Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?
Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun, semua itu hilang sekelip mata hanya keranasebuah kejadian dan sebaris kata.
Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan, yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas?
Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu membuatkan Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.
Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam.
Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.
She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.
Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.
Under the name of Anna Lee she is the author of Terukir Cinta (2013), Mencari Mr. Charming (Dec 2013) Aku Dia dan Pinky Promise (2014). Mesej (2015) Hello (2016)
She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).
Tinggi sangat harapan aku pada buku ini bila tengok bintang bergemerlapan dan ulasan yang muluk-muluk. Malangnya, pada aku yang selalu menguliti buku berunsur misteri dan thriller, buku ini tidak mencapai piawaian aku.
Aku setuju dengan komen Hannan tentang buku ini: (1) oversimplified the message about domestic violence and mental health issue, (2) terrible pacing problem.
Selepas bab 1 yang menceritakan kejadian kebakaran di rumah Laikha yang menyebabkan Laikha terdengar kenyataan ayahnya yang seolah-olah tidak mempedulikan kematiannya, bab-bab berikutnya diteruskan dengan bagaimana Laikha mula rapat dengan Andi. Aku rasa ketika inilah jalan cerita novel ini jadi perlahan dan dragging sangat untuk tunjuk development hubungan Laikha dan Andi sehingga mengabaikan tema yang lebih penting.
Paling mengecewakan aku ialah ketika misteri dirungkaikan melalui diari. Melalui beberapa bab pendek (bab-bab hubungan Laikha-Andi pun panjang lagi!) apa yang tersembunyi selama ini terbongkar tetapi perkara-perkara yang berlaku kepada Azreen tidak disampaikan dengan berkesan. Emosi aku tak 'sampai', sedangkan aku rasa inilah subjek paling utama yang patut diketengahkan penulis, yang patut diteroka sedalamnya, bukan sekadar cerita di permukaan.
Aku juga merasakan selain watak Azreen yang sepatutnya dapat spotlight, watak Zulaikha juga seakan terabai begitu sahaja, sedangkan jika kedua-dua watak ini dikembangkan lagi, buku ini akan jadi lebih menarik.
Dan macam biasa, selain daripada kesalahan tatabahasa dan saltik, aku perasan ada beberapa isu yang mungkinlah editor tak perasan dan tak betulkan:
1. Ayat 'berubah 360 darjah'. Berubah 360 darjah maksudnya tak ada perubahan pun, sebab kembali kepada kedudukan asal.
2. Bab 1 Mei 2020, dan bab 6 kisah 2 bulan sebelum kejadian (maksudnya bulan Mac 2020) tapi kemudian dalam bab yang sama ada ayat 'Tahun depan sudah tahun 2020, mentaliti masih tahap sampah segunung.' Jadi sebenarnya sekarang tahun 2020 ke tahun 2019?
3. 'Gadis' yang muncul di kolej Laikha beria-ia kata nak jumpa ibu dan bapa Laikha tapi pada malam kejadian dia pula yang takut bila nampak babah. Pulak dah!
4. Ayat "Kau tahu ke Natasha tu ada ayah kandung?" sepatutnya "Kau tahu ke Natasha tu ada ayah tiri?"
5. Diari menceritakan kisah tahun 2000 dan Zen Zulkifli dikenali sebagai Harvey Specter Malaysia? Watak fiktif Harvey Specter dalam drama bersiri Suits hanya dicipta pada tahun 2011.
Keseluruhannya, satu percubaan yang baik untuk mengetengahkan tema yang berat, cuma hasilnya agak mengecewakan. Namun begitu, aku tak menafikan gaya penulisan Anna Lee masih cukup menarik untuk memetik suis rasa ingin tahu aku agar terus membaca sekali gus merampungkan novel ini.
Butterfly. Tamat. Penulis ni selalu berjaya kelirukan aku dan patahkan tekaan aku. 😂😂 cis. Semua tekaan x mengena.
Laikha. Gadis yg misteri orangnya. Kawannya di kolej panggil dia weirdo. Sebab dia suka bersendirian. Tak suka berkawan. Kat kolej tu hanya andi yang dapat dekat si laikha ni.
Kerana satu kejadian, laikha dan andi rapat. Sama2 bongkar misteri demi yang belenggu hidup laikha.
Tentang persoalan laikha di mukasurat terakhir, ya. Aku akan lakukan semua itu demi seorang yang paling aku sanjungi.
Tahniah Anna lee. Berbaloi tunggu lama untuk peluk karya ni. 😍😍 lepas ni kisah apa pula? 😁
Butterfly akhirnya terbang tinggi. Tak lagi terkurung sepi. Kini terbang bebas di langit milik illahi.
Kalau dah namanya Anna Lee, tidak dpt disangkal sama sekali yg karya2nya sgt hebat. Sentuhan magisnya mmg sgt mengagumkan. Namun, hanya segelintir sahaja yang dpt menerima tema yg cuba Anna sampaikan.
Jika ingin diberi bintang, rasanya lebih dr 5 bintang akn saya beri. Untuk kali ini, saya tidak akn review tentang jln cerita kerana kesemua karya anda sgt hebat.
Bila membaca keseluruhan cerita, baru saya faham apa itu maksud butterfly. Rama2 yg keluar dr kepompongnya dan kemudian terbang dan hidup bebas tanpa sekatan. Begitu juga dgn hidup Laikha dan mamanya. Yg berusaha utk keluar bebas dr terus ditindas dan ditekan walau dgn apa cara sekalipon.
Butterfly sangat dekat dgn realiti hidup segelintir wanita masa kini. Depan mata masyarakat kita melihat kebahagian dan kesempurnaannya. Namun apa yg berlaku sebaliknya. Wanita tersebut diseksa dengan zahir dan emosi yg kuat sehingga dia 'lumpuh utk berbicara' dgn masyarakat sekeliling.
Apa yg pasti, Butterfly sarat dgn mesej yg ingin disampaikan pada wanita di luar sana. Tahniah sekali lg kepada Anna Lee kerana anda berjaya membuat saya bermain teka silang kata dan berusaha utk menyelesaikan permainan ini dlm masa sehari!
Disklaimer kepada rate 3 Stars itu, bukan lah bermakna buku ini tidak menarik apatah lagi teruk (untuk cara rating saya). Kerana novel ini memang sebuah novel yang sangat unik dan berbeza, dan kerana ini hanyalah disebabkan oleh preference saya secara peribadi.
Pada awal pembacaan saya menjangkakan yang buku ini akan menjadi sebuah cerita romantis. Tetapi semakin berkembang cerita, kisah ini masuk dengan lebih dalam kepada sebuah kisah thriller psikopat dan misteri.
Banyak persoalan yang mampu penulis timbulkan untuk mencipta misteri. Tapi adakah misteri itu terlalu membuatkan saya tertanya-tanya dan teruja? Jawapan saya tidak; mungkin kerana bagaimana misteri dan jawapan kepada misteri itu diolah membuatkan jalan cerita kurang mind blowing untuk saya -- seperti apabila hampir semua persoalan dan tanda tanya Laikha terjawab sepenuhnya melalui diari Azreen. Watak Zulaikha pula pada saya adalah satu watak yang sangat penting (sepatutnya) dalam jalan cerita ini, tetapi sayang, kerana watak Zulaikha hanya lebih banyak cuma digambarkan dan bukan hidup jalan dalam cerita ini, walaupun ada juga beberapa dialog di antara Laikha dan Zulaikha. Mungkin kerana plot cerita banyak berjalan di sekeliling Laikha telah menyebabkan keterbatasan untuk menerokai plot-plot lain yang wujud. Pada saya di dalam buku ini ada watak utama yang hidup dengan satu lagi kisah dengan watak utama sendiri yang berbeza.
Mungkin juga kerana saya memang peminta Criminal Mind, CSI -- kisah-kisah penyiasatan -- menjadikan kisah psikopatik dalam novel ni tidak begitu terasa 'gila'. Walaubagaimanapun, kemampuan Anna Lee untuk menulis sebuah jalan cerita seperti novel Butterfly ini memang sangat layak mendapatkan pujian, kudos.
“Itulah kehidupan. Tidak semua persoalan akan terjawab dalam masa yang sama. Kesemuanya memerlukan masa”. — “Tidak semua persoalan memerlukan jawapan. Kadang-kala, ada persoalan yang harus dibiarkan tanpa jawapan. Mungkin itu yang terbaik. “
Soalan dan jawapan. Ini adalah perkara yang berlegar di fikiran ketika membaca buku ini. Persoalan demi persoalan timbul tapi jawapannya masih samar. Penulis Anna Lee bijak dalam menyusun cerita demi cerita, daripada kisah Laikha dan Andi kepada kisah ibu bapa Laikha. Walaupun begitu, secara jujurnya aku agak bosan dengan kisah Laikha dan Andi. Mungkin sebab aku tak sabar nak tahu kisah Laikha dan rahsia ibu bapanya seperti yang dibaca di sinopsis. Laikha dan Andi comel dan sweet sebenarnya ☺️
Plot twist buku nie terbaik. Apa yang aku fikirkan semestinya tak tepat. Haha. Yang pasti, bukan hanya satu rahsia dalam buku ini. Semua watak ada kaitan antara satu sama lain dan dikembangkan dengan baik. Aku suka akan kekuatan dan kesabaran yang ada pada watak Laikha. Gigih untuk tahu segala rahsia yang tersimpan kemas oleh ibu bapanya. Andi pula jejaka idaman wanita di kampus dan baik budi pekerti, samalah juga dengan ibu bapa Andi. Mama Andi pun aku rasa comel. Hihi.
Untuk soalan akhir dalam epilog : jawapan aku YES 🙋🏻♀️ Sesungguhnya, tindakan aku akan sama seperti Laikha. Nak tahu soalan apa? Bacalah buku ni 🤗
Akhir kata, please...Live. Your. Life. And remember our dirty little secret 😉 ___
Review sama seperti di akaun bookstagram aku. Hii. Aku copy paste je letak kat sini :)
Buku pertama karya Anna Lee yang aku baca. Jalan cerita buku ni serius menarik dan the plot twist 🤯 Gempak la bg aku plot twist dia, mula2 aku ingat lain, sekali lain yang jadi.
Bagi aku buku ni actually pretty dark, aku tak taulah nak gambarkan camana, secara jujurnya aku tak berapa suka dengan karakter2 yang ada dalam buku ni termasuk the FL, ML, semua la 😌 (ni maybe sbb preferences aku kot) Tapi secara tak langsung, buku ni membuatkan aku serba sedikit faham bagaimana halusnya garisan kelabu yang memisahkan putih dan hitam. Orang putih cakap ‘morally grey’ gitu. Mungkin itu yang author cuba sampaikan. Yang setiap manusia ni, akan ada satu keadaan dimana mereka berada di garis tengah2 yang menyukarkan diorang untuk buat sesuatu keputusan tu. Cumanya, sebab ni buku pertama aku baca, jadi aku ambil masa sikit nak sesuaikan diri dengan cara penulisan Kak Anna Lee. 😌
For the thriller part, memang aku salute 🫡 dengan author sebab berjaya buat aku fokus dan tertanya-tanya sampai aku nak cepat-cepat habiskan buku ni, sebabnya aku nak tau sangat apa yang jadi. 😂 Tapi yang pasti aku nak try baca karya author ni yang lain jgk 😎#emptycanvashida
I’m disappointed. I think it’s oversimplified the message about domestic violent and mental health issues. Also the pacing. This book has terrible pacing problem. Dragging banyak sangat dgn benda-benda yg tak penting.
Bagi aku, buku ni overhyped. Disebabkan aku suka karya penulis Jika Aku dan Hello it’s me, I kinda hope Butterfly would be great la kan.. Hmm…I should’ve had lower my expectation.
Novel pertama yang aku baca daripada penulis Anna Lee. Dan novel ke 2 yang aku baca daripada prologmed. Aku tertarik dengan novel ni lepas baca review daripada beberapa orang rakan ig.
Kalau tengok pada tajuk, apa yang kita fikir sebenarnya?
Aku rasa part2 awal tu sedikit slow. Dimana banyak berkisarkan Laikha dan Andi. Kalu dipendekkan sedikit rasanya lebih ok. Bila dah masuk part Laikha mencari identiti mayat yang terbakar dalam rumah keluarganya barulah aku rasa semakin excited. Nak tahu siapakah mayat itu? Apa hubungan mereka?
Aku suka dengan jalan cerita novel ni. Sangat menarik walaupon ada part yang slow. Rasanya lepas ni akan mula meminati novel keluaran prologmed.
Buku yang menemani sepanjang perjalanan Srinagar-Sonamarg-Srinagar :) . Anna Lee, tak pernah menghampakan saya dengan plot twist yang sememangnya tak terjangkakan. . . . . Superb!
Novel yang boleh jadi lebih pendek..mungkin 200 halaman sahaja berbanding 450+. Banyak babak meleret kisah roti bakar, follow unfollow IG, tarik tali pickup pergi balik kolej and yada yada. Memudahkan perkara yang tidak logik, sebagai contoh memalsukan sijil kematian. Sudahlah tidak logik, kemudian mudahkannya jadi bertambah tidak logik logik dan lagi. Dialog..saya tak dapat bezakan watak lelaki, perempuan, Andi, Laikha, mama, babah, Sophia..seperti saya baca orang yang sama bercakap. Dialog..ada beberapa garis halus yang mencetuskan dialog berunsurkan perkauman dan gangguan seksual. Halus.... Dialog...hubungan emosi pada setiap watak saya tak rasa..sedih, gembira dimana? Isu kesihatan mental dan penderaan rumah tangga..ini antara sebab novel ini dikatakan popular. Sama seperti tadi memudahkan perkara yang tak mudah. Misteri? ..... ya sangat misteri...sampai saya lupa apa yang misteri... Apa yang suka pasal novel ni..ia mampu memberi ingatan yang saya pernah membaca buku-buku yang lebih baik dan menyeronokkan.
For those yang suka kan misteri....this one is for you... 1st time baca buku anna Lee, its already bagi saya excited... Well, after baca, pening...hahaha... Yela guna semua tenaga nk proses everything...😁😁😁😁😁
Latest book by AL. Rasa macam hebat sangat bila pada siang hari, aku habiskan buku Terang Bulan dan malamnya habiskan buku ni. Hahha..2 buku PM pada satu hari. .
Okaylah, tak tahu nak describe buku ni macam mana, sebab aku memang suka gilerrr ngan semua buku AL. So, aku akan nampak macam biased. Haha .
Permulaan cerita, Laikha berjaya selamatkan dirinya daripada rumahnya yang terbakar. (Haha..masa ni, aku ingatkan yang dia ni dah jadi roh sebenarnya) Tapi, dia mulai rasa aneh bila ayah yang selama ini disanjung tinggi, menerima kematiannya dengan sangat bersahaja. Lepas tu, ada satu mayat yang diusung keluar dari rumahnya. Mayat siapa? .
Haa...so, daripada situlah, dengan bantuan Andi, Laikha mula menyelesaikan satu persatu misteri yang muncul. Dan penemuannya menemukannya dengan rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh keluarganya. Siapakah sebenarnya ayah yang sangat disanjunginya? Dan siapakah ibu yang sangat disayanginya itu? .
Buku ni best sebab ala-ala misteri penyiasatan gitu. Haha. Dan kononnya, aku cubalah berteka teki apa sebenarnya yang jadi. Tettttt....semuanya salah. AL memang pandai twist la. .
Bagi aku, buku ni kalau takde part sweet-sweet antara Andi dan Laikha pun takpe. Sebabnya aku dah terlalu bersemangat nak selesaikan misteri tu, tapi terpaksa tunggu Andi dan Laikha bercinta kejap. Tapi, sebenarnya part manis tu kiranya menstabilkan plot cerita ni. Sebab at the end, 'adakah mereka akan bersama?' itu pun dipengaruhi oleh the whole storyline ni. .
Dan ya, bak kata penulis, 'hargai dirimu'. Haihh, trauma pulak nak cari calon suami ni. Kang dapat yang macam tutttt, jadilah macam cerita ni.
plot twist memang tak disangkal lagi untuk karya AL. tapi disebabkan terlalu banyak dragging membuatkan misteri tu dah tak menbuatkan aku rasa teruja bila terungkai.
akak ikuti puan penulis cantik ini dari mula beliau masuk dalam dunia buku malaysia. satu yang akak nampak, beliau sentiasa mencabar diri sendiri untuk memberi yang terbaik dan pembaca sekalian, percayalah... setiap hasil beliau tidak pernah tersasar. BUTTERFLY adalah MASTERPIECE yang terbaru dari puan penulis ini. dah kira macam the other side of her. berapa sisi yang anda ada, wahai puan penulis cantik?
nak ceritakan kisah yang ada dalam BUTTERFLY ini? apa kata akak just beritahu yang puan Anna Lee mengajar kita supaya memandang satu perkara bukan hanya menggunakan sepasang mata (atau bersama mata tambahan yang ada) tetapi juga melalui deria yang Allah kurniakan. apa yang ternampak depan mata bukan terus boleh buat kesimpulan... dan juga untuk buat tuduhan. segalanya mungkin, kan?
semuanya yang berlaku biasanya tercetus dari satu akibat. laikha. kalau dia tak kuat dan kalau dia hanya berserah, tak mungkin dia mampu hadapi semuanya walaupun fikirannya adakala libang libu. andi, tidak terus percaya. dia membantu seadanya sebagai seorang kawan. rasional.
sebenar ada watak yang menggerakkan nadi cerita ini dari awal. watak itu yang mencetuskan letusan emosi pada pembaca sepanjang pembacaan. kalau nak tahu, sila beli dan baca. buat yang suka baca perihal misteri dalam kehidupan, ini adalah pilihan baru yang terbaik untuk anda duduk, hadam dan seterusnya pandang keliling kehidupan anda. banyak persamaan yang kita sendiri tak begitu sedari atau sebenar tak peduli pun.
dah. tak mahu kisahkan apa lagi. kupu-kupu yang cantik juga asal dari beluncas dan kemudian duduk dalam kepompong. secantik mana warna kupu-kupu yang bakal keluar dari kepompong, itukan rahsia?...
.
setiap manusia pun ada rahsia tersendiri yang disimpan sendiri, kan? anda?
Terkejut bila Laikha terdengar apa yang babahnya cakap mengenai kematiannya. Kematiannya tak dihiraukan.
Lepas tu penulis buat flashback sebelum kejadian. Mana lah tahu kalau2 ada hint. Satu2 perkara timbul dan buat saya jadi pelik. Ayat2 yang digunakan santai dan tak meleret2. Sampai di tengah2 pembacaan pun saya still tak dapat nak agak apa sebenarnya. Tapi kalau nak perasan kan tingkah laku Zen memang lain macam. Sampai lah jumpa word 'narcissistic'. Baru lah dapat gambaran tingkah laku si pelaku.
Menyelusuri kehidupan seorang Laikha, sampai saya terlupa mengenai Andi yang baik hati menolong Laikha. Puan Farah pun apa kurangnya, nasib baiklah budiman. Manisnya tu secukup rasa. Macam ni pun dah bagus.
Akhir sekali, the dirty little secret. Biarlah Laikha dan mamanya sahaja yang tahu. Untuk kebaikan mereka berdua jugak untuk teruskan hidup. Yang penting dapat bebas. Butterfly yang cantik tapi dipaksa berkurung. Kau rasa? Tak faham jugak dengan Azreen, mudah sangat terpedaya dengan Zen. Mungkin sebab Azreen si yatim piatu yang masih mengharapkan tempat untuk bergantung dengan seseorang. Penulis dh pesan kt situ, jangan tertipu dengan lelaki macam tu macam ni. 🤭
Yang paling terkesan adalah pesanan Laikha sebelum dinoktahkan titik PENAMAT.
Plot yang terbahagi kepada 2 zaman yang sedikit berbeza dengan situasi jalan cerita yang hampir sama iaitu lebih kepada dunia kampus.
Dan cara penulis berkongsi info berkenaan mental illness memang menarik. KakChik tak puas baca sebab rasa terlalu laju speed bacaan dah jumpa noktah penamat. 😥
So far, buku Anna Lee yang I baca, memang tak mengecewakan. Love it.
Cerita ni mengenai famili Laikha. Ada bapak yang psiko, yang dia sendiri pun tak tau, sampai lar ke penghujung cerita ni baru si Laikha ni tau siapa bapa dia tu sebenarnya. Lebih kesian dekat mama si Laikha ni yang terpaksa hidup dengan mamat psiko tu. Tapi, apa yang I kurang berkenan dalam cerita ni, mama Laikha ni secara tak sengaja telah membuatkan seseorang terbunuh, tapi dia berjaya simpan rahsia tu dan tak da apa2 tindakan di buat. Laikha pun simpan rahsia tu juga bila dia tau pasal her mum dirty little secret ni. Akhir cerita, AL ada tanya, apa yang kita akan buat if itu mak kita? Hurm.. susah juga nk jawab soalan tu, mungkin I pun akan buat benda yang sama walaupun it seems wrong for me.
"Tidak semua persoalan memerlukan jawapan. Kadang-kala ada persoalan yang harus dibiarkan tanpa jawapan. Mungkin itu yang terbaik." - Mama
"Maksud mama? Now... it has become our dirty little secret? - Laikha
"Mungkin itulah yang terbaik untuk dia. Mungkin juga dengan harapan itu dia masih mampu untuk teruskan hidup. Walau harapan itu hanya setitik cahaya dalam kegelapan, ia tetap memberi kesan yang besar." - Mama
I'm done. Memang betul bila kau dah start baca, kau susah nak berhenti. Kau akan rasa diri kau dihantui oleh kisah Laikha ni. Persoalan yang sering bermain di fikiran sepanjang bacaan, siapa Laikha tu sebenarnya? Bila kau teka dia adalah orang tu, kak Anna Lee twist dia jadi lain. Nampak tak permainan dia? Berapa kali dah budak kecik tertipu. Langsung tak dapat agak apa yang akan jadi seterusnya. Adoii 😅
Dan patutlah kak Anna Lee cakap, cerita ni memang khas ditulis untuk wanita-wanita di luar sana. Kerana apa? KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA. Isu yang dibangkitkan dalam Butterfly ni memang wujud. Tapi ada sesetengah wanita apabila didera emosi dan fikiran dia memilih untuk sembunyikan kebenaran. Dan ia juga membawa mesej peringatan kepada wanita supaya tidak terlalu jauh dibuai keasyikan dunia especially dunia percintaan. Hati-hati, jangan terlampau leka.
Kenapa tajuknya BUTTERFLY? Korang akan faham bila baca keseluruhan kisah kehidupan Laikha. Yang terperangkap dalam kisah silam kedua ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam. Saya sendiri tak sanggup hidup dalam kehidupan seorang Laikha. Psst, nak cakap sesuatu ni. Jangan sangka orang yang kita anggap baik dengan kita, akan selamanya baik dengan kita. Rahsia hitamnya akan terbongkar jua walaupun disimpan lama. Sejarah silam memang tak boleh diubah tapi kita boleh baiki masa depan kita agar jadi lebih baik.
Untuk menjawab persoalan terakhir Laikha, 'Kalau kau adalah aku, adakah kau akan melakukan perkara yang sama?....' YES, I WILL! Sebab dia adalah permata yang paling berharga.
👇Describe Butterfly with your own words:
"Kekuatan wanita diuji apabila dia terpaksa hidup dalam kepompong yang dicipta oleh orang sekelilingnya. Dan apabila emosinya selalu ditekan daripada pelbagai sudut, akhirnya dia memilih untuk terbang bebas tanpa peduli kesakitan yang pernah dirasa." - Butterfly, bukan kisah biasa-biasa tapi ada mesej yang perlu dijadikan titik perubahan dalam hidup seorang wanita. Kita hidup bukan untuk ditindas, kita hidup untuk terus bertapak di bumi yang nyata. 🙂
Sekali buka terus tak berhenti. Memang sekarang urat saraf kepala aku berpusing je ni lepas baca. Mind blowing. Ini karya kedua penulis AL aku baca selepas SYH.
Laikha, gadis ini dilihat sebagai seorang yang pendiam, menyendiri, gila dan anxiety semua. Ramai yang menganggap dirinya psiko kerana kerap berhalusinasi. Namun, benarkah itu kebenarannya?
Kisah bermula rumah Laikha terbakar. Wau, aku speechless. Terus tanpa mukadimah dah dapat plot twist. Aku pula terus tertanya-tanya bila baru helaian pertama dah menimbulkan pelbagai persoalan. Really, tu baru prolog tau.
Selepas kejadian kebakaran tu, Laikha selamat tapi babah dia kata itu yang terbaik buatnya masa mama Laikha nangis meraung kematian Laikha. Aku terus macam "bapa apakah?" Maka, Laikha lari jumpa Andi dan rapat. Secara tidak langsung Andi dan keluarganya pun terkena tempiasnya.
Laikha dahulunya menjalani kehidupan hariannya sebagai pelajar di kolej dalam bidang yang sama seperti ayahnya. Forensik eh? Entahlah, aku lupa. Dari sinilah dia kenal Andi dan Natasha. Watak mereka ni ada saling kait mengait.
Persoalan yang akan timbul mestilah berkaitan awalnya kejadian ini berlaku. Kenapa babah kelihatan tenang? Semasa upacara kebumian, keluarga Laikha nampak sedih tapi mamanya pula tenang? Bagaimana perkenalan Andi ni dengan Laikha sampai kena heret sekali dengan masalah keluarga Laikha? Siapa sebenarnya mereka semua?! *Haaa, tu yang sepatutnya aku katakan dari tadi, susah betul nak cari ayatnya...*😅
"Our Dirty Little Secret" sebenarnya teramatlah besar rahsia yang disimpan itu. Aku terkesima sebentar. Aku suka plot, development watak, cara rahsia itu dirungkaikan satu persatu, flashback semua tu sangat tersusun. Butterfly, sekarang aku faham dah maksudnya. Terbang bebas di cakerawala.
Apapun, bagi aku kisah ini sangat menarik dan menakjubkan bagiku. Cuma, satu je aku tak puas hati. Satu je lah pasal hubungan Andi dan Laikha. Padahal tu tak penting pun. *saja nak serabutkan kepala sendiri*
Pengajaran, aku rasa gerun pula baca ni. Lelaki macam tu boleh sesak nafas aku dibuatnya. Memang kejam wei. Mental illness. Rasa seriau pula dengan lelaki ni yang berpura-pura. Kak AL pun pesan memacam kat dua helaian terakhir berkaitan lelaki, aku macam entahlah rasa dia bercampur-baur.>.<
Lama kita peram novel ni, beli dari awal tahun lepas lagi. Isinya tak secomel dan seindah kulit muka depan ye - tipah tertipu. Ada elemen dramatik, saspens dan mind-blowing 🤌🏻 Memberi edukasi serta kesedaran tentang kesihatan mental. Yang sama peram buku ni macam aku, teruskan ambil dan baca, jangan fikir-fikir lagi.
I tried to be economical with this book. After all, who knows when the author would publish a new book, huh? But this weekend, i spent it reading this book, as slowly as i could. As usual, i do not feel let down. I love this book!
For those readers that are looking for something different in a local book, i believe this book has got that wow factor! The trip to pbakl to get this book was worth it, although i didn’t get the chance to meet up with the author.
Laikha is unique. I thought she would be someone weak and helpless and that andy would be her prince charming. Unexpectedly, she saved herself here. I love that part.
I can’t write too much without giving spoilers about this book. Believe me, this book is different than the typical malay romance. Go buy this book and read it. The ending is great for me!
Apa kau rasa apabila hidup kau selama ini bagai dipenjara? ~ Gara-gara satu kebakaran yang berlaku, hanguskan rumah Laikha, bermulalah teka teki yang harus dijawab. Laikha mula mencari jawapan.
Laikha, sudah lama tidak bersemuka dengan ramai orang di tempat terbuka, sering alami anxiety. Lagi-lagi dia ada mengambil ubat untuk masalah mental yang dihadapinya sejak kecil. Dalam diam, dia turut minat akan seseorang, Andi. Kasihan Laikha, bukan mudah ya nak jadi orang normal ini dengan apa yang dia alami.
Ya Andi, mereka taklah mesra pun, nak berkawan pun dengan harmoni pun susah. Andi seorang yang popular & kaya raya tetapi latarnya, dia tetap baik. Suka membantu.
Imbas kembali yang menceritakan bagaimana Laikha boleh berkawan dengan Andi, ditambah pula Natasha. Natasha bukan sahaja GF Andi namun dia ada sebab lain kenapa dia bencikan Laikha. Jujurnya scene ini agak meleret walau saya faham hubungan Laikha dgn mereka tak boleh tiba-tiba.
Selain tentang misteri ayah Laikha iaitu Zen, kemunculan rakan imaginasi Laikha ketika dia sudah dewasa mengharukan lagi keadaan.
Dalam kebuntuan Laikha dan Andi ingin mencari jawapan setiap teka teki apa yang berlaku 20 tahun lepas, mak Andi banyak membantu. Namun, pelbagai andaian... Ada saja tak kena.
Sehinggalah pertemuan Laikha dengan ibunya semula, mula menyingkap kebenaran demi kebenaran... Yang pahit harus ditelan.
Siapa sangka selepas apa yang berlaku, ibunya boleh berkawan dgn orang yang memusuhinya dulu, mana dah pergi yang lain? Sungguh nasib ibu Laikha sangat menyedihkan.
Sedikit berselirat tapi penjelasan jelas, tak pening sangat cuma mula² slow juga nak pickup takut terlepas info. ~ Childhood memories, cara membesar dan persekitaran... Benar² boleh menjatuhkan menyebabkan mental seseorang sudah songsang. Apatah lagi otaknya licik. ~ Agak tebal ya novel ni, sebagai peminat novel Anna Lee... Mungkin novel ini bukanlah favourite tapi masih OK. Kisah yang menyingkap tentang masalah mental, kita harus cuba mendalaminya. Thank you for writing this kind of story! Kita suka isu yang dibawa. ~ Akhirnya Laikha & mum menjadi butterfly, bebas dari cengkaman ...
Permulaan cerita tak menarik minat aku sangat sejujurnya sebab aku tak sabar nak tahu apa yang terjadi dia sebalik kes kebakaran di rumah Laikha.
Laikha masih hidup tapi kenapa mayat yang rentung tu punya DNA match dengan ibu bapa Laikha ? Buku ni menyampaikan mesej yang sangat sangat bagus. Bertubi-tubi plot twist di penghujung cerita semasa kebenaran mula terungkai.
Siapa sangka watak yang sangat penyayang dan sempurna sebenarnya menyimpan seribu satu rahsia dan yang menyedihkan manusia macam watak ini wujud di dunia nyata. Tak boleh nak reveal watak tu siapa sebab itu spoiler 😭
Walaupun buku ni bukan bergenre romance pun tapi chemistry watak Andi dan Laikha tu aku suka. Even Andi ni ‘that guy’ kat kolej dan diminati tapi dia bukan typical ‘that guy’ yang mengambil kesempatan kat orang.
Sekali lagi aku nak highlight yang aku sangat suka akan mesej yang nak disampaikan melalui kisah ini 🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 dan sesiapa yang pernah baca buku ‘It Ends With Us karya Colleen Hoover, korang boleh lihat persamaan antara dua kisah ini.
Novel keempat Anna Lee yang berjaya mommy khatam. Yeay to mommy!
"Itulah kehidupan. Tidak semua persoalan akan terjawab dalam masa yang sama. Kesemuanya memerlukan masa."
Betul. Memang banyak persoalan yang timbul masa baca Butterfly. Dari awal bab macam-macam soalan timbul. Siapa yang mati masa kebakaran? Kenapa penerimaan babah Laikha macam redha je. Semua persoalan ni buatkan mommy tak boleh nak letak Butterfly kat tepi. Nak tahu sangat-sangat apa yang jadi sebenarnya dan apa rahsia keluarga Laikha ni.
Anna Lee bawa pembaca 'flashback' semula kejadian-kejadian yang berlaku sebelum kebakaran malam tu. Bila flashback ni lagi banyak plak question mark muncul dalam kepala mommy. Macam teka-teki. Tapi dari satu bab ke satu bab Anna Lee bawak pembaca membongkar segala kebenaran.
Dan YES untuk jawapan bagi soalan Anna Lee dalam epilog cerita. Bagi mommy, semua yang berlaku bukan atas kehendak mama. Mama terperangkap dalam janji manis seorang lelaki.
"Butterfly....terbanglah. Terbang tinggi-tinggi".
Lastly, Anna Lee pesan pada gadis-gadis di luar sana: Jangan cepat 'cair'/ 'pecah ovari' la kalau jumpa lelaki yang kaya, kacak, mulut manis. Hati-hati gais! Mana tau lelaki tu PSIKO sebenarnya!
Hanya memerlukan sehari setengah sahaja mampu dihabiskan dengan baik sekali.
Kisah yang diketengahkan penulis bagi saya agak berat dan ia satu-satunya usaha yang cukup baik. Sekurangnya pembaca juga boleh mendapat pengetahuan yang masih lompong dalam bidang psychologist.
‘Kawan imaginasi’ yang sering kita degar untuk seorang kanak-kanak yang sering bercakap sendiri. Anxiety, panic attact dan cara mengendalikan jika kawan kita diserang. Begitu juga… emm satu-satunya tema yang pernah saya buat kajian di google bagi menulis satu manuskrip sebuah sayembara lepas; Narcicistic Personality Disorder (NPD)
Semua ciri-ciri yang diberikan dalam watak seorang suami mahupun ayah sangat menyerupai kepada kecendurangan NPD. Bukan mudah untuk hidup dengan pasangan yang ada NPD dan sentiasa memanipulasikan keadaan malam menuding jari setiap kesalahan di atas bahu kita.
Banyak pertanyaan ketika membaca novel ini sehinggakan terpaksa mengulang baca beberapa kali sesebuah perenggan untuk mendapatkan kefahaman. Kena fokus ye sebab dalam novel ni ada beberapa sela masa dan tahun dari 2000-2020.
Laikha mempunyai seorang kakak yang bernama Zulaikha (tak pernah tahu kewujudannya lantaran sejurus sahaja selepas melahirkan Zulaikha, Puan Azreen memberikan bayi itu kepada pasangan yang baru shj kematian bayi setelah 15 tahun menunggu cahaya mata). Puan Azreen terpaksa berbuat demikian kerana suaminya tidak layak menjadi seorang bapa dan risau akan keselamatan anaknya (pemberian bayi ini tidak diketahui Zen yg pada waktu itu berada di London atas urusan kerja. Azreen hanya memberitahu bayi mereka mati). Selang beberapa bulan, dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata yg diberi nama Laikha.
Fast forward 20 tahun ke hadapan. Kediaman keluarga kecil ini terbakar dan Laikha yang disangka mati dalam kebakaran itu sebenarnya masih hidup dan bersembunyi. Dia juga berusaha menyingkap satu rahsia besar antara ibu bapanya.
Tak semua persoalan memerlukan jawapan. Tak semua pengorbanan berakhir dengan kebahagiaan. Tak semua kebenaran perlu disingkap dan kekal sebagai rahsia. Namun, apa yang pasti setiap kejahatan pasti akan mendapat balasan;tidak dunia, di akhirat tidak akan
WHAT. A. TWIST! As expected, a book from kak Anna Lee will never disappoint me!!! Suspense and mystery tu FUH!
Mengisahkan Laikha yang bahagia dengan parentsnya. Tapi terus berubah 360 darjah disebabkan rumah keluarganya yang terbakar.
Meremang ye kita baca scene rumah terbakar and bila semua rahsia terbongkar tu. Rasa macam ‘orang tu’ ada dengan kita berselindung dengan topeng innocent!
This book bit draggy for me, sebab nak tunggu reveal semua plot twist and kisah silam mama dan babah Laikha tu kat hujung bab. Nak tahu lebih tentang Andi dan Laikha tapi kita paham tak semua perlukan explanation.
I love how kak Anna Lee educate about toxic relationship, how to deal with someone who is a sociopath, social anxiety and bully. Cara penyampaian tu buatkan kita pembaca ni faham.
My fav quotes from this book:
“ Jangan terlalu percaya dengan hero yang kacak, kaya, bermulut manis dan pandai berkata-kata. Kerana mungkin semua kata-kata itu hanyalah palsu. “
“ Jangan percaya dengan hero yang di awal perhubungan cuba mengawal segalanya. Kerana dia mungkin akan mendominasi fikiran dan hidup kamu. “
“ Jangan percaya dengan hero yang suka mendesak dan memanipulasi keadaan. Kerana dia tidak akan pernah mengaku salah. Ego. “
“ Jangan percaya dengan hero yang tidak tahu menghormati kamu sebagai wanita. Kerana dia akan menindas dan memanipulasi kamu. “
To be honest im so sick of plot trend 2024. Yang terlalu romanticise lelaki possesive and red flag. Ibarat takde ilham lain selain daripada lelaki bersikap macam tu. It’s good author try to give a message to young reader yang semua tu palsu and it might harm you.
This entire review has been hidden because of spoilers.
novel WAJIB milik.. Senantiasa menanti kehadiran novel cik puan penulis ini.. Cuma rezki cepat atau lambat sahaja untuk memiliki novel ini. Setiap orang mempunyai rahsia yang tersendiri.. Apa yang kita lihat tak semestinya itu realiti yang sebenarnya.. Untuk wanita2 diluar sana, TOLONG sayangi DIRI ANDA sendiri.. Bila anda berada dalam situasi yang menyakitkan TOLONG minta bantuan yang sepatutnya... Diharap allah swt mngilhamkan lagi idea untuk cik puan penulis yang cantik manis ini untuk menulis novel kesedaran bagi para pembaca. Jadi jangan percaya 100% gambar2 bahagia yang anda lihat di media social, hanya mereka yang tidak punya apa2 suka mempamerkan seolah2 mereka punyai segalanya..
Best sangat! Anna Lee tak pernah mengecewakan. Ada beberapa part jee tekaan saya betul😆
Jujur spoil mood sikit laa sebab watak Likha tu digelar weirdo. Maybe sebab dah 2 watak lebih kurang sama (Teja dalam Jika Aku, dan Astra dalam Missing Page) tapi saya faham watak Likha harus dicipta begitu sebab dia dikatakan ada depression.
Kurang satu bintang, sebab saya tak setuju dengan Likha. Begini, saya faham keluarga amat penting tapi saya tak puas hati sebab simpati lebih tumpah pada anak kecil yg kematiannya tak diketahui si bapa sampai si bapa pun menemui ajal. Saya tak boleh move on dan geram dengan Likha dan ibunya.
Sorry, saya je kut yg feeling lebih. Cuma pandangan peribadi saya tapi sebagai penulis, Kak Anna Lee lebih berhak melakar kisahnya mengikut kehendak dan imaginasi nya😍
Tahniah again and good luck untuk Suatu Yang Hilang 2😉❤❤
Kalau korang macam aku jugak, teka yang Laikha adalah anak kepada Dato Nawi, korang silap. Kalau korang teka Laikha anak yang diculik, korang silap. Sebab tu buku ni berjaya buatkan aku baca dari pukul 10 mlm straight sampai subuh. Aku korbankan tidur aku hanya untuk tahu siapa si Laikha ni. Jadi buku ni deserve 5 bintang dari aku.
Aku suka watak natasha tu. Hahah sebijik ikut perangai mak dia. Mcm bimbo tapi macam bijak, mcm kelakar juga and jenis selamber badak je yaa. Kadang aku tergelak kecil dengan perangai and dialog dia.
Oh ! Andi, even buku ni lebih kepada thriller, tapi ada beberapa kali andi berjaya buat aku 🦋 mengepak liar. Cheh! terseyum beberapa kali jugak la sebab andi. Lagi satu, mama andi style giler ! Aku suka watak mama dia juga.
Basically buku ni bagus, dia gabungkan isu domestic abuse, mental illness dengan toxic relationships dalam satu cerita.