Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca.
Slogan dan tagar #MalaysiaMembaca pula dipilih dan mesti dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat.
Buku ini merupakan kompilasi penulisan pencinta buku yang mengungkapkan perjalanan peribadi sebagai pembaca buku sejak masa kecil sehingga mempengaruhi hidup sehingga kini. Mereka membuktikan besar atau kecil manusia bukan kerana pangkat dan harta, tapi pada nilai keilmuan yang terhasil daripada asas membaca dan keupayaan untuk membangun hidup dan masyarakat dengan nilai daripada pembacaan tersebut.
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
Artikel dalam buku ini boleh dikatakan merakam satu babak daripada sejarah perbukuan negara, ketika Kementerian Pendidikan cuba memarakkan semula keazaman membaca dalam masyarakat melalui Dekad Membaca Kebangsaan. Semuanya mudah dihadam dan ditulis dengan bahasa yang mesra pembaca awam, kecuali bahagian tertentu artikel.
Kita akan menemui saranan mengenai amalan membaca yang boleh dipraktikkan. Banyak yang sudah berulang kali disebut seperti menggalakkan anak membaca, membelikan mereka buku, mewujudkan perpustakaan mini di rumah dan lain-lain, tetapi sesetengah huraian mendalamnya memberi sisi baharu untuk difikirkan.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil contohnya, menegaskan bahawa perpustakaan yang terbuka kepada umum perlu menyediakan buku rujukan utama sebagai ruji, sebaliknya perpustakaan peribadi perlu terdiri daripada buku-buku sekunder yang membincangkan idea-idea besar yang terkandung dalam buku utama.
Beliau juga berkata rasa terikat dengan perpustakaan peribadi pada satu tahap perlu dileraikan supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada koleksi yang kita miliki.
Manakala seperti kebanyakan waktu, Tuan Zamri Mohamad akan mengisih kebiasaan atau klise yang selalu ditemui, lalu menyusunnya sebagai suatu perspektif baharu yang segar dan mengajak kita bertindak.
Saranan buku yang telah dibaca oleh para penulis artikel juga suatu bonus untuk mereka yang ingin meluaskan pembacaan. Ada judul politik, pemikiran, kemasyarakatan, buku kanak-kanak, sastera dan banyak lagi.
Kedudukan para pengarang artikel sebagai Menteri Pendidikan, ahli politik, aktivis Islam dan pendidikan, pengarang, aktivis belia, pembangun pengarang dan doktor gigi, menjadikan buku ini bacaan yang mempunyai banyak sisi, nikmat dan menghiburkan.
Pengenalan tanda pagar (#) MalaysiaMembaca oleh Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan membawa makna yang cukup besar dalam industri buku negara lebih-lebih lagi Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh badan UNESCO sekaligus membawa harapan untuk menjadikan negara ini sebagai negara membaca menjelang 2030. Tidak dapat tidak, kita masih terkebelakang dari segi bilangan buku yang dibaca oleh individu setiap tahun berbanding negara-negara Asia yang lain.
Kempen membaca bukanlah perkara baru dalam negara ini, bahkan slogan seperti ‘Mari Membaca Bersama’, ‘Membaca Merdekakan Minda’, ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’ dan sebagainya telah lama berakar umbi sejak sekian lama. Namun begitu, ia masih belum cukup untuk meletakkan kadar pembacaan rakyat di negara ini di tahap yang memuaskan.
Seperti yang disebut oleh YB Nurul Izzah di dalam buku ini bahawa masih ada pandangan golongan pembaca ini sebagai nerd dan antisosial yang menyebabkan budaya membaca ini dianggap ‘tidak cool’. Lebih memburukkan lagi pada waktu ini adalah kita berhadapan dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan yang menyebabkan seseorang lebih risau jika tidak mengikuti perkembangan teknologi tersebut.
Risalah #MalaysiaMembaca membawa pembaca untuk mengenal lebih dekat lagi apa itu makna membaca, bacaan yang mempengaruhi penulis, cara memupuk seseorang untuk membaca dan sebagainya. Saya bersetuju bahawa untuk mengajak seseorang untuk membaca bukanlah mengajak secara perintah, bahkan ia dilakukan melalui tindakan. Misalnya dalam konteks sosial media, kita berkongsi bahan bacaan dengan rakan-rakan kita melalui ulasan buku, petikan (quote) buku, dan lain-lain lagi.
Membaca ini bukanlah satu hal yang remeh bahkan menjadi satu perintah yang diturunkan oleh Allah sebagaimana terkandung dalam Surah al-‘Alaq.
Berbicara mengenai Risalah #MalaysiaMembaca , belum pernah saya baca catatan peribadi seperti ini yang begitu menginspirasikan, apatah lagi dinukilkan oleh 8 orang penulis yang begitu hebat dalam dunia penulisan. Masa yang diambil untuk menyelesaikan pembacaan tidaklah terlalu lama kerana penceritaannya tidak terlampau sarat, ringkas sahaja.
Para penulis berjaya membawa saya merentas sempadan masa talkala minat membaca baharu sahaja disuntik. Benarlah bahawa Ibubapa yang memainkan peranan terbesar dalam menyemai minat membaca dalam diri anak-anak. Saya merasa begitu terharu dan teruja disaat penulis berkunjung ke kedai buku, dan hiba ketika mana kedai buku ITBM, tidak dikunjungi sama sekali.
Pembacaan ini juga membawa saya mengenali susuk peribadi individu hebat seperti HAMKA, Syed Hussein Al-Attas, Za'ba, dan lain-lain lagi. Allahu, boleh saya katakan bahawa hampir 99% penulis serta buku-buku yang dinyatakan di dalam naskah ini belum pernah saya ketahui, jauh sekali membacanya. Disebabkan itu, saya berterima kasih kepada semua penulis yang terlibat kerana memperkenalkan Ilmuwan-ilmuwan berkenaan kepada kami semua.
Kata YB Nurul Izzah Anwar, “Kita perlu menganggap membaca lebih daripada sekadar hobi.” kenyataan berkenaan amatlah tepat, kerana seandainya membaca hanya tabiat masa lapang sudah tentu kita akan meninggalkannya bila-bila masa sahaja. Membaca adalah penyuluh kehidupan kerana dengannya penuntut dapat membezakan apa yang benar dan salah. Serta mampu berfikiran lebih kritis dalam menangani isu semasa yang semakin membimbangkan ini.
Apa yang membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain adalah ilmu yang dimilikinya. Sejauh mana dia dapat berusaha menterjemahkan apa yang dipelajarinya sehingga menakluk pemikiran sasarannya, namun pada masa yang sama tidak melupakan realiti semasa.
Banyak cadangan buku-buku yang menarik dikongsikan olah para penulis dalam buku ini.
Mereka berkongsi bagaimana minat membaca mereka dibentuk sejak kecil. Tulisan santai dan mudah difahami, kecuali tulisan Hanafi yang agak berbunga-bunga dan menggunakan ayat berlapis serta panjang.
Risalah seruan dari Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ke arah mengajak rakyat Malaysia membaca buku. Menarik juga kisah2 yang dipaparkan oleh penulis2 tentang bagaimana minat membaca mereka dipupuk sejak kecil yang tentunya boleh diteladani oleh bapa2 yang sedang mendidik anak seperti saya.
Membaca pengalaman bibliofil membesar & mendewasa bersama buku 📚 Buku pertama dibaca semasa kanak-kanak. Buku terbaru dibaca setelah dewasa. Kalau Jejak Tarbiah terbit Risalah #MalaysiaMembaca 2.0, siapa tokoh yang anda mahukan?
Buku yang ringkas dari individu dan penulis-penulis besar di Malaysia. Buku yang dihasilkan dengan satu tujuan besar, buat pemangkin rakyat Malaysia untuk lebih ghairah membaca lagi dalam dekad yang akan datang ini, iaitu antara tahun 2020 hingga 2030. Itu yang menerangkan tagar #malaysiamembaca pada tajuk bukunya.
Setiap penulis menukilkan bagaimana cara mereka jatuh cinta dengan buku & budaya membaca sejak dari kecil, bagaimana cara untuk memupuk minat membaca pada orang sekeliling, serta buku kegemaran mereka secara peribadinya sehingga kini.
Ada juga topik tersendiri oleh setiap penulis yang relevan dengan budaya membaca dan mengumpul buku. Adakah perlu untuk terus menyimpan buku jika tidak lagi ingin membacanya? Perlukah buku terus menjadi buku, iaitu perlu ada pembaca seterusnya jika kita tidak berminat untuk mengulangbacanya lagi? Antara topik yang menarik dari buku ini.
Seperti buku yang juga membincangkan perihal keghairahan berkenaan buku sebelum ini iaitu Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, ternyata kisah permata sastera Nusantara iaitu Buya Hamka dan Pendeta Za'ba ada juga diselitkan oleh sesetengah penulis dalam karya mereka di dalam buku ini. Tidak dapat tidak, jika anda pembaca karya-karya Bahasa Melayu dari Nusantara, anda perlu mencari & meneladani hasil tangan dua orang lagenda dalam bidang penulisan ini. Orangnya sudah lama tiada, namun karya-karya mereka tetap dibaca & dibahaskan sehingga kini oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bukti hidup bahawa mereka menulis dengan jiwa.
Buku yang bagus buat anda yang inginkan motivasi sekiranya masih lagi tiada minat untuk membaca, mahupun yang sudah lama meninggalkan aktiviti pembacaan.
Jejak Tarbiah telah membawa satu inisiatif yang sangat baik dalam menghimpun penulis-penulis dan tokoh-tokoh muda tanah air dalam usaha menerbitkan sebuah buku bagi memupuk rasa cinta dan ghairah dalam membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya.
Secara peribadi, tajuk 'Risalah #Malaysia Membaca' merupakan pilihan yang sangat tepat bagi menarik perhatian masyarakat khususnya golongan-golongan muda supaya lebih erat dan lebih dekat dengan budaya membaca.
Ray Bradbury pernah menyatakan, "Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban, sebaliknya hanya perlu memastikan orang berhenti membaca, runtuhlah segala-galanya." . Buya HAMKA berpesan kepada kita, "Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik" . Ahli falsafah tersohor Rene Descartes pula menyebut Membaca buku yang hebat ibarat mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang cemerlang dari masa lampau. Pemikiran mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini. Penulis menuangkan gagasan mereka yang terbaik semata-mata" . "Jika kita tidak membaca, kita tidak bertumbuh" . #Letsاقرأ #syawalbookreview
Risalah (surat edaran/karangan ringkas) Malaysia Membaca memuatkan 8 penulis yang berkongsi kisah tentang membaca. Buku ni nipis, tapi sarat dengan ilmu tentang membaca, kenapa kita kena baca buku. Dalam buku ini, saya kira hampir semua penulis berkongsi bahawa minat membaca tu mula dari kecil. Mula dari sumber bahan bacaan yang disediakan oleh ibu ayah mereka. Dari sini kita dapat lihat, betapa pentingnya pendidikan awal di rumah oleh ibu bapa. Ramai juga penulis memetik karya pendeta Za'ba, karya HAMKA (Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim Amrullah).
Pada tahun 2005, Kajian Profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati masyarakat kita hanya membaca 2 naskhah buku setahun. Namun dalam kajian interim (kajian yang dijalankan untuk satu tempoh sementara untuk dapatkan hasil awal sebelum kajian lengkap), tabiat membaca rakyat Malaysia yang dibuat pada tahun 2014, jumlahnya telah meningkat kepada 15 naskhah buku setahun. Walaupun terdapat jumlah peningkatan, jumlah ini masih dikira rendah berbanding negara maju seperti Finland, Norway, Iceland, Denmark & Sweden yang menjuarai Negara Paling Tinggi Literasi di Dunia - hasil kajian Presiden Universiti Negeri Connecticut Tengah, John Miller iaitu pada tahun 2016. Kajian ini meletakkan Malaysia di tangga ke-53 dari lebih 60 buah negara di dunia.
Tidak wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca. Siapa yang bertanggungjawab? Kita semua. Kita semua perlu menggalas tanggungjawab memandaikan dan mencerdaskan anak bangsa, sekaligus meninggikan peradaban bangsa.
"Pembangunan negara bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan". - Nurul Izzah Anwar.
Kata penulis Hasrizal Abdul Jamil - "Apa yang penting, di tangan mesti ada buku supaya gerak hati untuk membaca, sentiasa bersambut." Kata beliau lagi "usia muda, jangan disia-siakan dengan main game, tidur, lepak dan melayan internet." Sambung beliau lagi, "buku apabila tidak dibaca, ia hanyalah lembaran-lembaran kertas tanpa makna. Jadi, ia sia-sia. Buku memerlukan pembaca, untuk ia menjadi buku."
Suka saya perkongsian dari penulis Hanapi Jamaluddin tentang HAMKA yang para peneliti menganggap beliau sebagai "autodidak" = merujuk kepada orang yang memiliki kepakaran hebat dalam sesuatu bidang tanpa melalui pendidikan formal, hanya dengan kerja keras menguliti segala macam pembacaan. Bagaimana tokoh ini menjadi tokoh pelbagai lapangan walaupun bukan berkeahlian formal dalam lapangan berkenaan. Semuanya diraih oleh mereka dengan membaca. Kemudian daripada membaca itu, mereka menulis, berwacana dan kelak terbang mengangkasa.
Banyak kajian² atau quotes tentang membaca diselitkan dalam buku ini, antaranya seperti
Penulisan Dr. Maszlee Malik a) Ray Bradbury pernah menyatakan: "Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban, sebaliknya hanya perlu memastikan orang berhenti membaca, runtuhla segala-galanya."
b) "Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik". - Buya Hamka
c) "Membaca buku yang hebat ibarat mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang cemerlang dari masa lampau. Pemikiran mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini." - Rene Descartes, ahli falsafah.
d) Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan bermula tahun 2021 - 2030, sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). Tujuan DMK ada 3: i) Meningkatkan tabiat membaca untuk tujuan rekreasi dan literasi ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis. ii) Memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu. iii) Mencambahkan tradisi keilmuan dan wacana intelektual dalam kalangan masyarakat.
e) "Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia juga berilmu." - Dr. Maszlee Malik
f) Mereka yang membaca mempunyai "worldview" yang lebih luas, berbeza dengan mereka yang tidak membaca. Mereka yang membaca bersikap lebih kritis dan analitik. Mereka tidak menerima sesuatu maklumat tanpa kajian dan kepastian.
g) Teruskan ulas buku di media sosial, supaya bila orang lain nampak dan mereka berminat, mereka akan mula mencari buku itu dan turut sama membacanya. Secara tidak langsung, kita dah jadikan media sosial sebagai platform merancakkan lagi budaya membaca dalam masyarakat kita.
Penulisan Nurul Izzah Anwar: a) Kalau ada yang tak faham, term² dalam buku, rujuklah kamus sambil membaca.
b) "Penulisan ialah jalan untuk terus ke depan." - Nurul Izzah Anwar
c) Dalam buku Poor Economics: A Radical Rethinking of the Way to Fight Global Proverty, beliau telah melawat dan berdamping dengan orang miskin di 50 buah negara seluruh dunia. Katanya sekiranya kita menambah pendapatan kepada orang miskin, mereka tidak membeli barang keperluam seperti makanan yang bernutrisi, pemanas air dan sebagainya. Sebaliknya, mereka membelanjakan wang tambahan tersebut dengan membeli barang impian yang ada dalam fikiran ataupun barang yang diidamkan mereka sejak sekian lama. Hal ini demikian kerana dalam fikiran mereka, mereka kekal miskin.
Penulisan Dr. Zahrah Yunos: a) "Dengan membaca, dan itu juga membuatmu tidak pernah merasa sedih, kerana fikiranmu terus mengerjakan hal-hal yang positif."- Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.
b) Kajian oleh Global Web Index, 2017 menunjukkan secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 jam 15 minit sehari di media sosial sebagai mengisi masa lapang. Cuba kita bayangkan masa ini kita gantikan dengan membaca.
2. Seramai 8 orang menyumbang coretan dalam buku ini, termasuk bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dan Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar. Selainnya merupakan penulis buku yang sudah punya nama seperti Ustaz Hasrizal dan Hilal Asyraf.
3. Seperti buku Kertas-kertas Merubah Fikir, Risalah Malaysia Membaca juga membicarakan hal membaca mengikut pengalaman setiap individu.
4. Mereka berkongsi bagaimana mula terjebak membaca dan bagaimana membaca memberi kesan terhadap pembangunan diri.
5. Meneliti buku-buku yang disenaraikan oleh penulis ini, tahulah kita jenis bacaan mereka dan sudah tentu mempengaruhi pemikiran masing-masing.
6. Kita adalah apa yang kita baca.
7. Yang jelas, rata-rata merujuk HAMKA sebagai tokoh ilmu yang kuat mempengaruhi dengan buku-buku beliau di Malaya.
8. Akibatnya, saya pun turun mencari dua buah buku yang disarankan; Kenang-kenangan Hidup dan Sejarah Umat Islam. Total harga? RM139! Mahal nya lah.
9. Tak apa lah. Kita tukar sesekali selera bacaan.
Jujur mengatakan, saya membeli buku ini kerana melihat kepada barisan penulisnya. Nama yang hebat-hebat.
Sepanjang pembacaan saya, buku ini yang bagi saya sepatutnya membawa orang ramai untuk membaca, lebih menjadi kepada bonus point untuk orang yang memang sudah suka membaca, memberikan rasa “so I’m cool because I read.”
Karangan Dr Maszlee Malik sebagai pembukaan menarik, tetapi banyak seperti kata-kata seorang guru di mana bukan semua murid hendak dengar (bersesuaian dengan dirinya). Dan apabila masuk ke tulisan Nurul Izzah, saya mula merasakan buku ini bosan, seolah olah menulis itu satu paksaan dan point yang cuba disampaikan dipaksa untuk masuk ke jiwa pembaca. Tetapi, kemudiannya membaca tulisan Ustaz Hasrizal, rasa seolah langit dan bumi. Mungkin bahasa ustaz lebih lembut dan lenggoknya berseni kebapaan. Tulisan penulis selepas itu seperti Hilal Asyraf, Syed Azharul Asriq dan Hanapi Jamaluddin membawa cerita mereka dengan excitement sampai pembaca rasa seronok untuk jadi seperti mereka. Cuma ada penulisan sedikit kering oleh penulis lain yang membuat orang kagum melihat individu sebegini tetapi tidak berminat untuk menjadi seperti mereka.
Sudah tentu ini hanya lah pendapat peribadi saya, yang dibentuk oleh pembacaan dan pengalaman sepanjang usia setahun jagung saya.
Koleksi penulisan oleh beberapa orang tokoh dalam bidang masing-masing.Berkongsi idea dan pengalaman mereka dalam membina kebudayaan ilmu khususnya membaca.
1.Dr.Maszlee malik menceritakan pengalamannya membudayakan buku sebelum menjadi menteri.Beliau juga menukilkan harapan dan gagasan beliau selaku menteri pendidikan #MalaysiaMembaca.Sasaran beliau menjadikan malaysia negara membaca 2030.Beberapa langkah dikemukakan untuk membina budaya mencapai sasaran itu.
2.Yb.Nurul izzah menceritakan bagaimana budaya membaca yang dipupuk sejak kecil membina karakter dan jati diri beliau sehingga bidang politik.
3.Ustaz Hasrizal pula mencoret pengalaman buku mengubah jalan hidup manusia.Hubungan buku dan pembacanya.
4.Syed Azharul Asriq menuliskan pengalaman membesar dengan buku dan berjumpa guru yang menemukan beliau kepada pembacaan yang lebih meluas.Tulisan menemukan saya juga untuk mencari karya Munsyi Abdullah (hikayat Abdullah).Sepertinya panas.
5.Hilal asyraf pula menceritakan pembacaan menjadikan beliau seorang penulis.Perjalan itu saling berkait.
6.Hanafi Jamaludin pula membeliakkan mata saya dan memberi tonik untuk meneruskan momentum buku ini. "Membaca jambatan ilmu" menjadi dogma masyakarat Malaysia namun rohnya mati tiada di jiwa rakyat Malaysia.Nasihat beliau buat inststitusi dari rendah sehingga ke menara gading supaya megnembalikan roh budaya ilmu supaya slogan "Membaca jambatan ilmu" menjadi kenyataan bukan retorik institusi pendidikan semata-mata.
7.Zamru Mohamad menuliskan bahawa tiga nilai awal perlu dipupuk sebagai dakwah berkesan untuk menjadilan seorang suka membaca.
8.Dr.Zahrah yunos pula memberika saranan seluruh rakyat untuk melawan momokkan rakyat Malaysia tidak suka membaca.Merangkum beberapa tips dari sudut bagaimana,apa,di mana dan lain-lain.Kata-kata akhir beliau melegakans saya bahawa membaca ialah perjalanan bukan perlumbaan.Cepat atau lambat yang penting ianya memberi kesan.
Setiap tokoh yang terlibat dalam penulisan buku ini memberi inspirasi khususnya kepada anak muda untuk menanam sifat membaca atau mengamalkan budaya iqra yang murni dalam kehidupan. Adalah jitu buat remaja seperti saya untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirah. Jelaslah bahawa, buku ini menggalakkan saya untuk mengurangkan masa dengan media sosial dan membiarkan diri saya sibuk dengan bacaan yang menarik.
Perkara lain yang menarik perhatian saya terhadap buku ini adalah perkongsian buku-buku yang dicadangkan oleh tokoh-tokoh negara. Saya amat teruja dengan buku-buku yang dicadangkan oleh YB Nurul Izzah, antaranya buku Jane Austen. Mengapa beliau mencadangkan buku Jane Austen? Dapatkan buku ini untuk info lebih lanjut! Tokoh lain juga turut memberi inspirasi buat saya untuk membaca buku-buku Hamka dan buku ilmiah yang lain.
Saya menganugerahkan 5 bintang buat buku ini kerana gaya penulisannya yang menarik dan tidak membosankan. Sejujurnya, saya mempelajari banyak perkataan baharu daripada buku ini dan saya mendapati bahawa melalui pembacaan saya, tiada kesalahan ejaan dalam buku ini. Tidak dinafikan, buku ini dirangka dan dihasilkan secara kritis dan penuh teliti. Terima kasih!
Semoga buku ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Dipersilakan baca untuk mencapai matlamat #MalaysiaMembaca!
Risalah #malaysiamembaca ni sy baca tepat pada ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63. Ianya tak mengecewakan dan benar bak kata kebanyakan orang, buku ini harus dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia lebih2 lagi pemula dan bukan pembaca tegar agar dapat menyemarakkan lagi semangat membaca.
💭Kesemua risalah sy sukai, tetapi yang menjadi kegemaran kerana jatuh cinta pada gaya dan isi penulisannya adalah Zahrah Yunos. Antara poin yg sy suka : - Lima negara menjuarai carta paling tinggi literasi di dunia. - Perkara yg perlu kita buat apabila seseorang memberi cadangan tentang buku yang menarik untuk dibaca. - Kesibukan adalah antara alasan paling popular kenapa seseorang tidak membaca. tukarkan masa dengan media sosial kepada membaca. - Baca buku berlainan genre pada waktu yang berbeza. Seeloknya bukan fiksyen di waktu pagi. - "Membaca ialah perjalanan diri, bukan perlumbaan dengan orang lain".
💭Sy cadangkan pada semua agar membaca risalah ini kerana ianya memuatkan banyak kata-kata pemberi semangat, pelbagai tips berkaitan buku dan membaca, cadangan bahan bacaan dan fakta yang menarik.
Risalah Malaysia Membaca merupakan himpunan makalah peribadi yang ditulis oleh barisan figura yang hebat pada hemat saya. Sewaktu membaca buku ini, terbit rasa yang sama ketika saya membaca buku Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, iaitu rasa kecintaan terhadap buku. Sungguh, rasa agak menyesal dan terkilan kerana kebanyakan masa sebelumnya telah saya bazirkan tanpa membaca buku.
Banyak perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ini, antaranya tentang kepentingan memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Dan sekecil-kecilnya pada peringkat individu, peranan itu harus dimainkan oleh ibu bapa. Kebanyakan mereka ini jatuh cinta dengan dunia membaca kerana dorongan ibu bapa mereka.
Masalah di peringkat mahasiswa juga ada dibincangkan. Bagaimana kebanyakan mahasiswa telah terpasung oleh keselesaan sehingga mereka ini tetap pada titik yang sama, tidak melakukan apa-apa perubahan dan penambahbaikan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Dan suka untuk saya katakan di sini, tidak apa jika kita mula sedikit lewat berbanding mereka, tidak apa jika kita baru sahaja ada kesedaran untuk memupuk rasa kecintaan pada membaca, kerana apa yang penting adalah kita mula membaca. Tiada istilah terlewat dalam melakukan kebaikan. Akhir kata, buku ini sangat wajar dibaca oleh semua orang untuk mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang bagaimana membaca ini mampu memberi impak dan kesan yang baik pada seseorang individu.
❤️Reviu Buku❤️ Risalah #MalaysiaMembaca by @jejaktarbiah Genre : Artikel . . . Saya tidak lekang dengan senyuman apabila membaca risalah ini. Perasaannya seperti tanah yang gersang dicium hujan, memberi ruang dan nafas baru untuk kembali subur. Inilah perasaan saya terhadap 'membaca'. . . . Setiap bait seperti membawa saya ke zaman kecil dimana saya akan duduk dan membaca majalah2 yang diletak diruang bilik guru. Seringkali habis waktu sekolah sy akan 'lepak' di bilik guru, bilik emak saya, dan masa yang panjang sebelum waktu pulang dihabiskan dengan membaca. Antara buku yang dihidang adalah Mastika. Oww, I just in love with this magazine for unknown reason. Tapi sekarang, kurang-kurang sudah. That is why I smile sampai telinga in recalling my childhood memory on how I grow up with that kind of material. No wonder masa kerja dulu selalu dengar Misteri Jam 12, pernah satu kes sampai pelanggan pun seram sejuk nak melangkah ke kedai 🤣. . . . "Siapa yang membaca, membaca. Siapa yang tidak, tidak." (how easy that thing back then). . . . Membaca buku ini memberi sy peluang untuk berfikir kembali kenapa kita membaca? Adakah ia berkenaan dengan faedah yang akan kita serap? Atau berkenaan dengan mencari segala laluan untuk menyampaikan apa yang ada di benak kepala kita. Inilah satu buku yang apabila ditutup muka surat terakhir semangat kita berkobar untuk berkongsi sesuatu yang lebih hebat dari ini. . . . Bagi saya buku yang baik itu adalah yang mencorak pembaca nya, yang menjentik semangat juang kepada pembelek helaiannya. Kerana setiap perjuangan perlu difahami, baik dalam bidang pembelajaran, organisasi meski agama sekalipun, setiap apa yang kita buat harus ada tunjang dan akar yang kuat. . . . Adakalanya hobi perlu disiram, minat perlu dibaja. Barulah sentosa dirgahayu semangat nya. The best thing happen in your journey, is to recall the first very reason that keep you on the path. . . . Rating : 5/5🌟
Ini adalah himpunan penulisan dari beberapa watak penting yg mencorakkan budaya membaca dalam negara kita. Ada diantara mereka ialah ahli politik , penulis , penggiat dan aktivis. Saya amat suka usaha sebegini dijadikan dalam satu bentuk naskhah kerana matlamat utamanya adalah memang untuk menggalakkan orang ramai membaca.
Secara keseluruhannya, buku ini sangat ringan utk dibaca. Pembaca boleh menikmati penulisan daripada 8 org penulis yg mencurahkan idea , galakkan , pengalaman dan tip-tip mengenai budaya membaca. Setiap penulis tersebut ada penceritaan masing-masing tentang bagaimana mereka mula minat membaca. Ada juga penulis yg memaparkan buku2 yg menjadi kegemaran mereka di ruangan penulisan mereka. Hal ini sangat berguna bagi memupuk budaya membaca dengan buku2 yg disyorkan (recommended) oleh mereka. Banyak juga nasihat dan kata2 yg memberangsangkan para pembaca untuk tidak putus asa dalam mempraktikkan sikap rajin membaca dalam kehidupan seharian.
Saya menghargai usaha seperti ini dan berharap dengan adanya naskhah yg ringkas seperti ini, mampu menambahkan lagi bilangan 'ulat buku' di Malaysia. Saya syorkan sepenuhnya buku ni kepada golongan yg baru ingin jinakkan diri dalam dunia membaca. Sangat bermanfaat! ✨
Orang hebat, bahan bacaanya juga hebat. Seronok membaca bagaimana mereka boleh mula tenggelam dalam dunia membaca.
Setiap orang punya kisah yang berlainan. Kebanyakannya terkesan daripada ibu bapa yang membaca.
Ada yang mula membaca buku haraki seawal usia 13 tahun. Segan rasanya kerana saya hanya membiarkan buku haraki tersimpan kemas di rak buku walaupun sudah melihatnya sejak sekolah rendah. Buku haraki kepunyaan ibu dan abang tidak menarik minat saya untuk membacanya.
Sekarang, saya mula rasa perlu untuk mengutip mutiara ilmu di dalam lembaran kertas yang berharga ini. Terlampau banyak buku² hebat yang belum sampai di tangan saya untuk di baca. Betapa ruginya masa yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Saya berazam untuk membaca buku² yang memberi kesan kepada penulis² ini. Pasti ada sesuatu yang bermakna apabila mereka bercerita tentang tajuk buku itu berbanding buku² lain yang telah mereka baca.
“Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca”. . Benarlah kata orang “Apa yang kita baca pada hari ini, akan membentuk diri kita pada masa akan datang”. . Lihat sahaja barisan penulis, kita pastinya sudah dapat menjangka serba sedikit gaya kehidupan mereka. . Sejak kecil lagi mereka sudah didedahkan dengan kegiatan membaca. Buku seolah-olah tidak asing lagi dengan mereka. . Senarai buku yang dicadangkan oleh mereka bukanlah sebarang buku. Tapi, buku yang sangat membangunkan jiwa dan akal. . Setiap pesanan dan perkongsian daripada barisan penulis sangatlah bermakna dan sesuai untuk dijadikan motivasi agar kita terus rajin membaca buku. .
Berbunga-bunga hati membaca setiap perkongsian para penulis yang berjiwa membaca. Tidak kira apapun status kerjaya mereka– bahasa penyampaian yang dinukilkan di dalam setiap risalah membuktikan bahawa mereka adalah insan yang benar² membaca. Lalu mereka membudayakan pembacaan itu melalui buah² fikiran serta tindak-tanduk dalam kehidupan mereka sebagai seorang yang mengaplikasikan ilmu dari apa yang mereka bacakan.
Terima kasih atas risalah #MalaysiaMembaca ini. Ribuan tahniah buat semua yang terlibat dalam setiap proses untuk membukukan Risalah #MalaysiaMembaca – khususnya krew penerbitan Jejak Tarbiah.
Apa yang patut Saya katakan mengenai buku ini... #malaysia membaca....Padu....itu yang pertama sekali terkeluar dalam fikiran..ditulis oleh the living legends.. sentap juga sebab terasa..sebab Saya salah seorang dalam lingkungan orang-orang yang jahil satu ketika dulu Dan sekarang.... Tapi, take it positively..and move forward..the past is the past...:) banyak idea- idea hebat Dan buku- buku hebat yang dibaca oleh the living legends ini..yang insyaallah akan menjadi buku wajib untuk Saya baca... Saya dokong dan sokong sepenuhnya sasaran Kita untuk menjadi "negara membaca 2030". Ameen...
Kumpulan esei atau tulisan lapan orang figura awam (public figure) yang mesra dengan buku-baca. Tidak sukar menamatkan pembacaan (kurang satu jam diambil) kerana penulisan mereka juga bersifat santai. Tidak memerlukan keringat yang berlebihan untuk menghadam idea-idea yang ingin disampaikan. Di antara kelapan-lapan penulis, yang paling saya gemar, mestilah, saudara Hanapi Jamaludin. Langgam bahasa beliau sentiasa mengujakan saya. Beberapa istilah baharu yang beliau gunakan dalam penulisannya sempat juga saya catit seperti pensyarah “AI-KPI”, bangsawan akademik dan bitarawan zaman (merujuk kepada Pendeta Za’ba).
Ada beberapa idea yang ‘dikongsi’ bersama oleh mereka dalam perjalanan membaca seperti pembacaan itu menanamkan nilai (tulisan HAMKA dan perbuatan seorang ayah yang sering membaca di hadapan anak-anaknya), pembacaan juga mestilah berhubungkait dengan realiti yakni tidak hanya mabuk teori ekonomi, tetapi kemiskinan masih mencengkam kuat masyarakat (tulisan YB Nurul Izzah Anwar) dan membaca itu mencerahkan minda serta menjawab soalan-soalan yang bergelar di dalamnya.
Satu idea yang saya paling menarik dalam buku ini ialah konsep membaca dalam tulisan saudari Nik Nur Madihah berkenaan “membaca” alam (h. 69). Ya, alam ini juga harus dibaca! Ia adalah The Great Book (seperti yang pernah diungkap oleh seorang pemikir Islam). Bahkan, apabila kita berbicara perihal aqal dan berfikir, tidak boleh tidak perlu dikaitkan dengan keperluan “membaca” alam, sekaligus menjadikan kita mengenali pemilik alam.
Tidak banyak perkara yang perlu diulas, tapi saya mengira molek juga saya menyenaraikan beberapa buah buku yang dicadangkan untuk dibaca oleh penulis-penulis:
- The Alchemist: Paulo Coelho - Manuklon: Rahmat Haron - Senja di Jakarta: Mochtar Lubis - Pride and Prejucide: Jane Austen - Black Skin, White Mask: Frantz Fanon - Prophet and Progress: Ziaul Haque - Economics, The User’s Guide: Ha-Joon Chang - Poor Economic: Abhijit Banerjee - Fiqh al-Sirah: Syeikh Sa’id Ramadan al-Buti - Petunjuk Sepanjang Jalan: Syed Qutb - Tsaqafah al-Da’iyah: Dr Yusuf Qaradhawi - al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu: Prof Dr Wahbah Zuhaili - Kay La Namdi Ba'idan 'An Ihtiyajat Al-'Asr: Sa’id Hawwa - Autobiography of Benjamin Franklin - Islam dan Akal: Syeikh Abdul Halim,
dan nama-nama penulis lain yang tidak perlu lagi disebutkan judul buku mereka kerana terlalu banyak dan berharga seperti Imam Ghazali رَحْمَةُ الله عليه , HAMKA, Pendeta Za’ba, Syed Hussein Alatas, Faisal Tehrani dan Prof Syed Naquib al-Attas.
Moga-moga negara kita mampu mencapai sekurang-kurangnya, setiap daripada kita membaca 40 buah buku setahun, seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju. Negara Nordik terutamanya—Finland, Ireland, Norway, Denmark dan Sweden wajar dijadikan contoh oleh masyarakat Malaysia!
Membaca bukan pilihan tetapi keperluan. Seperti kita perlu makan untuk mengenyangkan perut, kita juga perlu membaca buku untuk mengenyangkan minda. Seperti kita perlu bersenam untuk menyihatkan badan, kita juga perlu membaca buku untuk menyihatkan intelektual – Dr Zahrah Yunos.
Tiga nilai awal melahirkan pembaca; 1. Tunjukkan sesuatu secara kerap agar dilihat bernilai untuk ditiru. 2. Ambil kira stamina membaca. 3. Sedar bahawa pembaca mempunyai kuasa memilih. – Zamri Mohamad.
Jangan salahkan faktor sekeliling membuatkan kita malas membaca. Kitalah yang perlu berani berdiri dan mencari – Syed Azharul Asriq.
#RisalahMalaysiaMembaca merupakan sebuah makalah yang menghimpunkan kompilasi penulisan daripada penulis-penulis hebat kepada masyarakat tentang kepentingan membaca yang akan mempengaruhi kehidupan seseorang melalui perjalanan dan pengalaman peribadi mereka sebagai seorang pembaca buku.
Buku yang menarik untuk dibaca oleh semua. Sangat menginspirasikan sebenarnya membaca perjalanan peribadi penulis-penulis buku ini sebagai pembaca buku sejak kecil. Kebanyakan mereka dididik dari kecil tentang membaca oleh ibu bapa dan ada juga yang terinspirasi dari karya-karya penulis terkenal. Bila fikirkan balik, no wonder mereka semua ni berjaya seperti sekarang. Semuanya dengan membaca.
Penulis-penulis juga ada berkongsi buku-buku kegemaran mereka yang aku sudah senaraikan untuk dicari dan dibaca nanti.
Tapi ada satu penulis dalam buku ini yang gaya bahasanya terlalu tinggi. Ada banyak perkataan yang aku highlight sebab tak paham dan itu membantutkan pembacaan aku. Akhirnya, aku skip bab penulisan beliau. huhu. Mungkin aku sorang sahaja yang tak faham. tak pasti. Overall, semua ok.