Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021) #4

Sherlock Holmes: Misteri Delima Biru, Misteri Pita Berbintik & Misteri Ibu Jari Jurutera

Rate this book
Misteri Delima Biru
Sherlock Holmes dan Watson menyiasat tentang penemuan sebutir delima berwarna biru di dalam tembolok seekor angsa pada Hari Krismas. Sherlock Holmes menyedari delima tersebut merupakan milik seorang countess dan ia telah dicuri beberapa hari lalu. Mereka berdua mula menjejak pemilik angsa itu dan melalui pelbagai situasi menarik.

Misteri Pita Berbintik
Sherlock Holmes dan Watson dikunjungi seorang gadis yang dalam ketakutan, bernama Helen Stoner. Cik Helen mempunyai seorang kakak kembar yang telah meninggal dua tahun lepas semasa hampir majlis perkahwinannya. Caranya meninggal amat mengejutkan, dia seperti dalam ketakutan dan kata-kata terakhirnya adalah supaya berwaspada dengan ‘pita berbintik’. Kini Helen Stoner pula hampir berkahwin dan dia amat takut sekiranya perkara yang menimpa kakaknya akan menimpa dirinya pula. Sherlock Holmes dan Dr. Watson segera pergi ke rumah gadis itu untuk menyiasat.

Misteri Ibu Jari Jurutera
Dr. Watson didatangi Victor Hatherley yang kehilangan ibu jari tangannya. Watson membawanya bertemu Sherlock Holmes dan Tuan Hatherley mula menceritakan kisahnya. Dia diupah membaiki sebuah jentera hidraulik dengan bayaran sangat lumayan. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mesin hidraulik itu, tiba-tiba mesin itu berfungsi dan dia nyaris nahas. Kemudian baru dia sedar sebenarnya dia sedang diserang dan orang itu berniat membunuhnya.

Misteri Delima Biru (The Adventure of the Blue Carbuncle), Misteri Pita Berbintik (The Adventure of the Speckled Band), dan Misteri Ibu Jari Jurutera (The Adventure of the Engineer’s Thumb) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.

128 pages, Paperback

First published March 18, 2019

5 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.8k books24.3k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (48%)
4 stars
7 (28%)
3 stars
6 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
April 26, 2019
REVIU BUKU SHERLOCK HOLMES (6 KISAH DALAM 2 BUKU)

Macam aku pernah tulis sebelum ni, penulisan sir Arthur Conan Doyle memang seronok dibaca. Kisah penyiasatan yang dijalankan dengan penuh ketenangan, di sertakan dengan perancangan rapi, dan kesimpulan awal yang dibuat dengan hanya meneliti bahan bukti dan saksi utama. Tuan Holmes dan Dr Watson masih menjadi duo hebat yang bergerak seiring dalam setiap kes yang sampai pada mereka.

Dalam 6 karya ini, aku paling suka kisah misteri mahkota permata beril, misteri pita berbintik, dan misteri di cooper beeches. Banyak kisah nya berkisarkan harta karun, harta peninggalan keluarga, yang menjadi titik mula kepada beberapa unsur kejahatan yang dibuat untuk mencuri harta itu. Ada kisah cinta yang menjadikan sigadis polos jadi berani buat jahat, ada gadis hilang nyawa dan jiwa disebabkan sifat tamak ahli keluarga. Ada cerita yang mind blowing teruk lepas kau baca sampai habis. Sambil kau membaca, kau akan terbiasa dengan cara hidup orang dulu di England, seperti menyewa bilik yang disediakan pembantu dan tukang masak, kesana sini dengan menyewa kereta kuda, rumah agam di kawasan kampung, perjalanan kereta api lewat malam, hisapan curut, upah dibayar dengan syiling, mencari orang dengan mengiklankan di surat khabar, dan macam macam lagi.

Bila kau baca buku buku ni, kau akan clueless seperti yang di alami Dr. Watson, walaupun kau seolah mengikut sama semasa Holmes melakukan siasatan. Kau akan dapat memberi perincian tentang bukti yang ada, tapi kosong tentang apa yang terjadi. Dan di akhir setiap cerita kau akan rasa wow serius laa ini sebenarnya yang terjadi, bijak betul cara jenayah dibuat, bijak lagi cara Holmes membongkar misteri dan menyelesaikan masalah.

Walaupun ini buku lama, its never too late to follow the series. Ceritanya tak bosan lansung, penuh misteri, plot twist, dan pengakhiran yang tak terjangka.

🌟5 bintang kedua dua buku ini.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
May 19, 2019
Koleksi cerpen yang seterusnya di dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes. Ulasan cerpen sebelumnya boleh dibaca di https://www.goodreads.com/book/show/4...

Kes pertama melibatkan kehilangan sebutir delima biru yang ditemui di dalam tembolok angsa yang membawa kepada penemuan demi penemuan sehinggalah menjumpai orang yang terlibat pada yang menghilangkan delima tersebut.

Kes kedua melibatkan Misteri Pita Berbintik yang menyebabkan kematian kakak kembar Cik Helen Stoner. Misteri ini agak membingungkan lebih-lebih lagi jangkaan tidak seperti yang diduga sepertimana yang saya baca melibatkan kes sebelum ini. Apa yang tidak terduga itu adalah melibatkan ‘pembunuh’ itu sendiri yang bukan sebarangan.

Kes terakhir yang dinamakan ‘Misteri Ibu Jari Jurutera’ menyelongkar kes sebelumnya iaitu kehilangan seorang jurutera yang tidak pernah pulang dari sebuah pekan kecil sehinggalah jurutera yang datang seterusnya dapat meloloskan diri.

Seperti sebelumnya, Sherlock sentiasa menguji rakannya Dr Watson dalam membuat andaian dan meneka klien berdasarkan penampilan fizikal yang terdapat pada mereka sebelum merungkai lebih mendalam kes tersebut. Bagi saya hal ini sangat menarik minat pada pembaca untuk turut sama belajar membuat andaian (bukan prasangka buruk) bagi mengenali seseorang seperti mengenal sama ada orang tersebut tergesa-gesa dari suatu tempat berdasarkan ikatan kasut, menulis tangan kiri berdasarkan lekukan yang ada pada tangan perilaku dan sebagainya.
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
November 21, 2022
Aku tak boleh agak pengakhiran cerita ni. Terbaik!😍

|MISTERI DELIMA BIRU|

Pada awalnya, hanya perjumpaan sebuah topi keras kain felt yang lusuh dan buruk tu.

Tanpa disangka terjumpa sebutir delima berwarna biru dalam tembolok seekor angsa.

Misterinya, macam mana delima boleh ada dalam tembolok angsa?

Aku tak sangka si 'dia' yang mencurinya. Adeh!🤣

|MISTERI PITA BERBINTIK|

Serius! kenapa aku tak boleh nak buat kesimpulan apa itu PITA BERBINTIK? Aku masih tak boleh jadi detektif😂

Cara si penjenayah tu membunuh sangat mengerikan.

|MISTERI IBU JARI JURUTERA|

Dia buat aku tertanya-tanya seperti Tuan Hatherley.

Kenapa nak pergi ke tempat 'dia' pada lewat malam dan naik kereta api yang terakhir?

Tak sangka itu mesin buat ****😂
Profile Image for Izzat Isa.
414 reviews50 followers
May 4, 2019
Kali ini Dr. Watson menemani Sherlock Holmes menyiasat beberapa kes yang misteri, mengujakan, mendebarkan, meresahkan dan tidak kurang juga menghiburkan. Pertama, mereka berdua telah menyiasat kehilangan permata Delima yang ditemui di dalam tembolok angsa. Daripada seorang kepada seorang, mereka berdua mencari individu yang dikehendaki. Akhirnya misteri tersebut terungkai.
Dalam beberapa kes yang saya baca, inilah kes pertama yang melibatkan kematian yang anda boleh temui dalam kes misteri pita berbintik. Ia sememangnya membingungkan, yang melibatkan tanda-tanda misteri sebelum sepasang kembar melangsungkan perkahwinan.
Namun, kes misteri ibu jari jurutera tidak kurang membuatkan kita tertanya-tanya tentang pelanggan seorang jurutera yang minta memeriksa mesin mengorek tanah liat. Akhirnya ia memakan diri sang jurutera.
Profile Image for Azril Noor.
311 reviews5 followers
July 10, 2022
Aku suka betul dengan cara Sherlock buat analisis untuk kes pertama, tak terfikir betul. Hanya dari topi lusuh dan juga angsa, dia dah hampir menyelesaikannya. Senjata untuk kes kedua pula hampir makan diri Sherlock sendiri, sungguh tak sangka. Dan kes ketiga lebih kepada cerita si mangsa dari penyiasatan, dan ada misteri belum terjawab.
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
January 16, 2020
Boleh habis dalam masa sehari sahaja! Jalan cerita yang menarik & tak membosankan!
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.