Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir Al-Azhar #1

Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Rate this book

432 pages, Paperback

Published September 1, 2018

72 people are currently reading
948 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
150 (67%)
4 stars
39 (17%)
3 stars
12 (5%)
2 stars
9 (4%)
1 star
11 (4%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
February 17, 2018
Tafsir Al-Azhar ini saya mula baca sejak di sekolah menengah. Tapi tidak pernah tamat. Sekadar berlegar di pendahuluan. Pi mai pi mai tang tu. Namun dari pendahuluan itu saja dapat saya rasakan kehebatan tafsir ini.

Perjalanan tafsir Al-azhar penuh berliku. Pak Hamka menghabiskan tulisan tafsir ini sewaktu ia meringkuk di penjara 2 tahun 4 bulan di bawah rejim Sukarno. Namun menurut pak Hamka jika ia tidak disumbatkan ke penjara mungkin ia tidak dapat menghabiskan pekerjaan tafsir Al-azhar ini kerana sibuknya dengan aktiviti.

1432H saya nekad untuk menekuni Tafsir Al-Azhar. Moga tuhan permudahkan urusan saya.
Profile Image for Nieza Musa.
7 reviews2 followers
May 29, 2018
Membaca buku ilmuan dan buku cerita berbeza sekali. Ambil masa yang lama untuk menamatkan sebuah buku kerana perlu faham dan konsentrasi. Alhamdullillah dpt juga saya habiskan buku ini walaupun lambat. Banyak penjelasan yang saya terima dan memberi pencerahan kepada diri ini.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
December 18, 2019
Tidak dinafikan sebuah tafsir yang dikarang dengan begitu baik sekali oleh Buya HAMKA. Diselitkan sejarah -sejarah lampau, lenggok bahasa yang mempersonakan dan disulami dengan falsafah. Terbaik!
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
April 1, 2020
Tafsir juzuk pemula yang bagus dari ulama terkemuka Nusantara ini. Sangat sesuai untuk kita-kita yang baru mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu luas kalam terakhir dari Allah ini, iaitu Al-Quran.

Penggunaan ayat yang mudah, dengan penggunaan perkataan Arab yang minimum. Jika digunakan pun akan diterjemahkan dalam bahasa yang mudah oleh pentafsir buat memudahkan kefahaman pembaca. Ini kerana pentafsir sudah sedia maklum pembacanya majoriti datang dari wilayah Nusantara sendiri, iaitu dari negara asalnya Indonesia, serta dari Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei mahupun dari Kemboja sana. Beliau permudahkan untuk pengkaji ilmu di bahagian sini.

Teknik tafsiran & huraian yang digunapakai oleh pentafsir ini juga sesuai buat yang baru mendalami bidang ilmu ini, mahupun untuk yang tidak fasih dalam berbahasa Arab. Tafsiran secara analisis dan perbandingan dengan tafsir popular yang lain, tafsiran dengan hadis, tafsiran dengan pendapat sahabat, tabi'in & ulama muktabar yang lain. Tafsiran berpandukan sejarah sirah Nabi & sejarah hingga kini juga tidak ketinggalan ada diimplikasikan oleh beliau.

Dan yang lebih membantu, pentafsir juga menyesuaikan tafsiran beliau dengan keadaan di Nusantara kini. Bagaimana keterangan ayat Al-Quran yang disampaikan itu boleh diadaptasi dan digunapakai di belahan bumi ini. Walaupun ayatnya diturunkan Allah buat teguran bagi kaum Israel, orang munafik mahupun kaum Muhajirin & Ansar dahulukala contohnya, tetap kita disini dapat belajar sesuatu darinya. Berpadanan dengan fungsi Al-Quran ini, sebagai kitab penyuluh sekalian umat Islam hingga ke akhirnya.

Al-Fatihah diperincikan panjang lebar maksudnya, dan kenapa surah penuh makna ini merupakan surah paling penting buat kita seluruh umat Islam. Surah yang pendek, namun merangkumi segalanya untuk menjadi seorang mukmin. Yang lebih bagus lagi, tatacara penggunaannya dalam solat harian juga ada dibincangkan secara mendalam oleh pentafsir. Bagaimana Nabi kita membacanya dalam solat beliau. Adakah perlu dibaca Bismillah di permulaannya, dan perlukah diaminkan dengan kuat sesudahnya. Ilmu yang wajib kita pelajari buat menyempurnakan rukun solat kita.

Dari surah Al-Baqarah pula, kisah Nabi Musa dengan bangsa Israelnya sesudah dapat melarikan diri dari Firaun, kisah bagaimana Nabi Ibrahim & Nabi Ismail membangunkan Kaabah, serta kisah kedegilan puak Yahudi dan Nasrani dibincangkan dengan penuh teliti. Ternyata pemahaman saya kini menjadi lebih mendalam buat setiap ayat dari surah itu setelah ditelaah tafsiran ini.

Bersambung di Tafsir Al Azhar Juzuk 2.
Profile Image for Yanti.
37 reviews1 follower
April 5, 2013
Saya yakin banyak umat Islam yang sudah khatam Al Qur'an berkali-kali namun saat ditanyakan arti dan tafsirnya banyak yang belum mengetahui. Didorong karena rasa malu terhadap nikmat Allah yang tak henti-hentinya saya mulai membuka buku tafsir yang telah lama ada di rak buku. Buku tafsir karangan Buya Hamka ini merupakan koleksi bapak saya.

Alhamdulillah...ada rasa lega membaca setiap lembarnya. Banyak ilmu yang dapat diraih. Kesempurnaan Islam mengatur umatnya dari segala sisi kehidupan. Umat Islam tidak melulu diatur hanya dalam ibadah kepada Allah tapi juga dalam hubungannya dengan sesama manusia.

Juz I membahas mengenai asal mula manusia. Menarik bagaimana sebetulnya di dalam Al Qur'an tidak terdapat konteks yang menuliskan wanita tercipta dari tulang rusuk pria. Hal ini hanya romantisme buatan yang tidak ada dalilnya dalam Al Qur'an . Jadi, mulai sekaranng sebaiknya berhati-hati dalam berkata-kata.

Semoga Allah selalu menjaga perkataan dan perbuatan kita, amin..
35 reviews
August 3, 2018
Ini pertama kali sy membaca hasil penulisan Hamka dan ternyata jelas, mudah difahami, begitu byk penerangan dan informasi yang berguna setaraf dengan kelayakan nya sebagai Ulama tersohor dunia. Bahasa Indonesia tidaklah begitu pekat kerana saya sebagai orang melayu Malaysia mudah faham. Gaya penulisan amat sesuai untuk oembaca nusantara, saya amat berharap moga makin ramai ulama yg lahir di nusantara ini seperti atau lebih baik dari Hamka, tapi apakan daya dunia ini sudah di akhirzaman, mana mungkin ulama muda sekarang lebih baik dari ulama ulama terdahulu.
11 reviews
February 2, 2021
[Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1]

Alhamdulillah habis baca buku ketiga Januari 2021.

Buku ini merupakan sebahagian isi daripada karya besar ulama' besar Indonesia, Tafsir Al-Azhar, yang ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Hamka.

Hamka menulis tafsir ini ketika dipenjara oleh presiden Indonesia masa itu, Soekarno atas tuduhan palsu yang kononnya beliau menghasut mahasiswa untuk melakukan pemberontakan.

Hamka cuba menulis tafsir ini sejak dari tahun 1958 hingga tahun 1964 tapi tak siap-siap juga. Tapi asbab ditahan dalam penjara, akhirnya siap juga tafsir ini. Kata Hamka, tafsir ini adalah sebagai oleh-oleh dari tahanan kepada kaum dan bangsa yang haus akan agama.

"Di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang."

Ini merupakan kitab tafsir pertama yang saya baca.

Kitab tafsir ini banyak menarik perhatian saya. Sepertimana mana karya-karya Hamka yang lain, pada pandangan saya, kitab tafsir Hamka luas dengan makna dan kaya dengan bahasa.

Ulasan Hamka mudah untuk difahami. Kita juga mudah nak memahami hubung-kait dari satu ayat ke ayat yang lain, dari satu cerita ke cerita yang lain. Pentafsiran Hamka juga sangat relevan dengan masa kini dan kisah yang berlaku juga masih ada pada zaman kini.

Banyak aspek yang Hamka muatkan dalam tafsir ini. Akidah, ibadah, falsafah, akhlak, seni, alam semua kita dapat ambil pengajaran. Hinggakan kita nampak Al-Quran yang diturunkan untuk seluruh kehidupan manusia, di dunia dan untuk akhirat

Baca tafsir Hamka tentang kaum-kaum dahulu bukan sekadar kita tahu keingkaran kaum dulu terhadap Rasulnya. Bukan sekadar kita tahu kesombongan kaum dahulu. Tapi untuk kita ambil tahu punca-punca keingkaran dan kesombongan mereka.

Baca tafsir ini yang dalam Bahasa Indonesia memang membantu memahami Al-Quran dan juga permulaan untuk baca tafsir-tafsir yang lain.

#Hamka
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
May 24, 2023
Permulaan buku ini dimulakan dengan bercerita secara general tentang Quran mengenai surah turn di Mekah yang berbentuk kepada Aqidah manakala diturunkan di
Madinah kebih kepada fiqh, tatacara. Tafsir dimulakan dengan Al Fatihah yang dipanggil ummul kittab, surah in lebih kepada pengabadian kita kepada Tuhan dan memohon agar hidup kita diberi jalan benar. Kenapa Al Bagarah? Diberi nama sempena peristiwa Nabi Musa dan unatnya mengenai lembu yang ingin disembelih Umatnya banyak bertanya tentang ciri ciri lembu, Musa menjawab setiap persoalan walaupun pada awal unatnya berfikir dipermainkan sehingga terjumpanya lembu tersebut. Maka berlaku satu pembunuhan dan tercari siapakah pembuhnya? Melaui ayat tersebut mereka menggunkan serpihan lembu lalu hidup orang mati. Ada dua pendapat satu mengatakan Allah • menghidupkan orang telah mati untuk bagitahu siapa pelaku, kedua melalui sumber taurat ketika berlaku kematian haruslah ukur jarak bangkai orang itu dengan kampung terdekat, orang sekeliling perlu membasuh tangan dan mengangkat sumpah di sungai yang berani maka selamatlah. Pendapat pertama kurang dipersetujui oleh HAMKA dan gemar pendapat kedua melaui penterjemahan Muhammad Abduh. Antara bab penting lain mengenai pembinaan Kaabah antara
Ibrahim dan Ismal. Penseteruan Yahudi dengan Jibril
Profile Image for Ahmad Maghfur.
7 reviews1 follower
January 16, 2022
Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah a.k.a Hamka menulis tafsir ini dengan menelaah puluhan kitab-kitab tafsir dan hadist. Tidak hanya kitab-kitab karangan sarjana Islam klasik atau modern, tapi juga menelaah beberapa kitab orientalis Barat.

Nama tafsir Al Azhar ini berangkat dari pemberian nama masjid di Kebayoran Baru. Awalnya, masjid itu bernama Masjid Agung Kebayoran Baru, namun setelah kedatangan Syeikh Mahmoud, rektor Al Azhar Kairo waktu itu, masjid itu berganti nama menjadi Masjid Agung Al Azhar.

"Semoga, masjid ini bisa menjadi Al Azhar di Jakarta," harapnya.

Di Masjid Agung Al Azhar itulah ia mengajarkan pelajaran tafsir bakda subuh. Dan banyak kegiatan di Masjid Agung Al Azhar ditulis dalam majalah Gema Islami mulai Januari 1962, termasuk kajian tafsir bakda subuh yang diampu Hamka.

Sedikit demi sedikit, dan istikamah menulis, setidaknya sejak akhir tahun 1958 hingga 1966, Tafsir berbahasa Indonesia itu mulai kelihatan jadi. Tinggal koreksi dan edit serta tambahan-tambahan.

Lalu, sekitar 20 tahun kemudian, di tahun 1983 an, Tafsir Al Azhar pertama kali diterbitkan oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
Profile Image for lylieizzryn.
9 reviews
January 9, 2024
Untuk seorang yang bukan dari background sekolah agama atau jurusan agama, pada saya Tafsir Al-Azhar berjaya menerangkan maksud-maksud ayat al-quran dengan bahasa yang mudah faham dan jelas untuk orang awam. Tak ada istilah untuk faham al-quran kena menjadi seorang ulama’ atau mesti ambil jurusan yang berkaitan al-quran. Tafsir Al-Azhar membuktikan al-Quranul Karim untuk semua lapisan masyarakat. Antara kitab yang bagus untuk kita semua tadabbur isi Al-quran. Mengambil ibrah dari kalam-kalam Allah. Dan yang paling penting untuk kita lebih dekat dengan al-Quran. Wallahua’lam.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
May 5, 2020
Tafsir yang sangat menarik, mudah difahami dan dekat dengan latar belakang/sosio budaya kita rumpun melayu. Sheikh HAMKA menggunakan contoh yang dekat dengan kita/indonesia, pemilihan pendapat yang sahih dan memfokuskan kepada bagaimana berinteraksi dengan ayat-ayat tersebut menjadikan tafsir ini amat sesuai untuk dibaca oleh orang awam.
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
April 11, 2022
Melalui tafsir ini, kefahaman akidah dalam surah al-fatihah ditambah baik, alhamdulillah.
Begitu juga kefahaman tentang ayat-ayat dalam juzuk pertama. Terutamanya kisah penyembelihan lembu betina yg menjadi tunjang nama surah al-baqarah. Bila baca tafsir ini, makin faham kenapa ayat-ayat quran tu bersambung begitu dan begini.
Isi yg paling saya ingat dari tafsir juzuk 1, islam bukan agama sesuatu bangsa. Manusia itu dimuliakan bila memegang ajaran Allah yg disampaikan melalui Rasul-Nya, bukan mulia kerana keturunan atau bangsa khusus.
Sekadar membaca alquran tanpa memahami, tidaklah membezakan kita dari Yahudi dan Nasrani.

Cuma sedikit mencabar bila beberapa istilah asal masih dikekalkan, yg kita tak jumpa dalam Bahasa Melayu. 🤭

Penulis tafsir juga menghimpunkan tafsiran dari ulama besar dan kitab Perjanjian Lama/Baru, sesuatu yg tak mampu saya lakukan. Moga berkat Allah mengiringi almarhum. Terima kasih juga buat team pts kerana mendapatkan hak penerbitan tafsir al-azhar.
Profile Image for Ray.
12 reviews
October 7, 2015
membaca buku ini seperti membaca cahaya, begitu terang benderang... meski begitu dalam tafsir ini diungkapkan tetapi bahasanya begitu ringan dan dirancang untuk mudah dipahami bagi awam sekalipun. bacalah..
Profile Image for Sutarman Ngadi.
6 reviews
August 20, 2014
setelah membaca buku Ayah karya Irfan Hamka, dapet tafsir ini, cetakan pertama lagi... terasa benar bagaimana tegasnya Buya HAMKA. apalagi ketika membahas permulaan surat Al Baqarah...
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
September 29, 2020
Al-fatihah sebagai jantung Al-quran dan Al-baqarah sbg surah yg pertama sangat memberi pengajaran daripada kisah kaum-kaum terdahulu.. Tafsir yg amat teliti dan diterangkan dgn jelas..
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.