SETIAP MANUSIA IALAH BULAN~ ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa. . . .
[B A D A R] Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun, bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...
[S I N] Sin mempunyai segalanya; kemahsyuran, kekayaan dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul yang mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?
. . .
Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan, apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!
Selesai membaca ‘Terang Bulan’, saya terus rasa penat. Memang penat ikut masuk dalam dunia Badar ni. Ceritanya bergerak pantas. Awal-awal lagi dah kena menghadap keseraman dan kekejaman. Itu belum ditambah lagi Badar (dan saya sendiri) jadi tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ni. Ada satu hal yang saya dapat tangkap, Badar menggelar ‘benda seram’ yang ganggu dia dan rakan-rakannya itu sebagai ‘hantu’.
Kalau ikut pengalaman tak seberapa saya membaca dan tonton kisah-kisah seram, orang tak senang-senang panggil sesuatu yang ganggu mereka tu sebagai ‘hantu’. Jadi, sepanjang pembacaan, saya fikir ini bukanlah ‘hantu’ dalam erti kata sebenar seperti mana kita bayangkan hantu macam pocong, atau pontianak.
Tak sempat nak hilang seram, tiba-tiba penulis bawa pembaca masuk ke dalam dunia Sin yang berbeza dengan dunia seram Badar itu. Kisah hidup Sin ni saya rasa penyebab penerbit Prolog letak novel ni sebagai bacaan matang (kekejaman melampau pun ya kut). Tapi kita semua tahu selera orang macam Sin ni wujud. Selera manusia ni memang ada yang pelik dan menjijikkan.
Seperti mana tertulis di blurb, Badar dan Sin itu saling berkait antara satu sama lain.
Untung sebenarnya jadi Badar ni. Dia didatangkan dengan sahabat yang baik – Zarul dan Rahman, walau kehidupannya dikuasai dengan ‘hantu’ yang menakutkan. Ada sesetengah orang di luar sana terpaksa bergelut seorang diri untuk keluarkan diri daripada ‘hantu’ tersebut dengan tak tahu arah tuju, dan kalau putus asa boleh terus gagal. Sedihnya...
Ada satu watak yang sangat menjengkelkan dalam novel ni iaitu Raden Mustafa. Nama punyalah sedap tapi perangai... hmm. Yang menariknya, akronim namanya RM, maka sesuailah dengan dirinya yang gila duit.
Dan satu lagi... topeng Wisel Kelas Pendidikan Jasmani? Ada juga penyanyi nak pakai topeng gitu. Cuba bayangkan orang pakai topeng bentuk wisel menyanyi atas pentas. Tergelak aku baca!
Pendek kata, cerita ini tentang pencarian diri yang hilang. Pencarian yang sangat azab tetapi berbaloi akhirnya. Fuh, lap peluh! Mujurlah novel ni hanya 238 muka surat saja. Kalau 350 muka surat ke atas, saya memang akan jadi sangat-sangat lelah.
Tahniah dan terima kasih, Fakhrull Halim. Bukan senang nak karang plot cerita sebegini rupa. Perlukan ketelitian dan pembacaan banyak.
Saya kira penulis buku ini seorang yang berani kerana telah memasukkan isu sensitif (baca : tabu) masyarakat ke dalam karya beliau. Ketika membaca kisah Sin timbul juga rasa geli-geliman dan persoalan perlu ke dimasukkan semua ini ke dalam sesebuah karya? Apa motif penulis?
Saya yang membesar di kawasan kampung di Pantai Timur mungkin tidak mendapat gambaran sebenar (baca : tidak pernah melihat dengan mata sendiri) akan sisi gelap manusia yang membesar dan hidup di sebuah bandar besar. Mungkin begitu ramai Sin di dunia pada hari ini atau seiring dengan zaman segalanya di hujung jari tidak mustahil Sin juga telah wujud di kampung-kampung.
Membaca buku ini juga memerlukan saya berfikiran lebih luas, terbuka dan menganalisis makna tersirat di dalam sesebuah karya dengan lebih berhati-hati.
Setiap manusia adalah bulan, ada sebelah sisi daripada diri kita yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapapun--bersyukurlah kerana Allah masih menjaga aib, menutupi dosa-dosa kita daripada pandangan manusia. Andai kata aib kita mengeluarkan bau, saya yakin tidak akan ada manusia mahu mendekati, malah menutup hidung mereka lalu menjauh. Tapi perlu diingat aib ditutup oleh Allah bukan kerana Allah menggalakkan kita berterusan melakukan dosa tapi petanda Allah sayang dan Dia sentiasa menunggu taubat daripada kita.
Permulaan cerita, sangat-sangat mendebarkan. So, AWAS: kalau anda seorang yang penakut, silalah baca buku ni pada siang hari. Sebabnya elemen seram yang ditonjolkan memang super menyeramkan. .
Ni kisah tentang Badar. Dia selalu nampak bayangan menakutkan yang menyerupai kawannya. Dan tidak lama kemudian, kawannya itu mati. Dan perkara ini berlanjutan. Sehinggalah seseorang menyuruhnya mencari Zamir. Kerana itulah punca semua ini terjadi. .
Dan ini juga kisah tentang Sin. Seorang artis bersimbol seks dengan tarian dan lagunya. Pada masa yang sama, di sebalik luaran seorang 'Sin', masih ada sisi lain yang disorokkannya. .
"Setiap orang ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa". .
Apakah kaitan antara Sin dan Badar? .
Bagi aku, buku ni sangat memenatkan. Permulaan cerita, aku dah penat dengan rasa berdebar melawan hantu. Lepas tu, rasa penat sebab rasa macam aku ada dalam cerita ni, bersama-sama mereka mencari jalan keluar. Mencari punca kepada semua ini. Dan akhir cerita, penat menahan sebak bila akhirnya impian Sin tercapai. .
Beruntunglah kepada sesiapa yang mempunyai sahabat sebaik Zarul. Dia tolong Sin daripada awal, sampailah ke garisan penamat. .
Buku ni best sebab ilmu psikologi diselitkan dalam bahasa yang mudah. .
P/s 1: sebelum ni, tak pernah terfikir nak tengok Masked Singer. Tapi penangan Raja Topeng ni buatku rasa nak follow. Eh, Malaysia takde ke versi Raja Topeng ni? .
P/s 2: sepanjang baca buku ni, aku rasa macam, "boleh tak aku nak mencarut kat si Raden Mustafa ni?" .
P/s 3: really looking forward for your next book .
P/s 4: pada pendapat aku la, 'bacaan matang' ni digunakan bukanlah hanya disebabkan oleh background Sin tu, tapi sebab pengisiannya pun berat. Pasal addiction semua tu, kalau tak fokus, memang tido la ceritanya.
Permulaan cerita dah seram lagi menakutkan. Aku berhenti baca di page 8. Dahlah baca jam 1 pagi. Meremang bulu roma. Pace reading meningkat keesokan harinya. Dah siang kan, so tak takutlah baca kisah hantu. Haha.
Semakin menjadi tanda tanya bila seorang demi seorang kawan Badar mati dalam keadaan ngeri. Dikaitkan pula dengan maksud nama bagi setiap kawan Badar. Siapa Zarul? Siapa Zamir? Banyak persoalan pada mulanya.
Penulis bawa kita pula kepada kisah kehidupan Sin. Baca kisah Sin menakutkan dalam erti yang lain pula. Muncul juga Zarul dan persoalan terungkai. Wow sangat bila penulis kaitkan hantu dengan kawan Badar yang mempunyai maksud nama tertentu.
Ada ilmu daripada buku ini. Bagaimana untuk kita ubah ketagihan. Ketagihan berkait rapat dengan tabiat dan nak ubah tabiat bukannya senang. Kena berlawan bersungguh-sungguh dengan diri sendiri. Tabiat tidak boleh dihapuskan, tapi boleh diubahsuai atau cipta tabiat baru. Walau aku agak pening sikit bila baca bab ni, akhirnya faham juga.
Plot cerita berkembang dengan baik, begitu juga dengan setiap watak yang ada. Masing-masing ada peranan sendiri. Part seram ada di awal cerita dan di akhirnya juga. Bagitahu awal-awal buat mereka yang penakut macam aku. Haha.
Ending terbaik 👍🏻👍🏻👍🏻 Aku rasa nak start tengok The King Mask Singer 🤭
Awal2 buku sampai hampir ketengah memang mengerikan. Terasa macam cerita the conjuring. Dah la baca waktu malam. Tapi boleh teka dah yang ni bukan alam nyata dan banyak sangat boleh relate dengan kisah Badar & Sin ni.
Plot pun semua cantik tersusun dan tak ada typo langsung ye walaupun cetakan pertama.
Highly recommend✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dah lama baca so tak ingat secara detail. Yang ingat, plot twist terbaik (ada yang boleh teka sebab dah banyak baca suspense kot). Sakit jantung baca buku ni sebab segala frustration dan ngeri dia memang terasa. Clues ada ditabur so plot twistnya tidaklah tiba-tiba. Agak thrilling.
Opening scenes memang terbaik. Bolehgrip pembaca untuk teruskan bacaan. Banyak babak gory scenes ye (jenis yang korang tak expect daripada Prolog Media). Pembinaan watak dan mesej yang bagus. Habis je baca, saya ambil masa nak let go cerita ni sebab asyik teringat2 je.
Worth reading it. Tahniah, penulis! Best, cuma saya dah tak ingat secara detail ;)
Akhirnya selesai juga baca karya ini meskipun banyak kali rasa nak tinggalkan buku ni. Bukan DNF tapi rasa seriau dan ngeri tiap kali baca. Sambil baca, sambil kita boleh bayangkan babak seram tu dalam kepala. Tapi, kalau biar je macam tak best pula sebab tak tahu apa yang terjadi. Maka, pembacaan pun tetap diteruskan dan segala misteri dan teka-teki akhirnya tersingkap.
Betul kata orang, jadi penulis ni akan memegang banyak jawatan. Semua benda penulis tahu. Kira penulis ni orang yang paling bijak. Makna kata, aku kagum dengan karya Fakhrull Halim. Sambil menulis, dia boleh jd ahli psikologi yang merawat Badar. Dia boleh jadi penyanyi dan ketagihan sadism/sadistic yang bernama Sin. Dia boleh jadi hantu yang paling menyeramkan juga 😂
Back to the story, kisah seorang lelaki bernama Badar yang mencari kepuasan, kebahagiaan dan keseronokan dalam diri. Selama ini Badar dikongkong walaupun mempunyai segala-galanya tetapi semua itu tak memberikan kepuasan yang dia inginkan. Kepuasan yang bagaimana? Badar sendiri pun tidak tahu sehinggalah Zarul membantunya. dalam merawat diri untuk tidak ketagih dengan rutin dan tabiat yang selalu dibuatnya demi kepuasan.
Bukan itu saja, segala tips merawat diri dari ketagihan buruk sebagai contoh suka tengok pornografi dan dark video malah dengan keinginan membuak-buak untuk melakukan semua aksi tersebut dapat diguna dengan cara rawatan islam dan dari segi pskilogi. Kita akan tahu melalui pemikiran bawah sedar, dll. Nak jelaskan kurang pandai, jadi kalian bacalah karya ni!
Tahniah team Prolog dan penulis. Satu lagi novel Prolog yang buatkan aku jatuh cinta terus dengan penulisan penulis.
dua bab pertama rasa nak terus give up je baca buku ni, bukan tak best tapi terlalu menyeramkan. meremang wei, apa yg psiko sangat hantu ni nak main-main bunuh orang ni.
bila masuk cerita Sin baru boleh bertenang tapi Sin punya perangai pun, aku tak boleh nak brain wujud manusia yg ada ketagihan pelik sebegini. yg pasti bila terbongkar mengenai sisi gelap Sin, aku dah tak rasa seram sebab dah tahu apa jenis hantu yg mengejar si Badar ni.
overall, buku yg menarik dan ada mesej dan pengajaran yg cuba disampaikan.
Buku ni menyeramkan hahahhaha, aku sehabis baik mengelakkan buku yang horror. Aku ingatkan buku ni just thriller but i guess sometimes horror and thriller cannot be separated 😂😂
Buku ni lain daripada buku prolog media yang aku pernah try setakat ni. Buku ni jalan ceritanya menarik, tapi buku ni kena check jgk the TW sbb buku ni gore yaaa 😮💨😮💨 dan juga kupas banyak isu-isu sensitif. Tajuk yang sangat bertepatan dengan jalan cerita. I like the idea and concept yang dibawa author 👍🏻 Definitely not a book for everyone, but siapa yang suka horror/thriller, i do think you guys gonna love this. 🫢
Btw, buku ni buatkan aku teringin lak nak tgk balik king of masked singer (korean version) 😆😆 Dulu, aku selalu jgk tgk time zaman2 belajar dulu. 🙊 Overall, buku ni best cumanya ending dia mcm whatt, alaaa lebihkan la sikit lg. Hahahha, i want more closure on watak Badar, Zarul dan Rahman. 😌 #emptycanvashida
Sering 'dijual' sebagai buku seram atau ngeri tapi ia sebuah buku bercerita tentang penderitaan mental. Kalau saya terpengaruh beli seram atau ngeri itu sahaja, mesti tak baca!
Aduh, ruginya..nak tahu kenapa?
Bila dapat habis baca novel ini semacam dapat kelegaan dan rasa sama-sama berjaya seperti Badar. Manusia yang paling kuat ialah dapat melawan tabiat buruknya.
Kalau Badar dah boleh lawan Sin, saya juga dah boleh lawan buku genre hantu! _____________________ Pendapat peribadi saya, expectation lebih banyak dari plot twist. Mungkin kerana saya dapat lihat unsur dari beberapa filem sains fiksyen luar negara.
Namun, penulis masih mampu kagumkan saya dengan menggunakan idea yang lebih realistik dan minimal.
Saya suka dengan pembawakan watak sampingan, latar tempat dan masa. Penulis faham benar untuk wujudkan semua itu untuk Badar. Bagi saya tiada satu pun terasa leceh. Wujud dan berguna! _____________________ Biarpun dalam Terang Bulan banyak babak saya dah boleh agak. Tapi satu jelah..saya tak sangka saya boleh habis baca Terang Bulan!
Iyalah orang duk kata seram, ngeri, kejam tapi akhirnya..seronoklah 🤭
Buku yang sangat menarik namun ini bacaan matang.. Cara penulis mengolah cerita berjaya memukau Sha untuk terus membaca.. Garapan yang lain dan luar biasa.. Bagaimana separuh pertama berjaya memberikan keseraman dan juga tanda tanya.. Separuh terakhir pula menunjukkan bahawa manusia sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan perlu memilih.. setiap pilihan ada kesan kepada diri.. Rakan yang baik mampu membantu.. Tahniah buat penulis..
Pendek kata, ia menyentuh ttg ketagihan dan proses seorang manusia melawan susuk gelap dlm dirinya. Ketagihan ada jenis2, dari sederhana kpd ekstrim. Jadi aku kira kisah ni mengambil contoh yg lebih kpd ekstrim.
Ada bahagian yg tak selesa baca- sadism gore, adegan di katil, contohnya. Sesuailah di depan buku tu dia letak 'Bacaan Matang'.
Part yg aku struggle: Penceritaan dia kelam-kabut sikit, POV dia terkejut2. Sekejap si polan itu, sekejap si polan ini, jadi kau rasa spt melompat-lompat dari kepala satu karakter ke karakter yg lain tanpa ada cue yg cukup.
Part yg aku puji: kelainan cerita, dan ada bahagian-bahagian yg berkongsi falsafah2 yg boleh mengajak kau berfikir. Penulis aku kira seorang yg kuat menelaah dan berfikir, kerana kalau direnung semula, kisah ini banyak unsur simbolisme dan unsur tersirat di sebalik kejadian.
Bismillah. Selesai sudah naskah ini. Alhamdulilah aku masih boleh layan naskah ini. Mengisahkan ttg badar kemudian sin dan seterusnya..aku cuba membayang hantu apa ni sampai boleh bunuh bunuh kan? Tragis menimpa kwn2 badar mmg tragis..apa2 pun tahniah buat penulis. Keep it up!
Terang Bulan suited the title. Buku yang lain dari yg lain. Nak baca sesuatu yang berbeza, boleh cuba baca buku ni. Babak-babak awal penceritaan memang mengerikan. Bila sampai di pertengahan barulah terungkai segalanya.
3.5 ⭐️. This is because I was so scared reading the early few chapters! And I don’t like to be scared. Highly recommended! I love the plot twist. Glad I soldiered on and finished reading.
MINDBLOWING! my new fav read untuk tahun ni and memang betul betul bacaan matang. after habis baca buku ni, baru faham kenapa it is called 'terang bulan'. tak tahu nak describe macam mana sebab for me, sedihlah bila dah habis baca sebab macam ada a mix of emotion sikit 🥹 tapi buku ni sangat membuatkan reader jadi terfikir-fikir if kita stop baca sekejap. if u want to read something yang boleh relate dengan diri and mental health with a little hint of horror and psychology, then this book is for u. horror in this book hmm seram lah juga kalau baca malam and sorang sorang pula and dia jadi lagi seram if u baca buku ni kat kolej. so, baca jelah eh buku ni kat rumah 🫣
later kita up review lagi proper :))
_____________________________________________
updated review (long version)
“setiap manusia ialah bulan - ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.”
[the review will be in dwibahasa]
MINDBLOWING. this is my first thought after habis baca terang bulan. terang bulan is a story about badar yang always nampak bayangan yang menakutkan and satu-satu kawan badar mati dengan keadaan yang sama dengan bayangan yang dia nampak. benda ni berlanjutan sampai satu tahap badar kena figure out how nak stopkan semua benda ni. it's also a story about sin, seorang artis yang bersimbolkan seks yang mana jiwanya tak tenang for sme reason
for me, terang bulan is a tiring read. bukan sebab tak best ke apa tapi kat awal permulaan cerita dah ada scene lawan hantu, pembunuhan which is gory habis and macam macam lagi. rasa macam kita pun lawan sekali hantu tu and kita ada kat situ. dah lah scene lawan hantu tu seram 😔 kalau baca malam-malam, confirm takut nak pergi toilet lagi lagi kalau kat kolej hm
then, when we move to the next chapter, ada benda jadi lagi with the clue yang banyak berterabur kat setiap tempat so kita pun ikut sekali and figure out sekali how nak keluar daripada sini. macam roller coaster tau everythingg sebab macam macam jadi!
pace of the story memang laju habis dengan 240 pages tu? debaran dia tu lain macam tau. penulis memang power gila susun storyline sebab pada awalnya, badar yang banyak muncul and then tiba-tiba sin muncul. both of them ada story yang tersendiri tau tapi bila dah mendalami betul-betul cerita ni, baru faham apa sebenarnya kaitan dua-dua ni.
penulis juga ada selit about psychology and mental health. the way penulis potray apa yang jadi tu for me, agak sedih. tak, dia bukan sedih dia macam banyak gila emotion yang kita boleh rasa. sedih, happy and marah sebab kita dapat tengok apa punca jadinya benda ni and bila kita nak get back on track tu, memang kena struggle habis.
anyway, it's an easy ★★★★★ for this one and highly recommended 🌟 sebab best gila cuma nanti otak korang berasap sikitlah bila baca tu and enjoy the ride 🤭 so, it's official. bila orang minta suggestion buku, i nak suggest buku ni je nanti hehe. new fav read for this year! 😋 and to the author @fakhrullhalim , teruskan berkarya!
1/3 pertama cerita ni memang sedikit membosankan untuk saya.
Bukan masalah pada cerita, masalah pada saya ni yang tak berapa minat genre seram.
Tapi, alhamdulillah atas saranan dan galakan kawan-kawan buku saya, saya teruskan juga pembacaan.
Melepasi 2/3 cerita, saya terus jadi semangat nak menghabiskan baca novel ni. 😆
Banyak benda yang saya hargai dalam novel ni. Jalan cerita yang tak klise secara keseluruhan, pintal alur yang mengujakan, perjalanan pertumbuhan dan arka watak utama yang menyentuh hati, penggunaan latar dan watak-watak sampingan dsb sebagai simbolik yang bermakna, dan penghujung yang memuaskan pengalaman membaca saya.
Cerita ni insya-Allah akan dapat jadi inspirasi dan pembimbing untuk mereka yang bergelut nak mengatasi masalah ketagihan khususnya.
Kalau nak bercakap dari segi teknikal semata-mata, ini ringkasan ulasan saya:
- Laras bahasa: Tipikal moden, tapi sarat dengan pemilihan kata dan pewujudan suasana yang merangsang emosi. Ada dialog dan prosa yang penuh muntahan maklumat, tapi untuk saya masih boleh diterima.
- Plot: Menarik dengan pintal alur yang mengujakan saya. Tak terlalu berterabur yang sampai saya pening nak memahami bila, apa, dan dekat mana sesuatu babak sedang terjadi.
- Watak & Perwatakan: Watak-watak utama mempunyai peribadi yang menyeluruh, tak terasa bersifat satu dimensi.
Zarul, setiap orang adalah bulan. Ada sebelah sisi daripada kita yang kita tidak pernah tunjukkan kepada sesiapapun. - Badar
Badar, semua orang adalah bulan. Semua orang ada sifat separuh terang dan separuh gelap. Aku mungkin cuma kenal kau yang separuh terang tapi aku rasa kau kawan dan manusia yang paling baik pernah aku kenal. - Zarul
Dan ada sisi yang paling aku benci tapi dia tetap adalah sebahagian daripada aku. - Sin
Pada permulaan cerita bagi aku agak menyeramkan juga. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku. Semua yang mati itu ada perkaitan dengan Badar. Kalau tengok movie, konfem ku dah tutup mata dan geli nak bayangkan scene tersebut. Bila dalam novel, satu persatu penulis describe apa yang terjadi dan terbayang pula dalam fikiran, nak tak nak kena habiskan juga bacaan sebab nak tahu apa sebab semua itu berlaku. 😁
Sampai pertengahan cerita tu barulah kita tahu kisah sebenarnya berpunca daripada ketagihan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Dan semua perkara itu datangnya daripada kegiatan sosial dan tabiat yang dilakukan berulang kali yang dibawa oleh watak Sin. Tak boleh nak jelaskan kat sini mengenai apa nanti jadi spoiler.
Tapi dengan adanya watak Zarul segalanya berubah. Segala tabiat pelik itu dapat diubati apabila Sin berada dalam dunia separa sedar (mimpi) dan dibantu dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran juga. Pokoknya, Terang Bulan bukan naskhah kosong. Ada ilmu yang boleh diambil dan dijadikan pengajaran dalam dunia moden ini terutamanya golongan muda. Dunia sekarang memang tanpa sempadan. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk memilih menjadi seorang yang baik atau terus tenggelam dalam perbuatan yang tak baik. Insya-Allah, korang akan temui sesuatu bila selesai baca buku ini. Tahniah penulis!
Wow mind blowing cerita ni… part kekejaman tu uish memang terasa ngerinya. Untung Badar ada sahabat seperti zarul.
“Setiap orang adalah bulan. Ada sebelah sisi daripada diri mereka tidak pernah mereka tunjukkan kepada sesiapa pun. Sebaik mana pun kau lihat seseorang manusia, mereka ada anti-diri yang seperti aku, yang mereka rahsiakan daripada pengetahuan semua orang. Sekuat mana pun mereka cuba untuk singkirkan kami, mereka tetap takkan berjaya. Sebab apa? Sebab sekuat mana pun kau cuba untuk berubah, bulan tetap bulan. Bulan berpusing satu arah sahaja. Sebelah dirinya dilimpahi cahaya, sebelah lagi selama-lamanya akan berada dalam kegelapan.”
Badar mula rasa terganggu apabila melihat kelibat aneh dan diikuti dengan kematian teman-teman rapatnya. Pelbagai kejadian aneh mula berlaku di sekitar Badar. Sin pula yang semakin lama semakin hilang jiwa dan diri sendiri juga semakin muak dan lemas dengan keadaannya. Mujur adanya Zarul sahabat yang sentiasa ada di sisinya.
Jarang SH jumpa cerita seram dah ada penampakan/gangguan seawal 10 muka surat pertama. Tapi naskah ini memang awal-awal dia dah bagi segala gangguan. Awal-awal dah ada babak kepala bergolek. Betul-betul awak.
Penceritaan yang laju dan lancar. Babak-babak ngerinya mampu membuatkan SH tahan nafas sekejap semasa membaca. Untuk yang sukakan adegan gore ini salah satu bacaan yang sesuai. Untuk yang tak mampu tengok aksi yang kejam - kejam, baca atas risiko sendiri.
Ada beberapa babak kematian dalam naskah ini yang membuatkan SH teringat filem Final Destination. Memang ngeri cara kematian mereka. Tetapi ada sebab kenapa kematian mereka dibuat sekejam dan setragis itu. Bila dah faham sebabnya baru faham kenapa mereka harus mati begitu.
SH suka penulis membawakan konsep nama di dalam naskah ini. Sememangnya nama adalah identiti kita. Tanpa nama kita seolah-olah tidak mempunyai identiti. Sebab tu dulu kita sering dengar orang tua-tua kata 'nama ni berat mungkin tak sesuai dengan bayi tersebut' sebab setiap nama ada nyawanya tersendiri.
Macam biasa buku Prolog Media punya plot twist memang mind blowing.
"Atas beranda tu, aku ingatkan aku nak mati. Tapi bila aku ingat-ingat balik tentang diri aku seminggu yang lepas, aku bukannya nak mati, aku cuma tak nak hidup. Aku meluahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Tapi aku baru sedar sekarang, kehidupan aku selama ni tak boleh pun dikatakan sebagai hidup. Macam mana aku boleh fikir nak mati sedangkan sebenarnya aku memang dah lama mati, pun? Aku betul-betul dah terpedaya. Dan sekarang, aku betul-betul nak hidup. Aku nak hidup. Aku tak nak 'mati' macam diri aku yang lepas. Dan sebab itu, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada kau, sebab kau tolong aku."
Aku lebih sukakan penceritaan Sin berbanding Badar sebenarnya sebab bila baca bahagian Badar memang banyak sangat persoalan aku. Siapa yang kacau dia ? Kenapa kacau dia ? Kenapa ambil kawan-kawan dia ? Siapa sebenarnya Badar ? Kenapa dia sering diganggu ketika bulan mengambang ?
Bahagian Sin pulak memang diceritakan sepenuhnya terus tentang Sin. Tentang kerjaya Sin sebagai seorang penyanyi yang terkenal tetapi dia rasa macam apa yang dia lakukan tu bukan lah diri dia yang sebenarnya, ketagihan Sin yang tidak normal sama sekali iaitu ketagihan video-video tak elok dan ngeri, macam mana Zarul tolong dia untuk keluar daripada habit dia yang tak sihat tu.
Overall buku ni best dan aku tak menyesal beli cuma part awal kurang menarik perhatian aku dan aku geli baca tentang betapa detailnya author ni describe babak babak ngeri yang terjadi.
⭐️⭐️⭐️⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mula-mula baca memang penuh dengan babak seram ya amat. Macam tengah tengok cerita hantu. Walaupun baca dalam bulan puasa, saya masih jugak tertoleh kiri kanan atas bawah. Takut punya pasal. Memang hairan sangat kenapa muncul hantu2 ni lepas tu kenapa nak dibunuhnya kawan-kawan Badar ni. Babak membunuh penuh dengan 'keseraman'. Geli tekak dibuatnya.
Kemudian muncul Sin. Kat sini rasanya dah tahu lah siapa Sin. Rupanya orang yang sama iaitu Badar. Sin tu nama komersial, nama glamour sebab nya Sin ni seorang artis. Bukan artis yang biasa-biasa ni. Siapa Zarul? Zarul ni kawan baik Badar. Dia jugak seorang psikiatri. Ada klinik sendiri. Zarul ni lah yang akan selamatkan Sin@Badar.
Dah sampai pertengahan dah jadi macam buku motivasi pulak. Bagaimana nak mengatasi masalah ketagihan. Punca dan kesan-kesan yang dialami seorang Sin@Badar. Sisi gelap seorang Sin yang hanya dia seorang je yang tahu. Gila punya ketagihan. Dengan bantuan Zarul, akhirnya masalah ketagihan tersebut dapat dibendung. Impian Badar yang sebenarnya ialah menyanyi. Dapat lah masuk 'Raja Bertopeng' dan menang. Yeay!!!!!
'Masked Singer' ni memang saya follow lama dah. Tapi yang versi Korea je la.... Hehehe
at first i thought it was going to be a pure horror since dari permulaan cerita dah banyak scene hantu. tapi rupanya cerita ni ke arah psychological/mental issue, something aku tak pernah terfikir boleh digabung dengan elemen seram macam ni. idea cerita ni menarik. i applaud the author for coming up with something new (at least for me).
cerita ni ada 3 bahagian. 1) gangguan pelik yang berlaku dekat Badar & his friends. 2) Sin’s backstory. 3) continuation of (1) tapi kalini Badar dah tahu apa sebenarnya yang berlaku dekat dia.
initially aku assumed ‘bacaan matang’ tu just refer to the gore stuff. sebab hantu ni lowkey abusive, teruk betul cara dia ‘bunuh’ kawan kawan Badar. tobakk geli. but then, cerita ni fully berubah and turns out ada kaitan dengan this weird ‘ketagihan’ AND ALL I CAN SAY IS THEY HAVE A DISTURBING KINK😭 plus ada unsur lucah sikit.
as for the ‘horror’ scenes, i still got the chills while reading, tapi bagi someone penakut macam aku, i’d say it’s bearable. maybe lepas dah tahu apa sebenarnya jadi dekat Badar & get the idea of where the story is heading, dah tak rasa menakutkan sangat.
can’t deny, this book is a real page turner sebab aku ambik masa less than 10hrs untuk habiskan 295 pages💯 cuma here’s the thing yang aku rasa agak ‘???’
— macam aku cakap awal awal, banyak scene hantu yang bagi adrenaline rush from the spooky/gore stuff that happened to Badar & his friends. tapi once masuk pertengahan cerita, pace dia jadi slow sikit sebab banyak info/penerangan yang kena hadam. i believe it’s something important, cuma cara pengolahan agak panjang + too informative.
— a jump between POV1 & POV3. jujurly benda ni taklah fully mengganggu pembacaan aku, but it feels a bit weird & agak serabut.
— maybe this one’s on me🙏🏻 aku faham apa yang author cuba sampaikan, but after all the chaos, the revelation of Badar’s ‘impian’ rasa a bit underwhelming & less impactful than expected.
overall it’s still a pretty interesting premise and a good reading experience for me🙌🏻 for those who enjoy gore, thriller, mystery, and horror themes, give this a try.
Permulaan cerita, kita akan dibawa ke alam yg penuh seram dan misteri. Selepas insiden kematian demi kematian, perasaan ingin tahu itu mula wujud walau semasa membaca itu sering saya pandang kiri kanan kerana terasa meremang bulu roma. Tetapi semakin jauh membaca, saya dpt rasa yg cerita ini bukanlah cerita 'hantu' yg sebenar. Tetapi cara penceritaan dan plot yg diutarakan mmg sangat menakutkan utk seorang yg penakut mcm saya😂😂😂. Byk ilmu yg dikongsi oleh writter dlm buku ini. Cthnya bagaimana ingin mengubah keinginan dan ketagihan dari menjadi tabiat semulajadi yg buruk. Apapun tahniah pada writter kerana anda berjaya membawa mesej yg positif terhadap pembaca di luar sana. Dan yes, saya sgt terkesan dgn penceritaan yg anda cuba sampaikan.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Kehidupan normal Badar mula kacau apabila dia sering diganggu ‘hantu’ & kawan kawannya mula mati sorang demi sorang dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Satu cara untuk menghentikan semua ini adalah dengan mencari Zamir namun Badar dikelirukan lagi dengan kemunculan lembaga seorang lelaki di laut yang sering mengikutinya.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Thanks to @elmo.reads, @lysareading & @shanurareads , buku ni naik tangga priority list untuk kita baca & habiskan!
Awal pembacaan kita rasa buku ni memenatkan. Penat dengan scene yang suspens tak berhenti, rasa cam sama sama ‘berlari’ ngan karakter Badar ni, weh I tell u the author doesnt give you the chance to rest AT ALL 🥵☝🏻
Masuk ke tengah, suspens tu dah berkurang sebab kita dah mula nampak where the story is going, for readers yang takbiasa maybe akan ‘dnf’ buku ni tapi sabajap, hold your thoughts there — baca sampai habis, give Sin & Badar a chance. Jujur, kita tak menyesal & proud dapat baca sampai habis 😭✨
🪴 𝙂𝙚𝙡𝙖𝙠, 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙝, (𝙝𝙖𝙢𝙥𝙞𝙧) 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙞𝙨, 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙠 🪴 —— buku ni berjaya buat kita rasa semua emosi ni sebab mesej yang dibawa sangat relatable hence why automatically masuk top fav book & auto-buy author ☑️
Cuma, ada part yang kita rasa agak repetitive sampai rasa cam kita yang kena ‘basuh’ dalam ni & bukannya Badar hahaha. Plus, ada certain scenes bagi kita agak confusing cam ✨konsep✨ tu dipakai ikut convenience cerita. Tapi tkpe, takganggu banyak pun pembacaan kita personally.
Semalam aku mula baca buku ni pukul 2 pagi. Terkejut beruk aku sebab dah kenapa seram pula buku ni. Terus aku baca buku lain.
Awal-awal tu aku confuse juga. Buku ni genre horror ke. Sebab seriously, awal² tu cara kematian watak² adalah mengerikan. Tacoddddd
Kemudian aku teruskan lagi pembacaan, aku jadi terkesima. Sungguh berfalsafah. Penulis ni ambil jurusan apa ye? Cara dia menerangkan tu macam ahli psikologi. Aku kagum gila macam mana cara penulis ni berfikir dan macam mana penulis membina dunia gelap dalam cerita ni.
Tema cerita ni simple. Tapi cara penghuraian, jalan cerita buat aku tak boleh berhenti membaca. Sentiasa nak tahu apa seterusnya.
Dari segi gaya penulisan, aku tersangat suka. Macam selamba tapi tak menghancurkan bahasa. Dan aku rasa penulis ni kreatif yang amat bila dia tukar nama² yang wujud dalam dunia realiti ni ke nama lain. Contohnya, warner music ---> warna music Akademi fantasia ----> akademi ilusi Ramli MS ---> Romli AB Syafinaz selamat ---> Syarinaz Sulaiman Jenna Nick (kot) ---> Jenal
Akhir sekali, kita semua ada sisi gelap yang kita semua sembunyikan daripada orang lain. Simbahkanlah sisi gelap tu dengan cahaya, kegelapan akan hilang. Macam mana nak simbah cahaya tu? Kena baca buku ni.
Begitewwwwww.. Okay la. Maka, dengan ini aku bagi solid 5⭐.
Rasa nak tepuk bahu diri sendiri sebab buat keputusan yang bijak dengan pilih buku ni di atas rak masa dekat PBAKL 2019 baru ni. Bukan sebab blurb, mungkin sebab tajuk agak bunyi macam lagu klasik P Ramlee yang saya suka. Bila dah beli baru perasan ada tag 'bacaan matang' . Baca sampai halaman ke-20, dah rasa patutlah bacaan matang. Haha. Penulis punya imaginasi 'seram' tu beyond expectation betul. Serius la penulis ni? Macam mana dia boleh fikir 'hantu' tu buat macam tu dan macam ni? Berhenti baca dan termenung sebentar semasa membacanya berkali-kali terjadi kepada saya.
Baca dan baca, hati dah terdetik. Naskhah ni bukan sekadar hantu usik-usik biasa dan gelak mengakak je.
Nak sangat tahu, sama ada penulis menulis menggunakan teori-teori psikologi tertentu untuk hasilkan karya ini. Adakah ada teori psikoanalisis Sigmund Freud? Naskhah ini sarat dengan ilmu tapi tak terasa berat kerana olahan penulis bagi saya begitu bersahaja.
Perlambangan yang digunakan sangat mudah difahami, sesuai dan menjadikan ia agak menarik. Contohnya untuk melawan kiu, kena buat perkara yang bertentangan. Saya rasa ia boleh membantu jika ada pembaca yang nak menyembuhkan diri daripada ketagihan sesuatu yang buruk.
Apa yang paling saya suka pada naskhah ini ialah penulis menceritakan sisi buruk manusia tanpa perlu menjelaskan dengan lebih lanjut dan terang-terangan apakah dosa itu sehingga boleh buat orang 'enjoy' dosa itu. Kedua, yang saya suka pada naskhah ini sudah tentu gaya bahasanya yang santun dan terjaga selain ada perkataan-perkataan baharu yang saya belajar. Boleh menambahkan kosa kata bahasa Melayu.
Syabas penulis! Mungkin lepas ni saya boleh cari terbitan Prolog Media lagi. Saya bukak Goodreads baru tahu penulis ada karya dekat Tri (Antologi Adiwarna). Terus nak baca lepas ni sebab memang dah beli sebelum ni cuma belum dibaca. Sabar menanti karya Fakhrull Halim yang seterusnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
30 Mac lepas beli di PBAKL. Sebelum tu ada perasan promo di fb. Mula-mula tu pelik juga; kenapa buku PM yang ni ada label 'bacaan matang'? Buku2 yang lain tak pernah pulak ada. Terfikir, adakah sebab jalan cerita dia terlampau melangkaui akal maka perlu pembaca yang matang yang boleh hadam cerita ni? Ataupun sebab open ending atau terlalu sad ending yang memerlukan pembaca yang cekal hadapi ending macam tu? Maka saya tinggalkan dulu persoalan tu dan mulakan pembacaan..
Plot cerita yang laju dan lancar tetapi masih tersusun dan boleh difahami.. Awal cerita sehingga hampir pertengahan; memang menguji keberanian betul! Ini kalau tengok tv, harus dah pejam2 mata sebab tak sanggup tengok nanti terbayang2.. Tapi sebab dalam bentuk bacaan, sepet mataku self-discretion punya pasal bila sampai kat part yang mengerikan tu.. 🤣 Ngeri membayangkan tapi nak baca supaya tak missed any points.. 😅
Saya rasa isu yang diketengahkan oleh tuan penulis ni releven dengan dunia sekarang.. Internet banyak kebaikan tapi tentunya ada sisi buruknya juga.. Tanpa kawalan, macam2 yang boleh diakses.. Sedih tapi itulah hakikatnya.. Dalam cerita ini, ditunjukkan melalui watak Sin.. Dalam dunia nyata? Kita sendiri tak tahu siapa yang ada kecenderungan seperti Sin.. Dan mungkin sebab itu juga label bacaan matang diletakkan pada buku..
Dannnnn.. Semua orang perlukan kawan seperti Zarul.. Tolong dengan betul2 niat untuk kawannya pulih.. Tak cuba menjadi hakim dan tak pula menjatuhkan hukuman.. Sama2 cuba selami punca dan sentiasa ada memberi semangat.. 💝
Tahniah buat penulis dan Prolog Media.. Semoga sedikit sebanyak panduan mengatasi/membuang ketagihan yang Zarul sampaikan dapat membantu sesiapa sahaja di luar sana yang mungkin tidak punya seorang 'Zarul' dalam hidupnya..
ps: saya confused.. Page 157 Zarul cakap pada Rahman sesi tu di dunia nyata tak lama, tak sampai sehari tapi Page 240 tulis 7 hari.. Saya yang silap faham ke macam mana? 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.