Jump to ratings and reviews
Rate this book

Demi Cintaku Demi Cintamu

Rate this book
ELEANOR… anak kedua Datuk Ariffin yang kuat memberontak dan paling keras kepala. Berang dengan aturan perkahwinan untuk menyatukan dia dengan anak lelaki Puan Marlia, kasanova tersohor mengundang kematian papanya.

Pelbagai masalah mengepung hidupnya. Masalah hutang syarikat papanya, keretakan hubungan di antara dia dengan adik perempuannya, Elena Maria… permusuhan dengan kakak iparnya, Susana dan bosnya yang mahu menjadikan dia isteri ketiga. Juga cintanya yang dikhianati oleh Hairie. Namun dia masih mempunyai abangnya, Elman dan sahabat baiknya, Aleeza yang amat memahami.

Kemunculan Weir Zafril membuatkan hidup Eleanor semakin huru-hara. Lelaki yang pernah mempunyai hubungan dengan kakak iparnya itu menawarkan bantuan untuk nenyelamatkan syarikat milik keluarga Eleanor tetapi! Ada udang di sebalik batu. Syaratnya… Eleanor haruslah berkahwin dengannya.


“Lepaskan saya! Saya dah kata saya tak nak bernikah dengan awak! Tak faham bahasa ke?” - Eelanor.

“Saya dah katakan yang saya tak akan lepaskan awak. Awak akan bernikah dengan saya jugak walaupun awak tak suka.” - Weir Zafril.

Susana yang ‘sentap’ kerana Weir Zafril berkahwin dengan Eleanor sanggup meminta Elman menceraikan dirinya dengan harapan dia bisa bersatu semula dengan Weir Zafril.

Dan… ketika Eleanor telah membuka semula pintu hatinya untuk Weir Zafril, rahsia besar agenda suaminya itu telah terbongkar.

Apakah rahsia besar yang menjadi agenda utama Weir Zafril mengahwini Eleanor? Adakah Susana dapat meraih semula cinta Weir Zafril?

Suara Hati

507 pages, Paperback

First published March 1, 2019

13 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books47 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (33%)
4 stars
3 (14%)
3 stars
7 (33%)
2 stars
3 (14%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 14, 2019
3.5* Belum ada mood nak review ni. Pening sikit sebab banyak watak and plot2 yg berhubungkait dengan kehidupan Eleanor.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
May 16, 2019
2hours for me to complete this book... Plot yg laju, and x bgi masa nk meleret2.. Haaa....satu lagi, tajuk dia mmg sweet, tp xde jugak yg sweet sangat dlm ni..

Hero yg for me agak melayan...tp dia sumpah dia suka sorang jer..hahaahaaaa..adoi😅😅😅

Heroin yg ramai peminat..i mean mmg ramai 😅😅😅 heroin jnis ckp lepas tau. This one is not wanita melayu terakhir, tp dia pandai masak...hahaa

Langau yg banyak..this one mmg banyak langau..😂😂

Oohh...ada 2 kematian dlm ni... Spoiler sorry..💨💨💨

Buku x membosankan, tapi kalau yg mencrik sweet kencing manis, x pyh la kot..

Andd... Mmg trend eh skang buat cerita adik bradik phd lebih..dengg....

I love abg elman...hahahaa😘😍😍😍
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
August 9, 2019
Cerita cinta tapi tak ada sweet-sweet.. Sweet biasa-biasa saja.. Namun macam membaca cerita aksi.. Penghalangnya bukan calang-calang.. Serangan untuk mengelakkan El dan Weir bersama pun bukan biasa-biasa.. Namun cinta yang dicari dan dikejar dengan cara yang betul pasti berhasil..
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.