Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kenangan-Kenanganku di Malaya

Rate this book
Begitu mendalam cinta Hamka kepada umat dan bumi Melayu sehingga ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Hamka ikut menyambutnya dengan penuh rasa terharu. Dengan penuh semangat diserunya nama Hang Tuah, ” Hai Hang Tuah! Terbuktilah sekarang apa yang pernah engkau katakan: Bahawa Melayu tidak akan hilang dari dunia!”

Sempena saat bersejarah itu Hamka mencurahkan rasanya dalam buku Kenangan-Kenanganku di Malaya (1957) yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannnya.

245 pages, Paperback

First published January 1, 1957

20 people are currently reading
183 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
60 (50%)
4 stars
45 (37%)
3 stars
13 (10%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
August 26, 2022
Walaupun tajuknya berbunyi seperti memori Buya Hamka di Malaya, ia lebih kepada nasihat kepada negara yang baru sahaja merdeka. Hamka mengingati kepada saudara serumpunnya di seberang Selat Melaka akan sejarah bangsa Melayu, sejarah raja-raja Melayunya, bahasa Melayunya, agama Islam yang dianutinya, dan ancaman terhadap budaya Melayu dari pengaruh penjajah dari Barat. Walaupun diterbitkan pada 1957 tetapi syarahan, teguran dan nasihat Buya Hamka masih relevan hari ini.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
January 1, 2024
Sebagaimana yang disebut dalam kebanyakan review di laman ini, saya juga mulanya menyangka isi buku ini adalah sebuah travelog kerana tajuknya yang demikian.

Tapi hakikatnya isi buku ini agak berat & berkisar tentang pengisian merdeka bagi Tanah Melayu, yang mana ketika buku ini ditulis, leluhur kita sedang bersiap untuk menyambut perisytiharannya. Malahan, beberapa pandangan penulis yang diutarakan dalam buku ini pada 1957 juga saya kira masih relevan untuk Malaysia di tahun 2024.

Termuat juga di sini sejarah Indonesia dari sudut sosial & kenegaraan serta pengalaman mereka dalam mengorak langkah sebagai sebuah negara baharu.

Sebagai Melayu Muslim yang memegang kewarganegaraan Malaysia, saya juga cukup berbangga apabila penulis turut mengiktiraf nama-nama seperti Za’ba, Dr Burhanuddin, Pak Sako, Boestamam, Usman Awang, P Ramlee, Ibu Zain, Tunku dan lain-lain.

Saya juga memuji langkah penerbit yang membuat rujukan silang pada sumber lain dan membetulkan beberapa fakta di dalam buku ini yang kurang tepat. Pembetulan beserta sumber tadi dilampirkan di nota kaki. Saya percaya penulis tidak berniat untuk melakukan kesilapan sedemikian, tetapi perkara tersebut berlaku kerana kekangan pada zamannya di mana rujukan dan sumber pada waktu itu adalah sangat terhad.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
April 3, 2019
"Dengan dada berdebar-debar laksana seorang puteri menantikan kekasihnya yang tidak kunjung datang, demikianlah saya menunggu kemerdekaan Malaya. Kakaknya pulau-pulau Indonesia telah lebih dahulu 12 tahun keluar dari dalam lubang penjajahan itu. Tetapi hatinya tidak senang mengapa adiknya tidak kunjung datang!"

#1
Perenggan permulaan buku ini sudah membuatkan saya tertarik, terharu dan tersenyum-senyum. Mana mungkin buku ini saya lepaskan lagi.

#2
Buya Hamka menceritakan hubungan antara Malaya (ketika itu) dan Indonesia, terutamanya bangsa melayu.

#3
Sejarah kesatuan melayu nusantara atas dasar perjuangan Islam menentang penjajah yang silih berganti, menjadi saksi melayu memang kuasa besar dan Islam menjadi titik persamaan yang kuat.

#4
Buya juga mengupas anasir-anasir penjajah yang menerobos masuk ke alam melayu (dan Islam) yang akhirnya melemahkan kuasa lalu mula menjadi bangsa yang dipijak-pijakkan.

#5
Hal termansuhnya kuasa sultan-sultan melayu di serata negeri Indonesia (seperti Deli, Demak) sangat menyedihkan. Walhal, peranan golongan raja dalam memartabatkan kebangkitan dan perkembangan Islam bukan sedikit.

#6
Namun kelicikan penjajah untuk merosakkan jatidiri mereka membuahkan hasil. Pendidikan yang diacukan, menjauhkan hubungan raja dan rakyat, malah sampai lupa daratan. Sudahnya, rakyat tidak percaya lagi kepada pemerintah sebegini.

#7
Saya paling suka bab "Di Sekeliling Kebudayaan Melayu". Aduhai, cantik sungguh budi dan daya orang Melayu. Dari segi tarian sekalipun. Apa lagi hal-hal adat adab, tulisan melayu (jawi), pakaian dan lain-lain. Melayu dan Islam sangat cantik gabungannya.

#8
Bab ini juga tergantung. Penerbit perlu semak ayat terakhir mukasurat 221.

#9
Tulisan Buya Hamka tahun 1957 ini, masih relevan untuk bacaan sekarang. Malahan, ada perkara-perkara yang menjadi kebimbangan beliau, sudah pun berlaku.

#10
Bacalah. Tak rugi.
Profile Image for Affendi Alias.
15 reviews5 followers
November 7, 2021
Kenangan-kenanganku di Malaya ini tidak seperti tajuknya. Bukan mengisahkan pengembaraan Hamka di bumi Malaya. Perkara utama yang disentuhnya di sini adalah perkara pokok tentang sebuah bangsa. Sebuah bangsa yg besar meliputi seluruh kepulauan dan semenanjung nusantara. MELAYU.

"Kalau kita sudah masuk memperkatakan Melayu jati atau tidak jati, kian lama susutlah bilangan kita laksana garam yg direndamkan masuk air."

Persoalan yg berterusan memecah-belahkan sebuah bangsa. Walhal MELAYU itu dulu besar dgn Langkasukanya, Srivijayanya, Majapahitnya, Demak, Mataram sehinggalah kerajaan besar seperti Melaka, Riau, Acheh. Dalam buku ini Hamka cuba menerangkan secara ringkas bagaimana dari sebuah keagungan hingga membawa kehancuran akibat sikap. Sikap yg mudah tergoda dgn kesenangan duniawi hingga boleh diperbodohkan kaum penjajah hingga akhirnya menjadi benua pembekal kuli terbesar dunia. Ada satu bab tentang bagaimab Raja2x Melayu ini digoda utk berpecah belah demi mudah untuk dikuasai.

Yang si Jawa berseteru dengan Sunda dan Melayunya. Bukan setakat berperang secara fizikal bahkan berantakan di dalam soal budaya dan bahasa.

Setelah kemasukan bangsa penjajah bangsa Melayu semakin terjerut dalam dilema antara terus berpegang kepada budaya asli, budaya mengikut landasan Islam atau meniru gaya totok penjajah. Contoh di Indonesia sendiri terbahagi kepada dua golongan terpelajar yg mana satunya berpaksi kepada gerakan Islam dan satu lagi berpegang kepada budaya Eropah. Bermulalah babak terjadinya apa yg kita panggil cultural shock di kalangan penduduk nusantara waktu itu yg akhirnya seperti kita ketahui budaya apa yg akhirnya menang hingga ke saat ini.

Sejujurnya buku ini menyatakan apa yang dirasai oleh Hamka tentang kemelut yg melanda bangsa MELAYU hingga kini. Memang selayaknya buku ini menjadi sebahagian koleksi kita yg berbangsa MELAYU untuk menjadi pedoman buat diri kita dan generasi yang akan datang. Terima kasih Buya HAMKA.
Profile Image for Nadia.
53 reviews
February 8, 2020
Mula-mula masa beli buku ni, agak dalam sehari boleh habis kot. At least 2 hari. Rupanya tak. Buku ni agak berat dan tak santai. Banyak yg diperturun dgn harapan kepada Tanah Melayu (Malaysia) daripada Hamka dgn mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di Indonesia memandangkan Indonesia merdeka dahulu dari Malaysia.

Byk frasa-frasa Melayu yg di olah oleh Hamka ke dalam maksud yg mudah. Digunakan ayat yg mudah utk difahami utk menerangkan beberapa frasa seperti "budi bahasa".

Bila baca buku ni, makin bertambah kecintaan kepada bahasa Melayu. Betapa selama ini kita mengaggungkan bangsa luar utk menggerakkan negara kita sendiri.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
May 18, 2019
Buku pertama yang dibaca hasil nukilan Hamka, yang mana sejujurnya saya tidak layak untuk mengulasnya.

Seperti yang diharapkan dari legasi beliau. Penuh dengan seni penulisan Melayu, penuh dengan sejarah, sarat dengan ilmu merangkumi pelbagai bidang disiplin, penuh dengan teguran & kritikan membina disana-sini.

Amat jelaslah dari buku ini yang Tanah Melayu amat dekat dengan jiwa beliau. Segala yang berkaitan dengan Tanah Melayu; seperti bahasa Melayu, tulisan Melayu (jawi), malahan busana baju Melayu juga dengan bangganya beliau akui amat dekat dengan jiwa beliau. Tidak menghairankan memandangkan beliau berketurunan Minangkabau, yang mana peradabannya lebih dekat dengan suku kaum Tanah Melayu berbanding dengan suku kaum Jawa (yang menjadi suku kaum majoriti di Indonesia) itu sendiri.

Menelusuri kisah suka-duka tanah air kita dalam mengecap kemerdekaan dari kaca mata seorang jiran yang amat prihatin semestinya menjanjikan satu pengalaman pembacaan yang mengharukan. Walaupun buku ini ditulis oleh beliau pada tahun yang sama kita merdeka (1957), iaitu lebih dari 60 tahun yang lalu, namun ianya tetap relevan untuk dibaca hingga ke hari ini.

Segala permasalahan, konflik dalaman, mentaliti hasil dijajah di kalangan rakyat bawahan, malahan hingga ke kisah percaturan politik di peringkat pemimpin negara juga ternyata benar & sesetengahnya masih berlaku hingga ke hari ini. Menunjukkan beliau sememangnya seorang cendekiawan yang sentiasa berfikir demi bangsanya, yang selalu mengharapkan yang terbaik dari bangsa beliau sendiri.

Anda perlu baca sendiri untuk mengalaminya. Tidak sabar pula ingin membaca koleksi peribadi buku beliau yang lain (Di Tepi Sungai Dajlah: Kembara ke Kota Baghdad, Iraq, 4 Bulan Di Amerika Jilid 1, Sejarah Umat Islam, Falsafah Ketuhanan] selepas ini.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
October 18, 2020

Terima kasih Pak HAMKA, untuk cinta yang sedalamnya buat Malaya.

“Kita terdiri daripada satu suku yang besar, suku Melayu, berdiam di atas setumpah tanah pusaka, maka berkembanglah anak cucu, sehingga terpaksa rumah yang usamg dirobihkan dan didirikan rumah baru fua. Uah : rumah Indonesia dan rumah Malaya. Namun perumahan tempat mendirikan rumah adalah tanah yang setumpah itu juga, dan keris pusaka asli pun masih tetap terpelihara.

Dan agama Rasul (Islam) adalah sandaran yang kuat dari jiwa kita”

#surimembaca
#buku2020
#my2020books
#malaysiamembaca
#kenangankenangankudimalaya
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
September 2, 2019
Sewaktu menguliti buku ini, pembaca pasti akan terkenang buku-buku dengan tema jati diri yang sama terutamanya buku Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu oleh al-Attas, juga beberapa buku lain yang berkaitan seperti Identity oleh Fukuyama, Salasilah oleh Zurinah Hassan serta karangan-karangan Za’ba semisal Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangan serta Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Travelog ini mungkin satu-satunya buku yang Buya Hamka kupas dari aspek bahasa pada sudut yang paling dalam sekali. Di sinilah penulis menceritakan peri penting mengekalkan akar Bahasa Arab dalam kepustakaan Bahasa Indonesia dan Malaysia supaya akar budaya, agama dan ketamadunan Islam itu tidak mudah tercabut dan dihenyak dengan mudah oleh kebudayaan dan ketamadunan Barat. Madrasah Prof. al-Attas telah mengarang dan menyumbang banyak dalam aspek ini.

Buku ini dimulakan dengan analisis sejarah Tanah Melayu oleh Hamka (rujukan silang terhadap karya al-Kawakibi dan Ahmad Shakib Arslan juga turut dilakukan) sebelum Hamka mula berganjak perbahasannya ke medan bahasa. Pada akhir-akhir bab buku ini, Hamka ada mencoretkan pengalaman beliau bersahabat erat dengan Pendeta Za’ba. Hamka juga turut mengenali tokoh-tokoh bahasa yang penting di Tanah Melayu seperti Tongkat Warrant (Usman Awang), Ungku Aziz dan Abdul Rahim Kajai.

Tidak dinafikan lagi, buku berbentuk travelog seperti ini dan juga buku 4 Bulan di Amerika, ditulis oleh Hamka pada akhir hayat usianya kerana kata Hamka dalam buku ini, persidangan bahasa yang beliau hadiri di Tanah Melayu itu, 99% daripada ahli mesyuaratnya adalah pembaca karya-karya beliau.

Satu lagi sisi penting yang dibahaskan dalam buku ini ialah perihal peri pentingnya kesepaduan ilmu. Perkara ini disentuh oleh Hamka ketika menyuarakan nasihat kepada ilmuwan agama yang 'tidak celik' akan urusan-urusan dan ilmu-ilmu di luar bidangnya seperti ilmu logik, pengurusan, isu-isu kontemporari dsb. sehingga tidak mampu berinteraksi dan menawarkan solusi terhadap cabaran semasa.

Hamka membawa contoh tokoh semisal al-Ghazali yang mampu mengadun ilmu-ilmu ini, kisah Saidina Umar yang mengatakan kepada pemerintah bahawa ilmu itu didatangi dan bukannya mendatangi (ْالعلم يُؤْتَى ولا يَأْتِي), teguran tegas Sultan al-Ulama' Izzuddin Abd al-Salam terhadap cukai yang dikenakan kepada rakyat serta Syeikh Ahmad al-Adwi yang enggan membongkok ke lutut apabila berjumpa dengan sultan.
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews8 followers
April 20, 2019
Selesai menyudahkan pembacaan Kenangan-Kenanganku di Malaya karangan Buya HAMKA.

Membaca mukadimah sahaja membuatkan saya terharu.

Dengan dada berdebar-debar laksana seorang puteri menantikan kekasihnya yang tidak kunjung datang, demikianlah saya menunggu kemerdekaan Malaya. Kakaknya pulau-pulau Indonesia telah lebih dahulu 12 tahun keluar dari dalam lubang penjajahan itu. Tetapi hatinya tidak senang mengapa adiknya tidak kunjung datang!

''Mari adik! Mari sayang! Mari kita berjalan kembali menempuh jalan raya sejarah berbimbing tangan, mari kita hadapi segala kesulitan dengan kepala terangkat, Tuhan memimpin kita!''

Saya suka memetik tulisan yang apologetik Buya HAMKA dan ini saya tujukan kepada bangsa DAP dan mereka yang memusuhi umat Islam, menghina Raja-raja Melayu dan tidak menghormati bahasa Melayu. Mereka yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.

''Pengaruh agama Islam telah amat besar ke dalam jiwa kita. Sebab itu kita tidak menolak orang dari manapun datangnya asal dia sudi berkhidmat dalam tanah kita dan memakai bahasa kita. Tetapi dada yang begitu luas kita dedahkan di hadapan dunia, kerapkali disambut salah oleh tetamu kita. Orang Inggeris dan orang Belanda telah mempergunakan kebaikan hati kita menjadi kuda untuk menjajah kita. Orang Cina menjadi soal besar di Indonesia. Yang bilangannya dua milion di antara lapan puluh milon kita. Apatah lagi di Tanah Melayu yang tiga milion di antara tiga milion orang Melayu. Sejak dari tong kotoran najis sampai sayur, sampai bank dan perusahaan besar, mereka yang menguasainya. Tidak pula mahu bercampur-baur dengan kita. Malahan di Indonesia merekalah yang menjadi alas penjajahan. Mereka mendirikan sekolah sendiri. Bahasanya tidak kita kenal, hurufnya tidak kita ketahui. Dan dia berbuat apa yang dia sukai. Maka selama mereka belum berfikir cara Melayu, menghormati Melayu, selama itu pula soal Cina akan tetap menjadi besar.

Dengan kita memakai nama kebangsaan Melayu dan Semenanjung meninggikan agama Islam, lebih terjaminlah keamanan memeluk agama lain dalam negeri kita. Sebab agama kkta telah mengajarkan bahawa tidak ada paksaan di dalam agama. Bahkan di dalam al-Quran ada diperintahkan kepada pihak yang berkuasa di dalam Islam supaya memerintahkan kepada Ahlul Injil, iaitu orang Kristian supaya mereka menjalankan hukum Injilnya di dalam golongannya sendiri di bawah perlindungan Islam.''
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
September 28, 2020
HAMKA menuangkan rasa cinta beliau kepada Tanah Melayu dengan penuh perasaan di dalam buku ini. Tidak ramai pembaca Hamka yang mengetahui kewujudan buku ini termasuk orang-orang Indonesia sendiri kerana buku ini dulunya diterbitkan di Singapura yg masih sebahagian dari Malaya pd tahun 1957(dicetak dlm tulisan melayu jawi. Hubungan antara kedua negara berjiran iaitu Indonesia dan Malaya ini digambarkan oleh beliau sebagai "kakak" dan "adik".


Nama Melayu berasal dari Pulau Sumatera. Hal ini demikian kerana didalam "sejarah Melayu" ada menyebut asal usul keturunan raja-raja Melayu itu sendiri dari Palembang, Minangkabau, Singapura dan akhirnya ke Melaka. Setelah menilik asal usul Raja-Raja, mari kita tilik asal usul penduduk Semenanjung Tanah Melayu iaitu peribumi yg sebenar asli tidak ada, yg ada hanyalah orang Sakai atau Jakun. Dan selepas itu suku Minangkabau adalah yang pertama mendirikan Negeri Sembilan dengan memakai adat Perpatih Nan Sebatang. Raja Minangkabau yg pertama adalah Raja Melewar. Bahasa Minangkabau juga dari bahasa Melayu tetapi dengan pelat daerah bahkan bahasa Medan pun begitu juga kerana ia bukanlah bahasa yg berdiri sendiri melainkan Bahasa Melayu juga. Maka Hamka bertambah faham bahawasanya bahasa Minangkabau hanyalah suatu pelat bahasa Melayu sebagaimana bahasa Banjar dan Kelantan.

Asal usul nama Minangkabau pula mengenai satu dongeng yang kerbaunya menang menghadapi kerbau orang Jawa. Nama melayu pula berasal daripada negeri Jambi. Dan bahasa Melayu diguna meluas di kepulauan Melayu sejak 500 tahun lalu. Sewaktu Hamka kecil, beliau masih ingat lagi terdengar orang merantau ke Klang kerana pintu pencarian rezeki terbuka di sana. Orang yg merantau ke Klang amat jaranglah kembali pulang kerana kemewahan hidup di sana dan terbudaya jugalah pemakaian pakaian Melayu Teluk Belanga di Tanah Melayu.

Kita masuk pula bahagian cadangan nama Melayu sebelum diberikan kemerdekaan ialah Langkasuka. Langkasuka ialah nama kerajaan Hindu yg berdiri di Kedah dan ini tidak mendapat sokongan kerana ia ibarat pintu pulang kembali ke zaman jahiliah. 1956 sebelum merdeka, Tunku Abdul Rahman berjuang menjadikan agama Islam adalah agama rasmi negara Malaya yg akan merdeka. Sebahagian besar orang-orang Malaya berasal dari orang Melayu Islam yang datang dari Kepulauan Sumatera, Sulawesi, Jawa dan Kalimantan. Ini mempercepatkan lg membuka pintu bg org lain terutama kepulauan Indonesia untuk mencari penghidupan baru di Malaya. Sedikit info pula mengenai cta-cita kaum Komunis ketika itu adalah menyebarkan fahaman kebendaan iaitu Tuhan tidak wujud dan Tuhan diperbuat dan diada-adakan oleh manusia. Jangan percaya pada agama. Mereka menghapus Tuhan dan menggantikan manusia iaitu menyembah manusia dan meminta-minta tuah di kubur.

Tunku Abdul Rahman diterima oleh seluruh putera Melayu di Singapura, Melaka, Pulau Pinang untuk jd pemimpin agung kerana beliau dpt menyelami jiwa anak Melayu. Selepas kemerdekaan Sultan-Sultan Melayu telah mendirikan masjid di Semenanjung bg menampakkan bahawa negeri² di Tanah Melayu memang negeri Islam. Selepas itu bermula pulalah kebudayaan untuk diterapkan di sekeliling kebudayaan Melayu. Buday diambil dari bahasa Sanskrit iaitu Buddhi ertinya cahaya kilau kemilau dan berkilat. Baik Indonesia atau Melayu budaya kita tetap tidak lari dan seakan-akan sama kerana adapun agama tidaklah dapat dimasukkan kepada golongan kebudayaan kerana kebudayaan ialah hasil manusia menyesuaikan hidup dgn alam. Kita juga tidak digalakkan meniru budaya lain kerana bercanggahan dengan agama sebagai contoh budaya barat kerana akan menghilangkan pegangan hidup.

Bahasa Melayu telah terpakai sejak 600 tahun lalu iaitu dari kerajaan Pasai sendiri. Suatu ketika dahulu Pendeta Za'ba telah membantah seorang profesor dari Jawa untuk menghapuskan huruf "F" drpd pemakaian Bahasa Melayu sehinggalah huruf rumi yg berbunyi "saraf" misalnya perlu digantikan dengan "sarap'
Profile Image for Usaid Asmadi.
27 reviews10 followers
April 23, 2019
Lembut gaya bahasanya, tajam mesejnya, tersusun atur perkataannya. Bacaan wajib untuk mereka yang mahu membia jatidiri sebagai seorang rakyat Malaysia.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 27, 2019
Jika mengharapkan buku ini menceritakan tentang pengalaman atau travelog Hamka ke Malaya sepertimana perjalanannya empat bulan ke Amerika tidaklah ia tertulis sepenuhnya di dalam naskah ini. Sebaliknya buku Kenangan-Kenanganku Di Malaya ditulis sebagai tanda suka dan kesyukuran melihat Malaya mengikuti Indonesia dalam mencapai kemerdekaan sekian kalinya pada tahun 1957.

Tanpa berselindung Hamka mengakui Malaya merupakan tanah yang beliau sangat cintai sementelah darah yang mengalir pada dirinya merupakan darah yang sama yang terkandung pada orang Melayu di Malaya. Bahasa pertuturan yang sama, adat yang sama, budaya yang sama, dan sebagainya merupakan antara titik persamaan yang tidak dapat disangkal lagi lebih-lebih lagi sejarah telah mencatat bahawa kedua-dua tanah ini saling bersangkut paut antara satu sama lain satu ketika dahulu.

Sepertimana yang disebut pada perenggan awal, Hamka mengajak pembaca untuk mengenang kembali sejarah kerajaan Melayu lama yang punya tempoh pemerintahan yang cukup lama sebelum dijajah oleh negara Barat. Di samping itu Hamka menjawab kepada persoalan tentang bagaimana Kesultanan di Indonesia dihapuskan, bagaimana agama Islam merubah corak pemerintahan, bagaimana pengaruh luar mengubah sesuatu adat dan budaya, dan sebagainya.

Saya tertarik dengan kenyataan Hamka bahawa satu ketika dahulunya rakyat Indonesia begitu malu untuk menyatakan identiti mereka sebagai orang Melayu – melalui pakaian, tarian dan sebagainya, sehinggakan ada satu kongres di Malaya, mereka iri melihat orang Malaya memakai pakaian Melayu sedangkan mereka sendiri yang malu untuk memakainya. Lebih-lebih lagi pada waktu itu mereka sudah beranggapan bahawa orang Melayu Malaya itu tidak sama dengan Melayu Indonesia.

Hamka juga menitipkan pesan pada pujangga di Malaya supaya menjaga bahasa Melayu supaya tidak berulang kesilapan yang telah berlaku di Indonesia ketika itu; menukar perkataan yang lebih dekat dengan Jawa (majoriti penduduk) dan tidak mahu bersangkut paut dengan pinjaman kata daripada negara luar seperti Bahasa Arab tetapi dalam masa yang sama tidak ada masalah meminjam dari Bahasa Belanda (ironi). Daripada itu kita dapat melihat banyak perkataan diubah seperti perkataan hajat diubah kepada butuh, tahniah kepada selamat, dan sebagainya.

Secara kesimpulan, saya melihat Hamka seorang tokoh luar (walaupun hakikatnya orang kita juga) punya hubungan yang cukup rapat dengan Malaya dan naskah ini ditulis 62 tahun yang lalu (tahun 1957) bukanlah secara kebetulan tetapi ia adalah satu bentuk buah tangan dan tanda suka buat Malaya yang berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun tersebut.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
February 18, 2020
Kecintaan Hamka kepada tanah Melayu tidak dapat disangkal lagi. Ketika tanah Melayu mencipta sejarah pada Ogos 1957 Hamka menulis sebuah buku untuk mengenang segala kenangan nya di tanah Melayu.

Buku ini ditulis mengikut tema. Selain memuji, Hamka juga mengkritik para pemimpin baik raja/sultan mahupun pemimpin dalam kalangan rakyat. Begitu juga dengan para ulama.

Keluasan pandangan alam (worldview) Hamka dalam mengkritik dan memuji sangat lah halus.

Selain tu, antara salah faham aku ketika menafsir isu gerakan Islah di tanah Melayu juga dapat diperbaiki. Hamka menulis tentang salah faham antara kaum muda dan tua. Tidaklah salah faham itu kerana hal-hal khilaf, kerana hal seumpama itu (lafaz niat, qunut, tahlil, dlll) sudahpun diselesaikan oleh para ulama yang terdahulu.

Hamka juga menulis tentang
kejatuhan Sultan dan raja di Indonesia. Kisah kejatuhan/penghapusan Sultan dan raja di Indonesia juga telah menjernihkan faham aku tentang hal tersebut.

Buku ini menjadi bukti keluasan pembacaan Hamka tentang sejarah dunia amnya dan nusantara khasnya. Hamka mampu mencoret hampir segenap juzu' sejarah nusantara dalam buku ini. Hamka menulis sejarah nusantara dari kerajaan awalnya, kemudian kedatangan Islam ke nusantara, hingga kejatuhan kerajaan nusantara ke tangan penjajah, hinggalah mencapai kemerdekaan. Baik dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
.
Kata Hamka "...di Indonesia dan Malaya, saya selalu mendapat sanjungan dan celaan, pujian dan penghinaan, kadang-kadang disinduk gajah, kadang-kadang digigit nyamuk, dan semuanya itu hanya menambah cinta saya kepada tanah air saya, Indonesia dan Malaya!..."
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Hasni シャキラ.
14 reviews2 followers
May 24, 2019
Buya Hamka memulakan coretan Kenangan kenanganku di Malaya dengan mengalu alukan kemerdekaan Malaya. Beliau menunggu kemerdekaan Malaya seolah olah seperti seorang puteri menantikan kekasihnya yang tidak kunjung datang. Betapa kasihnya Hamka kepada bumi Malaya.
.
Buya Hamka berkongsi rasa kecintaannya terhadap Tanah Melayu. Beliau menulis tentang kenangan beliau sewaktu berkunjung ke Malaya. Buku ini menjadi hadiah istimewa kepada bumi Malaya sempena laungan kemerdekaan pada tahun 1957. Di samping Hamka menulis tentang sejarah kemerdekaan di Indonesia beliau turut meyelitkan kata kata “nasihat” dan semangat kepada Malaya.
.
Kata Hamka, kemerdekaan suatu negara kalau tidak berpangkalan kepada kekuatan iman dan budi, nescaya akan runtuh kemerdekaan dari dalam. Oleh itu, perlunya kemerdekaan jiwa dengan iman supaya apa sahaja dugaan dan cabaran dapat ditepis tanpa mudah berputus asa.
.
Saya tertarik dengan huraian ulama’ dan kemerdekaan. Kedudukan ulama’ sangat penting di dalam negeri yang merdeka. Semasa dijajah, mereka menyeru rakyat supaya membenci dunia. Pasca merdeka dan sesudah mendapat jawatan daripada pemerintah, tidak ada lagi nasihat dan teguran, semuanya bersembunyi di sebalik pangkat dan nama!
.
Ada satu pengetahuan baru saat membaca buku ini. Hamka menjelaskan secara teliti apa itu budaya. Budi dan daya. Budi yang halus dan pengetahuan yang luas menimbulkan daya yang tepat. Apabila budi kacau maka hancurlah daya. Memperbaharu cara fikir dapat memperbaharu kebudayaan. Sebagai contoh, kita mengagungkan ilmu pengetahuan ciptaan barat dengan kepercayaan kepada tuhan, itulah budi dan dari budi timbul daya baru iaitu memperbaik kebudayaan kita.
.
Dan banyak lagi perkongsian daripada Buya Hamka. Membaca buku ini membuatkan perasaan saya bercampur aduk. Hamka sendiri sangat mencintai bumi Malaya, apakah pantas saya yang anak merdeka ini tidak mencintai negara sendiri?
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
April 22, 2019
Tulisan-tulisan oleh Buya Hamka tidak pernah mengecewakan saya, termasuk juga buku ini. Buku ini merupakan sebuah karangan tentang perasaan keharuan kegembiraan apabila tanah air serumpun - Malaya telah mencapai kemerdekaan. Hamka melahirkan seribu satu macam kenangan, nasihat, bimbingan, pandangan bagi mengikat dirinya dan hubungan persaudaraannya dalam kesatuan nusantara.
Berdasarkan tulisan ini, saya mendapati bahawa Hamka mempunyai pergaulan yang luas dengan ramai tokoh dari Malaya. Secara tidak sedar kita akan mengetahui bahawa penulis mempunyai banyak pengetahuan tentang kepelbagaian cabang ilmu pengetahuan sama ada sejarah, geografi, bahasa, politik, fahaman dan ideologi, ekonomi, jurai keturunan, agama, budaya dan macam-macam lagi bukan sahaja tentang Malaya dan Minangkabau, malahan merentas Jawa, Sulawesi, Kalimantan, Siam malahan Amerika juga. Terasa besar pengetahuan, bersikap rendah diri sang penulis dan kerdilnya kita apabila membaca buku ini.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
June 20, 2022
puitisnya bahasa karangan Hamka ini . Penuh dengan bahasa-bahasa indah yang pasti menusuk kalbu. Tatkala membaca naskhah ini , begitu tersentuh dengan semangat kemelayuan yang diterapkan olehnya. Naskhah ini boleh dijadikan asbab untuk kita semua lebih mengenali erti melayu yang sebenar . Jaga agama & jaga bangsa . Ingatkan bangsa Melayu adalah bangsa yang HEBAT !!!
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 9, 2023
📜-Terbitnya buku ni Malaya diambang menuju merdeka.Apa yg di lihat dari kaca mata Hamka & kebimbangan disuarakan berakar umbi hingga kini malah dah terjadi pun. Kecewa? Itulah realiti kesan penjajahan dan pembentukan negara. Buku buat semangat kemelayuan ku mencanak📈💥

📜-Awalnya ingat, termaktub perjalanan Hamka ke Malaya tapi
bukan tiada langsung cerita Hamka ke Malaya cuma isinya lebih kepada menyatakan seisi Nusantara Indonesia dan Malaya.Antara isinya:-
🌟 Bangsa Melayu sebuah bangsa yg besar dan hebat merangkumi Indonesia dan Malaya.
🌟Pandangan dan sayangnya Hamka pada Malaya
🌟Isu budaya, pakaian,politik Indonesia dan Malaya
🌟Nasihat pada Malaya yg bakal merdeka untuk hadapi cabaran pascamerdeka perlu ada jati diri jangan ikut tinggalan penjajah.
🌟Hebat Bahasa Melayu, selain Minangkabau info baru dapat,Medan pun BM agak dekat dengan Malaya
🌟Besarnya jasa ulamak dan pejuang kemerdekaan kekalkan Islam di bumi Malaya dan Indonesia.Malaya dgn Islam agama rasminya.

📜- Ada kongsi, sebelum diberikan kemerdekaan cadangan nama Malaya adalah 'Langkasuka'- nama kerajaan Hindu yg berdiri di Kedah. Tak di sokong, mana mungkin Malaya kan asalnya Tanah Melayu. Sedangkan Tengku Abdul Rahman berjuang mahukan Islam agama rasmi di Malaya(Tanah Melayu) pabila merdeka.

📜-Persoalan sering bermain, mana pergi gelaran Sultan di Indonesia? Jelas nampak nasib Sultan di Indonesia lebih kurang Malaya.Sedikit² gelar Sultan 'yang berkuasa' dikikis².Itulah pengajaran besar untuk anak generasi kini. Adakah Pemimpin Republik Indonesia tak sukakan Sultan dan dibunuhnya? Apa cerita dibalik pertumpahan darah yg menyebabkan rakyat memberontak bunuh Raja,kenapa rakyat memusuhi Raja²? Ada di ceritakan secara ringkas.Ini sangatlah,buka mata akan salah faham itu.

📜-Buku ini ditinggalkan untuk kita ambil nasihatnya. Nasihat selaku abang (Indonesia) yg terlepas dalam jajahan Belanda kepada Adiknya (Malaysia) yg menuju kebebasan daripada British. Adanya kritikan sosial pada Indonesia dan memberikan nasihat buat Malaya waktu itu berdasarkan situasi di Indonesia.

P/s: Dr 2019 aku beli tapi selalu sekerat² je mampu baca. Tahun nekad nak habiskan,baca dr awal. Semua sbb buku ini berat isinya, kadan baca berulang untuk lebih faham dan bacalah tanpa 'madukan' dgn buku lain. 1 lg tip,baca tika mood ok, Insya Allah mampu habis.
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
November 22, 2023
✨️“Islam tidak menghalang kebangsaan, tetapi jangan kebangsaan jahiliyyah.” - muka surat 46.✨️
.
■ Melalui buku ini, kita dapat mengenali sisi HAMKA yang jarang kita lihat dalam buku-buku bukan fiksyen beliau yang lain. Lebih emotional, stern dan bersungguh.

Sedia maklum, HAMKA sangat mencintai Indonesia & Islam. Kali ini, kita dapat rasa, betapa HAMKA bangga menjadi bangsa Melayu.
.
■ Sebenarnya, buku ni lebih kepada curahan perasaan HAMKA with Malaya in his mind. Beliau lebih banyak berkongsi mengenai sejarah kerajaan-kerajaan Melayu & Islam senusantara sejak azali. Ada yang dikaitkan dengan sejarah dunia. Diselitkan juga kisah-kisah Para Anbiya dalam hujahan beliau. Sebahagian besar penceritaan beliau adalah mengenai Indonesia dan perjuangan tokoh-tokoh di sana untuk mencapai kemerdekaan. Dengan harapan & kasih sayang, agar dapat dijadikan ikhtibar untuk Malaya yang akhirnya telah merdeka.

Isu kemasukkan komunis dan kesannya juga dibahas beliau, bernas.
.
■ Antara tokoh Malaya yang dikagumi HAMKA ialah Za’ba, seorang pejuang martabat Bahasa Melayu. Personally, I also rasa sayang yang tulisan jawi dah tak digunakan lagi sebagai tulisan rasmi bahasa melayu. Kepentingannya makin hari makin pupus.
.
■ Ada juga bercerita sikit pasal Stamford Raffles dalam buku ni. Sesiapa yang menyampah dengan dia, dapat tengok apa lagi “jasa” dia di Nusantara ni.

Mesti antara anda yang pernah nampak nama Abdullah Basmeih kan? Ala.. memula ada terjemahan AlQuran dalam Bahasa Melayu dulu-dulu, di laman sesawang, mesti versi terjemahan beliau kan? Anda boleh tengok gambar beliau di muka surat 57.
.
■ Buku HAMKA ni, kebanyakannya, tak rasa pun macam buku lama. Pendapat-pendapat beliau memang sentiasa relevan. Memang kalau kita bercerita dan berpendapat bersandarkan Al-Quran dan Hadis yang sahih, segala perkongsian, inshaAllah, tak luput dek zaman.
.
Profile Image for Hairul Bujang.
16 reviews2 followers
September 12, 2019
Apabila Jejak Tarbiah berjaya menjejaki buku Kenangan-kenanganku di Malaya dan menerbitkannya semula, terasa seolah-olah baru siap ditulis Buya Hamka. Sesuai tajuknya, menurutku buku ini merupakan hadiah beliau buat Malaya.

Buya Hamka cuma 2 atau 3 kali ke Malaya sebelum buku ini dituliskan. Bumi Malaya bukanlah asing bagi beliau. Tahun 1943 beliau ke sana hingga ke Melaka. Sesudah itu beliau bernostalgia bercerita dan membawa kita mengembara membaca sejarah melayu dan kerajaan-kerajaan melayu. Sangat jelas menunjukkan bahawa Buya Hamka seorang yang bersemangat dan cinta kepada agama, bangsa dan tanahair, seorang yang patriotik dan pejuang kemerdekaan.

Bahagian yang sangat menarik bagiku ialah 'ulama dan kemerdekaan'. Berulangkali kubaca, begitu tajam penelitian beliau setajam penanya. Pada akhirnya bukanlah ulama Malaya yang beliau maksudkan itu. Juga bahagian 'Di sekeliling Kebudayaan Melayu'. Hamka mengaku bukan seorang ahli bahasa tetapi sebagai peminat bahasa. Perhatian beliau sangat besar terhadap bahasa Melayu dan tulisan jawi. Beliau begitu bersemangat untuk ikut hadir ke Kongres bahasa Melayu sehingga menulis surat kepada Za'ba. Beliau ke Malaya lagi di tahun 1956.

Di bahagian akhir ada 'Nama-nama orang yang tersebut di dalam buku ini'. Cuma tidak disertakan nombor mukasurat. Ramai nama-nama tokoh disebutkan. Nama P.Ramlee dan Salmah Ismail (Saloma) pun ada disebutkan walaupun hanya sepintas lalu.

Buku ini boleh dikira agak tebal juga. Tapi dengan kekhasan gaya bahasa penulisan Hamka, buku ini segera habis dibaca. Wajarlah buku ini menjadi bestseller Jejak Tarbiah di PBAKL 2019.
Profile Image for Eisya.
66 reviews4 followers
February 4, 2022
Saya menjangkakan yang Kenangan-kenanganku di Malaya merupakan travelog Hamka di Malaysia yang terus membuatkan saya teruja hendak membacanya kerana ingin mengetahui sudut pandang Hamka terhadap Semenanjung Tanah Melayu. Sebaliknya, naskhah ini didominasi dengan kritikan sosial terhadap Indonesia bagi memberikan teladan buat semua pembaca dan khususnya rakyat Malaysia. Waktu karya ini ditulis, Malaysia hampir ke ambang kemerdekaan maka Hamka seolah-olah memberikan pesanan, nasihat yang penuh dengan kasih sayang buat penduduk Malaysia bernegara.

Ekoran kritikan terhadap pihak yang menyalahguna gelaran ulama, saya jadi tertarik sewaktu Hamka menekankan tentang kemerdekaan jiwa. Betapa pentingnya ulama untuk sentiasa seiring dengan zamannya serta bersikap progresif dalam menuntut ilmu. Selain itu, Hamka juga banyak mengulas tentang peri-penting mempunyai keteguhan jati diri dalam memperjuangkan tanah air dengan membawa pengajaran daripada konflik yang berlaku di Indonesia.

Betapa dalamnya kecintaan Hamka terhadap Semenanjung Tanah Melayu, sehingga melekat dalam ingatan saya akan petikan kata-katanya,
"𝘚𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘵𝘶𝘭𝘶𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘵𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯." -Hamka, Kenangan-Kenanganku di Malaya
Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
September 11, 2025
Such a heavy books, took me nearly 1 week to finish. Sepatutnya buku ni bertajuk Kenangan-Kenanganku di Indonesia atau Kenangan-Kenanganku buat Malaya, sebabnya buku ni banyak cerita pasal sejarah Indonesia.

Ianya mcm Hamka tulis buku ni kepada Malaya (Malaysia lah sebelum merdeka), nasihat-nasihat kepada Malaya dgn bagi contoh apa yg dah berlaku kat Indonesia (sejarah Indonesia) supaya Malaya tak ulang kesalahan yg Indonesia dah buat tp intipati dia best jgaklah kalau kau memang minat pasal sejarah Indonesia. Memeningkan jgak lah sejarahnya. Bayangkanlah Hamka bagi contoh berdasarkan sejarah di Sumatera, Tanah Jawa apa semua, Indonesia kan besar. Ada juga sebut pasal mcm mana sistem pemerintahan Indonesia ni berubah dari pemerintahan beraja sampai jadi republik, sejarah budaya dan bahasa Indonesia, pengaruh Hindu yg kuat kat Indonesia, sejarah bagaimana terdirinya Sarekat Islam, Muhammadiyyah, pengaruh komunis dan byk Ig.

Penulisan Hamka santai je walaupun padat dgn fakta. Buku ni bagus juga sebab ada pembetulan yang dilakukan terhadap beberapa fakta yang diperkatakan Hamka.
Profile Image for Shima Membaca.
25 reviews
September 9, 2023
Buku Kenangan-Kenanganku Di Malaya sebuah karya HAMKA yang memaparkan pengalaman serta pemikiran-pemikiran sosial dan politiknya.

Elemen yang terdapat dalam buku ini adalah gaya penceritaan yang lugas. Kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini mencakup banyak aspek kehidupan seperti kegiatan seharian, pertemuan dengan tokoh-tokoh terkenal dan hal bidang politik.

Selain itu, HAMKA juga menghadirkan pemikiran-pemikirannya tentang islam. Beliau memperkenalkan sudut pandangnya tentang islam dan betapa pentingnya memahami agama Islam sebagai agama yang damai dan kemasyarakatan.

HAMKA juga menulis tentang kepelbagaian sosial dan kehidupan politik di Malaya. Beliau turut menceritakan pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman dan memperlihatkan betapa Malaya pada masa itu merupakan tempat yang menarik dan rakyat tempatan berjiwa patriotik.

Buku ini bukan hanya tentang kenangan peribadi HAMKA, tetapi juga buku yang memperlihatkan semangat dan perjuangan seorang intelektual muslim dalam mengejar kecintaan terhadap agama kerana HAMKA adalah seorang ulama, pengajar dan ahli teologi. HAMKA dikenali sebagai pemikir yang cerdas dan tajam dalam menganalisis permasalahan sosial dan politik.

Secara keseluruhan, buku ini adalah sebuah karya yang menggambarkan pengalaman hidup HAMKA yang autentik. HAMKA menunjukkan kecintaan dan keberpihakan pada agama, serta semangat perjuangan dan keinginan untuk menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia. Malah, buku ini memberikan pemahaman yang jelas tentang kehidupan sosial, politik, dan budaya di Malaya pada ketika itu. Kemampuan HAMKA dalam menggambarkan pengalaman hidup dan nilai-nilai murni mesti dijunjung tinggi menjadikan buku ini sangat berharga dan berpengaruh.
Profile Image for Iffah Haziqah.
3 reviews
July 10, 2019
Seriously, what you all know about HAMKA?

Buku Kenangan-Kenanganku di Malaya adalah buku pertama HAMKA yang aku baca. Secara dasarnya, buku ini tentang sejarah nusantara khususnya tentang Melayu. Dari mana Melayu itu datang, apa sifatnya, dan banyak lagi.
.
Apa yang aku kagum, walaupun HAMKA bukanlah asalnya Melayu tetapi seakannya beliau lebih mengenali siapa itu Melayu berbanding Melayu itu sendiri. Sehingga semasa merdeka, beliau turut melahirkan rasa gembira dan menulis buku ini sebagai bukti.
.
Jadi, kalau HAMKA mampu menunjukkan rasa cinta, bagaimana dengan kita?





#reviewbuku
#malaysiamembaca
#HAMKA
#iffahshares
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
February 26, 2023
Kenang-kenanganku di Malaya adalah curahan Hamka yang menggambarkan betapa beliau menyayangi tanah Melayu dan bahasa melayu. Sehinggakan dalam banyak pertemuan beliau menggunakan bahasa dan pakaian tradisi melayu.

Hamka bukan sahaja menukilkan tentang bangsa melayu dan indonesia tetapi juga berusaha memahamkan masyarakat yang ketika itu dalam fasa penjajahan pemikiran barat. Hendak membuang agama Allah dari bangsa melayu dan indonesia.

Sumbangan para ulama dan pejuang terdahulu tidak seharusnya dilupakan kerana asbab kepahlawanan merekalah tanah melayu kekal dengan memartabatkan Agama islam sebagai agama rasmi.
2 reviews
June 28, 2022
Sosok tubuh HAMKA sebagai seorang sejarawan sangat menonjol melalui karya ini. Sarat dengan fakta-fakta sejarah, HAMKA mencurahkan rasa cinta, syukur dan gembiranya kerana Malaya bakal merdeka seperti seorang abang (kerana Indonesia terlebih dahulu merdeka dari Belanda) menunggu kepulangan adiknya.

Selaku negara yang terlebih dahulu merdeka dari Malaya, HAMKA banyak memberikan nasihat serta cadangan buat Malaya dalam mengharungi liku pasca kemerdekaan.

Satu yang sempat diamati dalam karya ini, semangat kemelayuan HAMKA sangat menebal. Buku yang sangat menarik untuk dibaca.

Profile Image for al raubi.
6 reviews1 follower
April 17, 2020
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kesatuan seluruh kepulauan Melayu dan Semenanjung sejak 500 tahun yang telah lalu bahkan lebih. Oleh kerana bangsa Melayu sebahagian besar telah memeluk agama Islam, maka suatu masa nama Melayu tidak dapat diceraikan lagi dengan Islam. - m.s 48

Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan:
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan .........
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
April 25, 2021
Walaupun pada tajuknya semacam buku ini banyak bercerita tentang Malaya, sebenarnya buku ini banyak bercerita tentang Indonesia. Melalui beberapa kenangan Prof Hamka di Malaya, maka dihuraikan dengan panjang lebar tentang kaitan antara kenangan-kenangan itu dengan apa yang berlaku di Indonesia. Pun begitu, buku ini padat dengan pandangan-pandangan bernas yang diungkapkan dengan ayat-ayat yang tidak jemu dibaca. Bacaan yang baik.
September 1, 2019
Dapat dirasakan cinta HAMKA terhadap Tanah Melayu melalui penulisannya.

Diceritakan dengan begitu terperinci kisah-kisah dahulu.

Diselitkan dengan nilai-nilai yang perlu diserap dan diamalkan oleh generasi kini.

Satu buku yang perlu dibaca oleh anak muda supaya mereka betul-betul memaknai erti kemerdekaan.
Profile Image for Afiqah Rahim Anuar.
13 reviews
March 25, 2020
Memberitahukan tentang mengapa kita patut bangga menjadi seorang Melayu, apa yang patut diperjuangkan, apa yang patut dikekalkan. "Harga seorang manusia itu pada jasanya, bukan darah turunannya." - Hamka
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.