Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sahaja Aku Menjadi Imam

Rate this book
Sahaja Aku Menjadi Imam merupakan travelog penulis yang
bangkit setelah kesedihan yang berpanjangan. Dalam proses
kebangkitan itu, Allah memberikan hikmah sehingga diangkat
menjadi seorang imam besar di masjid Putra Nilai, Negeri
Sembilan.

Penulis percaya setiap orang pasti pernah dan akan merasai
kekecewaan dan kesedihan dalam kehidupan. Sebab,
kegembiraan dan kesedihan ialah dua perkara yang saling
menyapa dalam hidup seorang insan.

Kemudian bermulalah fasa seorang lelaki yang ingin mengejar
cintanya terhadap seorang gadis. Penulis berkongsi pengalaman
persiapan yang sepatutnya seorang lelaki lakukan saat cinta
mengetuk pintu hati mereka. Penulis memerhatikan kewujudan
budaya percintaan yang tidak baik muncul dalam kalangan
masyarakat.

136 pages, Paperback

First published March 1, 2019

2 people are currently reading
7 people want to read

About the author

Andi Muhamad

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (14%)
4 stars
8 (38%)
3 stars
9 (42%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
April 13, 2019
Suka dengan gaya penulisan penulis muda ini.

Jarang sekali kita membaca tulisan seorang imam tentang apa dilaluinya seharian. Tugas dan tanggungjawab yang digalas. Ilmu apa yang perlu ada.

Bagus untuk dikongsikan bagi menjelaskan persepsi masyarakat tentang apa yang menjadi tugas seorang imam.

Imam yang 'cool'. Tegurannya tulus dan terus.

Paling saya suka, bila beliau mencadangkan buku-buku lain yang perlu dibaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
March 19, 2021


Buku ini merupakan travelog penulis yang bangkit setelah melalui kekecewaan yang teruk. Dan kebangkitan itulah yang membawa penulis menemui ke kehidupan yang baru iaitu seorang imam masjid dan juga menemui cinta sejati dalam istikharah beliau.

Setiap insan pasti akan mengalami fasa kekecewaan dan semuanya bergantung pada kita bagaimana ingin menanganinya. Adakala Allah uji dengan kekecewaan untuk kita kembali kepada Dia agar kita terus menuju kehidupan yang baru.

Nasihat imam Andi Mohamad Zulfauzan Muhamad di dalam buku ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan seharian kita seperti pengurusan jenazah terutamanya yang telah banyak memberi kesedaran kepada kita betapa setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Seterusnya, ada juga tips untuk mengelak daripada gangguan histeria bahkan juga tips untuk bertemu keluarga bakal mertua bagi wanita dan juga lelaki. Setiap bait ayat beliau begitu dekat dengan pembaca sehinggakan pembacaan ini secara tidak langsung telah menarik minat untuk tidak berganjak dari duduk malah terlalu banyak isi penting yang ingin dikongsi.

Di dalam buku ini juga, penulis ada menyenaraikan beberapa buah buku cadangan untuk dibaca dan sebagai rujukan jika pembaca sedang mengalami kekeliruan dan memerlukan sebuah jawapan kepada persoalan. Antara buku-buku itu ialah ;-

🕌sekiranya ingin lebih memahami cara dan kaedah untuk menghadapi kesedihan, bacalah buku ini “Cerita Dari Langit: Israk Mikraj Kisah Satu Malam Yang Menginsafkan nukilan Ibnu Rijal
🕌Bacaan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan pula
-Sebelum Aku Bernikah oleh Ustaz Hilal Asyraf dan
-Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul oleh Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin.
🕌Antara buku yang boleh digunakan untuk rujukan hukum hakam solat berjemaah pula
-Indahnya Solat Berjemaah oleh Ust.Mohd Haidzir Hussin
-Solat Berjemaah serta Panduan Imam dan Makmum
-Al-Qaul Al-Tam Fi Ahkam Al-Makmum Wa Al-Imam
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
March 28, 2021
Alhamdulillah dalam menunggu detik berlalu, dapat juga menghabiskan bacaan ringkas ini dalam 1 sit.

Buku ini adalah travelog ringkas secara peribadi bagaimana kehidupan ustaz ni berubah, dari kekecewaan ke ruang kejayaan.

Setiap manusia akan diuji dan penerimaan dia akan berbeza bagi setiap individu, oleh itu jangan pandang remeh tentang bagaimana sekecil-kecil perkara boleh buat seseorang itu rasa kecewa mendalam.

Apa yang menarik tentang buku ini, pembaca akan dibawa menelusuri satu jalan yang ringkas tapi ada pelbagai teladan. Kita rasa kehidupan imam ni senang, namun begitu mereka juga insan biasa. Pembaca juga dititipkan dengan beberapa nasihat yang saya hargai, kerana biasalah kita ini manusia, pasti tidak terlepas dari kelupaan dan sebagainya.

Sebuah pembacaan ringkas dan menarik, sesuai dibaca dikala santai atau sekadar hiburan di petang hari.

Selamat maju jaya penulis.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
August 10, 2022
Saya bagi 3.5 bintang. Buku travelog yang sangat santai tapi tetap punya perkongsian yang sangat berguna dan bermanfaat. Lebih2 lagi pada sesiapa yang ingin menjadi imam dan mendirikan rumah tangga? Atau mahu berubah?
Profile Image for Ujie Othman.
15 reviews
May 25, 2022
Sahaja Aku Menjadi Imam - sebuah naskhah santai yang mengandungi pengajaran dan panduan buat para pembaca. Juga sedikit sebanyak dapatlah kita sebagai orang awam memahami kehidupan seorang imam, di mana tugasnya bukan sekadar menjadi imam solat fardu malah menjadi pusat rujukan segala permasalahan masyarakat setempat.


Menurut saya, buku ini merupakan bacaan yang tepat untuk anak muda yang berhasrat mahu menjadi imam - sama ada imam dalam masyarakat mahu pun imam dalam sebuah rumah tangga.

__

"Saat hati remuk memikirkan kesedihan, keluarlah berkelana mencari makna. Nescaya kita temukan jalan keluar daripada kesedihan tersebut.
...
Tuntutan agama kita bukan sekadar pergi mengembara tetapi mencari hikmah di sebalik perjalanan tersebut." -petikan halaman 24.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
January 28, 2021
Jarang-jarang buku yang mengisahkan perjalanan seorang imam mengenai hakikat tugas-tugas yang mereka perlu jalankan. Buku yang sarat dengan pelbagai nasihat yang boleh diambil untuk memantapkan diri. Sebuah buku yang bagus untuk dibaca oleh pelbagai lapisan umur👍
Profile Image for Shakirah Rosli.
28 reviews
October 3, 2019
Motivasi yang baik bila Allah uji denvan kejatuhan dan kegagalan. Tahniah senior SMAKJ !
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.