Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fajar Islam di Nusantara

Rate this book
Buku Fajar Islam Di Bumi Nusantara ini merupakan sebuah travelog gugusan nusantara. Peristiwa-peristiwa penting yang terjadi sepanjang sejarah Nusantara, mulai dari kejayaan Hindu-Budha sampai kekuasaan kolonial dan perang-perang Nusantara.

Kerana sejarah bukanlah kisah penyerahan diri semata-mata. Sejarah adalah kisah melawan umat Islam terutama di Nusantara. Lebih-lebih lagi di Tanah Melayu ini sendiri.

Paperback

First published March 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Hafidzi Mohd. Noor

12 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (71%)
4 stars
3 (21%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
39 reviews1 follower
April 5, 2026
Buku FIDN membawa pembaca menyelusuri perkembangan sejarah Islam di Nusantara (Asia Tenggara) dengan pendekatan yang informatif dan menarik. Melalui pembacaan ini, penulis memperoleh pelbagai maklumat penting yang membuka perspektif tentang peranan Islam dalam membentuk tamadun serantau.

Antara perkara utama yang diketengahkan ialah Asia Tenggara merupakan istilah moden bagi Nusantara, yang merujuk kepada gugusan kepulauan Melayu yang luas. Buku ini turut mengangkat peranan Cheng Ho sebagai tokoh penting di Selat Melaka, yang bukan sahaja berperanan dalam perdagangan, malah turut menyumbang kepada penyebaran Islam di rantau ini.

Buku ini turut menjelaskan bahawa kerajaan Islam terawal di Aceh ialah Kerajaan Peureulak. Kegemilangan Aceh tidak terlepas daripada ketegasan dalam pelaksanaan undang-undang melalui Qanun Meukuta Alam. Bahkan, syarat untuk menjadi sultan ditetapkan dengan begitu ketat, mencerminkan integriti dalam sistem pemerintahannya. Buku ini menekankan prinsip keadilan yang tinggi iaitu hukuman harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira darjat, termasuk golongan bangsawan. Prinsip ini menjadi asas kekuatan Aceh sehingga mampu melahirkan kepimpinan yang bijaksana dan berwibawa dalam menghadapi penjajahan Belanda.

Menariknya, buku ini turut menyentuh tentang penyebaran Islam melalui hubungan maritim. Antaranya ialah Masjid Kampung Laut yang dipercayai dibina oleh rombongan pelaut dari Champa dalam perjalanan ke Pulau Jawa. Ini menunjukkan bagaimana jaringan perdagangan turut menjadi medium dakwah.

Perbincangan mengenai masyarakat Cham di Vietnam juga memberikan pendedahan yang mendalam. Mereka terbahagi kepada tiga kelompok utama: Cham Muslim yang mengamalkan Islam secara sahih, Cham Bani yang telah menyimpang dari aspek akidah dan ibadah serta Cham Hindu yang mengamalkan ajaran Hindu.

Selain itu, buku ini turut menampilkan sisi unik tokoh-tokoh Islam di Nusantara seperti Sunan Kalijaga yang bukan sahaja pendakwah, malah dikenali juga sebagai pereka fesyen. Keunikan lain ialah amalan di Masjid Agung Cirebon di mana tujuh orang muazzin melaungkan azan secara serentak pada setiap waktu solat.

Akhir sekali, buku ini turut menjelaskan bahawa Pulau Luzon dan Visayas di Filipina merupakan antara wilayah Nusantara yang terkeluar daripada arus tamadun Melayu berteraskan Islam akibat penyebaran Kristian oleh Sepanyol. Sayang seribu kali sayang jika Islam tersebar di rantau sana pasti dapat menyelamatkan akidah beribu orang Islam di sana.

Secara keseluruhannya, buku FIDN bukan sahaja memperkayakan pengetahuan sejarah, malah memberikan pengajaran tentang kepimpinan dan peranan Islam dalam membentuk identiti Nusantara.
Profile Image for Hamidah Effendi.
615 reviews14 followers
August 21, 2025
Ulasan Buku Fajar Islam di Nusantara oleh Hafidzi Mohd Noor

Buku ini mengupas bagaimana Islam tersebar di Nusantara, bukti-bukti sejarah yang ditinggalkan, serta tentangan yang dihadapi para pendakwah ketika itu. Kita dibawa menelusuri tempat-tempat bersejarah, melihat kesan tinggalan yang ada – meskipun tidak banyak, namun cukup menjadi bukti penyebaran Islam di bumi ini.

✨ Apa yang menarik?
Ada banyak fakta yang tidak dijawab dalam buku sejarah sekolah, tetapi di sinilah buku ini melengkapkan lopong-lopong tersebut. Dari kulit buku hingga ke isi dalamnya, semuanya berwarna. Peta dan gambar yang dimuatkan sangat membantu, jelas, dan terperinci. Walaupun ringkas, ia mendorong kita untuk “menggali lebih dalam” dengan mencari maklumat tambahan agar gambaran kawasan yang dijelajahi lebih hidup.

Buku ini juga menekankan pentingnya mempelajari pelbagai bahasa. Dengan bahasa, ilmu kita akan lebih luas. Selitannya pula sarat dengan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, disertai pengajaran utama: tiada paksaan dalam beragama, tetapi sampaikanlah dakwah dengan penuh hikmah.

Jangan terlepas juga bahagian rujukan artikel di bawah halaman buku. Ia seolah-olah memberi ringkasan, tetapi dalam masa yang sama membuka ruang untuk kita membaca lebih lanjut. Ada bahagian yang membuatkan kita sebak, ada juga yang membangkitkan semangat.

Disebabkan buku ini, saya sendiri membawa anak-anak berjalan melihat tempat bersejarah dengan lebih dekat. Menariknya, orang dahulu menggunakan bahasa yang sangat puitis untuk menyampaikan sesuatu – malah hukum-hukum Islam yang diselitkan turut berasimilasi dengan peraturan kawasan setempat, sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Kisah mereka telah berlalu, namun kita yang masih bernyawa perlu mengambil iktibar. Teruskan kehidupan dengan memperbaiki diri, agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Profile Image for sansuriya82.
151 reviews2 followers
July 17, 2026
⭐ Rating saya: 4.8/5

Fajar Islam di Nusantara bukan sekadar sebuah buku sejarah, tetapi sebuah pengembaraan yang membuka mata tentang bagaimana Islam berkembang di rantau yang kita diami hari ini. Sebelum membaca buku ini, saya hanya mengetahui sejarah Islam di Nusantara secara umum. Namun, selepas menamatkannya, saya sedar betapa luas dan mendalam kisah di sebalik penyebaran agama ini.

Apa yang paling saya suka ialah cara Hafidzi Mohd. Noor menyampaikan fakta sejarah dengan bahasa yang mudah difahami dan tidak terasa terlalu akademik. Setiap bab membawa pembaca menelusuri tinggalan sejarah, tokoh-tokoh penting, kerajaan Islam serta bukti-bukti yang menunjukkan betapa besarnya pengaruh Islam dalam membentuk tamadun Nusantara. Penulis turut mengaitkan sejarah dengan pengalaman dan pemerhatian, menjadikan pembacaan terasa lebih hidup.

Buku ini juga mengingatkan saya bahawa sejarah bukan sekadar menghafal tarikh atau nama, tetapi memahami perjuangan, pengorbanan dan usaha para pendakwah, pedagang serta pemerintah yang menyebarkan Islam dengan hikmah. Ada beberapa bahagian yang membuatkan saya berhenti seketika untuk berfikir dan menghargai warisan yang kita miliki hari ini.

Walaupun terdapat beberapa bab yang padat dengan fakta, penyampaiannya masih mampu mengekalkan minat saya untuk terus membaca. Saya rasa buku ini sangat sesuai untuk pembaca yang ingin mengenali sejarah Islam di Nusantara tanpa perlu membaca buku akademik yang terlalu berat.

Secara keseluruhannya, Fajar Islam di Nusantara ialah bacaan yang menambah ilmu, membuka perspektif dan membuatkan saya lebih menghargai perjalanan panjang Islam di rantau ini. Sebuah buku yang wajar dimiliki oleh pencinta sejarah dan sesiapa sahaja yang ingin mengenali akar tamadun Islam di Nusantara dengan lebih dekat.
Profile Image for Najwa Azrin.
99 reviews1 follower
June 30, 2026
Buku kedua Dr. Hafidzi yang baru sempat saya selesaikan pembacaannya, sungguh banyak fakta yang tak terkira khazanah penting yang patut kita semua ketahui.

Sungguh saya katakan, kita yang hidup di Malaysia ini sepatutnya dan sewajibnya untuk kita tahu bagaimanakah kedatangan Islam ke sebelah Asia Tenggara ini? Pastinya ada pelbagai penemuan bukti artifak seperti inskripsi, batu bersurat, manuskrip dan lain-lain lagi yang membolehkan kita untuk mengkaji jalur keturunan Islam yang sampai pada kita hari ini.

Buku ini meliputi beberapa buah negara seperti Filipina, Brunei, Kemboja, Indonesia dan juga Malaysia. Tetapi penerangan yang sungguh mendalam memberikan gambaran yang luas betapa hebatnya Islam boleh sampai ke tanah di Asia Tenggara ini secara berdiplomasi dan sebahagian kecil ada secara penaklukan ke atas beberapa tanah tertentu.

Buku ini akan saya ulang baca setiap kali ingin recall semula kisah pengislaman bandar dan kaum tertentu seperti di Minangkabau, Kepulauan Sulu, Champa dan Aceh.
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
May 9, 2025
Buku Fajar Islam di Nusantara ini berkisarkan tentang permulaan dakwah Islam di Nusantara merangkumi Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Kepulauan Filipina.

Sejarah kedatangan Islam ke daerah ini amat penting untuk diketahui umum supaya kita dapat mengetahui bagaimana perkembangan dakwah di Nusantara ini dari zaman Pra-Islam sehingga berdirinya kerajaan-kerajaan Islam.

Selain itu, dalam buku ini juga memuatkan pelbagai foto di daerah-daerah sekitar Nusantara yang diziarahi oleh penulis sebagai panduan buat pembaca bagi tajuk atau bahagian yang dibincangkan.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
November 10, 2019
Bagus untuk yang meminati sejarah nusantara dan secara umumnya, umat islam di Malaysia perlu membaca buku ini kerana sarat dengan kisah-kisah perjuangan dan usaha dakwah oleh ulama terdahulu mengembangkan syiar Islam di wilayah nusantara
Displaying 1 - 7 of 7 reviews