Risalah (surat edaran/karangan ringkas) Malaysia Membaca memuatkan 8 penulis yang berkongsi kisah tentang membaca. Buku ni nipis, tapi sarat dengan ilmu tentang membaca, kenapa kita kena baca buku. Dalam buku ini, saya kira hampir semua penulis berkongsi bahawa minat membaca tu mula dari kecil. Mula dari sumber bahan bacaan yang disediakan oleh ibu ayah mereka. Dari sini kita dapat lihat, betapa pentingnya pendidikan awal di rumah oleh ibu bapa. Ramai juga penulis memetik karya pendeta Za'ba, karya HAMKA (Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim Amrullah).
Pada tahun 2005, Kajian Profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati masyarakat kita hanya membaca 2 naskhah buku setahun. Namun dalam kajian interim (kajian yang dijalankan untuk satu tempoh sementara untuk dapatkan hasil awal sebelum kajian lengkap), tabiat membaca rakyat Malaysia yang dibuat pada tahun 2014, jumlahnya telah meningkat kepada 15 naskhah buku setahun. Walaupun terdapat jumlah peningkatan, jumlah ini masih dikira rendah berbanding negara maju seperti Finland, Norway, Iceland, Denmark & Sweden yang menjuarai Negara Paling Tinggi Literasi di Dunia - hasil kajian Presiden Universiti Negeri Connecticut Tengah, John Miller iaitu pada tahun 2016. Kajian ini meletakkan Malaysia di tangga ke-53 dari lebih 60 buah negara di dunia.
Tidak wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca. Siapa yang bertanggungjawab? Kita semua. Kita semua perlu menggalas tanggungjawab memandaikan dan mencerdaskan anak bangsa, sekaligus meninggikan peradaban bangsa.
"Pembangunan negara bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan". - Nurul Izzah Anwar.
Kata penulis Hasrizal Abdul Jamil - "Apa yang penting, di tangan mesti ada buku supaya gerak hati untuk membaca, sentiasa bersambut." Kata beliau lagi "usia muda, jangan disia-siakan dengan main game, tidur, lepak dan melayan internet." Sambung beliau lagi, "buku apabila tidak dibaca, ia hanyalah lembaran-lembaran kertas tanpa makna. Jadi, ia sia-sia. Buku memerlukan pembaca, untuk ia menjadi buku."
Suka saya perkongsian dari penulis Hanapi Jamaluddin tentang HAMKA yang para peneliti menganggap beliau sebagai "autodidak" = merujuk kepada orang yang memiliki kepakaran hebat dalam sesuatu bidang tanpa melalui pendidikan formal, hanya dengan kerja keras menguliti segala macam pembacaan. Bagaimana tokoh ini menjadi tokoh pelbagai lapangan walaupun bukan berkeahlian formal dalam lapangan berkenaan. Semuanya diraih oleh mereka dengan membaca. Kemudian daripada membaca itu, mereka menulis, berwacana dan kelak terbang mengangkasa.
Banyak kajian² atau quotes tentang membaca diselitkan dalam buku ini, antaranya seperti
Penulisan Dr. Maszlee Malik
a) Ray Bradbury pernah menyatakan: "Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban, sebaliknya hanya perlu memastikan orang berhenti membaca, runtuhla segala-galanya."
b) "Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik". - Buya Hamka
c) "Membaca buku yang hebat ibarat mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang cemerlang dari masa lampau. Pemikiran mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini." - Rene Descartes, ahli falsafah.
d) Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan bermula tahun 2021 - 2030, sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).
Tujuan DMK ada 3:
i) Meningkatkan tabiat membaca untuk tujuan rekreasi dan literasi ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis.
ii) Memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu.
iii) Mencambahkan tradisi keilmuan dan wacana intelektual dalam kalangan masyarakat.
e) "Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia juga berilmu." - Dr. Maszlee Malik
f) Mereka yang membaca mempunyai "worldview" yang lebih luas, berbeza dengan mereka yang tidak membaca. Mereka yang membaca bersikap lebih kritis dan analitik. Mereka tidak menerima sesuatu maklumat tanpa kajian dan kepastian.
g) Teruskan ulas buku di media sosial, supaya bila orang lain nampak dan mereka berminat, mereka akan mula mencari buku itu dan turut sama membacanya. Secara tidak langsung, kita dah jadikan media sosial sebagai platform merancakkan lagi budaya membaca dalam masyarakat kita.
Penulisan Nurul Izzah Anwar:
a) Kalau ada yang tak faham, term² dalam buku, rujuklah kamus sambil membaca.
b) "Penulisan ialah jalan untuk terus ke depan." - Nurul Izzah Anwar
c) Dalam buku Poor Economics: A Radical Rethinking of the Way to Fight Global Proverty, beliau telah melawat dan berdamping dengan orang miskin di 50 buah negara seluruh dunia. Katanya sekiranya kita menambah pendapatan kepada orang miskin, mereka tidak membeli barang keperluam seperti makanan yang bernutrisi, pemanas air dan sebagainya. Sebaliknya, mereka membelanjakan wang tambahan tersebut dengan membeli barang impian yang ada dalam fikiran ataupun barang yang diidamkan mereka sejak sekian lama. Hal ini demikian kerana dalam fikiran mereka, mereka kekal miskin.
Penulisan Dr. Zahrah Yunos:
a) "Dengan membaca, dan itu juga membuatmu tidak pernah merasa sedih, kerana fikiranmu terus mengerjakan hal-hal yang positif."- Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.
b) Kajian oleh Global Web Index, 2017 menunjukkan secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 jam 15 minit sehari di media sosial sebagai mengisi masa lapang. Cuba kita bayangkan masa ini kita gantikan dengan membaca.