Selain Alegori Gua (Allegory of the Cave), mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Socrates pernah menggunakan matahari dan garis dibahagikan (divided line) sebagai analogi untuk menerangkan idea falsafahnya. Malah ketiga-tiga alegori yang Socrates gunakan mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Untuk yang tidak mengetahui, Alegori bermaksud metafora yang menggunakan tempat, watak, dan peristiwa sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan idea dengan maksud yang lebih luas.
Alegori secara praktikalnya telah digunakan secara meluas dalam sejarah dalam pelbagai bentuk sebagai alat untuk menjelaskan konsep dan idea yang kompleks supaya mampu dihadam oleh pembaca, pendengar atau pemerhati.
Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:
"Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.
Tapi, aku cipta Naruto untuk beritahu generasi muda bahawa walaupun terdapat kesusahan dalam hidup, kalian tetap akan dapat melaluinya. Selain itu, aku lebih gemar pembaca mencari sendiri apa yang mereka dapat daripada Naruto."
Maka, karya Naruto dapat menjadi medium yang baik untuk para pembaca mengenai sebahagian idea falsafah.
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification.
Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.
Dari dulu, aku tertarik dengan Pain dan Shikamaru. Pain nak bagi orang lain rasa sakit supaya dunia aman. Macam mana kau nak tahu kau aman sekiranya kau tak pernah rasa selain itu? Sekiranya perang tak pernah terjadi dari awal2 kejadian manusia, macam mana kita nak tahu akibat perang tu? Shikamaru pula semacam mengajar aku untuk tak ambil kisah benda yang tak perlu. Kau takyah overthinking sangat laa. Hidup ini mudah, jangan susahkan.
Penulis memulakan karya beliau ini dengan mitos di sebalik kisah Naruto termasuk mitos ninja. Kemudian, penulis mula mencerahkan pembaca dengan falsafah di sebalik watak-watak dalam Naruto. Memang best sampai kau boleh ingat setiap detik dalam manga, anime Naruto (kalau kau layan).
Aku harap lebih banyak manga yang dibedah. Terima kasih Zamir!
Ilmu falsafah ini kompleks sebenarnya, tetapi penulis berjaya simplify ilmu berat ini tanpa meninggalkan sedikit pun maklumat. Mungkin kerana manga Naruto sangat dekat dengan hati penggemarnya termasuk aku. Hubungkait watak-watak Naruto dari segi personaliti dan tindakan dengan psikologi, falsafah, ilmu manusia dan sejarah, tidak dinafikan ianya satu idea yang bernas dan penulis berjaya mendekatkan falsafah berat kepada pembaca yang zero knowledge pasal falsafah macam aku. Serious aku enjoy gila baca Alegori Naruto ni. Detail, mendalam dan ketagih.
Nak kata aku ni peminat fanatik Naruto, tidaklah sangat pun. Tapi aku memang mengikuti siri Naruto ni sejak dari bangku sekolah lagi. Jadi, aku agak tertarik apabila menemui buku Alegori Naruto ni. Isi kandungan yang sangat menarik. Aku paling suka dengan selitan kisah rakyat Jepun dan kaitannya dengan dunia Naruto.
Aku juga rasa analisis penulis mengenai karakter-karakter dalam manga Naruto dengan individu-individu di dunia nyata juga amat menarik. Banyak info baru yang aku belajar daripada buku ini. Jika anda peminat setia Naruto, disyorkan untuk membaca buku ini juga.
Sebenarnya aku tak tengok sangat pun Naruto ni. Sebelum beli pun aku tak yakin, adakah sesuai dibaca untuk orang yang tidak menonton (aku tonton hujung-hujung masa kemunculan madara). Tapi aku cuba. Memang menarik. Buku ini boleh aku katakan buku yang sesuai untuk pemula yang ingin membaca buku-buku falsafah. Bukan saja falsafah, dapat jugalah sedikit sebanyak info mengenai asal usul ninja yang sebenar. Habis baca buku ni, aku terus marathon Naruto Shippuden. Sekarang dah episod 25. Hahahahahahahah.
Sangat enjoy. Daripada sebuah karya yang biasanya kita anggap ringan (naruto), apa lagi oleh remaja belia dan kanak kanak, Zamir mengubahnya menjadi sesuatu yang cukup kompleks dan dalam maksudnya. Sangat suka dengan penerangan yang sangat detail berkenaan watak yang terdapat dalam naruto. Penulis juga membuktikan pengamatannya yang dalam dan juga pembacaannya yang luas sehingga mampu menghasilkan karya falsafah yang mesra sebegini.
Aku rasa bahagian Naruto & Falsafah sgt menarik sebab penulis terangkan setiap watak dari sudut falsafah. Cuma bahagian awal aku agak kurang minat. Mungkin sebab terlalu mendalam dan aku tak pernah tahu tentang mitologi dan lain-lain.
Bagi aku buku ni menarik di awalnya sbb menceritakan tntg latar tempat, masyarakat and budaya jepun itu sendiri. Struktur pemerintahan shogun dan asal usul ninja. Dan yg paling menarik buat aku is the last part of this book which is naruto dan falsafah. Aku sebenarnya unexpected gak bila baca bahagian ni asalnya aku fikir penulis hanya nak sentuh bab pengajaran dan nilai, but, falsafah2 yang diketengahkan mmg menarik and nmpk kaitan pada watak dalam dunia naruto itu sendiri. Good joob and well done for this karya.
Mula mula baca agak boring, tapi lama lama makin best. Sesiapa yang minat cerita Naruto patut baca buku ni. Sarat dengan falsafah hidup yang tak terlalu berat untuk dihadam.
'Naruto mungkin tidak merevolusikan sebuah perkara yang fizikal seperti undang-undang dan sistem politik di dunia realiti, tetapi Kishimoto cuba untuk merevolusikan jiwa dan persepsi pembaca.'
Ada segelintir yang berfikiran bahawa Naruto ini hanyalah animasi yang tidak membawa apa-apa makna yang signifikan. Siri kegemaran ramai yang terkenal di seluruh pelosok dunia ini, sememangnya menawarkan lebih daripada sekadar 'animasi'. Jika ditonton dan dibaca dengan minda yang terbuka dan penghayatan yang sewajarnya, terdapat banyak pengajaran yang boleh dihayati menerusi karya ini. Dan pengajaran-pengajaran tersebut boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan kita sendiri, seperti pengorbanan, persahabatan, etika, moral dan yang paling penting, usaha yang tidak putus untuk mencapai cita-cita dan impian.
Dalam kelompok masyarakat sekeliling, mungkin wujud watak seperti Naruto yang dianggap nakal, watak seperti Shikamaru yang dianggap malas, watak seperti Hinata yang dianggap lemah, watak seperti Rock Lee yang dianggap tidak bijak. Kita cenderung meletakkan label dan menghakimi tanpa mengetahui dan cuba memahami asbab perwatakan mereka. Buku Alegori Naruto ini mempersembahkan perspektif yang berbeza, perspektif yang perlu kita fikirkan dalam proses memahami karakter dan perwatakan bukan sahaja watak dalam dunia Naruto bahkan manusia sekeliling yang wujud dalam realiti kehidupan kita sendiri.
Buku Alegori Naruto ini bagi aku, mampu menarik minat sesiapa sahaja, baik peminat Naruto, peminat falsafah mahupun mereka yang tidak pernah membaca manga ataupun menonton anime Naruto itu sendiri.
Bagi peminat Naruto, buku ini mengetengahkan perspektif yang berbeza dan lebih mendalam tentang watak-watak dalam dunia Naruto. Pembaca juga berpeluang merungkai dan memahami sejarah dan falsafah di sebalik penceritaan dan pembentukan watak menerusi karya Naruto.
Bagi peminat falsafah pula, penerangan berkaitan falsafah diolah dengan baik sekaligus memudahkan pembaca untuk memahami makna dan penjelasan bagi setiap falsafah yang diketengahkan.
Secara keseluruhan, Naruto dan falsafah adalah satu kombinasi yang sangat menarik. Thumbs up!
Alegori naruto.Oleh Zamir Mohyedin.Buku yang membedah tentang falsafah dan pengajaran yang diperoleh dari anime naruto.
Bab 1 menerangkan sejarah serta warisan ninja dan seni.Perbandingan dan unsur-unsurnya dimasukkan oleh kishimoto ke dalam naruto.
Bab 2 pula menceritakan mitologi (kisah dongeng atau mitos) dan cerita rakyat jepun yang dimasukkan ke dalam Naruto.Melalui bab saya mendapati naruto diadaptasi dari kisah dongeng rakyat jepun Contohnya berkaitan princess kaguya.Seperti ada unsur puteri gunung ledang pun ada.Begitu juga kisah lagenda 3 sannin.Kisah sharingan yang diambil dari dewa budha.Begitu juga konsep "pain".
Bab 3 Paling menarik perhatian saya.Dihuraikan iktibar dan falsafah beberapa watak naruto.Paling mencuri tumpuan saya apabila penulis menghuraikan tentang Danzo yang menganut politik machiavelli.Di tengah kekusutan politik Malaysia saya mendapat iktibar ketika membaca falsafah ini.Falsafah keamanan Madara juga antara yang mencuit saya.Diterangkan bahawa naratif cerita dan watak antagonis menampakkan falsafah madara nampak jahat.Sedangkan madara membawa falsafah yang lebih realistik.Selain itu,ada juga yang memberi inspirasi seperti watak might guy dan shikamaru.Dan watak-watak lain.
Kesimpulannya, banyak idea yang mahu disampaikan oleh pelukis manga naruto ini.Naruto bukan hiburan untuk kanak-kanak sahaja.Malah mempunyai banyak iktibar untuk individu atau masyarakat merentasi lapisan umur.
Alergori Naruto mengaitkan sejarah, mitologi, dan falsafah dengan Naruto. Fokusnya pada apa yang penulis dapat dari animasi Naruto sendiri.
Kalau tengok pada isi kandungan pun kau dah boleh tau apa yang bakal diulas.
Kalau cerita pasal sejarah dan mitologi, of course aku tak tau. Falsafah apatah lagi. Tapi ada beberapa point of view untuk watak2 yang dikaitkan dengan beberapa falsafah, aku tak setuju. Tapi aku takde lah nak kata penulis salah. Setiap orang ada pandangan berbeza, lagi2 untuk peminat naruto.
Yang bagusnya buku ni, bagi aku, dia menarik peminat naruto yang malas membaca untuk membaca. Dan berbincang tentang buku ni. Secara tak langsung meningkatkan ilmu.
Sebuah buku yang menukilkan asal usul ninja, sejarah ninja yang turut disoroti dengan perbandingan konsep ninja sebenar dan ninja di dalam animasi. Setiap falsafah yang tersingkap bagi karakter-karakter utama di dalam anime Naruto mempunyai sisi yang bagus dan perlu dimanfaatkan sebagai pengajaran untuk kita melihat, menghargai dan menghayati keindahan alam di kaca mata yang berbeza dan bermakna.
Sebuah buku yang bagus dibaca bagi segenap lapisan masyarakat. Membacalah buku ini dengan hikmah !
Saya menjangkakan penulis mengupas falsafah anime Naruto ini daripada peristiwa-peristiwa atau konsep penceritaan, beliau mengaitkannya dengan watak-watak secara langsung. Suatu sudut pandangan yang baik. Walaubagaimanapun, saya berpandangan penulis berpotensi untuk mengupas lagi falsafah-falsafah yang terdapat daripada plot penceritaan dan lain-lain. Siapa tahu, mudah-mudahan terbitnya pula Alegori Naruto 2. Anyway, a good start. Recommended to read.
Bukan peminat Naruto pun boleh faham apabila baca buku ini. Saya suka watak Might Guy, orang yang tidak suka ikut sistem dan lebih fokus pada kelebihan sendiri. Dia contoh bahawa hard work beats talent.
Watak Shikamaru pula berlawanan dengan Might Guy. Dia menunjukkan bahawa untuk berjaya, kita tidak perlu jadi paling kuat atau paling rajin. Asalkan tenang dan tahu guna otak, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Selaku orang yang tak pernah mengikuti anime Naruto; aku jadi teruja nak tengok semua siri Naruto, Naruto Shipuden & Boruto lepas habis baca buku ni. Selama ni yang aku tahu, watak dalam anime Naruto ada 3 orang je; Naruto, Sasuke, Kakashi. Rupanya, ramai lagi watak & jutsu pelik-pelik dalam cerita tu. Haha
Anime Naruto bukanlah hanya manga atau anime semata-mata. Kalau kita perhalusi setiap watak yang ada, setiap insiden yang berlaku, semua akan merujuk kepada dunia sebenar yang berlaku sekarang. Buku ini memandang Naruto dari sudut falsafah yang kompleks namun mampu memberikan gambaran sebenar apa yang ada dalam fikiran penulis dan pelukis Naruto.
Gaya penulisan Zamir yang menarik dan berjaya mengaitkan karya manga Naruto dengan falsafah. Mula berminat untuk menonton anime Naruto selepas melihat buku ni diterbitkan sekitar tahun 2019. Mula menonton Naruto ketika tahun Covid-19. Namun, baru sempat membaca buku ini pada tahun ini.
Buku yang sangat bagus untuk memahami falsafah dan refleksi diri sendiri.
Aku bagi full sebab aku minat bagaimana penulis mengambil serius tentang anime yang selalunya orang layan untuk berhibur saja. Tapi penulis bawak dia to the next level, jadikan ia sketsa yang serius dan boleh dipelajari falsafahnya.
Minat anime naruto dari kecil tapi ada masa susah nak faham/ tak terfikir akan cerita atau apa yang dikatakan falsafah disebalik anime ni. Namun buku ni telah menerang falsafah disebalik naruto dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan tidaklah terlalu berat.
Buku ini mengingatkan aku tentang satu kupasan video dari UTAM bertajuk Naruto - Satu Pengkajian Serius beberapa tahun dahulu. Cuma dalam buku oleh Zamir Mohyedin ini telah memudahkan aku untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Masashi Kishimoto. Penulis juga telah meletakkan sejarah budaya Jepun dan selingan dari falsafah Barat terhadap perkembangan watak dan karakter di dalam Naruto.
Yang paling aku minati adalah kisah Danzo Shimura dan Sarutobi Hiruzen. Bagaimana kedua karakter ini memerlukan satu sama lain bagi memastikan kelangsungan kewujudan Kampung Konoha. Zamir Mohyedin juga mampu menerangkan dengan baik kaitan dan tingkah laku Danzo Shimura dengan strategi dalam buku The Prince oleh Niccolò Machiavelli.
Alegori membawa maksud metafora yang menggunakan tempat, watak dan peristiwa sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan idea dengan maksud yang lebih meluas. Pencipta siri Naruto, iaitu Masashi Kishimoto, telah menerapkan elemen falsafah dalam manga ciptaannya, dan seterusnya diterangkan dengan lebih terperinci oleh saudara Zamir dalam buku ini.
Secara asasnya, buku ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, sejarah, mitologi dan ulasan falsafah melalui watak. Siri Naruto itu sendiri berlatarbelakangkan dunia ninja dan menyelitkan beberapa elemen mitologi Jepun dalam plot penceritaannya. Seterusnya, watak-watak dalam siri Naruto ini mewakili beberapa falsafah seperti kompleks inferioriti, fatalisme, eksistensialisme, absurdisme, dan realisme menurut sudut pandang Machiavelli.
Aku tertarik dengan ulasan falsafah mengenai Shimura Danzo, iaitu antara watak yang paling dibenci dalam siri Naruto. Shimura Danzo boleh diklasifikasikan sebagai Machiavelli dalam dunia Naruto. Sesiapa yang pernah menonton anime atau membaca manga, pasti mengenali siapakah Danzo, kejahatan yang Danzo lakukan, dan banyak lagi perkara jahat yang dilakukannya. Tetapi, semua itu bertujuan hanya untuk melindungi Konoha daripada ancaman luar.
Buku ini menunjukkan betapa kompleksnya siri Naruto, sekaligus dapat membuka mata orang ramai bahawa anime/manga bukan sekadar hiburan semata-mata, serta memadamkan tanggapan bahawa anime hanya untuk budak-budak.