang reaksi. Saat itu juga, mesin taip antik itu tiba-tiba menaip sendiri membuatkan Aziz tersentak dan perhatiannya teralih kepada mesin taip itu. BEBASKAN AKU, AZIZ. Aziz menelan liur, dan wanita itu tiba-tiba menoleh kepadanya dengan wajah kering merekah yang pucat dan mata yang terbeliak besar! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

128 pages, Paperback

First published March 13, 2019

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Sabrina Ismail

18 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (30%)
4 stars
11 (47%)
3 stars
5 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
May 8, 2019
1) PUSARA PUSAKA
Sabrina Ismail

sara gemar mencari lokasi letaknya kafe yang menarik untuk dikunjungi dan sering upload di dalam blog miliknya. terbaru dia ke ipoh kerana diberitahu banyak kafe yang menarik dan salah satu yang ditemui ialah pusara pusaka cafe dan tanpa disedari dia turut bertemu dengan sesuatu yang menjadi milik keturunannya!

dalam santai, penulis berjaya meletakkan tempat-tempat menarik terutama di bandar ipoh. olahannya juga buat pembaca nak tahu apa yang jadi selain padu pengajaran yang disisipkan.

.
2) WARKAH UNTUK RAFEAH
Nur Amirah Ishak

aziz yang baru melaporkan diri untuk bekerja di kafe milik hakim sangat tertarik dengan konsep yang diketengahkan oleh hakim dalam kafenya. kafe yang diwarisi dari arwah datuknya meletakkan satu sudut pamer barang kepunyaan arwah atuk dan rupanya ada sesuatu di situ yang mahu dibebaskan!

menariknya penyampaian penulis lebih kepada nak tahu apa yang berlaku dan takde pun nak sampaikan dengan unsur seram.


.
3) PELARIS UWAN BESAH
Cik Puan Fifi

syafa bertungkus lumus mahu menaikkan maccandarra cafe yang baru diusahakan. pada awal pembukaan, kafenya mendapat sambutan hangat tapi sampai satu tahap, jualan mula merudum bila mana sekeliling kafenya banyak kedai makan lain yang dibuka dan ada yang meniru konsep kafenya bulat-bulat. semua itu menyebabkan syafa menerima cadangan zaara untuk bertemu dengan uwan besah untuk mendapatkan pelaris.

sebuah kisah yang fast move. tak meleret dan terus pada penceritaan yang hendak disampaikan.

.
SECARA KESELURUHAN, berjaya buat pembaca faham apa konsep kafe hipster. jangan gerun beb. hehe... nak meniaga, biarlah betul aturannya. begitu juga dalam kehidupan. reda kalau bukan milik kita dan bersyukur atas segala nikmat dari-Nya.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
May 18, 2019
Aku bagi lima bintang sebab ketiga-tiga penulis menyajikan kisah seram di kafe hipster yang bagus.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
February 20, 2021
Tiga kisah yang menarik mengenai kafe hipster.. Bila manusia mula mengharap pada syaitan untuk melariskan memang mengundang petaka dan bencana sahaja.. Kafe tak laris kerana angkara dengki namun bila kembali laris menggunakan khadam tak ada apa yang baik akan berlaku.. Memang menarik olahan dari ketiga-tiga penulis.. Ada mesej postif yang berjaya disampaikan..
Profile Image for amireadbooks._.
58 reviews3 followers
November 3, 2022
🌟🌟🌟🌟 (4/5)

tags: syirik, khadam, puaka

Tiga buah kisah seram melibatkan kafe hipster digarapkan di dalam sebuah buku. Kisah-kisah seram puaka yang menghantui kafe-kafe tersebut dan bagaimana keserakahan manusia akhirnya membawa padah kepada waris-waris keturunan. Apabila manusia lebih yakinkan syaitan berbanding Allah yang satu, maka wujudlah perjanjian di antara manusia dan syaitan yang tidak mungkin diputuskan.

1. Pusara Pusaka✨

Mengisahkan tentang Puteri Sara, seorang blogger dan perjalanannya ke Ipoh untuk meneroka kafe-kafe hipster yang menarik untuk disajikan kepada pembacanya. Tanpa disedari, kehadirannya ke Pusara Pusaka Kafe membangkitkan kembali puaka yang telah lama mendiamkan diri sejak bertahun-tahun lamanya.

2. Warkah Untuk Rafeah✨

Sebuah mesin taip lama dipercayai terdapat puaka yang dikunci di dalamnya. Hakim yakin puaka tersebut milik keluarganya, tetapi dia buntu harus berbuat bagaimana sehinggalah kehadiran Aziz ke kafenya bagaikan memberi sinar buat Hakim untuk meleraikan ikatan di antara mesin taip tersebut dan puaka milik keluarganya.

3. Pelaris Uwan Besah✨

Maccandarra Cafè merupakan impian Syafa sejak sekian lama dan dia gembira apabila impiannya akhirnya tercapai. Zara, si yatim piatu berbesar hati membantu rakannya menguruskan kafe tersebut. Lama-kelamaan, prestasi kafenha semakin merosot dan Zara sekali lagi menawarkan diri untuk membantu rakannya keluar dari masalah yang membelenggu kafe tersebut hingga tanpa disedari harapkan pagar, pagar makan padi.


Jalan cerita yang fast-paced dan boleh dihabiskan in one sitting. Antara ketiga-tiga cerita, aku lebih sukakan kisah yang ketiga, iaitu Pelaris Uwan Besah sebab konsepnya berbeza sedikit berbanding dua kisah lagi walaupun ketiga-tiganya adalah cerita klisè yang berputar di dalam masyarakat kita.

Kenapa 4 bintang🌟?
Disebabkan ini adalah sebuah novelet, rasa tak puas baca semua cerita terpaksa diceritakan seringkas mungkin. Tak sempat nak rasa suspens, thrill, dan perasaan-perasaan yang sepatutnya wujud bila baca cerita seram 😅
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.