Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.
Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya.
“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.
Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.
“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang. “Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang. “Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.
Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.
Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan. Lelaki ini pula adalah kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya Abang Ikmal dah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira dah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.
Adira ni manja, baik tu semestinyalah baik, tapi dia lebih suka bawa diri daripada berhadapan dengan masalah. Lagi kusut bila buat telahan sendiri. Bila bersama Haris mesti nak bergenang je airmata. Kena marah sikit pun dah lari bawa diri. Cemburu tu perlu tapi jangan lah diam kan aje.
Haris pulak awal2 lagi dah cakap dia dah beristeri. Bila diperli boleh buat blur and tak ada pun usaha nak hilangkan syak wasangka isteri tentang itu. Menyampah bila ada sesi pujuk memujuk dan akhirnya menuju ke katil. Hampir semua bab kot. Cemburunya kadang-kadang melampau.
Tak apalah asalkan dia bahagia. Biarlah Adira makan hati berulam jantung. Apa-apa pun komunikasi dua hala itu penting. Jangan dipendam sorang-sorang. Kalau salah tegur, kalau bersalah minta maaf, kalau sayang cakap, kalau benci pun kena cakap. Dengarlah cakap suami. Cakap lah elok2 kalau hendakkan sesuatu. Hehehe...
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Okay, I really don't like watak Ikmal. Sangat merimaskan!
Watak Adira is a bit meek; terlalu cepat membuat kesimpulan sendiri.
Watak Haris pula, entahlah, tak faham kenapa bersikap dingin sedangkan dia benar-benar sukakan Adira. Tak faham apa perlunya mengaku di malam pertama yang dia sudah ada isteri, sehinggakan Adira salah faham dengan status dirinya pada Haris.
Is it just me or is there an inconsistency dalam salah satu plot cerita ini? Semasa Adira menumpang di rumah kawan perempuan Ikmal, Adira terdengar suara pasangan sedang berasmaradana, dan Adira begitu kecewa apabila dia mengenal pasti suara lelaki itu. Tidak lain, suara itu milik Ikmal. Sangkaan itu semakin kukuh apabila Haris, ex-best friend Ikmal, juga mengaku wanita itu adalah kekasih gelap Ikmal.
But later in the story, bila si perempuan datang menuntut hak kerana diri sudah mengandung, Ikmal bersumpah bukan dia bapa kepada bayi itu kerana dia tidak pernah berzina. Dan Adira pula boleh terima kata-kata Ikmal dengan mudah sekali. Seolah-olah apa yang dia dengar sebelum itu dan pengakuan Haris tidak pernah berlaku.
Atau mungkin ada penjelasan tentang salah sangka ini, tapi cuma N yang terlepas pandang?
Don't get me wrong. I do like this story. Belum pernah lagi novel-novel Hani Fazuha mengecewakan N, and I certainly wasn't disappointed with this one =)
Perjalanan ceritanya saya kira sama saja seperti novel-novel bergenre cinta di luar sana. Tiada apa yang lain. Tapi... Ceritanya masih boleh dihadam. Cumanya saya kira mungkin ada adegan tertentu yang tidak perlu pun ditambah terutama bila adegan melibatkan Haris dan Dira bertikam lidah.
Baca rileks aje dan banyak kali berhenti sebab nak buat kerja lain tp finally habis tak sampai satu hari. Syok sangat bacaaa hahahaha. Saya sukalah hero dalam novel ni, saya suka watak dia yang tak cepat marah melulu etc.
Bila orang ketigaa adalah abang angkat sendiri, memang payahlah kan. Apa pun bestt bestt. Suka gaya penulisan cik penulis
Magis sentuhan Hani Fazuha memang susah nak tepis. Walaupun kadang-kala ceritanya hanya biasa-biasa tetaplah hati meronta nak beli & baca.
Dan KakChik memang tak tengok drama adaptasi yang ditayangkan sekarang sebab KakChik perangai pelik sikit, alergik kalau dah tengok drama/ baca buku, salah satunya terpaksa dikorbankan. KakChik tak boleh nak set minda untuk mengikuti setiap satunya sebab mesti nak buat perbandingan. :)
Saya tak salahkan Afira bila dia salah sangka terhadap Haris. Sejak malam pertama dah kata ada isteri..mula2 Afira buat andaian then she start asking tapi Haris ni very evasive..ia berlanjutan hingga 3/4 of the book. Of course siapa ditempat Afira juga akan hold back confession. Maybe not everybody. Disini masing2 memendam perasaan.
Then bila Afida serang Afira, Haris segera menerpa dengan soalan, lebih tepat berbaur tuduhan..Haris ni autocratic orangnya. Lebih terguris si Afira ni. Walaupun Haris ni very cheesy, saya tak suka cara memujuk dia..macam lebih melepaskan nafsu instead of beri penerangan yg lebih bernas..apa2 yg dijawab lebih kepada hak suami. Boleh mental jadi Afira.
Haris tak suka Afira layan Ikmal tapi dia juga berlebihan ngan Afida..sampai ke Sabah bersuap makan..gambar terpapar di fb seseorang ..his excuse is mkn dengan all pekerja, daddy and mummy..pada dia bukan masalah..excuse me..kelakuan dia dah lebih..si Afira ni asyik minta maaf je..penerangan Haris kurang mantap dan si Afira ni bila kena pujuk atas katil je jadi lemah.
Haris kata Ikmal and Afira boleh nikah..tapi dia juga lupa dia dan Afida juga boleh..dan lelakikan boleh kahwin empat..dont forget if the bond between Haris and Afida is strong as in related on father side sebab bapa and bapa adik beradik (contoh saja), then melebih dalam pergaulan pun boleh lead to incest..
To top it all, actually, Haris, Afida, Ikmal and Anna dulu satu university..kenapa tak terangkan dari awal..sampai isteri dah lari baru kelam kabut. Itupun makan masa juga..and explanation diberi pun kurang menenangkan hati. Again lead to ... . There are things that happened between Haris and Ikmal while they are studying. (Ikmal bila ngan Afira batas really dia jaga bila dengan Anna tidak..mungkin pada dia yg ingin dijadikan isteri tak perlu dicemarkan..dan antara dia dan Anna pula sebab dua2 rela and dia tahu Anna bagaimana orangnya. Still not a good excuse as a Muslim Man).
Haris sekat lawatan Afira ke rumah mamanya disebabkan Ikmal ada di sana..ni I have no say sebab syurga isteri di bawa tapak kaki suami..tapi kekadang dia langgar and Haris unhappy..cara memujuk lead to ... .
Disebabkan Haris ni hantu kerja, siang malam di office bila dirumah pun bawa balik kerja..Again si Afira ni unhappy tapi pendam perasaan..Haris tahu isterinya unhappy, again cara memujuk ke arah ... . Untillah isteri dia keguguran.
Haris juga suka buat andaian tentang Afira dan Ikmal..mati kutu selalu si Afira ni tapi boleh aje si Afira ni terangkan. tapi macam mana nak terangkan..asal nak terangkan merajuk then kena memujuk..caranya atas katil juga..Well almost every women need to hear the L word tapi action still speaks volume. Then mulut kata cinta pada isteri tapi berkepit ngan Afida..of course meleretlah masalah. Kalau dah berbincang then asyik lead ke arah katil bila masalah nak diselesaikan. No wonder si Afira ni termakan kata2 Afida yg Haris ni hanya ingin melampiaskan nafsu.
Soalan saya :
1. From 4 mths jump to 8 mth plus pregnancy..maybe ada terang mungkin I missed it. 2. Kata si Afida ni dah move to Singapore untuk bekerja bila masa dia baru balik sambung kerja di company Haris dari Melbourne..Singapore ke Melbourne? 3. Keluarga Afira ajak mereka gi bercuti di Istanbul, apa kena mengena dengan Ikmal yg berada di UK? (UK or Paris tak ingatlah). Ikmal tak ikut pun.
Dua2 ada salah..instead of tuding jari je why not have an actual sitting and discuss..Bentangkan apa masalahnya dan jawapan yg diberi janganlah asyik evasive..sometimes rather be hurt knowing the truth than live in secrecy.
Masa Haris cakap dia dah beristeri F dah agak dia duda. Masalah diaorang ni communication
Yelah if takda issue communication takdalah jadi cerita.. ya dak?
Kisah Anna dan Ikmal tu F confused.. Adira kan pernah tengok Ikmal dan Anna tu bercumbu. Camne dia boleh cakap dia tak pernah sentuh Anna. Ada uang F termissed out ke?
Afida tu sepupu kan.. boleh ekk pegang² sesama sepupu bila sepupu tu dah kahwin. Haris pun melayan tanpa batas. Nyampah lak F.
A tu... I love you. . Oh tolonglah! I hate Haris sepanjang 70% pembacaan. Entahlah.. Pada saya, dia ni sejenis lelaki yang selfish lepastu agak possessive. Kenapa bila Dira dengan Ikmal, semedang jelous, semua tak boleh, walaupun memang betullah hak dia sebagai suami untuk halang Dira.. Tapi bila dia dengan Fida? Semedang sepupulah.. Kerjalah.. Tak fikir pulak bini dia cemburu.
Yang Dira ni pulak.. Eii capek deh sama heroin kayak gini. Fikiran dia senang betul dipengaruhi 'aura' Haris. Macam tak reti nak melawan sikit. Sedangkan dia boleh je push Haris untuk berhenti bermesra terlebih dengan Fida tu, tapi dia memilih untuk jadi pasif...?
70% terawal.. Haa tu je la.. Gaduhkan Ikmal, gaduhkan bini pertama Haris.. Gaduhkan Fida.. Haris tu satu hal, cerita pasal bini pertama separuh jalan masa hari pertama dia kahwin dengan Dira... Dah gaduh-baik-gaduh-baik entah kali ke berapa, baru nak bagitahu, dengan alasan untuk menguji Dira...? Weh!
bulan pose ni, tak larat nak review panjang2... masuk opis piki cepat siap kje cepat le blk.. heheh mood pembacaan pn kelaut, sudahnye...
seperti biasa karya HF, sweet2 olahan membelai memang secukup rasa. tapi, entah.. aku lebih suka edisi cerpen yang lebih kemas, tidak meleret2 dengan konflik yang tak perlu ada, watak2 yang tidak matang....
mungkin, bahana membaca petang2 sambil tunggu waktu berbuka.....rasa nak cepat abis jer... ermmmmm....
Sedih ya bila abang angkat yang dah dianggap macam family sendiri dan abang kandung jadi orang ketiga dalam hubungan kita. Ikmal sangatlah menyakitkan hati ya dalam ni, sakit hati dengan watak dia! Haris pun apa kurangnya menyakitkan hati jugak nasib sweet🤣
Satu jeee kesal sikit la sebab ingatkan Dira akan cari family betul dia tapi sampai habis tak cari pun. Tapi saya okay je Overall jalan cerita memuaskan dan tak terlalu berat👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
hemmm... nak cakap aper Eh. .. okey... 1st. .. PERINGATAN!WARNING! ... buku ini tidak sesuai utk bdk2 bawah umur... kenapa? bukannya buku dot..dot.. dot pun... memang. ... tp.. buku ni akan meyebabkan;
1.tahap gula korang naik mendadak... x pasal2 kena hurung kat semut... tahap manis dia kalah org ada penyakit diabetis
2. korang akan rasa Tergedik2 nak kawen... Jgn ckp mak tak payung ya..
seriuslah.. x berapa sesuai utk remaja... kang ramai pulak duk berangan .. berangan x salah... benda free... tp sila kawen dulu utk buku ni ya...
sesuai sgt dgn title LE, ADB bolehlah jd bahan kudapan... rasa dia cukup.. walo pun ada lompong sikit.. tp sikit ja.. x byk...
nasib baik lah kak hani garapan panggilan diorang I dengan U. walaupun agak kasar sikit.. sebab.. x silap.. beza diorg 5 tahun kan... it ok. .. sweet dia masih ada..
konflik cerita ni ade.. cuma x berapa kuat.. mungkin sbb manis si haris lg kot nak banding dgn konflik giler2 tu..
haihhhh.... manalah nak sorok buku ni.. bahaya ni kalo si anak dara baca. belum masa utk didedahkan dgn cerita sebegini
Mula ingatkan ikmal abang yang protective tapi rupanya sebaliknya. Ikmal ada hati dengan dira. Sanggup nak runtuhkan rumahtangga dira dan haris yang telah dibina.
Haris nampak macam orang yang tak ada perasaan sebab awal2 kahwin dah beritahu dira dia dah ada isteri. Tapi siapa sangka haris la seorang yang protective. Tapi bila buat sesuatu tanpa diberi penjelasan macam mana la tak buat orang fikir lain. Contoh cakap tak nak anak dengan dira nak guna protection tapi tak explain pn sebabnya.. kemudiannya baru bagitahu kenapa tak nak anak lagi.😩
Lahai Haris oii napa laa bersemut sgt.. Nampak dia sgt sygkan Dira.. Tapi geram gak laa suka sgt buat Dira salah faham.. Duda berhias Haris nie.. hehehe.. Dira plak cepat sgt berprasangka.. Asik laa menangis.. Langau Afida dan Abg Ikmal..
Novel yang diadaptasi ke drama ini mengisahkan konflik Adira Amani apabila mengetahui dia adalah anak angkat. Adira merasa rendah diri namun ingin membalas budi keluarga angkatnya. Klisenya ada konflik cinta tiga segi dan rasa hati yang tidak terlafaz.
Ada pengajaran dari novel ini - telahan hati sendiri kadangkala perlu dilaraskan dengan berterus-terang. Laras bahasa yang baik namun penggunaan Bahasa Inggeris antara Bahasa Melayu sedikit sebanyak mengganggu bacaan.
Haris yg sangat baik dan penyabar orangnya.. Geram dengan Afida 😤 Tapi mcm xde ending si Afida tu..ke aku yg xperasan🤔 Keseluruhannya sangat suka Adira dgn Haris 😊
Sebelum ni, aku dah pernah baca kisah ni dalam LE yang lain. Jika nak ikutkan aku, aku tak suka karya penulis ni digabungkan dengan mana-mana karya. Kalau boleh, biarlah karya dia standing alone.
Dan sebab karya ni akhirnya digabungkan jugak, maka aku bagi bintang penuh. Haha.
Maaf lah aku nak be frank terus, no sugarcoat whatsoever sebab sepanjang baca novel ni most of my reactions be like what the fish??? Cringe and rasa mcm bodoh pun ada.
Aku dah baca banyak novel karya HF tapi novel ni sorry to say tapi memang childish and immature. Asal ada masalah sikit FL dia lari, baru dengar Ikmal tuduh sepatah, terus percaya lepas tu lari. Lepas tu menangis alamakkk kau yg avoid confrontation lepas tu nangis lepas tu marah-marah tak tentu hala pula what the fish!
Lagi satu Dira ni marah Harris pegi sabah, tinggalkan dengan seribu persoalan katanya. Like? 😃😃😃 kau yg avoid dia malam tu sampai telefon pun tutup sampai berpuluh missed calls padahal Harris tu nak cuba explain tapi yes you avoid him 😭😭
Lagi satu dia punya cringe tu tahap petala ke tujuh, sikit sikit Harisssss, I hate youuuu, I love youuuu, I knowww 😭😭 rasa dah kecut jari aku baca rasa nak shout out loud and tampo je sesapa yg berani tegur aku time tu. CRINGE!
Watak Harris aku geram satu jelah, psl dia tak jujur dari awal about his first wife. Tapi faham tu satu babak saspens yg HF cuba ketengahkan tapi tulah rasa mcm tak kena. Sebab pokok pangkal masalah muncul drpd ketidak jujuran Harris juga.
Stress lah baca novel ni. Nasib baik beli masa pbakl so tak rasa ralat sgt bayar utk senaskah novel.
Update: ok dah habis baca tapi hmmm ending dia pun haduiii. One last chapter dia keguguran, epilog terus masuk bab mengandung lagi? Hm macam tak kena.
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya membaca karya cik novelis. Okey la.. kalau nak dibandingkan dengan versi drama sebab agak perlahan bila diadaptasi ke kaca televisyen. Tapi sangatlah tak sesuai untuk dibaca oleh adik2 yang berumur 18 tahun ke bawah. Macam komen pembaca sebelum ni, banyak sangat adegan di katil. Yang lain, ada juga beberapa kesalahan ejaan dan struktur ayat yang sedikit tidak teratur.
Keseluruhannya, jalan cerita yang boleh dikatakan menarik. Si suami yang agak suka memaksa tapi bila dia jadi doktor cinta, terus cair hati si isteri yang masih bersifat keanak-anakkan (dah kata kahwin dengan budak sekolah). Kenalah terima seadanya. Pulak tu masing2 suka buat andaian sendiri. Dah banyak yang terpendam daripada terluah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pulak suami isteri. Komunikasilah antara jalan penyelesaiannya.
Honestly, aku tertipu dengan review2 tinggi orang lain. Aku sebenarnya dah baca separuh dekat wattpad, it was a fun reading and me buying the book was because of y'all reviews. Tapi tak apalah, aku dah jual novel tu for 18 ringgit. Was it worth it? You tell me.
Novel ni adalah novel melayu pertama yang aku start baca balik selepas aku stop baca novel since 2015. Jadi, aku eksitedlah kan? Lol, last kecundang.
Novel ni ok, bagus. Ada jalan cerita. But for someone that read with her brain, aku tak nampak pergerakan cerita ni. All they ever did was fight, kiss and make up. Sejak depa kawin sampailah aku berhenti baca dekat bab 53. Itu ja yang depa buat.
Watak lain macam abang angkat dia, main peranan jugak. Tapi tulah, I stopped reading and the heck happened to him and the ending pun idk.
Penulis Hani Fazuha tak pernah menghampakan dengan genre cinta romantik yang sinonim dengannya. Saya baca dua versi. Pada saya novel yang dicetak semula ada penambahan yang buatkan ianya lagi best dari versi cetakan pertama. Jalan cerita yang menarik dan takde plot yang berat. Demi mama dan abahnya, Adira Imani terpaksa kahwin dengan Haris Aryan yang tidak dicintainya walaupun Dira kenal keluarga Haris kerana mereka pernah duduk berjiran dulu. Ikmal Reza yang membesar dengan Dira kecewa kerana Ikmal dah rancang nak kahwin dengan Dira bila Dira habis belajar nanti. Ikmal pujuk Dira untuk minta cerai dengan Haris kerana Ikmal cintakan Dira. Tapi Dira dah anggap Ikmal macam abangnya sendiri walaupun hanya abang angkat. Afida, sepupu Haris pula asyik menempel dengan Haris buat Dira sakit hati dan cemburu. Dira terkejut dan sangat marah bila dapat tahu yang Ikmal dan Fida berpakat untuk runtuhkan rumah tangganya. Watak Adira tak dapat menambat hati saya. Haris pula seorang suami yang setia dengan Dira. Tapi bab terus terang dengan Dira yang Haris ada isteri pertama macam tak releven nak beritahu pada malam pertama pulak tu. Saya hairan Ikmal boleh bercumbuan dengan Anna yang Haris sebut sebagai kekasih gelap Ikmal. Bila Anna mengandung, Ikmal dipaksa bertanggung jawab padahal Ikmal tahu Anna sedang mengandungkan zuriat Datuk Bakhtiar. Pada saya, Anna adalah kekasih gelap Datuk Bakhtiar. Cuma watak Anna dan Datuk Bakhtiar macam cameo saja. Kalau ditambah plot mereka mungkin lagi menarik. Keseluruhan cerita tetap menghiburkan walaupun ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan.
Cerita antara Haris dan Adira agak sweet dan tak banyak cabaran sgt.. ok untuk yg nk baca buku for santai2.. since dah pernah tgk adaptasi drama untuk buku ni , so masa membaca tu mmg otak terus map kepada pelakon yg bawa watak2 dalam cerita nie.. terganggu lah sikit.. Tapi so far cerita menarik dan tak banyak konflik yg peningkan kepala.. konflik ringan2 n lepas kena pujuk konflik selesai.. :)
Cerita dia agak meleret, baca pon mengantuk, byk kali baca letak balik .. Boleh puji jgk haris mmg syg bini, tp dia mmg lack cmunication, both adira and haris bg sy byk childish dlm menangani masalh esp haris mcm x serius so dira mkn hati jerr...
My review: Ya Tuhan, sakitnya hati baca buku ni 😭 Rasa nak ketuk kepala Adira and Haris. Yang sorang suka memendam, yang sorang lagi suka tak berterus terang 😫
POV: 1st POV (MFC’s POV)
Ending: Happy ending (Adira pregnant)
Side Character: Ada MC and FC yang work together untuk pisahkan Adira and Haris
Trigger: Miscarriage
This entire review has been hidden because of spoilers.