Aku, Abeer. Kata aje anak dara tua, tak kisah dah. Mak beria nak carikan aku jodoh. Kiranya kena kahwin tahun ini juga. Tapi, "dia" muncul dalam hidupku dengan tiba-tiba!
Dia, lelaki yang mengagungkan budaya hedonisme. Rambutnya terpacak berwarna perang, pakaian berjenama mahal, kereta sentiasa bertukar-tukar, dan katanya...
"I Jason!"
Jason? Aku rasa nak gelak berguling-guling. Pertemuan kali pertama kami adalah tragedi. Dia yang angkuh membuatkan aku jadi hilang sabar. Oleh itu, aku melayaninya dengan buruk sekali. Cuma hairan, dia semakin rajin mendekati. Katanya mahu menyunting aku sebagai isteri!
"Since you dah tahu I kaya dan berkemampuan, jom kita kahwin." - Mad Ki
Entah macam mana aku tiba-tiba aje setuju. Cair juga sebab dia punya pakej kacak, kaya, bergaya, dan sweet-talker. Cuma aku tak tahu, hubungan yang bermula dari tanda tanya boleh membawa ke arah malapetaka.
"I tahu you dapat maafkan I." - Mad Ki "Kalau tu yang you fikir, you dah silap. I bukan selemah yang you bayangkan. I bukan sebodoh yang you rasakan. You know what? Walaupun you anggap I dah maafkan you, di mata TUHAN you tetap sampah!" - Abeer Hanan
Adakah cinta itu wujud bersama benci? Lalu bagaimana arah perkahwinan kami nanti?
Yang aku pasti, rahsia Mad Ki membuat jiwaku hampur mati!
Sooo, ermmm aku tak tau laa kenapa aku selalu jatuh suka dgn watak hero karya RC ni. Ainal, Khair, Rash, ni Dasuki pulak. Haishhhh.
Satu lagi, kan. Aku akui laa, even hero-hero aku suka ni dipadankan dgn heroin-heroin yg agak krg ajar (kecuali Yana laa kot ok sikit), tapi tu laa... takde laa pulak aku rasa benci atau menyampah lebih-lebih kat heroin-heroin ni. Sebab apa yer? Sebab RC guna POV 1 — sudut pandangan dari heroin sendiri? Atau...
Aku rasa sebab aku suka dgn gaya olahan RC. Ia macam santai, tak meleret atau melelahkan. Gaya olahannya guna ayat simple jer, tak perlu berlebihan-lebihan sangat nak tunjuk emosi sarat dalam ayat. That's why aku boleh masuk dgn cerita-ceritanya walaupun kisahnya simple, taklah terlalu complicated berpusing-pusing plotnya.
Tapi kan... Dalam empat buah buku RC aku dah baca, kenapalah si Abeer ni laa heroinnya paling kurang ajar dan zalim sekali kata-katanya pada suami?😢 Dulu aku fikir Lisa tu dah kejam layan Rash macam tu, tapi Abeer hebat lagi!
Entahlah. Betul laa Dasuki tu dah buat silap, tapi sampai kata-kata macam ni keluar dari mulut seorang isteri...
"You nak puaskan hati you, hati binatang..."
"Walaupun you anggap I dah maafkan you, di mata Tuhan you tetap sampah!"
"Pergi mati dengan maaf you, I nak you mati macam Jara."
"You patut rasa bersalah sampai mati. You dan keluarga you. Patut hidup dalam neraka dunia. You takkan bahagia buat seumur hidup kerana dah buat hidup orang lain musnah!"
Hmm, kalau aku berada kat tempat Dasuki tu pun bahu aku jatuh, longlai, lemah, sebak dan sah-sah menangis bila orang yg sangat disayangi sanggup ucap kata-kata kejam macam tu. Sampai hati gila si Abeer tu haaa, haha.
Ermmm aku suka watak Dasuki tu. Walaupun kadang-kadang Dasuki punya reaksi setiap kali dia naik baran tu agak mengejutkan aku, tapi itulah, aku rasa kesian kat dia. Nampaklah dia macam seseorang yg simpan luka sendiri, tak tunjuk kat orang. Bila dia ada Abeer, pun Abeer sama saja menambahkan lagi luka dan sedih dia.
"You mungkin tak faham apa yang I rasa, tapi Abeer Hanan, setiap perkataan you sekarang ni dah jadi mimpi ngeri buat I. Sampai I takut nak tunggu hari esok. I dah hancur, dan I tahu hubungan kita dah hancur, I tak layak nak pujuk you lagi. I tahu you bencikan I sungguh-sungguh."
Tengok pada karakter dia pada awal-awal cerita, aku fikir Dasuki ni teruk dan nak permainkan Abeer saja. Tapi rupanya dia betul-betul nakkan Abeer, sayangkan Abeer. Tapi itulah, silap dia sebab tak berterus terang dan sembunyikan hal besar yg macam tu. Actually tak hairan pun Abeer naik angin, marah dan kecewa dgn Dasuki. Tapi yg tak patutnya bila kata-kata dan perbuatannya dah melampaui batas. Memaki hamun suami bagai tak ingat dunia.
"Ya, I benci you. I benci suara you. I benci muka you. I benci semua tentang you, Ki. You buat I muak! I tak sangka I boleh berkahwin dengan orang macam you!"
"I ambil you sebagai isteri kerana you perempuan yang baik. Tapi you..." — Ki
Masa Dasuki cakap macam tu, ouchhh boleh rasa betapa terlukanya dia dengan si Abeer tu.
Tapi, dekat-dekat akhir cerita tu nampaklah si Abeer ni betul-betul menyesal dan sungguh-sungguh minta maaf kat Ki atas apa yg dia dah buat. Hmm, memang patut pun, kan. Dasuki tu punyalah sayang kat dia, sampai reda jer segalanya apa yg si isteri dah buat.
"Sakitkan masa I pukul you? I ni memang perasan baik tapi I tak kurang jahil dari orang lain. You suami, tapi I buat you seperti bukan suami. Hukum I untuk itu, Ki..."
Overall, aku tak expect sebenarnya aku akan suka kisah Dasuki ni. Dah tajuk dia 'Dasuki, Bitterness in you', aku pun jadi waswas duk fikir teruk sangat ke si Dasuki ni? Rupanyaaaaa... Cis, patut tajuknya 'Abeer, Bitterness in you' lagi sesuai aku rasa.🤣🤣
Tapi... Tapi... Aku suka laa kat watak bakal suami tak jadi si Abeer tu. Hmm Nazri kot nama dia. Haish, macam menarik jer karakter dia. RC tak nak buat kisah dia pulak ke? Ke memang dah ada kisah dia tapi aku ketinggalan tak tahu?😶
Apa-apa pun, baca kisah Dasuki ni memang perit hati sungguhlah duk hadap scene Dasuki asyik kena hamun dek Abeer. Geram jer aku kat Abeer tu. Nak jer aku 'panggg' kan dia macam dia buat kat Ki.✋😤
Abeer Hanan Dan Ahmad dasuki berjumpa secara tak sengaja akibat pelanggaran kecil. Dasuki yg taknluas Hari terus menjejak abeer Hanan ke tempat kerjanya sehingga abeer teringat kat dasuki. Dasuki yg perahsia. Bila kebenaran terbongkar apakah Yang berlaku kepada perkahwinan mereka berdua. Kisah yg sweet. Abeer Dan dasuki..
Aku beli novel ni kat Shopee. Tak tahu la kenapa nak jugak baca novel ni. Tup tup nampak ada diskaun, teruslah beli. .
Abeer dan Dasuki aka Mad Ki aka Jason. Pertemuan pertama dah haru biru bila tengah-tengah lintas jalan, Mad Ki pergi hon Abeer. Dahlah Mad Ki rambut kuning. Kali kedua jumpa, terlanggar kat KFC. Pun berperang mulut. Citernya, banyak kali la dorang gaduh. .
Tak lama lepas tu, Jara, adik Abeer meninggal dalam kemalangan jalan raya yang dipandu oleh kekasihnya. Dorang bertembung dengan lori pemandu mabuk. Tapi lepas tu, kes tutup macam tu je. Pelik la disitu. Abeer ni cuba nak cari punca sebenar, tapi maknya cakap, takyah la, nanti susah nak redakan pemergian arwah. Sob sob. .
Lepas tu, Mad Ki muncul semula dalam hidup Abeer. Masa ni, dia nak mengurat Abeer la. Aku pun rasa cam drastik giler dia punya perasaan cinta tu. Siap ajak kahwin bagai. Kalau aku jadi Abeer pun, aku tak percaya. .
Lepas tu, dorang kahwin. Baru je 2 minggu kahwin, haaa..masa ni la kebenaran terbongkar. Kenapa Mad Ki beria sangat nak ajak Abeer kahwin? Siapakah Ray? Apakah kaitan keluarga Mad Ki dengan kematian Jara? .
Aku faham perasaan Abeer. Adakah dengan mencintai Mad Ki, maksudnya dia tak sayangkan arwah Jara? Siapakah yang dia patut pilih? .
Lepas tu, aku perasan penulis suka buat watak heronya seorang yang fragile. Memang dalam novel ni, aku kesian kat Jason. Dia mangsa keadaan, tapi dia yang paling terluka.